Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL.5/2018- PENYEWAAN DAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA DI TANJONG CITY MARINA | 221510 | 5 Mac 2018 / Laman Web SPPP | 14 Mac 2018 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (SILA MASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA) 2. Lawatan Tapak adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga. Lawatan Tapak akan diadakan seperti berikut: - Tarikh : 8 Mac 2018 Masa : 9.00 pagi Tempat : Tempat Letak Kereta di Tanjong City Marina Pegawai yang dihubungi : Puan Maryati binti Ramli (012-401 5166) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SPESIFIKASI BAGI SEBUT HARGA BIL. 5/2018 PENYEWAAN DAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA DI TANJONG CITY MARINA. 5. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 14 Mac 2018 jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak. 6. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. 7. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. |
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 5 Mac 2018
Borang A
SEBUT HARGA BIL.5/2018 PENYEWAAN DAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA
DI TANJONG CITY MARINA
RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)
Bil. | Perkhidmatan | Unit | Jumlah 24 bulan (RM) |
1.0 | Menyewa dan menguruskan kawasan lot letak | ||
kereta sebanyak 95 lot di Tanjung City Marina. | Pukal | ...................... | |
2.0 | Menjaga dan menyelenggara tempat letak | ||
kereta supaya sentiasa bersih setiap masa. | - | - | |
3.0 | Menyediakan tong sampah yang mencukupi di | - | - |
kawasan tempat letak kereta. | |||
4.0 | Tidak menambah atau mengurangkan jumlah | ||
lot letak kereta dalam lingkungan tempat letak | - | - | |
kereta kecuali terlebih dahulu mendapat | |||
kelulusan bertulis dari SPPP. | |||
5.0 | Mengambil langkah yang mencukupi untuk | ||
menjamin bahawa tiada kenderaan diletakkan | |||
mengikut apa-apa cara yang boleh | - | - | |
menghalang pergerakan lalu lintas yang | |||
sempurna di dalam atau di sekitar tempat letak | |||
kereta. | |||
6.0 | Memastikan lorong laluan keluar masuk tempat | - | - |
letak kereta tidak menghalang pergerakan | |||
keluar masuk kenderaan. | |||
7.0 | Perlu bertanggungjawab untuk memastikan | ||
garisan tempat letak kereta dan papan tanda | - | - | |
makluman dalam keadaan yang baik serta | |||
menyelenggara turapan lot letak kereta. | |||
8.0 | Tidak membenarkan penggunaan mana-mana | ||
bahagian tempat letak kereta bagi apa-apa | - | - | |
maksud lain selain daripada untuk meletak | |||
kenderaan kecuali terlebih dahulu mendapat | |||
kelulusan bertulis dari SPPP. | |||
9.0 | Mematuhi arahan dan peraturan yang | - | - |
ditetapkan oleh Majlis untuk memastikan | |||
bahawa keselamatan yang mencukupi | |||
ditempat letak kereta. | |||
- | - | ||
10.0 | Menyediakan lot letak kereta bagi Orang | ||
Kurang Upaya (OKU). | |||
11.0 | Menyediakan surat perakuan kepada SPPP | - | Disertakan/ |
bahawa pekerja-pekerja yang akan ditugaskan | Tidak disertakan | ||
adalah berstatus Warganegara Malaysia |
12.0 | sahaja. (Sila potong yang mana tidak berkenaan) Menyediakan dan menyenaraikan peralatan yang bersesuaian bagi melaksanakan perkhidmatan ini. | - | - |
*Jumlah Dibawa Ke Borang Sebut Harga |
Jumlah Ringgit Malaysia:
........................................................................................................................................................
i.*No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Tempoh penyewaan (1 April 2018 hingga 31 Mac 2020) Boleh/ Tidak Boleh (Sila pilih antara satu)
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga
Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan :
Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Sebut Harga Untuk Bekalan/ Perkhidmatan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
1. PEMERIKSAAN TAPAK
Penyewa disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak, takat dan jenis barang yang perlu bagi menyiapkan Perkhidmatan, cara- cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Penyewa mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. PERATURAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan-perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir-butir perkhidmatan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
3. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK PERKHDMATAN
Penyewa tidak dibenarkan mengsub-sewakan Perkhidmatan kepada pihak-pihak lain. Penyewa tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. RINGKASAN SEBUT HARGA
4.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
4.2 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh dan barang, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Perkhidmatan.
4.3 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyewa hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
5. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
5.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Penyewa hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan perkhidmatan dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara
khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
5.2 Jika Penyewa mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
6. PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEWA
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Penyewa berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian perkhidmatan, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(b) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa- apa alasan yang munasabah; dan
(c) Apabila Penyewa diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
7. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH PENYEWA
Penyewa hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang- undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Penyewa tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat- syarat ini.
8. PENALTI LEWAT PEMBAYARAN SEWA
Pembayaran sewa adalah dalam bentuk bulanan. Penyewa hendaklah membuat bayaran sewa bulanan kepada SPPP dalam tempoh 1hb hingga 7hb setiap bulan.
Penalti lewat pembayaran bagi sehari adalah seperti berikut:
Penalti = 18%/ 365 x Jumlah Nilai Yang Lewat Bayar x Bilangan Hari Yang Lewat
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 5/2018 PENYEWAAN DAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA DI TANJONG CITY MARINA
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkenaan.
Borang C
SENARAI SEMAK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tempoh penyewaan) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Surat Perakuan Berkenaan Pekerja Berstatus Warganegara Malaysia | ||
6. | *Senarai Peralatan Yang Bersesuaian Untuk Kerja-kerja Yang Akan Dilaksanakan | ||
7. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (November 2017, Disember 2017 & Januari 2018) | ||
8. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap akan tidak dipertimbangkan.
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].