PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
No. Siri: …………………
PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
JABATAN PERDANA MENTERI
DOKUMEN SEBUT HARGA
NAMA PROJEK
KERJA – KERJA MEMBAIKPULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK KELAS F KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN BINA
KOD PROJEK KTRS/23/DARO/01
ISI KANDUNGAN
Bil. | Xxxxxxx | Xxxx Xxxxx |
0. | Senarai Semak | 1 – 2 |
2. | Borang Sebut Harga Kerja | 3 – 4 |
3. | Xxxxxx Xxxxxx Xxxxxxxxxxxxx | 5 – 9 |
4. | Lampiran F- Surat Akuan Pembida | 10 – 12 |
5. | Syarat-Syarat Sebut Harga Untuk Kerja | 13 – 17 |
6. | Spesifikasi | 18 – 20 |
7. | Ringkasan Sebut Harga | 21 – 23 |
8. | Profil Syarikat | 24 – 31 |
9. | Pelan-Pelan Yang Berkaitan | 32 – 33 |
SENARAI SEMAK
Sila tandakan (√ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga |
1. | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Construction Industry Development Board (CIDB) ATAU Salinan Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||
2. | Salinan Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ATAU Salinan Surat Pengiktirafan Status Bumiputera Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||
3. | Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dari Construction Industry Development Board (CIDB). (Dokumen Wajib) | ||
4. | Borang Sebut Harga Kerja Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
5. | Arahan Kepada Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
6. | Lampiran F – Surat Akuan Pembida. | ||
7. | Pematuhan Kepada Spesifikasi. | ||
8. | Ringkasan Sebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
9. | Profil Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur. | ||
10. | Borang Maklumat Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap. | ||
11. | Carta Organisasi Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur | ||
12. | Senarai Ahli-Ahli Syarikat Diisi dengan Lengkap. | ||
13. | Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor. | ||
14. | Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor. | ||
15. | Pelan-Pelan Berkaitan Lengkap Disertakan. | ||
16. | Sesalinan penyata bank bagi bulan Februari 2023, Mac 2023 dan April 2023 (Dokumen Wajib) transaksi beserta baki. Penyata bank asal bagi setiap bulan MESTI disahkan oleh pegawai bank (Nama dan Nombor ID beserta Cop Jawatan Pegawai/ Bank) yang mengeluarkan penyata tersebut. Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA. Adalah dimaklumkan bahawa dokumen penyata bank amat penting untuk mengukur keupayaan kewangan/modal Penyebutharga. |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat serta terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Syarikat : | UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada) Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : |
BORANG SEBUT HARGA KERJA
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Kod Projek | : | KTRS/23/DARO/01 |
Tarikh Tutup | : | 31 MEI 2023 (RABU) |
Setiausaha Persekutuan Sarawak
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 3 & 17, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching Sarawak.
Tuan,
NAMA PROJEK : KERJA – KERJA MEMBAIKPULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA- KERJA BERKAITAN DI BLOK KELAS F KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN BINA
Di bawah dan tertakluk kepada Xxxxxx Xxxxxxxxxxxxx, Syarat–Syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi Kerja dan Ringkasan Sebut Harga serta Pelan–Pelan, saya yang menandatangani di ruangan bawah adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja–kerja tersebut bagi JUMLAH HARGA SEBANYAK :
Ringgit Malaysia......................................................................................................................................................
............................................................................................................... ( RM )
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja–kerja ini dalam tempoh masa MINGGU dari tempoh mula kerja
seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran kerja.
…………………………………… …………………………………….
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh : ………………………............… Nama Penuh : ……………………….........
No. K.P : ............................................... No. K.P : ..........................................
Nama Syarikat : ............................................... Alamat :........................................................
Alamat Syarikat : …………………………………. ………………………….............……
………………………………………….............….. …………………....................………
………………………………………….............….. ……………………….............………
No. Telefon Pejabat : …………………................. No. Telefon Bimbit : .....................................
No. Telefon Bimbit : …………………................. Tarikh : ........................................................
Nama Bank : ...........................................
No.Akaun bank : ……………………….……… ………………....……...........
COP SYARIKAT
Tarikh : ...........................................
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor WAJIB mengisi (menggunakan dakwat) dengan lengkap dan menghantar ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak maklumat-maklumat seperti berikut:
(a) Borang Sebut Harga Kerja.
(b) Arahan Kepada Penyebutharga.
(c) Lampiran F – Surat Akuan Pembida.
(d) Ringkasan Sebut Harga.
(e) Profil Syarikat.
(f) Borang Maklumat Penyebutharga.
(g) Carta Organisasi Syarikat.
(h) Senarai Ahli-Ahli Syarikat.
(i) Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor.
(j) Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor.
(k) Pelan-pelan Berkaitan.
(l) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir (Februari 2023, Mac 2023 dan April 2023).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor hendaklah menandatangani ringkas dan cop syarikat di atas semua pembetulan. Penggunaan cecair pemadam adalah tidak dibenarkan.
Setiap Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat di atas apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat-syarat di bawah ini membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan pada bahagian atas sebelah kiri sampul itu dengan butiran berikut:
KOD PROJEK : KTRS/23/DARO/01
KERJA – KERJA MEMBAIKPULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK KELAS F KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN BINA
(b) Dokumen hendaklah dihantar terus ke Peti Sebut Harga yang telah disediakan ke alamat seperti dibawah;
Setiausaha Persekutuan Sarawak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching Sarawak
Sebut harga yang dihantar dengan tangan oleh pihak tuan/puan hendaklah dimasukkan ke dalam peti-peti sebut harga yang disediakan seperti alamat di atas sebelum atau pada 31 Mei 2023 (Rabu), jam 12.00 tengahari.
(c) Sebut harga yang diserahkan atau dihantar selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan.
(d) Satu (1) Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan Satu (1) Tawaran Sebut Harga sahaja. Tawaran alternatif tidak dibenarkan.
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 12 MINGGU.
4. PINDAAN ATAU PENGURANGAN DOKUMEN
Borang Sebut Harga dan dokumen berkaitan tidak boleh ditanggalkan di antara satu dengan yang lain. Tiada pindaan (melainkan mengisi di tempat yang kosong) akan dibuat kepada lampiran yang ada.
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Penyebutharga sendiri.
6. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
8. PENJELASAN
Jika ada keraguan pada mana-mana bahagian oleh Penyebutharga, ia perlu dilaporkan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak serta-merta bagi mendapatkan penjelasan sebelum menghantar dokumen sebut harga. Tafsiran sebenar dokumen sebut harga hanya sah apabila Addenda secara rasmi oleh Jawatankuasa Sebut Harga seperti Para 9.
9. ADDENDA
Addenda boleh diedarkan sebelum tarikh tutup sebut harga bagi menjelaskan Dokumen Sebut Harga atau pembetulan kepada mana-mana pindaan yang perlu dan ia adalah merupakan sebahagian daripada Dokumen Sebut Harga tersebut. Bukti penerimaan adalah melalui pengisian borang yang dikepilkan bersama Addenda. Kegagalan untuk mengakui sebarang Addenda boleh menyebabkan sebut harga ditolak.
10. KAWALAN KEBERSIHAN
Kontraktor diingatkan supaya memberi perhatian yang berat mengenai kebersihan tapak kerja. Kontraktor hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
11. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(d) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
12. HARGA INDIKATIF JABATAN
Harga Indikatif Jabatan bagi sebut harga ini adalah RM 123,000.00 Ringgit Malaysia: Satu Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Sahaja
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan adalah tidak bertanggungjawab terhadap ketidaktepatan harga ini dan penyebutharga bebas dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengemukakan harga sebut harga masing-masing.
Saya mengaku, telah membaca dan memahami keseluruhan perkara di dalam “Arahan Kepada Penyebutharga” yang dinyatakan.
...................................................... ............................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh :............................................. Nama Penuh : .....................................
No. K/P :..................................................... No. K/P : .............................................
Jawatan :................................................... Alamat : ..............................................
..............................................
..............................................
Tarikh : ................................................
Alamat Syarikat : .......................................................
........................................................
.......................................................
Tarikh : ......................................................................
.................................................................................
Cop Syarikat
LAMPIRAN F SURAT AKUAN PEMBIDA
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH TINGKAP SERTA KERANGKATERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK KELAS F KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN BINA
NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA: KTRS/23/DARO/01
Saya, …………………………………………… nombor Kad Pengenalan yang
(Nama Wakil Syarikat)
mewakili ………………………………………………………………........……….. nombor Pendaftaran
(Nama Syarikat)
………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam mana-mana Kementerian/Agensi atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh diambil:
2.1. Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2. Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-undang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:
3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah undang-undang masing- masing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau
3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.
4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Xxxx Xxxxx,
Tandatangan : ..........................................................
Nama : ..........................................................
No. KP : ..........................................................
Tarikh : ..........................................................
Cop Syarikat : ..........................................................
Catatan:
(i) **termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
(ii) ***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv) Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan Kerajaan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. BON PELAKSANAAN / INSURANS (JIKA BERKAITAN)
2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan 5% Bon Pelaksanaan daripada jumlah harga tawaran dalam bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP). Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) tamat.
2.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP). Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit- resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 8(d).
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-Syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pejabat atau wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling serta undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(a) Suruhanjaya Tenaga/Sarawak Energy Berhad.
(b) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.
(c) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik.
(d) Jabatan Bomba dan Penyelamat.
(e) Pihak Berkuasa Tempatan.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Sebut Harga tanpa sebab munasabah, tawaran itu akan dibatalkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
5. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEJABAT SUPS
5.1 Pejabat atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi spesifikasi sekiranya diminta oleh pihak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan didalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak secara bertulis.
6. RINGKASAN SEBUT HARGA
6.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
6.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
6.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum kerja dikeluarkan.
6.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan
6.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
6.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
7. PECANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
7.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa pecanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pejabat untuk mendapatkan keputusan.
8. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
8.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak membatalkan kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak;-
(a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
9. PERUBAHAN KERJA
9.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.
9.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan kontraktor hendaklah digunakan.
10. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
10.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga adalah dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.
10.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos kontraktor sendiri.
10.3 Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak surat pengesyoran kepada Construction Industry Development Board (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah
dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-Borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.
12. PERAKUAN SIAP KERJA
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
13. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
14. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
15. LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES (LAD) BAGI SEBUT HARGA KERJA
Kelewatan dalam menyiapkan projek boleh menyebabkan peningkatan kos projek selain menjejaskan imej Kerajaan. Kelewatan menyiapkan projek ini boleh dikenakan LAD bagi projek perolehan kerja secara sebut harga. Sehubungan dengan itu, Jabatan/Agensi/Bahagian boleh mengenakan LAD bagi perolehan kerja secara sebut harga dengan kadar berikut:
• | LAD = | Base Lending Rate (BLR) | X | Harga Kontrak |
100 | 365 (hari) |
SPESIFIKASI
SPESIFIKASI
1. Kerja-kerja awalan (general and premininaries)
a. PIHAK KONTRAKTOR WAJIB menyediakan perlindungan insuran Premium seperti di bawah dan perlu dinyatakan di dalam invoice.
i. Insuran Kerja
ii. Insuran Tanggungan Awam
b. Menyediakan 3 set Laporan Bergambar bagi kerja sebelum, semasa dan
selepas siap kerja.
i. Jadual gerak kerja sepanjang tempoh kerja dijalankan.
ii. Gambar sebelum, semasa dan selepas kerja siap hendaklah menunjukkan keadaan di tempat yang sama.
iii. Lain-lain (resit, surat aduan dan sebagainya yang diterima semasa kerja dilakukan).
iv. Laporan hendaklah dikepil atau disediakan dalam bentuk folio gambar bersaiz 4R.
c. Persediaan Di Tapak
i. Kontraktor hendaklah melakukan kerja-kerja pengukuran di tapak seperti yang telah dicadangkan;
ii. Penyediaan tapak bina hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor supaya tidak mengganggu kawalan trafik di tapak bina;
iii. Segala pergerakan jentera dan xxxx hendaklah dalam keadaan terkawal dan teratur;
iv. Pihak kontraktor hendaklah menanggung segala kerosakan yang mana tidak termasuk di dalam sebut harga sama ada disengajakan atau tidak; dan
v. Kerja-kerja pembersihan setelah kerja disiapkan hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor.
2. Kerangka dan Tingkap Aluminium (Casement Windows) Dengan Cermin Hitam
i. Pastikan tingkap berbingkai kayu hendaklah dibuka terlebih dahulu.
ii. Pastikan permukaan aluminium gelongsor tidak bengkok;
iii. Pastikan selepas pemasangan bahagian sisi bingkai yang mempunyai lubang antara dinding bata dengan bingkai aluminium gelongsor akan ditutupi dengan menggunakan simen putih;
iv. Ketebalan aluminium yang digunakan adalah 1.2mm;
v. Bingkai aluminium hendaklah dilengkapkan ke dinding bata dengan menggunakan skru jenis anti karat;
vi. Ketebalan bagi cermin hitam yang digunakan adalah berukuran 6mm dan berbingkai aluminium jenis berengsel bukaan keluar “casement window” termasuk pemasangan alat kekunci tingkap mengikut jumlah tingkap yang berasingan;
vii. Pastikan cermin yang dibekalkan tidak mengalami keretakan;
viii. Pastikan sekeliling antara cermin dan bingkai auminium diletakkan ‘Rubber Gaskets’ di bahagian luar dan dalam; dan
ix. ‘Weatherstrips’ hendaklah dipasangkan dibahagian sisi kedua-dua tingkap boleh buka.
3. Lain-Lain
i. Pihak kontraktor hendaklah menyediakan peralatan perancah (scaffolding)
untuk kerja mengecat.
ii. Pastikan permukaan dibersihkan daripada segala kotoran, kulat dan lapisan cat lama dengan menggunakan alat pengikis dan ‘waterjet’ mengikut kesesuaian bahagian dan dicuci dengan air bersih.
iii. Kawasan permukaan dinding yang hendak dicat adalah keseluruhan bahagian luar rumah.
iv. Pastikan kerja-kerja mengecat lapisan pertama menggunakan cat emulsi (undercoat) dan bahagian tiang kayu, kayu penahan dinding, jenang pintu dan tingkap kendaklah dicat dengan cat kalis air (undercoat).
v. Kerja-kerja mengecat lapisan kedua dan ketiga dengan menggunakan cat emulsi tahan kulat (weatherbond) dengan warna yang diluluskan.
vi. Pastikan kerja-kerja bagi mengecat lapisan kedua dan ketiga keseluruhan bahagian tiang kayu, kayu penahan dinding, jenang pintu dan tingkap
vii. Pastikan permukaan yang hendak dicat disapu dengan rata dan kemas.
viii. Electricity and water supply
The Contractor shall make his own arrangement with Client Department for the necessary usage of the existing facilities on water and electricity supply.
ix. Warranty
‘ICI’ acrylic weather resistence (weathershield) shall carry a five (5) years guarantee jointly from the Manufacturer and Applicator (Contractor) against defective materials and workmanship on favour of the Employer. The Manufacturer or his agency is therefore responsible to oversee that the Applicator (Contractor) execute all the repainting works strictly in accordance with the manufacturer’s instructions. This warranty shall commence when all the works are successfully completed and handed over the employer.
All warranty shall be lodge with the Superintending Officer before the date of practical completion.
x. Any part of area of the buliding disturbed during the execution of this contract works must be made good by the contractor at his own expense.
PERHATIAN :
a. Jangan tuangkan cat yang tidak digunakan lagi ke saliran air atau parit.
b. Biarkan cat kering seluruhnya dalam sebelum ia dibuang ke dalam tong sampah.
RINGKASAN SEBUT HARGA
RINGKASAN SEBUT HARGA
NAMA PROJEK : KERJA – KERJA MEMBAIKPULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA- KERJA BERKAITAN DI BLOK KELAS F KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN BINA, SARAWAK.
Bil. | Butir Kerja | Unit | Kuantiti | Harga Satu ( RM ) | Jumlah ( RM ) |
UKURAN YANG DINYATAKAN DI DALAM RINGKASAN SEBUTHARGA ADALAH UKURAN SEMENTARA. UKURAN SEBENAR BERGANTUNG KEPADA UKURAN DI TAPAK. SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG KERJA-KERJA TAMBAHAN (VARIATION ORDER) TIDAK DIBENARKAN. | Bil Bil. Bil. Bil. | 12 12 36 24 | H.Pukal | ||
A | KERJA-KERJA PENDAHULUAN (PRELIMINARIES & GENERALLY). | ||||
1.0 | Kerja-kerja pendahuluan yang terkandung di dalam Syarat-Syarat Kontrak dan Spesifikasi Kerja. | ||||
B 1.0 2.0 a. b. c. | KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KESELURUHAN KERANGKA TINGKAP BLOK NIRA DAN RUMBIA KELAS F. Kerja-kerja membuka keseluruhan kerangka tingkap yang sedia ada termasuk kerja-kerja melepa semula permukaan sisi tingkap dengan menggunakan simen mortar bernisbah 1:3 dan kemasan cat warna yang bersesuaian mengikut kelulusan pegawai penguasa. Supply and fix 1.0mm thick natural anodised aluminium side hung casement window complete with all necessary framing and accessories and fixing. Tingkap cermin aluminium berengsel bukaan keluar satu (1) daun untuk tingkap bersaiz 920mm x 1080mm. Tingkap cermin aluminium berengsel bukaan keluar dua (2) daun untuk tingkap bersaiz 1440mm x 1360mm. Tingkap cermin aluminium berengsel bukaan keluar tiga (3) daun untuk tingkap bersaiz 2500mm x 1360mm. | ||||
Jumlah Keseluruhan Di bawa ke Lampiran Harga Keseluruhan |
BQ 1/1
LAMPIRAN HARGA KESELURUHAN
BIL | BUTIRAN KERJA | HARGA (RM) |
A | KERJA – KERJA MEMBAIKPULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK KELAS F KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN BINA, SARAWAK. | |
JUMLAH KESELURUHAN DIBAWA KE BORANG SEBUT HARGA |
Ringgit Malaysia : ………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………..……………………
…………………………………………………………………………………………………………..
TEMPOH SIAP KERJA (MINGGU)
........................................................
(Tandatangan Kontraktor)
Nama :.............................................................................
Cop Kontraktor :................................................................
Tarikh :.............................................................................
.........................................................
(Tandatangan Saksi)
Nama :............................................................................
Tarikh :.....................................................
PROFIL SYARIKAT
BORANG MAKLUMAT PENYEBUTHARGA
A. ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
Semua butiran di lampiran ini hendaklah diisi oleh Penyebutharga dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan dokumen sebut harga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebut harga ini ditolak atau/dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas Penyebutharga berkenaan.
B. LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA
1. Nama Syarikat : .......................................................................................................
2. Nama Pemilik Syarikat : ...........................................................................................
3. Alamat Berdaftar Syarikat: .......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................
4. No. Telefon Pejabat : ...............................................................................................
5. No. Telefon Bimbit : .................................................................................................
6. No. Faks Pejabat : ...................................................................................................
C. MAKLUMAT SYARIKAT
1. SIJIL PENDAFTARAN (ORDINAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN, BAB 64)
(a) No. Pendaftaran : ................................................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ................................................................................
(c) Jenis Perniagaan : ................................................................................
:.................................................................................
: ................................................................................
2. ORDINAN PERNIAGAAN, PROFESSION DAN PERLESENAN PERDAGANGAN (BORANG I)
(a) No. Pendaftaran : ................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : .......................................Hingga .............................
3. SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(a) Gred : ........................... Kategori Pengkhususan
Berdaftar: .....................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga .............................
4. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) Kelas : ........................... Kepala : .................... Sub-Kepala : ........................
(b) Tarikh didaftarkan : ................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga .............................
D. STATUS BUMIPUTERA
1. PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
(a) No. Pendaftaran : ................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga .............................
2. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) No. Pendaftaran : ................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga .............................
E. MAKLUMAT KEWANGAN
Modal Disimpan : ...........................................................................................
Modal Pusingan Terkumpul : ...........................................................................................
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
Catatan : Lakaran dan tulisan menggunakan pen hitam. Nama dan jawatan hendaklah ditulis dengan jelas.
SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT
Bil. | Nama | Jawatan | Saham Modal Dipegang |
PENGALAMAN KERJA KONTRAKTOR
1. DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Nama Projek | Jabatan/Agensi/Perunding Yang Mengawal Projek | Harga | Tempoh | Tarikh Siap Sebenar |
PENGALAMAN KERJA KONTRAKTOR
2. DENGAN KERAJAAN NEGERI / SWASTA / LAIN-LAIN
Nama Projek | Jabatan/Agensi/Perunding Xxxx Xxxxxxxx Projek | Harga | Tempoh | Tarikh Siap Sebenar |
KERJA KERJA DALAM PELAKSANAAN KONTRAKTOR
Projek | Jabatan/Agensi/ Perunding Yang Mengawal Projek | Harga Kontrak | Tempoh Kontrak | Peratusan Kemajuan Semasa (Nyatakan tarikh) |
PELAN-PELAN BERKAITAN
PELAN TAPAK KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN DARO, JALAN JALAN BINA,
(BLOK KELAS F)
RUMAH SEUNIT KELAS F