PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
No. Siri: …………………
PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
JABATAN PERDANA MENTERI
DOKUMEN SEBUTHARGA
NAMA PROJEK
KERJA–KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN TUJUH (7) UNIT RUMAH SEUNIT KELAS E TERMASUK KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI,
JALAN TANJUNG LOBANG, MIRI
KOD PROJEK KTRS/21/MIRI/01
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1. Senarai Semak | 1 – 2 |
2. Borang SebutHarga Kerja | 3 – 4 |
3. Arahan Kepada PenyebutHarga | 5 – 9 |
4. Lampiran F- Surat Akuan Pembida | 10 – 11 |
5. Syarat-Syarat SebutHarga Untuk Kerja | 12 – 16 |
6. Spesifikasi | 17 – 21 |
7. Ringkasan Sebut Harga | 22 – 25 |
8. Profil Syarikat | 26 – 32 |
9. Pelan-Pelan Yang Berkaitan | 33 – 35 |
SENARAI SEMAK
Sila tandakan (√ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga | ||||||
1. | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Construction Industry Development Board (CIDB) atau Salinan Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||||||||
2. | Salinan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) / Salinan Surat Pengiktirafan Status Bumiputera Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||||||||
3. | Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dari Construction Industry Development Board (CIDB). | ||||||||
4. | Borang Sebut Ditandatangani. | Harga | Kerja | Diisi | dengan | Lengkap | dan | ||
5. | Arahan Kepada Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||||||||
6. | Lampiran F – Surat Akuan Pembida. | ||||||||
7. | Pematuhan Kepada Spesifikasi. | ||||||||
8. | Ringkasan Sebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||||||||
9. | Profil Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur. | ||||||||
10. | Borang Maklumat Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap. | ||||||||
11. | Carta Organisasi Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur | ||||||||
12. | Senarai Ahli-Ahli Syarikat Diisi dengan Lengkap. | ||||||||
13. | Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor. | ||||||||
14. | Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor. | ||||||||
15. | Pelan-Pelan Berkaitan Lengkap Disertakan. | ||||||||
16. | Sesalinan penyata bank bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 (Dokumen Wajib) transaksi beserta baki. Penyata bank asal bagi setiap bulan MESTI disahkan oleh pegawai bank (Nama dan Nombor ID beserta Cop Jawatan Pegawai/ Bank) yang mengeluarkan penyata tersebut. Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA. Adalah dimaklumkan bahawa dokumen penyata bank amat penting untuk mengukur keupayaan kewangan/modal penyebutharga. |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat serta terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. | UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada) |
Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Syarikat : | Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : |
Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | |
Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : |
BORANG SEBUTHARGA KERJA
BORANG SEBUTHARGA KERJA
Kod Projek : KTRS/21/MIRI/01
Tarikh Tutup : 23 APRIL 2021 (JUMAAT)
Setiausaha Persekutuan Sarawak
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 3 & 17, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching Sarawak.
Tuan,
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN TUJUH (7) UNIT RUMAH SEUNIT KELAS E TERMASUK KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN TANJUNG LOBANG, MIRI
Di bawah dan tertakluk kepada Xxxxxx Xxxxxxxxxxxxx, Syarat–Syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi Kerja dan Ringkasan Sebut Harga serta Pelan–Pelan, saya yang menandatangani di ruangan bawah adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja–kerja tersebut bagi JUMLAH HARGA SEBANYAK :
Ringgit Malaysia : ......................................................................................................................................................
............................................................................................................... ( RM )
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja–kerja ini dalam tempoh masa MINGGU dari tempoh mula kerja
seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran kerja. Xxxxxxxxx pada : ............... haribulan 2021.
…………………………………… …………………………………….
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh : ………………………............… Nama Penuh : ……………………….........
No. K.P : ............................................... No. K.P : ..........................................
Nama Syarikat : ............................................... Alamat :........................................................
Alamat Syarikat : …………………………………. ………………………….............……
………………………………………….............….. …………………....................………
………………………………………….............….. ……………………….............………
No. Telefon Pejabat : …………………................. No. Telefon Bimbit : .....................................
No. Telefon Bimbit : …………………................. Tarikh : ........................................................
Nama Bank : ...........................................
No.Akaun bank : ……………………….……… ………………....……...........
COP SYARIKAT
Tarikh : ...........................................
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor WAJIB mengisi (menggunakan dakwat) dengan lengkap dan menghantar ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak maklumat-maklumat seperti berikut:
(a) Borang Sebut Harga Kerja.
(b) Arahan Kepada Penyebutharga.
(c) Lampiran F – Surat Akuan Pembida.
(d) Ringkasan Sebut Harga.
(e) Profil Syarikat.
(f) Borang Maklumat Penyebutharga.
(g) Carta Organisasi Syarikat.
(h) Senarai Ahli-Ahli Syarikat.
(i) Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor.
(j) Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor.
(k) Pelan-pelan Berkaitan.
(l) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir (Januari, Februari dan Mac 2021).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor hendaklah menandatangani ringkas di atas semua pembetulan.
Setiap Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat di atas apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat-syarat di bawah ini membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan pada bahagian atas sebelah kiri sampul itu dengan butiran berikut:
KOD PROJEK : KTRS/21/MIRI/01
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN TUJUH (7) UNIT RUMAH SEUNIT KELAS E TERMASUK KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN TANJUNG LOBANG, MIRI
(b) Dokumen hendaklah dihantar terus ke Peti Sebut Harga yang telah disediakan atau diposkan ke alamat seperti dibawah;
Setiausaha Persekutuan Sarawak
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching Sarawak
Sebutharga yang dihantar dengan tangan oleh pihak tuan/puan hendaklah dimasukkan ke dalam peti-peti sebut harga yang disediakan seperti alamat di atas sebelum atau pada 23 April 2021 (Jumaat), jam 12.00 tengahari.
(c) Sebut harga yang diserahkan atau dihantar selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan.
(d) Satu (1) Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan Satu (1) Tawaran Sebut Harga sahaja. Tawaran alternatif tidak dibenarkan.
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 10 MINGGU.
4. PINDAAN ATAU PENGURANGAN DOKUMEN
Borang Sebut Harga dan dokumen berkaitan tidak boleh ditanggalkan di antara satu dengan yang lain. Tiada pindaan (melainkan mengisi di tempat yang kosong ) akan dibuat kepada lampiran yang ada.
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung sepenuhnya olehPenyebutharga sendiri.
6. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebutharga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
8. PENJELASAN
Jika ada keraguan pada mana-mana bahagian oleh penyebutharga, ia perlu dilaporkan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak serta-merta bagi mendapatkan penjelasan sebelum menghantar dokumen sebut harga. Tafsiran sebenar dokumen sebut harga hanya sah apabila Addenda secara rasmi oleh Jawatankuasa Sebut Harga seperti Para 9.
9. ADDENDA
Addenda boleh diedarkan sebelum tarikh tutup sebut harga bagi menjelaskan Dokumen Sebut Harga atau pembetulan kepada mana-mana pindaan yang perlu dan ia adalah merupakan sebahagian daripada Dokumen Sebut harga tersebut. Bukti penerimaan adalah melalui pengisian borang yang dikepilkan bersama Addenda. Kegagalan untuk mengakui sebarang Addenda boleh menyebabkan sebut harga ditolak.
10. KAWALAN KEBERSIHAN
Kontraktor diingatkan supaya memberi perhatian yang berat mengenai kebersihan tapak kerja. Kontraktor hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
11. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(d) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Saya mengaku, telah membaca dan memahami keseluruhan perkara di dalam “Arahan Kepada Penyebut Harga” yang dinyatakan.
...................................................... ............................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh :............................................. Nama Penuh : .....................................
No. K/P :..................................................... No. K/P : .............................................
Jawatan :................................................... Alamat : ..............................................
..............................................
..............................................
Tarikh : ................................................
Alamat Syarikat : .......................................................
........................................................
.......................................................
Tarikh : ......................................................................
.................................................................................
Cop Syarikat
LAMPIRAN F SURAT AKUAN PEMBIDA
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
KERJA–KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN TUJUH (7) UNIT RUMAH SEUNIT KELAS E TERMASUK KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN TANJUNG LOBANG, MIRI
NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA: KTRS/21/MIRI/01
Saya, …………………………………………… nombor K.P… yang
(Nama Wakil Syarikat)
mewakili ……………………………………………………………………….. nombor pendaftaran (Nama Syarikat)
………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat bercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1. Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2. Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3. Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
……………………………………… Tandatangan Kontraktor
Nama Penuh : ……………………….
Jawatan : ………………………............
No. KP : ……………………………….
Xxxxxx : ……………………………….
…………………………………….
Cop Syarikat
Catatan : Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa sekiranya penandatangan bukan penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat.
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebutharganya.Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. BON PELAKSANAAN / INSURANS (JIKA BERKAITAN)
2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan 5% Bon Pelaksanaan daripada jumlah harga tawaran dalam bentuk WangJaminan Pelaksanaan (WJP). Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) tamat.
2.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butirRingkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP). Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak semua polisi insuransdan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelummemulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. SekiranyaKontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-Syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pejabat atau wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling serta undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(a) Suruhanjaya Tenaga/Sarawak Energy Berhad.
(b) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.
(c) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik.
(d) Jabatan Bomba dan Penyelamat.
(e) Pihak Berkuasa Tempatan.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Sebut Harga tanpa sebab munasabah, tawaran itu akan dibatalkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
5. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEJABAT SUPS
5.1 Pejabat atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi.Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi spesifikasi sekiranya diminta oleh pihak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan didalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak secara bertulis.
6. RINGKASAN SEBUT HARGA
6.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
6.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
6.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum kerja dikeluarkan.
6.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 6.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
6.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
7. PECANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu samalain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerjadengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar.Dokumen SebutHarga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksuditu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen SebutHarga itu.
7.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa pecanggahan dalam Dokumen SebutHarga diahendaklah merujuk kepada Pejabat untuk mendapatkan keputusan.
8. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
8.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak membatalkan kerja sekiranya Kontraktor berada dalamkeadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak;-
(a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
9. PERUBAHAN KERJA
9.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.
9.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan kontraktor hendaklah digunakan.
10. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
10.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga adalah dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.
10.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas koskontraktor sendiri.
10.3 Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak surat pengesyoran kepada Construction Industry Development Board (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/KetuaJabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-Borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.
12. PERAKUAN SIAP KERJA
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
13. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
14. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
SPESIFIKASI
SPESIFIKASI
1. Kerja-kerja awalan (general and premininaries)
a. PIHAK KONTRAKTOR WAJIB menyediakan perlindungan insuran Premium seperti di bawah dan perlu dinyatakan di dalam invois.
i. Insuran Kerja
ii. Insuran Tanggungan Awam
b. Menyediakan 2 set Laporan Bergambar bagi kerja sebelum, semasa dan selepas siap kerja.
i. Jadual gerak kerja sepanjang tempoh kerja dijalankan.
ii. Laporan harian tapak.
iii. Laporan cuaca.
iv. Gambar sebelum, semasa dan selepas kerja siap hendaklah menunjukkan keadaan di tempat yang sama.
v. Lain-lain (resit, surat aduan dan sebagainya yang diterima semasa kerja dilakukan).
vi. Laporan hendaklah dikepil atau disediakan dalam bentuk folio.
vii. Penyediaan dokumen kejuruteraan yang disemak dan disahkan oleh Jurutera Bertauliah/Kompeten (Roofing & piping work)
• Pelan Reka bentuk dan Shop drawing – Bersaiz A1
• As-Built Drawing – Bersaiz A1
c. Persediaan Di Tapak
i. Kontraktor hendaklah melakukan kerja-kerja pengukuran di tapak seperti yang telah dicadangkan;
ii. Penyediaan tapak bina hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor supaya tidak mengganggu kawalan trafik di tapak bina;
iii. Segala pergerakan jentera dan xxxx hendaklah dalam keadaan terkawal dan teratur;
iv. Pihak kontraktor hendaklah menanggung segala kerosakan yang mana tidak termasuk di dalam sebut harga sama ada disengajakan atau tidak; dan
v. Kerja-kerja pembersihan setelah kerja disiapkan hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor.
2. Membuka, menyedia dan memasang baru siling jenis 4.2mm thick “UAC” cement sheeting fixed.
i. Pihak kontraktor hendaklah membuka keseluruhan siling dalaman unit kuarters sedia ada.
ii. Menyedia dan memasang baru siling jenis 4.2mm thick “UAC” cements sheeting fixed
iii. Pemasangan hendaklah dipasang dan dikemaskan dengan kayu lis penahan antara sambungan kepingan siling.
3. Kehendak Am (Kerja Mengecat)
i. Semua cat-cat yang hendak digunakan hendaklah dibekalkan oleh pembuat-pembuat yang diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Senarai gred dan pembuat-pembuat cat yang diluluskan hendaklah sepertimana yang dilampirkan di Spesifikasi ini.
ii. Cat-cat hendaklah dihantar ke tapak bina dalam bekas asal yang berlakri dari pembuat yang belum dibuka dan hendaklah mengikut peraturan pembuat.
iii. Cat-cat tidak boleh dicampuri dengan bahan-bahan lain dan mana-mana cat yang telah rosak mutunya tidak boleh digunakan dan hendaklah dibawa keluar dari tapak bina.
iv. Kecuali jika selainnya ditunjuk atau ditentukan jenis cat kemasan hendaklah digunakan untuk kerja pada permukaan yang terdedah hendaklah sepertimana yang dinyatakan dalam “Jadual Kemasan Cat” yang dilampirkan selepas daripada ini.
v. Warna-warna dan kecerahan warna cat hendaklah sepertimana yang dipilih oleh Pihak Pejabat dan cat asas, cat alas dan cat kemasan hendaklah dari kecerahan warna yang berlainan yang telah diluluskan dan hendaklah daripada pembuat yang sama.
vi. Kerja mengecat hendaklah dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir dan perkakas atau alat-alat yang bersesuaian sahaja digunakan.
vii. Kerja mengecat hendaklah tiidak boleh dilakukan dalam keadaan yang boleh menjejaskan mutu kerja mengecat.
viii. Semasa mengecat, langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk mengelak pengotoran atau kerosakan kepada kerja lain.
ix. Permukaan yang hendak dicat hendaklah kering, bebas daripada kotoran, minyak, geris, cat lama yang mengelopak dan dari semua bahan lain yang boleh merosakkan. Semua keretakan hendaklah ditoreh dan disumbat serta semua lubang dan lekuk ditampal.
x. Kecuali jika selainnya ditentukan di dalam peraturan pembuat setiap lapisan yang disapu ke atas permukaan kayu atau permukaan logam hendaklah dibiarkan kering dan seterusnya digosok secara ringan dengan kertas pasir sebelum lapisan selanjutnya disapu. Sebarang kotoran atau habuk di permukaan cat hendaklah dibersihkan sebelum lapisan seterusnya disapu.
xi. Semua cat untuk komponen-komponen berangka yang dibuat di worksyop
hendaklah disapu di worksyop tersebut.
xii. Permukaan yang siap hendaklah seragam dari kemasan dan warna dan bebas daripada tanda-tanda berus atau lain-lain kecacatan.
xiii. Contoh cat yang disapu yang menunjukkan setiap jenis warna cat untuk digunakan hendaklah disediakan oleh kontraktor apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxxxxx.
3.1 Mengecat Kerja Kayu
a. Mengecat Permukaan Baru
i. Sebelum permukaan baru dicat, semua buku kayu hendaklah ditutup dengan pembuku kayu dan semua lubang paku, retak dan sebagainya hendaklah ditampal dengan campuran timah putih dan dempul (1:3) dan permukaan kayu yang buruk dan reput yang lebih teruk hendaklah ditukarganti dengan yang baru sebelum kerja mengecat dilakukan dan hendaklah dicat dengan asas kayu aluminium dan diberus dengan sempurna pada permukaan kayu tersebut. Permukaan yang telah disediakan hendaklah dicat dengan satu lapis cat alas dan kecuali jika selainnya ditentukan hendaklah diakhiri dengan dua lapisan cat kilat enamel. Tiap-tiap lapis cat yang terdahulunya hendaklah dibiarkan kering
sepenuhnya dan digosok secara ringan dengan kertas pasir halus dan dibersihkan sepenuhnya sebelum lapisan cat yang berikutnya disapu.
ii. Semua permukaan yang bertumpu dengan konkrit atau kerja-kerja batu bata hendaklah disapu dengan cat asas sebelum dipasang atau dicantumkan.
iii. Semua alat pintu-tingkap melainkan engsel hendaklah ditanggalkan sebelum kerja-kerja mengecat dimulakan dan kemudiannya hendaklah dipasangkan semula dengan teliti.
iv. Kecuali jika selainya ditentukan, semua permukaan kayu berketam yang terdedah hendaklah dicat sepertimana yang telah ditentukan sebelum daripada ini.
b. Permukaan Kepingan Serau/Kepingan Keras
i. Sebelum mengecat kepingan serau/ kepingan keras, semua lubang paku dan sebagainya hendaklah ditampal dengan dempul yang diluluskan. Permukaan itu kemudiannya hendaklah disapu dengan dua lapis cat emulsi kecuali jika selainnya ditentukan.
c. Permukaan Kepingan Kayu Simen
i. Permukaan yang hendak dicat hendaklah digosok secara ringan dengan kertas pasir dan sebarang habuk hendaklah disapu dari permukaan dengan kain kasar yang bersih. Sebarang sebatian yang digunakan untuk menampal hendaklah dari jenis perintang alkali.
3.2 Mengecat Kepingan Gipsum, Kepingan Asbestos Dan Sebagainya
i. Sebelum mengecat, permukaan yang hendak dicat itu hendaklah bersih dan bebas dari debu. Permukaan itu kemudiannya hendaklah disapu dengan dua lapisan cat emulsi. Cara yang sama hendaklah diikuti bila mengecat semula permukaan cat lama.
3.3 Penyelesaian Kerja Mengecat
i. Setelah selesai kerja mengecat, semua tanda cat yang tertinggal dan terkena kepada kaca, lantai, jubin dan lain-lain permukaan hendaklah ditanggalkan. Apa-apa kotoran dan tanda ke atas kerja mengecat yang telah siap hendaklah ditanggalkan dan dicat semula mengikut sepertimana yang diluluskan oleh Pihak Pejabat.
4. Xxx-Xxx Xxxx
i. Electricity and water supply
The Contractor shall make his own arrangement with Client Department for the necessary usage of the existing facilities on water and electricity supply.
ii. Warranty
ICI’ acrylic weather resistence (weathershield) shall carry a five (5) years guarantee jointly from the Manufacturer and Applicator (Contractor) against defective materials and workmanship on favour of the Employer. The Manufacturer or his agency is therefore responsible to oversee that the Applicator (Contractor) execute all the repainting works strictly in accordance with the manufacturer’s instructions. This
warranty shall commence when all the works are successfully completed and handed over the employer.
All warranty shall be lodge with the Superintending Officer before the date of practical completion
iii. Any part ro area of the buliding disturbed during the execution of this contract works must be made good by the contractor at his own expense.
RINGKASAN SEBUTHARGA
RINGKASAN SEBUTHARGA
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN TUJUH (7) UNIT RUMAH SEUNIT KELAS E TERMASUK KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN TANJUNG LOBANG, MIRI
Bil. | Butir Kerja | Unit | Kuantiti | Harga Satu ( RM ) | Jumlah ( RM ) |
A B C | UKURAN YANG DINYATAKAN DI DALAM RINGKASAN | ||||
SEBUTHARGA ADALAH UKURAN SEMENTARA. | |||||
UKURAN SEBENAR BERGANTUNG KEPADA UKURAN | |||||
DI TAPAK. SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD. | |||||
SEBARANG KERJA-KERJA TAMBAHAN (VARIATION | |||||
ORDER) TIDAK DIBENARKAN. | |||||
KERJA-KERJA PENDAHULUAN (PRELIMINARIES & | |||||
GENERALLY). | |||||
1. Kerja-kerja pendahuluan yang terkandung di dalam | X.Xxxxx | ||||
Syarat-Syarat Kontrak dan Spesifikasi Kerja. | |||||
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN | |||||
TUJUH (7) UNIT KUARTERS. | |||||
1. Kerja-kerja membuka keseluruhan siling dalaman tujuh | Bil. | 1 | |||
(7) unit kuaters sedia ada. | |||||
2. Kerja-kerja menyedia dan memasang baru siling | Bil. | 7 | |||
dengan menggunakan 4.2mm thick “UAC” cement | |||||
sheeting fixed termasuk kerja mengecat dengan ukuran | |||||
143m²/unit. | |||||
KERJA-KERJA MENGECAT KESELURUHAN | |||||
DALAMAN UNIT KUARTERS. | |||||
1. Kerja-kerja menyedia dan membersihkan permukaan | Bil. | 10 | |||
dalaman unit kuarters dengan menggosok atau | |||||
mengikis pada permukaan yang rosak dan retak serta | |||||
membaikpulih semula dengan menampal pada | |||||
permukaan yang retak dan rosak. | |||||
2. Kerja-kerja mengecat keseluruhan permukaan | Bil. | 10 | |||
dalaman dengan mengecat lapisan pertama solvent | |||||
based primer (undercoat), lapisan kedua dan ketiga | |||||
menggunakan cat emulsi/glossy untuk dinding dalaman | |||||
unit kuarters dengan warna yang diarahkan Xxxxxxx | |||||
Penguasa. | |||||
3. Kerja-kerja mengecat keseluruhan permukaan | Bil. | 10 | |||
kayu/besi dengan mengecat primer, lapisan kedua dan | |||||
ketiga menggunakan cat kilat (glossy) dan tahan karat | |||||
serta kalis air pada permukaan pintu kayu, bingkai | |||||
pintu/tingkap termasuk bahagian dalam yang berkaitan | |||||
dengan warna yang diarahkan Xxxxxxx Xxxxxxxx. | |||||
Jumlah Di bawa ke BQ 2/2 |
Bil. | Butir Kerja | Unit | Kuantiti | Harga Satu ( RM ) | Jumlah ( RM ) |
D E | Jumlah daripada muka surat BQ 1/2 | ||||
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SALURAN KUMBAHAN SISA TANDAS, LANTAI DAN SINKI DAPUR. 1. Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru saluran air sisa dari dapur, bilik mandi dan tandas sehingga keluar dari dinding/lantai dengan menggunakan 50-75mm Diameter Class B UPVC rainwater downpipe jointed with socket connectors and fixed to wall with brackets and distance pieces untuk menggantikan saluran air buangan air sisa lantai termasuk penutup saluran pada permukaan lantai strainer dan waterproofing layer. | Bil. | 10 | |||
2. Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru saluran kumbahan tandas dengan menggunakan 100mm Diameter Class B UPVC rainwater downpipe jointed with socket connectors and fixed to wall with brackets and distance pieces and connect to existing piping manhole at the floor slab. | Bil. | 8 | |||
KERJA-KERJA MEMBINA BARU TANDA NAMA KUARTERS. 1. Kerja-kerja membuka pagar sedia ada dan kerja kerja brickwall in cement bricks 115mm Thk. in cement mortar (1:3) as specified inc. w/cement plaster 20mm termasuk kerja mengecat keseluruhan permukaan pagar berukuran 2200mm x 6500m. | Bil. | 1 | |||
2. Kerja-kerja menyedia dan memasang baru tanda nama berukuran ketinggian 200mm dan tebal 20mm 'Hollow Arial Shape' (KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN TANJUNG LOBANG) beserta logo Persekutuan berukuran ketinggian 450mm dan tebal 20mm dengan menggunakan jenis besi anti karat 'stainless steel' pada dinding pintu pagar utama. | Bil. | 1 | |||
Jumlah Di bawa ke Lampiran Harga Keseluruhan |
LAMPIRAN HARGA KESELURUHAN
BIL | BUTIRAN KERJA | HARGA (RM) |
A | NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIKPULIH SILING DALAMAN TUJUH (7) UNIT RUMAH SEUNIT KELAS E TERMASUK KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN TANJUNG LOBANG, MIRI | |
JUMLAH KESELURUHAN DIBAWA KE BORANG SEBUTHARGA |
Ringgit Malaysia :..........................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................... TEMPOH SIAP KERJA:...................... (MINGGU)
........................................................
(Tandatangan Kontraktor)
Nama :.............................................................................
Cop Kontraktor :................................................................
Tarikh :.............................................................................
.........................................................
(Tandatangan Saksi)
Nama :............................................................................
Tarikh :............................................................................
PROFIL SYARIKAT
BORANG MAKLUMAT PENYEBUTHARGA
A. ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
Semua butiran di lampiran ini hendaklah diisi oleh penyebutharga dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan dokumen sebutharga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebutharga ini ditolak atau/dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas penyebutharga berkenaan.
B. LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA
1. Nama Syarikat : ..........................................................................................................
2. Nama Pemilik Syarikat : ..............................................................................................
3. Alamat Berdaftar Syarikat: ..........................................................................................
..........................................................................................
..........................................................................................
4. No. Telefon Pejabat : ..................................................................................................
5. No. Telefon Bimbit : ....................................................................................................
6. No. Faks Pejabat : ......................................................................................................
C. MAKLUMAT SYARIKAT
1. SIJIL PENDAFTARAN (ORDINAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN, BAB 64)
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Jenis Perniagaan : ...................................................................................
: ...................................................................................
: ...................................................................................
2. ORDINAN PERNIAGAAN, PROFESSION DAN PERLESENAN PERDAGANGAN (BORANG I)
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
3. SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(a) Gred : ........................... Kategori : Pengkhususan Berdaftar:
......................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga ................................
4. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING(UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) Kelas : ........................... Kepala : .................... Sub-Kepala : ...........................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga ................................
D. STATUS BUMIPUTERA
1. PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
2. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING(UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
E. MAKLUMAT KEWANGAN
Modal Disimpan : ..............................................................................................
Modal Pusingan Terkumpul : ..............................................................................................
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
Catatan : Lakaran dan tulisan menggunakan pen hitam. Nama dan jawatan hendaklah ditulis dengan jelas.
SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT
Bil. | Nama | Jawatan | Saham Modal Dipegang |
PENGALAMAN KERJA KONTRAKTOR
Nama Projek | Jabatan/Agensi/Perunding Xxxx Xxxxxxxx Projek | Harga | Tempoh | Tarikh Siap Sebenar |
KERJA KERJA DALAM PERLAKSANAAN KONTRAKTOR
Projek | Jabatan/Agensi/ Perunding Yang Mengawal Projek | Harga Kontrak | Tempoh Kontrak | Peratusan Kemajuan Semasa (Nyatakan tarikh) |
32 | SULIT
PELAN-PELAN BERKAITAN
33 | SULIT
KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN BELAGA, JALAN BIAN DING, BELAGA