MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.06/2014
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.06/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
23 JULAI 2014
5.00 PETANG
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.06/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
23 JULAI 2014
5.00 PETANG
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
AGENDA
1. Bacaan Doa.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Sebagai Ahli Majlis Sesi 2014-2015.
4. Mengesahan Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.05/2014 bertarikh 30 Jun 2014.
5. Pembentangan Xxxxxx Xxxxxxxx :
5.1. Kertas Cadangan Keahlian Dalam Jawatankuasa Kecil Majlis Untuk Tuan Imran Bin Selamat, Ahli Majlis Bagi Sesi 2014-2015.
5.2. Kertas Perlantikan Ketua Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) Bagi Sesi 2014-2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
6. Pembentangan laporan-laporan seperti berikut :-
6.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.05/2014 .
6.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.06/2014.
6.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.05/2014.
6.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.06/2014.
6.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.05/2014.
6.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.11/2014.
6.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.12/2014.
7. Ucapan Penangguhan oleh Xxxx Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx.
8. Penutup.
MESYUARAT PENUH MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.06/2014
KANDUNGAN
1. Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.05/2014.
2. Pembentangan Xxxxxx Xxxxxxxx :
5.1. Kertas Cadangan Keahlian Dalam Jawatankuasa Kecil Majlis Untuk Tuan Imran Bin Selamat, Ahli Majlis Bagi Sesi 2014-2015.
5.2. Kertas Perlantikan Ketua Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) Bagi Sesi 2014-2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
3. Lampiran-lampiran :-
6.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.05/2014 .
6.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.06/2014.
6.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.05/2014.
6.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.06/2014.
6.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.05/2014.
6.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.11/2014.
6.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.12/2014.
KEHADIRAN
MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 5/2014 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH : 30 JUN 2014 MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT 1
TINGKAT 16, MENARA MPAJ
1. Tn. Hj. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxxx Xxxxxxxx Yang DiPertua | - Pengerusi |
2. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx | - ” |
4. Pn. Xxx Xxxxxxx xxxxx Xxx Xxxxxx | - ” |
5. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - ” |
6. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx | - ” |
7. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx | - " |
8. Tn. Lim Fong Len | - " |
9. Pn. Xxxx Xxxx Eng | - " |
10. Tn. Ho Ah Ngoh | - " |
11. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxxxx xxxxx Xxxx Xxxxxxx | - " |
12. Tn. Xxxxx xxx Xxxxxx | - " |
13. Tn. Xxxxx xxx Xx Xxxx | - " |
14. Tn. Dr. Lai Fatt Sian | - " |
15. Pn. Xxxxxxxxxx a/p Ramalu | - " |
16. En. Xxxxxx xxx Xxxx Xxxxxxxx Xxxxxxxxxx | - Xxxxxxxxxx |
TIDAR HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxx Ahli Majlis MPAJ
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. En. Xxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Kejuruteraan
2. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxx xxxxx X. Isa Jabatan Perbendaharaan
3. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxxx Jabatan Perancangan Korporat
4. En. Xxxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Belia & Masyarakat
5. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxxx Jabatan Pelesenan
6. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxx Jabatan Perancang Bandar
7. En. Xxxxxxxxxxx xxx Xx. Rahman
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
8. En. Xxxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxxx Jabatan Bangunan dan Senibina
9. En. Xxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Penguatkuasa
10. Pn. Xxxx Xxxxxxxx xxxxx Xxxxx Xxxxxxxx OSC
11. Xxxx Xxxxxxx binti Xxxxx Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx
12. Pn. Xxxxx Xxxxxxxxx xxxxx Xxxxx (PRO) Jabatan Perancangan Korporat
13. Pn. Xxxx Xxxxxxxx binti Xxxxxxx Xxxxxxxx Audit Dalam
14. En. Xxxxxxx xxx Xx. Wahab
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
15. Cik Norsuriati binti Rosli Bahagian COB
16. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxx - Urusetia Bahagian Urusetia
17. Pn. Xxxxxxxxx xxxxx Xxxxxxxx - Xxxxxxxx Xxxxxxxx Xxxxxxxx
1. BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx
2. UCAPAN PENGERUSI
Tuan Hj. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxxx, Pemangku Yang Xx Xxxxxx selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan pihak media yang hadir ke Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 dan seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
2.1. Tuan Pengerusi mengambil kesempatan bagi pihak warga MPAJ mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dan diharapkan agar ibadah puasa dirahmati Allah s.w.t. Sempena dengan bulan yang mulia ini, dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Selangor akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Sultan Xxxxxxxxxx Xxxxx Xxxx Xxxx (Masjid Negeri), Shah Alam jam
5.30 petang pada 30 Jun 2014 dan diikuti beberapa Masjid yang dipilih di seluruh Negeri Selangor. Pada tahun ini, tidak ada Masjid dalam kawasan MPAJ dipilih.
2.2. Tuan Pengerusi memaklumkan pada 12 Jun 2014, Penyata Kewangan Majlis telah disemak dan diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 oleh Ketua Audit Negara. Penyata Kewangan Majlis telah memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 31 Disember 2013 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia. Oleh yang demikian, Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah berjaya memperolehi Sijil Bersih iaitu Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Berteguran. MPAJ telah mendapat Sijil Bersih yang pertama pada tahun 2001 dan mengekalkan 10 tahun berturut-turut daripada tahun 2004 sehingga kini. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga MPAJ dan semua yang terlibat serta berharap agar Sijil Bersih dapat dikekalkan untuk masa-masa yang akan datang.
2.3. Tuan Pengerusi memaklumkan bil cukai taksiran untuk penggal kedua (Julai sehingga Disember 2014) telah diedar dan diterima oleh orang awam. Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam agar membayar cukai seawal mungkin bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan. Usaha-usaha untuk mempertingkatkan kutipan cukai taksiran semasa dan tunggakan dilaksanakan oleh MPAJ dan menetapkan pelan tindakan seperti berikut:
1. Pelaksanaan kaunter bergerak mengikut zon Ampang dan zon Hulu Kelang.
2. Pembukaan kaunter Menara MPAJ dan Pejabat Cawangan Melawati pada setiap Sabtu pada bulan Januari, Februari, Julai, Ogos dan Disember serta setiap Ahad di Menara MPAJ sahaja pada bulan Februari dan Ogos setiap tahun.
3. Pembukaan kaunter di pasaraya sekitar Ampang Jaya pada 15 Februari sehingga 28/29 Februari dan 15 Ogos sehingga 31 Ogos setiap tahun untuk kemudahan orang ramai di luar waktu pejabat.
4. Penyediaan mesin pembayaran dan semakan cukai taksiran 24 jam (kiosk) di Menara MPAJ dan pembayaran secara eBanking melalui bank yang telah dilantik oleh Majlis.
5. Menubukan unit Taskforce Tunggakan Cukai Taksiran yang berfungsi untuk memantau serta membuat tuntutan tunggakan Cukai Taksiran ke atas pemilik individu dan syarikat tegar.
6. Menyenaraihitamkan pemilik tegar yang gagal menjelaskan tunggakan Cukai Taksiran melalui perkhidmatan Convergent Technologies Operating System (CTOS).
7. Mendapatkan perintah mahkamah dan memasukkan kaveat pendaftar bagi proses lelongan di bawah seksyen 151, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
2.4. Tuan Pengerusi turut memaklumkan kes demam denggi dilaporkan meningkat di kawasan MPAJ di mana terdapat sebanyak 1740 kes sejak minggu Epid 1 sehingga minggu Epid
22 (31 Mei 2014) dan 7 demam denggi berdarah dicatatkan. Enam lokasi wabak yang tidak terkawal dikenalpasti iaitu:
1. Taman Melawati (Taman Melawati A) Episod 3
2. Pandan Indah (Granduer Tower) Episode 2
3. Pandan Mewah (Flat A7 – 12) Episod 2
4. Taman Cheras Hartamas (Pangsapuri Cenggal) Episod 1
5. Taman Dato’ Xxxxx Xxxxxx (Permai Putra) Episod 1
6. Taman Ukay Bistari (Appt Residensi Bistaria) Episod 3
Untu makluman sebanyak 60 aktiviti berkaitan pencegahan denggi seperti gotong royong, taklimat, ceramah, program COMBI, pameran dan operasi penguatkuasaan telah dijalankan sejak Januari hingga 30 April 2014 dan usaha- usaha ini akan diteruskan untuk mengurangkan kes denggi ini. Penduduk disarankan untuk memberi perhatian terhadap isu ini serta digesa membentuk pasukan COMBI/skuad denggi bagi mengaktifkan aktiviti cegah denggi di kalangan penduduk.
2.5. Tuan Pengerusi memaklumkan berkenaan Garis Panduan Penggredan Premis Makanan yang baru di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor yang telah diluluskan. Tujuan garis panduan ialah untuk digunapakai oleh Pegawai Pemeriksa di PBT yang terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Kriteria dan penarafan premis makanan seperti berikut:
1. Gred A (Amat Bersih) | - | 86% - 100% |
2. Gred B (Bersih) | - | 71% - 85% |
3. Gred C (Kurang Bersih) - 51% - 70%
Sijil penarafan GRED yang diberikan kepada pengusaha premis makanan hendaklah dipamerkan di premis-premis makanan untuk pengetahuan dan makluman orang ramai. Kegagalan pihak pengusaha dan pengendali makanan untuk mempamerkan sijil ini boleh menyebabkan tindakan sewajarnya diambil oleh pihak Majlis selaras dengan undang- undang kecil serta syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan.
Penarafan GRED boleh ditarik balik oleh pihak Majlis pada bila-bila masa jika pengusaha premis gagal mematuhi atau melanggar mana-mana syarat pelesenan PBT. Oleh yang demikian, pengusaha premis makanan disaran agar menjaga kebersihan premis dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan masalah-masalah pada masa akan datang.
2.6. Tuan Pengerusi seterusnya memaklumkan berkenaan Projek Pembinaan Padang Cergas. Buat masa ini, MPAJ sedang membina dua padang cergas di Dun Hulu Kelang dan Dun Cempaka iaitu di:
1. Padang Permainan di Xxxxx X00, Xxxxx Xxxxxxxx.
2. Padang Permainan di Xxxxxxxxx Xxxxxx 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx.
Untuk makluman semua, tiga lagi projek padang cergas dirancang akan diusahakan untuk diadakan pada tahun 2014 ini seperti di Dun Bukit Antarabangsa, Dun Lembah Jaya, dan juga Dun Teratai.
2.7. Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pengurusan pasar malam dan pasar pagi telah diuruskan sepenuhnya oleh pentadbiran MPAJ. MPAJ telah mula membuat pengambilalihan sepenuhnya pengurusan dan penyelenggaraan pasar malam bermula 1 Jun 2014. Terdapat 27 lokasi pasar malam dan mempunyai 34 kali kekerapan seminggu. Semua penjaja pasar malam dikehendaki membayar lesen RM48.00 setahun bagi satu lokasi dan dikenakan sewa petak RM4.00 bagi satu lokasi. Pembersihan diuruskan oleh kontraktor pembersihan kawasan.
2.8. Akhir sekali, untuk makluman semua, sepanjang bulan Ramadhan ini, MPAJ telah memperuntukan sebanyak 21 lokasi Bazar Ramadhan dalam kawasan pentadbiran MPAJ dengan keseluruhan jumlah petak sebanyak 1401. Jumlah petak dibahagi kepada 6 lokasi iaitu :
1. Pandan Indah - 217 petak
2. Taman Melawati (Xxxxx Xxxxxxxx X)- 000 petak
3. Kompleks Muhibbah Taman Nirwana- 120 petak
4. Taman Sri Melor - 200 petak
5. Bandar Baru Ampang - 130 petak
6. Taman Bukit Indah - 100 petak
Beliau berharap agar peniaga pasar juadah dapat menjaga kebersihan makanan dan kebersihan kawasan serta tidak mendatangkan masalah kepada pembeli. Pihak Majlis dan juga pihak kesihatan akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terutamanya dari segi kebersihan, halangan lalulintas dan juga peniaga tanpa lesen. Peniaga juga diminta untuk tidak memulakan perniagaan sebelum jam
tiga petang bagi mengelakkan pengguna membeli makanan tengahari sepanjang bulan Ramadhan ini.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 4/2014
Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 4/2014 bertarikh 26 Mei 2014 disahkan tanpa pindaan. Minit mesyuarat dicadangkan disahkan oleh Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Tuan Dr Xxx Xxxx Xxxx.
4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5. PEMBENTANGAN KERTAS
5.1. KERTAS MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT (JKAPK) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2014
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 menerima dan mengambil maklum Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 1/2014 yang telah diadakan pada 18 Jun 2014.
MAKLUMAN
6. PERTIMBANGAN LAPORAN
6.1. LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil. 4/2014 yang telah diadakan pada 16 Jun 2014 dengan tambahan seperti
di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx dan disokong oleh Xxxx Xxxx Xxxx Xxx.
6.1.1. PERUMAHAN BERSTRATA
Bahagian COB diminta untuk menyediakan satu laporan berkenaan penubuhan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak JMB di kawasan perumahan berstrata.
MAKLUMAN
6.2. LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil. 5/2014 yang telah diadakan pada 18 Jun 2014 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Xxxx Xx. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxx.
MAKLUMAN
6.3. LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAAN DAN BINAAN TANPA IZIN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 4/2014 yang telah diadakan pada 20 Jun 2014 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Puan Sian Keng Eng dan disokong oleh Xxxx Xxx Xxxx Xxx.
MAKLUMAN
6.4. LAPORAN JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 4/2014 yang telah diadakan pada 17 Jun 2014 dengan pindaan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Supiramany a/l Sinnapayal dan disokong oleh Xxxx Xxxxxxxxxx a/p Ramalu.
6.4.1. Pindaan di Perkara 2.37 di muka surat 121
2.37. Cantasan Pokok
Kerja-kerja cantasan pokok di lokasi berikut telah dilaksanakan dipinda kepada belum dilaksanakan.
i. Pokok-pokok dan tumbuhan di sepanjang Jalan Bukit Segar Jaya di mana dahan pokok condong ke tengah jalan.
ii. Pokok di Jalan Cheras Hartamas berdekatan Pangsapuri Kempas telah tumbuh di lorong jalan sebelah kiri.
iii. Pokok Palma yang tinggi di Taman Bukit Segar Jaya 1.
MAKLUMAN
6.5. LAPORAN JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil. 5/2014 yang telah diadakan pada 24 Jun 2014 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx.
MAKLUMAN
6.6. LAPORAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 telah mengambil maklum dan menerima laporan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 9/2014 dan bil. 10/2014 bertarikh 13 Jun 2014 dan 23 Jun 2014.
MAKLUMAN
7. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH XXXX XXXXXXXXXX A/L SINNAPAYAL
Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri, pengurusan MPAJ dan rakan-rakan Ahli Majlis kerana menghulurkan kerjasama sejak perlantikan beliau sebagai Ahli Majlis di MPAJ. Beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada MPAJ di atas kejayaan Penganugerahan
Perkhidmatan 4 Bintang tahun 2013. Semoga kejayaan ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam.
Dalam ucapannya, beliau mencadangkan beberapa perkara sebagai penambahbaikan kepada MPAJ, antaranya :-
1. Beliau memaklumkan sering terdapat runggutan masyarakat berhubung sampah tidak dipungut mengikut jadual. Sehubungan itu, beliau mencadangkan :
i. Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pekerja MPAJ sendiri seperti yang dipraktikan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
ii. Lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
iii. Mengimplementasi `monitoring system' terhadap lori sampah dengan menggunakan teknologi GPS dan kegunaan smartphone untuk setiap lori kontraktor bagi memantau progres tugasan mereka dan kedudukan lori sampah. Ini bagi memastikan perkhidmatan kerja-kerja pembersihan dijalankan mengikut jadual masing-masing.
iv. Mengkaji semula kontrak pembersihan terutama dari segi harga yang ditawarkan.
2. Beliau juga menyarankan supaya Majlis dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya menjaga kebersihan sekitar bagi mengelakkan pembiakan aedes dan sebagainya.
3. Mengadakan kawalan keselamatan melalui sistem Polis, JKP, JKKK, Pengerusi Persatuan Penduduk, PIBG dan orang-orang awam. Beliau memohon kawalan keselamatan ini disegerakan seperti yang telah dilaksanakan di MBPJ dan MPSJ dan hasilnya di MBPJ kadar jenayah dapat diturunkan kepada 18% untuk jenayah indeks keseluruhan.
4. Mempercepatkan proses pelaksanaan kerja di mana diharap
`respond time' terhadap aduan yang telah dilaporkan dapat diselesaikan dalam masa yang paling singkat.
5. Perkhidmatan bas percuma untuk kemudahan awam seperti yang dilaksanakan di MBPJ dan MPSJ.
6. Cadangan supaya menubuhkan semula Jabatan Landskap untuk semua urusan Projek Hijau terutamanya cantasan pokok di seluruh kawasan MPAJ. Beliau harap MPAJ akan menjadi sebuah PBT yang ECO GREEN.
7. Mempergiatkan lagi program gotong royong bagi menyelesaikan masalah penyakit denggi yang semakin teruk dan tidak terkawal.
8. Berhubung dengan masalah kekurangan air, beliau berharap Kerajaan Selangor dan PBT dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan ia berlaku masalah kekurangan air.
9. Imej kakitangan terutamanya yang di`frontline' perkhidmatan adalah sangat penting dan berharap perkhidmatan MPAJ adalah mesra rakyat.
Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan serangkap pantun:
Pisang Emas Di Atas Pagar Masak Sebiji Di Atas Peti Saya Di Sini Masih Belajar
Jikalau Tersilap Jangan Simpan Di Hati
8. PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada 12.30 tengahari.
Disediakan oleh:-
Urusetia Mesyuarat
Bahagian Urusetia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Minit Mesyuarat telah disyorkan untuk disahkan oleh
…………………………..........dan disokong oleh …………………………………
(XXXX XXX. XXXXX XXX XXXXXXX)
Pengerusi Mesyuarat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPM BIL. 5/2014-30.6.2014.
5.1.
KERTAS CADANGAN KEAHLIAN DALAM JAWATANKUASA KECIL MAJLIS UNTUK TUAN XXXXX XXX SELAMAT, AHLI MAJLIS BAGI SESI 2014-2015
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.6/2014
KERTAS CADANGAN KEAHLIAN DALAM JAWATANKUASA KECIL MAJLIS
UNTUK TUAN XXXXX XXX XXXXXXX, AHLI MAJLIS BAGI SESI 2014/2015
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk membentangkan dan mendapat persetujuan Majlis berhubung keahlian dalam Jawatankuasa Kecil Majlis untuk Tuan Imran bin Selamat.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Tuan Xxxxx xxx Xxxxxxx telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi tempoh 14 Julai 2014 sehingga 31 Disember 2015 dan membuat pengakuan jawatan (angkat sumpah) sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi sesi 2014/2015 selaras dengan peruntukan Seksyen 11, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 23 Julai 2014.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1. Mengikut Seksyen 28, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa, sama ada dari jenis am atau khas, terdiri daripada seorang pengerusi dan sesuatu bilangan Ahli Majlis dan beberapa orang lain
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu akan lebih sesuai dijalankan dengan cara suatu jawatankuasa apa-apa kuasa yang difikirkannya patut melainkan kuasa untuk mendapatkan Wang melalui kadar pinjaman, dan boleh menetapkan kuoram bagi mana-mana jawatankuasa itu.
3.2. Mesyuarat Jawatankuasa Majlis pada masa ini adalah seperti berikut :
a) Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
b) Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
c) Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan.
d) Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran.
e) Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
f) Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).
g) Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga dan Tender.
h) Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan dan Pembangunan Modal Insan.
i) Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Tatatertib.
4. SYOR
Disyorkan Tuan Xxxxx xxx Xxxxxxx menganggotai Jawatankuasa Kecil Majlis seperti berikut selaras dengan kehendak Akta Kerajaan Tempatan iaitu:-
4.1. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan
4.2. Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin
4.3. Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan
5. PENUTUP
Mesyuarat Majlis adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan keahlian Tuan Imran bin Selamat, Ahli Majlis dalam Jawatankuasa Kecil Majlis seperti di para 4 di atas.
Disediakan oleh:-
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Bahagiian Urusetiia
Jabatan Khiidmat Pengurusan Majjlliis Perbandaran Ampang Jaya
Keahlliian Jwtkuasa Keciill Majjlliis - 23 Jullaii 2014
5.2.
KERTAS PERLANTIKAN KETUA ZON JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) BAGI SESI 2014-2015 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.6/2014
KERTAS PERLANTIKAN KETUA ZON JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) BAGI SESI 2014/2015
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
JABATAN BELIA DAN MASYARAKAT
1. TUJUAN
Kertas perlantikan ketua Zon 13 Jawatankuasa Penduduk (JKP) bagi sesi 2014/2015 dikemukakan untuk perbincangan, pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Penuh.
2. LATARBELAKANG
2.1 Melalui Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sesi 2014/2015 pada 20 Februari 2014 telah meluluskan senarai nama seramai 15 Ahli Majlis.
2.2 Melalui mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam sekitar dan Kemasyarakatan bil 2/2014 dan Mesyuarat Penuh bil 2/2014 telah bersetuju melantik 15 Ahli Majlis sebagai ketua Zon JKP bagi kawasan masing-masing dan 9 Ahli Majlis memangku.
2.3 Melalui surat daripada Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 11 Julai 2014 telah melantik Tuan Xxxxx Xxx Xxxxxxx sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya berkuatkuasa pada 14 Julai 2014 hingga 31 Disember 2015.
3. ASAS PERTIMBANGAN
Keputusan Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor bil 3/2008 menyatakan bahawa JKP akan diketuai oleh seorang Ahli Majlis dan setiap Ahli Majlis dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Penduduk masing-masing.
4. SYOR
4.1 Disyorkan Tuan Xxxxx Xxx Xxxxxxx dilantik sebagai Ketua Zon
13 Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ meliputi kawasan Dun Lembah Jaya. Senarai nama kawasan, Pengerusi Pengerak Belia Tempatan (PeBT) dan Pegawai Majlis (LO) adalah seperti di lampiran 1.
4.2 Disyorkan pemangku Ketua JKP Zon 13 sebelum ini iaitu Pn. Xxxxxxxx Xxxxxxxx Xx Xxxx Xxxxxxx di tamatkan jawatan sebagai pemangku Ketua JKP Zon 13 mulai dari tarikh 22 Julai 2014.
5. PENUTUP
Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Disediakan oleh:
EN. XXXXXXXXX XXX XXXXXXXXXXX
Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Belia Dan Masyarakat Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disemak oleh:
EN. XXXXXXX XXXXX X XXXXXX
Pengarah
Jabatan Belia Dan Masyarakat Majlis Perbandaran Ampang Jaya
LAMPIRAN 1
DUN | ZON | SENARAI TAMAN | AHLI MAJLIS/ KETUA ZON JKP | PENGERUSI PENGERAK BELIA TEMPATAN ( PeBT ) | PEGAWAI MAJLIS ( LO ) |
LEMBAH JAYA | 13 | TAMAN TASIK TAMBAHAN TAMAN SRI BAYU TAMAN PERMAI JAYA TAMAN INDAH JAYA TAMAN BUKIT AMPANG PERMAI KAMPUNG TASIK PERMAI TAMAN FAIRUZA KAMPUNG AMPANG INDAH PERMAI | PN. XXXXXXXX XXXXXXXX XX XXXX XXXXXXX ( MEMANGKU JKP ZON 13 ) DISYORKAN TUAN IMRAN BIN SELAMAT 790830-14-5751 | XXXXXX XXX XXXXXX 860624-49-5205 019-2702852 | EN. XXXX XXX XXXXXX JAB PERANCANG BANDAR 03-42971353 019-2710831 |
6.1.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN BIL.5/2014
MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.5/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
9 JULAI 2014
MASA
:
2.30 PETANG - 3.35 PETANG
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx - Xxxxxxxxx (Pemangku YDP, MPAJ)
2. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx - Ahli Majlis
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx - ’’
4. Tn. Xxx Xxxx Xxx - ’’
5. Tn. Ho Ah Ngoh @ Ho Tze Long - ’’
6. Pn. Yogayswari a/p Ramalu - ’’
7. Tn. Xxxxx Xxx Xx. Said - ’’
8. Tn. Dr. Lai Fatt Sian - ’’
9. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxxxx Xxxxx Xxxx Xxxxxxx - ’’
10. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxx - Pemangku Setiausaha
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN A
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.6/2014
LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 5/2014 telah diadakan pada 9 Julai 2014 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 BINAAN RUMAH TANPA KEBENARAN MAJLIS DI JALAN A KG PANDAN (XX.00, XXXXX XXXXXXXX A, KG PANDAN BERHADAPAN KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN)
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan akan menetapkan tempoh sehingga Ogos 2014 untuk pemohon mengemukakan pelan bangunan.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
2.2 BINAAN TANPA KEBENARAN DI BAWAH REZAB TALIAN RENTIS TNB DARI KG PANDAN KE KG TASEK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, perobohan binaan tanpa kebenaran diuruskan oleh pihak TNB sendiri.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
2.3 TAPAK KEDIAMAN DIJADIKAN TEMPAT MENJUAL KERETA TERPAKAI DI LORONG JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh sebutan kes pertama telah ditetapkan pada 2 Oktober 2014.
Tindakan: Jabatan Undang-Undang
2.4 PEMBINAAN DI CERUN DI LOT 153, LORONG 8, KG TASIK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, perbincangan bersama pemilik telah diadakan pada 9 Julai 2014. Struktur tembok penahan telah siap dibina di dalam lot pemilik. Pihak jabatan akan mengenakan denda serta surat aku janji struktur daripada pemilik memandangkan tiada aduan diterima.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
2.5 GERAI TOMYAM DAN GERAI BURGER DI BAHU JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, hasil perbincangan bersama ADO (Pegawai Unit Penguatkuasa) Notis 425 KTN dijangka akan dikeluarkan pada 11 Julai 2014 bagi tapak nursery dan gerai tomyam di tapak yang dimaksudkan. Notis 425 KTN pernah dikeluarkan sebelum ini dan pengusaha kedai makan telah meminta penangguhan untuk tindakan roboh. Perbincangan bersama MPAJ, Ahli Majlis dan YB kawasan juga telah bersetuju untuk tindakan perobohan yang akan dilaksanakan selepas 3 Ogos 2014.
Tindakan : Pejabat Tanah Hulu Langat
2.6 ISU PENEROKAAN DAN PENAMBAKKAN KAWASAN LAPANG DI JALAN 2/1 DAN 2/1B TASEK TAMBAHAN
Wakil PTD Hulu Langat memaklumkan bahawa isu di kawasan lapang di Jalan 2/1 dan 2/1B di Tasek Tambahan akan disemak semula samada telah dikeluarkan Notis 425 KTN atau belum. Tindakan selanjutnya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Tindakan : PTD Hulu Langat
2.7 STATUS BINAAN DI ATAS LOT-LOT PERSENDIRIAN DI JALAN MERDEKA (KAWASAN PERUMAHAN BARU DI SEBELAH XXX.XXX. BANDAR BARU AMPANG)
Mesyuarat dimaklumkan, hasil lawatan tapak pada 7 Julai 2014 mendapati tapak adalah zon perniagaan mengikut Rancangan Tempatan MPAJ (BPK 2.2). Terdapat 53 lot yang mengandungi bengkel kereta, kedai 'hardware', used car, kedai runcit, barang terpakai dan kediaman di tapak tersebut. Pihak jabatan masih dalam tindakan penyelarasan.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.8 RUMAH NO. 0, XXXXX 0, XXXXX XXXXX DIJADIKAN STOR
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh sebutan kes pertama telah ditetapkan pada 2 Oktober 2014.
Tindakan : Jabatan Undang-undang
2.9 5 KELUARGA MYANMAR DI KAWASAN BINAAN TANPA IZIN DI BAWAH RINTISAN TNB DI PANDAN JAYA UTARA
Mesyuarat dimaklumkan, isu ini masih dalam tindakan TNB. Sehingga kini pihak jabatan masih menunggu maklumbalas daripada pihak TNB.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.10 AKTIVITI KILANG HARAM DI XXXXX XXXXXXX 0/0X, XXXXX XXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan perobohan telah dilaksanakan pada 17 Jun 2014 dan masih dalam tindakan pembersihan dan penanaman pokok.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat/
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.11 GANTIAN SURAU BARU DI LORONG PANDAN TAMBAHAN 1 YANG DIROBOHKAN UNTUK PROJEK SRI PINANG VILLA
Mesyuarat dimaklumkan, hasil lawatan tapak pada 3 Julai 2014 mendapati kerja-kerja pembinaan surau telah dimulakan. Pemaju memaklumkan penduduk setempat membina sendiri surau tersebut.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.12 GERAI MAKAN DI DALAM KAWASAN FLAT SERI DAGANG, TAMAN DAGANG (SEBELAH DEWAN ORANG RAMAI)
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan dalam proses penyediaan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Mesyuarat MTES.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
2.13 AKTIVITI DI BAWAH 'FLYOVER' KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah menawarkan kepada penjaja di bawah 'flyover' ke Medan Selera Angsana Hilir dan masih lagi menunggu maklum balas penerimaan.
Tindakan : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
2.14 UBAHSUAI DALAMAN DI KETAPANG VILLA, TAMAN NIRWANA
Mesyuarat bersama pemaju Sri Seltra telah diadakan pada 2 Julai 2014. Pemaju telah bersetuju menanggalkan serta mengembalikan kepada keadaan asal. Pihak jabatan memberi tempoh 3 bulan sehingga September ini untuk pihak pemaju menyelesaikan isu ini.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
2.15 STATUS PEMBINAAN BANGUNAN DI PERSIMPANGAN ANTARA JALAN INDAH 1 DAN JALAN INDAH 8, KG AMPANG INDAH
Mesyuarat dimaklumkan, kompaun telah dijelaskan oleh pemilik rumah sebanyak RM1,000.00 pada 25 Jun 2014.
Makluman
2.16 CADANGAN MEMBINA PASAR, PARKING DAN KONDOMINIUM BERTINGKAT
Mesyuarat dimaklumkan, perbincangan bersama pemaju Metroplex telah diadakan pada 28 Mei 2014. Walau bagaimanapun, tapak tersebut telah dimiliki oleh pemilik baru iaitu Newday Frontier Xx.XX bagi tapak tersebut adalah PT 15215 manakala tapak bersebelahan (tapak BOT) adalah tanah kerajaan. Pemilik baru tersebut perlu memohon tanah kerajaan bersebelahan dan membuat cantuman sebelum membangunkan kedua-dua tapak tersebut.
Tn. Lim Fong Len mencadangkan agar Jabatan Perancang Bandar mengadakan satu mesyuarat bersama YB Tiew Way Keng bagi membincangkan isu tapak tersebut untuk dibangunkan sebagai pasar dan tempat letak kereta.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.17 PENAMBAHAN DI BAHAGIAN BELAKANG GERAI PLB, TAMAN SRI RAYA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan dalam proses penyelarasan semua gerai PLB dan akan selesaikan dalam bulan Ogos 2014.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaraan & Kesihatan
2.18 KES BINAAN RUMAH YANG TIADA ANJAKAN DI BAYU MAS
Mesyuarat dimaklumkan, kompaun maksimum berjumlah RM 12,500.00 telah ditawarkan kepada pemilik rumah dan pemilik rumah telah mengemukakan rayuan. Pihak Jabatan akan memaklumkan justifikasi mengenakan kompaun maksimum yang dikenakan kepada pemilik tersebut.
Tindakan : Jabatan Undang-undang
2.19 STATUS PEMBINAAN DEWAN DI PADANG TAMAN DAGANG FASA 2A
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah membuat semakan dan notis pengosongan telah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari. Tindakan perobohan akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
2.20 STATUS GERAI MAKANAN DI XXXXX XXXXX XXXXX 0, XXXXX XXXXX XXXXXXX 00 XXX 00X, XXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah menyelesaikan bancian pada 11 Julai 2014 bagi semua penjaja di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 00 xxx 00X, Xxxxx Xxxx xxxxxx. Perjumpaan akan diadakan pada tarikh terdekat bagi membincangkan penyusunan gerai-gerai terbabit agar lebih teratur dan kemas.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaraan & Kesihatan
2.21 RUMAH USANG DI LEMBAH JAYA SELATAN (JALAN BESAR LEMBAH JAYA SELATAN)
Mesyuarat dimaklumkan, PTD Hulu Langat telah mengeluarkan notis pada 25 Jun 2014. Pemilik diberi tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah tersebut. Pihak jabatan masih menunggu maklumbalas daripada PTD Hulu Langat bagi operasi perobohan.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa/
PTD Hulu Langat
2.22 LOT TEMPAT LETAK KERETA DI HADAPAN BLOK 4 FLAT DESA LEMBAH PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan dan Bahagian COB telah mengeluarkan notis makluman kepada pemilik motosikal supaya tidak meletakkan motosikal di atas petak tempat letak kereta. Tindakan penguatkuasa akan dilaksanakan jika pemilik motosikal masih gagal mematuhi arahan notis. Tarikh notis dikeluarkan adalah pada 8 Julai 2014.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
2.23 CADANGAN MEMBINA GERAI KECIL DI JALAN LEMBAH JAYA SELATAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan sedang dalam proses untuk dijadikan gerai insitu.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan & Perbandaran Kesihatan
2.24 RUMAH-RUMAH TINGGAL DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan, isu ini perlu perbincangan lanjut bersama Jabatan Undang-undang.
Tindakan : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
2.25 TUTUP LALUAN (TIKUS) DARI MRR2 MASUK KE JALAN FLAT TAMAN ANGSANA HILIR
Mesyuarat dimaklumkan, penghadang konkrit akan diletakkan di laluan tersebut untuk mengelakkan pengguna jalan raya keluar masuk. Tindakan akan dilaksanakan sebelum Ogos 2014.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
2.26 MOHON SUSUR KELUAR DI PERSIMPANGAN JALAN WANGSA 1 MENUJU KE MRR2 DILEBARKAN
Mesyuarat dimaklumkan, semakan telah dibuat dan didapati kerja-kerja untuk pelebaran amat terhad. Cadangan untuk menyediakan laluan susur tersebut perlu melibatkan kerja- kerja pengukuhan cerun dan melibatkan kos yang tinggi.
Makluman
2.27 'SIGNBOARD' YANG HAMPIR TUMBANG
Mesyuarat dimaklumkan, pembaikan ke atas `signboard' yang hampir tumbang di Dewan Orang Ramai, Xxxxx 0, Xxxxxx Xxxx dan Jalan 1, Taman TAR telah diambil tindakan. Bagi lokasi di Jalan Dedap, Taman Rasmi Jaya sedang dalam tindakan.
Makluman
2.28 AKTIVITI MEMBELA BURUNG WALIT DI XXXXX XXXXX 0, XXXXX WATAN
Mesyuarat dimaklumkan, aduan tersebut telah diambil tindakan oleh Jabatan Penguatkuasa pada 5 Mei 2014. Walau bagaimanapun, pemilik rumah mohon penangguhan sehingga 2 Jun 2014 atas sebab beliau ingin berpindah. Hasil pemantauan pihak jabatan pada 18 Jun 2014 dan 8 Julai 2014 mendapati kawasan tersebut telah dibersihkan dan tiada sebarang aktiviti dilokasi. Pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa.
Makluman
2.29 STATUS MENARA TELEKOMUNIKASI DI BUMBUNG BANGUNAN (ATAS PASARAYA WATAN) DI XXXXX XXXXX 0, XXXXX XXXXX
Mesyuarat dimaklumkan, menara telekomunikasi tersebut telah mendapat kelulusan Majlis pada tahun 2006 (MPAJ 04/1/6-07/2006).
Makluman
2.30 HALANGAN DI ATAS LOT TEMPAT LETAK KERETA DI FLAT LEMBAH MAJU
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan sitaan telah dilaksanakan pada 24 Jun 2014 dan 8 Julai 2014. Pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa.
Makluman
2.31 CADANGAN MENGADAKAN PERCUBAAN 'RAIN WATER HARVESTING' BAGI MENGURANGKAN PENGGUNAAN AIR DI KAWASAN MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan, 'Rain Water Harvesting' telah diwartakan dalam UBBL 1984 dan pihak jabatan telah mensyaratkan semua permohonan baru dan ubahsuai diwajib menggunakan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) ini. Bangunan baru Majlis telah menggunapakai sistem ini.
Makluman
2.32 MOHON SATU SALINAN PERJANJIAN B.O.T. LEMBAH MAJU
Mesyuarat dimaklumkan, isu ini sedang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce B.O.T. dan akan dibentangkan selepas perbincangan dalam taskforce selesai.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.33 PEMBINAAN RUMAH KEDAI DI XXXXX XXXXXXXX 0, XXXXX XXXX XXXX XXXX 0
Mesyuarat dimaklumkan, semakan jabatan mendapati tiada permohonan dikemukakan.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
2.34 PEMBERSIHAN LONGKANG DI HADAPAN RUMAH XX.00, XXXXX XXXXX XXXXXXX 00, XXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan, pembersihan telah dilaksanakan pada 5 Julai 2014 dan jadual berikutnya pada 21 Julai 2014.
Makluman
3.0 HAL-HAL LAIN
3.1 MOHON ALIHKAN PAPAN TANDA 'BERHENTI' DI SUSUR XXXXX XXXXXX XXXX 0, XXXXXX XXXX
Memohon dialihkan papan tanda 'berhenti' di susur xxxxx Xxxxxx Xxxx 0, Pandan Jaya kerana telah menghalang lampu isyarat.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.2 SEMAK TAPAK 'USED CAR' DI JALAN XXXXXX XXXX 0, XXXXXX XXXX
Mohon semakan ke atas tapak 'used car' di Xxxxx Xxxxxx Xxxx 0, Xxxxxx Xxxx.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
3.3. PERMOHONAN BONGGOL
Aduan daripada penduduk yang memohon bonggol di 3 lokasi berikut :
i) Xxxxx 00/0, Xxxxxx Xxxx
ii) Xxxxx 0/00, Xxxxxx Xxxx
iii) Xxxxx 00/0, Xxxxxx Xxxx
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan (Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
3.4 PEMBERSIHAN LONGKANG DI XXXXX XXXXX XXXXXXX 00, XXXXX MUDA
Mohon pembersihan longkang di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 00, Xxxxx Muda yang dipenuhi dengan pasir.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.5 CANTASAN POKOK DI XXXXX XXXXXXX 00X, XXXXX MUDA
Mohon mencantas pokok yang mana cabang-cabang sudah reput di Xxxxx Xxxxxxx 00X, Xxxxx Xxxx.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
3.6 CADANGAN MENANAM POKOK-POKOK BUNGA DI SEKELILING TONG-TONG SAMPAH AWAM
Mencadangkan Majlis menanam pokok-pokok bunga di sekeliling tong-tong sampah awam bagi mengelakkan penduduk-penduduk tidak membuang sampah di sekeliling tong-tong sampah.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
3.7 PERMOHONAN PEMBERSIHAN LONGKANG DI XXXXX XXXXX 0, XXXXXX XXXXX (BELAKANG HOSPITAL AMPANG)
Mohon didalamkan atau dilaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang di Xxxxx Xxxxx 0, Xxxxxx Xxxxx (belakang Hospital Ampang) bagi mengelak berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.8 SEMAK STATUS PROJEK ATAS TANAH LAPANG DI XXXXX 0, XXXXX XXXXXX XXXX
Beliau mohon semakan status projek atas tanah lapang di Xxxxx 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
3.9 KERETA BURUK DI XXXXX 0, XXXXX XXXXXX XXXX
Mohon tindakan ke atas kereta buruk di Xxxxx 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
3.10 SEMAKAN SEMULA GERAI DI ATAS MONSOON DRAIN TEPI PAGAR SEKOLAH AGAMA LEMBAH JAYA
Beliau mohon pihak jabatan membuat semakan semula ke atas gerai di atas monsoon drain tepi pagar Sekolah Agama Lembah Jaya.
4.0 PENUTUP
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 17 Julai 2014
6.2.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN BIL.6/2014
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN BIL.6/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
14 JULAI 2014
MASA
:
2.30 PETANG - 4.40 PETANG
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx - Xxxxxxxxx (Pemangku YDP, MPAJ)
2. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx - Ahli Majlis
3. Pn. Xxx Xxxxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxx - ’’
4. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx - ’’
5. Pn. Sian Keng Eng - Ahli Majlis
6. Tn. Ho Ah Ngoh - ’’
7. Tn. Xxxxx Xxx Xx. Said - ’’
8. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx - ’’
9. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxx - Pemangku Setiausaha
LAMPIRAN B
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.6/2014
LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.6/2014 telah diadakan pada 14 Julai 2014 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. LAPORAN ANALISA KUTIPAN CUKAI TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN DARI 1 JANUARI 2014 SEHINGGA 30 JUN 2014
2.1.1. Mesyuarat dimaklumkan prestasi kutipan cukai semasa dan tunggakan cukai taksiran. Bil cukai taksiran yang sepatutnya dikutip bagi tempoh Januari – Jun 2014 ialah sebanyak RM46.70 juta dan tunggakan cukai sebanyak RM14.10 juta dengan jumlah bil yang dikeluarkan 167,321 bil bagi tempoh penggal pertama (1) dalam tahun 2014.
2.1.2. Secara keseluruhannya kutipan hasil cukai taksiran dari 1 Januari 2014 sehingga 30 Jun 2014 ialah sebanyak RM51.13juta. Pencapaian kutipan semasa cukai taksiran adalah RM42.26juta; 90.49% dan kutipan tunggakan cukai taksiran adalah RM8.87juta; 62.88%.
2.1.3. Berikut adalah perbandingan kutipan cukai taksiran bagi tempoh 30 Jun 2014 dan 30 Jun 2013.
Perbandingan kutipan cukai taksiran | |||
Perkara | 01/01/14 – 30/0614 | 01/01/13 – 30/0613 | Ulasan |
Kutipan cukai semasa | RM42.26juta | RM41.47juta | Peningkatan kutipan cukai semasa RM0.79juta; 1.86% |
Kutipan tunggakan cukai | RM8.87juta | RM7.44juta | Peningkatan kutipan tunggakan cukai RM1.43juta; 16.12% |
Jumlah | RM51.13juta | RM48.91juta | Peningkatan kutipan keseluruhan RM2.22juta; 4.34% |
2.1.4. Analisa pencapaian kutipan cukai taksiran dilaporkan sehingga 30 Jun 2014 dengan sasaran kutipan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Analisa pencapaian kutipan sasaran yang diarahkan oleh XXX | |||
Xxxxx cukai taksiran | Sasaran kutipan arahan SUK | Pencapaian Majlis | Lebihan / Kekurangan sasaran |
Cukai semasa | RM42.03juta | RM42.26juta | RM0.23juta (Lebihan sasaran) |
Tunggakan cukai | RM9.87juta | RM8.87juta | RM1.00juta (Kekurangan sasaran) |
2.1.5. Pelan Tindakan Jabatan bagi meningkatkan prestasi kutipan adalah berterusan dan komited seperti berikut:
a) Perlaksanaan kaunter bergerak dan notis tuntutan mengikut Zon Ampang dan Zon Hulu Kelang dengan kaedah dari rumah ke rumah pemegang harta.
b) Pembukaan kaunter Menara MPAJ dan Pejabat Cawangan Melawati pada setiap Sabtu pada Bulan Januari, Februari, Julai, Ogos dan Disember serta setiap hari Ahad di Menara MPAJ sahaja pada bulan Februari dan Ogos setiap tahun.
c) Pembukaan kaunter Pandu Lalu pada Bulan Februari dan Ogos setiap tahun.
d) Kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah dan Daerah seluruh Negeri Selangor dalam memudahkan urusan pembayaran bil Cukai Taksiran dengan penerimaan bayaran di semua PBT dan PTD Selangor.
e) Pembukaan kaunter kutipan di pasaraya sekitar Ampang Jaya pada 15 Februari hingga 28/29 Februari dan 15 Ogos hingga 31 Ogos setiap tahun untuk kemudahan orang ramai di luar waktu pejabat.
f) Penyediaan mesin pembayaran dan semakan cukai taksiran 24 jam (kiosk) di Menara MPAJ dan gerbang pembayaran elektronik (payment gateway & e-banking) melalui bank yang telah dilantik oleh Majlis.
g) Menyediakan sistem komuniti pintar ICOMM (MPAJ Intelligent Community System) bagi memudahkan urusan semakan, pertanyaan akaun dan pembayaran.
h) Pemberitahuan promosi dan lokasi kaunter bergerak melalui banner di jalan utama, papantanda elektronik di Ampang Point dan memaklumkan aktiviti dan kewajipan membayar cukai melalui media.
i) Menubuhkan Unit Taskforce Tunggakan Cukai Taksiran bermula 18 Januari 2010. Unit ini
memantau serta membuat tuntutan tunggakan Cukai Taksiran ke atas pemilik individu dan syarikat tegar.
j) Membuat tuntutan civil melalui firma guaman dilantik kepada pemilik atau syarikat yang tegar melunaskan tunggakan cukai taksiran.
k) Xxxxxxxxxxxxxxxxxx pemilik tegar yang gagal menjelaskan tunggakan Cukai Taksiran ke Convergent Technologies Operating System (CTOS).
l) Mendapatkan perintah mahkamah dan memasukkan kaveat pendaftar di atas bagi proses lelongan di bawah Seksyen 151, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
m) Menjalankan kajian secara berterusan ke atas perlaksanaan operasi kutipan oleh PBT dan agensi kerajaan yang lain bagi mengemaskini dan mendapatkan kaedah terbaik meningkatkan prestasi kutipan.
2.1.7. Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum Laporan Xxxxxxx Xxxxxxx Tunggakan Cukai Taksiran dari 1 Januari 2014 sehingga 30 Jun 2014. Ahli Mesyuarat mohon penambahbaikan resit bagi pembayar internet banking dan ucapan penghargaan di bil cukai taksiran kepada pembayar-pembayar internet banking.
2.2. LAPORAN ANALISA PRESTASI PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2014 DARI 1 JANUARI 2014 SEHINGGA 30 JUN 2014
2.2.1. Mesyuarat dimaklumkan perbelanjaan Majlis bagi tahun 2014 dari 1 Januari 2014 hingga 30 Jun 2014.
2.2.2. Peruntukan bajet mengurus tahun 2014 adalah sebanyak RM117.30juta dengan perbelanjaan RM48.91juta atau 41.69% daripada peruntukan yang telah diluluskan. Manakala bajet pembangunan telah dibelanjakan sebanyak RM114ribu atau 4.23% daripada peruntukan berjumlah RM2.70juta bagi tahun 2014.
2.2.3. Peruntukan khas yang diterima oleh Majlis hingga 30 Jun 2014 berjumlah RM33.97juta dengan perbelanjaan RM32.52juta atau 95.74%. Peruntukan khas yang telah diterima namun masih belum dibelanjakan hingga 30 Jun 2014 berjumlah RM176ribu.
2.2.4. Peratus patut belanja Majlis sehingga 30 Jun 2014 adalah 49.99% manakala peratus belanja sebenar adalah 41.69%. Perbandingan Majlis kurang peratus patut belanja sebanyak 8.30%. (Formula : 100/12 bulan x 6 bulan (Jan-Jun).
2.2.5. Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum Laporan Analisa Prestasi Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi tahun 2014 dari 1 Januari 2014 sehingga 30 Jun 2014.
2.3. LAPORAN PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2014 DARI 1 JANUARI 2014 HINGGA 30 JUN 2014
2.3.1. Mesyuarat dimaklumkan penyata pendapatan dan perbelanjaan Majlis bagi tahun 2014 hingga 30 Jun 2014.
2.3.2. Pendapatan bagi hasil cukai adalah sebanyak RM51.13juta dan pendapatan bagi hasil bukan cukai adalah sebanyak RM12.57juta. Jumlah pendapatan bagi hasil cukai dan hasil bukan cukai Majlis sehingga 30 Jun 2014 berjumlah RM63.70juta. Perbelanjaan Majlis sehingga 30 Jun 2014 berjumlah RM49.02juta. Lebihan pendapatan Majlis sehingga 30 Jun 2014 berjumlah RM14.68juta.
2.3.3. Laporan simpanan tetap sehingga 30 Jun 2014 adalah sebanyak RM73juta dan telah ditetapkan sebagai komitmen perbelanjaan Majlis.
2.3.4. Majlis masih kekurangan aliran wang tunai sebanyak RM50.50juta untuk perbelanjaan Julai 2014-Disember 2014.
(Baki peruntukan vot Majlis tanpa emolumen - simpanan tetap baki peruntukan perbelanjaan Majlis)=(RM70.98juta-RM20.48juta)-RM7juta=RM50.50juta.
2.3.6. Mesyuarat mengambil maklum Laporan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dari 1 Januari 2014 hingga 30 Jun 2014.
2.4. KERTAS PERTIMBANGAN BAGI BAYARAN BONUS TAHUNAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014
2.4.1. Mesyuarat dikemukakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 kepada penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan/Agensi Negeri Selangor.
2.4.2. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 25/2014 yang bersidang pada 2 Julai 2014 telah meluluskan pembayaran Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 sebanyak satu (1) bulan gaji kepada setiap kakitangan awam Negeri Selangor.
2.4.3. Bayaran Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 ini dibayar kepada semua Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor dan akan dilaksanakan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda penghargaan berikutan peningkatan prestasi kewangan Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2014.
2.4.4. Anggota yang layak menerima bayaran Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 adalah seperti berikut:
2.4.4.1. Y.B Speaker Dewan Negeri Selangor;
2.4.4.2. Y.B Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor;
2.4.4.3. Y.B Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
2.4.4.4. Y.B Ahli Dewan Negeri Selangor;
2.4.4.5. Pegawai tetap, kontrak, sementara, dan Pekerja Xxxxxxxx Xxxxxx;
2.4.4.6. Pegawai yang dilantik dibawah contract of service dan Contract For Service;
2.4.4.7. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
2.4.4.8. Orang Besar Daerah;
2.4.4.9. Guru KAFA;
2.4.4.10. Guru Taska Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; dan
2.4.4.11. Anggota yang dibayar gaji melalui sistem payroll Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
2.4.5. Kelulusan ini turut dipanjangkan kepada Semua Pihak Berkuasa Tempatan (termasuk Ahli Majlis) dan Badan Berkanun Negeri tertakluk kepada penerimaan Pihak Berkuasa masing-masing.
2.4.6. Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 ini dibayar kepada semua anggota yang berkhidmat pada 30 Jun 2014. Anggota yang berkhidmat kurang daripada enam (6) bulan di Jabatan/agensi atau kurang 30 hari pada bulan Jun 2014, pembayaran bonus akan dilaksanakan secara prorata atau bayaran minimum RM500.00.
2.4.7. Pembayaran Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 kepada Pekerja Xxxxxxxx Xxxxxx (PSH) adalah berdasarkan kepada gaji yang diterima pada bulan Jun 2014.
2.4.8. Implikasi kewangan bagi bayaran Bayaran Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 adalah seperti berikut :
Bil | Kumpulan Perkhidmatan | Jumlah (orang) | Implikasi Kewangan (RM) |
1. | Pengurusan & Profesional(termasuk 3 orang pegawai agensi Persekutuan yang ditempatkan di Bahagian OSC dan COB MPAJ) | 48 | 209,454.55 |
2. | Pelaksana | 698 | 1,379,071.83 |
Jumlah | 746 | 1,588,526.38 |
2.4.9. Mesyuarat bersetuju dan menerimapakai keputusan dasar oleh MMKN berkaitan Bayaran Bonus Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 sebanyak satu
(1) bulan gaji kepada setiap kakitangan awam Negeri Selangor yang akan dibayar pada 15 Julai 2014 dengan peruntukan sebanyak RM 1.6 juta dan Mesyuarat juga bersetuju bayaran bonus kepada Ahli- Ahli Majlis dibayar sebulan gaji.
2.5. LAPORAN PRODUK-PRODUK INOVASI YANG DIHASILKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA SEHINGGA DISEMBER 2013
2.5.1. Mesyuarat dikemukakan laporan produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya sehingga Disember 2013.
2.5.2. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea- idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Ianya juga perlulah mempunyai nilai tambah.
2.5.3. Inovasi turut dibahagikan kepada beberapa definisi kecil iaitu :
a) Produk Inovasi
b) Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja (Business Process Re-engineering-BPR)
c) Penambahbaikan Proses dan Prosedur Kerja (Business Process Improvement-BPI)
2.5.4. Mesyuarat mengambil maklum laporan produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya sehingga Disember 2013. Ahli mesyuarat
mencadangkan agar insentif diberikan kepada kakitangan yang telah menghasilkan produk inovasi. Mesyuarat juga mencadangkan Majlis dapat menghasilkan produk-produk inovasi untuk mengatasi masalah sampah haram.
3. MESYUARAT TURUT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :-
3.1. STATUS PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI TAMAN UKAY PERDANA
Mesyuarat dimaklumkan, peratus pembinaan telah meliputi 60%. Kontraktor diperakukan lewat dan pihak jabatan dalam pertimbangan 'Extension Of Time' (EOT).
Tindakan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.2. LOT PARKING DI KAWASAN-KAWASAN BARU
Mesyuarat dimaklumkan, sehingga kini masih tiada maklumbalas daripada pihak Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd.
Tindakan : Jabatan Perbendaharaan
4. HAL-HAL LAIN
4.1. UCAPAN PENGHARGAAN
Tuan Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan MPAJ khasnya atas pemberian Bonus Tahunan Sempena Hari Raya 2014 untuk warga kerja MPAJ.
Makluman
4.2. LAPORAN PRESTASI KUTIPAN PASAR MALAM
Mohon dibentangkan laporan prestasi kutipan pasar malam dalam mesyuarat ini agar dapat semua Ahli Majlis memantau hasil kutipan tersebut.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.3. MAKLUMAT PENGOPERASIAN CCTV DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAAN AMPANG JAYA
Mohon maklumat berkaitan pengoperasian CCTV di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Tindakan : Jabatan Perancangan Korporat
5.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 16 Julai 2014
6.3.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR
DAN KEMASYARAKATAN BIL.5/2014
MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL. 5/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
11 JULAI 2014
MASA
:
9.30 PAGI – 11.10 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx - Xxxxxxxxx (Pemangku Yang Dipertua, MPAJ)
2. Tn. Xxxx Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
3. Tn. Xxxxx Xxx Xx. Said | - " |
4. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
5. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - ’’ |
6. Tn. Ho Ah Ngoh | - ’’ |
7. Tn. Lim Fong Len | - " |
8. Pn. Xxxxxxxxxx a/p Ramalu | - " |
9. Tn. Xxxxx Xxx Xxxxxx | - " |
10. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxx (Pemangku Setiausaha MPAJ |
TIDAK HADIR DENGAN MAAF
1. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxxxx Xxxxx Xxxx Xxxxxxx - Ahli Majlis
2. Tn. Dr. Lai Fatt Sian - "
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN C
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.6/2014
LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.05/2014 telah diadakan pada 11 Julai 2014 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. KERTAS MAKLUMAN BERKENAAN PENUBUHAN DAN PERMASALAHAN PIHAK JMB/MC DI KAWASAN PEMAJU BERSTRATA DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
2.1.1. Mesyuarat dikemukakan kertas makluman berhubung penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) serta permasalahan yang dihadapi oleh pihak JMB/MC.
2.1.2. Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) diwujudkan pada 13 April 2007. COB berperanan untuk mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan bagi harta bersama, menyelesaikan pertelingkahan yang timbul dan menguatkuasakan undang-undang berpandukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) Akta 663 dan juga Bahagian VI & VII Akta Hakmilik Strata (Akta 318).
2.1.3. Sehingga bulan Jun 2014, sebanyak 575 pemajuan berstrata dengan jumlah petak sebanyak 91,948 seperti di Lampiran 1.
2.1.4. Masalah yang dihadapi oleh pihak JMB/MC dalam menguruskan pemajuan berstrata disebabkan oleh 3 faktor utama:
1. Faktor Manusia - pembeli tidak tahu kuasa dan tanggungjawab mereka, bersikap mementingkan diri sendiri, tiada kesedaran menjaga harta bersama, kehadiran ke AGM/EMG kurang memuaskan dan tidak membayar wang penyenggaraan.
2. Faktor Bangunan - bangunan lama dan usang, tiada CF, kerosakan terhadap bangunan di mana di luar kemampuan JMB/JMC untuk membaiki, rekabentuk bangunan yang tidak relevan dan kualiti bangunan yang teruk dan tidak memuaskan.
3. Faktor Pengurusan dan Perakaunan - pemaju muflis, penyerahan dokumen yang tidak lengkap dari pemaju ke JMB, JMB/MC tidak membuat laporan audit, gagal memanggil AGM, JMB/MC tidak aktif, tiada pengalaman dan tidak mahir dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kewangan oleh JMB/MC.
2.1.5. Sehubungan dengan faktor-faktor di atas, pihak COB mengkelaskan 7 jenis aduan dan bilangan aduan yang diterima dari tahun 2011 hingga Jun 2014 adalah seperti di Lampiran 2.
2.1.6. Bagi mengatasi masalah ini pihak COB dengan kerjasama Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) dan juga Sektor Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar (KPKT) telah mengadakan beberapa program dan juga inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Antara program dan inisiatif tersebut ialah :
i. Menganjurkan Kursus/Seminar/Bengkel kepada pembeli – pembeli petak agar lebih faham dan mahir berkenaan akta yang terlibat dan juga peranan dan tanggunjawab JMB/MC.
ii. Taklimat di tapak kawasan pemajuan yang terlibat
iii. Pendakwaan ke mahkamah untuk yang tidak membayar wang penyenggaraan seperti di Lampiran 3.
iv. Skim CERIA (Peruntukan dari Kerajaan Negeri) seperti di Lampiran 4.
v. Skim Tabung Penyenggaran 1 Malaysia (Peruntukan Kerajaan Pusat)
vi. Sistem E-COB untuk pengemaskinian data dan juga untuk pemantauan yang lebih efisyen
vii. Penilaian melalui Star Rating untuk pemantauan yang berkesan
viii Perlantikan Agen Pengurusan di Bawah Seksyen 25, Akta 663 dan Seksyen 50, Akta 318.
2.1.7. Dalam menguruskan pemajuan berstrata, pihak COB menghadapi kekangan dan cabaran berikut:-
1. Peranan KPKT di mana gagal menyediakan garis panduan yang lengkap, tidak menetapkan jumlah penalti/kompaun, gagal menjadi pakar rujuk yang kompeten dan gagal mewujudkan peraturan.
2. Kelemahan Akta 663/Bahagian vi dan vii, Akta 318 iaitu kekeliruan rujukan, banyak peruntukan dan tafsiran tidak jelas, tiada medium yang lebih mudah untuk buat rayuan dan kuasa COB terbatas.
3. Penguatkuasaan sukar diambil kerana pertindihan tugas kakitangan, tiada peraturan, tiada penalti/kompaun dan tiada garis panduan.
4. Pertindihan Kuasa di antara pihak Polis, Imigresen, SPRM, Bomba dan MPAJ.
2.1.8. Mesyuarat mengambil maklum berkenaan penubuhan JMB/MC di kawasan pemajuan berstrata dan masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pihak JMB/MC dan pihak COB dalam menguruskan pemajuan berstrata.
3. MESYUARAT TURUT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
3.1 ASPEK KESIHATAN
3.1.1 PROGRAM COMBI DAN LAPORAN DENGGI DI SEKITAR AMPANG JAYA
Kes denggi dilaporkan meningkat di kawasan MPAJ di mana terdapat sebanyak 2374 kes sejak minggu Epid 1 hingga minggu Epid 28 (12 Julai 2014) tahun 2014 dan 9 demam denggi berdarah.
Sepuluh lokasi wabak tidak terkawal iaitu:
1. Taman Ukay Bistari (Appt Residensi Bistaria) Episod 2
2. Taman Melawati ( Tmn Melawati J Zon 2) Episod 2
3. Jalan Jelatek (Sri Maya Condo) Episod 2.
4. Bukit Antarabangsa ( Taman Kelab Ukay) Episod 2
5. Pandan Perdana ( Jalan PP 7/1-11) Episod 1
6. Pandan Perdana ( Jalan PP 7/1-3) Episod 1
7. Taman Melawati ( Tmn Melawati C) Episod 3
8. Taman Putra (Jln 1-10) Episod 1
9. Taman Xxx Xxxxx Xxxxx Episod 3
10. Taman Melawati ( Jalan Melawati F) Episod 2
Sebanyak 103 aktiviti berkaitan pencegahan denggi (gotong royong, taklimat, ceramah, program COMBI, pameran dan operasi penguatkuasaan dan tapak bina) telah dijalankan sejak Januari hingga 5 Julai 2014.
Kursus Promoter Skuad COMBI telah dijalankan pada
14 Jun 2014 di Auditorium MPAJ melibatkan 15 pasukan skuad COMBI JKP 1 DUN Hulu Langat.
Pihak JKP digesa membentuk pasukan COMBI / skuad denggi bagi mengaktifkan aktiviti cegah denggi di kalangan penduduk.
Untuk makluman juga pihak Majlis tidak melantik sebarang kontraktor untuk mengutip wang bagi aktiviti fogging di kawasan pentadiran Majlis.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.2. KEMPEN TANGKAP TIKUS
Mesyuarat dimaklumkan dari bulan Januari hingga 30 Jun 2014 sebanyak 26 lokasi telah dijalankan aktiviti kawalan tikus menggunakan racun (racumin) di mana lubang-lubang tikus yang telah dikenal pasti telah diletakkan racun. Sebanyak 497 karkus telah dikutip sepanjang aktiviti tersebut. Pihak MPAJ melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan tikus berdasarkan aduan yang diterima serta permintaan daripada pihak JKP.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.3. PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KE ATAS RESTORAN
Mesyuarat dimaklumkan sehingga Jun 2014, sebanyak
495 buah premis makanan telah disemak di mana sebanyak 226 buah premis gred A, 192 buah premis gred B dan sebanyak 77 adalah gred C. Peratusan premis bersih adalah 84.4%. Sebanyak 149 kompaun telah dikeluarkan. Statistik laporan adalah seperti di Lampiran 5.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2. ASPEK ALAM SEKITAR
3.2.1. KEMPEN TONG SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan sehingga 30 Jun 2014, sebanyak 694 notis penyediaan tong sampah telah dikeluarkan iatu bulan Mac 2014 - 71 notis, bulan April 2014 - 30 notis, bulan Mei 2014 - 250 notis dan bulan
Jun 2014 - 343 notis.
Sementara itu, sebanyak 24 kompaun telah dikeluarkan iaitu bulan Mac 2014 - 5 kompaun, bulan April 2014 - tiada kompaun, bulan Mei 2014 - 14 kompaun dan bulan Jun 2014 - 5 kompaun.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.2. TONG SAMPAH BESAR DI PERUMAHAN BERSTRATA
Mesyuarat dimaklumkan keutamaan tong sampah telah diberikan kepada kawasan yang bermasalah terlebih dahulu iaitu Rumah Pangsa Sri Nilam.
Makluman
3.2.3. TONG SAMPAH BESAR
Mesyuarat dimaklumkan, pembelian tong sampah ini masih lagi dalam peringkat kelulusan. Tong sampah tersebut akan diletakkan di simpang Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0, Jalan Bunga Tanjung 8B dan Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.4. TAPAK LAMA KOLAM MEMANCING DI TAMAN KOSAS (TANAH PEMAJU METROPLEX)
Mesyuarat dimaklumkan bahawa notis peringatan telah dikeluarkan kepada pemaju pada 9 Julai 2014 dalam tempoh 14 hari untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan diminta membuat anggaran kos untuk membantu masalah di tapak sekiranya pihak pemaju tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan .
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.5. PEMBERSIHAN SEMAK DAN PEMOTONGAN POKOK
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pemotongan rumput dan mencantas pokok di sekeliling Dewan Taman Dagang Jaya Xxxxx 0 xxxxx xxxxxxxxxxxx.
Makluman
3.2.6. SEMAK SAMUN DI SUNGAI KERAYONG
Mesyuarat dimaklumkan keadaan di kiri dan kanan sungai dalam keadaan terkawal iaitu di sebelah belakang Menara MPAJ hingga ke MRR2. Walau bagaimanapun terdapat tumbuh-tumbuhan dalam sungai di dalam Sungai Kerayong. Pihak Jabatan telah menghubungi JPS Hulu Langat berhubung perkara ini.
Makluman
3.2.7. PEMOTONGAN RUMPUT
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan telah membersihkan rumput lalang pada 15 Jun 2014 dan kawasan lapang di sebelah Pejabat YB Azmin Ali akan dilaksanakan oleh kontraktor kawasan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.8. NOTIS KEPADA KONTRAKTOR
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak Jabatan sentiasa memantau kerja-kerja kontraktor di kawasan Ampang Point. Notis-notis yang dikeluarkan pada bulan Jun 2014 adalah sebanyak 69 NTC, 73 NP dan tiada NTB.
Makluman
3.2.9. PEMBERSIHAN LONGKANG
Longkang di Jalan Kampung Cheras Baru (Jalan Besar) telah dibersihkan pada 30 Jun 2014. Tuan Xxxxxxxxxx memohon agar pembersihan longkang diteruskan di Jalan Besar berhadapan dengan Taman Mastika (selepas lampu isyarat).
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.10. MASALAH KEBERSIHAN DI AMPANG POINT
Mesyuarat dimaklumkan bahawa masalah sampah berselerakan dan tidak diangkat dan masalah longkang tersumbat di kawasan Ampang Point telah diambil tindakan oleh kontraktor kawasan. Sementara itu, pihak Jabatan Kejuruteraan akan membaiki kerosakan pejalan kaki dan sistem perparitan secara berperingkat sehingga bulan Oktober 2014.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan (Minit dipindahkan ke Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
3.3. ASPEK KEMASYARAKATAN
3.3.1. PERMOHONAN MENAIKTARAF PADANG KAMPUNG AMPANG INDAH
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembaikan padang di Kampung Ampang Indah telah siap dilaksanakan.
Makluman
3.3.2. KEROSAKAN PAGAR FUTSAL DI TAMAN SRI WATAN
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembaikan pagar dalam tindakan kontraktor.
Tindakan:
Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.3. PEMBAIKAN PAGAR DI DEWAN LEMBAH JAYA
Mesyuarat dimaklumkan pelarasan bersama JKP berhubung pembaikan akan dibuat di Xxxxx Xxxxx 0, Xxxxxx Xxxx (bersebelahan Masjid Al-Aman).
Tindakan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.3.4. GELANGGANG SEPAK TAKRAW
Gelanggang takraw di Dewan Orang Ramai Taman Sri Raya masih dalam tindakan penyelenggaraan jabatan. Ahli Majlis kawasan memohon agar membaiki keperluan asas di dalam dewan tersebut terutama lampu.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.3.5. PEMBAIKAN DEWAN TAMAN BUKIT MULIA (ZON 5)
Pembaikan Dewan Bukit Mulia telah siap dilaksanakan.
Makluman
3.3.6. PEMBAIKAN PAGAR FUTSAL
Mesyuarat dimaklumkan pagar rosak di padang futsal Dataran Anak Muda, Jalan H telah dibuka dan pihak Jabatan sedang menyediakan proses sebutharga untuk menggantikan pagar di padang tersebut.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
3.3.7. STATUS DUSUN BANDAR DI TAMAN KOSAS
Mesyuarat dimaklumkan tempoh penyelenggaraan kontraktor di Dusun Bandar, Taman Kosas tamat pada bulan Julai 2014. Pihak Jabatan telah meletakkan tanda nama pada 29 jenis pokok yang ditanam.
Makluman
3.3.8. SALIRAN AIR DARI PROJEK TAMAN REKREASI
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan akan mengambil tindakan ke atas masalah air lumpur daripada projek Taman Rekreasi Tasik Tambahan yang telah memasuki Sekolah Agama yang berhampiran selepas penyerahan dibuat.
Makluman
3.3.9. PERMOHONAN CANTAS POKOK
Kerja-kerja mencantas pokok di Xxxxx 0, Xxxxxxx Xxxxxx Xxxxx xxxxx xxxxxxxxxxxx.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.10. PERMOHONAN PAGAR BESI
Mesyuarat dimaklumkan pembinaan tiang pagar penghalang di padang/tempat riadah di Taman Permai Jaya sedang dalam tindakan kontraktor.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.11. PERMOHONAN MENAIKTARAF PADANG
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja menambak pasir di padang Taman Rasmi Jaya telah selesai dilaksanakan.
Makluman
3.3.12. PAGAR HALANGAN BOLA
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan akan membaiki pagar halangan bola di tapak permainan Taman Bukit Utama 2.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.13.PERMOHONAN MEMBAIK PULIH DEWAN
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja membaik pulih Dewan Taman Rasmi Jaya dalam tindakan pihak kontraktor.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.3.14. PERMOHONAN `JOGGING TRACK' DI PADANG TAMAN SRI WATAN
Mesyuarat dimaklumkan permohonan dibina ‘jogging track’ di sekeliling padang Taman Sri Watan akan dimasukkan dalam perancangan kerja 2015.
Makluman
3.3.15. PERMOHONAN CANTASAN POKOK DI JALAN BUKIT ANTARABANGSA
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja cantasan pokok- pokok di Jalan Bukit Antarabangsa dari simpang Impian Selatan hingga simpang Jalan Persiaran Bukit Jaya telah dilaksanakan.
Makluman
3.3.16. POKOK BESAR DI PANGSAPURI INTAN
Mesyuarat dimaklumkan pihak jabatan sedang menyediakan spesifikasi kerja untuk menebang pokok besar di Jalan Bukit Permai hadapan Pangsapuri Intan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.17. PERMOHONAN MEMBINA PAGAR SEKELILING PADANG
Mesyuarat dimaklumkan pihak jabatan hanya bercadang untuk membina penghalang gol di padang belakang Dewan Komuniti Xxxxx Xxxxxxx 0X, Taman Muda bagi menghalang bola keluar dan
terkena kereta penduduk yang terletak di tepi jalan atau kereta yang melalui jalan berhampiran.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.4 LAIN-LAIN ASPEK
3.4.1. HEBAHAN PROGRAM MAJLIS MELALUI SIAR RAYA
Cadangan dari Tuan Dr. Lai Fatt Sian agar Majlis membuat hebahan atau pemberitahuan kepada orang ramai berkenaan program dan aktiviti Majlis melalui siar raya menggunakan van. Kaedah ini diharap dapat membantu Majlis dalam memberi pendidikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya menjaga kebersihan bandar.
Makluman
4. HAL-HAL LAIN
4.1. ASPEK ALAM SEKITAR
4.1.1. SAMPAH PUKAL DI JALAN ENGGANG
Terdapat sampah pukal di Jalan Enggang (Zon 7) yang perlu diberi pemantauan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.1.2. OPERASI TONG SAMPAH DI ZON 5
Operasi tong sampah perlu dijalankan di rumah kedai Zon 5, di Xxxxx Xxxxxx 0 dan Xxxxx Xxxxxx 00 termasuk di lorong belakang.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.1.3. XXXXX XXXX XXXXXX SAIZ BESAR
Menyediakan tong sampah bersaiz besar di Jalan Kolam Air, Kg Kelang Gate (dicadang diletakkan berhampiran rumah ibu YB Azmin Ali).
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.1.4. ADUAN NO.77795 MASIH TIADA TINDAKAN
Didapati aduan tersebut melibatkan pembersihan sampah dan longkang di Xxxxx X-0, xxxxx xxxxx tindakan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.1.5. AKTIVITI CUCI KERETA DI TEMPAT LETAK KERETA DI AMPANG POINT
Air mengalir dari aktiviti cuci kereta di tempat letak kereta di Ampang Point mengakibatkan kotor dan lecak.
Tindakan
Jabatan Pelesenan
4.2. ASPEK KEMASYARAKATAN
4.2.1 POKOK KELAPA MENCECAH WAYAR ELEKTRIK
Pokok Kelapa di persimpangan Jalan C-3M Taman Melawati, Fasa 3 telah mencecah wayar letrik dan mengganggu penglihatan pemandu keluar masuk jalan tersebut.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
4.2.2. BAIK PULIH DEWAN ORANG RAMAI XXXXX X-00
Dewan Orang Ramai di Xxxxx X-00, Xxxxx Xxxxxxxx, Fasa 6 perlu dibaik pulih.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
4.2.3. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DEWAN JKP
Mohon dikeluarkan garis panduan penggunaan dewan JKP terutama waktu penggunaannya.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
5.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 16JULAI2014
LAMPIRAN 2
JENIS ADUAN | 2011 | 2012 | 2013 | 2014 | |
1. | Mesyuarat dan Pemilihan (Semua aduan berkaitan mesyuarat yang melibatkan Badan termasuk berkaitan proses penubuhan Badan) | 103 | 10 | 66 | 18 |
2. | Pentadbiran dan Pengurusan (Semua aduan berkaitan pentadbiran dan pengurusan Pemaju/ Badan/ Ejan termasuk tanggungjawab, kerjasama, pertikaian) | 83 | 31 | 72 | 30 |
3. | Penyenggaraan dan Kerosakan (Semua aduan berkaitan penyenggaraan dan kerosakan bangunan dan harta bersama) | 202 | 212 | 126 | 47 |
4. | Isu Kewangan (Semua aduan berkaitan kewangan termasuk caj penyenggaraan, akaun penyenggaraan bangunan, kumpulan wang penyenggaraan bangunan, kumpulan wang penjelas) | 29 | 13 | 34 | 10 |
5. | Khidmat Nasihat (Semua khidmat nasihat dan pandangan yang diberi kepada pengadu) * Data diambil secara purata melalui kaunter/ telefon/ . | 1560 | 600 | 390 | 150 |
6. | Penguatkuasaan COB (Semua aduan berkaitan penguatkuasa COB dan Akta) | - | - | - | - |
7. | Lain-lain (Sila nyatakan jenis aduan yang diterima) | - | - | 4 | |
JUMLAH (TIDAK TERMASUK KHIDMAT NASIHAT) | 417 | 266 | 302 | 105 |
LAMPIRAN 4
SENARAI PANGSAPURI KAWASAN MPAJ YANG MENERIMA SKIM CERIA
Fasa 1
Bil | Nama Kemajuan | PBT | DUN | Kerosakan | Status Kemajuan Kerja |
1 | Pangsapuri Ampang Mewah, Xxxxx Xxxxx 0 | XXXX | Xxxxx Xxxxxxxxxxxx | Tangki | 100% |
2 | Flat 700, Pandan Perdana | MPAJ | Teratai | Lif | 100% |
3 | Pangsapuri Sri Intan, Ampang | MPAJ | Lembah Jaya | Lif | 100% |
4 | Rumah Pangsa Taman Kosas, Ampang | MPAJ | Lembah Jaya | Bumbung | 100% |
Fasa 2
Bil | Nama Kemajuan | PBT | DUN | Kerosakan | Status Kemajuan Kerja | |
1 | Pangsapuri Tulip Pandan Indah | MPAJ | CHEMPAKA | Salur air hujan (Gutter) | 100% | |
2 | Pangsapuri Inai Pandan Indah | MPAJ | CHEMPAKA | Cat | 100% | |
3 | Flat Pandan Jaya L28 | MPAJ | CHEMPAKA | Cat | 100% | |
4 | RPKR Taman Cahaya | MPAJ | CHEMPAKA | Cat | 100% | |
5 | Merpati B Apartment | MPAJ | CHEMPAKA | Mencuci & mengecat tangki | 100% | |
6 | Blok A1 Taman Bukit Segar | MPAJ | TERATAI | Lif | 100% | |
7 | Blok A5 & A6 Taman Bukit Segar | MPAJ | TERATAI | Lif | 100% |
Fasa 3
Bil | Nama Kemajuan | PBT | DUN | Kerosakan | Status Kemajuan Kerja |
1 | Pangsapuri Nusa Kurnia | MPAJ | Teratai | Pagar | JMB Menolak Tawaran |
2 | Pangsapuri Pandan Jaya Blok L34 & L35 | MPAJ | Chempaka | Mengecat | 100% |
3 | Pangsapuri Kelompok Camar, Ampang Blok A | MPAJ | Lembah Jaya | Tukar bumbung | 50% |
4 | Pangsapuri Kelompok Camar, Ampang Blok B | MPAJ | Lembah Jaya | Tukar bumbung | 100% |
Fasa 4 | |||||
Bil | Nama Kemajuan | PBT | DUN | Kerosakan | Status Kemajuan Kerja |
1 | Cemara 1 & 2 Blok Cemara | MPAJ | TERATAI | Lif | Tunggu Akujanji JMB sebelum iklan projek. |
2 | Pangsapuri Bukit Baru | MPAJ | HULU KELANG | Kebocoran Tangki Utama | Proses Tender |
Menunggu Tawaran
Bil | Nama Kemajuan | PBT | DUN | Kerosakan | Status Kemajuan Kerja |
1 | Pangsapuri Mutiara Court | MPAJ | LEMBAH JAYA | Paip air | Menunggu Tawaran |
2 | Pangsapuri Blok Kemboja J | MPAJ | LEMBAH JAYA | Cat Bangunan | Menunggu Tawaran |
0 | Xxxx Xxxx X, Xxxxx Xxxxxx Xxxx 0x, | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat | Menunggu Tawaran |
4 | Pangsapuri Kenanga | MPAJ | BUKIT ANTARABANG SA | Pagar Sekeliling | Menunggu Tawaran |
5 | MELAWATI HILLSIDE APARTMENT | MPAJ | ULU KLANG | Bumbung Bocor | Menunggu Tawaran |
6 | Rumah Kedai 5 Tingkat Taman Pandan Mewah | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat | Menunggu Tawaran |
7 | Pangsapuri L5A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
8 | Pangsapuri L3A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
9 | Pangsapuri L25A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
10 | Pangsapuri L21A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
11 | Pangsapuri L18A & L19A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
12 | Pangsapuri L17A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
13 | Pangsapuri L15A & L16A | MPAJ | CHEMPAKA | Mengecat Kebocoran pada bumbung | Menunggu Tawaran |
LAMPIRAN 5
STATISTIK PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN MENGIKUT KATEGORI DAN GRED BAGI TAHUN 2014 SEHINGGA
30 JUN 2014
BI L | KATEGORI | JUMLAH KESELURUH AN PREMIS AKTIF | GRED | BIL KOMPAUN | |||
A | B | C | 9 (f) | 47(1)(d)/ UUK 19(1)(d) | |||
1. | RESTORAN | 720 | 163 | 133 | 63 | 67 | 35 |
2. | MEDAN SELERA | 158 | 32 | 23 | 5 | 15 | 0 |
3. | GERAI STATIK | 91 | 7 | 15 | 3 | 6 | 9 |
4. | KANTIN | 54 | 0 | 4 | 2 | 1 | 1 |
5. | UPEN | 51 | 15 | 10 | 3 | 6 | 4 |
6. | BOT | 82 | 9 | 7 | 1 | 1 | 4 |
JUMLAH | 1156 | 226 | 192 | 77 | 96 | 53 |
226 (Gred A) + 192(Gred B) X 100
495
= 84.4 %
LAMPIRAN 5
LARORAN OPERASI PENUTUPAN PREMIS TAK SUCI BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT / GOMBAK MENGIKUT KATOGERI DAN GRED SEHINGGA JUN 2014
BIL | TARIKH | LOKASI | BIL PREMIS DIPERIKSA | BIL PREMIS DIARAH TUTUP | BIL PREMIS KOMPAUN |
1. | 23.1.2014 (RABU) | RESTORAN PANDAN INDAH & TAMAN LEMBAH MAJU | 99 | 25 | 0 |
2. | 11.3.2014 (SELASA) | RESTORAN JALAN KOLAM AIR LAMA | 3 | 0 | 0 |
GERAI STATIK JALAN KOLAM AIR LAMA | 5 | 1 | 0 | ||
3. | 4.6.2014 (RABU) | BAZAR MELAWATI, TAMAN MELAWATI | 12 | 0 | 0 |
4. | 5.6.2014 (KHAMIS) | RESTORAN AMPANG POINT | 20 | 4 | 0 |
JUMLAH | 139 | 30 | 0 |
6.4.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BIL.6/2014
MESYUARAT JAWATANKUASA XXXXXXXXX DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
BIL.6/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
14 JULAI 2014
MASA
:
9.30 PAGI - 11.39 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx - Xxxxxxxxx (Pemangku YDP, MPAJ)
2. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx - Ahli Majlis
3. Tn. Xxxx Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx - ’’
4. Pn. Xxx Xxxxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxx - ’’
5. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal - ’’
6. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx - ’’
7. Pn. Xxxx Xxxx Eng - ’’
8. Tn. Xxxxx Xxx Xxxxxx - ’’
9. Pn. Yogaswari a/p Ramalu - ’’
10. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxx - Pemangku Setiausaha
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
2. Tn. Dr. Lai Fatt Sian - ’’
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN D
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.06/2014
LAPORAN JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil. 06/2014 telah diadakan pada 14 Julai 2014 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 KERTAS MAKLUMAN PELAKSANAAN PENYEWAAN TIANG-TIANG LAMPU DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BAGI PEMASANGAN ‘BUNTING-PANEL’
2.1.1 Mesyuarat dikemukakan dengan kertas makluman pelaksanaan penyewaan tiang-tiang lampu dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi pemasangan ‘Bunting-Panel’.
2.1.2Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil. 12/2013 bertarikh 18 Disember 2013 yang telah disahkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 12/2013 bertarikh 24 Disember 2013, pihak Majlis telah bersetuju dan meluluskan permohonan untuk penyewaan tiang-tiang lampu dalam kawasan pentadbiran MPAJ bagi pemasangan ‘bunting-panel’ kepada 4 syarikat dan surat tawaran kepada keempat-empat syarikat telah dikeluarkan pada 20 Januari 2014.
(i) Infinite Edge Sdn. Bhd.
(ii) Asli Media Sdn. Bhd.
(iii) Andaman Media Sdn. Bhd.; dan
(iv) Rainbow Media
dengan syarat-syarat tawaran adalah kadar sewaan adalah RM 30/unit/sebulan, tempoh sewaan adalah 2+1 tahun dan rebat kepada program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Selangor / ADUN / MPAJ.
2.1.3 Penyewaan ini diluluskan bagi mengatasi kelemahan- kelemahan dalam perlaksanaan penggantungan ‘bunting’ melalui kaedah konvensional iaitu:
(i) semakan tiang-tiang lampu yang boleh disewakan adalah melalui kaedah manual;
(ii) pelekat kelulusan ‘bunting’ palsu;
(iii) aduan berkaitan ‘bunting’ yang telah diluluskan dan dipasang telah diturunkan oleh pihak-pihak yang tidak dapat dikenalpasti;
(iv) terlalu banyak ‘bunting’ yang dinaikkan tanpa kelulusan;
(v) dawai pengikat ‘bunting’ ditinggalkan pada tiang lampu;
(vi) ‘bunting’ yang tamat tempoh tidak diturunkan;
(vii) kesukaran pemantauan dengan jumlah taman perumahan dan jumlah tiang lampu yang banyak berbanding jumlah kakitangan; dan
(viii) kesukaran penurunan ‘bunting’ yang tidak mendapat kelulusan / tidak diturunkan selepas tamat tempoh.
2.1.6 Faedah lain yang diterima oleh Majlis melalui perlaksanaan ini ialah:
(i) Pihak Majlis mendapat hasil awalan (bergantung kepada jumlah tiang yang diluluskan) dan tidak akan mengurangkan hasil sedia ada;
(ii) ‘bunting’ digantung dengan lebih kemas dan teratur;
(iii) mengatasi kelemahan penggantungan ‘bunting’ melalui kaedah konvensional;
(iv) mengurangkan kos tuntutan lebih masa yang semakin meningkat; dan
(v) kakitangan sedia ada dapat memberikan lebih fokus dan menjalankan tugasan lain.
2.1.7. Dalam menentukan bentuk dan konsep panel, pihak syarikat telah menjalankan kajian pasaran dan memanggil beberapa syarikat kontraktor yang berkelayakan untuk mengemukakan cadangan rekabentuk yang paling sesuai, mudah dilaksanakan dan dengan kos yang berpatutan.
2.1.8. Harga kos bagi seunit panel adalah seperti berikut:
Bil. | Perkara | Harga (RM) |
A. | KOS AWALAN | |
1. | Panel (kos awalan) | 250.00 |
2. | Poly-propylene sheet (termasuk ‘mould’ kerana bukan saiz dan tebal yang standard bagi ‘pp sheet’- perlu tempah khas) | 80.00 |
JUMLAH | 330.00 | |
B. | KOS BAGI SETIAP PEMASANGAN | |
1. | Membuka dan memasang | 21.00 |
2. | Cetakan (purata – harga akan berbeza mengikut kuantiti yang dicetak) | 28.00 |
3. | Buruh (bagi kerja-kerja menampal ke atas ‘pp sheet’) | 5.00 |
4. | Sewaan tiang | 30.00 |
5. | Pemantauan dan penguatkuasaan (gaji pekerja, logistik – kenderaan, minyak dll.) | 10.00 |
6. | Lain-lain (misc.) | 5.00 |
JUMLAH | 99.00 |
* tidak mengambilkira kos penyelenggaraan, kos pertukaran
pp sheet, kos pengurusan pejabat dll.
2.1.9. Jenis `material' panel yang digunakan adalah aluminium frame, galvanized anti-rust frame, galvanized anti-rust bracket, anti rust screw dan
coated with anti-rust paint. Setakat ini, hampir 800 panel telah dipasang di kawasan MPAJ.
2.1.10 Berdasarkan semakan ke atas invois-invois pihak syarikat dan ke atas pelanggan yang telah menyewa, kadar sewaan yang dikenakan adalah di antara RM 110 – RM 150 per unit.
2.1.11 Harga siling sewaan ditetapkan pada RM 150/unit.
2.1.12 Berdasarkan semakan Jabatan, terdapat beberapa syarikat yang mempunyai konsep pengiklanan ‘bunting-panel’ seperti berikut:
BIL. | NAMA SYKT. | LOKASI | PBT | HARGA SEWAAN (RM) |
1. | Toyo Media Sdn. Bhd. | Melaka | MBMB | 185.00 |
2. | Empire Media | L’raya DUKE | DBKL | 220.00 – 250.00 |
3. | Empire Media | L’raya LKSA | MBSA | 250.00 – 280.00 |
2.1.13. Dengan merujuk kepada perbandingan harga seperti Jadual di atas, harga sewaan yang ditawarkan oleh syarikat yang dilantik oleh pihak Majlis masih pada kadar yang berpatutan.
2.1.14 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan kertas makluman pelaksanaan penyewaan tiang-tiang lampu dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi pemasangan ‘Bunting-Panel’. Mesyuarat memohon semakan :
i. pihak syarikat boleh menukar warna coklat pada panel.
ii. memastikan jumlah yang dipasang adalah sama dengan jumlah bayaran kepada majlis.
iii. kawalan harga maksimum pada RM 150.00 sahaja.
iv. kajian visual yang perlu dipasang jika panel kosong tanpa penyewa.
v. Dicadangkan dibuka kepada 2 @ 3 syarikat lagi.
3. MESYUARAT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT SEPERTI BERIKUT :
3.1. TEMPAT STRATEGIK UNTUK PENIAGA GERAI
Jabatan memaklumkan belum ada sebarang maklum balas diterima berkenaan tapak cadangan untuk dijadikan tapak berniaga di Ampang Campuran di simpang empat menuju Ampang Avenue. Pihak Majlis telah menghantar permohonan untuk menukarkan status tanah tersebut kepada tanah perniagaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.
Jabatan Penguatkuasa diminta mengambil tindakan terhadap perniagaan kitar semula yang beroperasi tanpa lesen di kawasan tersebut.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta/
Jabatan Penguatkuasa
3.2. SAMBUNGAN HARAM DI FLAT AR RIDHUAN
Berhubung isu penyambungan haram oleh 12 premis di Flat Ar Ridhuan, perbincangan yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasa bersama Bahagian COB mendapati pihak JMB tidak menyokong bagi pembinaan sambungan tersebut.
Walau bagaimanapun pihak JMB menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan ke atas premis-premis tersebut. Pemeriksaan mendapati ke semua premis telah membuat sambungan di bahagian hadapan. Perbincangan lanjut