PRA SEJARAH DI NEGERI SEMBILAN; SATU TINJAUAN AWAL.
SEMINAR POLEMIK SEJARAH NEGERI SEMBILAN 2022
KERTAS KERJA PENUH PEMBENTANG
PRA SEJARAH DI NEGERI SEMBILAN; SATU TINJAUAN AWAL.
KAJIAN KES : TAPAK GUA PELANGI
OLEH:
XXXX XXX XXXX XXXX XXXXX XXXXXXX
LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN
SEMPENA:
SEMINAR POLEMIK SEJARAH NEGERI SEMBILAN ANJURAN
GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN SEJARAH, PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
17 OGOS 2022
LATAR BELAKANG TAPAK GUA PELANGI.
Gua Pelangi terletak di kompartmen 81, Hutan Simpan Pasoh, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. la berada pada latitude 3! 3’ 7.6782” U dan longitude 102# 19’ 40−7334”T serta altitude 135m di atas paras laut. Laluan masuk ke tapak ialah dengan melalui jalan ladang sawit @ tanah merah daripada perkampungan Felda Pasoh 4 berjarak 4 kilometer di Selatan Tapak. Jarak dari Bandar Seremban ke perkampungan terdekat adalah 64 kilometer menggunakan jalan raya. Selain itu, terdapat sebuah perkampungan Orang Asli Suku Temuan sekitar 2 kilometer dari barat laut tapak @ Kampung Ulu Lakai.
Lokasi Tapak Gua pelangi
BUKTI PRASEJARAH DI TAPAK GUA PELANGI.
Servei awal arkeologi telah dilakukan pada tahun 2014 oleh pihak Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. Selanjutnya telah dilaksanakan kerja−kerja cari gali atau ekavasi sebanyak 3 fasa iaitu pada tahun 2016, 2017 dan 2018 yang turut dibantu pihak Jabatan Warisan Negara dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Ekskavasi di Gua Pelangi menemui tiga lapisan kebudayaan prasejarah yang masih in situ. Selain asosiasi artifak litik dan sisa fauna, ekskavasi juga menemui abu dan arang pembakaran. Sampel arang, cangkerang dan sedimen terbakar yang berasosiasi dengan artifak dan ekofak telah dipilih untuk ditarikhkan dengan kaedah radiokarbon di Makmal Beta Analytic, Florida. Sebanyak 12 sampel telah ditarikhkan yang mendedahkan Gua Pelangi telah digunakan sejak 14,000 hingga 9,000 tahun dahulu.
Lapisan kebudayaan pertama (14,000 hingga 12,000 tahun) ditemui secara menyeluruh di setiap petak ekskavasi kecuali petak B7 dan E11 bermula pada kedalaman sekitar 60cm dan setebal 30cm di bahagian barat, pada kedalaman 80cm dan setebal 90cm di bahagian tengah dan pada kedalaman 110cm dan setebal 30cm di bahagian timur tapak. Lapisan kebudayaan pertama ini jelas mewakili kebudayaan Paleolitik Pleistosen Akhir menerusi jumpaan artifak litik dan sisa makanan.
Seterusnya lapisan kebudayaan kedua di Gua Pelangi hanya ditemui di petak G8, F7 dan F9 yang berada di antara lapisan kebudayaan pertama dan ketiga, dengan ketebalan hanya sekitar 30cm. lanya dianggarkan berusia antara 12,000 hingga 10,000 tahun . Lapisan ini jelas berbeza dengan lapisan kebudayaan pertama dan ketiga berdasarkan komposisi cangkerang yang padat terutamanya di dalam petak G8. lni menggambarkan aktiviti di tapak Gua Pelangi digunakan dalam skala yang lebih kecil berbanding bukti hunian di dalam lapisan kebudayaan pertama dan perubahan diet kepada siput sungai berbanding fauna vertebrata.
Lapisan kebudayaan kedua ini juga jelas merupakan kebudayaan Paleolitik Pleistosen Akhir−Awal Holosen. Lapisan kebudayaan ketiga (10,000 hingga 9,000) pula merujuk kepada lapisan Epi−Paleolitik Awal Holosen tapak Gua Pelangi. Berbanding lapisan kebudayaan kedua, hunian dalam tempoh Awal Holosen ini didedahkan di setiap petak ekskavasi dengan purata ketebalan sekitar 40cm di bahagian barat dan sekitar 70cm di bahagian tengah dan
timur tapak. Berdasarkan ketebalan lapisan kebudayaan dan material kebudayaan jelas menunjukkan kadar penggunaan ruang aktiviti semasa Awal Holosen ini adalah lebih tinggi berbanding Pleistosen Akhir. Cangkerang Moluska didedahkan dalam kuantiti yang tinggi menggambarkan penerusan corak diet masyarakat yang lebih memilih sumber protein siput air tawar.
Tapak Gua Pelangi turut mendedahkan potensi kebudayaan Neolitik di tapak. Berdasarkan temuan tembikar tanah ragam hias tanda tali dan tanpa ragam hias yang didapati di dalam lapisan terganggu menunjukkan penerusan kebudayaan Neolitik sekitar Holosen di Gua Pelangi tetapi telah terganggu.
Fungsi tapak Gua Pelangi
Gua Pelangi adalah satu−satunya gua yang selesa dihuni yang terdapat di kawasan ini. Survei dan pemetaan yang dilakukan di kawasan batu kapur Gua Pelangi tidak menemui gua lain kecuali beberapa lubang batu kapur yang tidak sesuai dihuni kerana gelap dan lembab. Begitu juga di batuan granit sekitar batu kapur Gua Pelangi hanya mendedahkan lubang−lubang kecil. lni menunjukkan hanya Gua Pelangi sahaja yang boleh menyediakan kemudahan perlindungan semulajadi kepada manusia awal yang sampai ke kawasan ini.
Gua Pelangi dalam prasejarah Semenanjung Malaysia
Ekskavasi Gua Pelangi telah berjaya mendedahkan bukti in situ kebudayaan Paleolitik Pleistosen Akhir−Awal Holosen. Sehingga kini lokasi Gua Pelangi adalah yang paling selatan sekali letaknya di Semenanjung Malaysia . lni telah dapat memberikan gambaran lebih jelas pergerakan manusia prasejarah di rantau ini. Sehingga kini, kesemua tapak gua di Semenanjung Malaysia didapati mempunyai tarikh paling awal dihuni yang sama iaitu pada sekitar 13,000−14,000 tahun dahulu iaitu di Gua Gunung Runtuh di Lenggong,perak (Zuraina, 1994a, 1998), Gua Chawas di Kelantan (Adi, 2000), Gua Bewah di Terengganu (Xxx Xxxxxx Xxxxxxxx & Zuliskandar, 2011) dan Gua Sagu di Pahang (Zuraina et al., 1998).
Lokasi tapak prasejarah Paleolitik di Semenanjung Malaysia
KESIMPULAN
Ekskavasi lanjutan perlu dilakukan di tapak Gua Pelangi kerana masih ada ruang dan isu yang belum berjaya diselesaikan. Kajian awal hanya menemui bukti kebudayaan material artifak litik dan sisa makanan. Gua ini berpotensi untuk mendedahkan bukti pengkebumian dan lapisan Neolitik dengan bukti tembikar memandangkan baki keluasan ruang yang belum diekskavasi sekitar 70 peratus. Justeru ekskavasi perlu diteruskan di petak−petak yang masih belum menemui lantai gua dan di kawasan yang masih belum diekskavasi.
Batu kapur Gua Pelangi
Lokasi Gua Pelangi di Hutan Simpan Pasoh, daerah
Peta ekskavasi. Ekskavasi Fasa l dan ll memfokuskan ruang dibahagian utara tapak, kemudian diteruskan kepada bahagian timur dan ruang selatan semasa ekskavasi Fasa lll.
Ekskavasi Gua Pelangi. Jelebu, Negeri Sembilan
Alat pebel bifas. a & b) bahan asas batu sabak; c) bahan asas batu pasir
Sisa fauna terpilih untuk ilustrasi. 1) pecahan rahang kera Macaca sp.; 2) pecahan rahang landak Hystrix sp.; 3) pecahan rahang pelanduk Tragulus sp.; 4) Gigi taring beruk Macaca sp.;
5) Cangkerang air tawar Brotia sp. yang pecah dibahagian hujung apex; 6) Cangkerang Bivalvia air tawar Unionidae.
RUJUKAN
1. Xxx, X. (1985). The re−excavation of the Rockshelter of Gua Cha, Ulu Kelantan, West Malaysia. Federation Museums Journal. 30.
2. Xxxxxxx, X. (2006b). Kebudayaan Paleolitik di Malaysia. PURBA Jurnal Persatuan Muzium Malaysia..
3. Xxxxxxx, M., Xxxx, M.G., Xxxxxxxxx, M.A. & Mokhtar, S. (2019). Arkeologi komuniti dalam penyelidikan arkeologi Gua Pelangi. DALAM Xxxxxx, X., Xxxxx, X.X. & Xxxxxxx, S (Eds.) Koleksi Artikel Seminar Arkeologi Kebangsaan 4 Kebudayaan Prasejarah, Etnografi & Orang Asli di Semenanjung Malaysia: 114−127. Penerbit Pusat Penyelidikan Arkeologi Global dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.
4. Rasydan, M (2020), Kebudayaan Pleistosen Akhir−Awal Holosen Di Gua pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan.
5. Xxxxxxxx, X. (2003). Gua−gua batu kapur di Semenanjung Malaysia dalam perspektif arkeologi. Jabatan Muzium Malaysia.
6. Xxxxxxx, X. (1994b). The excavation of Perak Man, an Epi−Palaeolithic burial at Gua Gunung Runtuh. DALAM Zuraina, M. (Eds). The excavation of Gua Gunung 266 Runtuh and the discovery of the Perak Man in Malaysia. Kuala Lumpur: Department of Museum and Antiquities.
7. Xxxxxxx, X. (1998). Radiocarbon dates and culture sequence in the Lenggong Valley and beyond. Malaysia Museums Journal.
[Document subtitle]
Keupayaan Adat Perpatih Menongkah Gelora Zaman Moden
Oleh : Dr. Xxxxxxxx Xxxxxx xxx Xxxxx Xxxxx Xxxxxxxxx PPFPM
17/8/2022
Abstrak
Semenjak Belanda mengambilalih pemerintahan di Minangkabau sekitar awal 1840-an, dan Inggeris mengambilalih pemerintahan di Negeri Sembilan sekitar awal 1890-an, Adat Perpatih atau variasi darinya beransur-ansur tidak lagi menjadi tunjang bagaimana Bangsa Minangkabau diuruskan. Belanda dan Inggeris memang amat berkemungkinan sekali berusaha mempelajari secara intensif Adat Perpatih ini. Dan mungkin juga Portugis, Jerman, Perancis, Sepanyol dll bangsa Eropah. Ini boleh dibuktikan menerusi 47 tambo yang dihimpun di Perpustakaan Leiden, contohnya. Kita perlu terus mendapatkan bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya pembelajaran intensif dilakukan oleh Belanda dan Inggeris, dan mengkaji semula semuanya. Dengan cara ini sahaja kita boleh tahu bagaimanakah Belanda dan Inggeris berusaha memasukkan prinsip-prinsip pengurusan Eropah Moden kedalam Adat Perpatih, atau menggantikan bahagian-bahagian tertentu darinya ataupun memperkenalkan langsung pengurusan Eropah Moden. Lalu, apa yang mahu kita lakukan? Kita boleh sahaja mengkaji keadaan sebenarnya yang berlaku ini, dan mengembalikan prosesnya semula. Penyelidik-penyelidik di Minangkabau dan Negeri Sembilan, antaranya, ada yang berusaha menghimpun manuskrip-manuskrip Minangkabau, menghimpun pepatah-petitih Minangkabau, mengembalikan perayaan-perayaan Budaya Minangkabau, membaikpulih rumah- rumah gadang, mewujudkan institut-institut penyelidikan Minangkabau, menguruskan Tanah Adat, membina BBK/NGO Minangkabau, melaksanakan projek bandar berkembar, mempertaut kembali diaspora Minangkabau, dll semenjak Indonesia dan Malaysia merdeka. Kegagalan atau kejayaannya menjadikan Bangsa Minangkabau kembali cemerlang (pernahkah Bangsa Minangkabau ini cemerlang sebelum ini?) dipersada dunia bolehlah ditafsirkan dengan pelbagai cara. Jika kita mahu menilai apa yang telah dilakukan ini. Kembali saya tanya kepada diri saya, apa yang mahu saya buat disini? Memahami permasalahan yang berlaku, lebih kurangnya pertimbangan antara kelemahan dan kekuatan Bangsa Minangkabau, dalam kesempatan ini saya berhasrat untuk mengambil sikap yang cenderung kepada memahaminya secara ilmiah dan keintelektualan, malah kefalsafahan, iaitu dengan mempertentangkan unsur-unsur keintelektualan Minangkabau dengan keintelektualan Eropah Moden. Kenapa begini? Kerana, kepada saya, apa yang patut dilakukan oleh penyelidik-penyelidik Minangkabau adalah mengusahakan agarnya aspek-aspek keintelektualan yang menunjangi perkembangan masyarakat Minangkabau tersebut, sepanjang bermula wujudnya sekitar kurun ke-14M, yang disokong oleh bukti-bukti prasasti, atau lebih awal semenjak kurun ke-9M, yang juga disokong oleh bukti-bukti prasasti, atau selepas masuknya Islam kurun ke-17M, yang disokong oleh bukti-bukti manuskrip yang banyak jumlahnya, dibantu oleh bukti-bukti sastra lisan dan artifaks, dipertentangkan atau dibandingkan dengan kemajuan intelektual yang dicapai oleh tamadun-tamadun manusia lainnya, seperti India, China, Jepun, Amerika, Arab, Parsi, Indochina, dll. Persoalan yang langsung perlu dijawab,
adakah pencapaian intelektual Minangkabau tersebut terkehadapan dizamannya? Apakah sumbernya khazanah intelektual Minangkabau itu? Apakah ada pembaharuan dilakukan oleh ilmuwan Minangkabau terhadap khazanah intelektual yang disalin dari tamadun lain? Dll. Namun yang saya mahu lanjutkan pertanyaan itu kepada persoalan, adakah khazanah intelektual Minangkabau ini terbandingkan dengan pencapaian terbaik tamadun manusia termaju kini, iaitu Eropah Moden? Pertanyaan-pertanyaan ini sebenarnya amat luas rangkumannya, itupun jika sesiapa sudi menjawabnya. Besarnya rangkuman itu terletak kepada keupayaan kita mentakrifkan apakah yang dipanggil khazanah intelektual Minangkabau itu? Jika ditanyakan kepada saya, saya akan menjawabnya sebagai Teks Bertulis, Teks Lisan dan Artifaks. Dan tiga aspek keintelektualan ini terpecah pula kepada bidang-bidang pengetahuan yang pelbagai, jika kita melihatnya dari sudut Sains dan Teknologi Moden. Contohnya, Artifaks itu merupakan tinggalan kebudayaan seperti persenjataan, alatan dapur, alatan pertanian, rumah, bangunan, kapal, tekstil, dll, dan ini dengan mudah dikenal sebagai terangkum dalam bidang teknologi, senibina, kejuruteraan, kimia, biologi, industri, perniagaan, dll. Teks Bertulis seperti manuskrip pula mungkin sekali akan terbahagi kepada perubatan, astronomi/falak, falsafah, metafizik, lojik/mantik, aritmetik, geografi, perniagaan, ekonomi, pengurusan, kepimpinan, dll. Ini lebih kurang sama dengan Teks Lisan. Begitu besar, sehinggakan merangkum segala aspek pencapaian ilmu dan keintelektualan Minangkabau. Tidak akan terdaya dilakukan seluruhnya walaupun 10 tahun diperuntukkan masanya. Memandangkan luasnya tugasan ini, saya telahpun mengecilkan rangkuman ini kepada hanyalah meneliti Teks Lisan Pepatah-Petitih Minangkabau, itupun dikecilkan lagi kepada hanyalah hal-hal berkaitan Sains Pengurusan. (Teks Lisan Minangkabau yang saya telaah mengandungi puluhan bidang Sains Tabii, Sains Sosial dan Teknologi.) Penelitian ini sedikit disokong oleh Xxxx Xxxxxxxx yang merupakan Tambo Minangkabau. Jadi, selepas saya memperkemaskan nanti apa yang disebut sebagai Pengurusan Minangkabau, saya akan melakukan perbincangan bandingan diantara Sistem Pengurusan Minangkabau dengan Sistem Pengurusan Eropah Moden yang menjajah Minangkabau. Saya mahu tahu beberapa perkara. Pertamanya, apakah kita punya asas untuk membandingkan kedua-dua sistem pengurusan? Keduanya, apakah Sistem Pengurusan Minangkabau ini memiliki kekuatan-kekuatan tertentu yang boleh ditafsirkan sebagai juga dimiliki oleh Sistem Pengurusan Eropah Moden? Jika ini terjawab, tidaklah sukar untuk kita melakukan proses pemodenan itu. Ketiganya, apakah ada kekuatan tertentu dalam Sistem Pengurusan Minangkabau yang tidak langsung dimiliki oleh Sistem Pengurusan Eropah Moden? Jika ini terjawab, peluang untuk membangunkan suatu sistem pengurusan yang jauh lebih baik diperoleh. Banyak lagi yang boleh ditanyakan, tetapi kita jawab dahulu tiga pertanyaan itu.
1. Pengenalan
Untuk melanjutkan perbahasan yang disebut dalam abstrak diatas, saya perlu untuk membawakan dua tradisi intelektual, iaitu Minangkabau dan Eropah/Barat Moden. Namun, saya tidak akan membicarakannya secara sejarah intelektual, walaupun saya sentuh hal ini dimana-mana, bersebabkan tidak cukup ruang dan masa untuk menggelintar sebanyaknya khazanah intelektual dua tradisi ini. Lalu, apa yang saya akan lakukan adalah, merujuk kepada beberapa perkara penting
yang dibincangkan oleh ilmuwan-ilmuwan pengurusan masyarakat Eropah dan Minangkabau, seperti contohnya Pengurusan Manusia, Pengurusan Kota, Pengurusan Harta, Pengurusan Negara, dll, saya akan lanjut membahas saling sama konsep pengurusannya antara kedua-duanya. Dalam erti yang lain, menjawab pertanyaan adakah Pengurusan Manusia Minangkabau setaraf dibahaskan berbanding Pengurusan Manusia Eropah Moden? Sebelum itu, saya berikan sedikit pengenalan tentang Pengurusan Minangkabau.
2. Sistem Pengurusan Minangkabau
Walaupun mengikut sejarah, Raja Xxxxxxxxxxxx mengasaskan pemerintahan di Minangkabau, sekitar 1347, namun maklumat tentang Pengurusan Negara yang diwarisi adalah di zaman Islamnya Minangkabau, iaitu selepas tahun 1620, dizaman Xxxxxx Xxxxxxxxxxx Xxxxxx. Kita menyaksikan sistemnya seperti yang disebut dalam Tjindur Mata, sebagai :
(i). Raja Tiga Sila : Xxxx Xxxxxx Xxxxxx, Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Pinang nan Sabatang.
(ii). Basa Empat Balai : Bandaharo di Sungai Tarab, Andomo di Suruaso, Mangkudum di Sumanik dan Tuan Gadang di Batipuh.
(iii). Raja Dua Sila : Raja Adat di Buo dan Raja Ibadat di Sumpur Kudus.
(iv). Gadang Nan Tujuh : Tujuh orang pembesar yang melaksanakan hukum dan keamanan.
2.1. Undang-Undang Sembilan Pucuak
Manakala, prinsip/konsep pengurusannya dipecahkan kepada sembilan perkara, yang dipanggil “Undang-Undang Sambilan Pucuak” (rujuk Madjo Indo, Kato Pusako & Edisi Diplomatik Naskah Cod. Or. 1745) yang terbahagi kepada :
(1). Undang-undang nan tunduak kapado rajo
(2). Undang-undang nan tunduak kapado panghulu (3). Undang-undang nan tukluak kapado alam
(4). Undang-undang aturan caro bapakaian
(5). Undang-undang aturan dalam parmainan (Cod.Or.1745 menulis Perdamaian) (6). Undang-undang nan takluak pado bunyi-bunyian
(7). Undang-undang nan takluak pado karamaian (8). Undang-undang nan takluak pado hukum alam
(9). Uandang-undang nan takluak pado kabasaran alam
Bagaimanakah Undang-Undang Sembilan Pucuk ini dirumuskan? Oleh siapa? Bila? Adakah hasil- tangan Datuk Ketemenggungan dan Datuk Perpatih Pinang Xxx Xxxxxxxx? Saya tidak akan memberikan perincian setiap satu dari sembilang undang-undang ini. Ini memerlukan masa untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang menjelaskannya, dan saya tiada dokumen-dokumen berkenaan.
2.2. Sepuluh Prinsip Pengurusan Minangkabau
Saya cumalah mahu menyatakan perumusan berikut yang saya ambil dari tesis Xxxxx Xxxxx bertajuk A Traditional Elite in Continuity and Change : The Chief s of the Matrilineal Lineages of the Minangkaau of The West Sumatra, Indonesia (1984). Rujukan yang saya buat terhadap Tjindur Xxxx menunjukkan bahawa awalnya prinsip ini berjumlah enam, tetapi kemudiannya menjadi sepuluh dalam Imran Manan. Berikut maklumatnya :
KPMI. Cupak Nan-Asli/Usali = Perlembagaan negara, yang merupakan sumber ideal/unggul bagi semua nilai dan amalan pemerintah dan masyarakat.
KPMII. Cupak Buatan = Undang-undang yang mengukuhkan/menyokong perlembagaan negara, iaitu peraturan masyarakat yang diamalkan di kampung-kampung yang terhasil daripada pengamatan terhadap perlembagaan negara.
KPMIII. Undang-Undang Luhak = Undang-undang tentang perlembagaan negara, yang merangkumi tiga luhak/bahagian dan ditambah rantau (luhak selain 3 luhak tadi).
KPMIV. Undang-Undang Nagari/Kampung = Undang-undang tentang struktur politik di kampung-kampung. Untuk menjadi sebuah kampung, penduduknya yang terdiri sekurang- kurangnya dari 4 suku perlu menyediakan balai persidangan, surau (juga masjid untuk sembahyang Jumaat), padang awam, rumah mandian awam dan jalanraya. Unit-unit kecil yang wujud dalam sesebuah kampung adalah koto (kota pertahanan bertembok dan dipagari buluh), dusun (kawasan berpenghuni kecil) dan teratak (kawasan berpenghuni yang baru dibuka). Aliran pembangunannya adalah Teratak menjadi Dusun menjadi Koto menjadi Kampung.
KPMV. Undang-Undang Dalam Nagari/Kampung = Undang-undang yang menguruskan perhubungan manusia-manusia dan kumpulan-kumpulan manusia dalam sesebuah kampung. Disebut juga sebagai Undang-Undang/Hukum Adat
KPMVI. Undang-Undang 20 = Undang-undang jenayah yang terdiri daripada : A. Undang-undang harta, iaitu (i) mencuri, (ii) merompak, (iii) merompak dengan jenayah, (iv) berbohong, (v) menipu harta, (vi) membakar, (vii) kerosakan kecil, (viii) kerosakan besar; B. Undang-undang manusia, iaitu (ix) kecederaan dan pembunuhan, (x) menyerang, (xi) meracun, (xii) menentang undang-uadang yang baik, (xiii) menculik secara tak sengaja, (xiv) sengaja menculik, (xv) menafikan kebebasan hak fizikal, (xvi) melanggar arahan penguasa awam, (xvii) mencetuskan kekacauan, (xviii) mencabar orang lain bergaduh, (xix) bergaduh, (xx) menghasut dan memfitnah
KPMVII. Kato Pusako = Perumusan orang-orang tua yang terkait adat/undang-undang
KPMVIII. Xxxx Xxxxxx (Bertepati) = Persetujuan-persetujuan yang telah dicapai oleh orang-orang terdahulu, termasuklah Piagam Dipacik (persetujuan bertulis dihormati), Keputusan Dituruti (keputusan diikuti), Xxxxx Xxxxxxxx (perjanjian dipatuhi) dan Ikrar Dipenuhi.
KPMIX. Kato Buatan = Keputusan sebulat suara yang dicapai pada peringkat kampung atau mesyuarat suku.
KPMX. Kato Kemudian (Kato Bercari) = Kata/perkataan yang perlu didapatkan andainya kata/perkataan sebelum itu tidak memenuhi sesuatu hukum.
Pada awal tesisnya, Xxxxx Xxxxx ada membawakan perbandingan pengurusan Minangkabau ini dengan pengurusan Eropah/Barat, namun tumpuannya dikala itu adalah berkisar kepada isu kepimpinan. Nama-nama pemikir Eropah-Barat seperti Pareto, Xxxxx, Xxxx, Xxxxxx, dll disebut dengan jelas. Kami berhasrat mengembangkan apa yang beliau sebut ini secara bandingan.
3. Pengurusan Hobbes dan Pengurusan Minangkabau
Tatkala lebih banyak wilayah Eropah bebas dari taklukan empayar Islam, dan kembali kepada pemerintahan beraja yang dinasihati oleh gereja, makanya kaedah pengurusan wilayah/negara yang pelbagai diamalkan. Selalunya, beberapa bahagian daripada Eropah mengamalkan mazhab- mazhab Kristian yang berlainan, seperti ortodoks, katolik, protestan, dll. Tahap pentafsiran Injil bagi setiap mazhab ini berlainan, lalu menghasilkan pandangan dan nasihat yang berlainan kepada istana. Jika pihak yang memerintah di istana pula adalah kalangan pemimpin yang mesra pengetahuan, lalu memiliki kumpulan pemikir kalangan rakyat yang berkala berbincang diistana, makanya akan lebih rencamlah pandangan dan nasihat yang datang kepada pemerintah di istana. Kerap-kali pandangan dan nasihat dari gereja akan bertembung dengan pandangan dan nasihat dari pemikir rakyat, samada bertentangan terus tatkala berwacana di istana ataupun pertentangan yang dirakamkan dalam tulisan-tulisan mereka. Pertentangan-pertentangan ini bertembung dalam banyak perkara seumpama kuasa raja, kuasa menteri, cukai, harta wilayah/istana, hamba, elaun keluarga raja, peperangan, cukai jajahan, peranan gereja, pendidikan kepada rakyat, pembangunan pengetahuan, demokrasi, negara, dll. Semua perkara ini samada dirujuk daripada Injil, tafsiran- tafsiran Injil oleh pemikir-pemikir Kristian ataupun pandangan-pandangan bebas berdasarkan penyelidikan oleh pemikir-pemikir bebas. Kami akan senaraikan beberapa tulisan sebegini :
i. Ricardus Anglicus (1200), Compilatio I,
ii. Xxxxxxxxxx Xxxxxxxx (1240), Decretales,
iii. Xxxxxx Xxxxxxx (1255), Commentum in IV Libros Sententiarum,
iv. Xxxxxxxx xx Xxxxxxxx (1256), Tractatus super Feudis et Homagiis,
v. Xxxxxx Xxxxxxx (1265), On Kingship,
vi. Xxxxxx Xxxxxxx (1270), Summa Theologica,
vii. Xxxxxxx xx Xxxxxxxxxx (1280), Constitutiones Regni Siciliae,
viii. Pope Xxxxxxxx XXXX (1296), Clericis Laicos,
ix. Xxxxx of Rome (1301), De Ecclesiastica Potestate,
x. Xxxx of Paris (1303), Tractatus de Potestate Regia et Papali,
xi. Xxxxxx Xxxxxx (1307), De Recuperatione Terra Sanctae,
xii. Xxxxx (1312), De Monarchia,
……….
Contohnya adalah pertentangan yang dirakamkan oleh Xxxxxx Xxxxxxx yang membahaskan pertentangan yang wujud dalam isu-isu seperti masyarakat dan kerajaan, kedudukan undang- undang, dan gereja dan negara. Xxxx of Paris pula membahaskan pertentangan berkenaan harta negara, asal-usul dan kedudukan kerajaan menurut gereja dan negara, dan hubungan diantara kuasa kudus dengan kuasa sekular. Xxxxx of Rome pula membahaskan pertentangan tentang kelebihan kuasa kudus, penguasaan harta dan perlaksanaan kuasa kudus. Pertentangan-pertentangan awal inilah yang menjadikan pemikir-pemikir Eropah yang menumpukan penyelidikannya kepada bidang ini berupaya menukilkan pandangan-pandangan yang agak bersistem kemudiannya, malah melupuskan langsung peranan gereja dan agama Kristian. Contohnya adalah Xxxxxx, Xxxx, Xxxxx, Xxxxxxx, Xxxxxxxx, Xxxxx, Xxxx, Xxxxxxxx, Xxxxx, Xxxxxxx, Xxxxxxxx, dll.
3.1. Manusia Hobbes dan Manusia Minangkabau
Leviathan (1650) tulisan Hobbes mungkin diantara karya tertua pengurusan negara moden di Eropah. Ada dua karyanya sebelum itu yang juga bersifat sama, iaitu The Elements of Law Natural and Politic (1640) dan Philosophical Rudiments Concerning Government and Society (1651). Ada 4 bahagian dalam Leviathan, iaitu Manusia, Komenwel, Komenwel Kristian dan Negara Kelam- Kabut. Xxxxxxx untuk dibahaskan bahawa apa yang Hobbes bincangkan tentang Pengurusan Manusia dalam bab pertama itu sebenarnya juga di bahaskan dalam Minangkabau. Saya nyatakan beberapa bab yang sesuai disini.
Bab 1 : Pancaindera Bab 2 : Berfikir
Bab 3 : Latihan Berfikir Bab 4 : Percakapan
Bab 5 : Penghujahan dan Sains
Bab 6 : Tumpuan Tindakan dan Percakapan Bab 7 : Membuat Keputusan
Bab 8 : Intelektual dan Kesan Kelemahannya Bab 9 : Beberapa Bidang Sains
Bab 10 : Kuasa, Nilai, Kehormatan dan Kemuliaan Bab 11 : Perbezaan Xxxxxxx Xxxx
Bab 12 : Agama
Bab 13 : Sifat Semulajadi Manusia
Bab 14 : Undang-Undang Semulajadi dan Keterikatannya Bab 15 : Undang-Undang Semulajadi Lain
Bab 16 : Manusia, Penulis dan Persona
Kita akan bahaskan kandungan Bab 1-16 diatas dalam kesempatan yang lain, tentunya berbanding dengan maklumat yang akan saya nyatakan dibawah. Setakat ini kita hanyalah mahu membandingkannya secara sepintas lalu.
3.2. “Pancaindera” Hobbes dan “Raso Pareso” Minangkabau
Bab 1 : Pancaindera dalam Hobbes itu berbahas tentang Pancaindera Manusia. Perhatikan, apabila diteliti buku Dt. Madjo Indo, Bab XI : Raso Pareso, kita akan mendapati semua hal yang disebutkan sebagai alat-alat mendapat pengetahuan dan fungsinya :
Nan dimakan raso Nan dilihek rupo Nan didanga bunyi
Ini adalah penjelasan berkenaan tiga alat menerima pengetahuan, iaitu lidah, mata dan telinga. Tidak disebut tentang dua alat lagi, iaitu kulit dan hidung. Memperincikan tentang tiga alat ini, dijelaskan “Nan dimakan raso” pula sebagai,
Nak tahu dipadeh lado Nak tahu diasin garam Manauik sahabih gauang Mamakan sahabih raso
Manakala, “Nan dilihek rupo” dijelaskan sebagai, Jauah bajalan banyak dilihek
. Lamo hiduik banyak dirasai
“Nan didanga bunyi” tidak dijelaskan. Walaupun tidak disebutkan diawalnya tadi, namun alat sentuhan iaitu kulit dijelaskan sebagai,
Ganggam-ganggam baro Taraso angek dilapehkan Sio-sio menjaring angin Taraso lai dapek tidak.
Yang langsung tak dijelaskan adalah cium/hidu/bau iaitu menerusi hidung. Hal ini diulang dan diperbaiki dalam Bab XXI : Aka (Akal) yang menjelaskan dengan tersusun apakah sebenarnya alat menerima pengetahuan dan fungsinya.
Pertamo karano dilihek jo mato
Kaduo karano didanga jo talingo Katigo karano dicium jo hiduang Kaampek karano dirasokan jo lidah Atau dirasokan jo dek badan.
3.3. “Berfikir” Hobbes dan “Aka” Minangkabau
Bab 2 : Berfikir dan Bab 3 : Latihan Berfikir dalam Hobbes amat mungkin sekali dibandingkan dengan Bab XXI : Aka dalam Dt. Madjo Indo.
Ado limo macam aka Xxxxxxx aka sumbarang aka Xxxxx aka manjala
Xxxxxx aka takumpa Kaampek aka xxxxxx Xxxxxx aka sabana aka
Penjelasannya agak lengkap seperti yang diberikan berikut : Nan dikatokan aka sumbarang
Pio kiri pio kanan manjala hilie mudiak baiak
jauah atau dakek, baa kamandapak sajo.
Nan dikatokan aka menjala
Manjala hilie mudiak kiri kanan, sasiuik namuah kaapi, salewai namuah kaaie, barang tagendeang namuah maambiak, nan sajombo nak manuai, pilin jariang nak barisi,
pilin kacang nak mamanjek, aka nak mandapak sajo, indak dapek kapai, kapulang disinggahi juo.
Nan dikatokan aka takumpa
Takalok tatalu mati, manyuruak talampau hilang,
angan lanteh paham tatumbuak, awak sanang sangketo tibo, aka ado usaho ilang, manaruah
sagan jo ragu.
Nan dikatokan aka tawaka Apo nan datang dinanti sajo
basarah diri kapado nan Maha Kuaso
apo nan tibo ditarimo sajo, manyarah kepado nasib.
Nan dikatokan aka sabana aka,
Sagalo sesuatu diusahokan sampai dapek,
Kalaulah diusahokan indak barhasil, barulah basarah diri pado nan Maha Kuaso, Indak manarimo takadie sajo, tapi bausaho sadapek mungkin,
Manyadari juo usaho jo kakuatan nan ado di dalam diri.
3.4. “Percakapan” Hobbes dan “Kato” Minangkabau
Bab 4 : Percakapan dalam Hobbes boleh dibandingkan dengan enambelas jenis kata dalam Dt. Madjo Indo Bab XIX : Kato. Kami salin “kato tantang aka budi anam baleh macam nyo” :
(i). Sidiak artinyo pasangketoan, nak malalukan kainginan sandiri terhadok urang banyak, supayo tercapai makasuiknyo, timbuelah nan dikatokan taraju nan indak palingan, rabah banang, tagak banang namonyo.
(ii). Midiak aratinya manuju jalan nan bana, walau caro basungguah-sungguah disalahkan juo. Lakunyo indah namuah takanai, baiak tantang sarak atau ilmu dunia, inyo malihek pulo dibalik nan tampak.
(iii). Cadiak aratinyo ado kainginan, tapi naik salah, dihatinyo nak maniayo urang lain, asa kauntungan dapek di dirinyo, indak piduli urang rugi, indak namuah takanai, mako jadi kabancian uranglah inyo.
(iv). Arih aratinya tahu dikarajo urang, Cuma lakunya panciumburu, cameh jiko tapadayo, jadi kasimpulannyo sudaga juo, papatahnyo kurang arih badan cilako, talampau arih badan binaso. (v). Candokio, anggan takanai, kuaik ingatannyo, taguah pagangannyo, tak namuah manyinguang urang, karano takuik taniayo. Ado duo macam candokio ateh kasumaik, patamo nan jahek, kaduo nan baiak, jadinyo candokio itu artinyo sudaga.
(vi). Gudiman aratinyo salalu ingek kadirinyo, ka anak kamanakannyo, saisi rumahnyo, ka nan sakampuang sahalaman jo aka budinyo.
(vii). Jauhari aratinyo urang nan tahu di macam jo harago pandai manimbang makasuik kato urang untuak dirinyo, baiak nan batujuan buruak atau jahek. Itulah mako jauhari artinyo rajo.
(viii). Bijaksano aratinyo urang nan tahu jo nan baiak jo nan jahek, jikok manjawab kato urang, mudah sarato capek, tahu caro mancari jalan maminteh, dapek mandahului mukasuik lawanyo. Mako bijaksano dikatokan juo, kadi.
(ix). Mada aratinyo sipaiknya bak batu, walau diabuih indak kaampuak, samo jo banang hitam baa jo mambasuahnyo indak ka namuah putiah, indak mamparhatikan, baiak nan sarak, baiak nan adaik, indak namuah baiyo batido jo urang lain, malakukan kahandak hati surang sao.
(x). Saba adolah induak sagalo aka, karano aka itu manjalani mudarat jo mupaat. Urang nan saba kasihan Allah.. Walau dalam hiduiknyo basuo nan indak bana kahadap dirinyo tak panah inyo susah hati.
(xi). Tawaka aratinyo sagalao sesuatu dalam hiduiknyo basarah diri pado nan Maha Kuaso, apo nan tibo pasrah manarimonyo, salalu bahagio dalam hiduiknyo, hiduik salalu dalam kepuasan, baiak lahie maupun batin. Huduik nan samparono.
(xii). Sudaga aratinyo urang pandai babicaro untuak kauntungan dirinyo, kumyo jan sampai taniayo, tujuannyo kauntungan samato, baiak nan nyato baiak nan indak nyato.
(xiii). Nan dikatokan kato sadiak tamasuk kato bana juo. Dukuaisai munuruik sarak atau munuruik adaik. Kadang mancapai kamuliaan. Adi kalonya sampai pado mukasuiknyo sajo
(xiv). Nan dikatokan kato kurenah. Banyak curito pangalaman diliheknyo atau dipadapek dari nan tuo-you dahulunyo, jikok ado usaho nan bapaedah untuak dirinyo, ingin maam biaknyo untuak mancapai sagalo mukasuiknyo. Indak marugikan urang lain, nan paralu dirinyo sanang.
(xv). Nan dikatokan kato sama. Kato baiak nan diparbaiki. Binaso kato jikok nan dibinasokan. Sah kato jikok disahkan. Haruih kato jikok diharuihkan. Kato nan ditarimo indak salamonyo tatap diharuihkan. Kato sarak atau kato adaik ado duo xxxxxxxxx. Ditampek salah atau ditampek bana. (xvi). Nan dikatokan kato bungkuak bana ado duo tampeknyo. Ado nan sadiak bantuaknyo bana untuak suatu usaho, tapi digunokannyo untuak kaparluan pribadi
3.5. “Beberapa Bidang Sains” Hobbes dan “Jenis-Jenis Pengetahuan” Minangkabau
Bab 9 : Beberapa Jenis Pengetahuan dalam Hobbes boleh sahaja dibandingkan dengan Dt. Madjo Indo Bab XXI : Aka (Akal) yang membahas jenis-jenis pengetahuan, iaitu
Timbuenyo dari ampek macam Xxxxxxx datang dari pikiran sendiri Xxxxx datang dari urang lain Xxxxxx datang dari ilham
Kaampek dari usaho, karano dipalajari.
Yang pertama itu sebenarnya adalah kaedah berfikir manusia, kedua itu adalah yang dipanggil khabar benar, yang ketiga itu kini dipanggil intuisi dan yang keempat itu pendidikan. Namun, semua ini sedikit berlainan daripada apa yang dibahaskan dalam XXII : Ulemu (Ilmu), yang juga mengutip perbincangan jenis-jenis pengetahuan
Ampek macam ulemu pangatahuan Partamo ulemu pangatahuan tantang diri
Kaduo ulemu pangatahuan tahu tantang urang lain Katigo ulemu pangatahuan tahu pado alam
Kaampek ulemu pangatahuan tahu pado nan Maha Kuaso Setiapnya dibicarakan perinciannya sebagai berikut,
Nan dikatokan ulemu pangatahuan tantang diri Manggunokan raso jo pareso, manimbang sakik jo sanang, kalau dipiciak sakik di awak, di urang baitu pulo,
apo nan tajadi dirasokan kapado diri sandiri
Nan dikatokan ulemu pangatahuan tahu tentang urang lain Dilihek pado panyababnyo bagai ulemu mamancing ikan, lain lubuak lain ikannyo, lain ikan lain umpannyo, babagai ragam alam, hitam putiah, tinggi randah,
indak disamo ratokan sajo
Nan dikatokan ulemu pangatahuan tahu pado alam
Jikok mamarentah dalam kampuang, jikok tarjadi silang sangketo,
tibo di nan saindu, atau di nan sapayuang, manyalasaikannyo indak buliah barek sabalah (bapihak-pihak), luruih jo adie dipagunokan bana
Nan dikatokan pangatahuan tahu pado nan Maha Kuaso
Tahi diasa jo sapaiknyo dikaji sipaik nan mustahie sarato jo nan wajib, basariaik bahakikaik, bahakikaik bamakripaiak.
3.H. KomenIel Hobbes dan Adaik Minangkabau
Xxxxxx dalam Bahagian 2 bukunya Leviathan menggariskan 12 konsep pengurusan negara/kerajaan/komenwel, iaitu :
KPHI : Bentuk Kerajaan Tidak Boleh Diubah. KPHII : Kuasa Persekutuan Tidak Boleh Dilupuskan.
KPHIII : Tiada Sesiapa Boleh Mencabar Kuasa Persekutuan yang Dihasilkan oleh Majoriti. KPHIV : Tindakan Persekutuan Tidak Boleh Dicabar.
KPHV : Tindakan Persekutuan Mestilah Diadili Berteraskan Motivasinya Untuk Menjaga Keamanan dan Hak Rakyat.
KPHVI : Tindakan Persekutuan Mestilah Diadili Berdasarkan Doktrin yang Dikembangkan Kepada Rakyat.
KPHVII : Persekutuan Berhak Membuat Peraturan.
KPHVIII : Persekutuan Berhak Membuat Pertimbangan dan Keputusan Terhadap Sesuatu Perbalahan.
KPHIX : Persekutuan Berhak Mengisytiharkan Perang dan Damai.
KPHX : Persekutuan Berhak Memilih Ahli-Ahlinya, Samada Waktu Perang atau Damai. KPHXI : Persekutuan Berhak Memberikan Penghargaan dan Hukuman.
KPHXII : Persekutuan Berhak Memberikan Penghormatan dan Anugerah.
Tidakkah 2.2. Sepuluh Prinsip Pengurusan Minangkabau yang disenaraikan diatas mengarah kepada pembentukan komenwel/persekutuan/Negara yang dibahas oleh Hobbes ini? Kami akan perincikan perbincangan ini dalam kesempatan yang lain kelak. Ada banyak pertanyaan permulaan. Adakah 10 prinsip pengurusan Minangkabau itu membawa kepada suatu persekutuan?
4. Pengurusan Xxxxx dan Pengurusan Minangkabau
Xxxxx menerbitkan sebuah buku bertajuk Philosophy of History hasil dari nota-nota kuliah sekitar 1822-1823, 1824-1825 dan 1830-1831. Kepada beliau, permasalahan ilmiah yang beliau hadapi tatkala beliau mengarang buku berkenaan adalah, apakah nilai-nilai dan bentuk-bentuk pembangunan yang beliau mahu cadangkan kepada bangsa Jerman, samada yang telah sedia ada dalam bangsa Jerman, mahupun yang beliau analisis daripada bangsa-bangsa lain (kekadang analisis terhadap tamadun dan agama juga dilakukan) dan dihasratkan/dipaksakan kepada bangsa Jerman. Buku Hegel ini mungkin adalah buku kajian sosial yang terbaik selepas Mukadimah karya Xxx Xxxxxxx. Analisis terhadap sejarah bangsa-bangsa manusia yang beliau lakukan memang merupakan suatu usaha yang agak mustahil dilakukan sebelum itu, bersebabkan amatlah kurangnya usaha ilmuwan-ilmuwan sesebuah bangsa memahami bangsa-bangsa yang lainnya, juga bersebabkan tidaklah intensifnya usaha penerjemahan karya-karya berbagai bangsa manusia. Semudahnya, buku Hegel tersebut dipecahkan kepada 4 bahagian, iaitu Bahagian 1 : The Oriental World, berbicara tentang analisisnya terhadap bangsa-bangsa yang menghuni dunia timur, termasuklah Cina, India, Parsi, Mesir, Syria, dll, dan diakhiri dengan tema perbincangan bagaimanakah semua perkara (?) yang di timur ini masuk berperingkat ke Greek. Xxxxx tidak menyatakan dengan teliti dari rujukan manakah beliau mengambil maklumat-maklumat tersebut. Namun, adalah maklum bahawa sarjana-sarjana Jerman tatkala sebelum tahun 1820 telah melakukan terjemahan dan tafsiran yang agak banyak terhadap dunia timur. Malah, jika Xxxxx mampu membaca buku-buku dalam bahasa Latin, Perancis, Inggeris, dll, tentunya hal ini akan banyak membantu beliau menggarap maklumat perlu. Sepatutnya, Tamadun Melayu merupakan satu daripada rujukan beliau, namun langsung beliau tidak jengah. Rujukan-rujukan berkenaan Tamadun Melayu sebenarnya sudah banyak di Eropah mulai 1700M. Bahagian 2 : The Greek World, yang berkisar kepada Tamadun Greek yang dikenali ramai sebagai tunjang kepada Tamadun Eropah/Barat. Xxxxx membahas seluruh hal berkaitan Greek seperti pengurusan, politik, agama, ilmu, intelektual, psikologi, bahasa, sejarah, dll. Buku-buku Tamadun Greek bukanlah merupakan suatu kesukaran untuk didapatkan di Jerman. Buku-buku tersebut telah diedit semula, malah telah diterjemahkan ke bahasa Jerman semenjak mungkin kurun ke-13M. Bahagian 3 : The Roman World, membahas berkenaan kebergantungan Tamadun Rom kepada Tamadun Greek dalam banyak perkara, politik, sains, tamadun, sosial, sejarah, agama, pemikiran, perubatan, dll. Apabila masuk ke Bahagian 4 : The German World, Xxxxx membahagikannya kepada 3 seksyen utama, iaitu kristian, abad pertengahan dan abad moden. Menariknya, perbincangan beliau berkenaan Islam/Mahometanism dimasukkan dalam seksyen pertama, kristian dalam dunia Jerman.
Xxxxxxx Xxxxx menulis buku ini, ataupun menulis nota-nota kuliahnya yang dikumpulkan dalam buku ini, iaitu sekitar 1820-1830, Jerman sebenarnya sudah memasuki era pemodenan, dengan penumpuan kepada revolusi ilmu, revolusi industri, revolusi politik/masyarakat dan revolusi kewangan. Tatkala inilah Xxxxx melakukan analisis dan menjangkakan apakah yang sepatutnya Bangsa Jerman lakukan pada masa-masa mendatang berdasarkan segala kekuatan yang mereka
ada, ataupun yang mereka boleh ambil dari bangsa-bangsa lain didunia. Strategi Hegel ini beliau himpunkan dalam bukunya Philosophy of Right, iaitu perbahasan panjang lebar tentang pembentukan sesebuah persekutuan/negara yang beliau maksudkan sebagai Jerman. Cadangan Hegel ini, yang dengan amat kritis dibahas oleh Xxxxxx dalam bukunya The Open Society and Its Enemy (1943). Kepada Popper, selepas beliau membahas Platoisme dengan panjang lebar sehingga masuk ke zaman pra-Hegel, beliau membuktikan bahawa Xxxxxxxxxxxx kemudian menjelma sebagai Hegelisme, dan selepas itu membahas Marxisme. Hegelisme yang dimaksudkan oleh Popper tersebut adalah merujuk kepada idea pembentukan persekutuan/negara yang Xxxxx buat perumusannya dari Xxxxx, Xxxxxxxxx dan Xxxxxxxxxx, yang mengusulkan agar Bangsa Jerman mengharung cabaran kurun ke-19 dan seterusnya dengan mendasarkan kegiatan mereka kepada konsep-konsep berikut :
i. Kebangsaan,
ii. Kewujudan persekutuan/negara menerusi peperangan,
iii. Persekutuan tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip moral,
iv. Peperangan beretika,
v. Pemimpin yang bijaksana dan beriltizam,
vi. Kehidupan masyarakat yang mencabar.
Kami fikir, asas inilah yang menjadikan Bangsa Jerman sehingga kini mampu menonjol dalam banyak aspek penting ketamadunan seperti sains, teknologi, pendidikan, sejarah, politik, bahasa, dll di Eropah dan didunia.
4.1. Dialektik Xxxxx dan Kato Minangkabau
Xxxxx sebenarnya amat popular di Eropah sebagai pemikir awal yang mengusulkan bahawa Dialektik/Lojik adalah unsur terpenting dalam kehidupan manusia dalam masyarakat. Maksudnya, dalam kehidupan sehari-hari, manusia berkomunikasi dengan manusia yang lain. Tetapi bukan setakat itu sahaja, setiap manusia berusaha untuk menghujahkan dan membuktikan kepada manusia yang lain bahawa pandangannya yang lebih benar, tepat, munasabah dll. Dan manusia kedua itu berkemungkinan pula berusaha untuk menyanggah pandangan-pandangan rakannya itu, dengan mengusulkan hujah yang menolaknya. Proses ini akan berlanjut terus sehingga salah seorang dari mereka bersetuju 100% dengan pandangan seorang lagi, ataupun kedua-dua mereka bersetuju bahawa gabungan pandangan kedua-dua mereka itu membentuk pandangan yang benar. Disini sebenarnya saya sudah merumuskan tiga perkara yang merupakan teras kepada Dialektik Xxxxx, iaitu Tesis (pandangan pertama), Anti-Tesis (pandangan kedua yang menolak) dan Sintesis (gabungan pandangan). Inilah yang dihujahkan oleh Xxxxx sebagai teras bagaimana manusia mengharung kehidupannya sehari-hari.
Cuba perhatikan Dt. Madjo Indo Bab XIX : Kato (xv) yang saya nyatakan sebelum ini diatas
(1). “Kato baiak nan diparbaiki”, bukankah ini bermaksud suatu pandangan (tesis) yang boleh lagi diperhalusi jika dipersoalkan bertubi-tubi (seperti anti-tesis), demi mencapai pandangan yang lebih murni.
(2). “Binaso kato jikok nan dibinasokan”, ini bermaksud thesis dan anti-tesis.
(3). “Sah kato jikok disahkan. Haruih kato jikok diharuihkan”, ini menunjukkan suatu pandangan itu harus disokong dengan bukti (tesis)
(4). “Kato nan ditarimo indak salamonyo tatap diharuihkan”, ini bermaksud suatu pandangan itu benar selagi mana tidak dibatalkan (anti-tesis) dengan bukti-bukti yang menolaknya.
5. Lanjutan
Kita boleh lanjutkan perbincangan 3&4 diatas, tetapi memerlukan masa yang panjang untuk melengkapkannya. Contohnya jika kita mahu bincangkan perkara-perkara pengurusan yang lebih moden, yang Pengurusan Minangkabau mungkin tidak ada ruang membahasnya. Ambillah Toynbee katakana. Ada banyak sejarawan Inggeris semenjak kurun ke-16 yang mempengaruhi Xxxxxxx melakukan penyelidikan dan penulisan yang mengkagumkan itu. Antaranya adalah Xxxxxx Xxxxxxx, Xxxxxxx Xxxxxx, Xxxxxxx Xxxxx, Earl of Xxxxxxxxx, Xxxxx Xxxx, Xxxxxxx Xxxxxxxxx, Xxxxxx Xxxxxxx, Xxxxxx Xxxxx, Xxxxxx Xxxxxxx, Xxxxxx Xxxxxxxxx Xxxxxxxx, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxxx, Xxxxx Xxxxxxx Xxxxxx, Xxxxxxx Xxxxxx, Xxxxxx Xxxxxxxx, Xxxxxxxx Xxxxxxx Xxxxxxxx, Xxxxxx Xxxxxxxx Xxxxxxxxx, dll. Namun, Xxxxxxx mengatakan bahawa dia amatlah tersentak apabila mentelaah buku Xxxxxxx tentang jatuh-bangun Tamadun Rom. Kami belumlah mampu mentelaah seluruh 10 jilid buku Toynbee yang ditulisnya sekitar 1930-1960 itu, dan menyampaikannya dalam makalah dan pembentangan ini. Kami cumalah ada dua atau tiga buah buku Toynbee. Ada empat kriteria pembangunan masyarakat yang dibahas oleh Xxxxxxx :
i. Memperkasa kawalan terhadap aspek-aspek kemanusiaan.
ii. Memperkasa kawalan terhadap alam sekitar.
iii. Etherialization, iaitu kemajuan teknologi spt pengangkutan, komunikasi, pertanian, persenjataan, pembinaan, dll.
iv. Pengurusan pembuatan keputusan dan tindakan.
Semakan ringkas saya terhadap seluruh buku Dt. Madjo Indo itu mendapati (i)-(iv) yang Toynbee bincang ini ada dimana-mana dalam buku itu. Yang mungkin kurang adalah (iii) itu, bilamana unsur-unsur teknologi moden ini belumlah sampai ke Minangkabau pada kurun ke-14M.
Akhirnya saya mengharapkan agar ada ruang dan kesempatan untuk melakukan kajian lengkap terhadap hal-hal yang saya bincangkan disini.
[DOCUMENT TITLE]
[Document subtitle]
MICROSOFT WINDOWS XP
[COMPANY NAME]
[Company address]
Xxxxxxx Xxxx Xxxxxxxx: Perkaitan Dapatan Kajian Dengan Ilmu Warisan
Xxxxx Xxxxx Xxxxxx (PhD)1*, Suriyani Othman2, Pusat Rujukan Peradaban dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (Pradakaps) 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
*Corresponding author: email address :xxxxxxxxxx0000@xxxxx.xxx; xxx_xxx@xxxxx.xxx
Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan kerangka Model Wasilah Adat Perpatih bertunjangkan “teghombo” Warisan Adat (n.d), adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah, syarak mengata, adat memakai, kuat adat tak gaduh hukum, kuat hukum tak gaduh adat, adat ke hukum mati hukum, hukum ke adat mati adat. Model Wasilah Adat Perpatih ini akan mendasari tentang syariat, tarekat, hakikat, makrifat, istinbat secara ringkas dalam melahirkan aturan adat dalam Adat Perpatih iaitu adat yang sebenar-benar adat, adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat seterusnya membentuk adat, adab, muafakat serta budi. Rumusan daripada model ini akan menjelaskan falsafah atau ajaran Adat Perpatih yang sebenar iaitu membangunkan akhlak dalam diri pengamal Adat Perpatih selaras dengan firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 28 untuk menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
Kata Kunci: Adat Perpatih, Wasilah, Istinbat, Akhlak, Ihsan
Pengenalan
Apabila membicarakan tentang Adat Xxxxxxxx, kita tidak boleh lari daripada membicarakan tentang teghombo. Dalam konteks pembinaan Kerangka Model Wasilah Adat Perpatih ini, teghombo (n.d) dijadikan sebagai panduan utama. Teghombo ini boleh didefinisikan sebagai kata-kata Warisan Adat (n.d) nenek moyang terdahulu yang diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain secara lisan hasil daripada penelaahan terhadap keagungan al-Quran dan Sunah (ilmu tafsir) sebagai panduan utama dalam meniti kehidupan. Kenyataan ini dapat dilihat melalui teromba berikut;
asal-asal usul-usul
asal usul jangan ditingaan dapek nan kocik pado nan bosa dapek nan bosa pado nan tua
dapek nan tua pado nan dulu-dulu
dapek nan dulu-dulu pado nan sudah-sudah
dapek nan sudah-sudah pado nenek moyang (Kata Warisan Adat, n.d)
Sehubungan dengan itu, untuk meneliti Kerangka Xxxxxxx Xxxx Xxxxxxxx ini, kita harus menelusuri sejarah kejadian 25 orang nabi dan rasul. Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi. Selain itu, kita mengetahui kisah pertemuan Nabi Xxxx dan Saidatina Hawa di Jabal Rahmah sebagai teladan bagi memahami episod penciptaan manusia.
Kisah Nabi Xxxx dalam al-Quran melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama, dialog Allah SWT dengan malaikat. Kemudian, peringkat kedua dialog Allah SWT dengan Xxxxx dan ketiga, dialog antara Allah SWT dengan Nabi Xxxx, isterinya serta iblis, manakala terakhir ialah dialog anak Nabi Xxxx.
Dialog Allah dengan malaikat mengenai kejadian Nabi Xxxx diungkap melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Surah al-Hijr, ayat 28)
Kemudian, setelah sempurna kejadian Nabi Xxxx, Allah SWT telah mengarahkan malaikat sujud kepada Nabi Xxxx. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaan Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya." (Surah al- Hijr, ayat 29)
Malaikat tidak pernah membantah permintaan Allah SWT. Atas dasar itulah malaikat diberi keistimewaan sehingga diciptakan daripada cahaya yang amat bernilai. Malaikat sujud kepada Nabi Xxxx atas arahan Allah SWT tetapi Xxxxx mengingkari arahanNya.
Ini dikisahkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Sujudlah kamu kepada Xxxx", lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud." (Surah al-A'raaf, ayat 11)
Xxxxxxxx Xxxx Xxxx dimuliakan. Malah, pelantikan Nabi Xxxx sebagai khalifah juga merupakan kehendak Allah SWT untuk menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Allah SWT berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Mu dan mensucikan Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Kesempurnaan dijadikan Nabi Xxxx sebagai khalifah di muka bumi membawa maksud yang mendalam. Manusia seharusnya merenung sejauh mana mereka telah menjalankan amanah, tanggungjawab dan peranan sebagai khalifah.);
penakik pisau siraut
ambil galah batang lintabung seludang jadikan nyiru
air nan setitik jadikan laut,
tanah nan sekopa jadikan gunung
alam terkombang jadikan guru. (Kata Warisan Adat, n.d)
Sering kali kita membicarakan persoalan berkenaan khalifah tetapi sejauh mana kita mengetahui tugas selaku khalifah? Apakah hanya mendapat gelaran dan jawatan sebagai seorang khalifah tetapi kita tidak mengetahui apa harus dilaksanakan oleh khalifah? Persoalan inilah menjadi asas dalam membentuk pemikiran sebenar mengenai hakikat kejadian melalui Model Wasilah Adat Perpatih.
kok digali dalam-dalam jumpo akar dan tunjangnyo kok dipanjat tinggi-tinggi
jumpo pucuk dengan silaranyo bertunggul berpenebangan berbatang berpengabungan tiap-tiap kulit ado isinyo,
tiap-tiap lafaz ada maknonyo.
Sebaris berpantang lupa
Setitik berpantang hilang (Kata Warisan Adat, n.d)
Kemudian, Allah SWT telah mengajar nama benda kepada Nabi Xxxx, lalu Baginda menyebut nama itu seperti yang diajarkan malaikat kepadanya. "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar." (Surah al-Baqarah, ayat 31)
Malaikat menjawab dengan kata mereka dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Engkau (Ya Allah) Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jugalah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah al-Baqarah, ayat 32)
Rahsia di sebalik penciptaan
Setiap penciptaan itu mempunyai rahsia tersendiri. Penciptaan manusia daripada tanah, kemudian Allah SWT mengarahkan malaikat bersujud kepada Nabi Xxxx juga mempunyai sebab yang kita tidak ketahui. Dalam mensyariatkan agama Islam yang suci ini, manusia tidak mampu menilai tujuan dan sebab setiap sesuatu ketetapan daripada Allah SWT itu.
Kita hanya mampu melaksanakan tanggungjawab dan tugas tanpa membantah kerana malaikat pun turut bersujud kepada Nabi Xxxx apabila diarahkan Allah SWT. Justeru, bagi menjadikan kita benar-benar memahami tujuan hidup dengan sebenarnya, kita perlu menjadikan kisah Nabi Xxxx yang termasuk dalam lingkungan 25 orang nabi dan rasul yang wajib dipercayai serta malaikat sebagai teladan.
Hidup ini usah bersandarkan perangai iblis yang mengingkari arahan Allah SWT untuk bersujud. Ini dinyatakan dengan bongkak oleh iblis seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Aku lebih baik daripada Xxxx, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (Surah al-A'raaf, ayat 12)
Penilaian kejadian manusia bukanlah sebab kita dijadikan tetapi mengapa kita diperintahkan untuk beriman itu adalah lebih utama.
(Sejarah manusia sebagai khalifah, Xxxxxx Xxxxxx, 04 Mac 2015)
Perkembangan Islam di Rantau Alam Melayu
Menurut Xxxx'Xxxx Xxxx Xxxx (2011), secara umumnya kedatangan Islam di rantau ini seawal abad ke-7 yang telah dibawa masuk oleh para ulama luar yang rata-ratanya merupakan para pedagang merupakan suatu peristiwa sejarah yang besar bagi penduduk kepulauan Melayu secara keseluruhannya. Walaupun demikian pengislaman keseluruhan kawasan rantau ini tidak seragam. Jika dilihat melalui kedatangan para pedagang Islam pada peringkat awal dianggarkan sekitar abad ke-7 lagi. Kelompok kecil pendakwah ini telah berada di rantau Melayu iaitu di bahagian barat Sumatera 674 dan 878 dan di Jawa pada 1082, di Champa 1039, Semenanjung Tanah Melayu pada 878 dan 1302 dan semakin bertambah ramai sekitar abad ke-15. Menurut sesetengah sarjana, Islam telah tersebar di rantau ini sejak abad ke-13 atau ke-14 berdasarkan kerajaan Samudera Pasai yang merupakan kerajaan Melayu-Islam pertama. Jika didasarkan kepada penemuan batu nisan Xxxxxx Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxx Xxxx Xxxxxx xxxxxxxxx 290H/902M di Tanjung Inggeris Alor Setar Kedah, batu nisan bertulisan Arab yang ditemui di Teluk Cik Munah Pekan Pahang bertarikh 419H/1028M menunjukkan bahawa Islam telah bertapak di rantau ini sejak abad ke-10.
Kemasukan agama Islam ini telah memainkan peranan penting daripada segi mengislamisasikan masyarakat tempatan sehingga berlakulah suatu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Para ulama yang datang ini telah mengislamkan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Hindu secara peringkat demi peringkat dan cuba menukar corak pemikiran mereka sama ada golongan diraja, bangsawan dan rakyat biasa kepada cara hidup Islam yang sebenar (Xxxxxxxx Xxxxxx al-Attas, 1969), Mereka menyajikan Islam dalam bentuk yang ilmiah iaitu dengan menekankan pembuktian ke atas setiap ajaran agama. Misalnya tentang kewujudan Tuhan yang Maha Esa dibuktikan melalui kewujudan
alam ini. Jika tiada penciptanya sudah tentu alam ini juga tidak akan wujud dengan sendirinya. Secara tidak langsung pembuktian secara rasional dan ilmiah ini telah menukar aliran sejarah yang sebelumnya banyak dipengaruhi oleh ajaran animisme dan Hindu-Buddha yang berasaskan kedewaan dan pemujaan bersifat kesenian kepada satu aliran yang lebih berasaskan ilmu dan akal. Dalam usaha mengislamisasikan masyarakat Alam Melayu, para ulama telah melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai orang Melayu menganuti agama Islam. Antara tugas awal yang dilaksanakan ialah dengan mengajar ilmu agama di istana-istana, mempelajari bahasa dan budaya Melayu serta sesetengahnya pula mengahwini penduduk tempatan (S.Q Fatimi, 1963).
Perkahwinan campur merupakan antara kaedah yang dirasakan sesuai kerana melalui perkahwinan campur akan terbentuk komuniti Muslim yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyebarkan Islam. Melalui penampilan mereka yang berkarisma dan kekuatan akliah telah menyebabkan para pemerintah serta rakyat setempat dapat menerima mereka dengan mudah dan yakin. Sesetengah daripada mereka pula telah berkahwin dengan keluarga diraja untuk memperoleh kedudukan yang istimewa dalam kerajaan seperti menjadi penasihat raja atau sultan dalam urusan keagamaan serta undang-undang. Keadaan ini lebih memudahkan lagi mereka menyebarkan Islam di samping mengajar agama kepada para penuntutnya. Secara tidak langsung penyebaran Islam dalam kalangan atasan iaitu golongan pemerintah telah akhirnya dituruti juga oleh rakyat bawahan (Azyumardi Azra, 2007)
Selain itu, pendidikan agama juga memainkan peranan penting kerana tanpa pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempraktikkan Islam dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan mereka. Terdapat usaha dalam kalangan para ulama untuk memberikan pendidikan dalam kalangan masyarakat melalui pengajian agama di istana atau masjid-masjid. Bukti pengajian agama di istana dapat dilihat melalui Sejarah Melayu yang menyebut bahawa Xxxxxxx Xxx Xxxxx telah membawa sebuah kitab teologi (usuluddin) bercampur tasawwuf yang ditulis oleh gurunya iaitu seorang sufi bernama Xxx Xxxxx bertajuk Xxxx xx- Xxxxxx kepada Sultan Xxxxxx Xxxx (1459-1477) di istana Melaka. Sultan Xxxxxx Xxxx merupakan putera kepada Sultan Xxxxxxxx Xxxx. Sebelum menjadi sultan, baginda telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Raja Xxxxx sehingga diangkat menjadi Sultan Melaka setelah kemangkatan ayahandanya. (Xxxxxxx Xxxxxxxx,1994). Kemudian baginda telah menitahkan supaya buku tersebut dibawa ke istana Pasai untuk mendapatkan penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk dipelajari oleh baginda sendiri (Xxxxxx Xxxxx,1983). Ini kerana Pasai terkenal sebagai sebuah kerajaan awal menerima Islam dan masyhur daripada segi pengajian agama dan kesusasteraan Melayu-Islam.
Penyataan Masalah
Adat Perpatih merupakan satu yang unik, penuh dengan falsafah dan mempunyai kepentingan yang amat tinggi. Aturan adat ini berpandukan kepada al-Quran dan sunah untuk mendidik, membimbing masyarakat pengamal dalam membina peradaban dan ketamadunan masyarakatnya. Maka dengan itu, banyak penyelidikan, penerbitan, seminar dan lain-lain aktiviti telah dilaksanakan untuk memperkasakan Adat Perpatih. Namun begitu, masih terdapat kelompangan ilmu kepada masyarakat pengamal untuk mengetahui dan memahami aturan dan falsafah Adat Perpatih yang sebenar.
Ada pendapat mengatakan masyarakat bahawa Adat Perpatih ini tidak mengikut landasan Islam serta melanggar nas-nas yang telah ditentukan sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran. Mereka seolah- olah tidak yakin dengan adat ini serta bimbang sekiranya akan melanggar kehendak Islam yang sebenarnya. Masyarakat tidak sedar, malah ada yang tidak mengetahui bahawa Adat Perpatih ini merupakan “Wasilah” iaitu mendidik dan membimbing masyarakat pengamalnya ke jalan Allah yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial yang berpandukan kepada al-Quran dan Sunah (pembangunan akhlak).
Kepentingan Kajian
Pengkajian “Wasilah Adat Perpatih” ini penting bagi mengelakkan pandangan serong yang berterusan masyarakat dan menganggap Adat Perpatih ini menyeleweng daripada landasan syarak dan hukum Islam secara keseluruhannya. Ramai yang salah faham tentang perkara ini, malah ada yang mempersoalkan sehingga makin menimbulkan keraguan di hati masyarakat. Ini menyebabkan pewaris adat ini berasa ragu-ragu untuk terus mengamalkan Adat Perpatih ini.
Pengkajian Wasilah Adat Perpatih ini diharap dapat menghuraikan permasalahan serta keraguan yang timbul berhubung isu ini. Melalui pengkajian ini, diharap dapat menerangkan beberapa perkara kepada masyarakat berhubung dakwaan dan keraguan tersebut dengan menyentuh kepada aturan adat yang sebenar-benar adat-adat, yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat berserta dengan penjelasannya.
Seterusnya, pengkajian ini amatlah penting bagi membolehkan kefahaman terhadap Adat Perpatih ini kepada pewaris adat ini khususnya dan masyarakat luar amnya. Apabila masyarakat telah memahami tentang konsep melalui Wasilah Adat Perpatih, fungsi serta keunikan adat ini, tentunya akan menaikkan lagi martabat Adat Perpatih di mata masyarakat seterusnya diwarisi dengan ilmu daripada generasi kepada generasi yang lain. “Ilmu Imam Kepada Amal”
Objektif Kajian
1. Menjelaskan falsafah, kepentingan dan perkaitan antara agama serta adat Adat melalui Wasilah Adat Perpatih
2. Menunjukkan kepentingan teghombo (Kata Warisan Adat, n.d) dalam membina peradaban dan ketamadunan bangsa anak Xxxx Xxxxxxxx.
3. Memartabatkan kembali Adat Perpatih yang semakin luput ditelan zaman.
4. Menjelaskan kepentingan mewujudkan Pusat Rujukan Peradaban Dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia.
Batasan Kajian
Aspek yang diteliti adalah berkaitan dengan mendalami dan memperhalus teromba, “adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah, syarak mengata adat memakai, kuat adat tak gaduh hukum, kuat hukum tidak gaduh adat, adat ke hukum mati hukum, hukum adat mati adat” yang terangkum di dalamnya adat yang sebenar-benar adat, adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat.
Metodologi Kajian
Kaedah Pengumpulan Data
a. Analisis Dokumen
b. Temu bual
c. Pemerhatian Catatan:-
Rangkuman tuntunan ilmu (bimbingan/pimpinan) sebagai anak Xxxx Xxxxxxxx yang didik melalui adat, adab, muafakat dan budi sejak kecil sehinggalah dewasa oleh ibu bapa, bapa saudara, mak saudara, tuan-tuan guru, pensyarah dan lain-lain.
Tuntunan ilmu (bimbingan/pimpinan)
Peringkat Umur | Tuntunan ilmu (bimbingan/pimpinan) | Catatan |
Semasa kecil seterusnya menginjak remaja | ï Allahyarham Dato' Lingajo Husin ï Allahyarham Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxxx ï Allahyarham Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx ï Allahyarhamah To' Kalimah binti Sabtu (Ibu Warith Generasi ke-5 Luak Johol. Menjadi Ibu Warith pada zaman YTM Undang:- o Dato' Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx _(Undang ke- 10_1947-1973) o Dato' Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx Xxxxx (Undang ke- 11_1973-1985) o Dato' Xxxx 'Xxxx'x Xxxxxx xxx Xxx Xxx. (Undang ke- 12_1985-1988) o Dato' Xxxx Xxxxx xxx Xxx (Undang ke-13_1988-2007) ï Xxxxxxxxxxx Xxxx Xxxxxx xxx Xxxxxx Dari Suku Biduanda Gempo (Bapa kepada Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx- Xxxxxxxx) ï Puan Xxxxx Xxxxxx xxxxx X. Xxxxx dari Suku Warith (Ibu kepada Xxxxx Xxxxx Xxxxxx- Xxxxxxxx) ï Allahyarham Dato Xxxxx xxx Xxxxx | o Dato' Lembaga Suku Tiga Batu Luak Johol o Salah seorang daripada Tuan Xxxx Ibu bapa pengkaji o Mengikuti ibu bapa mengaji kitab o Ibu kepada emak pengkaji, Xxxxx Xxxxxx xxx X. Xxxxx dan To' kepada Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx - Xxxxxxxx) o Ibu Bapa pengkaji - didikan agama dan ilmu adat |
Peringkat Umur | Tuntunan ilmu (bimbingan/pimpinan) | Catatan |
o Mantan Dato Undang Luak Johol ke-11 | ||
Dewasa | ï Dato Xxxxxxxxxxxx xxx Xxxx o Dato' Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx _ ( Undang ke- 10_1947-1973) o Dato' Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx Xxxxx o (Undang ke-11_1973-1985) o Dato' Xxxx 'Xxxx'x Xxxxxx xxx Xxx Xxx o (Undang ke-12_1985-1988) o Dato' Xxxx Xxxxx xxx Xxx o (Undang ke-13_1988-2007) o Dato Xxxxxxxx Xxx Xxxxx Xxxxx (Undang ke-14_2007- 2016) ï Dato Dr. Xxxx Xxxx xxx Xxxxx x Xxxxxxxx Xxxxxxx Xxxxxxx Xxxx Xxxxxx Xxxx Xxxx Xxxxxxxx xxx Xxxxxx Xxxx Xxxxx. Mantan Mufti Ketiga Kerajaan Negeri Sembilan ï Prof. Madya Dato Paduka Dr. Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxxx ï Prof. Emeritus Datuk Dr. Xxxxxxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx ï Prof. Emeritus Dato' Dr. Xxxxxx xxx Xxxxx, Mantan Pemegang Kursi Raja-Raja Melayu, UiTM ï Dato-Dato pemuka Adat Perpatih (pemimpin dan pembimbing). | o Mantan buapak dan Dato Lembaga kepada 5 orang Dato Undang Luak Johol, Sahabat seperguruan dengan Allahyarham bapa pengkaji. o Menjadi tempat rujukan panduan hidup o Menjadi tempat rujukan panduan hidup o Penyelia Tesis Peringkat PhD. o Tempat rujukan o Tempat rujukan o Penyelia Tesis Peringkat PhD. o Dato Undang o Dato Penghulu o Dato Lembaga o Buapak o Ibu Warith |
Peringkat Umur | Tuntunan ilmu (bimbingan/pimpinan) | Catatan |
o Ibu Soko o Tua Waris (Perempuan) o Tua Suku (Lelaki) | ||
Peringkat Usia Meniti Adat Darah baharu setampuk pinang, Umur baharu setahun jagung, Pengalaman pun belum banyak Kalau salah, mohon tunjukkan. | x Xxxxxxx Xxxxxxx Dato Xxxx Xxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx. Mufti Keempat Kerajaan Negeri Sembilan. | o Menjadi salah seorang pakar rujuk untuk menubuhkan Pusat Rujukan Peradaban dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. o Menjadi pakar rujuk dalam membina Model Wasilah Adat Perpatih |
Wasilah Adat Perpatih
Rajah 1: Xxxxx Xxxxx Xxxxxx, (2021), Wasilah Adat Perpatih, Pusat Rujukan Peradaban Dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
Pengenalan Konsep Kerangka Model Wasilah Adat Perpatih
Wasilah1 Dari sudut bahasa, Wasilah bermaksud ikatan, perhubungan, pertalian; apa yang jelas dan nyata ialah ilmu yang dituntut oleh manusia hanyalah sebagai jalan untuk mengenal Allah (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP 2021)
C` E C¸ G H C` t C´ K CL
C` EtC´ C´M C´ K CN
H C¸GOCP C` KH QC¸ CR
CL C¸ S C` E C¸ t G tC´ C´TtV-
CPW C`ę YCP C` Q C¸ t CZ
C` K C[
EH C
CC' E C´GH HtC´ C
C¸ ] C` E C[
H C´ę[CP KH HYC´ C' ^CP KH Ct’ H`C' ´ C´ KH C` SYC´ bC
C˜ C’ C` KH C¸ HtC´
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu berjaya. Al-Maidah, 5: 35) "
.Surah Ali -Imran 3:103
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu, agar kamu mendapat petunjuk.
Adat Perpatih2 Adat Perpatih ini dibawa dari tanah seberang (Sumatera) oleh Dato Perpatih Pinang Sebatang, Aturan adat ini berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
adat bersendikan hukum,
hukum bersendikan kitabullah (al-Quran) syarak mengata adat memakai,
kuat adat tak gaduh hukum, kuat hukum tak gaduh adat, adat ke hukum mati hukum, hukum ke adat, mati adat.
tungku tiga sejerangan tali tiga sepemilinan
(Kata Warisan Adat, n.d)
Mana-mana yang menyongsang daripadanya, bukanlah ajaran dan amalan Adat Perpatih yang sebenar. Struktur adat ini merangkumi bidang politik,
ekonomi dan sosial serta telah membentuk serta mentadbir sembilan buah
“nagari” secara adat, adab, muafakat dan budi sebelum wujudnya nama Negeri Sembilan.
Untuk lebih memahami Adat Perpatih ini, sebarang persoalan mesti diteliti daripada kebesaran Allah menjadikan alam ini berpandukan al-Quran dan Sunah
penakik pisau siraut
ambil galah batang lintabung seludang jadikan nyiru
air nan setitik jadikan laut,
tanah nan sekopa jadikan gunung alam terkombang jadikan guru.
(Kata Warisan Adat, n.d)
Persejarahan asal usul Adat Perpatih perlu dimulai dengan sejarah kejadian Nabi Allah Xxxx sehinggalah Nabi Xxxxxxxx XXX. (25 orang nabi dan rasul yang wajib kita ketahui) Kata Warisan Adat ada menyatakan:
asal-asal usul-usul
asal usul jangan ditinggaan dapek nan kocik pado nan bosa dapek nan bosa pado nan tua dapek nan tua pado nan dulu-dulu
dapek nan dulu-dulu pado nan sudah-sudah dapek nan sudah-sudah pado nenek moyang
(Kata Warisan Adat, n.d)
Al-Quran Dan Sunah 3
Sabda Nabi Xxxxxxxx X. X. X
Y´ Cw CC' t C˚ KH C´ęH YC´ C´ę C´ CL C˚WYCP C˚ ę C¸ S C¸ G C´ęH : C¸ WYC´ H CS
C´ C
C¸tH`‘
C´ K CL
[C´ C
C´M [C´ SC¸ C¸ E C¸ G
YC´ z C˚W CY
C¸ Q C˚ E CPW C˚ ę {C´ C˚ ę C´z C˚ E C¸[‘ tC´ C[
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (Hadis Riwayat Xxxx Xxxxx)
Syariat4 hukum agama; peraturan agama; memerintahkan; al-Quran ialah sumber pertama daripada syariat Islam.
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP 2021)
Tarekat5 Jalan; Jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasawuf); ilmu Sufi (suluk); tatatertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan)
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP 2021)
Hakikat6 sesuatu yang sudah nyata dan tidak dapat dinafikan lagi; kebenaran;kenyataan: Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa manusia semakin harisemakin saling bergantungan antara satu sama lain. (Pusat Rujukan PersuratanMelayu, DBP 2021)
Makrifat7 Ilmu mengenali sesuatu; (dalam ilmu tasawuf); ilmu mengenali hal kerohanian pada peringkat tertinggi atau sempurna; berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP 2021)
Istinbat Dalam Adat Perpatih8
bermaksud mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu;
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP 2021)
Catatan: Perlu ada alim ulama, cerdik pandai dan pemimpin;
tungku tiga sejerangan, tali tiga sepilinan
(Kata Warisan Adat n.d)
...... Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:
zKLt WEQ Y^wE !]H Tzw tW ^wHÇ ^Ht
:{^wE SWHYS Å ^Ht
:!Q[t
àzáÉ
KÖYNO ÉÑWHYS Å ^Ht
:QSL[M zKLt Å ^Ht
:Q![t
YNO ÉÑ
L[M
Å KÜÉÑèåçéÅÜ^:àãä
”Dengan apa engkau akan putuskan apabila berhadapan sesuatu perkara? Dia menjawab: Aku akan putuskan dengan Kitab Allah. Xxxx berkata:
Sekiranya engkau tidak menjumpainya dalam Kitab Allah? Dia menjawab: Dengan sunnah Rasulullah...” (Riwayat Xxx Xxxx)"
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Selangor
Adat Yang Sebenar-benar Adat9
Aturan hukum kehidupan, pegangan dan amalan masyarakat. Kenyataan ini boleh dibuktikan melalui falsafah Adat Perpatih yang ditunjangi iaitu “adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah, syarak mengata, adat memakai”. Falsafah ini wajib difahami secara mendalam, apakah sebenarnya Adat Perpatih?. Oleh yang demikian, sebarang perlakuan dalam Adat Perpatih berkaitan dengan adat, adab, muafakat dan budi yang “bergeseng” atau bertentangan dengan syariat, itu bukanlah ajaran Adat Perpatih yang sebenar.
kalau digali dalam-dalam jumpa akar dan tunjangnya kalau dipanjat tinggi-tinggi jumpa pucuk dan silara bertunggul berpenebangan berbatang berpengabungan
tiap-tiap kulit ada isinya
tiap-tiap lafaz, ada maknanya.
(Kata Warisan Adat, n.d)
Menurut Xx-Xxxxxx Xxxxx xx-Xxxxx berkata: “Al-Quran al-Karim ialah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran ialah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran ialah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.
(Portal Rasmi, Mufti Wilayah Persekutuan) Ummul Kitab (ibu kepada al-Quran):
Surah Al-Fatihah (1:1-7)
Gambaran mengenai keseluruhan al-Quran yang membicarakan tentang 7 perkara asas.
Adat
Yang Diadatkan10
Istinbat:
Menyabit, mengeluarkan hukum atau keputusan berpandukan kepada al- Quran dan sunah. Hukum ini bersifat tetap dan tidak boleh diubah-ubah. Aturan ini menjelaskan tentang ibadah, muamalah, akidah, sirah nabawi, kisah nabi dan rasul, Xxxxxx Xxxxx serta terapi Quran yang menjadi tunjang hukum kepada kekuatan anak Adat Perpatih dalam pembentukan akhlak.
Adat Yang Teradat11
Pelaksanaan
Melaksanakan sesuatu perkara atau aturan mengikut ketetapan adat yang sebenar-benar adat (al-Quran dan sunah) dan istinbat (ketetapan) pada adat yang diadatkan. Walau bagaimana pun pelaksanaannya ini boleh diubah atas nama adat, adab, muafakat dan budi tanpa mengubah daripada segi syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Adat Perpatih menekankan musyawarah sebagai dasar membuat keputusan sejajar dengan al-Quran dan Sunah.
Firman Allah..
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepada mu wahai Xxxxxxxx), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikut mu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari daripada keliling mu. Oleh itu maafkanlah
mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap mu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orangyang bertawakal kepada-Nya. Surah Ali' Imran 3:159
Adat Istiadat12 Pemaknaan ilmu
Melaksanakan aturan adat istiadat Adat Perpatih seperti yang terlingkung dalam adat dan budayanya. Semua pelaksanaan aturan adat istiadat mesti mendidik dan membimbing ke arah fahaman masyarakat kepada al-Quran dan Sunah (Syariat, tarekat, hakikat dan makrifat). Kata adat menyatakan
kata adat banyak kiasan ditunjuk dio tetapi bukan digulung pendek panjang direntang
tak faham
kalau tak direnungkan walau sebosa biji labu
langit dan bumi ada di dalam
(Kata Warisan Adat, n.d)
Orang Barat berbenteng bosi Orang Melayu berbentang adat Selagi kito mengilir budi
Dijunjung dipuja setinggi pangkat (Pantun Melayu, n.d)
Akhlak12 Sesungguhnya junjungan besar Nabi kita, Nabi Xxxxxxxx s.a.w diutus oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia. Hal ini berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud;
“Aku diutus (oleh Allah) hanyalah untuk menyempurnakan akhlak.”Hadis Riwayat Xxxxx
Menurut bahasa, perkataan akhlak atau khulqu dari bahasa Arab bermaksud perangai, budi, tabiat dan adab. Ia terbahagi kepada dua, iaitu xxxxxx xxxxxxxx (terpuji, baik) dan akhlak mazmumah (keji, buruk, tercela).
Akhlak merupakan salah satu faktor utama bagi mengukur kesempurnaan iman seseorang hamba, seperti yang disabdakan oleh Baginda s.a.w;
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.”Hadis Riwayat Xxxxxxx
Untuk mengecap akhlak yang terbaik, dalam erti kata lain akhlak tersebut diredai oleh Allah SWT ialah dengan mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.
XXXXXX X.X. XXXXXXX NABI S.A.W.
Xxxxxxxx Xxxx r.a. katanya:
Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Xxxxxxxxxx s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih kainnya, sangat hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Xxxxxxxxxx s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua- dua lututnya kepada kedua-dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua- dua telapak tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w.
Kemudian dia berkata: Hai Nabi Xxxxxxxx! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Xxxxxxxxxx s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Xxxxxxxx itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Dia berkata: Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya, dan para Rasul-Nya, dan engkau beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat-Nya. Dia berkata: Benarlah engkau!
Kemudian dia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau. (HR. Muslim)
Rumusan Adat Perpatih merupakan didikan amalan adat yang membawa masyarakat pengamalnya ke jalan Allah yang penuh dengan unsur tasawwuf di dalamnya.
(Xxxxx Xxxxx Xxxxxx, 2021)
Rujukan
al-Quran.
A. Caldecott. (1912). Paper on Malay Subject, Published By Direction Of The Committee For Malay Studies, Federated Malay States, Printed At The Federated Malay States Government Press.
Akob Atan. (2016). Adat Perpatih. [interview]
A. Xxxxxx Xxxxx & Xxxxxx Xxxx. (1994). Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram: Luak Jelebu. Negeri Sembilan: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Xxxx Xxx. (1953). Rembau, Sejarah Perlembagaan dan Adat Istiadatnya Terjemahan daripada Rembau, One Of The Nine States: Its History Constitution and Custom, oleh Parr, E.W.E, dan Xxxxxxx.
Xxxx Xxx. (1974). Kata Pengantar Dalam Buku Rembau, Sejarah Perlembagaan dan Adat Istiadatnya, Pejabat Cetak Kerajaan Johor.
Xxxx Xxx. (1974). Sebahagian daripada Dasar Adat Perpatih. Kertas Kerja di Seminar Persejarahan Adat Perpatih. MBNS, 9 - 12hb April 1974, hlm. 6.
Abang Patdeli Abang Muhi. (2018). Akal Budi Dalam Peribahasa Melayu Sarawak, Tesis Phd, Universiti Pendidikan Sultan Xxxxx. Tanjong Malim, Perak.
Abd. Xxxxxx Xxxxxxxx. (1964). Dasar-dasar Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Xxxxx Xxx. (1996). Dato Xxxxx Xxxxxxxx Xxxx Xxxxxxx Xxxxxxxx, YTM Undang Luak Johol Ke-13.
Xxxxxxx Xxxxxxxx (1994) (terjemahan). The Suma Oriental of Tome Pires, London: The Hakluyt Society, h. 246-247.
Azyumardi Azra (2007), Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII, (Jakarta: Kencana), p.15
Xxxxxxx, Xxxxxxxx xxx Xxxxxxx. 1987/1407. Al-Jami` al-Sahih al-Mukhtasar. Bayrut: Xxx Xxx Xxxxxx.
Xxxxxxxxx, Xxxxxx xxx xx-Xxxxxx xx-Xxxxxxxx. 1954 M/ 1374 H. Sahih Muslim. Bayrut: Dar Ihya' al- Turath al-`Arabi.
Xxxxxxxx, Xxxxxxxx xxx xXxx. x.xx. Al-Jami` al-Sahih Sunan al-Tirmidhi. Bayrut: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi.
Xxx Xxxxxx, Xxxxx xx-Xxxxxxxx. x.xx. Xxxxxx xx-Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx. Jil.1,2,3, & 4. Misr: Xxxxxxxxx Xxxxxxxx.
Xxxxxx, Xxxxxxx. 1316. Al-Nusrah al-Nabawiyyah. Misr: al-Matba`ah al-Amiriyyah. Xxxxxx, Xxx
`Xxx xx-Xxxxxx. 1372. Tabaqat al-Sufiyyah. Misr: Matba`ah Dar al-Kitab al-`Arabi.
Xxx xXxxxxx, Xxxxx. 1331 H. al-Futuhat al-Ilahiyyah fi Sharh al-Mabahith alAsliyyah.t.tp: al- Matba`ah al-Jamaliyyah.
Xxxxxx Xxxxx, (1983), The Malay Islamic Hikayat, Monograf 1, UKM: Institut Bahasa, h. 19. Lihat juga R.Xxxxxxxx (1969), A History of Classical Malay Literature, Oxford: Oxford University Press, Edisi kedua, h. 135
Xxxxx Xxxxx (2016) Sorotan Perkembangan Tasawuf Di Alam Melayu, Tokoh-Tokoh Dan Karyanya, Jurnal Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KKolej Universiti Islam, Selangor
S.Q. Fatimi (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute, h.
83. Xxxx Xxxxx Xxxxxx (1985), “Notes on Various Theories Regarding the Islamization of the Malay Archipelago”, dalam The Muslim World, Vol. LXXV, Hartford: The Duncan Black MacDonald Center, h. 170.
Xxxx Xxxxxxxx Xxxxxx xx-Xxxxx (1969), Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 5-6. Lihat juga Xxxx Xxxxxxxx Xxxxxx xx-Xxxxx (1966), “Xxxxxx and the Wujudiyyah of the 17th Century Acheh,” MBRAS III, Singapore, h. 1-2.
Xxxxxxxx xxx Xxxxxxx xx-Xxxxx, Tarekat Mengikut Xxxxxx Xxxxxxxxxx SAW: Sejarah, Pandangan Ulama dan Menjawab Sebarang Tohmahan Mufti Wilayah Persekutuan, 26 Mei 2015 bersamaan 7 Syaaban 1436H
POLEMIK FULL PAPER - MOHAMAD HJ
XXX XXXXX PHD (UNIMEL)
[Document subtitle]
MQ Z
[COMPANY NAME]
[Company address]
KEPIMPINAN POLITIK UMNO REMBAU 1946-2010 KONFLIK DAN POLEMIK.
ABSTRAK
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah era rakyat Malaysia mulai melaksanakan kehidupan sosioekonomi yang lebih baik. Sesuai dengan ketentuan daripada kerajaan pusat, pada saat itu parti Barisan Nasional (BN) telah mampu melaksanakan program pembangunan sosioekonomi dengan lebih sempurna. Namun, dalam melaksanakan pembangunan sosioekonomi daerah Rembau mengalami pelbagai kekangan dan masalah. Antaranya, sejarah tradisional dan geopolitik termasuk demografi, kekurangan sumberdaya manusia dan alam, dan faktor persempadanan politik yang berubah-ubah.
Berdasarkan pemikiran tersebut maka, matlamat umum kajian ini ialah mengidentifikasi sejarah kepemimpinan politik serta konflik dan polemik dalam kepimpinan politik UMNO daerah Rembau 1946-2010 pada zaman sebelum dan selepas DEB mengikut kronologi sejarah.
Permasalahan yang dikaji ialah daripada aspek sejarah kepimpinan politik dan polemik dalam kepimpinan dengan persoalan (1) Bagaimana perkembangan trend sejarah kepemimpinan politik dan kepemimpinan formal di Rembau (1946-2010) sebelum dan selepas DEB (2) Apakah faktor-faktor konflik dan polemik yang mempengaruhi kepemimpinan politik daerah Rembau (3) Sejauhmana pengaruh polemik kepemimpinan politik mempengaruhi kepimpinan politik daerah Rembau hingga kini.
Sementara, objektif utama kajian pula (1) Mengenalpasti trend sejarah kepemimpinan politik formal daerah Rembau 1946-2010, (2) Mengkaji dan menghurai konflik dan polemik kepemimpinan politik dalaman dan luaran daerah Rembau dan (3) Menilai pengaruh kepemimpinan politik dan implikasinya terhadap UMNO daerah Rembau dan pembangunan infrastruktur kemudahan asas dan kemudahan awam daripada aspek infrastruktur ekonomi, social dan institusi sepanjang tempoh 1946-2010.
Hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut, (1) perkembangan kepemimpinan politik daerah Rembau, sebelum dan selepas DEB yang dipengaruhi keadaan politik kebangsaan yang mengalami berbagai-bagai isu, cabaran dan konflik,
(2) kepemimpinan politik sangat berperanan penting dalam pembangunan sosioekonomi dan (3) trend sejarah kepemimpinan membuktikan faktor atau kunci utama terhadap pembangunan khususnya infrastruktur sosial dan kemajuan daerah Rembau
Kata kunci : Kepimpinan politik, Dasar Ekonomi Baharu, konflik dan polemik UMNO Rembau.
KEPIMPINAN POLITIK UMNO REMBAU 1946-2010 KONFLIK DAN POLEMIK.
Oleh
Xxxxxxx Xx Xxx Xxxxx, Phd.(UNIMEL)
1.0 PENGENALAN
Dalam politik tidak ada satu trend dan gaya kepemimpinan yang kekal dan sesuai sepanjang zaman dan setiap pemimpin tahu dan sedar ada beberapa gaya kepemimpinan yang semuanya sesuai untuk waktu yang berbeza dan untuk orang yang berbeza. Jelasnya, tidak ada trend yang kekal sepanjang zaman. Dalam kepemimpinan memiliki keupayaan kemahiran sebenar ialah memilih gaya yang betul pada waktu yang tepat adalah salah satu aspek yang menentukan trend kepemimpinan. Bab ini meninjau dan menghuraikan era kepemimpinan politik Rembau yang diamalkan pada tahun 1946-2010 dengan membahagikan perbincangan kepada dua zaman iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan DEB dijadikan sebagai pemisah kepada lima fasa atau era. Pembahagian ini memudahkan perbincangan hubungan dan polemik kepemimpinan dengan pembangunan sosial, khususnya pembangunan infrastruktur sosial.
2.0 LATAR BELAKANG PERGERAKAN POLITIK NEGERI SEMBILAN.
Selepas Perang Dunia Kedua, orang Melayu dikejutkan dengan tindakan penjajah British memperkenalkan Gagasan Malayan Union yang membawa kepada kewujudan penjajahan bentuk baharu yang menghilangkan kuasa Raja-Raja Melayu serta hak orang Melayu di tanah air sendiri. Ini mengakibat rasa marah dan tidak puas hati orang Melayu dan orang Melayu mula bangkit menunjukkan kemarahan mereka apatah lagi mengetahui Raja-Raja Melayu telah dipaksa oleh Xxx Xxxxxx Xxx Xxxxxxx untuk menandatangani Perjanjian penubuhan Malayan Union.
Sewaktu Kongres Melayu Pertama diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946 dihadiri oleh 41 pertubuhan bagi menentang Gagasan Malayan Union.1 Pada kongres tersebut, pemimpin-pemimpin Kelab Maa'mor, Seremban yang terdiri daripada YM Tunku Xxxxxxxx xxx YM Tunku Besar Xxxxxxxxxxx,XX Xxxxx Xxxxxxx xxx Xxxxx Xxxxx, YM Raja Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxx Xxxx, Xxxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx Xxxxxxx, Xxxx Xxxxx Xxxxxx dan Xxxx Xxxxxx telah hadir mewakili Negeri Sembilan atas nama Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMENAS).2
1Kongres meluluskan resolusi menghapuskan Malayan Union dan menyatukan persatuan Melayu yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO).
2Wan Mohd Mahyiddin.(2007). UMNO:Sejarah Organisasi dan Pelaksanaan Dasar. KL: HPILectures Sdn.Bhd.
2.1 Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMENAS)
Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMENAS)3 sebuah badan bukan politik tetapi persatuan sosial dan kebajikan diterajui oleh XX Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxx Xxxxxx (Pegawai Daerah Rembau (28 Oktober 1950- 11 Jun 1951) ditubuhkan pada 9 September 1938 di Istana Hinggap, Seremban. Kemudian, pada Julai 1948, PEMENAS dibubarkan dan dijadikan asas penubuhan UMNO di Negeri Sembilan secara rasmi setelah menerima usul penyusunan semula UMNO. UMNO Negeri Sembilan ditubuhkan pada Julai 1948. Pada awalnya, penubuhan UMNO Negeri Sembilan dengan hanya tiga bahagian terdiri UMNO Negeri Sembilan Selatan (Rembau dan Tampin), UMNO Seremban (Jelebu dan Port Dickson) dan Kuala Pilah.4 Dengan itu, dalam PRU 1955 Negeri Sembilan mempunyai tiga kawasan parlimen dan 12 kawasan DUN.
Pada Kongres Kedua diadakan pada 30-31 Mac 1946 dan seterusnya pada Kongres Melayu Ketiga di Istana Bukit Serene Johor Bahru, pada 11-13 Mei 1946.5 Pada 11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan di mana pemimpin Kelab Maa'mor iaitu YM Tunku Xxxxxxx xxx Xxxxx Xxxxx selaku wakil orang-orang Melayu Negeri Sembilan telah menurunkan tandatangan beliau atas Piagam Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dalam bahasa Inggerisnya United Malays National Organization (UMNO)6 yang menyaksikan kelahiran UMNO pada tanggal 11 haribulan Mei 1946 di Istana Bukit Serene Johor Bahru sebagai wadah perjuangan orang Melayu menentang gagasan Malayan Union. Pada Mesyuarat Agung pertamanya melantik Xxx Xxxxxx sebagai ketuanya.7
3 Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMENAS) ditubuhkan pada 9 Sept 1938 di Seremban oleh Xxxxxx Xxxx Xxxxx, Xxxx Xxxxxx, Xx Xxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxxx Xxxxx.
4Abd Xxxxx Xxxxx.(1968). Negeri Sembilan dan Sejarahnya. K.L: Utusan Melayu Press. hlm 340 dan Karim Putih. Tesis ‘UMNO Bahagian Teluk Kemang’ hlm.33.
5 Perhimpunan ini diadakan pada 11-12 Mei 1946 yang dihadiri oleh 29 pertubuhan Melayu. Pada 12 Mei 1946 Mesyuarat Agung pertama telah melantik Xxx Xxxxxx sebagai Pengerusi. Justeru Kongres Kebangsaan Melayu dibubarkan dan UMNO mengambil alih peranan menentang Malayan Union.UMNO mendapat sambutan parti haluan kanan daripada semua negeri dan mempunyai 39 bahagian (1951). (Sumber: UMNO 20 Tahun.1966.Ibu Pejabat UMNO Malaysia.hlm.37.
6 Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Xxxxxxxx Xxxx dalam Forum Sembang Kopi O Nasi Lemak, pada 26 Ogos 2007 anjuran Gapena, KeKWa, Bernama dan Arkib Negara, menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan turut mempunyai sentuhan interlektual daripada Pendeta Zaaba, tetapi malangnya sumbangan itu jarang dikatakan mahupun dikenang generasi ini.’Zaaba bukan sahaja mengemukakan idea Kongres yang menghimpunkan persatuan Melayu pada zaman prakemerdekaan bahkan turut mencadangkan nama,’ United Malay Organisation’ diubah kepada ‘ United Malays National Organisation’ .Zaaba mengusulkan perkataan ‘nasional’ yang maksudnya mengatas batas kenegerian menjankau Semenanjung Tanah Melayu kerana semangat kenegerian pada waktu itu sangat kuat; sekaligus memperlihatkan pandangan Zaaba yang jauh ke depan.
7 Xxx Xxxxxx, Ketua UMNO yang pertama mencadangkan UMNO menerima bukan Melayu dan menjadi pertubuhan Malaya (United Malaya National Organization) telah gagal menyebabkan beliau letak jawatan dan menubuhkan IMP pada tahun 1951 yang kemudiannya menukar nama kepada Parti Negara (PN). Dalam Pilihan raya 1955, PN hanya menang satu kerusi dan berakhir dengan kematian Xxx Xxxxxx pada 1962.(Sumber: Zainalabidin Wahid.(1972) ‘Hubungan Etnik di Malaysia dari Perpektif Teori dan Praktikal. hlm 301/319)
2.2 Kelab Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Dari sudut sejarah Kelab Maa'mor (Kelab Melayu) Seremban dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO khususnya di Negeri Sembilan mempunyai talian hubungan kepemimpinan yang amat rapat. Kelab Melayu terlibat sebagai wakil Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMENAS) dalam mengasaskan UMNO, dan Kelab Melayu pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Perwakilan Agung UMNO kali-3 pada tahun 1947. Bahkan Yang Di Pertua Kelab Melayu keempat YM Tunku Xxxxxxxx xxx YM Tunku Besar Xxxxxxxxxxx dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang pertama .
Xxxx Xxxxxx Xxxxxx, ADUN Wanita Negeri Sembilan yang pertama, pernah menjadi Setiausaha Kaum Ibu Xxxxxx terlibat pada 30 hb Julai 1954 berkumpul di Kelab Melayu bersama-sama dengan 20,000 ahli UMNO yang lain sebelum berarak dari bangunan Kelab Melayu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (berhadapan Istana Hinggap). Tujuannya bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan bagi mendesak Kerajaan Inggeris mewujudkan suatu Suruhanjaya Bebas menggubal Perlembagaan Tanah Melayu. Yang Di Pertua Kelab pada masa itu adalah Dato' Xxx Xxxxx xxx Xxxxxxxxx yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
Yang Di Pertua Kelab Melayu ke-9, Tan Sri Dato' Xxxxx Xxxxx Xxxxx merupakan ahli UMNO yang mendesak UMNO menukarkan slogannya daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Kelab Melayu juga pernah menjadi pejabat kepada UMNO Negeri sehingga tahun 1956 sebelum UMNO Perhubungan Negeri berpindah ke bangunan Persatuan Pelombong-Pelombong Cina Negeri Sembilan di Jalan Dato' Krishnan. Yang Di Pertua Kelab Melayu yang Pertama iaitu Xxx Xxxxx Xxxxx Xxxxx yang pernah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Yang Di Pertua Kelab ke-9 , Tan Sri Dato' Xxx Xxxxx Xxxxx pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Exco Kanan Negeri Sembilan. Perlantikan tersebut disebabkan talian hubungan yang rapat antara Kelab Melayu dan UMNO Negeri Sembilan sehingga tahun 2004. Selepas itu, semua Menteri Besar Negeri Sembilan hanya merupakan Penaung kepada Kelab Melayu sahaja.
3.0 KELAB MELAYU REMBAU DAN PERGERAKAN POLITIK.
Luak Rembau wujud sejak awal kurun ke-15. Kawasan ini telah mempunyai institusi politik dan pentadbiran tradisional sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Rembau juga menjadi tumpuan strategik politik Melayu tradisional yang mencatatkan beberapa siri perang saudara melibatkan Rembau, Sungai Ujong dan Seri Menanti. Kawasan Luak Rembau asalnya turut meliputi kawasan Tampin, Repah dan Keru. Tetapi Perang Rembau (1833-34) menyebabkan Tampin bebas menjadi negeri atau luak berasingan.( Pada masa yang sama di Xxxxxx juga lahir kesedaran orang Melayu untuk bersatu mengembeling tenaga merupakan titik tolak perjuangan penduduk daerah
( Perang Rembau 1833-1834. Sebelum itu pada 28 Jan 1832 , Undang Rembau Datuk Nganit membuat perjanjian dengan Inggeris di Melaka menyerahkan Tampin pada Xxxx Xxxxxxx yang mangkat pada tahun 1850.(Sumber: ms.m.wikipedia.or).
Rembau untuk meningkatkan imej daerah Rembau. Pembentukan Kelab Melayu Rembau9 dilahirkan lebih awal, sekitar 1928, merupakan langkah awal anak-anak Xxxxxx menunjukkan minat dalam aspek kebajikan dan bidang persuratan. Ahli-ahli kelab tersebut terdiri daripada Dato-Dato Lembaga, guru-guru Melayu dan kakitangan kerajaan. Penubuhan Kelab Melayu Rembau melahirkan pemimpin anak xxxxx Xxxxxx yang berkelibar dan dapat meningkatkan imej Rembau dalam pembangunan infrastruktur sosial
Foto: Rumah UMNO Rembau yang asalnya Kelab Melayu Rembau. (kiri foto 1980 dan kanan foto 2010)
Sumber: Koleksi Penulis.
Pada tahun 1920-an, ketika pentadbiran Undang Luak Rembau ke-18, Dato Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx (1922-1938) bermurah hati mengurniakan sekeping tanah kerajaan untuk mendirikan bangunan Kelab Melayu Rembau, yang akhirnya dikenali sebagai ‘Rumah UMNO Rembau'.10 ‘Rumah UMNO' Rembau ketika ia digunakan sebagai Pejabat ADUN Kawasan Kota dan Kawasan Chembong sebelum berpindah ke bangunan sekarang. Foto (kanan) keadaan sekarang terbiar selepas Pejabat ADUN berpindah ke tempat lain selepas PRU 13 lalu.
3.1 Penubuhan UMNO Rembau 1947
Ketika UMNO Malaya ditubuhkan pada 11 Mei 1946, Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMENAS) yang diterajui oleh Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxxx Xxxxxx (Pegawai Daerah Rembau 1950-1951) selaku wakil Negeri Sembilan menandatangani piagam pengasasan UMNO di Kongres Melayu Kedua di Johor Bahru. Tarikh 11 Mei adalah tarikh keramat yang mesti diingati oleh segenap lapisan masyarakat Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO. Tarikh itu adalah kelahirnya UMNO yang menjadi payung bernaung bangsa Melayu. Tanpa UMNO pasti kekuasaan politik yang menjadi tunggak kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional (BN) tidak akan wujud.
9 Kelab Melayu Rembau, satu pertubuhan sosial yang ditubuhkan dalam tahun 1928. Pada zaman Undang Luak Rembau ke-xviii, Dato Xxxxxxxx Xx Xxxxx menganugerahkan sekeping tanah untuk didirikan bangunan.
10 Rumah UMNO Rembau menjadi bangunan pentadbiran UMNO Rembau hingga tahun 2004.Namun sejak Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Parlimen Rembau dan DUN Chembong berpindah ke lokasi sekarang, bangunan tersebut terbiar hingga kini.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Rembau11 telah ditubuhkan pada 8 November 1946 di Sekolah Melayu Rembau (kini Sekolah Kebangsaan Undang Rembau)12 yang menjadi asas penubuhan UMNO Rembau kerana UMNO Rembau ditubuhkan pada tahun 1947. Foto di bawah menunjukkan Jawatankuasa Penubuhan PKMM Rembau 1946 tetapi PKMM telah diharamkan dan darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948.
Foto: Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Rembau, Negeri Sembilan pada 8 November 1946, di Sekolah Melayu Rembau.
Sumber : Arkib Negara Malaysia.
UMNO Rembau ditubuhkan pada tahun 194713 diketuai oleh Xxxxxxx xxx Xxxx yang kini menjangkau usia 70 tahun. Dalam usia tersebut UMNO termasuk UMNO Rembau banyak menempoh pelbagai dugaan dan pahit maung dan masam manis. Tetapi dengan keteguhan seluruh ahli UMNO serta berkat kesabaran daripada sebilangan pucuk pimpinan, kepemimpinan UMNO Rembau14 terus kukuh dan bendera UMNO berkibar dengan megahnya.
11 PKMM pertubuhan politik kebangsaaan Melayu yang pertama selepas Perang Dunia Kedua, ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh,Perak.
12 Arba’ahazura Hj Supa’at dan Ishak Saat.(2018). Politik Suloh Malaya 1946-1947. Batu Pahat: Penerbit UTHM. Foto hlm 129.
13Ketua UMNO Rembau yang pertama, Xxxxxxx xxx Xxxx, Pegawai Daerah Rembau (1947-1949)
14UMNO Rembau dalam penulisan ini bermaksud bahagian dan cawangan UMNO dalam kawasan pentadbiran daerah
Rembau.
4.0 KEPIMPINAN POLITIK REMBAU SEBELUM DEB (19456-1970).
Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan kepemimpinan politik daerah Rembau dibahagikan kepada dua era iaitu Era Prakemerdekaan dan Era Pascakemerdekaan. Perbezaan kedua fasa ini ialah era zaman penjajahan British dengan era zaman berkerajaan sendiri yang sudah tentu corak kepemimpinan politik yang sangat berbeza.
4.1 (a) Era 1 Prakemerdekaan (1946-1956)
Pada era ini kepemimpinan politik UMNO Rembau (1947- 1956) UMNO Rembau lahir dan mendapat sambutan daripada orang ramai khususnya penduduk daerah Rembau. Keahliannya terdiri daripada guru-guru Melayu, pemimpin tempatan, Dato-Dato Lembaga Adat yang diketuai oleh Xxxxxxx xxx Xxxx, Pegawai Daerah Rembau (1947-1949) dan isterinya, Halimaton Majid15 sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO Rembau yang menjadi Ahli Parlimen wanita pertama di Ulu Selangor pada tahun 1955.16 Halimaton Majid adalah tokoh mengetuai wanita membuat ucapan membantah Malayan Union di Batu Pahat bersama Cikgu Xxxxxx Xxxxxxxx (Selangor) dan Datin Puteh Xxxxxx (Perak).
Foto: Xxxxxxxxx Xxxxx, Ketua Kaum Ibu UMNO Rembau pertama Juga Ahli Parlimen Wanita Pertama ( Kawasan Ulu Selangor)
Sumber: Xxxxxx Xxxx dari Arkib Negara Malaysia (kiri) dan
Sumber: Biografi Tokoh Wanita Malaysia.2004. P.J :Xxxxxxx, hlm.153-155.(kanan).
Ketua-ketua UMNO Rembau pada era ini ialah Xxxxxxx xxx Xxxx (Pegawai Daerah Rembau (1947-1949), Xxxxxx xxx Xxxx ( Pegawai Daerah Rembau (1949-1950),
15Dato Xxxxxxxxx Xxxxx (1920-1980-an) mendapat didikan sekolah Melayu dan Inggeris di Kuala Lumpur. Berkahwin ketika usia muda dengan Xxxxxxx xxx Xxxx (Pegawai Daerah Rembau (1947-1949) Pengerusi KTM dan Duta ke Pakistan pada 27 September 1962. (Sumber: Biografi Tokoh Wanita Malaysia.2004. X.X. Xxxxxxx, hlm.153- 155).
16 Halimaton Majid Ketua Kaum Ibu Rembau dan Ketua Kaum Ibu Negeri Sembilan (1949) dan Ahli Majlis Perundangan Persekutuan di Rembau (1955). Beliau adik ipar Xxx Xxx Xxxxxxx Xxxxxx dan anaknya Dato Xxx Xxxxxx Xxxxx. (Sumber: Biografi Tokoh Wanita Malaysia.2004. P.J :Xxxxxxx, hlm.153-155.
Xxxx xxx Xxxxx ( 1952-1954),Dato Xxxx XxXxxx Xxxx Xxx Xxxx Xxxxxx (1954-1958), Xxxx Xxxxxx Xxxxx (1958- 1959 dipecat), dan Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx (1962-1963).
Foto : Xxxxxx xxx Xxxx (1949-1950)
Setiausaha UMNO Rembau terdiri daripada Xxx Xxxxxx Xxxxx (1949-1950),17 Xxxx Xxx Xxxx Xxxxx (1958), dan Xxx Xxxxx Xx Xxx (1959)18. Xxxx Xxxxxx Xxxxx (1962-1963)
Foto: Xxxx Xxxxx Ketua UMNO Rembau 1952-1954
Sumber: Nagari Nan Tuo.
17 Xxx Xxxxxx Xxxxx, ahli UMNO sejak 1946 sebagai wakil Pemuda Negeri Sembilan ke penubuhan UMNO Malaya di Kelab Sulaiman Kuala Lumpur pada tahun 1947. Pada tahun1949 tubuh UMNO Rembau dan dilantik sebagai Setiausaha UMNO (1949-1952). Wakil UMNO Rembau ke persidangan Agung di Melaka. 1963 Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Seremban dan Pengerusi mesyuarat UMNO Negeri Sembilan. Beliau Yang DiPertua Guru-guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu (KPGM/PTM) . Tahun Jun 1962 di anugerah Tokoh Guru. dan dianugerah darjah AMN. (Sumber: Xxxxxx Xxxxxx , 16 Jun 1962 dan Dharmala N.S.(2003). Biografi Dato Seri Utama Xxx Xxx Xxxxx Xxxxx Xxxxx, Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan)
18 Xxxxxx Xxxxxx 1960-an.
Pada tahun 1949, Dato Xxxx Xxxxxx Xxxxxx seorang ahli kaum ibu UMNO Rembau19 bersama Xxxxxxx Xx Xxxxx dan Xxxx Xxxxxx Xxxx Xxx dipilih sebagai wakil- wakil awal daripada ahli perempuan ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.20
Di Rembau juga, pada tahun 1949 timbul perselisihan faham dalam kalangan pemimpin yang menerajui UMNO berpunca daripada isu Adat Perpatih yang mempertikaikan isu pembahagian harta pusaka adat yang bertentangan dengan hukum syarak. Akibatnya, ramai tokoh UMNO Rembau ketika itu dipecat dan ditukar keluar dari daerah Rembau. Hanya, beberapa pemimpin UMNO yang bijak dapat melepaskan diri daripada dipecat. Pada tahun 1949-1952 UMNO Rembau tenat dan seakan-akan mati lantaran camputangan kepimpinan politik, birokrasi tradisi dalam institusi Adat Perpatih. Isu-isu tanah pusaka, dan perkahwinan sesuku yang dikatakan berlawanan dengan hukum syarak telah menggugat masyarakat Melayu Rembau.
Pada tahun 1951 Dato Xxx Xxxxx Xxxxx selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan menasihatkan pucuk pimpinan UMNO Rembau supaya berkecuali terhadap isu tersebut kerana pendirian Datuk Lembaga Xxxx Xxxxxx tidak berganjak, dan UMNO Rembau tidak berhak campur tangan.”.21 Akibatnya campurtangan itu, ramai tokoh UMNO Rembau dipecat dan ditukar keluar dari daerah Rembau. Hanya, beberapa pemimpin UMNO yang bijak dapat melepaskan diri daripada dipecat. Dalam suasana tegang itu Baba Xxxxx yang kebetulan melepaskan jawatannya dalam UMNO Selangor telah kembali ke Rembau. Beliau berdiamkan diri dalam politik selama satu tahun.
Here for a time Xxxxx Xxxx faded from the picture as he regained his health.The following year he was back as active as over.22
Dalam masa setahun itu, beliau seolah-olah cuba mencari satu formula penyelesaian ke atas krisis yang melanda UMNO Rembau dengan caranya sendiri. Ini sejajar dengan sifat inward looking atau pemendaman.
Dengan desakan Xxx Xxxxx Xxxxxx, guru pelawat berasal dari Kampung Penajis, Rembau, dan mengetahui latar belakang yang ada pada Xxxx Xxxxx boleh memulihkan keadaan UMNO. Akhirnya, Xxxx Xxxxx kembali aktif dalam politik. Dengan penyertaan Datuk Raja XxXxxx Xxxx Xxx Xxxxxx, seorang ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Negeri Sembilan yang juga orang kanan Institusi Undang Luak Rembau, maka UMNO Rembau berjaya digerakkan semula. Xxxx Xxxxx dilantik sebagai Pegawai Penerangan UMNO Rembau sebelum dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam mesyuarat agung pada tahun 1952. Pada bulan April 1952, beliau dipilih sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan yang dilantik hingga tahun 1955 apabila dewan itu dibubarkan untuk pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Ketika UMNO Rembau di bawah pimpinan Xxxx xxx Xxxxx (1952-1954) berlaku lagi perpecahan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO Rembau bertindak keluar dari UMNO apabila Xxxx Xxxxx keluar daripada parti UMNO pada awal tahun 1954 dan menjadi ahli parti Independent Malayan Party ( IMP ) dan kemudiannya bertukar nama
19 Biogarfi Tokoh Wanita Malaysia.(2004) . P.J : Xxxxxxx, hlm. 468-470.
20 Xxx Xxxx Xxxxxxxxx,(2007). UMNO Sejarah, Organisasi dan Pelaksanaan Dasar. Kuala Lumpur:HPI Lectures Sdn.Bhd.
21 Utusan Melayu, 23 Julai 1951
22 The Malay Mail, 17 August 1959.
Parti Negara yang diketuai oleh Dato Xxx xxx Xxxxxx. Tetapi sebahagian lagi masih kekal dalam UMNO Rembau.
Foto: Onn Jaafar berucap di Rumah Othman Lanjong di Kampung Batu, Rembau.
s
Sumber : Koleksi Penulis.
Jawatan Ketua UMNO Rembau kemudian dipimpin oleh Xxxx Xxx Xxxxxx (Orang Besar Undang Xxxx Xxxxxx) bergelar Dato Raja Xx Xxxx.23 Seterusnya, ketika Xxxxxxx xxx Xxxxx menjadi Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Tuan Xxxx Xxxxxx xxx Xxxxx, suami Xxxx Xxxxxx Xxxxxx dipilih sebagai Ketua UMNO Rembau. Xxxx Xxxxxx Xxxxx dipecat pada tahun 1959.
Foto : Xxxx Xxxxxx xxx Xxxx Xxxx, ayahanda Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx.
Sumber : Koleksi Penulis.
23 Empat Orang Besar Undang Luak Rembau terdiri Dato Shahbandar, Dato Xxxx XxXxxx, Dato Xxxxxx Xxxx, dan Dato Menteri Xxxx Xxxxxxx.
Pada era ini juga, Pilihan Raya Persekutuan 1955 berlangsung. Dalam pilihan raya 1955, di Negeri Sembilan sebanyak 12 kerusi DUN dipertandingkan , calon-calon Parti Perikatan menang tanpa bertanding terdiri daripada sembilan orang. Sementara, tiga lagi calon Parti Perikatan menewaskan lawan masing-masing iaitu Xxxxx Xxxxx (UMNO/Perikatan) mengalahkan Xxxxxx Xxxxx (Bebas) di Lenggeng. Xx Xxxxxx, Xxxxx Xxxxx Xxxxxx (UMNO/Perikatan)24 mengalahkan Xxxxx Xxxxx Xxxx (Parti Negara) dan di Xxxxxxxx Xxxx Xxx Xxx (MCA/Perikatan) mengalahkan Xxxxxx Xxxxxx (Parti Buruh).
Pada era itu, daerah Rembau hanya mempunyai satu DUN iaitu DUN Rembau bersama XXX Xxxxxx, Linggi dan Xxxxx berada di bawah kepemimpinan politik Parlimen Negeri Sembilan Selatan, Xxxxx Xxxxx Xxxxxxxxx dan XXXX Xxxxxx, Xxxxx Xxxxx Xxxxxx.25
Foto: Xxxxx Xxx Xxxxxx meletakkan batu asas
Dewan Merdeka Rembau bersama Xxx Xxxxx Xxxxxx pada 7 Sept 1957.
Sumber : Koleksi penulis.
4.2 (b) Era 2 Pascakemerdekaan (1957-1970).
Era kedua ini selama 13 tahun ialah zaman mengisi kemerdekaan. Era ini UMNO Rembau dibahagi kepada dua DUN iaitu DUN Kota dan DUN Terentang dan masih
24 Xxx Xxxxx Xxxxxx, guru lepasan Maktab Perguruan Melaka. Jawatan terakhirnya sebagai guru pelawat.Pernah menjadi Pengerusi Pembinaan Dewan Merdeka, Xxxxx Xxx Xxxxxx meletakkan batu asasnya pada 7 Okt.1957.
25 Xxxx Xxxxxx Xxxxxx,(1991) Jurnal Warisan Bil.(15).
diletakkan di bawah UMNO Rembau/Tampin (sebelum ini Negeri Sembilan Selatan) yang berketuakan Dato Xxxx Xxxxx.
Pada Disember 1958 UMNO Rembau mengadakan perhimpunan di Rumah UMNO untuk membincangkan masalah memajukan lagi pergerakan UMNO Rembau. Menurut Pemangku Setiausaha UMNO ketika itu Xxxx Xxx Xx Xxxxx, sekurang- kurangnya 500 orang ahli UMNO hadir pada perhimpunan tersebut.26
Sebelum itu, pada Jun 1958, Ketua Kaum Ibu Negeri Sembilan Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx menafikan berita tujuh pemimpin UMNO Rembau dan tiga ahli kaum ibu meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Negara (PN)27 .
Pada akhir tahun 1958 Persatuan Buapak Suku Dua Belas Luak Rembau telah ditubuhkan dan diterima bergabung dengan UMNO sebagai satu cawangan pada tahun 1959 atas cadangan Dato Xxxxx Xxx Xxxxx Xx Xxx (Setiausaha UMNO Rembau) sebab bapak-bapak besar pengaruhnya dalam kalangan anak buah satu-satu suku. Ini menjadikan UMNO Rembau ada 37 cawangan.28
Pada tahun 1959, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya. Dalam PRU1 1959, Negeri Sembilan mempunyai enam kerusi parlimen terdiri daripada Jelebu/Jempol, Kuala Pilah, Rembau/Tampin, Seremban Barat, Seremban Timur dan 24 kerusi DUN.29 Ketika itu, Rembau yang berada dalam bahagian UMNO Negeri Sembilan Selatan (1959-1973 ) terbahagi kepada dua kawasan DUN iaitu DUN Terentang dan DUN Kota bersama-sama DUN Gemenchih dan DUN Gemas dalam daerah Tampin.
Sebagai memulakan kempen pada PRU 1959 di Rembau, dua tokoh politik terkenal Xxx Xxxxxx dan Xxxxx Xxx Xxxxxx berkunjung ke Rembau untuk memulakan kempen. Pada 1 Febuari 1959, Dato Xxx Xxxxxx, Yang DiPertua Parti Negara (PN)30 bersama pegawai penerangannya, Garieb Rauf berucap di Padang Pekan Rembau. Menurut Xxxxx Xxx Xxxxxx, Pengerusi PN Rembau majlis mendapat sambutan istimewa tidak kurang 800 orang hadir. Turut hadir Xx Xxxx Xx Xxxx Xxxx, bekas Ketua Pemuda UMNO Rembau.31 Pada 10 Febuari 1959 pula, Xxxxx Xxx Xxxxxx, Yang Di Pertua UMNO datang bagi merasmikan pembukaan Fun Fair Perikatan Bahagian Rembau selama 10 malam.32
Kepemimpinan politik Rembau selepas PRU1 terdiri daripada Xxxxxxxx Xxxxxx/Tampin dimenang Xxxx Xxxxx Xxxx Xxxx (UMNO/Perikatan) 33 dan DUN Kota Xxxx Xxxxxx Xxxxxxxx (UMNO/Perikatan)34 dan DUN Terentang Xxxx Xxxxxx Xxxxxx (UMNO/Perikatan).35
26 Xxxxxx Xxxxxx, 26 Disember 1958, hlm. 2.
27 Xxxxxx Xxxxxx, 23 Jun 1958, hlm.2.
28 Xxxxxx Xxxxxx, 29 Januari 1959, hlm. 5. (Keahlian UMNO ketika itu adalah badan gabungan juga dan bukan individu seperti sekarang).
29 Suruhanjaya Pilihanraya.(1959). Pilihanraya Umum: Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, hlm.53-54. 30 Parti Negara Rembau yang ditubuhkan pada 1954 di Sekolah Dato Xxxxxxxx (DAS) sudah ada lapan kawasan. 31 Xxxxxx Xxxxxx, 21 Febuari 1959, hlm. 4.
32 Bahagian UMNO Rembau telah mempunyai 35 cawangan (Sumber: Berita Harian, 24 Januari 1959, hlm. 7)
33 Xxxx Xxxxx Xxxx Xxxx, usahawan-agamawan keturunan ulamak terkenal Xxxxxx Xx Xxxx. Said.(Temubual bersama Xxxx Xxxxx Xxxxx)
34 Xxxx Xxxxx Xxxxxxxx, seorang kakitangan Pejabat Se juru ukur berasal dari Kampung Selemak. .(Temubual bersama Xxxx Xxxxx Xxxxx)
35 Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx, ustazah, ahli UMNO Cawangan Pekan Rembau (DUN Chembong).
Pada era ini, selepas PRU 1959 berlaku konflik dalam UMNO Rembau di mana Pemangku Ketua Pemuda, Xxxxxxx xxx Xxxx dikatakan yang memulakan ‘pemberontakan' dalam UMNO Rembau.36 Konflik berpunca daripada isu pecat memecat dalam kalangan Jawatankuasa Bahagian sebaik PRU 1959 kerana dikatakan menyokong calon bebas dalam PRU 1959. Namun dikatakan pemecatan tidak sah kerana surat panggilan mesyuarat tidak diketahui oleh Pengerusi dan Xxxxxxxxxx; di mana Xxxxxxx Xxxx membelakang Jawatankuasa lain. Akibatnya, UMNO Rembau digantung pada tahun 1960.
Pada tahun 1962, setelah isu itu hangat dibincangkan UMNO Malaya memutuskan pembahagian UMNO Rembau kepada dua iaitu UMNO Kawasan Kota dan UMNO Kawasan Terentang. Ia mengikut kawasan pilihan raya negeri diletakkan di bawah UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan yang diketuai oleh Xxxx Xxxxx.37 Kemudian pada 9 November 1963 UMNO Rembau disatukan dengan UMNO Bahagian Tampin menjadi UMNO Bahagian Rembau/Tampin akibat pertelingkahan yang berlaku dalam UMNO Rembau. Pada tahun 1964, para pemimpin UMNO Rembau bergiat aktif menubuhkan cawangan UMNO yang baharu di kawasan DUN Kota dan DUN Terentang. Pada tahun 1971, ketika DUN Kota dan DUN Terentang berada dalam UMNO Bahagian Rembau/Tampin (sebelumnya Parlimen Negeri Sembilan Selatan) berlaku pertandingan Ketua UMNO Bahagian Rembau/Tampin antara penyandang Xxxx Xxxx Xxxxx dengan Xxxx Xxxxx Xxxx dari DUN Chembong dalam pemilihan jawatankuasa UMNO bahagian tersebut. Xxxx Xxxxx mengekalkan jawatan Ketua Bahagian, Dahalan Aman dari DUN Kota dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian dan Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx dari DUN Chembong sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian. Sementara Ketua Pemuda UMNO yang dipilih ialah Cikgu Xxxxxx Xx Xxxxx dari cawangan Gadong (DUN Kota). Keputusan ini menampakkan pemilihan jawatankuasa utama yang seimbang yang boleh mengurangkan pergeseran dalam kepemimpinan UMNO Rembau sekurang-
kurang sehingga PRU yang berikutnya.
Foto : Perasmian Balai Raya Kampung Gadong.
36 Xxxxxx Xxxxxx, 26 September, 1960.
37Azam Md Atan. (1986). ‘Sejarah Perjuangan Allahyarham Dato Xxxx Xxxx Xxxxx’ dlm WARISAN, Bil.11.
Jadual 1 di bawah menunjukkan kepemimpinan politik38 daerah Rembau berada di bawah UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan (kemudian UMNO Bahagian Rembau/Tampin) berketuakan Dato Xxxx Xxxxx. Sementara kepemimpinan politiknya Xxxx Xxxxx Xxxx Xxxx (Ahli Parlimen), Xxxxx Xxxxxxxx (ADUN Kawasan Kota) dan Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx (ADUN Terentang).39
Jadual: 1 Ketua UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan
dan Kepemimpinan Politik daerah Rembau PRU1 dan PRU2 (1959-1969)
Ketua UMNO NS Selatan | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||
Ahli Parlimen | DUN Kota | DUN Terentang | |
Dato Xxxx Xxxxx | Xxxx Xxxxx Xxxx Xxxx | Xxxxx Xxxxxxxx | Xxxx Xxxxxx Xxxxxx |
*UMNO Rembau/Tampin 9/11/1973
Barisan kepemimpinan politik Negeri Sembilan dan Rembau khasnya selepas PRU1 1959, memikul tanggungjawab mengisi kemerdekaan . Pengalaman dalam PRU 1 ini memberi pengajaran kepada Parti Perikatan bahawa calon-calon yang tidak mendapat restu cawangan menerima kekalahan ataupun majoritinya merosot.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiga (1971) mewujudkan kawasan Parlimen Rembau/Tampin dan Parlimen Teluk Kemang. Di mana kawasan mukim Kundor, Pilin, Titian Bintangor dalam daerah Rembau berada dalam DUN Pasir Panjang (kini DUN Linggi) dalam Parlimen Teluk Kemang. Kawasan DUN Kota dan DUN Terentang kekal dalam Parlimen Rembau/Tampin hingga tahun 1973.
Jadual 2 Wakil Rakyat Parlimen dan DUN Rembau 1959-1974 Sebelum DEB di bawah kawasan Parlimen Rembau/Tampin.
PRU | TAHUN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | |||
PARLIMEN | DUN | ||||
KOTA | TERENTANG | PASIR PANJANG | |||
0 | 0000-0000 | Xxxx Xxxxx Xxxx | Xxxxx Xxxxxxxx | Xxxx Xxxxxx Xxxxxx | |
0 | 0000-0000 | Xxxx Xxxxx Xxxx | Xxxxx Xxxxxxxx | Xxxx Xxxxxx Xxxxxx | Xxxxxxx Xxxxxx |
0 | 0000-0000 | Dr Xxxxxxxx Xx Xxxxx (MD) | Xxxxxxx Xxxx | Xxxx Xxxxx Said | Dr A.Soorian |
PRK | 1972-1974 | Xxxxxxx Xx Xxxxxx |
Jadual 2 menunjukkan kepemimpinan politik Xxxxxx Xxx Xxxxx Xxxxxxxxxxx (1959- 1974) bagi PRU1, PRU2 dan PRU3. Bagi kawasan parlimen PRU1 dan PRU 2 ialah Xxxx Xxxxx xx Xxxx, dan PRU3 Dr Xxxxxxxx Xx Xxxxx (1971-1972). Satu PRK Xxxxxxx Xx Xxxxxx (1972-1974) bagi menggantikan Dr Xxxxxxxx Xx Xxxxx yang meninggal dunia. Bagi kawasan DUN negeri pula, ADUN Kota PRU 1 dan PRU2 ialah Xxxxx Xxxxxxxx dan PRU 3 Dahalan Aman. Sementara ADUN Terentang PRU1dan PRU2 ialah Xxxx Xxxxxx Hj Kassim dan PRU3 Xxxx Xxxxx Xx Xxxx. Ini bermakna kepemimpinan politik daerah Rembau ketika itu seramai tiga orang terdiri daripada seorang ahli parlimen dan dua orang ADUN.
38 Kepemimpinan politik adalah kepemimpinan politik formal yang terdiri daripada Wakil Rakyat ( Parlimen dan ADUN).
39 Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx, calon wanita tunggal dan pertama dalam PRU itu bagi Kawasan DUN Terentang ditentang oleh tiga calon lain, berusia 33 tahun.(Sumber: Xxxxxx Xxxxxx, 22 Mei 1959).
Pada PRU2 1964, kawasan DUN Kota, Xxxxx Xxxxxxxx (UMNO/Perikatan) menewaskan Xxxx Xxxxxx Xxxxx (UDP)40, bekas Pengerusi Tetap UMNO Rembau yang meletakkan jawatan dan keluar UMNO sebab tidak dapat menyesuaikan diri dengan pemimpin UMNO setempat yang bersifat curiga mencurigai41 dan sementara DUN Terentang dimenangi oleh Xxxx Xxxxxx Xxxxxx (UMNO/Perikatan).
Foto: 3 Xxxx Xxxx Xxxxxx Xxxxx, calon UDP DUN Kota pada PRU2 1964.
Sumber : Berita Harian 1964,
Bagi UMNO Bahagian Port Dickson (kini Teluk Kemang) pada awalnya hanya dua cawangan sahaja. Jumlahnya meningkat kepada 8 cawangan (1959), 16 cawangan (1966) dan 22 cawangan (1969).
Pada tahun 1966 cawangan dalam daerah Rembau yang masuk dalam UMNO Bahagian Port Dickson ialah Kundur Hulu, Kundur Hilir, Kundur Tengah dan Kampung Haji Sulaiman.42 Kemudian disatukan Kundur Hulu dan Kundur Tengah menjadi Kundur Hilir sahaja dan dimasukkan Pilin (Durian Daun).
Kepemimpinan politik Rembau sebelum DEB yang terbahagi kepada dua era menunjukkan bilangan yang kecil namun berlaku konflik dalaman yang serius hingga berlaku penggantungan dan penggabungan kepemimpinan politik UMNO Rembau.
5.0 KEPIMPINAN POLITIK SELEPAS DASAR EKONOMI BARU (1970-2010).
Selepas pelancaran DEB pada tahun 1970, kepemimpinan politik Rembau dibahagi kepada tiga fasa iaitu Era DEB, Era Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan Era Dasar
40 Xxxx Xxxxxx Xxxxx, bekas Setiausaha UMNO Cawangan Penajis, yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Penajis
(1961) , Setiausaha Perikatan Pilihan raya Rembau Selatan. Pernah menjadi Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Rembau merangkap Bendahari UMNO Bahagian Rembau.( Xxxxxx Xxxxxx, 11 Mac 1964, hlm. 2.
41 Xxxxxx Xxxxxx, 28 Mac 1964, hlm. 2.
42Penyata UMNO Malaya.1961.hlm.157 dan Penyata UMNO Malaya 1965/66 hlm.110.
Wawasan Negara (DWN). Ketiga-tiga era ini adalah era DEB dan era lanjutan DEB.43 Pada era ini juga Daerah Rembau berada dalam dua bahagian UMNO, Bahagian Rembau/Tampin dan Bahagian Teluk Kemang (1971-1974) dan tiga bahagian UMNO (1974-1985) iaitu Bahagian Rembau/Tampin dan Bahagian Teluk Kemang dan Bahagian Seremban Selatan.
5.1 Era Dasar Ekonomi Baru 1971-1990.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu program selama 20 tahun (1970-1990). Pelaksanaannya disebabkan oleh beberapa faktor seperti kadar jurang kemiskinan dalam kalangan rakyat. Oleh itu DEB menjalankan program pembangunan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Perancangan dan pelaksanaannya adalah menyeluruh ke setiap daerah dan kawasan. Dengan itu DEB dijadikan kayu ukur pembahagian pencapaian pembangunan infrastruktur sosial dalam kalangan kepemimpinan politik lokal di Malaysia.
(a) Rembau dalam Dua Bahagian (1971-1974)
Dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh SPR pada tahun 1973 mewujudkan kawasan parlimen Rembau/Tampin yang diketuai Xxxx Xxxx Xxxxx. Di mana DUN Kota dan DUN Terentang diletakkan dalam parlimen Rembau/Tampin. Manakala kawasan mukim Kundor, Pilin, dan Titian Bintangor dalam daerah Rembau berada dalam kawasan DUN Pasir Panjang yang sekarang dikenali sebagai DUN Linggi dalam Parlimen Teluk Kemang yang diketuai Dato Xxxxx Xxxx. Ketika ini, daerah Rembau dalam dua kawasan parlimen dan tiga kawasan DUN.
Jadual: 4 Ketua UMNO Bahagian dan Kepemimpinan Politik daerah Rembau (1971-1974)
Bahagian/ Kawasan | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||||
Ketua Bahagian UMNO | Parlimen | DUN | |||
DUN Kota | DUN Terentang | DUN Linggi | |||
Rembau/ Xxxxxx | Xxxx Xxxx Xxxxx | Dr Xxxxxxxx Xx Xxxxx (MD) Xxxxxxx Xx Xxxxxx XXX | Xxxxxxx Xxxx | XxxxXxxxx Xxxx | |
Port Dickson* | Xxx Xxxxx Said | Dr X Xxxxxxx | Dr. A Soorian.* |
*Mukim Kundor, Pilin dan Titian Bintangor
Jadual 4 di atas menunjukkan kepemimpinan politik Xxxxxx (1971-1974) bagi PRU3 yang berada dalam dua bahagian UMNO atau kawasan parlimen. Ketua UMNO Bahagian Rembau/Tampin, Xxxx Xxxx Xxxxx. Sementara kepemimpinan politik pula Dr Xxxxxxxx Xx Xxxxx (1971-1972) dan Xxxxxxx Xx Xxxxxx (1972-1974) bagi kawasan parlimen dan Dahalan Aman ADUN Kota dan Xxxx Xxxxx Xx Xxxx ADUN Terentang. Bagi
Bahagian Teluk Kemang ketuanya, Xxx Xxxxx Xxxx dan kepemimpinan politiknya Parlimen Port Dickson dan XXXX Xxxxxx Dr. A Soorian.
Sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 1973, kawasan parlimen Rembau/Tampin yang diketuai Xxxx Xxxx Xxxxx. Di mana DUN Kota dan DUN Terentang kekal berada dalam kawasan Parlimen Rembau/Tampin sehingga tahun 1973. Manakala kawasan Mukim Kundor, Pilin, dan Titian Bintangor dalam daerah Rembau berada dalam kawasan DUN Pasir Panjang (kini DUN Linggi) dalam Parlimen Teluk Kemang yang diketuai Dato Xxxxx Xxxx (ayahanda Xxx Xxx Xxxx Xxx Xxxxx).
(b) Daerah Rembau dalam Tiga Bahagian UMNO ( 1974 - 1985 )
Kemudian daerah Rembau berada dalam tiga bahagian UMNO iaitu Bahagian Rembau/Tampin, Bahagian Teluk Kemang (ditukar daripada UMNO Bahagian Port Dickson, 1974) dan Bahagian Seremban Selatan. Pada era ini daerah Rembau berada dalam tiga kawasan parlimen (1974-1985) iaitu tiga kawasan parlimen iaitu Tampin, Teluk Kemang dan Seremban Selatan. Di mana DUN Kota dalam Bahagian Tampin, DUN Linggi dalam bahagian Teluk Kemang dan DUN Terentang (dalam kawasan Parlimen Tampin) berpindah ke kawasan Parlimen Seremban Selatan. Tujuannya untuk mengimbangi bilangan pengundi Melayu dan China. Pada masa itu, UMNO Bahagian Seremban diketuai oleh Dato Xxxx Xxxxx xxx Xxxx yang juga ADUN Kawasan Chembong (1974-1986).44
Jadual: 5 Ketua UMNO Bahagian dan Kepemimpinan Politik daerah Rembau (1974-1986)
UMNO BAHAGIAN | KETUA BAHAGIAN UMNO | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | |||
PARLIMEN | DUN | ||||
KOTA | CHEMBONG | LINGGI | |||
Tampin | Dato Xxxx Xxxxx (BN/UMNO) | Xxxxxxx Xxxxxx (BN/UMNO) | Xxxxxxx Xxxx (BN/UMNO | ||
Teluk Kemang | Dato Xxx Xxxxx (BN/UMNO) | K.Patmanabahan (BN/MIC) | Xxx Xxxxx (BN/UMNO) | ||
Seremban Selatan | Dato Xxxxx Xxxx (BN/UMNO) | Xxxx Xxx Xxx (DAP) | Xxxxx Xxxx (BN/UMNO) |
Jadual 5 di atas menunjukkan Ketua UMNO Bahagian dan kepemimpinan politik daerah Rembau (1974-1986). Bagi UMNO Bahagian Tampin ketuanya Xxxx Xxxx Xxxxx dan kepemimpinan politik daerah Rembau terdiri daripada Xxxxxxx Xx Xxxxxx sebagai ahli parlimen dan Xxxxxxx Xxxx sebagai ADUN Kota. Bagi Bahagian Teluk Kemang, Xxx Xxxxx ketuanya dan Ahli Parlimen, K.Pathmanaban dan Xxx Xxxxx sendiri sebagai XXXX Xxxxxx. Bahagian Seremban Selatan Xxxxx Xxxx sebagai Ketua Bahagian dan Dr Xxxx Xxx Xxx (DAP) sebagai ahli parlimen dan Xxxxx Xxxx sendiri sebagai XXXX Xxxxxxxx.
Bagi tempoh PRU4 hingga PRU7 (1974-1990) daerah Rembau mempunyai enam kepemimpinan politik pada satu masa iaitu Rembau mempunyai tiga kepemimpinan parlimen dan tiga kepemimpinan DUN kerana berada dalam tiga Bahagian UMNO iaitu Bahagian Tampin (Kota), Bahagian Teluk Kemang (beberapa mukim Rembau dalam Pasir Panjang/ Linggi) dan Bahagian Seremban (Chembong/ Terentang).45
Dalam PRU4 1974, DUN Kota dalam Bahagian Rembau/Tampin, DUN Chembong berada dalam Bahagian Seremban Selatan. Manakala kawasan mukim Kundor, Pilin, dan Titian Bintangor berada dalam kawasan DUN Pasir Panjang (kini DUN Linggi) dalam Parlimen Teluk Kemang. Ini bermakna daerah Rembau diracik kepada tiga bahagian UMNO atau kawasan parlimen.Tujuannya, sebagai usaha untuk menguasai semula parlimen Seremban daripada parti pembangkang (DAP).46
Jadual: 6 Kepemimpinan Politik Bahagian UMNO daerah Rembau 1974.
UMNO BAHAGIAN | KETUA BAHAGIAN UMNO | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | |||
PARLIMEN | DUN | ||||
KOTA | CHEMBONG | LINGGI | |||
Tampin | Dato Xxxx Xxxxx (BN/UMNO) | Xxxxxxx Xxxxxx (BN/UMNO) | Xxxxxxx Xxxx (BN/UMNO) | ||
Teluk Kemang | Dato Xxx Xxxxx (BN/UMNO) | K.Patmanaban (BN/MIC) | Xxx Xxxxx (BN/UMNO) | ||
Xxxxxxxx, | Xxxx Xxxxx Xxxx (BN/UMNO) | Xxxx Xxx Xxx (DAP) | Xxxxx Xxxx (BN/UMNO) |
Jadual 6 menunjukkan kepemimpinan politik bahagian UMNO dalam daerah Rembau . UMNO Xxxxxxxx Xxxxxx, ketuanya Xxxx Xxxxx adalah XXXX Xxxxxxxxx dan Xxxxxxx Xx Xxxxxx, Ahli Parlimen Tampin dan Xxxxxxx Xxxx, ADUN Kota. Bagi Kawasan DUN Gemas Wakil Rakyat Gemas yang kedua ialah Dato'Xxxxx Xxxxxx (UMNO/BN).47
UMNO Bahagian Teluk Kemang, ketuanya Xxx Xxxxx yang juga XXXX Xxxxxx dan Ahli Parlimennya K.Patmanaban. Sementara UMNO Bahagian Seremban Selatan ketuanya Xxxxx Xxxx yang juga ADUN Chembong dan Ahli Parlimennya Dr Xxxx Xxx Xxx (DAP).
Jelasnya, dari PRU 4 hingga PRU7 (1974-1990), daerah Rembau dalam tiga bahagian UMNO iaitu Tampin, Teluk Kemang dan Seremban Selatan. Pada PRU4 hingga PRU6 ahli Parlimen Tampin Mokhtar Hashim48 ( dari DUN Kota) dan PRU 7, Xxxx Xxx Xxxxx 49 (juga dari DUN Kota). Bagi Parlimen Teluk Kemang, K.Patmanabhan (BN/MIC) dan Parlimen Seremban Dr Xxxx Xxx Xxx (DAP).
45 Penyata UMNO Malaysia 71/72 hlm.175 dan Penyata UMNO Malaysia 78/79.hlm 106.
46Penyata UMNO Malaysia 71/72 hlm.175 dan Penyata UMNO Malaysia 78/79.hlm 106.
47 Xxxx Xxxxx Xxxxxx jadi wakil rakyat Gemas dari tahun 1974 menggantikan Xxx Xxxx Xxxx hingga tahun 1986.Sebelum menjadi YB, Dato’ Xxxxx bertugas sebagai ahli bomba biasa di Gemas.
48Mokhtar Hj Hashim bekas pelajar MCKK menjadi Pegawai Penyelidik lulus bidang Sains Universiti Malaya dari UMNO Cawangan Padang Lebar (DUN Kota).
49Mohd Noh Rejab, bekas pegawai bank, NESMA Finance dan ahli UMNO Cawangan Pulau Mampat (DUN Kota).
Foto: Xxxx Xxxxxxx Xx Xxxxxx 2015.
Sumber : Koleksi penulis.
Jadual: 7 Kepemimpinan Politik Daerah Rembau PRU 4 hingga PRU 7 (1974-1990).
PARLIMEN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||||
PRU | 4 | 5 | 6 | 7 | |
1974 | 1978 | 1982 | 1986 | ||
TAMPIN | Mokhtar Hashim | 1974 | 1978 | 1982 | |
Xxxx Xxxxxxxx (PRK) | 1985 | ||||
Xxxx Xxx Xxxxx | 1986 | ||||
TELUK KEMANG | K. Pathmanaban | 1974 | 1978 | 1982 | 1986 |
SEREMBAN | Dr Xxxx Xxx Hin | 1974 | 1978 | 1986 | |
Xxx Xxx Xxxxx | 1982 |
*PRK, Pilihan raya kecil.
Jadual 7 di atas menunjukkan kepemimpinan politik daerah Rembau (1974-1990) bagi tiga kawasan parlimen.Bagi kawasan parlimen Tampin Xxxxxxx Xxxx Xxxxxx bagi tempoh PRU 4 hingga PRU6.
Bagi Omar Abdullah50 yang menang dalam PRK 1982.51 Selepas dibersarakan kerana tidak dipilih sebagai calon pada PRU7 1986 digantikan oleh Xxxx Xxx Xxxxx daripada Cawangan Pulau Mampat (DUN Kota). Xxxx Xxxxxxxx melibatkan diri dalam perniagaan sebagai pemaju perumahan dan merupakan pemaju perumahan bumiputera pertama di Gemas. Projek perumahan itu dikenali sebagai Taman Gemas Indah.
50Omar Abdullah bekas pegawai kanan KTM, ahli cawangan UMNO Kampung Londah (DUN Gemas)
51Tidak banyak dapat dilakukan oleh Xxxx Xxxxxxxx kerana hanya berkhidmat selama 34 bulan. Setidak-tidaknya Sekolah STAR dapat padang, dulu terpaksa menumpang padang Kelab KTM Gemas. Mengikut Xxxx’ Xxxxx, Xxxx Xxxxxxxx berusaha kuat melalui bantuan Dato Xxxx Xxxxx, Timbalan Perdana Menteri ketika itu untuk mereaalisasikan usaha Dato’ Xxxxxxx untuk membina kem tentera di Gemas.Projek kem tentera ini berjaya dibina di Gemas semasa Dato Xxxxx Xxxxx menjadi ADUN Gemas.
Bagi kawasan parlimen Teluk Kemang, K.Patmanaban sebagai ahli parlimen bagi tempoh PRU4 hingga PRU7. Sementara kawasan parlimen Seremban Selatan, Ahli Parlimennya Dr Xxxx Xxx Xxx (DAP) bagi tempoh PRU4, PRU5 dan PRU7 dan Lee San Choon, Presiden MCA bagi tempoh PRU6.
Jadual: 8 Ahli DUN dalam Daerah Rembau PRU 4 hingg PRU 7 (1974-1990)
PARLIMEN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||||
PRU | 4 1974 | 5 1978 | 6 1982 | 7 1986 | |
DUN KOTA | |||||
TAMPIN | Dahalan Aman | 1974 | 1978 | 1982 1986 | |
Xxxxxx Xxxxxx | |||||
Ahmad Apandi | |||||
DUN PASIR PANJANG/ LINGGI | |||||
TELUK KEMANG | Isa Samad | 1978 | 1982 | 1986 | |
Xxxxxx Xxxxxx (PAS) | 1974(PP) | ||||
DUN CHEMBONG | |||||
SEREMBAN SELATAN | Xxxxx xxx Xxxx | 1974 | 1978 | 1982 | |
Xxxxxx Xxxxxx | 1986 |
Jadual 8 menjelaskan bagi kawasan DUN juga dari tiga bahagian UMNO yang terdiri daripada DUN Kota, Linggi dan Chembong. Bagi PRU 4 dan 5 ADUN Kota ialah Dahalan Aman52 (BN/UMNO), PRU6 Ismail Yassin53 (BN/UMNO) dan PRU7 Ahmad Apandi Johan54 (BN/UMNO). Bagi DUN Linggi, PRU4 hingga PRU7 ialah Isa Samad55 (BN/UMNO) dan DUN Chembong, PRU4 hingga PRU6 ialah Yazid Baba56 (BN/UMNO) danPRU7 ialah Mahzan Hamzah57 (BN/UMNO).
Bagi DUN Gemas dalam Bahagian Tampin, Dato Saleh Hj Hashim58 digantikan oleh Yassin Bakar59 juga berasal dari Kg Londah tetapi lama menetap di Kuala Lumpur kerana bekerja di Pejabat Stor KTMB Sentul sebagai kerani.60 Walaupun Dato
52 Dahalan Aman, pendidikan menengah, Penyelia Kelas Dewasa Kemajuan Luar Bandar dari Cawangan UMNO Padang Lebar(DUN Kota).
53 Xxxxxx Xxxxxx, peguam, lulusan Lincoln Inn.dari Cawangan UMNO Kampung Gadong (DUN Kota)
54 Xxxxx Xxxxxx Xxxxx, terakhir Timbalan Pendaftar UIA, lulusan Universiti Malaya. Sebelumnya Penolong Pendaftar UPM dari Cawangan UMNO Kampung Batu (DUN Kota).
55 Xxxx Xxx Xxxxx, lulusan Universiti Malaya , guru di SDAR Seremban dari Cawangan UMNO Linggi (DUN Linggi)
56 Xxxxx Xxxx, peguam lulusan Lincoln Inn. Sebelumnya pegawai kanan polis dari Cawangan UMNO Chembong Bt. 17 (DUN Chembong).
57 Xxxxxx Xxxxxx, guru kanan lulusan Universiti Malaya, SMK Astana Raja (SEMENDA) dari Cawangan UMNO Pedas Gaing (DUN Chembong)
58 Xxxxxx Xx Xxxxxx, Pegawai Bomba dan Penyelamat di Gemas dari Cawangan UMNO Gemas (DUN Gemas).
59 Xxxxxx Xxxxx, kaki tangan KTMB di Sentul, Kuala Lumpur dari Cawangan UMNO Kg Londah (DUN Gemas).
60 Xxxxx Xxxxx semasa dipilih sebagai calon BN/UMNO beliau telah berhenti dari KTM.Xxxxx Xxxxx menjadi wakil rakyat Gemas selama 4 penggal (hampir 20 tahun). Kita tidak nampak sangat pembangunan yang dibawa oleh beliau selain dari projek perumahan hala cara baharu di Kg Londah dan pembinaan padang golf yang banyak diusahakan oleh Dato’ Xxxx Xx Xxxxxx.
Xxxxx Xxxxx berkhidmat selama 20 tahun, beliau gagal menwujudkan golongan pimpinan pelapis dalam UMNO Gemas kerana orang yang dianggap bijak-pandai diketepikan.
Waad Hj Mansor61 (BN/UMNO) menjadi ADUN Gemenchih.juga orang Gemas tinggal di Kg Xxx Xxxxx menjadi wakil rakyat Gemenceh. Ayahnya Hj Mansor ketika itu ialah imam masjid Jamek Gemas.
Dengan itu bermakna daerah Rembau mempunyai enam kepemimpinan politik atau wakil rakyat yang terdiri daripada 3 ahli parlimen dan 3 ADUN pada satu masa.
5.2 Era Dasar Pembangunan Nasional DPN (1991-2000).
Pada era ini berlaku perubahan persempadanan kawasan pilihan raya yang mana daerah Rembau dalam dua bahagian UMNO iaitu UMNO Tampin dan UMNO Teluk Kemang. Persempadanan SPR 1983, nama UMNO Teluk Kemang diwujudkan dan kawasan DUN Chembong dimasukkan dalam UMNO Bahagian Teluk Kemang menjadikan jumlah cawangan sebanyak 51 (1990) berbanding 45 cawangan (1985).62 Perubahan ini menyebabkan pola kepemimpinan politik daerah Rembau berlaku lagi.
(a) Rembau dalam dua bahagian UMNO ( 1985 – 2003 )
Dalam era ini, pada tahun 1985, Rembau dalam dua bahagian UMNO (1985-2003) iaitu Kawasan DUN Chembong (dulunya DUN Terentang) berpindah semula ke Bahagian Teluk Kemang bersama DUN Linggi, ekoran daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR tahun 1983 yang kemudian dikenali sebagai DUN Chembong dan kekal dalam Bahagian Teluk Kemang hingga tahun 2002. Sementara DUN Kota kekal dalam Bahagian Tampin.
Pada era ini, berlangsung tiga PRU iaitu PRU8, PRU9 dan PRU10. Bagi parlimen Tampin, PRU 8 dan 9 Xxxx Xxx Xxxxx (BN/UMNO) sebagai ahli parlimen dan PRU10, Shaziman Mansor (BN/UMNO) sebagai ahli parlimen. Sementara Ahli Parlimen Teluk Kemang, PRU8T.Xxxxxxxxx (BN/MIC), PRU9 Krishnan (BN/MIC) dan PRU10 Ampalagam dari (BN/MIC).
Jadual: 7 Ahli Parlimen PRU 8 hingga PRU 10 (1990-2004)
PARLIMEN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | |||
PARLIMEN | ||||
PRU | 8 1990 | 9 1995 | 10 1999 | |
PARLIMEN | ||||
TAMPIN | ||||
Xxxx Xxx Rejab | 1990 | 1995 | ||
Shaziman Mansor | 1999 | |||
TELUK KEMANG | K.Marimuthu | 1990 | ||
T.Krisnan | 1995 | |||
Amplagam | 1999 |
61Waad Hj Mansor, berasal dari Gemas tinggal di Kg Sri Gemas.Ayahnya Hj Mansor ketika itu ialah imam masjid Jamek Gemas dari Cawangan UMNO Gemenchih (DUN Gemenchih).
62Penyata UMNO Bahagian Teluk Kemang 1985/86.hlm.6.
Jadual 7 menunjukkan kepemimpinan politik Rembau (1990-2004) bagi kawasan parlimen Tampin dan parlimen Teluk Kemang. Parlimen Tampin, PRU8 dan PRU9 diwakil oleh Xxxx Xxx Xxxxx dan PRU10 pula Xxxxxxxx Xxxxxx daripada UMNO. Sementara parlimen Teluk Kemang PRU8 K.Xxxxxxxxx, PRU9 T.Krisnan dan PRU10 Ampalagam daripada MIC/BN.
Jadual: 8. Kepemimpinan Politik DUN Daerah Rembau (1990-2004)
PARLIMEN | KAWASAN DUN | |||
KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||||
PRU | 8 1990 | 9 1995 | 10 1999 | |
DUN KOTA | ||||
XXXXXX | Xxxxx Xxxxxx Xxxxx | 1990 | 1995 | |
Xxxxxxxxx Xxxxxx | 1999 | |||
DUN CHEMBONG | ||||
TELUK KEMANG | Mahzan Hamzah | 1990 | ||
Firdaus Harun | 1995 | 1999 |
Jadual 8 menunjukkan kepemimpinan politik Rembau (1990-2004) bagi kawasan DUN dalam parlimen Tampin dan parlimen Teluk Kemang daripada UMNO. Bagi kawasan DUN dalam daerah Rembau, DUN Kota, Bahagian Tampin, PRU8 dan PRU9 Xxxxx Xxxxxx Xxxxx dan PRU 10 Xxxxxxxxxx Xxxxxx.63 Sementara DUN Chembong, Bahagian Teluk Kemang, PRU8 Mahzan Hamzah dan PRU 9 dan 10 Firdaus Harun.64
Dengan itu, daerah Rembau pada era ini mempunyai empat kepemimpinan politik atau wakil rakyat yang terdiri daripada 2 ahli parlimen dan 2 ADUN dalam dua UMNO Bahagian sahaja.
Bagi UMNO Bahagian Tampin, pada PRU 11 Dato Xxxxx Xxxxx (BN/UMNO) tidak lagi dipilih dan digantikan oleh Dato Jamlus Aziz65 (BN/UMNO). Xxxxxx Xxxx menjadi wakil rakyat sepenggal66 kerana permainan politik orang Rembau, Dato Xxxxxxxx Xxx Xxxxxx walaupun Xxxxxx Xxxx ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan.
Pada PRU ke-12, Xxxxxx Xxxx (BN/UMNO) digantikan oleh Cikgu Zainab Nasir67 (BN/UMNO) Ketua Wanita UMNO Bahagian Tampin ketika itu. Kita masih tidak dapat menilai sumbangan Dato’ Xxxxxx Xxxxx tetapi janji beliau ketika berkempen ialah beliau akan berusaha agar dibina cawangan Universiti Malaya disebelah Kelab Golf Gemas. Nampaknya beliau tidak berjaya merealisasikan janji itu hingga berakhir tempoh perkhidmatannya.
5.3 Era Dasar Wawasan Negara (2001-2010).
63Zaharuddin Hj Sharif , bekas guru SK Chembong. Ketua UMNO Cawangan Penajis Bandar.Juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin.
64Firdaus Harun, bekas pegawai kanan ASNB, lulusan UiTM. ahli cawangan UMNO Kampung Rendah
65Jamlus Aziz adalah adik ipar Dato Xxxx Xxxxxx, mantan XXXX Xxxxxxxxx, berasal dari Felda Pasir Besar. 66Apalah yang dapat dilakukan Xxxxxx Xxxx dalam masa 3 tahun sebagai wakil rakyat. Yang harus dikenang ialah beliau telah menubuhkan Pusat Tuition UMNO yang kini telah ditutup
67Cikgu Xxxxxx Xxxxx berasal dari Kuala Pilah tetapi telah berkhidmat bersama aruah suaminya Xxxxx Xxxxx xxxxxxxx tahun di Gemas
Pada era ini barulah wujud UMNO Bahagian Rembau apabila persempadan pilih raya SPR tahun 2000, Negeri Sembilan memperolehi tambahan satu kawasan Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN), menjadikan lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN.68 Pada masa yang sama melahirkan Kawasan Parlimen Rembau terdiri 4 kawasan DUN iaitu Kota, Chembong, Rantau dan Paroi. DUN Kota dan DUN Chembong dalam daerah Rembau dan DUN Rantau dan DUN Paroi dalam daerah Seremban. Dengan itu wujudlah UMNO Bahagian Rembau khusus daerah Rembau keseluruhannya berada dalam satu kawasan parlimen. Namun Parlimen Rembau, bukan tersendiri tetapi ditumpangi DUN Paroi dan DUN Rantau daerah Seremban. Satu corak yang berbeza daripada pola kepemimpinan politik sebelumnya.
(a) UMNO Bahagian Rembau 2003-2013.
Pada era ini kewujudan UMNO Bahagian Rembau pada 21 Ogos 2003 menjadi tumpuan dan perhatian pelbagai pihak terhadap soal siapa yang dilantik dalam jawatankuasa penaja Umno Bahagian Rembau. Sebelum ini, sebahagian kawasan daerah Rembau terletak dalam bahagian-bahagian Tampin, Seremban, dan Telok Kemang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan juga Menteri Besar, Xxx Xxx Xxxx Xxx Xxxxx Xxxxx, mengamalkan prinsip berunding untuk melantik jawatankuasa penaja bahagian Rembau. Antara perkiraan yang dilakukan dengan melantik pemimpin yang pernah memegang jawatan di bahagian lama dan kini dimasukkan ke dalam Bahagian Rembau, manakala kekurangan akan dilantik dengan muka baru. Namun keputusan pengumuman nama mereka di bawah bidang kuasa MT untuk membuat keputusan.69
Pada ketika itu, jika faktor anak tempatan di kawasan berkenaan diambil kira, maka banyak nama yang muncul, terutama bagi menjawat ketua penaja umno bahagian. Datuk Xxxxxxx Xxxxxx, Ketua Umno bahagian Rasah.
Beberapa calon lain turut diberi perhatian untuk mengisi kepemimpinan di Rembau ialah Naib Ketua Umno bahagian Tampin, Dr Xxxxxxxx Xxxx Xxxx, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Xxxxxxx Xxxxxx dan seorang pemimpin muda juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Tampin, Xxxxxx Xxxxxxxxx. Daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berada di Rembau ialah Abdul Ghani Hasan70 (Rantau) selain Xxxxxxxxx Xxxx Xxxxxx (Kota) dan Datuk Xxxxxxx Xxxxxxxx Xxx Xxxxx (Chembong).
Bagi jawatan ketua penaja wanita pula, antara calonnya ialah Ketua Wanita Xxxx Xxxxxx, Xxxxxx Xxxxx atau satu-satu AJK bahagian Tampin daripada kalangan wanita, Xxxxxx Xxxxx Xxxxxx. Pengisian penaja sangat penting menjelang pilihan raya umum yang boleh diumumkan pada bila-bila masa.
Dalam pilihan raya umum lalu 1999, Negeri Sembilan menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan DUN. Dalam persempadanan baharu ini, Rembau adalah antara kawasan paling selamat untuk dimenangi oleh parti pemerintah.
68 Kerusi Kawasan parlimen Negeri Sembilan, lapan terdiri daripada Tampin, Rembau, Teluk Kemang, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Rasah dan Seremban dan kerusi DUN Negeri Sembilan 36.
69 Xxxxxx Xxxxxx, 21 Ogos 2003.
Dilihat dari sudut kepemimpinan politik keputusan PRU12 telah mencerminkan prestasi Ketua UMNO Bahagian, Dato Xxxxxxx Xxxxx sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Inilah kad kemajuan beliau sejak menerajui Negeri Sembilan bermula 2004.
Sejak 2004 sehingga Februari 2008, banyak pihak mengandaikan Negeri Sembilan adalah negeri yang selamat untuk BN memandangkan daripada 36 kawasan DUN hanya 2 yang dimenangi oleh DAP pada 2004. Tetapi dalam pilihan raya 2008, kekebalan UMNO di Negeri Sembilan akhirnya bocor. Tiga kawasan selamat UMNO jatuh ke tangan PKR dan PAS iaitu DUN Ampangan, Sikamat dan Paroi. Manakala, semua DUN yang dimenangi UMNO kecuali Sri Menanti dan Gemas menampakkan kemerosotan majoriti yang dimenangi. Sementara tiga kawasan DUN menunjukkan majoriti semakin menipis iaitu Lenggeng, Labu dan Linggi.
Kekalahan yang paling memalukan UMNO Negeri Sembilan ialah DUN Paroi yang jatuh kepada PAS, terlepas juga ke tangan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Xxxxxxx Xxxxxx Xxx Xxxxx.71 DUN Paroi terletak dalam Parlimen Rembau sedangkan Xxxxxxx Xxxx Xxxxx sendiri adalah Ketua Bahagian UMNO Rembau.
Pada tahun 2004, UMNO Bahagian Rembau telah mempunyai ahli seramai 23,065 orang daripada empat kawasan DUN tetapi meningkat kepada 27,624 pada tahun 2008.
Jadual: 8 Jumlah Cawangan dan Keahlian UMNO Bahagian Rembau 2004-2008
DUN | CAWANGAN | AHLI | ||
0000 | 0000 | 0000 | 0000 | |
Kota | 27 | 27 | 6,270 | |
Chembong | 27 | 27 | 6,164 | |
Rantau | 28 | 24 | 4,858 | |
Paroi | 34 | 31 | 5,773 | |
JUMLAH | 114 | 109 | 23,065 | 27,624 |
*Sumber : Penyata Tahunan UMNO Bahagian Rembau 2004 dan 2008
Jadual 8 menunjukkan bilangan cawangan UMNO dalam Bahagian Rembau tahun 2008 ialah Kota (27), Chembong (27), Rantau (24) dan Paroi (31) berjumlah 109 cawangan.72 Sementara bilangan ahli UMNO, ahli biasa (8,263), wanita (11,697), Pemuda (5,483) dan Puteri (2,181) berjumlah 27,624 orang ahli.73
Kepemimpinan Politik Rembau 2003-2010 memperlihatkan satu kawasan parlimen Parlimen Rembau dan kedua-dua DUN, Kota dan Chembong dalam parlimen yang sama. Ini bermakna hanya tiga kepemimpinan politik atau wakil rakyat dalam pentadbiran daerah Rembau. Sementara DUN Rantau dan Paroi dalam pentadbiran daerah Seremban.
71 Xxxx Xxxxxx Xxx Xxxxx, seorang jurutera calon PAS DUN Paroi berasal dari Kampung Pulau Bintongan, Rembau. (dalam DUN Kota).
72Penyata Tahunan UMNO Bahagian Rembau 2007/2008.
Jadual: 9 Ahli Parlimen Rembau PRU 11-13 (2004-2013)
PARLIMEN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||||
PRU | 11 2004 | 12 2008 | 13 2013 | 14 2018 | |
PARLIMEN | |||||
REMBAU | Firdaus Harun | 2004 | |||
Xxxxxx Xxxxxxxxxx | 2008 | 2013 | 2018 | ||
Jadual 9 menjelaskan Ahli Parlimen Rembau bagi PRU11, PRU12 dan PRU13. Bagi PRU 11 Firdaus Harun dan PRU12 dan PRU13 Xxxxxx Xxxxxxxxxx. Pada hari penamaan calon PRU12 pada 24 Februari 2008, tiga muka lama UMNO digugurkan daripada bertanding iaitu Dato' Xxxx Xxxxxxxxx (XXX Xxxxxxxx), Xxxx Xxxxxxxx Xxxxxx (XXX Xxxxx) dan Datuk Xxxxxxx Xxxxxxxx (Xxxxxxxx Xxxxxx).
Kemunculan Xxxxxx Xxxxxxxxx sebagai calon Parlimen Rembau PRU12 memang diduga daripada awal lagi. Penentang Xxxxxx Xxxxxxxxxx ialah Badrul Hisham Shaharin74 (PKR) atau Cikgu Bad, ahli Xxxxx Xxxxxxxxx PKR. Oleh itu berhadapan dengan kempen yang kasar dan ganas bukan perkara baharu bagi Cikgu Bad. Dengan senario sedemikian rupa tidak ada siapa yang dapat menafikan Khairy boleh menang mudah. Pada malam pengiraan undi ternyata desas-desus Xxxxxx Xxxxxxxxxx tidak akan menang mudah ternyata benar. Walaupun menang Xxxxxx Xxxxxxxxxx tidak dapat meraih majoriti seperti 2004 malah majoritinya jauh merudum dari 18,656 kepada 5,746. Walaupun sehebat manapun nama Xxxxxx Xxxxxxxxxx itu namun di Rembau sekurang-kurangnya ada 20,779 yang tidak menyokongnya.
Kemerosotan undi untuk Xxxxxx Xxxxxxxxxx ini turut membawa padah kepada Dato' Xxxxxxxxxx Xxxxxx (BN/UMNO) DUN Paroi.75 Dengan reputasi ini pun beliau boleh tewas ditangan Ketua Pemuda PAS Negeri. Beliau memang tidak bernasib baik kali ini. Bukan salah dia, kerana marahkan Xxxxxx Xxxxxxxxxx pengundi Paroi menolak sama Dato' Xxxxxxxxxx Xxxxxx. Dengan apa yang berlaku di peringkat nasional dan ditambah dengan wujudnya Xxxxxx Xxxxxxxxxx di Bahagian Rembau, maka menjadi tanda tanya orang ramai apakah politik orang Rembau berubah. Dato' Xxxxxxx Xxxx Xxxxx juga tertanya-tanya mengapakah Rembau tidak sekukuh yang disangka.
BN Negeri Sembilan menguasai lima kerusi parlimen dan terlepas tiga kepada pembangkang iaitu dua kepada DAP dan satu kepada PKR. Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula 21 dimenangi BN dan 15 dikuasai pembangkang yang membolehkan BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.
Dengan keputusan ini maka tercatatlah sejarah sejak merdeka Negeri Sembilan buat pertama kali BN (dulunya Perikatan) memerintah tanpa majoriti dua pertiga. Tercatat juga dalam sejarah pertama kali Dewan Undangan Negeri mempunyai ahli pembangkang yang paling ramai iaitu 15 orang ahli dan tercatat juga dalam sejarah pertama kali parti pembangkang tertua, PAS, berjaya menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.
74 Xxxxxx Xxxxxx Xxxxxx atau dikenali sebagai Cikgu Bad Seorang bekas guru lepasan Xxxxxx Xxxxxxxxx Xxxx Xxxxxxx, Seremban, beliau juga dikenali sebagai seorang ‘blogger’ dan tokoh demonstrasi jalanan
75 Xxxxxxxxxx Xxxxxx bekas ADUN Kota, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar dan juga bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan dikenali ramai oleh pengundi Paroi.
Jadual: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri Parlimen Rembau 2004-2013.
ADUN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | ||
11 2004 | 12 2008 | 13 2013 | |
DUN KOTA | |||
Dr Xxxxxxxxx Said | 2004 | 2008 | 2013 |
DUN CHEMBONG | |||
Xxxx Xxxxxxxxx | 2004 | ||
Xxxxxxxxxxx Xxxxx | 2008 | 2013 |
Jadual 10 di atas menunjukkan kepemimpinan ADUN kawasan parlimen Rembau dalam daerah Rembau.Dr Xxxxxxxxx Xxxx adalah ADUN Kawasan Kota (2004-2013) dan ADUN Chembong, Xxxx Xxxxxxxxx (2004-2008) dan Xxxxxxxxxxx Xxxxx (2008-2013).
Walaupun parlimen Rembau dicemari dengan DUN Paroi yang dimenangi oleh PAS, Taufek Xxx Xxxxx tetapi kawasan DUN lain masih UMNO. Namun kepemimpinan politik daerah Rembau tetap utuh tanpa dikuasai oleh pembangkang.
Foto: Wakil Rakyat Rembau Xxxxxxxxx Xxxx, Xxxxxx Xxxxxxxxxx dan Xxxxxxxxxxx Xxxxx,
Sumber: Koleksi penulis.
Kesimpulannya, sebelum persempadanan kawasan pilihan raya yang pertama daerah Rembau atau UMNO Rembau hanya satu kawasan DUN, DUN Rembau dalam kawasan Parlimen Tampin. Dalam persempadanan pertama 1956, dan PRU1 daerah Rembau mempunyai dua DUN iaitu Kota dan Terentang (kini Chembong) dalam satu kawasan parlimen Negeri Sembilan Selatan.
Jadual 11 di bawah menunjukkan persempadanan kawasan pilihan raya kedua 1973, daerah Rembau dalam tiga kawasan parlimen iaitu Tampin, Seremban dan Port Dickson. Persempadanan ketiga pada tahun 1983, Rembau dalam dua Parlimen. Persempadanan keempat 1995, dua parlimen, bahagian Parlimen Rembau-Tampin dan Teluk Kemang dan tiga DUN Kota, Chembong dan Linggi. Pada persempadan 2003, Rembau satu parlimen dengan dua DUN dalam daerah Rembau dan dua DUN (Paroi dan Rantau) dalam daerah Seremban.
Jadual 11 Persempadanan Kawasan Bahagian Pilihan raya XXXX 0000-0000
BIL. SPR* | ERA TAHUN | BAHAGIAN UMNO | KAWASAN PARLIMEN | DAERAH | ||||
REMBAU | PORT DICKSON | SEREMBAN | ||||||
1 1959 | PARLIMEN | DUN | ||||||
1946- 1956 | UMNO REMBAU | REMBAU | Rembau | |||||
2 1973 | 1959- 1973 | UMNO NS SELATAN | NS SELATAN | Kota Chembong | Linggi Sebahagian | |||
3 1983 | 1974- 1985 | UMNO Tampin | TAMPIN | Kota | ||||
UMNO Teluk Kemang | TELUK KEMANG | Chembong | Linggi | |||||
UMNO Seremban | SEREMBAN | Kota Kota | Chembong | Rahang | ||||
4 1995 | 1985- 2003 | Tampin | Tampin | Chembong | ||||
UMNO Teluk Kemang | Teluk Kemang | Linggi Sebahagian | Linggi | |||||
5 2003 | 2004- 2015 | UMNO REMBAU | REMBAU | Chembong | Rantau & Paroi |
*Bilangan dan tahun persempadanan kawasan pilihanraya SPR.
Persempadanan kawasan pilihan raya memberi impak daripada segi trend kepemimpinan dan pencapaian pembangunan infrastruktur sosial daerah Rembau. Trend menampakkan Xxxxxx pernah diracik dan dicincang oleh konflik politik di Negeri Sembilan. UMNO Rembau dijadikan bola, ditendang dan dibiarkan tanpa mampu mempertahankan diri. Pada awalnya, pernah juga berlaku konflik antara politik dan adat sehingga menggugat ketenteraman masyarakat Rembau. Tetapi selepas PRU13, Xxxxxx ‘berbangga sementara' apabila kepemimpinan politiknya mempunyai portfolio jawatan sebagai Menteri Besar, Menteri, Exco Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri. Kebanggaan ini sementara dan trend ini tidak berkekalan. Pada peluang tersebut, sepatutnya daerah yang kecil ini dilimpahi dengan pembangunan sosioekonomi amnya .
.
Jadual 12 Bilangan Kepemimpinan politik WR (Wakil Rakyat) Rembau (1955-2013).
BIL. PRU | TAHUN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | |||
PARLIMEN | DUN | MASA/ TAHUN | JUMLAH Wakil Rakyat | ||
1955 | 1 | 1 | 4 | 2 | |
1 | 1959 | 1 | 2 | 10 | 3 |
2 | 1964 | 2 | 3 | 5 | |
3 | 1969 | 2 | 3 | 5 | |
4 | 1974 | 3 | 3 | 34 | 6 |
5 | 1978 | 3 | 3 | 6 | |
6 | 1982 | 3 | 3 | 6 | |
7 | 1986 | 2 | 3 | 5 | |
8 | 1990 | 2 | 3 | 5 | |
9 | 1995 | 2 | 3 | 5 | |
10 | 1999 | 2 | 3 | 5 | |
11 | 2004 | 1 | 2 | 14 | 3 |
12 | 2008 | 1 | 2 | 3 | |
13 | 2013 | 1 | 2 | 3 | |
62 | |||||
14 | 2018 | 1 | 2 | ||
15 | 2023 |
Jadual 12 menunjukkan bilangan kepemimpinan politik daerah Rembau (1955- 2013). Bilangan tersebut berubah setiap kali persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR. Perubahan ini mengubah struktur kepemimpinan politik daerah Rembau, lantas memberi implikasi terhadap pembangunan sosioekonomi daerah Rembau secara langsung atau tidak langsung.
6.0 KONFLIK DAN POLEMIK KEPIMPINAN POLITIK UMNO REMBAU.
Perkataan konflik berasal dari bahasa Latin, iaitu confligure76 bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea dan kepentingan.77 Konflik terjadi kerana tidak ada dua manusia yang sama daripada semua segi, baik keinginan, kesukaan, pemikiran, pendapat dan sebagainya. Menurut Xxxxxx Xxxxxx, konflik merupakan suatu keadaan atau suasana yang terdapat dua orang atau lebih pihak yang mempunyai perbezaan pendapat serta tidak sehaluan.78 Asmah Hj. Xxxx menyifatkan kewujudan konflik sebagai keadaan tidak adanya persefahaman berhubung dengan sesuatu perkara atau isu. Dalam perkataan lain, kewujudan konflik akan melahirkan suasana atau keadaan yang tidak harmoni dan tenteram dalam perhubungan. Secara umumnya, konflik kepemimpinan politik tanah air melibatkan pihak yang memerintah dan membentuk kerajaan dengan pihak yang gagal membentuk kerajaan. Maklumat berkaitan dengan konflik politik seringkali diperoleh melalui komunikasi dan media akhbartempatan yang sentiasa menyiarkan berita-berita terkini berkaitan dengan dunia politik tanahair.
76 Xxxxxx xxx Xxxxxxx (ed) (1995). dlm. Xxxxxx Xxxxxx xx.xx (2005).Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. PTS: Bentong, Pahang. hlm. 280
77 Kamus Dewan.( 2007). hlm. 814.
78 Xxxxxx Xxxxxxx. (1968). The Conflict in Modern Culture. Teachers College Press.m
Akibat daripada konflik timbul pula polemik atau keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian yang boleh mendatangkan kesan buruk.79 Krisis dan isu yang menggambarkan konflik dalam UMNO Rembau lebih merupakan konflik kepemimpinan politik dan birokrasi (bukan konflik hubungan dan ideologi) amat menarik untuk dibicarakan, terutama tentang implikasi hubungan antara politik dan birokrasi dengan pembangunan infrastruktur sosial pada sesuatu masa.
6.1 Konflik Kepimpinan Politik UMNO Rembau Sebelum DEB (1946-1970)
Jika disorot sejarah UMNO Malaysia, konflik dan krisis bukanlah perkara baharu dalam sepanjang perjalanan parti UMNO termasuk UMNO Rembau. Lima tahun selepas penubuhannya, UMNO Rembau berhadapan dengan konflik yang hampir meruntuhkan dan mencemar parti sebelum dan selepas DEB. Pada zaman sebelum DEB (1946-1970) UMNO Rembau menghadapi sekurang-kurang tiga isu dalam kepemimpinan politiknya.
(a) Isu Pertikaian Adat Perpatih Rembau 1949.
Konflik awal dalam UMNO Rembau mula timbul pada tahun 1949 apabila perselisihan faham dalam kalangan pemimpin yang menerajui UMNO80 berpunca daripada isu Xxxx Xxxxxxxx berhubung pertikaian isu pembahagian harta pusaka adat dan perkahwinan sesuku yang dikatakan bertentangan dengan hukum syarak.
Pada tahun 1951, berlaku konflik adat di mana Biro Hal Ehwal Agama UMNO Rembau menentang peraturan adat tentang tanah pesaka yang dianggap bertentangan dengan hukum Islam. Mereka yang menyokong peraturan berkenaan dianggap sebagai melakukan dosa dan akan bertanggungjawab kepada Allah SWT pada hari akhirat nanti. Jelasnya, pada Febuari 1951 konflik memuncak apabila Biro Agama UMNO Rembau mengemukakan satu memorandum menyatakan daripada perspektif Islam, tradisi adat berkaitan harta "ancestral" atau pusaka adalah bertentangan dengan
Syarak.81
Berikutan daripada itu, satu perhimpunan diadakan di mana kira-kira 13 orang jurucakap termasuk seorang ketua adat dan seorang wakil Kaum Ibu UMNO Rembau mengambil bahagian dan dihadiri kira-kira 600 penduduk Rembau. Menurut Xx Xxxxxxxx xx Xxxx:
‘these latter groups' support as "striking," coming as it did from women and clan leaders, who "one might have expected to be solid in support of the old order.82
79 Xxxxx Xxxxx,2013 hlm 830.
80 UMNO Rembau diketuai oleh Xxxxxxx Xxxx (Pegawai Daerah Rembau 1947-1949) dan Setiausahanya, Cikgu Xxx Xxxxxx Xxxxx.
81 de Xxxxxxxx xx Xxxx.(1960). Minangkabau and Negeri Sembilan: Sosiopolitik Structure in Indonesia.Jakarta: Bharatara.
82 de Xxxxxxxx xx Xxxx (1960). Minangkabau and Negeri Sembilan: Sosiopolitik Structure in Indonesia. Jakarta:
Dalam setiap perjumpaan, setiap yang hadir menyokong resolusi yang menyatakan hubungan yang bertentangan dengan Islam hendaklah dipinda dan menggesa Undang Luak Rembau, Dato Xxxx Xxxx Xxxxxxxx, memaklumkan dan membawa cadangan perubahan tersebut kepada kerajaan negeri.83
Beberapa minggu kemudian, Xxxx Xxxx Xxxxxxxx memberi sokongannya terhadap resolusi UMNO itu, tetapi menjelaskan tidak akan diubah tanpa mendapat sokongan sebulat suara daripada ketua-ketua adat. Oleh sebab alasan yang tidak jelas, seorang pegawai tinggi pelajaran mempunyai hubungan keturunan dengan Yang diPertuan Besar telah membawa perkara tersebut kepada Council of State, mencadangkan mengkaji semula Chapter 215 of the Customary Tenure Enactment of 1926 dengan alasan ketidakadilan kepada kaum lelaki.
Selanjutnya, sekumpulan 82 orang Melayu Rembau yang tinggal di Singapura melibatkan diri dengan kontroversi yang sudah meluas itu. Mereka mengadakan satu perjumpaan dan memberi sokongan yang positif tentang perubahan yang dicadangkan. Dalam kalangan yang tidak setuju dengan cadangan yang dominan itu terdiri daripada ahli parti pembangkang, Persatuan Melayu Semenanjung atau Peninsular Malays' Union (PMS/PMU).84
Pada April 1951, Ketua-ketua adat Rembau85 mengadakan mesyuarat dan menolak cadangan UMNO. Pada ketika ini, UMNO cawangan daerah Kuala Pilah menarik balik sokongan kepada kumpulan UMNO Rembau, kerana tidak mahu ketua- ketua tempatan yang menyokong UMNO dalam situasi yang tidak menyenangkan. Pada masa yang sama, orang Melayu Rembau di Singapura telah batalkan mesyuarat atau perjumpaaan yang dijadualkan membincangkan perkara tersebut, kerana terbukti berpendapat perbalahan ketua-ketua adat.
Pada awal Julai,YM Tunku Xxxxxxx Xxxxx Xxxxx, Pegawai Daerah Rembau (28 Okt 1950-11 Jun 1951), seorang Melayu, bukan kelahiran Negeri Sembilan, memaklumkan perhatiannya untuk membawa isu adat yang dipertikaikan kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Inggeris dan jika perlu ke peringkat ‘House of Commons’. Campurtangan beliau itu yang menyebelahi UMNO menyebabkan beliau ditukarkan serta merta. Menurut de Xxxxxxxx xx Xxxx, peristiwa ini menonjolkan dalam ingatan penduduk Rembau sebagai kemuncak yang dramatik pada keseluruhan konflik ini.86
Pada bulan September dengan kedatangan bulan Ramadan kira-kira 125 ketua- ketua masyarakat mengadakan satu mesyuarat bertujuan memberi maklum balas tentang gesaan UMNO. Mereka dilaporkan mengakui taat setia kepada adat dan bahagian Customary Tenure Enactment yang diperbalahkan. Tambahan pula, pada November, setelah sembilan bulan UMNO mengadap Undang Xxxx Xxxxxx memaklumkan setelah berunding dengan ketua-ketua adat mereka tidak menerima permintaan UMNO untuk membawa masalah tersebut kepada State Council. Pada Desember, walaupun State Council Committee dibentuk atas daya usaha pejabat
83de Xxxxxxxx xx Xxxx. (1960). Minangkabau and Negeri Sembilan: Sosiopolitik Structure in Indonesia. Jakarta: Bharatara.hlm 167.
84de Xxxxxxxx xx Xxxx.(1960). Minangkabau and Negeri Sembilan: Sosiopolitik Structure in Indonesia. Jakarta: Bharatara. hlm.167–168.
85 Ketua-ketua Adat terdiri daripada Dato-Dato Lembaga Adat daripada setiap suku dalam Luak Rembau.
86 de Xxxxxxxx xx Xxxx. (1960). Minangkabau and Negeri Sembilan: Sosiopolitik Structure in Indonesia. Jakarta:
pegawai pelajaran namun masih tidak dibentuk sepenuhnya. Kegagalan ini menyumbang sebagai satu kegagalan inisiatif kumpulan UMNO.
Pada masa yang sama ramai pemimpin UMNO dinasihatkan supaya berkecuali dan tidak campurtangan. Akibatnya ramai tokoh-tokoh UMNO Rembau87 ketika itu dipecat dan ditukar keluar dari daerah Rembau 88 termasuk Ketua UMNO Rembau, Xxxxxxx Xxxx dan Xxx Xxxxxx Xxxxx. Hanya, beberapa pemimpin UMNO yang bijak dapat melepaskan diri daripada dipecat.
Kekosongan Ketua UMNO Rembau ketika itu diisi oleh Xxxxxx Xxxx, Pegawai Daerah Rembau (1949-1950). Kemudian Ketua UMNO kembali kosong apabila Othman Taat berpindah ke Seremban. Dalam suasana tegang dan kekosongan itu, kebetulan Xxxx Xxxxx melepaskan jawatanya dalam UMNO Selangor atas alasan kesihatan dan kembali ke Rembau. Kepulangan Xxxx Xxxxx diharapkan oleh pemimpin UMNO kesediaannya mengetuai UMNO Rembau.
(b) Xxx Xxxx Xxxxx keluar UMNO 1952
Apabila UMNO ditubuhkan 1946, Xxxx Xxxxx merupakan Setiausaha Agung UMNO Selangor yang pertama. Tetapi, pada tahun-tahun 1949-1951 merupakan tahun-tahun tragis UMNO dalam soal-soal kewarganegaraan dan cadangan-cadangan untuk meminda perlembagaan UMNO. Xxxx Xxxxx yang menjadi ahli UMNO di Selangor telah dilantik sebagai wakil UMNO. Datuk Xxx Xxxxxx mengemukakan usul drastiknya tersebut dalam Persidangan Agung UMNO di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 1950.89
Pada tahun 1950 juga, Xxxx Xxxxx melepaskan jawatan Setiausaha Agung UMNO Selangor atas sebab kesihatan dan kembali ke kampung di Rembau. Sekembali ke Rembau, Baba Ludek90 terus menyepi diri daripada politik lebih kurang setahun. Tetapi dengan desakan Abdul Hamid Mahmud91 seorang guru pelawat memujuk Xxxx Xxxxx kembali aktif dalam politik. Xxxx Xxxxx dilantik sebagai Pegawai Penerangan UMNO Rembau dan sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau semasa Mesyuarat Agung pada tahun 1952.
Dato Xxx Xxxxxx, Presiden dan pengasas parti UMNO membuat keputusan meninggalkan UMNO pada tahun 1951. Tetapi UMNO selamat dalam ujian pertama tersebut apabila Xxxxx Xxxxx Xxxxxx dipilih menggantikan Xxxx Xxx sebagai Presiden parti. Apabila Dato Xxx Xxxxxx keluar UMNO, Xxxx Xxxxx turut melepaskan jawatan Ketua UMNO Rembau yang dipegangnya sehingga beliau keluar dari UMNO dan menyertai Parti Negara pada awal tahun 1954. Jawatan Ketua UMNO Rembau kemudian diambil oleh Dato Raja XxXxxx Xxxx Xxx Xxxxxx.
Apabila Xxxx Xxxxx menubuhkan PN di Rembau pada 24 April 1954 bertempat di Sekolah Dato Xxxxxxxx (DAS) hampir semua Datuk Lembaga menjadi ahli PN. Menurut Dato Xxxxx Xxxxx hanya Dato Raja Xx Xxxx Xxxx Xxx sahaja yang masih patuh kepada
87 Xxx Xxxxxx Xxxxx, Setiausaha UMNO Rembau (1949-1951), salah seorang telah dipecat dan ditukar keluar ke Seremban. Kemudian, beliau tinggal di Gadung Lalang, Seremban.
88 Xxxxxxx Xxxx, Ketua UMNO Rembau (Pegawai Daerah Rembau, 1947-1949) turut ditukar keluar Rembau.
89Penyata Tahunan UMNO Malaya. 1950-1951
90 Baba Ludek berasal dari Kampung Chembong. Setiausaha Agung UMNO Selangor yang pertama yang meletakkan jawatan atas alasan kesihatan.
91 Cikgu Xxxxx Xxxxxx berasal dari Kampung Penajis seorang guru pelawat lepasan Maktab Perguruan Melaka.
UMNO Rembau. Hingga timbullah anggapan bahawa PN Rembau adalah parti Datuk- datuk Lembaga.“Sebenarnya, sepanduk dan poster-poster bahkan bendera PN pun dikibarkan di kawasan Balai Undang Rembau ketika pilihan raya itu.”92
Ketika dalam UMNO Rembau, Xxxx Xxxxx dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (1952-1955) sebelum Pilihran raya pertama dan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 29 Mac 1955.
Berdasarkan situasi yang demikian, walau pun terdapat dasar berkecuali dalam kelembagaan adat Rembau tetapi mahu tidak mahu PN Rembau sebagai Parti Datuk Datuk Lembaga harus diakui kebenarannya semasa pentadbiran Undang Luak Rembau ke-18, Dato Lela Maharaja Xxxx Xxxx Xxxxxxxx (1938-1952). Xxx Xxxx Xxxxx ini merupakan konflik kepemimpinan politik dalam UMNO Rembau.
(c ) Konflik Kepemimpinan UMNO Rembau 1959-1969.
Pada PRU 1959, Rembau dalam dua kawasan DUN (Kota dan Terentang) dalam kawasan parlimen Negeri Sembilan Selatan. XXXX Xxxx ialah Xxxx Xxxxx Xxxxxxxx (UMNO/ Perikatan) dan ADUN Terentang Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx (UMNO/Perikatan).Sepanjang tempoh 1959-1969, konflik UMNO Rembau sungguh mencabar dan merugikan penduduk Rembau.
Selepas PRU 1959, mula berlaku konflik kepemimpinan dalam UMNO Rembau. Sepanjang tempoh ini berlaku satu siri krisis seperti pemecatan jawatankuasa, pemberontakan, penggantungan bahagian Rembau, perletakan jawatan dan pemilihan ketua UMNO Rembau. Konflik ini sebenarnya antara dua puak atau kumpulan dan kawasan, iaitu puak Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx, Ketua Kaum Ibu Rembau dengan puak Dahalan Aman, pemangku Ketua Pemuda UMNO Rembau.Bahkan boleh dikatakan puak DUN Terentang dengan puak DUN Kota.Isu utamanya ialah isu kekeluargaan dalam kepemimpinan tertinggi UMNO Rembau.
Pada tahun 1960, berlaku pemecatan jawatankuasa bahagian Rembau diikuti dengan pemberontakan dalam UMNO Rembau. Pemangku Ketua Pemuda, Xxxxxxx xxx Xxxx dikatakan yang memulakan pemberontakan dalam UMNO Rembau.93 Krisis berpunca daripada pecat memecat dalam kalangan Jawatankuasa Bahagian sebaik selepas PRU 1959.
Pada tahun 1960 UMNO Rembau digantung dan kemudian dicantumkan UMNO Tampin dengan UMNO Rembau dan diberi nama UMNO Negeri Sembilan Selatan yang diketuai oleh Xxxx Xxxx Xxxxx.
Pada tahun 1964, Pengerusi Tetap UMNO Rembau, Xxxx Xxxxxx Xxxxx meletakkan jawatan dan keluar UMNO dan menyertai parti pembangkang, United Democratic Party (UDP).Hanya selepas PRU3 1969, isu ini reda, apabila XXXX Xxxx, Xxxx Xxxxx Xxxxxxxx dan XXXX Xxxxxxxxx, Xxxx Xxxxxx Xx Xxxxxx tidak bertanding lagi. Mereka digantikan oleh Xx Xxxxx Xx Xxxx (UMNO/Perikatan) sebagai ADUN Terentang dan
92Temubual Xxxxxx Xxxxxx dengan Xxxxx Xxxxxx, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu (dlm Jurnal WARISAN Persatuan Sejarah Malaysia,Cawangan Negeri Sembilan.
93 Xxxxxx Xxxxxx, 26 September, 1960.
Xxxxxxx Xxxx (UMNO/Perikatan) sebagai ADUN Kota. Ini merupakan ‘penawar' penyelesaikan kepemimpinan politik UMNO Rembau.
Usaha penyelesaian konflik, UMNO Rembau dicantumkan dengan UMNO Tampin, di mana DUN Kota dan DUN Terentang dimasukkan dalam UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan. Pada tahun 1971, berlaku pertandingan Ketua Bahagian antara Xxxx Xxxx Xxxxx dengan Xxxxx Xxxx dalam pemilihan jawatan UMNO Bahagian. Keputusannya, kemenangan memihak kepada Xxxx Xxxxx sebagai Ketua Bahagian, Xxxxxxx Xxxx sebagai Naib Ketua Bahagian dan Xxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxxx sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan. Xxxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxx sebagai Ketua Pemuda Bahagian.
J elasnya, akibat daripada isu kekeluargaan dalam kepemimpinan, lahir budaya puak dan seterusnya timbul fitnah, hilang hormat terhadap kawan politik kerana kesetiaan kepada kepemimpinan sesuatu puak atau kumpulan. Kesetiaan kepada puak mengatasi kesetiaan kepada parti.
Sebelum Zaman DEB tidak ada pertandingan di peringkat pemilihan UMNO Bahagian Tampin kerana sikap setiakawan dan kesetiaan kepada kepimpinan Xxxx Xxxxx sebagai Ketua UMNO Bahagian. Sikap setiakawan Taha Talib terbukti apabila Dr Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx, bekas pemimpin Parti pembangkang, Front Socialist (FS) diterima sebagai ahli UMNO dan diberi peluang bertanding kawasan Parlimen Tampin atas tiket BN/UMNO pada PRU3 1969.
6.2 Konflik Kepemimpinan Politik UMNO Rembau Selepas DEB (1971-2010)
Selepas DEB mula dilaksanakan berlaku beberapa siri konflik dalam UMNO Rembau. Selepas PRU3, berlaku persaingan kepemimpinan dalam kawasan DUN atau antara kawasan DUN. Persaingan berlaku kerana keperibadian kepemimpinan mengubah budaya politik Bahagian Tampin dari faction ke fraction apabila perubahan sikap, perilaku dan situasi kepemimpinan berlakunya kepuakan dalam UMNO Tampin.
Akibatnya berlakulah beberapa konflik berpunca daripada isu-isu tertentu. Konflik ini berlaku akibat daripada perubahan latar belakang keperibadian kepemimpinan melahirkan persaingan politik antara kawasan DUN, dan kewujudan puak atau kumpulan yang bersaing antara satu puak dengan puak yang lain.
(a) Isu calon PRK Parlimen Rembau/Tampin 1972.
Apabila Ahli Parlimen Tampin, Dr Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx (BN/UMNO) meninggal dunia, Pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rembau/Tampin perlu diadakan dan berlaku kekecohan dalam pemilihan calon. Presiden UMNO Xxx Xxx Xxxxx selaku Ketua Biro Politik mencadangkan nama Sulaiman Alias94 kepada Xxx Xxxxx Xxxxx untuk disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Xxxx Xxxxx. Sebaliknya, mendapat tentangan majoriti cawangan UMNO Bahagian Tampin dan menolak cadangan itu. Xxx Xxx Xxxxx yang kecewa dengan keputusan itu memberi tempoh 24 jam kepada Abd
94 Xxxxxxxx Xxxxx, seorang peguam berasal dari Kampung Nerasau seorang peguam. Nama yang dicadangkan oleh Xxx Xxxxx Xxxxxx. XXX Xxxxxx 1972 Xxxx Xxxxxxxxx (Xxx) mengakui Xxxxxxxx mentor keduanya selepas Xxxxxxx Xxx (Tun) dalam politik, semasa di Lincoln Inn, London (Youtube Xxxx Xxxxxxxxx, Mei 2018 ketika Kempen PRU14 di Jeli Kelantan.
Samad Xxxxx untuk mengemukakan nama calon yang mempunyai ciri yang dikehendakinya.95 Beberapa nama dicadangkan oleh UMNO Bahagian Tampin daripada DUN Kota, Gemenchih, Gemas dan Xxxxxx.
Dalam pada itu, UMNO Kawasan DUN Kota membawa nama Cikgu Xxxxx Xxxxxx sebagai calon parlimen Tampin.96 Sebaliknya, Perdana Menteri Xxx Xxx Xxxxx Xxxxx mencadangkan nama Mokhtar Hashim97 (nama yang dicadangkan oleh Xxxx Xxxxx kepada Xxx Xxxxx Xxxxx untuk disampaikan kepada Xxx Xxx Xxxxx Xxxxx) sebagai calon PRK Xxxxxxxx Xxxxxx. Rombongan UMNO DUN Kota tidak membantah dan terpaksa bersetuju kerana kebetulan Xxxxxxx Xxxxxx adalah anak buah kepada Cikgu Xxxxx Xxxxxx (adik beradik dengan emak Xxxxxxx Xxxxxx). Namun pemilihan Xxxxxxx Xxxxxx tidak disenangi oleh DUN Gemenchih dan DUN Gemas kerana isu calon import dan mahu calon dalam kalangan jawatankuasa UMNO bahagian. Isu calon import dari kawasan DUN Kota ini adalah permulaan fraction antara kepemimpinan UMNO DUN Kota dengan DUN Gemenchih dan DUN Gemas.
(b) Isu Pertandingan Ketua UMNO Bahagian Tampin 1982
Dalam akhir tahun 1970-an timbul konflik beberapa isu terhadap Ketua UMNO Bahagian Tampin, Dato Xxxx Xxxxx. Konflik lebih merupakan konflik antara UMNO DUN Kota dengan DUN Gemenchih. Selepas 1971, UMNO Bahagian Xxxxxx mula berkocak dalam cawan. Isu ini memuncak menjelang Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin pada tahun 1982.
Isu persengketaan dan persaingan antara puak Xxxx Xxxx Xxxxx dengan puak Xxxxxxx Xxxxxx yang ditimbulkan melibatkan isu Persidangan Tahunan Cawangan UMNO yang meragukan dan yang menjadi utama ialah isu kewangan UMNO Xxxxxxxx Xxxxxx yang ditimbulkan oleh Xxxxxxxxx UMNO Xxxxxxxx Xxxxxx, Xxxxx Xxxxxxxxxxxx Xxxxx (1961-1980)98 ketika itu, yang merupakan rakan karib Ketua UMNO Bahagian, Dato Xxxx. Taha Talib.
Tetapi, Xxxxxxx Xxxxxx dengan desakan penyokong-penyokongnya dari Kawasan DUN Kota mendesak Xxxxxxx Xxxxxx bertanding menentang Dato Xxxx Xxxxx.99 hingga keputusan bersetuju dicapai.
Dalam pertandingan pemilihan tersebut Dato Xxxxxxx Xxxxxx berjaya mengalahkan Xxxx Xxxx Xxxxx (Ketua UMNO Bahagian Tampin (1972-1982). Implikasi pertandingan meninggalkan kesan yang berlarutan secara tidak langsung hingga pilihan raya umum yang berikutnya.
95 Xxx Xxxxx Xxxxxxx ketika itu mahu calon yang berkelayakan, seorang graduan dan anak tempatan. ( Sumber: Dharmala NS.(2003). Biografi Xxx Xxxxx Xxxxx, hlm. 62-63).
96 Cikgu Xxxxx Xxxxxx ketika itu Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin dari UMNO Cawangan Chengkau (DUN Kota).
97 Xxxxxxx Xx Xxxxxx berasal dari Kampung Padang Lebar, Rembau (DUN Kota) lulusan MCKK, graduan Sains dan berkhidmat dengan syarikat swasta dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Banting, Selangor.
98seorang guru yang lama berkhidmat di Gemenchih. Beliau ahli UMNO Cawangan Bongek dalam DUN Kota.( Suara Tampin 1991. Bil.1 hlm.4-5. oleh Xxxxxx Xxxxx, Semangat Perjuangan Tidak Pernah Luntur’
99 Temubual bersama Xxxx Xxxxx Xxxxx, walaupun ada usaha empat mata supaya Xxxxxxx Xxxxxx tidak bertanding tetapi beliau menolak kerana telah membuat persetujuan dengan kepemimpinan UMNO DUN Kota.
(c) Isu Trajedi Pembunuhan Dato Xxxx Xxxxx 1982
Menjelang PRU6 (1986) Ketua UMNO Bahagian Tampin, Xxxxxxx Xx Xxxxxx xxxxxxxxxxxxx calon-calon PRU6 yang layak dari setiap kawasan DUN, Gemas, Gemenchih, Kota dan Rompin. Senarai itu dikemukakan kepada pucuk pimpinan melalui Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato Xxxx Xxxxx. Keputusan pucuk pimpinan sungguh memeranjatkan Xxxxxxx Xx Xxxxxx kerana Xxxx Xxxx Xxxxx yang tidak disenaraikan dipilih semula sebagai calon ADUN Gemenchih dan Ismail Yassin100 dipilih calon ADUN Kota dikatakan ‘orang Dato Xxxx Xxxxx'
Keputusan ini amat tidak disenangi oleh Xxxxxxx Xxxxxx dan penyokong- penyokong sama ada di DUN Gemas, Gemenchih atau di Kota.
Isu calon PRU6 1982 ini dikatakan membawa peristiwa yang tragis dalam sejarah politik tanah air dan peristiwa hitam UMNO Bahagian Tampin iaitu peristiwa pembunuhan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato Xxxx Xxxxx. Peristiwa ini berlaku menjelang PRU6, boleh dikatakan berpunca lanjutan daripada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Tampin sebelumnya dan pemilihan calon PRU 1982. Xxxx Xxxxx dikatakan mati dibunuh oleh saingannya dalam UMNO Tampin, Xxxxxxx Xxxxxx
Peristiwa ini cukup menggemparkan negara apabila Ketua UMNO Bahagian Tampin, Xxxxxxx Xxxxxx, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan merangkap ahli parlimen Tampin dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Xxxx Xxxx Xxxxx. Puncanya ialah mereka bermusuhan dalam politik UMNO Bahagian Tampin yang merupakan implikasi daripada perebutan jawatan Ketua Bahagian UMNO Tampin.
Kes itu mencatatkan sejarah sebagai perbicaraan kedua paling lama di Malaysia iaitu 75 hari, selepas kes Datuk Seri Xxxxx Xxxxxxx. Ia melibatkan 70 orang saksi pendakwa dan pembela. Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxxx ke Mahkamah Persekutuan pada 23 Julai 1983 ditolak. Pada 3 Mac 1984, Yang di-Pertuan Agong meringankan hukuman ke atasnya kepada penjara seumur hidup selepas bekas Perdana Menteri, Xxxxxx Xxxxx Xxxxxx menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai.
Beliau yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pudu, bagaimanapun dibebaskan lebih awal atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Xxxxx Xxxx pada 15 April 1991.101 Xxxxxxx Xxxxxx yang sepatutnya menamatkan tempoh hukuman itu pada 1995, telah dibebaskan jam 10.15 pagi 15 April 1991.
(d) Isu Calon PRK Parlimen Tampin 1986 .
Selepas Xxxx Xxxxxxx Xxxxxx (1982-1986) dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, satu pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen Tampin diadakan. Dato' Xxxxx Xxxxxx selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin berusaha kuat melobi agar orang Gemas yang terpelajar dipilih sebagai calon BN pada PRK tersebut. Akhirnya atas usaha beliau seorang pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Omar Abdullah102 dipilih
100 Xxxxxx Xxxxxx, seorang peguam yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin dari cawangan UMNO Gadung. Beliau calon ketiga selepas penyandang Dahalan Aman, Cikgu Wahab Gawa dan Cikgu Xxxxxxx Xxxx yang dicadangkan oleh Cikgu Xxxxx Xxxxxx dalam satu mesyuarat di rumah Dahalan Aman di Kampung Padang Lebar (DUN Kota).
101 Suara Tampin.1991.’UMNO Tampin bersyukur Dato Xxxxxxx Xxxxxx bebas’ Bil.1 hlm.2.
102Omar Abdullah anak jati Kampung Londah dikenali oleh Xxxx Xxxxxx Xxxxxx ketika pegawai itu bertugas sebagai Pegawai Daerah KTM Gemas.Ahli biasa UMNO Cawangan Kampung Londah.
sebagai calon ahli Parlimen Tampin. Krisis kepuakan masih tebal, maka atas permainan politik orang Rembau dengan bantuan musuh-musuh politik Dato' Xxxxx xx Xxxxx sendiri, Xxxx Xxxxxxxx hanya menjadi Ahli Parlimen Tampin sepenggal sahaja (tidak cukup tempoh tiga tahun). Beliau digantikan oleh Md Nor Rejab dari cawangan UMNO Pulau Mampat, DUN Kota, Rembau.
Menurut Xxxx Xxxxxxxx, beliau menjadi Ahli Parlimen Tampin berbekalkan satu surat- memo tulisan tangan Dr Xxxxxxxx Xxxxxxx, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Bunyi memo Dr Xxxxxxxx Xxxxxxx seperti dibawah:
“Tahniah sdra dipilih menjadi Calon BN Tampin. Tugas utama saudara ialah menyatupadukan semula orang Melayu yang telah berpecah belah. Selamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab.”103
Keputusan Dr Xxxxxxxx Xxxxxxx adalah muktamad dan akhirnya Xxxx Xxxxxxxx dipilih sebagai ahli parlimen Tampin dengan majoriti yang besar. Ini melegakannya kerana pengundi Xxxxxx menerimanya, dan yang tidak menerima ialah sebahagian besar Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin. Itulah yang menjadi cabaran utama untuk mendapatkan sokongan majoriti Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin.
(e) Isu Pertandingan Ketua Bahagian dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Rembau.
Pada tahun 1971, ketika DUN Kota dan DUN Chembong dalam UMNO Bahagian Rembau/Tampin berlaku perebutan jawatan Ketua Bahagian kali pertama, antara penyandang Dato Xxxx Xxxxx dengan Dato Xxxxx Xxxx, XXXX Xxxxxxxx. Di mana Dato Xxxx Xxxxx berjaya mempertahankan jawatannya. Keputusan pemilihan dalam pertandingan itu, Naib Ketua, Dahalan Aman, Ketua Wanita Bahagian, Xxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxxx dan Ketua Pemuda Xxxxxx Xxxx Xxxxx. Semuanya dari daerah Rembau iaitu DUN Kota dan DUN Chembong.
Seterusnya, berlaku beberapa siri pertandingan perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian yang terangkum dalam daerah Rembau iaitu UMNO Bahagian Rembau/Tampin, UMNO Bahagian Teluk Kemang, dan UMNO Bahagian Seremban.
i. UMNO Bahagian Tampin.
Pada tahun 1982, ketika kawasan DUN Kota berada dalam UMNO Bahagian Tampin terlibat dalam beberapa pertandingan pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin. Sekurang-kurangnya empat kali pertandingan sebelum kawasan DUN Kota menjadi sebahagian UMNO Bahagian Rembau pada tahun 2002. Setiap kali pertandingan berlaku pertukaran yang baharu, penentang mengalahkan penyandang. Semasa pertandingan pelbagai isu ditimbulkan.
103 xxxx://xxxxxxxxx.xxxxxxxx.xx/0000/00/xxxxxxxxxx-xxxx-xxxx-xxxxxxxx-xxxxxxxxx.xxxx
Jadual 13 Pertandingan Ketua UMNO Bahagian Tampin (1982-1999)
BIL | KETUA | TENTANGAN | PEMENANG | |
1 | 1971 | Dato Taha Talib | Dato Xxxxx Xxxx | Dato Xxxx Xxxxx |
2 | 1982 | Dato Taha Talib | Dato Xxxxxxx Xxxxxx | Xxxx Xxxxxxx Xxxxxx |
3 | Xxxx Xxxxxx Xxxxxx | Xxxx Xxxx Xxx Xxxxx | Dato Xxxx Xxx Xxxxx | |
4 | Dato Xxxx Xxx Rejab | Dato Xxxx Xxxxxx | Xxxx Xxxx Xxxxxx | |
5 | Dato Waad Mansor | Dato Xxxxxxxx Xxxxxx | Xxxx Xxxxxxxx Xxxxxx |
Jadual 13 di atas menunjukkan siri pertandingan Ketua UMNO Bahagian Tampin (1971- 1999) ketika DUN Kota (dalam daerah Rembau). Pada tahun 1971 berlaku Pertandingan Ketua UMNO Bahagian Tampin yang pertama antara penyandang Dato Xxxx Xxxxx (XXXX Xxxxxxxxx) dengan Dato Xxxxx Xxxx (XXXX Xxxxxxxx). Kemudian Xxxx Xxxx Xxxxx dengan Dato Xxxxxxx Xx Xxxxxx (Ahli Parlimen Tampin), Xxxx Xxxxxx Xxxxxx (XXXX Xxxxx) dengan Dato Xxxx Xxx Xxxxx (Ahli Parlimen Rembau). Xxxxxxxxxx, Xxxx Xxx Xxxxx ditentang oleh Dato Xxxx Xx Xxxxxx dan akhirnya Xxxx Xxxxxx ditentang oleh Dato Xxxxxxxx Xxxxxx. Semua pertandingan tersebut Ketua UMNO Bahagian semasa ditentang dan dimenangi oleh ahli jawatankuasa yang menentangnya.
ii. UMNO Bahagian Teluk Kemang.
Sejak UMNO Bahagian Teluk Kemang ditubuhkan hingga 1980-an tidak pernah masalah perebutan jawatan. Matlamat perjuangan ikhlas dan bukan perebutan kuasa. Ketika kawasan DUN Chembong berada dalam UMNO Bahagian Teluk Kemang terlibat dalam beberapa pertandingan pemilihan Jawatankuasa cawangan dalam UMNO Bahagian Teluk Kemang.
Pada tahun 1984, DUN Chembong dimasukkan dalam UMNO Bahagian Teluk Kemang (sebelumnya Bahagian Seremban). Ini membawa penyusunan semula jawatankuasa bahagian dari DUN Chembong. Ini menimbulkan satu fenomena baharu. Ini membawa bibit krisis timbul kerana bilangan cawangan UMNO dalam DUN Chembong lebih banyak berbanding DUN Linggi. Namun UMNO Bahagian Teluk Kemang tiada pertandingan Ketua bahagian kerana ada perundingan Xxx Xxxxx dipilih sebagai Ketua Bahagian dan Xxxxxx Xxxxxx (Ketua UMNO Bahagian Seremban) sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Namun sekurang-kurangnya berlaku pertandingan peringkat Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja dan tidak Ketua UMNO Bahagian.104 Kemudian, Dato Xxx Xxxxx dilantik menjadi Exco kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1982 dan menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (1986-2004).
iii. UMNO Bahagian Seremban.
Ketika DUN Chembong berada dalam UMNO Bahagian Seremban berlaku pertandingan antara Ketua Bahagian Xxxxx Xxxx ditentang oleh Xxxxxx Xxxxxx kerana cawangan Seremban menolak kepemimpinan Xxxxx Xxxx.105 Selepas itu tiada pertandingan kerana DUN Chembong dipindahkan ke UMNO Bahagian Teluk Kemang.
104 Temubual bersama Xxxxxxxxx Xxxxxx.
105Temubual bersama Xxxxxxxxx Xxxxxx menyatakan Ketua bahagian Xxxxx Xxxx, Ketua UMNO Cawangan Chembong Bt.17 dengan Cikgu Xxxxxx Xxxxxx, Ketua UMNO Cawangan Pedas Gaing (DUN Chembong) juga.
iv UMNO Bahagian Rembau 2002-2013.
Kelahiran UMNO Bahagian Rembau pada tahun 11 November 2002 mengubah landskap kepemimpinan politik Rembau. Dato Xxxxxxx Xxxx Xxxxxx dari UMNO Bahagian Rasah dilantik menjadi penaja Ketua UMNO Bahagian Rembau dan kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau hingga kini.
Sejak tahun 2002 hingga 2013 tidak berlaku pertandingan Ketua UMNO Bahagian Rembau. Hanya pada tahun 2013, Dato Xxxxxxx Xx Xxxxxx ditentang oleh bekas ADUN Chembong, Dato Mohd Rais Zainuddin106 juga bekas ahli Exco kerajaan Negeri Sembilan bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Rembau pada pemilihan parti tahun 2013. Menurut Xxxx Xxxx Xxxxxxxxx:
“Saya bersetuju untuk bertanding kali ini selepas mendapat maklum balas positif daripada ahli akar umbi. Xxxxxxx, saya ingin memanfaatkan segala pengalaman dimiliki sepanjang berkecimpung dalam arena politik.”107
Beliau bersaing bagi merebut jawatan tersebut yang kini disandang oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Dato Xxxxxxx Xxxx Xxxxx.
7.0 RUMUSAN.
Sebelum persempadanan kawasan pilihan raya yang pertama daerah Rembau atau UMNO Rembau hanya satu kawasan DUN, DUN Rembau dalam kawasan Parlimen Tampin. Dalam persempadanan pertama 1956, dan PRU1 daerah Rembau mempunyai dua DUN iaitu Kota dan Terentang (kini Chembong) dalam satu kawasan parlimen Negeri Sembilan Selatan.
Persempadanan Kawasan Pilihan raya.
Jadual 14 di bawah menunjukkan persempadanan kawasan pilihan raya kedua 1973, daerah Rembau dalam tiga kawasan parlimen iaitu Tampin, Seremban dan Port Dickson. Persempadanan ketiga pada tahun 1983, Rembau dalam dua Parlimen. Persempadanan keempat 1995, dua parlimen, bahagian Parlimen Rembau-Tampin dan Teluk Kemang dan tiga DUN Kota, Chembong dan Linggi. Pada persempadan 2003, Rembau satu parlimen dengan dua DUN dalam daerah Rembau dan dua DUN (Paroi dan Rantau) dalam daerah Seremban.
106 Selain menjawat jawatan Ketua Umno Cawangan Air Hitam, Chembong, Xxxxxxx Xxxx yang pernah bertugas sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri juga merupakan Pengerusi Alumni Kelab Umno Luar Negara.
107 Utusan Malaysia, 21 September 2013. dan Utusan Online 30 Jun 2018.
Jadual 14 Persempadanan Kawasan Bahagian Pilihan raya XXXX 0000-0000
BIL. SPR* | ERA TAHUN | BAHAGIAN UMNO | KAWASAN PARLIMEN | DAERAH | ||||
REMBAU | PORT DICKSON | SEREMBAN | ||||||
1 1959 | PARLIMEN | DUN | ||||||
1946-1956 | UMNO REMBAU | REMBAU | Rembau | |||||
2 1973 | 1959-1973 | UMNO NS SELATAN | NS SELATAN | Kota Chembong | Linggi Sebahagian | |||
3 1983 | 1974-1985 | UMNO Tampin | TAMPIN | Kota | ||||
UMNO Teluk Kemang | TELUK KEMANG | Kota Kota | Chembong | Linggi | ||||
UMNO Seremban | SEREMBAN | Chembong | Rahang | |||||
4 1995 | 1985-2003 | Tampin | Tampin | Chembong | ||||
UMNO Teluk Kemang | Teluk Kemang | Linggi Sebahagian | Linggi | |||||
5 0000 | 0000-0000 | UMNO REMBAU | REMBAU | Chembong | Rantau | Paroi |
*Bilangan dan tahun persempadanan kawasan pilihanraya SPR.
Persempadanan kawasan pilihan raya memberi impak daripada segi trend kepemimpinan dan pencapaian pembangunan infrastruktur sosial daerah Rembau. Trend menampakkan Xxxxxx pernah diracik dan dicincang oleh konflik politik di Negeri Sembilan. UMNO Rembau dijadikan bola, ditendang dan dibiarkan tanpa mampu mempertahankan diri. Pada awalnya, pernah juga berlaku konflik antara politik dan adat sehingga menggugat ketenteraman masyarakat Rembau. Tetapi selepas PRU13, Xxxxxx ‘berbangga sementara' apabila kepemimpinan politiknya mempunyai portfolio jawatan sebagai Menteri Besar, Menteri, Exco Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri. Kebanggaan ini sementara dan trend ini tidak berkekalan. Pada peluang tersebut, sepatutnya daerah yang kecil ini dilimpahi dengan pembangunan sosioekonomi amnya
Jadual 15 Bilangan Kepemimpinan politik WR (Wakil Rakyat) Rembau (1955-2013).
BIL. PRU | TAHUN | KEPEMIMPINAN POLITIK DAERAH REMBAU | |||
PARLIMEN | DUN | MASA/ TAHUN | JUMLAH Wakil Rakyat | ||
1 | 1955 | 1 | 1 | 4 | 2 |
2 | 1959 | 1 | 2 | 10 | 3 |
3 | 1964 | 2 | 3 | 5 | |
4 | 1969 | 2 | 3 | 5 | |
5 | 1974 | 3 | 3 | 34 | 6 |
6 | 1978 | 3 | 3 | 6 | |
7 | 1982 | 3 | 3 | 6 | |
8 | 1986 | 2 | 3 | 5 | |
9 | 1990 | 2 | 3 | 5 | |
10 | 1995 | 2 | 3 | 5 | |
11 | 1999 | 2 | 3 | 5 | |
12 | 2004 | 1 | 2 | 14 | 3 |
13 | 2008 | 1 | 2 | 3 | |
14 | 2013 | 1 | 2 | 3 | |
62 |
Jadual 15 menunjukkan bilangan kepemimpinan politik daerah Rembau (1955-2013). Bilangan tersebut berubah setiap kali persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR. Perubahan ini mengubah struktur kepemimpinan politik daerah Rembau, lantas memberi implikasi terhadap pembangunan sosioekonomi daerah Rembau secara langsung atau tidak langsung.
Kepimpinan dan Kepuakan.
Kepemimpinan politik utama, Menteri Besar Negeri Sembilan terdiri daripada pelbagai latar belakang, bidang dan pengalaman, Dr Xxxx Xxxx Xxxxxxx (perubatan), Xxxxxx Xxxxxx (Pengurusan Eksekutif Shell), Xxxx Xxxxx (peguam), Xxx Xxxxx (pendidikan) dan Xxxxxxx Xx Xxxxxx (korporat, ekonomi dan perniagaan). Begitu juga Kepemimpinan politik Rembau sama ada ahli parlimen atau ADUN memiliki latar belakang keperibadian daripada segi sifat, perlaku dan situasi pengalaman pada nisbah yang berbeza. Perbezaan ini memberi impak yang berbeza daripada segi kepemimpinan dan pencapaian mereka. Perbezaan yang nyata dapat dilihat pada latar belakang asas kepemimpinan sebelum DEB dengan selepas DEB.
Dari segi situasional, Rembau daripada segi politik pernah diracik dan dicincang oleh SPR akibat konflik politik yang berlaku di Negeri Sembilan. Rembau dijadikan bola, ditendang dan dibiarkan tanpa mampu mempertahankan diri. Pernah juga berlaku konflik antara politik dan adat sehingga menggugat ketenteraman masyarakat Rembau.
Namun begitu, UMNO tidak runtuh berikutan konflik dan krisis yang sering melanda parti itu. Maka jawapannya ialah, di Malaysia hanya ada satu sekolah politik sahaja, iaitu
sekolah politik UMNO/BN. Di sekolah politik ini pemimpin politik Malaysia diasuh, dididik dan dimatangkan. Jika berkonflik, mereka sebenarnya berkonflik dengan rakan lama yang mempunyai halatuju dan pemikiran yang sama. Walaupun mereka kemudiannya berada dalam parti atau gabungan parti berlainan seperti BN atau PR atau PH, mereka adalah alumni sekolah UMNO. Dan konflik yang seakan-akan sistem dua parti di Malaysia itu sebenarnya ialah konflik dalam sekolah pemikiran politik UMNO yang dibawa ke luar. Konflik dan krisis ialah sebahagian daripada silibus di sekolah politik UMNO.
Sejarah dan isu kepemimpinan politik ini menggambarkan budaya kepemimpinan politik UMNO Rembau, iaitu budaya kepuakan lahir dan fraction dalam UMNO Rembau sejak 1959. Selepas PRU1 hingga tahun 1969 dan tahun 1970-1989 dengan konflik dan krisis yang berbeza juga. Namun, apabila lahir kawasan parlimen Rembau pada tahun 2000 barulah konflik UMNO Rembau kian reda dan semakin damai. Siri konflik yang berlarutan 1959 hinga 2000 turut membawa impak atau pengaruh terhadap pembangunan infrastruktur sosial daerah Rembau.
Selepas PRU13 kepemimpinan politik UMNO Rembau mempunyai Ketua Bahagiannya dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahli Parlimen yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebagai Menteri Belia dan Sukan dan dua ADUN-nya, ADUN Chembong sebagai seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN Kota sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. UMNO Rembau berbangga bila semua kepemimpinan politik mempunyai portfolio pentadbiran di peringkat negara dan negeri tetapi pasti tidak akan kekal begitu. Adalah diharap kepemimpinan politik Xxxxxx ini terus membawa pembangunan sosioekonomi dengan lebih berkesan dalam masa singkat diberikan itu. Keberkesanan kepemimpinan politik adalah petunjuk yang menjadi asas sesebuah sistem politik yang stabil sama ada mengatasi konflik dalaman atau sebagai perancang dasar dan strategi untuk meningkatkan pembangunan negara.
RUJUKAN
BUKU
Xxxx Xx Xxx. (1953). Rembau Sebuah Daripada Luak-Luak yang Sembilan : Rembau: Jabatan Undang dan Perlembagaan Adat dan Istiadat Melayu.
Xxxxxxxx Xx Xxxxx, (1975)'Rembau Sebuah daripada Lauk-Luak yang Sembilan' dalam
Tetuan Muda, Rembau.
Xxxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxxx (dirumikan oleh), (1998) Sejarah Melayu The Malay Annals, MS Xxxxxxx No.18, Reprint No. 17, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998, hlm 120-298.
Xxx Xxxxx Xxxxxx,. (1991) Untuk Mu Anak Merdeka, Ipoh:Xxx Xxxxx Xxxxxx.
Xxxxx Xxxxx Xxxxx. (1970)Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan dan Kebudayaan. Pustaka Asas Negeri.hlm.168.
Xxxxxxxx Xxxxxx Xxxxx.(1987) Kerajaan danPentadbiran Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxx Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxxxxx Xxxxxxx Xxxxxxx, Xxxxxxxxx Xxx Xxxxxx.(2016). 1262 Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka. Melaka: IKSEP.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx.(1998)Reformasi Pentadbiran di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx.(1990) Pentadbiran Awam–Asas Pemikiran &Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx. (1993) Dimensi Politik Melayu 1980-1990.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx. (1985).Prinsip Pengurusan Sektor Awam dan Swasta. Kuala Lumpur: Utusan publication. hlm 139-278.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx.(1995). Pembentukan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur:Utusan Publication. hlm.1-278.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx.(1996) Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx.(2002) Kerajaan Tempatan : Teori dan Peranan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx.(2010) YB oh YB: Antara peranan dan tanggungjawab. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution.
Xxxxx Xxxxxxx dan Xxxx Xxx Xxxxxxxx.(2012)Memahami Kuantitatif dan Kualitatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:UKM.
Xxxxx Xxxxx (Xxx Xxx).(1991) Toward quality of publ2ic service, Kuala Lumpur: INTAN.1991.
Xxxxxx, X.X xxx Xxxxxx, X.X. Xx.(1966).Comparative Politics. Boston: Little Brown and Company.
Xxxx Xxxxxxx. (2009) Geografi Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pilihan Raya Malaysia 1959-2008. Kuala Lumpur: UM.
Xxxxxxxxx, M. Y. (1990) Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxx Xxxxxx Xxxxxxxxxx ,Pembangunan dan Pertumbuhan Ekonomi. Kuala Lumpur
:Dewan Bahasa Pustaka ). hlm. 13.
Azam Md Atan.(1986) ‘Sejarah Perjuangan Allahyarham Dato Xxxx Xxxx Xxxxx' dlmWARISAN Bil.11
Xxxxx Xxxxx Xxxxx.(2001) Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Xxxxx Xxxx (1992)Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Awal Abad ke Sembilan Belas, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, .
Andaya,L.Y. (2001) History of Malaysia, London: Palgrave.
Xxxx'xxxx Xxxx.Noor. (2002)Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Arkib Negara Malaysia, (1989) Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Xxxx Xxxxxxx & Xxx Xxxxxx Xxxxxx (Ed) (2016). Di Sebalik Tabir Sejarah Politik Malaysia 1947-1957. Penang: Penerbit USM.
Badriyah Hj. Salleh.(1996) Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Xxxxxx, A & Xxxxxxxxxx, L. (1996) .Electoral System. Dalam Le Duc, X., Xxxxx, R.G. & Xxxxxx, P. Comparing Democracy: Elections and Voting in Global Perspective. California: Sage.
Buku Cenderamata: Pembukaan Rasmi Bangunan UMNO Bahagian Tampin pada 1979. Xxxxx, X. (1978).Leadership. New York: Harper and Rows.
Xxxx, C.M. (1933) Leadership and Conjuncture, Sociology and Social Research 17.hlm. 510-513.
Xxxxxxxxxxx, X. X., The Idea of History, London: Oxford University Press, 1967.
Xxxxxxx Xxxxxxxx. (1992). Pelindung. Pulau Pinang: Aliran. Pendekatan Nilai Dalam Memilih Kepimpinan Politik: Kajian Tinjauan Dalam Kalangan Kelas Menengah Melayu Pasca Dasar Ekonomi Baru.
Xxxx Xxx Xxxx. (2006). Kaedah Penyelidikan.Serdang: McGraw-Hill.
Dharmala N.S.(2003). Biografi Dato Seri Utama Xxx Xxx Xxxxx Xxxxx Xxxxx, Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.
Xxxx, X. (2005). ‘Poetical and Political Leadership'. Xxx Xxxxxx, X. (pnyt.). The Essentials of School Leadership. London: Paul Chapman Publishing.
Xxxx X. (2011) “The Concept of Political Leadership: An Analysis”: hlm.750.
Xxxxxxx Xx Xxxxxxxx.(1985).Kepimpinan Melayu: Satu Rakaman Kewartawanan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Firdaus Hj (2008). Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.dlm. Dewan Masyarakat Edisi Khas PRU Ke-12.
Xxxxxx Xxxxxx.(1968)The Conflict in Modern Culture. New York: Teachers College Press.
Xxxxxxx Xxxxxxxx, Xxxxxx Xxxxx, Xxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (Sunting) (2006). Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia.Bangi : Penerbit UKM.
Xxxxxxxx, JM. (1958). Indigenous Political Systems of West Malaysia, hlm.7.
Xxxxxxxx, JM. (2003). A History of Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : MBRAS, Monograph No.33, hlm.11.
Xxxxxx, X.X.(1988) Malay Manuscript Collections in Malaysia, Singapore and Brunei. .
Xxxxxx, X.X. (1966) Malay Manuscripts: A Bibliographical Guide, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Hairol Anuar. (2010). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme (Edisi Kedua. Bandar Seri Putra: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS.
Hairol Anuar. (2012). Signifikan Nilai Dalam Memilih Kepimpinan Politik Kalangan Kelas Menengah Melayu Pasca DEB. International Journal Of Islamic Thought. Volume 4 2013: 22
INTAN (1991).Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.
Hatta Al Mukmin.(2009). Xxxxxxx Xx Xxxxx- Xxxxxxxx Sejati Dekat Di hati. Kuala Lumpur: Mukminin Publishing House.
Xx Xxx Xxxx (2004). Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hooker.M.B.(1970) .Reading in Malay Adat Laws. Singapore: Singapore University Press,hlm. 333.
Xxxxxxx Xxxxxxx.(1987) Membangun demokrasi: pilihan raya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Bistari.
Xxxxx Xxxxx, (2009) Penyelidikan Ilmiah, Selangor: Xxxxx & Xxxxxx. hlm. 94.
Ishak Saat. (2009). Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx,(1980)Persuratkhabaran Melayu 1876-1968, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxxxx Xxxxx,(2003).Kepimpinan Politik: Pola Kepimpinan Politik UMNO. dlm.
Akademika (Januari). hlm. 17 – 39.
Xxxxxx Xxxxx,(2005).UMNO dalam Politik dan Perniagaan Melayu. Bangi: UKM.
Xxxxxxx Xxxxxx dan Lambak Tompang. Kursus Kepimpinan (DCE 3403) Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang, Selangor.
Xxxxxxxxx Xxxx dan Xxxxxxxxx Xxxxxxxx.(2014). Ahli Majlis dan Kerajaan Tempatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dam Pustaka.
Kamus Dewan.Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur: DBP.
Xxxx Xxx Xxx (1975) Sistem Politik Negeri Sembilan. Jurnal Warisan Bil.2, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.
Xxxx Xxx Xxx.( ).Negeri Sembilan:Sejarah Awal dan Sistem Politiknya. xxxx://xxxxxxxxxxxxxxxxx.xxx.xx/xxx/xxxxxx/xxxxxx_xxxxxxxxx/xxxxxxxxx/xxxxx/xxxx_000 18.pdf
Xxxx Xxx Xxx, (1991). Malay Society; Transformation and Democratisation. Petaling Jaya : Xxxxxxxx, x.280-290
Koleksi Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan Darul Khusus Mac 1989-Mac 1990.
Xxxxxxxx Xxxxxxx. (2003). Islam Bukan Penghalang Kemajuan. dlm. Xxxxxx Xxxxxxxxx. Islam dan Umat Islam : Ucapan Pilihan Xxxxxxxx Xxxxxxx. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Xxxxxxxxx Xxxx Xxxxxx (1986), Islam dan Pembangunan Negara.Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi
Xxxxxxxx Xxxxxx (1989). Pengembangan: implikasi ke atas pembangunan masyarakat.
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxx. Majid Konting, (1998) Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 20.
Malaysia.(2007a). 50 tahun demokrasi dan pilihan raya di Malaysia. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya.
Malaysia.(2007b) Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: MDC Publisher.
Xxxxxx Xxxxxx, (1887). The Negeri Sembilan Their Origin and Constitution, dlm. JBRAS
No.19. hlm 38.
Xxxx Xxx Xxxxxxxxx.(2004). Penaungan dalam kepimpinan Melayu:UMNO Kelantan 1946-1990. Bangi: Penerbit UKM.
Xxxx Xxxxxx Xxxx.(1970).‘Profil Sosioekonomi Masyarakat Melayu Rembau: Satu Perbincangan dari segi Adat Perpatih' dlm Adat Merentas Zaman.Seminar Adat di Minangkabau.hlm.246-263,
Xxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxx (1989 ). Xxxx xxx Xxxxx dalam Jurnal Warisan. Bil: 15. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan: Serembau,
Xxxx Xxxx Xxxxxxx (Dr). UMNO Negeri Sembilan.
Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxxx.(1961). Sejarah pergerakan politik Melayu Semenanjung. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Muhd. Xxxxx Xxxxxxx, (1986) Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxx. Taib Hj. Dora ( 1993), Agihan Pembangunan: Teori dan Perlaksanaan, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Xxxxxxxx Xx Xxxxxxx (1995). Negeri Sembilan : Daerah Kecil Pesaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat. Xxxx Xxxx : Fajar Bakti.hlm.43.
Xxxxxxxx Xx Xxxxxxx (1995). Negeri yang Sembilan.Shah Alam : Fajar Bakti.
Par, CWC.dan Xxxxxxx,WH. (1910). Rembau, One the Nine States : Its History, Constitution and Customs. dalam JSBRAS,56. hlm. 1-57.
PUSPAWANGSA, Berita Arkib Negara Malaysia 3 BIL.4/2011 (Okt. - Dis.)
Puthucheary, M. (1978).The Politics of Administration: TheMalaysian Experience, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 40-41.
S. Xxxxx Xxx, (1976). Apa Erti Pembangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Ramanathan.K. (1987).Konsep asas politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Xxxxxxxxxx, X. (2013). Asas sains politik.Edisi keempat. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Xxxxxx Xxxx. (1979). UMNO: Organisasi dan Kegiatan 1945-1951.Kota Bharu: Xxxx Xxxx Book Store.
Xxxxxx Xxxx. (2004a). Gerakan radikalisme di Malaysia 1938–1965. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
. (1998). Kemelut politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
. (1996a). Merintis jalan ke puncak: Satu kajian kandungan teks dalam konteks sejarah politik Malaysia. dlm. Xxxx pensejarahan: Dari pelbagai perspektif, eds. Badriyah Haji Salleh and Tan Liok Ee, 271–292. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
. (1979). UMNO: Organisasi dan kegiatan politik 1946–1951. Kota Bharu:Xxxx Xxxx Book Store.
Xxxx, X. X. (1967). The origins of Malay nationalism. New Haven: YaleUniversity Press. 1991.
Xxxxxxx Xxx Xxxxxx. (2004) Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sejarah Politik dan Perjuangan di Negeri Sembilan. Seremban: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
Seminar Ahli Politik dan Pegawai Tadbir Negeri Sembilan.(1980). bersama INTAN.Port Dickson.
Shamsul. A.B (2001) Suatu Pertimbangan Kritis Sudur Kepimpinan Rembau dalam Dilema Pembangunan Masa Kini' dalam Warisan Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.Bil.24.
Xxxx Xxxxx Xxxxxxx. (1996). Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: DBP.
Xxx Xxxxxxxx xxx Xxxxxxx. (2011). “A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Xxxxxxxx Xxxxxxx.” Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn. Bhd.
UMNO 25 tahun.(1971). Kuala Lumpur: Syarikat Utusan Melayu Bhd.
Xxxx, X. (1994). Leadership in organizations (3rd. edition). New Jersey:Prentice-Hall Int.
Xxxxx Xxxx (1967) Malay Nationalism 1946-1957. Otago University: New Zealand. (45- 46).
Xxx Xxxx Xxxxx. (1989). Stratifikasi Sosial dan Masyarakat Melayu: Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur: DBP.
Xxx Xxxx.Mahyiddin (1996).Kepemimpinan : Sorotan Pelbagai Aspek bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Xxx Xxxx Xxxxxxxxx (2007). UMNO Sejarah, Organisasi dan Pelaksanaan Dasar. Kuala Lumpur : HPI Lectures Sdn.Bhd.
Xxxxxxxxx. RJ.(1911).Negeri Sembilan History ; Notes on Negeri Sembilan. IV, hlm 281
Xxxxxxxxx. RJ.(1923) A History of the Peninsular Malay. Third Revision Edition, OUP. hlm. 24-25.
Xxxxxxxx, X.X. (1996) A History of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur: MBRAS, 1996.
Xxxxxxxx.XX, (1934).Negeri Sembilan : The History, Policy, and Benefit of the Nine State
. JMBRAS,12(3), hlm.35-114.
Xxxxxxx X.Roff. (2005). Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: UM.
Zainal Kling.(2008). Gerakan Memperjuangkan Melayu. dlm. Dewan Masyarakat, Jun 2008.
Xxxxxxxxxxxx Xxx Xxxxx.(1972). dalam ‘Hubungan Etnik di Malaysia dari Perpektif Teori dan Praktikal. hlm 301.
TESIS DAN DISERTASI
Ab. Xxxxx Xxxxx, UMNO Bahagian Teluk Kemang (Port Dickson) 1950-1990. UKM 1993/94
Xxxxx Xxxxx Xxxx. Basri The United Malays National Organization (UMNO)1981- 1991:A Study of the Mechanics of a changing PoliticalCulture. Xxxxxx submitted for the Degree of Doctor of Philosophy in the Centre for South East Asian Studies,University of Hull
Xxxxx Xxxxx, UMNO Kuala Pilah (1946-1990).1992/93.UKM.
Xxxxxxx Xxxxx.(1977). Pergerakan Kaum Ibu Negeri Sembilan Selatan.UKM 1976/1977.
Xxxxxxxxxxx Xxxx. Darurat (1948-1960) Kesannya ke atas Proses Politik Negeri Sembilan. FSMM, UKM.
Leanore Mandeson.1977. The Development of Kaum Ibu UMNO 1945-1972. Xxxxx (PhD) Australian National University
Xxxx Xxx Xxxxxxxxx. Penaungan Dalam Kepemimpinan Politik Melayu: UMNO Kelantan 1946-1990. Doktor XxxxxxxxXX, 1998.
Xxxxxxxx Xxxx. Pembangunan Negeri Sembilan dan Ketokohan Politik, FSMM, UKM.
Xxxxxx Xx. Nayan, Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan UMNO Bahagian Jelebu, Negeri Sembilan (1969-1996). 1996/97.UKM
Xxxxxx Xxxxxxxxx. UMNO Negeri Sembilan (1946-1960) Krisis dalam UMNO Negeri Sembilan. Satu Analisa. FSKK.UKM.
Sabidah Tumin. Pergerakan Kaum Ibu UMNO Negeri Sembilan.
Sogayamary a/p D. Xxxxxxxx Xxxxxx Xxxxxx.Sejarah perkembangan politik Negeri Sembilan dalam abad ke-18 dan 19 / Dissertation (M.A.).Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2002.
Xxxx Xxxxxx Xxxxx, UMNO Negeri Sembilan Dari Tahun (1946-1969): Krisis-Krisis Dalam UMNO Negeri Sembilan Satu Analisa. 1983/84 FSKK.UKM.
Xxxxx Xxxx. 1967. Malay nationalism, 1945–1946. M.A. diss., Otago University.
KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)
Datuk Seri Dr. Xxxxxxxx Xxxxxxx ketika membentengkan kertas kerja bertajuk Malaysia
, Langkah ke hadapan di Majlis Perdagangan Malaysia.
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan. Berjenjang Naik bertangga Turun. Politik Kebangsaan di Negeri Sembilan. hlm 216)
Xxxxxx Xx Xxxxx (1993). Ringkasan Sejarah Luak Rembau.(Stensilan).
Xxxxxxxx Xxxxxxx (2002). Adat Perpatih : Sejarah dan Sistem Sosial. Kertas Kerja. Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Pertanian Malaysia.
JURNAL
Xxxx Xxxxxxx. 2014. Local History dlm Kajian Malaysia Xxx.00.Xx 0.0000.xxx 2.
Xxxxxx, DFA (1884) ' Rembau' Journal of the Straits Branch Royal Asiatic Soceity, No.13:241-258.
Xxxxxx Xx Xxxxxx. 2003. Kepimpinan Politik: Pola Kepimpinan Politik UMNO dlm. Jurnal Akademik 62 (Januari) 2003.hlm 17-39.
Jebat, Jurnal Sejarah, Politik dan Strategi.Vol.40(1)(Julai 2013).hal 91-115. Jabatan Sejarah, Politik dan Strategi,UKM.
Warisan, Jurnal Persatuan Persatuan Sejarah Negeri Sembilan. Bil.25. 2002.
SURAT KHABAR DAN MAJALAH
Berita Harian. 23 Jun 1951, halaman 2. Keberhentian Kaum Ibu dinafikan
Berita Harian. 26 Disember 1958,halaman 2. Rapat Umum Anjuran UMNO.
Berita Harian. 29 Januari 1959,halaman 5. Buapak Suku Luak Rembau masuk UMNO.
Berita Harian. 28 September 1959,halaman 2. UMNO Rembau digantung.
Berita Harian. 3 November 1959,halaman 5. Mesyuarat diundurkan.
Berita Harian. 26 September 1960,halaman 5. Krisis dalam UMNO Rembau berakhir.
Xxxxxx Xxxxxx (1960)'Krisis dalam UMNO Rembau berakhir' 26 Sept 1960, halaman5.
Xxxxxx Xxxxxx (1960). Pembangunan Rembau Berjalan dengan Pesat.18 Oktober 1960, hlm.4.
Berita Harian.11 November 1961,halaman 2. Dato Lembaga Rembau berhenti kerana UMNO.
Berita Harian. 23 November 1961,halaman 4. Pemerhati Rembau
Berita Harian. 15 Disember 1961,halaman 2. Jujurlah kepada Parti.Ujang.
Berita Harian. 26 Jun 1962,halaman 2. Anjur Bubarkan Bahagian Rembau untuk Tun Razak.
Berita Harian. 11 Mac 1964.halaman 2. Pengerusi keluar UMNO: Keluar kerana tidak sesuai.
Berita Harian. 28 Mac 1964, halaman 2.Bekas Ketua UMNO Rembau Calon UDP. Berita Harian. 18 Mac 1964, halaman2.Lebai Ujang menafikan bubarkan cawangan. Xxxxxx Xxxxxx, 21 Ogos 2003. Umno Bahagian Rembau jadi tumpuan.
Mingguan Malaysia, 1 Disember 1999. UMNO Kukuh kerana Cabaran oleh A.Xxxxx Xxxxx.
The Malay Mail, 17 August 1959)
Utusan Melayu, 23 Julai 1951.
Utusan Melayu, 6 Oktober 1996, Teras Kepimpinan UMNO oleh Xxxxx Xxxxx
Utusan Malaysia, (2010)'Pembangunan Rembau dirancakkan' pada 23 November 2010.
Utusan Malaysia.(2017) ‘Buat Kajian Sejarah Kawasan' 22 Ogos 2017. Prof. Xxxxx Xxxx, Massa 30 Disember 1995.
Xxxx Xxxxxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxxxx (2015). ‘Nama Rembau dari Pokok Merbau' Dalam akhbar Sinar Harian , 12 Mac 2015 hlm.39
LAMAN SESAWANG
xxxx://xxx.xxxxxxxxxxx.xxx.xx/xxxxxxx/xxxx-xxxxxxxxx-xxxx-xxxxxxxx-xxxxxxx-xxxxx- 1.191391/ 12 Ogos 2013. Xxxx Xxxxxxxxx umum bersaing jawatan Xxxxx
http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968- 2004/2001-2005/nt2003pz/umno%20bpuan.pdf. 1.8.2003 UMNO REMBAU JADI TUMPUAN.
w1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terk ini&pg=bt_05.htmARKIB : 24/03/2004Mohamad Hasan MB Negeri Sembilan yang baru
http://gemasindah.blogspot.my/2010/03/sejarah-pimpinan-gemas-wakil-wakil.html http://gemasindah.blogspot.my/2010/04/harta-umno-bahagian-tampinapa-dah-jadi.htm.
Khoo Kay Kim.( ). Negeri Sembilan:Sejarah Awal dan Sistem Politiknya. http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_052 18.pdf
https://www.academia.edu/30595363/Manuskrip_dan_Dokumen_Sejarah_dan_Budaya
_Negeri_Sembilan_dalam_Koleksi_Universiti_Kebangsaan_Malaysia?auto=download
LAMPIRAN
Pada awalnya dalam PRU 1955, UMNO Rembau sebagai satu kawasan DUN dalam Parlimen Negeri Sembilan Selatan. Kemudian PRU 1959, UMNO Rembau dibahagi dua kawasan DUN Kota dan Terentang, juga diletak dalam UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan ( Kemudian UMNO Bahagian Rembau/Tampin). Selanjutnya, DUN Kota dalam Bahagian Rembau/Tampin dan DUN Terentang/Chembong dalam Bahagian Teluk Kemang. Bahkan satu ketika daerah Rembau berada dalam bahagian Tampin (DUN Kota), Teluk Kemang (Beberapa mukim DUN Linggi) dan Seremban Selatan (DUN Chembong) . Hanya, tahun 2004 baru wujud UMNO Bahagian Rembau yang ada sekarang dan daerah Rembau berada dalam satu kawasan pilihanraya parlimen.
Pada Pilihanraya umum pertama PRU1 pada tahun 1959, anak kelahiran Kampung Selemak, Yusof bin Abdullah telah dipilih sebagai sebagai ADUN Kawasan Kota (1959-1963). Kemudian baru diikuti Dato Dahalan Aman (1964-1982), Dato Ismail Yassin (1982-1986), Dato Ahmad Apandi Johan (1986-1999), Dato Zaharuddin Sharif (1999-2004) dan kini Dato Dr Awaluddin Said (2004-kini ).
Foto 2 : ADUN Kawasan Kota 1959 hingga kini
Ahli-ahli Parlimen bagi DUN Kota, pada PRU 1 tahun 1959, Ahli Parlimen Negeri Sembilan Selatan Tuan Haji Redha bin Hj Said, diikuti Ahli-ahli Parlimen Rembau/Tampin Dr Sulaiman Al Attas, Dato Mokhtar Haji Hashim, Encik Omar Abdullah (PRK1982), Dato Mohd Noh Rejab, Dato Shaziman Mansor, dan seterusnya Ahli Parlimen Rembau Dato Firdaus Harun dan Tuan Khairy Jamaluddin.
Foto 2 :Ahli-ahli Parlimen bagi Kawasan DUN Kota 1959 hingga kini.