Tarikh Kuat Kuasa: 3 September 2020 (OPv2.0)
Terma dan Syarat Aplikasi Pulse
Tarikh Kuat Kuasa: 3 September 2020 (OPv2.0)
Pulse Ecosystems Pte Ltd, adalah sebuah syarikat Singapura (“PulseCo”) yang menyediakan terma dan syarat untuk Aplikasi Pulse seperti dinyatakan di bawah. Apabila anda mendaftar untuk menggunakan Aplikasi Pulse, anda dianggap telah memasuki suatu perjanjian bersama kami seperti yang diterangkan dalam terma-terma dan syarat ini (“Perjanjian”).
A. PENGENALAN
Aplikasi Pulse adalah satu platform yang dikendalikan oleh kami yang membenarkan anda untuk mengakses semua perkhidmatan, fungsi, ciri dan maklumat tertentu (“Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse”).
Jika anda membeli mana-mana produk insurans atau mendaftar untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan insurans yang disediakan oleh entiti insurans Prudential (“Entiti Setempat Pru”) yang beroperasi di negara anda (rujuk Lampiran 2) di Pulse, Entiti Setempat Pru akan menyediakan produk dan perkhidmatan berikut kepada anda mengikut notis privasi serta terma dan syaratnya yang tersendiri.
Terdapat beberapa Perkhidmatan Pulse tertentu yang disediakan kepada anda oleh rakan-rakan kerjasama pihak ketiga kami (“Rakan-rakan Pulse”). Rakan-rakan Pulse memasuki kontrak bersama anda secara langsung menurut terma-terma dan syarat- syarat mereka tersendiri bagi menyediakan perkhidmatan menggunakan nama mereka sendiri.
Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse mungkin merangkumi perkhidmatan yang dikawal selia di bawah undang-undang berkaitan. Jika relevan, perkhidmatan-perkhidmatan ini akan disediakan di bawah lesen yang diperoleh sama ada oleh PulseCo atau Rakan- rakan Pulse.
Akses ke Aplikasi Pulse di luar bidang kuasa berdaftar anda (“Wilayah Negara Asal”) mungkin boleh mengehadkan atau membataskan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse yang diubah suai menurut Wilayah Negara Asal anda. Kami juga boleh menambah, mengubah, memadam, mengemas kini, atau sebaliknya mengubah suai Perkhidmatan- perkhidmatan Pulse dari semasa ke semasa. Kami juga mempunyai hak untuk menyekat atau mengehadkan akses ke mana-mana Perkhidmatan Pulse pada bila-bila masa menurut budi bicara kami.
Sila amalkan langkah keselamatan yang baik semasa menggunakan Aplikasi Pulse. Sebagai contoh, peranti yang anda gunakan untuk memuat turun dan mengakses Aplikasi Pulse perlu dilindungi dengan kata laluan dan dikunci selepas tempoh tidak aktif yang singkat.
B. PENDAFTARAN DAN ID Pulse
Apabila anda mendaftar untuk menggunakan Aplikasi Pulse, anda akan diberi suatu akaun unik (satu “ID Pulse”). ID Pulse anda adalah sangat bernilai, dan anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan dan perlindungannya. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang timbul daripada penggunaan Pulse ID anda tanpa kebenaran. Sila hubungi kami jika anda mengesyaki ID Pulse anda disalahgunakan.
Melainkan anda mendapat kebenaran ibu bapa atau waris yang sah, anda mesti berusia 18 tahun dan ke atas untuk mencipta ID Pulse dan menggunakan Aplikasi Pulse. ID Pulse untuk individu berusia 18 tahun boleh dicipta oleh ibu bapa atau waris yang sah. Ibu bapa atau waris yang sah adalah bertanggungjawab untuk memastikan individu tersebut mematuhi Perjanjian ini.
C. TUJUAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PULSE
Kesihatan, Kecergasan dan Kesejahteraan
Maklumat, kefungsian, ciri-ciri dan perkhidmatan yang disediakan adalah sebagai sebahagian daripada suatu perkhidmatan maklumat dan panduan umum sahaja dan ia mungkin tidak menyentuh segala hal tertentu berkaitan dengan keadaan anda. Untuk menyediakan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse, kami tidak menjalankan perniagaan seperti, yang diuruskan atau berperanan sebagai, sebuah klinik atau seorang pengamal perubatan profesional, oleh itu, kami tidak memikul sebarang tanggungjawab yang sepadan untuk menjaga anda. Melainkan perkhidmatan teleperubatan yang membenarkan anda untuk mendapatkan nasihat dari seorang pengamal perubatan berkelayakan atau pengamal kesihatan yang berkaitan, dalam apa jua cara pun, Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse tidak bertujuan untuk digunakan untuk diagnosis, nasihat atau rawatan peribadi atau perubatan mahupun sebagai suatu perkhidmatan penjagaan kesihatan atau berfungsi sebagai sebuah peranti perubatan.
Jika simptom-simptom anda berlarutan, berubah atau menjadi semakin teruk, atau anda berasa bimbang atau anda fikir bahawa anda menghadapi kecemasan perubatan, sila berjumpa dengan seorang doktor, penjaga kesihatan perubatan profesional atau perkhidmatan kecemasan dengan segera.
Sebarang keputusan yang anda lakukan berkaitan kesihatan anda mestilah sentiasa dibuat setelah mendapat nasihat seorang doktor atau penjaga kesihatan perubatan profesional. Kami menafikan semua jaminan berkaitan dengan hasil perkhidmatan maklumat tersebut; kebergantungan pada mana-mana maklumat yang disediakan oleh Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse dilakukan adalah atas tanggungan anda sendiri.
Apabila perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana Rakan Pulse atau pengamal perubatan atau profesional yang lain secara terus kepada anda, perkhidmatan itu tertakluk pada terma dan syarat serta privasi notis Rakan tersebut.
Penjelasan umum mengenai AI
Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse semakin banyak dikuasai oleh AI dan ia sentiasa belajar dan menambah baik prestasinya. Hasil daripada perkhidmatan tersebut disediakan oleh sistem komputer dan bukan dari seorang individu, dan ia tidak diubah suai mengikut situasi peribadi anda. Jika anda merasakan bahawa AI tidak memberi jawapan yang sesuai atau betul, kami menyarankan anda untuk memberi maklum balas kepada kami untuk membantu dalam usaha kami menambah baik AI tersebut.
Kebergantungan pada maklumat
Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse mungkin mengandungi maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga untuk kemudahan anda yang kami belum lagi sahkan sebagai tepat atau lengkap. Anda patut mendapatkan nasihat daripada individu berkelayakan sebelum membuat suatu tindakan di atas sebarang maklumat atau perkhidmatan yang tersedia dalam Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse.
D. LANGGANAN/PULSE ELIT
Kami menawarkan perkhidmatan langganan iaitu “Pulse Elit” yang menawarkan kepada anda akses ke ciri-ciri, kefungsian dan kandungan premium. Sebarang perkhidmatan insurans atau produk perkhidmatan kewangan lain yang menjadi sebahagian daripada langganan Pulse Elit ini disediakan sama ada oleh Entiti Setempat Pru atau penyedia perkhidmatan kewangan atau insurans berlesan yang lain.
Pulse Elit beroperasi menerusi pembaharuan secara automatik setiap bulan. Apabila anda membeli langganan Pulse Elit, anda telah mengakui dan bersetuju bahawa anda akan membuat pembayaran berulangan dan kaedah pembayaran yang dipilih oleh anda akan dikenakan caj setiap bulan. Anda boleh membatalkan atau menaik taraf langganan anda pada bila-bila masa di laman Langganan Pulse Elit atau laman Tetapan, perubahan yang dibuat akan berkuatkuasa pada sehari selepas tempoh langganan semasa anda berakhir. Anda tidak berhak mendapat sebarang pembayaran balik bagi tempoh-tempoh langganan separa.
Kami mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana komponen Pulse Elit dengan komponen lain yang mempunyai sifat, ciri atau nilai yang sama, dengan memberi notis makluman dalam lingkungan tempoh wajar kepada anda terlebih dahulu.
Kami berhak untuk mengubah harga Pulse Elit dengan memberi notis makluman dalam lingkungan tempoh yang wajar kepada anda terlebih dahulu. Perubahan harga akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan bulanan seterusnya selepas tarikh perubahan harga tersebut. Dengan meneruskan penggunaan Pulse Elit selepas perubahan harga dikuatkuasakan, anda akan dianggap menerima harga baharu itu. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan harga ini, anda berhak untuk menolak perubahan harga tersebut dengan membatalkan langganan Pulse Elit anda sebelum perubahan harga berkuat kuasa di laman langgan Pulse Elit atau laman tetapan.
Kami boleh menawarkan sampel atau tempoh percubaan percuma untuk langganan Pulse Elit dari masa ke masa. Bayaran bulanan akan dicaj secara automatik kepada anda untuk langganan Pulse Elit yang bersesuai selepas tempoh percubaan tamat. Anda boleh membatalkan sampel atau tempoh langganan percuma tersebut pada bila-bila masa.
Pulse Elit tidak boleh dikongsi menggunakan perkongsian keluarga antara ahli keluarga.
E. RAKAN-RAKAN PULSE
Terdapat beberapa Perkhidmatan Pulse yang disediakan kepada anda oleh Rakan-rakan Pulse. Perkhidmatan-perkhidmatan ini melibatkan penjual yang menjual produk dan perkhidmatan di Pusat Pasaran Sehenti Pulse, perkhidmatan Penilaian Kesihatan dan Pemeriksa Simptom, perkhidmatan teleperubatan, dompet pulse di negara-negara tertentu dan perkhidmatan lain yang kami boleh tambah dari masa ke masa. Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse mungkin tertakluk pada terma dan syarat Rakan- rakan Pulse yang akan tersedia untuk anda sebelum anda menggunakan perkhidmatan berkaitan, dan anda akan memasuki dalam satu perjanjian bersama Rakan Pulse menurut terma-terma yang mereka tetapkan (“Terma-Terma Rakan Pulse”) yang akan menjadi berasingan dan bebas daripada perjanjian ini. PulseCo bukan pihak yang terlibat, dan tidak akan terikat dengan, Terma-Terma Rakan Pulse. Rakan-rakan Pulse boleh mengenakan caj kepada anda untuk Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse yang tertentu.
Apabila Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse disediakan kepada anda oleh suatu Rakan Pulse, Rakan Pulse tersebut (dan bukannya PulseCo) yang akan memikul tanggungjawab ke atas anda kerana menyediakan Perkhidmatan Pulse yang bersesuaian kepada anda, dan PulseCo tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse tersebut untuk sebarang tindakan yang dibuat atau diabaikan oleh Rakan Pulse. PulseCo tidak menyokong, menjamin atau memberi waranti untuk sebarang maklumat, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan oleh pihak ketiga Rakan Pulse melalui Aplikasi Pulse, dan PulseCo tidak akan terlibat dalam mana-mana transaksi yang dibuat antara anda dan mana-mana pihak ketiga Rakan Pulse.
F. LAMAN WEB DAN PERANTI PIHAK KETIGA
Aplikasi Pulse boleh menyediakan pautan ke laman web pihak ketiga. Anda melayari mana-mana laman web pihak ketiga atas tanggungan anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan atau ketepatan mana-mana laman web pihak ketiga dan tidak menanggung apa-apa liabiliti ke atas sebarang laman web pihak ketiga.
Apabila anda menyambung atau melaraskan Aplikasi Pulse atau mana-mana Perkhidmatan Pulse dengan peranti pihak ketiga, kami tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas penggunaan peranti pihak ketiga oleh anda, dan kami tidak
menjamin bahawa peranti pihak ketiga akan berfungsi atau sesuai dengan Aplikasi Pulse atau Perkhidmatan Pulse atau mempunyai sifar ralat. Khususnya, kami tidak menanggung liabiliti untuk sebarang keralatan, pengabaian atau ketidaktepatan dalam data yang diterima dari peranti pihak ketiga, atau sebarang data atau hasil yang diperoleh berdasarkan data yang diterima dari peranti pihak ketiga tersebut. Hal ini termasuklah mana-mana peranti PulseCo atau Entiti Setempat Pru sediakan untuk anda sebagai sampel, hadiah atau digunakan untuk suatu tempoh percubaan atau sebagai sebahagian daripada mana-mana Perkhidmatan Pulse atau produk atau perkhidmatan insurans Entiti Setempat Pru.
G. PERALATAN DAN PEMANTAUAN
Kami boleh menggunakan peralatan analitik data untuk memantau penggunaan Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse untuk menyediakan maklumat kepada kami yang akan digunakan dalam menentukan sama ada kami patut membuat perubahan pada Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse serta menjalankan pemprofilan seperti pemprofilan pemasaran. Kami juga boleh mengumpul dan menggunakan data teknikal serta maklumat berkaitan – termasuk dan tidak terhad pada maklumat teknikal mengenai peranti anda termasuk sistem peranti dan aplikasi perisian serta peranti persisiannya – untuk melancarkan peruntukan kemas kini, sokongan produk dan perkhidmatan lain berkaitan Aplikasi Pulse kepada anda. Apa-apa data peribadi yang dikumpul berkaitan dengan perenggan ini adalah tertakluk pada Notis Privasi kami.
Kami boleh mengambil langkah seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini dan sepertimana yang kami percaya sebagai wajar atau patut untuk memantau, menguat kuasa atau mengesahkan pematuhan anda sejajar dengan Perjanjian ini, termasuklah Peraturan Penggunaan.
H. PERATURAN PENGGUNAAN
Kami memberi kepada anda lesen yang tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse seperti yang dibenarkan dalam “Peraturan Penggunaan” di bawah. Kami boleh mengawasi penggunaan dan aktiviti anda di Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse untuk memantau pematuhan sejajar dengan Peraturan Penggunaan ini.
Peraturan Penggunaan:
• Anda boleh menggunakan Aplikasi Pulse dan maklumat serta perkhidmatannya untuk tujuan peribadi dan bukan komersial.
• Anda tidak boleh mengubah atau memintas mana-mana teknologi keselamatan yang digunakan dalam Aplikasi Pulse.
• Anda tidak boleh melakukan sebarang kejuruteraan undur, meleraikan, cubaan untuk mengekstrak kod sumber, mengubah suai atau menghasilkan ciptaan terbitan Aplikasi Pulse, sebarang kemas kini, atau mana-mana bahagian berikut (kecuali apabila sebarang sekatan tersebut dilarang oleh undang-undang tertentu atau setakat mana perbuatan itu dibenarkan oleh terma-terma perlesenan yang mentadbir urus penggunaan sebarang komponen sumber terbuka yang dikandungi dalam Aplikasi Pulse).
• Anda tidak boleh memindahkan apa-apa data, menghantar atau memuat naik sebarang bahan yang mengandungi virus, Kuda Trojan, cacing, bom masa, pencatat taipan kunci, perisian intip, perisian iklan atau sebarang program berbahaya atau kod komputer berkaitan yang dibangunkan untuk menjejaskan operasi Aplikasi Pulse.
• Anda tidak boleh melakukan penyelewengan atau menggunakan Aplikasi Pulse dengan niat jahat, serta anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Aplikasi Pulse dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, menyahdaya, membebankan, menjejaskan atau melemahkan sistem-sistem atau keselamatan kami mahupun mengganggu pengguna-pengguna lain.
• Anda tidak boleh mengumpul atau memperoleh maklumat tentang pengguna lain tanpa kebenaran mereka. Anda tidak boleh, atau membantu individu lain untuk, menggunakan Aplikasi Pulse bagi sebarang penggunaan bukan peribadi ke atas Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kami kecuali dibenarkan oleh PulseCo.
• Anda tidak boleh menyebarkan atau menjadikan Aplikasi Pulse tersedia, sama ada di luar talian atau di dalam apa-apa rangkaian, yang boleh digunakan oleh banyak peranti pada masa yang sama.
• Jika anda menjual atau memberikan kepada pihak ketiga peranti yang anda gunakan untuk memasang Aplikasi Pulse, anda mesti menyahpasang Aplikasi Pulse daripada peranti tersebut sebelum berbuat sedemikian.
• Anda mesti mematuhi Panduan Hantaran (Rujuk Bahagian l).
• Anda mesti mematuhi mana-mana terma penggunaan yang dikenal pasti pada Aplikasi Pulse yang berkaitan dengan kandungan, media atau perkhidmatan tertentu.
• Anda mesti mematuhi semua undang-undang berkaitan dengan penggunaan Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse oleh anda.
Jika terdapat pihak ketiga yang membuat dakwaan terhadap kami kerana melanggar Peraturan Penggunaan ini, anda akan melindungi kami daripada sebarang kos,
perbelanjaan, bayaran, cukai dan liabiliti lain yang ditanggung oleh kami kerana dakwaan tersebut, termasuklah kos dan perbelanjaan kami yang ditanggung semasa mempertahankan serta menangani dakwaan ini.
I. HANTARAN ANDA
Aplikasi Pulse boleh membenarkan anda untuk mencipta, pos, memuat naik, berkongsi, menghantar atau menyampaikan kandungan atau bahan seperti komen, bualan, media, gambar, video dan sebarang bahan lain yang anda pilih untuk sediakan (“Hantaran”). Penggunaan ciri-ciri berikut oleh anda dan setiap Hantaran anda pos akan tertakluk pada Notis Privasi kami dan mesti mematuhi “Panduan Hantaran” di bawah.
Panduan Hantaran: Anda tidak boleh pos sebarang Hantaran yang:
• anda tidak mahu pengguna lain lihat;
• anda tidak dibenarkan, tidak berhak atau diberi lesen untuk pos;
• mencabul harta intelek, privasi atau hak pihak ketiga termasuklah mempersenda,
doxxing, atau mengganggu pengguna atau mana-mana individu lain;
• kasar, berbaur fitnah, menyinggung perasaan, menghina, menyalahi undang- undang, mengelirukan, berbaur ugutan, mengutuk, bersifat perkauman atau menghina etnik atau berbaur hasutan atau menggalakkan perbuatan yang menyalahi undang-undang atau salah;
• menyeleweng, palsu, mengelirukan atau berbaur penipuan;
• merupakan maklumat sulit, peribadi atau rahsia milik individu lain;
• merupakan permohonan untuk mendapatkan maklumat individu bawah umur;
• menyamar atau memberi gambaran yang salah untuk hubungan anda dengan individu atau entity lain;
• melainkan dibenarkan oleh kami, hal-hal bersifat promosi, termasuk tetapi tidak terhad pada iklan, bahan promosi, atau pengumuman bermaklumat;
• merupakan atau sebarang percubaan untuk terlibat dalam aktiviti manipulasi, haram atau menyeleweng; atau
• melanggar apa-apa undang-undang atau menggalakkan sebarang perbuatan yang menyalahi apa-apa undang-undang.
Semasa membuat pos Hantaran, anda memberi kami lesen yang diterima di seluruh dunia, bebas royalti, berterusan, tidak boleh ditarik balik, tidak eksklusif, yang boleh dijadikan sebagai sublesen untuk menggunakan, menyalin, mengubah suai, dipapar secara umum, dihasilkan semula, diterjemahkan, menghasilkan ciptaan terbitan daripada, dan mengedarkan Hantaran tersebut, secara menyeluruh atau sebahagian sahaja, yang berkaitan dengan peruntukan, pengembangan dan promosi Aplikasi Pulse serta Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse, di sebarang media yang diketahui sekarang atau di masa hadapan. Apabila membuat suatu pos Hantaran, anda mewakili dan menjamin bahawa anda memiliki Hantaran tersebut atau anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk memberi kami lesen agar dapat menggunakan Hantaran yang dinyatakan seperti di atas, dan penggunaan kami ke atas Hantaran tersebut tidak sama sekali akan melanggar mana-mana hak pihak ketiga.
Kami boleh memutuskan untuk membuang atau menyunting mana-mana Hantaran menurut budi bicara kami. Jika anda melihat bahan-bahan yang tidak mematuhi Panduan Hantaran ini, sila gunakan ciri Menyediakan Maklum Balas.
Sebarang Hantaran yang anda pos adalah di bawah tanggungan anda sendiri dan anda melepaskan kami daripada sebarang dan semua liabiliti ke atas diri anda untuk sebarang kerugian atau liabiliti terhadap Hantaran tersebut. Jika anda pos sebarang Hantaran yang anda ingin kami buang atau berhenti menggunakannya, sila gunakan ciri Menyediakan Maklum Balas. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda dengan berhenti menggunakan serta menyebarkan Hantaran tersebut, tetapi kami mungkin tidak dapat mengambil tindakan ke atas sebarang penggunaan atau penyebaran yang sudah berlaku.
Jika terdapat mana-mana pihak ketiga yang membuat dakwaan ke atas kami kerana anda melanggar Panduan Hantaran ini, anda akan melindungi kami daripada sebarang kos, perbelanjaan, bayaran, cukai dan liabiliti lain yang ditanggung oleh kami kerana dakwaan tersebut, termasuklah kos serta perbelanjaan yang timbul kerana mempertahankan dan menangani dakwaan ini.
J. PEMBAYARAN
Kami menggunakan pemproses pembayaran pihak ketiga untuk menguruskan pembayaran yang selamat untuk Perkhidmatan Pulse yang boleh dikenakan caj dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi sebarang perbuatan atau pengabaian yang dibuat oleh pemproses pembayaran pihak ketiga tersebut.
K. HARTA INTELEK
Semua hak harta intelek di Aplikasi Pulse termasuklah tetapi tidak terhad pada semua kandungan, grafik, antara muka pengguna, klip audio, klip video, kandungan editorial, dan skrip serta perisian yang digunakan untuk melaksanakan Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse yang dimiliki oleh kami dan/atau pelesen-pelesen kami dan dilindungi oleh undang-undang hak harta intelek yang berkaitan atau perundangan lain. Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Penggunaan.
Nama kami, nama Aplikasi Pulse, logo Prudential dan tanda dagangan Prudential lain, tanda perkhidmatan, grafik serta logo digunakan yang berkaitan dengan Aplikasi Pulse ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Prudential Plc dan syarikat-syarikat gabungannya di United Kingdom dan negara-negara lain di seluruh dunia. Anda tidak diberi sebarang hak atau lesen untuk mana-mana tanda dagangan yang dinyatakan di atas.
L. PENAFIAN
Kami tidak menjamin, mewakili atau memberi jaminan bahawa penggunaan Aplikasi Pulse anda tidak akan terganggu atau bebas ralat. Dari masa ke masa, kami boleh menyahdaya atau mengehadkan akses ke semua atau sebahagian daripada Aplikasi Pulse tanpa memaklumkan kepada anda dahulu.
Kami tidak mewakili atau menjamin bahawa Aplikasi Pulse atau Perkhidmatan- perkhidmatan Pulse akan selamat daripada kehilangan, kerosakan, serangan, virus, campur tangan, penggodaman, atau pencerobohan keselamatan lain, serta anda dengan ini melepaskan kami daripada menanggung sebarang liability berkaitan dengan hal tersebut. Anda bertanggungjawab untuk membuat sandaran sistem anda sendiri, termasuklah sebarang kandungan yang diperoleh melalui Aplikasi Pulse.
Anda mengakui dan bersetuju dengan nyata bahawa anda menggunakan Aplikasi Pulse atas tanggungan anda sendiri. Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse disediakan “seperti yang dijanjikan” dan “seperti yang disediakan”, dengan semua kekurangan dan tanpa sebarang bentuk jaminan dibuat, dan kami menafikan semua jaminan dan syarat berkaitan Aplikasi Pulse dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse, sama ada dinyatakan, ditunjukkan secara tersirat, atau mengikut undang-undang, termasuklah, tetapi tidak terhad pada, jaminan dan / atau syarat tersirat pada kualiti kepuasan, yang bersesuaian untuk tujuan khusus, ketepatan dan tidak melanggar hak pihak ketiga. Tiada maklumat atau nasihat bertulis mahupun lisan yang diberi oleh kami atau mana-mana wakil yang diberi kuasa akan mencipta jaminan, waranti, perwakilan atau perkara yang membawa maksud sama.
M. LIABILITI
Dalam apa-apa kes, kami, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, sekutu-sekutu, ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, atau pelesen-pelesen kami atau untuk sebarang tuntutan lain yang berkaitan dalam apa jua cara sekalipun dalam penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Aplikasi Pulse atau Perkhidmatan Pulse dan / atau kandungan yang tersedia selepas ini, termasuklah tetapi tidak terhad pada, kehilangan kerana menanggung kerugian, kehilangan data, gangguan perniagaan, atau apa-apa kerosakan atau kerugian komersial lain, sebarang keralatan atau peninggalan dalam sebarang kandungan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung sebagai akibat menggunakan apa-apa kandungan yang dipos, dihantar, atau tersedia di Aplikasi Pulse atau Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse, walau apapun yang menjadi sebab, meskipun sudah dinasihatkan tentang kebarangkalian hal- hal itu berlaku. Dalam apa jua keadaan, liabiliti keseluruhan kami ke atas anda dalam kontrak, tort (termasuk pengabaian), statut atau untuk semua kerosakan yang melebihi
(a) jika liabiliti kami berkaitan dengan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse yang anda telah membayar caj yang dikenakan, jumlah yang dibayar oleh anda, dan (b) jika (a) tidak boleh diaplikasikan, jumlah sebanyak lima puluh dolar Hong Kong atau nilai yang sama dalam mata wang Negara Pemastautin anda.
Walaupun dinyatakan dalam peruntukan lain di Perjanjian ini, pelepasan, penafian, batasan dan pengecualian liabiliti dalam Perjanjian ini dinyatakan setiap satu agar terpakai sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Hal-hal ini tidak bertujuan untuk mengecualikan, mengehadkan atau mengubah suai sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan, dihadkan atau diubah suai di bawah mana-mana perundangan dan akan dianggap tertakluk pada mana-mana liability wajib yang tidak boleh dikecualikan.
N. PERGANTUNGAN DAN PENAMATAN
Anda boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan membatalkan pendaftaran akaun anda seperti yang dinyatakan di Aplikasi Pulse. Anda tidak berhak mendapat pembayaran balik bagi bahagian yang tidak luput untuk sebarang jumlah yang dibayar oleh anda untuk menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pulse kecuali anda membuat penamatan kerana kami membuat perubahan pada atau menjejaskan Perkhidmatan-perkhidmatan Pulse berkaitan dengan aspek pembayaran.
Kami boleh menamatkan atau menggantung akaun anda jika kami percaya dengan alasan yang munasabah bahawa anda telah melanggar Perjanjian ini (termasuklah Peraturan Penggunaan dan Panduan Hantaran) atau mana-mana Terma Rakan Pulse. Jika perlu, kami akan memberi amaran awal sebelum kami bertindak. Walau bagaimanapun, kami mempunyai hak, khususnya untuk pelanggaran yang berulang atau pelanggaran yang serius (seperti tidak mematuhi Peraturan Penggunaan, Panduan Hantaran atau terma-terma mana-mana Rakan Pulse) untuk menggantung atau menamatkan perkhidmatan kami tanpa memberi amaran awal kepada anda. Anda tidak berhak untuk mendapat sebarang pembayaran balik untuk apa-apa tempoh
penggantungan atau jika kami menamatkan perkhidmatan kami kerana pelanggaran anda.
Di samping hak-hak pergantungan atau penamatan lain, kami boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis tidak kurang dari 30 hari kepada anda. Anda berhak mendapatkan pembayaran balik pro rata untuk tempoh yang tidak luput bagi sebarang caj yang dibayar oleh anda untuk perkhidmatan yang disediakan oleh kami di bawah Aplikasi Pulse.
Berikutan penamatan Perjanjian ini, hak anda untuk mengakses Aplikasi Pulse dan semua Perkhidmatan Pulse ditarik balik. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Rakan Pulse nanti, anda perlu terus menghubungi mereka.
Kami mempunyai hak untuk mengubah suai, menggantung, menamatkan atau tidak meneruskan mana-mana Perkhidmatan Pulse untuk pelbagai sebab, tanpa notis, pada bila-bila masa.
O. Umum
Perubahan pada Perjanjian: Kami boleh meminda Perjanjian ini dari masa ke masa. Kami tidak boleh membatalkan hak anda di bawah Perjanjian ini tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu. Kami sentiasa menyatakan tarikh perubahan terakhir yang dilakukan.
Undang-Undang Mentadbir Urus: Perjanjian ini dan hubungan anda dengan kami, serta semua transaksi di Aplikasi Pulse akan ditadbir urus oleh undang-undang negara Singapura. Anda dan kami bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif dan peribadi mahkamah di Singapura.
Pematuhan Dagangan: Anda tidak boleh menggunakan, memberi akses atau membekalkan mana-mana bahagian Aplikasi Pulse melainkan dibenarkan oleh undang- undang yang terpakai. Khususnya, tetapi tidak terhad pada, tiada mana-mana bahagian Aplikasi Pulse boleh digunakan, diberi akses atau dibekalkan (a) di mana-mana negara yang disekat oleh UK atau A.S. atau (b) kepada sesiapapun dalam Senarai Kebangsaan Khas Jabatan Perbendaharaan A.S. atau Senarai Individu Disekat atau Senarai Entiti Jabatan Perdagangan A.S. Dengan mendaftar untuk menggunakan Aplikasi Pulse, anda mewakili dan menjamin bahawa anda tidak berada di mana-mana negara tersebut dalam mana-mana senarai tersebut. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan, memberi akses atau membekal produk-produk ini untuk sebarang tujuan yang dilarang di Negara Pemastautin anda atau undang-undang terpakai lain, termasuklah, tanpa terhad pada, pembangunan, rekaan, pengeluaran, atau penghasilan senjata nuklear, misil, atau kimia mahupun biologi.
Keseluruhan Perjanjian: Perjanjian ini yang dipinda dari masa ke masa merangkumi keseluruhan perjanjian yang termeterai antara anda dan kami berkaitan Aplikasi Pulse,
menggantikan apa-apa perjanjian yang dibuat terdahulu berkaitan subjek yang sama antara anda dan kami.
Penepian: Tiada kegagalan atau kelewatan daripada kami dalam menggunakan sebarang hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang atau menurut Perjanjian ini yang boleh menjejaskan hak atau remedi tersebut atau pengoperasian atau dianggap sebagai penepian atau variasi penepian atau menghalang penggunaan hak ini pada bila-bila masa selepas ini.
Force Majeure: Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk memenuhi mana-mana obligasi kami di bawah Perjanjian ini atas sebab-sebab di luar kawalan kami yang munasabah.
Pemindahan: Setakat mana dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju yang kami boleh menyerahkan, membuat pemindahan atau membatalkan hak dan obligasi kami di bawah Perjanjian ini, secara menyeluruh atau sebahagian daripada Perjanjian ini, pada bila-bila masa tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu. Anda tidak boleh menyerahkan, membuat pemindahan atau membatalkan apa-apa hak atau tanggungjawab di bawah Perjanjian ini.
Notis: Kami boleh menghantar notis berkaitan Aplikasi Pulse kepada anda dengan menghantar mesej e-mel ke alamat e-mel anda atau surat menerusi mel surat ke alamat surat-menyurat anda, atau dengan membuat pos di Aplikasi Pulse. Kami boleh menghubungi anda melalui e-mel atau notifikasiuntuk menghantar maklumat tambahan mengenai Aplikasi Pulse. Tanggungjawab anda adalah untuk memeriksa bahawa notifikasi tersebut tidak dinyahdaya di peranti anda. Anda boleh menghantar notis kepada kami dengan menghubungi kami melalui ciri Menyediakan Maklum Balas.
Bahasa: Jika versi bahasa Inggeris dan terjemahan tempatan rasmi Notis Privasi ini tidak konsisten, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
Lampiran 1 – Maklumat Khusus Mengenai Wilayah/Negara
Jika anda seorang pengguna di salah sebuah negara berikut, maklumat di bawah adalah relevan kepada anda.
Filipina
Pulse dioperasikan oleh Pulse Ecosystems Pte. Ltd., sebuah syarikat gabungan Pru Life UK. Kedua-dua syarikat tersebut ialah syarikat –syarikat gabungan Prudential Plc, sebuah syarikat diperbadankan di United Kingdom. Prudential plc, Pulse Ecosystems Pte. Ltd., dan Pru Life UK tidak bergabung dengan Prudential Financial Inc., Philippine Prudential Life Insurance Company Inc., Prudentialife Plans, Inc. atau Prudential Guarantee and Assurance, Inc.
Thailand
Perenggan kedua Bahagian B (PENDAFTARAN DAN ID Pulse) Perjanjian ini akan dianggap sebagai dimansuhkan dan digantikan dengan yang berikut:
“Melainkan anda mendapat kebenaran ibu bapa atau waris yang sah, anda mesti berusia 20 tahun dan ke atas untuk mencipta ID Pulse dan menggunakan Aplikasi Pulse. ID bagi individu di bawah usia 20 tahun boleh dicipta oleh ibu bapa atau waris yang sah. Ibu bapa atau waris yang sah bertanggungjawab untuk memastikan individu tersebut mematuhi Perjanjian ini.”
Taiwan
Pulse dioperasikan oleh Pulse Ecosystems Pte. Ltd., sebuah syarikat gabungan PCA Life Assurance Co., LTD (PCALT). Kedua-dua syarikat tersebut ialah syarkat gabungan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom. Prudential plc, Sama ada Pulse Ecosystems Pte. Ltd, mahupun PCALT adalah bukan syarikan gabungan di bawah Prudential Financial Inc., sebuah syarikat dengan lokasi perniagaan utamanya ialah Amerika Syarikat.
Perenggan kedua Bahagian B (PENDAFTARAN DAN ID Pulse) Perjanjian ini akan dianggap sebagai dimansuhkan dan digantikan dengan yang berikut:
“ID Pulse adalah untuk penggunaan individu dewasa yang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun. Perkhidmatan ini tidak tersedia untuk individu bawah umur.”
Malaysia
“Apabila perkataan ‘insurans’ digunakan, ia akan juga termasuk takaful.”
Indonesia
Perenggan kedua Bahagian B (PENDAFTARAN DAN ID Pulse) Perjanjian ini akan dianggap sebagai dimansuhkan dan digantikan dengan yang berikut:
“Anda mesti berusia 21 tahun dan ke atas dan tidak berada di bawah jagaan untuk mencipta ID Pulse.
Lampiran 2 – Butiran entiti-entiti insurans Prudential di wilayah/negara anda
Negara | Entiti Insurans Prudential | Laman Web |
Kemboja | Prudential (Cambodia) Life Assurance Plc | |
Hong Kong | Prudential Hong Kong Limited Prudential General Insurance Hong Kong Limited | |
Indonesia | PT Prudential Life Assurance | xxxxx://xxx.xxxxxxxxxx.xx.xx/xx/xxxxxx/xxxxxxx- policy/ |
Laos | Prudential Life Assurance (Lao) Company Limited | |
Malaysia | Prudential Assurance Malaysia Berhad | xxxxx://xxx.xxxxxxxxxx.xxx.xx/xx/xxxxxx/xxxxxxx- policy/ |
Malaysia Takaful | Prudential BSN Takaful Berhad | |
Myanmar | Prudential Myanmar Life Insurance Limited | xxxxx://xxx.xxxxxxxxxx.xxx.xx/xx/xxxxxx/xxxxxxx- notice/ |
Singapura | Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Ltd | |
Taiwan | PCA Life Assurance Co., Ltd. | |
Thailand | Prudential Life Assurance (Thailand) Public Company Limited |
Filipina | Pru Life Insurance Corporation of U.K. | |
Vietnam | Prudential Vietnam Assurance Private Limited |