ARAHAN & SYARAT TENDER
ARAHAN & SYARAT TENDER
1. AM
Xxxxxxxx hendaklah mematuhi arahan dan syarat-syarat di bawah ini apabila menyertai tawaran. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat boleh mengakibatkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan.
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, arahan dan syarat-syarat am yang berikut hendaklah terpakai melainkan setakat mana syarat- syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh pembekal.
2. XXXXXXXXX MENYERTAI TENDER
2.1 Petender tempatan (bertaraf Bumiputera atau tidak bertaraf Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah Kod Bidang pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia 210102, 210103, 210104, 210105 dan 210106.
2.2 Pendaftaran dengan KKM merupakan jaminan ke atas tender yang dikemukakan. Sekiranya petender menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan, menolak tawaran setelah setuju terima dikeluarkan, atau mengenakan had atau syarat tambahan kepada pihak LHDNM berbangkit daripada setuju terima tender ini, maka dengan sehubungan itu, tindakan boleh diambil terhadap petender. Pendaftaran dengan KKM juga adalah merupakan jaminan bahawa petender akan mematuhi semua arahan-arahan, syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa.
2.3 LHDNM akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan taraf pendaftaran syarikat dengan KKM. Sekiranya terdapat perbezaan berhubung status pendaftaran syarikat yang disemak (terutamanya dalam aspek pendaftaran kod bidang KKM) dari status yang diisytiharkan oleh syarikat, LHDNM berhak untuk membatalkan penyertaan syarikat di dalam tender ini. Sekiranya tender telah ditutup, LHDNM berhak untuk tidak mempertimbangkan apa-apa cadangan syarikat dan syarikat dianggap terlucut hak sekiranya tender tersebut dipertimbangkan untuk pentauliahan.
2.4 Jika petender menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan, menolak tawaran setelah setuju terima dikeluarkan, atau mengenakan had atau syarat tambahan kepada pihak LHDNM berbangkit daripada setuju terima tender ini, maka tindakan boleh diambil terhadap petender.
2.5 Xxxxxxxx hendaklah bebas daripada apa-apa tindakan / hukuman tatatertib semasa menyertai tender ini.
2.6 Petender mestilah mempunyai Nombor Rujukan Cukai serta mematuhi Akta / Undang- Undang / Peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa.
3. PANDUAN MENGISI DAN MELENGKAPKAN DOKUMEN TAWARAN TENDER
3.1 Petender dikehendaki mengisi, melengkapkan Dokumen Tender dan mengemukakan semua dokumen sokongan yang berkaitan selaras dengan arahan-arahan yang dinyatakan di dalam Dokumen Tender ini.
3.2 Dokumen Tender yang diisi hendaklah mengikut format ditetapkan. LHDNM berhak menolak mana-mana tender yang membuat pindaan ke atas format dokumen yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Tender ini melainkan dibenarkan oleh LHDNM.
3.3 Dokumen Tender hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan yang disediakan. Penggunaan perkataan “ditto” atau “seperti di atas” tidak boleh digunakan. Bagi ruangan kosong, iaitu tiada apa-apa maklumat untuk dicatatkan, hendaklah ditulis “Tiada Berkenaan”/ ”TB” atau ”Not Applicable” / ”NA”.
3.4 Petender hendaklah mengisi semua jadual atau ruangan dalam Dokumen Komersil dan Dokumen Teknikal yang disediakan dengan lengkap. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menjejaskan penilaian terhadap Dokumen Tawaran Tender oleh Xxxxxxxx.
3.5 Petender dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam Dokumen Tender seperti berikut:-
3.5.1 DOKUMEN KOMERSIL
Secara umumnya Dokumen Komersil memperincikan maklumat berhubung latar belakang syarikat seperti keupayaan dan prestasi kewangan syarikat secara
keseluruhan, saiz dan keupayaan operasi syarikat serta maklumat berhubung pengalaman dan kekuatan syarikat dalam aspek perniagaan secara umumnya dan keupayaan syarikat dalam mengendali dan menguruskan projek berkaitan.
Dokumen komersil juga memperincikan aspek kewangan projek termasuklah maklumat yang meliputi perincian harga tender dan perisytiharan syarikat berhubung pembiayaan kontrak, pengesahan institusi kewangan yang berdaftar, serta pengemukaan borang-borang berhubung aku janji, perakuan dan pengesahan tawaran tender.
3.5.1.1 Surat Akuan Petender
Xxxxxxxx dikehendaki membuat perakuan bahawa semua maklumat yang dikemukakan oleh Xxxxxxxx di dalam Dokumen Tawaran tender adalah betul; dan
Xxxxxxxx adalah bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan di dalam Dokumen Tawaran Tendernya. Sekiranya bahagian ini tidak diisi dan ditandatangani maka tender ini dianggap tidak sah laku dan dengan sendirinya tertolak.
3.5.1.2 Latar Belakang / Butir-Xxxxx Xxxxxxxx
Petender hendaklah mengisi dengan lengkap Bahagian B yang mengandungi empat (4) Lampiran iaitu:-
Lampiran A: Latar Belakang / Butir-Xxxxx Xxxxxxxx
Sila lengkapkan maklumat berkenaan butiran Xxxxxxxx. Nyatakan ”TIADA BERKENAAN” jika tiada maklumat untuk diisikan. Petender diwajibkan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
1. Surat Pengiktirafan Taraf Perintis (jika ada);
2. Surat Pengesahan Pembekal Utama Tempatan (jika ada);
3. Memorandum of Association;
4. Borang 24 – Return Of Allotment Of Shares;
5. Borang 49 – List Of Directors;
6. Borang 32 (a) dan (b) (jika ada); dan
7. Salinan-salinan surat setuju terima / surat-surat penghargaan / surat- surat akuan (jika ada).
Lampiran B: Maklumat Kewangan Petender
Xxxxxxxx diwajibkan mengemukakan salinan yang diperakui sah bagi dokumen berikut-
1. Penyata Bulanan Akaun Bank
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank yang telah disahkan (cop asal) oleh wakil Bank bagi tempoh tiga (3) bulan terkini (Oktober 2020, November 2020 dan Disember 2020).
Penyata Kewangan Syarikat
LHDNM juga akan membuat penilaian berdasarkan Penyata Kewangan Syarikat bagi tiga (3) tahun kewangan terkini yang telah diaudit oleh Juruaudit yang bertauliah. Walau bagaimanapun, bagi dokumen ini, petender tidak perlu mengemukakan salinan Penyata Kewangan Syarikat, sebaliknya LHDNM akan mendapatkan dokumen ini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
i. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab petender untuk memastikan Penyata Kewangan Syarikat bagi tahun kewangan terkini yang diaudit oleh Juruaudit bertauliah dikemukakan kepada SSM seperti mana yang telah digariskan melalui Akta Syarikat 2016.
ii. Bagi syarikat yang mempunyai status “private exempt company”, syarikat perlu mengemukakan salinan Penyata Kewangan Syarikat bagi tiga (3) tahun kewangan terkini yang telah disahkan oleh juruaudit bertauliah, bersama-sama sijil “private exempt company” bagi tujuan penilaian.
iii. Bagi perniagaan enterprise pula, mohon dikemukakan salinan penyata kewangan / management account bagi tiga (3) tahun kewangan terkini yang telah disahkan oleh akauntan bertauliah.
2. “Certificate of Good Standing” yang boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika ada).
Lampiran C: Laporan Sulit Bank/Kemudahan Kredit Kewangan Petender hendaklah menguruskan supaya pihak bank petender melengkapkan laporan sulit dan menandatangani laporan sulit tersebut. Laporan sulit tersebut juga perlu dinyatakan dengan jelas jumlah kemudahan kredit kewangan (sekiranya ada) yang diberikan oleh pihak bank.
Lampiran D: Maklumat Wakil Petender
Xxxxxxxx dikehendaki mengemukakan nama wakil bagi petender untuk urusan tender ini. Petender dikehendaki melengkapkan maklumat tersebut dan sekiranya terdapat perubahan di sepanjang proses tender ini, petender hendaklah mengemas kini maklumat tersebut secara bertulis kepada LHDNM.
3.5.1.3 Jadual Harga Tender
Petender hendaklah memberi harga bagi setiap ruangan yang disediakan di dalam Jadual Harga. Sekiranya tiada harga yang ditawarkan petender hendaklah memasukkan angka “0”.
Xxxxxxxx dilarang menggunakan perkataan ”as aboved”, ”inclusive”, ”not applicable” atau lain-lain untuk menyampaikan maksud yang sama. Hanya angka / numerikal yang boleh dicatatkan di dalam Jadual Harga Tender.
Sekiranya petender tidak membuat apa-apa tawaran harga bagi mana- mana bahagian di dalam Jadual Harga, LHDNM menganggap petender bukanlah bermaksud memberi tawaran sebahagian daripada tender dan LHDNM tidak melepaskan petender dari menjalankan keseluruhan skop tender ini jika tawarannya di setuju terima.
Petender dilarang membuat pindaan terhadap format Jadual Harga yang dikemukakan dan jumlah harga yang ditawarkan hendaklah harga keseluruhan dan muktamad oleh petender.
Xxxxxxxx juga dilarang membuat pilihan harga (alternative price) di dalam Dokumen Tawaran Tender. Sekiranya petender membuat tawaran pilihan harga atau mengemukakan lain-lain harga (lebih mahal atau lebih murah) sebagai memberi pilihan kepada LHDNM, maka tawaran tendernya dianggap bercanggah dan ditolak dari penilaian.
LHDNM berhak membuat pengiraan semula ke atas harga yang ditawarkan oleh xxxxxxxx. LHDNM juga berhak mentauliahkan tender ini berdasarkan kepada harga setelah dibuat pengiraan semula dan/atau harga yang telah dilaraskan. LHDNM berhak menolak tawaran oleh mana-mana petender jika didapati berlaku percanggahan harga di dalam jumlah tawaran harga oleh petender.
Xxxxxxxx wajib menulis jumlah harga keseluruhan tendernya di dalam nombor dan perkataan di ruangan yang disediakan. Xxxxxxxx juga wajib menyatakan tempoh pelaksanaan projek dalam muka surat tersebut dalam bentuk hari serta menandatangani helaian tersebut.
Kegagalan petender melengkapkan Harga Keseluruhan Tender ini akan menyebabkan tawaran tender tersebut tidak dipertimbangkan.
Jumlah harga bersih (nett delivered) yang dikemukakan adalah tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
3.5.1.4 Borang Tender
Petender hendaklah mengisi dengan lengkap jumlah harga yang ditawarkan dengan perkataan dan nombor. Borang Tender juga hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh syarikat dan dicop dengan nama syarikat dan ditandatangani oleh saksi syarikat.
Xxxxxx Xxxxxx adalah satu aku janji di antara pihak petender dengan LHDNM yang mengikat kedua-dua pihak di dalam kontrak ini terutamanya berhubung harga tawaran tender. Oleh yang demikian, Borang Tender yang tidak lengkap adalah tidak sah laku dan dengan itu tawaran tender tersebut akan ditolak.
3.5.1.5 Surat Akuan Petender & Surat Perwakilan Kuasa (Pencegahan Rasuah)
Xxxxxxxx dikehendaki mengemukakan perakuan ini bersama Surat Perwakilan Kuasa / Surat Akuan Petender (Pencegahan Rasuah).
3.5.2 DOKUMEN TEKNIKAL
Secara umumnya Dokumen Teknikal memperincikan maklumat berhubungan aspek teknikal tender ini. Xxxxxxxx DILARANG menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender.
3.5.3 Dokumen Teknikal Bahagian 1: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Spesifikasi Umum (General Specifications) Bahagian ini menyatakan spesifikasi teknikal ICT yang perlu dipatuhi oleh petender. Ia mengandungi Jadual Pematuhan / Jadual Soal Selidik dan petender dikehendaki melengkapkan semua ruangan yang diperuntukan di dalam jadual yang disediakan tersebut. Bagi tujuan penerangan tentang tawaran, petender dibenarkan untuk mengemukakan jadual, graf, diagram, lukisan skematik atau lukisan teknikal, gambar dan lain-lain bagi memastikan penyelesaian yang dicadangkan dapat dinilai sepenuhnya. Semua cadangan dan/atau lampiran hendaklah dalam bentuk bercetak dan dikemukakan mengikut garis panduan penghantaran Dokumen Tawaran Tender bagi tender ini. |
3.5.4 Dokumen Teknikal Bahagian 2: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. 3.5.5 Dokumen Teknikal Bahagian 3: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Jadual Pematuhan Spesifikasi (Technical Specifications) Petender dikehendaki melengkapkan semua ruang yang diperuntukan di dalam jadual yang disediakan. Senarai Material/ Senarai Kuantiti (Bill of Material/ Bill of Quantity) Xxxxxxxx perlu mematuhi dan mengemukakan maklumat lengkap berhubung Bill of Quantity (BQ). Xxxxxxxx hendaklah memastikan semua perkara yang berkaitan disenaraikan dan dikemukakan di dalam Bahagian ini. Jadual dan maklumat yang terkandung di dalam BQ adalah berkait rapat dengan Jadual Harga Tender yang ditawarkan. Petender hendaklah memastikan jenis, kuantiti dan takat ukuran yang dikemukakan adalah menepati kehendak tender ini dan memastikan BQ yang dikemukakan adalah selaras dengan lukisan kejuruteraan yang dicadangkan (jika ada) dan memenuhi spesifikasi tender ini. Jika berlaku percanggahan di antara BQ Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal, LHDNM sentiasa menganggap pematuhan petender di dalam Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal ini mengatasi (take precedent) di dalam Tender ini. Xxxxxxxx tidak dibenarkan mengemukakan harga per unit di dalam BQ dan BOM. |
3.5.6 Dokumen Teknikal Bahagian 4: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. 3.5.7 Dokumen Teknikal Bahagian 5: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. 3.5.8 Dokumen Teknikal Bahagian 6: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Latihan Dan Pemindahan Teknologi (Training Information And Transfer Of Technology - TOT) Petender perlu mengemukakan cadangan berhubung latihan dan TOT berdasarkan jenis latihan dan jumlah peserta seperti ditetapkan. Pengurusan Dan Pasukan Projek (Project Management and Project Team) Petender perlu mengemukakan cadangan maklumat / carta organisasi pasukan yang akan menguruskan projek ini. Hanya nama jawatan sahaja perlu dinyatakan. Dokumentasi (Document Information) Petender dikehendaki melengkapkan semua ruang yang diperuntukan di dalam jadual yang disediakan. |
3.5.9 Dokumen Teknikal Bahagian 7: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. 3.5.10 Dokumen Teknikal Bahagian 8: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. 3.5.11 Dokumen Teknikal Bahagian 9: | Jadual Perancangan Projek (Proposed Implementation Schedule / Project Timeline / Gantt Chart) Petender dikehendaki melengkapkan semua ruang yang diperuntukan di dalam jadual yang disediakan. Metodologi / Rajah Seni Bina (Method of Deployment / Proposed Project Methodology and Architecture Design Diagram) Petender dikehendaki melengkapkan semua ruang yang diperuntukan di dalam jadual yang disediakan. Kelayakan & Pengalaman Jurutera/ Perunding Bertauliah (Certified Engineer/ Consultant & Technical Experiences) Xxxxxxxx perlu mengemukakan maklumat latar belakang, kelayakan, sijil dan pengalaman jurutera yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek ini. Xxxxxxxx perlu mengemukakan senarai ejen di seluruh Malaysia yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek ini (jika berkenaan). LHDNM akan membuat semakan kelayakan / sijil ini yang dikemukakan di dalam dokumen bagi tawaran tender ini. |
3.5.12 Dokumen Teknikal Bahagian 10: | Surat Sokongan / Surat Ikatan Petender Dengan Prinsipal / Pembekal Utama (Tenderer Engagement Letter With Principal) Xxxxxxxx perlu mengemukakan surat pengesahan ikatannya dengan Prinsipal / Pembekal Utama bagi tujuan Tender ini. LHDNM akan membuat semakan surat-surat ini yang dikemukakan di dalam dokumen tawaran tender ini. |
3.5.13 Dokumen Teknikal Bahagian 11: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Jaminan Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement (SLA) Petender perlu mengemukakan cadangan tahap perkhidmatan (service level) berdasarkan spesifikasi minimum oleh LHDNM. Xxxxxxxx hendaklah mengambil maklum, apa-apa kes ketidakpatuhan mana-mana klausa yang dipersetujui di dalam Perjanjian / Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA) boleh menyebabkan LHDNM mengenakan (imposed) denda / rebat. Ketidakpatuhan berterusan di dalam aspek SLA boleh mengakibatkan prestasi petender untuk dilantik semula oleh LHDNM dan boleh mengakibatkan kontrak dibatalkan. |
3.5.14 Dokumen Teknikal Bahagian 12: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Prosedur Pengandalian Insiden / Meja Bantuan (Incident Handling Procedure / Help Desk) Petender dikehendaki mengemukakan cadangan berhubung kaedah-kaedah dalam menangani sebarang insiden sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa. Petender boleh mengemukakan diagram, rajah, carta alir, Standard Operating Prosedure (SOP), dan lain-lain yang berkenaan dalam menerangkan skop ini. |
3.5.15 Dokumen Teknikal Bahagian 13: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Perkhidmatan Sokongan / Penyelenggaraan Pencegahan / Pemulihan (Support Services During Warranty Period, Preventive Maintenance, Back Up, Recovery And Fine Tuning) Petender perlu mengemukakan cadangan perkhidmatan sokongan dalam pelaksanaan projek. Xxxxxxxx dikehendaki mengemukakan cadangan berhubung kaedah-kaedah dalam melakukan penyelenggaraan pencegahan sepanjang kontrak berkuatkuasa. Petender boleh mengemukakan diagram, rajah, carta alir, Standard Operating Prosedure (SOP), dan lain-lain yang berkenaan dalam menerangkan skop ini. |
3.5.16 Dokumen Teknikal Bahagian 14: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis atau mengemukakan maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. | Projek-Projek Lalu / Pengalaman Petender (Tenderer Past Project / Experiences) Petender perlu mengemukakan maklumat berhubung projek- projek lalu yang berkaitan dengan skop, kompleksiti, dan/atau saiz yang seumpama projek ini. Sebagai maklumat tambahan, petender boleh mengemukakan maklumat berkaitan kaedah-kaedah pelaksanaan atau maklumat yang boleh membawa maksud isu utama pelaksanaan projek lalu. Xxxxxxxx DILARANG mengemukakan testimonial, pengesahan, maklumat berupa pengenalan kepada kontrak- kontrak lalu, atau maklumat bersifat terperingkat oleh pelanggan lalu atau sedia ada petender. Pengemukaan maklumat bagi tujuan ini tidak melepaskan petender dalam hal-hal yang berkaitan terma kontrak yang mengikat petender dalam mengemukakan maklumat terperingkat pelanggannya. Sekiranya pihak petender disabitkan dalam hal yang membawa maksud mendedahkan maklumat terperingkat pelanggannya, LHDNM tidak boleh disabitkan dalam apa-apa pertuduhan yang berkaitan. |
3.5.17 Dokumen Teknikal Bahagian 15: Xxxxxxxx XXXXXXXX menulis apa-apa maklumat yang boleh memberikan maksud nama dan / atau tanda perniagaan petender. 3.5.18 Dokumen Teknikal Bahagian 16: Petender perlu memastikan risalah / katalog produk yang dikemukakan TIDAK MENGANDUNGI nama dan / atau tanda perniagaan yang boleh membawa maksud pengenalan petender. | Keperluan Keselamatan ICT (ICT Security Requirements) Petender dikehendaki melengkapkan semua ruang yang dipertuntukan di dalam jadual yang disediakan. Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT LHDNM (Pihak Ketiga) perlu ditandatangani oleh petender yang ditauliahkan projek ini sahaja. Risalah / Katalog (Brochures / Catalog / White Papers) Petender dikehendaki mengemukakan risalah / katalog berkaitan tender ini. |
3.5.19 Senarai Semak Dokumen Tender: | Senarai Semak Dokumen Tender (Document Checklist) Sila kemukakan senarai semak di halaman pertama dokumen tawaran dan tandakan (√) di ruangan disediakan menandakan dokumen / maklumat yang telah dilengkapkan bagi tujuan semakan dan (X) bagi dokumen / maklumat yang tidak dilengkapkan. Tandakan (TB) iaitu, ”Tidak Berkenaan” sekiranya ruangan tersebut tidak berkaitan dengan petender (jika ada). |
4. DOKUMEN TENDER HENDAKLAH LENGKAP, KONSISTEN DAN LARANGAN MELETAKKAN NAMA / PERNIAGAAN
4.1 Petender hendaklah mengisi dengan lengkap segala butiran yang terdapat di dalam dokumen tender. Dokumen yang perlu dilengkapkan adalah seperti dinyatakan di dalam Arahan dan Syarat-Syarat Tender. Dokumen yang tidak lengkap akan menjejaskan penilaian dan boleh mengakibatkan tender tersebut ditolak oleh LHDNM.
4.2 Petender juga diingatkan supaya memastikan kandungan dan maklumat di dalam semua salinan Dokumen Tawaran Tender yang dikemukakan adalah konsisten. Apa-apa perbezaan dalam bentuk maklumat, lampiran bagi risalah dan katalog, harga serta cadangannya di dalam dokumen tawaran yang dikemukakan kepada LHDNM boleh mengakibatkan tender tersebut ditolak oleh LHDNM.
4.3 Petender DILARANG menandakan / meletakkan apa-apa nama dan/atau tanda perniagaan yang membawa maksud pengenalan / identiti petender di dalam Dokumen Teknikal. Xxxxxxxx HANYA DIBENARKAN menulis nama atau tanda perniagaan di dalam Dokumen Komersil sahaja.
5. PENGHANTARAN RISALAH / KATALOG (JIKA PERLU)
5.1 Petender hendaklah mengemukakan risalah / katalog di dalam tawaran yang dikemukakan. Xxxxxxxx DILARANG menulis nama atau tanda perniagaan yang membawa maksud pengenalan/ identiti petender di dalam risalah / katalog tersebut.
5.2 Bagi tujuan penerangan tentang tawaran, petender dibenarkan untuk mengemukakan apa-apa jadual, graf, diagram, lukisan skematik atau lukisan teknikal, gambar dan lain- lain bagi memastikan penyelesaian yang dicadangkan dapat dinilai. Walau bagaimanapun, lampiran tambahan dalam bentuk alat penstoran seperti DVD, CD, Disket, dan / atau alat storan mudah alih lain-lain adalah tidak dibenarkan. Semua lampiran hendaklah dalam bentuk bercetak dan dikemukakan mengikut garis panduan penghantaran Dokumen Tender yang ditetapkan bagi tender ini.
6. HAKMILIK KE ATAS DOKUMEN TAWARAN, BARANGAN CONTOH, RISALAH DAN KATALOG
6.1 Reka bentuk atau contoh atau risalah dan katalog yang diserahkan mesti disebut sebagai menjadi “HAKMILIK LHDNM” dan dilabelkan “CONTOH”.
6.2 Setiap reka bentuk yang diserahkan mesti diakui keasliannya. LHDNM tidak akan bertanggungjawab ke atas penyalahgunaan hakmilik (copyright violation) oleh petender serta tidak akan menanggung sebarang kos atau lain-lain liabiliti yang berkaitan dengannya.
6.3 Petender DILARANG menandakan / meletakkan apa-apa tanda perniagaan pada setiap rekabentuk atau contoh-contoh yang diserahkan yang membawa maksud identiti petender. Kegagalan untuk mematuhi syarat ini akan mengakibatkan tawaran tender tersebut ditolak.
7. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN TENDER
7.1 Dokumen dan maklumat yang perlu dikemukakan di dalam Dokumen Tawaran Tender adalah seperti di Senarai Semak Dokumen Tender.
7.2 Petender dikehendaki mengemukakan Dokumen Tawaran Tender secara atas talian dan mengemukakan dokumen sokongan secara serahan tangan jika disyaratkan sedemikian.
7.3 Nama / identiti petender tidak boleh tertera pada sampul. Sampul surat / Bungkusan yang mengandungi Dokumen Tawaran Tender tersebut hendaklah dilakri dan ditulis diatasnya:-
Tender | : | TENDER LHDNM BIL.50/2020 |
Xxxxxx Xxxxx Xxxxxx | : | 18 JANUARI 2021 (ISNIN) |
dan dialamatkan kepada-
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA JABATAN LOGISTIK KORPORAT
XXXXXX XXXXX, XXXX 0, XXXXXXXXX XXXXX XXXXXX, XXXXX 0 00000 XXXXXXXXX
SELANGOR DARUL EHSAN
8. TAWARAN PETENDER ADALAH SECARA KESELURUHANNYA
8.1 Petender DILARANG SAMA SEKALI membuat tawaran sebahagian dari skop tender dan tidak membuat tawaran bagi sebahagian lainnya. Xxxxxxxx yang didapati membuat tawaran sebahagian sahaja dari tender ini, tendernya akan ditolak.
8.2 Tidak terikat kepada tawaran oleh petender, LHDNM berhak untuk mentauliah tender ini secara keseluruhannya atau sebahagiannya kepada petender. LHDNM juga berhak membuat keputusan untuk tidak mentauliah mana-mana petender di dalam tender ini.
9. LARANGAN MENARIK BALIK TAWARAN TENDER SERTA MENGENAKAN HAD, SYARAT ATAU JANJIAN TAMBAHAN KEPADA LHDNM
Jika mana-mana petender-
9.1 menarik balik tawarannya sebelum tamat Tempoh Sah Laku Tender atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
9.2 mengenakan had, syarat atau janjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyertaan tender (dan dalam hal yang sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik tender ini), atau
9.3 jika tender telah disetuju terima, mengenakan had, syarat atau janjian tambahan atau enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang rasmi dan gagal mendepositkan Bon Pelaksanaan atau tidak meneruskan pembekalan dan/atau perkhidmatan,
sedangkan tempoh sah tawaran masih berkuat kuasa, maka LHDNM, tanpa menyentuh apa- apa hal lain yang ada padanya, mengambil tindakan tatatertib terhadap pembekal atau memperakukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia supaya membatalkan pendaftaran pembekal sebagai Kontraktor Kerajaan.
10. SESI PERSEMBAHAN / DEMONSTRASI / UJIAN / PENERANGAN KONSEP (PROOF OF CONCEPT)
10.1 Xxxxxxxx perlu menghadiri sesi persembahan / demonstrasi / ujian / penerangan konsep (proof of concept) sepanjang tempoh penilaian tender ini jika dipanggil oleh LHDNM secara bertulis. Sekiranya petender gagal hadir seperti mana dikehendaki, LHDNM boleh menganggap petender tidak berminat dan seterusnya berhak membatalkan tawaran petender tersebut.
10.2 Semua kos yang terlibat bagi tujuan persembahan / demonstrasi / ujian / penerangan konsep bagi tujuan tender ini adalah menjadi tanggungjawab petender sepenuhnya. Sekiranya sesi tersebut perlu dibuat bagi tujuan penilaian tender ini, garis panduan serta penerangan menyeluruh berhubung skop, tatacara dan tempoh bagi setiap sesi tersebut akan dimaklumkan secara bertulis kepada petender.
10.3 LHDNM tidak terikat untuk membuat setuju terima kepada petender yang dijemput bagi tujuan persembahan/ demonstrasi/ ujian/ penerangan konsep sahaja. Sekiranya petender dijemput bagi sesi ini juga tidak bermaksud petender telah disenarai pendek oleh LHDNM.
11. NOTIS KEPADA XXXXXXXX
Sesuatu notis kepada petender akan diposkan ke alamat yang dinyatakan di dalam Borang Tender dan pengiriman itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna akan notis tersebut. Petender hendaklah memastikan semua maklumat berkenaan wakil syarikat untuk dihubungi, nombor telefon dan faks, emel serta alamat perniagaan petender adalah tepat dan betul. Sekiranya petender berpindah alamat atau terdapat perubahan maklumat untuk dihubungi sepanjang tempoh sah laku tender ini, adalah menjadi tanggungjawab petender untuk memaklumkan perkara tersebut kepada LHDNM secara bertulis.
12. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN & SYARAT BOLEH MENYEBABKAN TENDER DITOLAK
Jika petender tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dengan jelas di dalam Dokumen Tender ini mengenai apa jua hal, maka ianya boleh menyebabkan tendernya ditolak.
13. ARAHAN & SYARAT TENDER BOLEH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KONTRAK
13.1 Arahan dan syarat tender ini, setakat mana ianya mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada kontrak ini.
13.2 Perkataan "PETENDER" dalam Dokumen Tender ini hendaklah disifatkan sebagai termasuk dua (2) orang atau lebih.
13.3 Perkataan "PETENDER YANG BERJAYA" dan/ atau ”KONTRAKTOR” di dalam Dokumen Tender ini hendaklah dimengertikan sebagai petender yang mana tendernya telah diluluskan dan disetuju terima oleh LHDNM.
14. PEMBATALAN TENDER
LHDNM berhak membatalkan tender ini dan boleh berbuat demikian secara menghantar surat
/ notis kepada petender atau mengiklankan pembatalan tender tersebut di dalam akhbar atau portal rasmi LHDNM. Apa-apa kos atau kerugian yang terpaksa ditanggung oleh petender berikutan dengan pembatalan tender ini adalah menjadi tanggungjawab petender sepenuhnya dan tidak boleh dituntut daripada LHDNM. Tertakluk kepada persetujuan Pengurusan LHDNM, LHDNM boleh membayar balik nilai Dokumen Tender yang telah dibeli oleh para petender.
15. PENENTUAN / SPESIFIKASI TEKNIKAL TENDER
15.1 Tawaran oleh petender hendaklah memenuhi penentuan / spesifikasi yang tertulis di dalam Dokumen Teknikal tender ini.
15.2 Petender hanya boleh mencadangkan satu (1) cadangan sahaja dan hendaklah memenuhi spesifikasi teknikal yang tidak kurang dari spesifikasi minima di dalam Dokumen Teknikal Tender.
15.3 LHDNM tidak akan melayan –
15.3.1 apa-apa tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat perbezaan tafsiran Petender dengan tafsiran LHDNM mengenai spesifikasi Tender ini. LHDNM juga boleh menolak Tawaran Tender oleh petender sekiranya petender memberi tawaran pilihan harga berkait daripada pilihan bagi tawaran teknikalnya; dan
15.3.2 apa-apa tuntutan bagi bayaran tambahan harga sekiranya petender telah menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh LHDNM dan telah dipersetujui oleh LHDNM di dalam Tender ini. Adalah menjadi tanggungjawab Xxxxxxxx memastikan tawaran harga yang dikemukakan adalah selaras dengan tawaran teknikalnya.
15.4 Risalah (brochure), katalog dan lain-lain dokumen ASAL yang berkaitan adalah WAJIB disertakan di dalam tawaran tender bagi tujuan penilaian dan menjadi sebahagian daripada Dokumen Tawaran Tender.
16. TEMPOH PERKHIDMATAN DAN TEMPOH PENGHANTARAN
16.1 Tempoh Perkhidmatan bagi bekalan / perkhidmatan hendaklah dinyatakan dengan jelas oleh petender dan hendaklah selaras dengan spesifikasi yang dinyatakan di dalam Dokumen Tender dan sekiranya perlu, LHDNM boleh berunding dengan Petender bagi menentukan tempoh perkhidmatan adalah selaras dengan kehendak semasa LHDNM. Kegagalan petender memenuhi tempoh perkhidmatan dan tempoh penghantaran seperti dinyatakan di dalam dokumen tawaran boleh mengakibatkan tindakan seperti mana dipersetujui di dalam kontrak, boleh diambil ke atas petender.
16.2 Tempoh Perkhidmatan (termasuk pembekalan barangan seperti dinyatakan dalam spesifikasi tender dan telah dirunding dengan LHDNM) hendaklah dipersetujui bersama dengan LHDNM secara bertulis dan hendaklah tidak menjadi asas kepada Xxxxxxxx untuk menaikkan nilai/harga tendernya setelah setuju terima tender tersebut. Jika petender tidak dapat menyiapkan perkhidmatan / bekalan dalam tempoh yang dinyatakan, penalti atau denda atau nilai kerugian yang ditetapkan (LAD) boleh dikenakan sebanyak mana yang dipersetujui di dalam kontrak yang akan disempurnakan bagi maksud tender ini dan juga kontrak ini.
17. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG, ARAHAN-ARAHAN SEMASA KERAJAAN YANG BERKUATKUASA DAN STANDARD YANG DITERIMA PAKAI OLEH LHDNM
17.1 Petender hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang- Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan skop bekalan / perkhidmatan di dalam tender ini. Xxxxxxxx tidak berhak menuntut apa-apa kos, ganti rugi dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat ini.
17.2 Xxxxxxxx perlu mematuhi apa-apa arahan Kerajaan Malaysia yang berkuat kuasa semasa tempoh sah laku tender ini, dan jika tendernya disetuju terima, maka petender adalah terikat untuk mematuhi arahan-arahan tersebut sepanjang tempoh kontrak. Xxxxxxxx juga tidak berhak menuntut apa-apa kos, ganti rugi dan bayaran tambahan kerana pematuhannya ini.
17.3 Petender terikat dengan standard yang diterima pakai atau dilaksanakan oleh LHDNM. Pematuhan standard ini boleh diarahkan oleh LHDNM dan meliputi pematuhan bagi pemakaian borang-borang standard LHDNM. Pematuhan ini juga meliputi pematuhan kepada manual kualiti yang sedia ada dan dilaksanakan oleh LHDNM serta pendekatan aspek teknikal tender ini berhubung amalan baik pasaran yang diguna pakai di LHDNM.
17.4 Xxxxxxxx juga terikat untuk mematuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
18. HARGA TENDER, JADUAL HARGA TENDER DAN TEMPOH SAH LAKU TENDER
18.1 HARGA TENDER hendaklah disebutkan secara jumlah pukal (Lump Sum) dan harga bersih (nett delivered). Harga bersih hendaklah diertikan sebagai harga termasuk kos bagi penghantaran ke premis LHDNM, kos-kos buruh yang berkaitan, cukai dan unsur-unsur cukai, duti dan levi, caj-caj yang berkaitan sepanjang penghantaran, kos penyimpanan, diskaun, tukaran mata wang dan sebagainya.
18.2 Harga yang ditawarkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga keseluruhan tender ini merujuk kepada jumlah pembekalan dan perkhidmatan keseluruhan yang dianggarkan. Jumlah sebenar kontrak adalah merujuk kepada jumlah sebenar pesanan oleh LHDNM.
18.3 Sila rujuk Jadual Harga Tender untuk format jadual harga. Tender dan harga tawaran tender hendaklah terus sah dan tidak berubah bagi tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh tender ini ditutup, iaitu mulai 18 Januari 2021 sehingga 17 Mei 2021 (dalam Bahagian ini disebut "TEMPOH SAH LAKU TENDER") dan tempoh itu boleh, dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu dengan syarat pelanjutan dibuat secara bertulis sebelum tamat tempoh sahlaku asal. Bagi tawaran tender yang berjaya, harga tender hendaklah tetap sepanjang tempoh Kontrak. Jika terdapat perubahan harga
yang disetuju terima oleh LHDNM dan petender, maka harga tersebut juga mestilah terus sah sehingga tempoh kontrak tamat.
18.4 Harga yang dikemukakan hendaklah sama seperti di Borang Tender dan Jadual Harga Tender. LHDNM berhak menyemak semula harga tawaran berdasarkan kadar harga yang ditawarkan oleh petender.
18.5 Sekiranya terdapat perbezaan kepada jumlah harga yang ditawarkan (price discrepency) dengan jumlah harga yang disemak semula oleh LHDNM, maka jumlah harga tawaran yang disemak semula oleh LHDNM boleh diguna pakai untuk tujuan tender ini. LHDNM juga boleh untuk setuju terima mana-mana bahagian harga yang terendah sahaja.
18.6 Petender DILARANG SAMA SEKALI –
18.6.1 menghantar semula harga tendernya selepas tender ini ditutup. LHDNM berhak untuk menolak tawaran tender bagi mana-mana petender yang menghantar semula harga selepas tender ini ditutup; dan
18.6.2 mengemukakan perubahan harga selepas tendernya disetuju terima oleh LHDNM, melainkan ianya diminta secara bertulis oleh LHDNM. LHDNM boleh membatalkan setuju terima tender sekiranya petender yang berjaya mengenakan perubahan harga atau syarat-syarat tambahan ke atas tendernya yang telah dipersetujui.
18.7 LHDNM tidak akan melayan sebarang tuntutan bagi bayaran tambahan atau perubahan harga akibat kerugian tukaran matawang oleh petender. Xxxxxxxx adalah DILARANG membuat tawaran harga tender dengan memberi syarat harga tendernya adalah bersandar kepada nilai tukaran semasa matawang. Sekiranya didapati petender memberikan syarat bahawa harga tawaran tendernya adalah bersandar kepada nilai tukaran matawang semasa, LHDNM berhak untuk membatalkan tendernya, dan jika tender telah disetuju terima, membatalkan setuju terimanya.
18.8 Petender DILARANG menulis jumlah diskaun yang ditawarkan kepada LHDNM. Semua harga yang ditawarkan di dalam Jadual Harga Tender adalah harga akhir oleh petender dan petender dianggap telah mengambil kira nilai diskaun dan lain-lainnya.
18.9 LHDNM tidak terikat untuk setuju terima mana-mana tender termurah atau mana-mana tender jua.
18.10Pembayaran akan dibuat secara berfasa mengikut pelaksanaan projek atau mengikut sukuan tahun atau tahunan bagi penyenggaraan atau mengikut terma pembayaran projek yang akan dipersetujui di antara LHDNM dan petender yang berjaya.
19. LATIHAN, PEMINDAHAN TEKNOLOGI & PEMILIKAN HAK
19.1 Petender yang berjaya perlu mengemukakan rancangan pemindahan teknologi dan rancangan latihan yang lengkap kepada LHDNM. Semua latihan dan juga tindakan memindahkan teknologi perlulah mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada LHDNM tanpa sebarang kos tambahan. Bagi tujuan penilaian tender ini, petender juga dikehendaki mengemukakan sukatan latihan / silibus yang ditawarkan.
19.2 Semua source code bagi projek ini adalah menjadi hak milik LHDNM dan perlu di pindahkan status pemilikannya setelah pentauliahan projek selesai. Petender perlu menasihati LHDNM sekiranya terdapat isu berhubung pemilikan hak oleh pihak ketiga yang tidak boleh dibuat pemindahan status pemilikannya kepada LHDNM dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.
20. JAMINAN
20.1 Xxxxxxxx xxxxxxxxx menyatakan jaminan pembuat (manufacturer’s warranty) serta skop liputan jaminan tersebut. Penyenggaraan adalah berkuat kuasa serentak dengan jaminan. Peralatan / perkakasan / perisian yang dibekalkan hendaklah menepati spesifikasi teknikal serta kualiti yang ditetapkan dan jaminan petender terhadap kualiti pembekalan / pelaksanaan mestilah disediakan.
20.2 Bekalan yang didapati cacat pembuatannya (manufacturing defect) atau rendah kualiti daripada yang ditentukan dalam spesifikasi teknikal mestilah digantikan selewat-lewatnya dalam tujuh hari (7) hari dari tarikh Nota Penolakan oleh LHDNM. Walau bagaimanapun, LHDNM adalah berhak untuk mengarahkan apa-apa penggantian dibuat mengikut tempoh tertentu berdasarkan kepada keperluan semasa.
20.3 LHDNM juga berhak untuk membuat penolakan sebelum pembekalan ke atas mana- mana peralatan / perkakasan sekiranya didapati peralatan / perkakasan tersebut tidak memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Spesifikasi Tender semasa pemeriksaan pra penghantaran (pre delivery inspection).
20.4 Petender mestilah mematuhi semua spesifikasi tender berkenaan jaminan di sepanjang tempoh Kontrak. Jaminan, sama ada jaminan di tapak atau apa-apa jenis jaminan selagi ianya terkandung di bawah Kontrak ini perlulah ditafsirkan mengikut tafsiran Kontrak yang akan ditandatatangani dengan LHDNM.
20.5 Semua bekalan dan/atau perkhidmatan yang akan dilaksanakan bagi maksud kontrak ini hendaklah menepati spesifikasi teknikal tender serta kualiti yang ditetapkan. Xxxxxxxx hendaklah mengemukakan jaminan terhadap kualiti kepada LHDNM sebelum memulakan apa-apa bekalan dan/atau perkhidmatan.
21. SETUJU TERIMA TENDER
21.1 LHDNM akan memberi notis bertulis kepada xxxxxxxx yang berjaya apabila tendernya dipersetujui. Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian tawaran. Tender ini tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada petender menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima. LHDNM berhak mempersetujui tender sama ada kesemuanya atau sebahagiannya serta berhak untuk memecah/membahagikan tawaran kepada lebih dari satu petender.
21.2 Petender yang berjaya akan diberitahu tentang tendernya melalui surat (disebut "SURAT SETUJU TERIMA") dalam Tempoh Sah laku Tender atau apa-apa tempoh lanjutan yang dipersetujui oleh petender. Jika sesuatu tawaran tender hendak dirundingkan oleh LHDNM, maka LHDNM boleh mengeluarkan SURAT NIAT kepada petender sebagai menunjuk minat LHDNM untuk berunding dan apa-apa prosedur dan arahan semasa yang berkaitan dengan perundingan tersebut hendaklah diguna pakai dan dipatuhi oleh Xxxxxxxx.
21.3 Seperti yang akan dinyatakan dalam Surat Setuju Terima Tender daripada LHDNM, Petender yang berjaya hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari / tiga puluh (30) hari sebelum bermulanya pembekalan dan/atau perkhidmatan, mendepositkan kepada LHDNM perkara berikut:
21.3.1 Bon Pelaksanaan dalam mana-mana bentuk seperti berikut:-
a) Jaminan Bank / Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank / syarikat-syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang beroperasi di Malaysia; atau
b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang beroperasi di Malaysia; atau
c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang beroperasi di Malaysia; atau
d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang beroperasi di Malaysia; atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).
Atau, sepertimana yang akan ditentukan di dalam Surat Setuju Terima tender tersebut, berjumlah sebanyak 2.5% daripada nilai / harga kontrak ditawarkan melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00 atau 5% daripada nilai/harga kontrak ditawarkan yang melebihi RM500,000.00 atau dengan nilai 5% daripada jumlah harga Kontrak mengikut jumlah per setahun, mana-mana yang akan dimaklumkan bersama-sama Surat Setuju Terima tender tersebut dan sah laku bermula daripada tarikh ianya dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas penghantaran terakhir atau obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.
21.3.2 Jadual bekalan/perkhidmatan (Jadual Pelaksanaan Projek) yang sebenar dan jika jadual tersebut dirundingkan, maka hendaklah mengemukakan jadual yang telah dipersetujui oleh LHDNM.
21.3.3 Apa-apa perkara yang diarahkan di dalam Surat Setuju Terima tender LHDNM tersebut.
21.4 Apabila disetuju terima, maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah terwujud di antara LHDNM dan petender mengikut syarat-syarat tender dan/atau kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau apa-apa perjanjian atau syarat lain walau dari apa perkara pun yang boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini).
22. INSURANS
22.1 Bagi melaksanakan projek ini, Kontraktor hendaklah atas nama bersama LHDNM dan Kontraktor mengambil insuran seperti berikut:-
22.1.1 Insuran Pampasan Pekerja (Workmen’s Compensation) dan / atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya; dan
22.1.2 Insuran Liabiliti Awam dan / atau Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan) bagi tempoh pelaksanaan projek ini.
22.2 Jika LHDNM mengkehendakkan mana-mana syarat tersebut di atas dipenuhi, maka LHDNM akan mensyaratkan penyediaan insurans tersebut di dalam Surat Setuju Terima tender. Melainkan diarahkan sedemikian oleh LHDNM di dalam Surat Setuju Terima tender, petender tidak perlu mengemukakan perkara tersebut kepada LHDNM.
22.3 Jika diarahkan oleh LHDNM untuk mengemukakan insurans tersebut, Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada LHDNM semua polisi insurans dan nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-Nota Perlindungan dan resit- resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi Insurans selepas tempoh sah Nota-Nota Perlindungan, tanpa sebab yang munasabah, LHDNM berhak mengambil tindakan yang sewajarnya.
23. KONTRAK
23.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual bersama-sama dengan dokumen tender ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara LHDNM dan petender yang berjaya.
23.2 Petender yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak LHDNM dan membayar segala gantirugi jika tidak memenuhi syarat-syarat Kontrak sepertimana yang akan ditentukan di dalam Kontrak yang akan ditandatangani. Apa-apa bantahan kepada syarat-syarat kontrak yang terkandung di dalam Dokumen Tender ini hendaklah dibuat semasa mengemukakan tender.
23.3 Kontrak yang lengkap akan mengandungi semua terma-terma dan syarat-syarat kontrak termasuklah penetapan denda dan ganti rugi yang akan dirunding dan dipersetujui bersama dengan petender yang berjaya.
23.4 LHDNM berhak untuk menentukan tarikh mula dan tamat kontrak.
24. PERUBAHAN KONTRAK
24.1 LHDNM boleh menurut budi bicaranya (berdasarkan kepada peraturan semasa oleh Kerajaan Malaysia) mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kontrak dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh LHDNM atau yang disahkan kemudian oleh LHDNM boleh membatalkan Tender ini. LHDNM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan Kontrak dan tidak akan melayan apa-apa tuntutan bayaran oleh Kontraktor sekiranya perubahan Kontrak tersebut tidak sah.
24.2 Semua perubahan kontrak dan/atau tambahan yang diluluskan oleh LHDNM akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Jadual Harga Tender. Jika tidak terdapat kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang akan dipersetujui bersama oleh LHDNM dan kontraktor hendaklah digunakan tertakluk kepada kelulusan oleh Kementerian Kewangan. Perubahan Kontrak tidak meliputi pematuhan petender kepada spesifikasi Tender yang ditetapkan. Apa-apa kos tambahan ke atas petender dalam mematuhi spesifikasi Tender adalah menjadi tanggungjawab petender sepenuhnya.
25. PERATURAN PELAKSANAAN PROJEK
25.1 Kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi tender, pelan, butiran bekalan / perkhidmatan dalam Dokumen Tender, syarat-syarat tender, spesifikasi tender yang dinyatakan dalam Dokumen Tender ini dan apa-apa arahan oleh LHDNM yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa di sepanjang tempoh Kontrak. Tiada kerja / bekalan
/ perkhidmatan boleh dimulakan atau dilaksanakan selagi syarat penerimaan Surat Setuju Terimanya tidak disempurnakan dan apa-apa kerja / pembekalan / perkhidmatan tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada LHDNM atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan bagi maksud projek ini.
25.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan laporan-laporan, minit-minit mesyuarat, minit-minit mesyuarat tapak, foto-foto, dokumentasi projek, keputusan ujian (jika ada), kelulusan atau pengesahan yang berkaitan selaras dengan kehendak tender ini dan kehendak semasa LHDNM. Dokumentasi projek hendaklah dikemukakan selaras dengan keperluan projek sama ada sebelum, semasa atau selepas kerja / bekalan / perkhidmatan dilaksanakan. Satu laporan lengkap hendaklah dikemukakan kepada LHDNM setelah pelaksanaan projek ini selesai.
26. KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD
LHDNM tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah daripada mana-mana petender. Keputusan tender adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan tender ini tidak akan dilayan. Keputusan Tender ini akan dipaparkan di papan kenyataan, tempat tender ini dijual serta di portal rasmi LHDNM di xxx.xxxxx.xxx.xx.
27. PEMATUHAN KEPADA SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN
27.1 Petender dikehendaki memahami serta mematuhi semua arahan-arahan, peraturan- peraturan serta syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen tender ini. Kegagalan petender dalam mematuhi mana-mana arahan, peraturan serta syarat-syarat yang disebutkan akan menjejaskan penilaian tender ini.
27.2 Petender dikehendaki berhubung terus dengan LHDNM bagi penjelasan atau bantuan berkenaan penerangan bagi Dokumen Tender ini melalui surat dan media perhubungan seperti mana dinyatakan di dalam Dokumen Tender ini.
28. PENGIKLANAN DAN SEBARAN AM BERHUBUNG PENYERTAAN TENDER INI ADALAH DILARANG
Tiada apa-apa iklan mengenai penyertaan petender di dalam tender ini, niat LHDNM untuk berunding berhubung tender ini atau persetujuan LHDNM terhadap tender ini, atau apa-apa
urusan perniagaan petender yang menjurus kepada memaklumkan bahawa xxxxxxxx adalah terlibat di dalam tender ini boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain media massa tanpa mendapat kelulusan bertulis dari LHDNM terlebih dahulu.
Apa-apa pengiklanan terhadap penyertaan dan/atau penilaian Tender adalah DILARANG SAMA SEKALI dan sekiranya didapati petender tidak mematuhi syarat ini, penyertaan petender di dalam Tender ini boleh dibatalkan oleh LHDNM.
29. BANTAHAN TERHADAP SPESIFIKASI TENDER
29.1 Bantahan terhadap spesifikasi tender yang diragui menjurus kepada sesuatu jenama boleh dibuat oleh petender dalam tempoh 14 hari dari tarikh tender mula dijual.
29.2 Setiap bantahan yang dikemukakan hendaklah dalam bentuk bertulis dengan cetakan atas kepala surat petender dan diserahkan di tempat Dokumen Tender dijual. Bantahan yang dibuat hendaklah berasaskan kepada fakta yang terkandung di dalam Dokumen Tender ini. Xxxxxxxx perlu mengemukakan rujukan di dalam Dokumen Tender ini yang diragui sebagai menjurus terhadap sesuatu jenama serta mengemukakan dokumen sokongan untuk tujuan tersebut.
30. DOKUMEN TENDER ADALAH MUKTAMAD
Melainkan dimaklumkan secara bertulis oleh LHDNM, semua kandungan Dokumen Tender ini adalah dianggap muktamad. Dengan penyertaan petender di dalam tender ini, adalah dianggap petender telah bersetuju dengan semua terma-terma, arahan-arahan tender serta syarat-syarat tender seperti mana ditetapkan.
31. PERINGATAN KESALAHAN RASUAH
31.1 Apa-apa perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
31.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana- mana anggota pentadbiran awam secara amnya atau kepada mana-mana pegawai
LHDNM khususnya atas urusan berkaitan dengan tender ini, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
31.3 Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
31.4 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal / petender boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
31.5 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah juga melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
32. PEMILIKAN PERALATAN, PERKAKASAN DAN PERISIAN
Semua perkakasan, peralatan serta perisian yang dibekalkan di dalam kontrak ini adalah hak milik LHDNM dan bebas daripada apa-apa tanggungan (free from encumbrances).
33. PELANTIKAN PEGAWAI PENGUASA PROJEK DAN / ATAU PENYELARAS PROJEK
Bagi memastikan pelaksanaan projek adalah teratur, LHDNM akan melantik Pegawai Penguasa Projek dan sekiranya perlu melantik Pegawai Penyelaras Projek bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dipersetujui di dalam Tender ini dan Xxxxxxxx dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan semasa ke semasa oleh pegawai yang dilantik sebagai wakil LHDNM tersebut.
34. TEMPOH PEMBANGUNAN (JIKA BERKAITAN)
34.1 Tempoh pembangunan bagi bekalan / perkhidmatan hendaklah dinyatakan dengan jelas oleh petender dan hendaklah selaras dengan spesifikasi yang dinyatakan di dalam Dokumen Tender dan sekiranya perlu, LHDNM boleh berunding dengan petender bagi menentukan Tempoh Pembangunan adalah selaras dengan kehendak semasa LHDNM.
34.2 Tempoh pembangunan (termasuklah tempoh yang telah dirunding dengan LHDNM) hendaklah dipersetujui bersama dengan LHDNM secara bertulis dan hendaklah tidak menjadi asas kepada petender untuk menaikkan nilai / harga tendernya setelah setuju terima tender tersebut.
34.3 Petender hendaklah memastikan semua kerja, pembekalan dan perkhidmatan yang berkaitan disempurnakan di dalam tempoh pelaksanaan projek selaras dengan tawaran tendernya. Melainkan dipersetujui oleh LHDNM secara bertulis, petender boleh melanjutkan tempoh pelaksanaan projek dengan syarat pelanjutan tersebut dipersetujui secara bertulis kepada LHDNM tanpa apa-apa tambahan ke atas harga asal kontrak. Sebarang kelewatan projek boleh menyebabkan LHDNM mengenakan denda mengikut kadar yang dipersetujui di dalam kontrak.
34.4 LHDNM berhak untuk membuat perubahan tempoh penyerahan kepada sesuatu tempoh lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut-
34.4.1 Perubahan ini dibuat dengan persetujuan bertulis LHDNM dengan Kontraktor;
34.4.2 Sebarang perubahan hendaklah dimaklumkan kepada Kontraktor dalam masa tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi dibuat tertakluk kepada persetujuan Kontraktor; dan
34.4.3 Perubahan pesanan tersebut hendaklah dilaksanakan oleh Kontraktor tanpa apa-apa kos tambahan kepada LHDNM.
34.5 Sekiranya LHDNM telah mematuhi perenggan di atas tetapi kontraktor gagal membuat penyerahan dalam tempoh yang ditetapkan, LHDNM boleh membuat pesanan dari punca- punca lain dan LHDNM juga berhak untuk meminta kontraktor membayar lebihan kos yang terpaksa ditanggung oleh LHDNM dari harga asal yang telah disetuju terima di dalam tender ini bagi setiap barangan yang dibeli disebabkan oleh kegagalan kontraktor membuat pembekalan.
34.6 Mana-mana pembekalan yang lewat dari tempoh pembekalan sepatutnya atau tidak dapat dibekalkan sebahagiannya atau keseluruhannya oleh Kontraktor mengikut tempoh penyerahan yang ditetapkan hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada LHDNM dan sehubungan dengan kegagalan tersebut, terma-terma kontrak yang berkaitan boleh dikuatkuasakan oleh LHDNM menurut budi bicaranya. LHDNM boleh mengenakan denda ke atas petender yang berjaya bagi tiap-tiap kelewatan atau kegagalan menyempurnakan pembekalan yang dipesan mengikut kadar, had dan syarat-syarat seperti mana dipersetujui di dalam Kontrak.
34.7 Kadar denda yang dikenakan ke atas kontraktor disebabkan kelewatan tempoh pembangunan/penyelenggaraan adalah seperti berikut:
Kadar denda sehari
= [(A / B) X 15% ] / 365
Di mana :
A – Xxxxx Xxxxxxx
B – Tempoh Kontrak (Tahun)
35. PENERIMAAN OLEH LHDNM
35.1 LHDNM akan melantik pegawai penguasa projek atau pegawai penyelaras bagi urusan penerimaan perkakasan, sistem dan perisian bagi projek ini. Pegawai yang dilantik adalah bertanggungjawab bagi menerima, memeriksa, dan memperaku serta mengesahkan penerimaan perkakasan, sistem dan perisian yang dibekalkan. Maklumat berkenaan pegawai penyelaras yang dilantik akan dikemukakan kepada petender yang berjaya.
35.2 Petender yang berjaya dikehendaki menghubungi pegawai penyelaras bagi urusan penghantaran/bekalan dan perkhidmatan.
36. PENGHANTARAN KEPADA LHDNM DAN PRE-DELIVERY INSPECTION
36.1 Petender yang berjaya dikehendaki membuat penghantaran barang-barang tersebut mengikut lokasi yang ditetapkan oleh LHDNM. Kos penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh petender. Barang-barang yang hendak dihantar ke lokasi-lokasi penghantaran hendaklah dibungkus mengikut piawaian pembungkusan dan dipastikan selamat.
36.2 Penghantaran lengkap bermaksud penghantaran sehingga diakui penerimaannya oleh LHDNM. LHDNM boleh menganggap penghantaran ke muka pintu (door step) sebagai pembekalan yang tidak lengkap sehinggalah semua skop perkhidmatan yang berkaitan (memasang, menguji dan lain-lainnya) disempurnakan oleh Kontraktor. Bagi penghantaran secara kurier, petender hendaklah menghantar wakil bagi penerimaan kurier tersebut serta bagi menyempurnakan pembekalannya. Penerimaan kurier oleh LHDNM bukan bermaksud penerimaan keseluruhan barang sehinggalah semua skop pembekalan dilaksanakan oleh kontraktor.
36.3 Penerimaan oleh LHDNM bagi apa-apa komponen barang boleh dianggap bukan penerimaan yang lengkap mengikut kontrak sehinggalah pembekalan semua komponen barang tersebut disempurnakan oleh kontraktor atau sehingga semua komponen- komponen barang tersebut dipasang menjadikannya barang lengkap.
36.4 Perkakasan dan / atau perisian yang didapati rosak kerana pecah atau sebagainya akibat daripada pembungkusan yang tidak sempurna atau kecuaian petender atau wakilnya atau kerosakan semasa urusan pengeposan semasa mengendalikan barang-barang tersebut adalah menjadi tanggungjawab petender sepenuhnya. LHDNM tidak akan menerima perkakasan dan perisian dalam keadaan rosak.
36.5 Petender hendaklah menggantikan barangan yang rosak dalam tempoh 7 hari daripada tarikh nota penolakan yang dikeluarkan oleh LHDNM. Sekiranya tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi, Xxxxxxxx hendaklah memaklumkan akan tempoh sebenar barang tersebut dijangka sampai.
36.6 Petender yang berjaya dikehendaki membekalkan maklumat yang lengkap berkenaan penghantaran perkakasan dan perisian seperti tarikh, masa, syarikat pengangkutan yang digunakan, orang/wakil yang boleh dihubungi serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan penghantaran tersebut.
36.7 Petender yang berjaya juga hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap semasa membuat penghantaran. Jika terdapat format standard bagi apa-apa dokumen penghantaran yang disyaratkan oleh LHDNM, petender yang berjaya hendaklah memastikan hanya format yang diterima pakai oleh LHDNM sahaja yang digunakan.
36.8 Waktu penghantaran /penyerahan adalah pada waktu pejabat, hari bekerja pejabat LHDNM sahaja melainkan diarahkan selainnya oleh LHDNM secara bertulis.
36.9 LHDNM berhak untuk menjalankan pemeriksaan pra-penyerahan (predelivery inspection- PDI) terhadap barangan yang akan dihantar. PDI boleh dijalankan samada di gudang pemunggah pelabuhan, di gudang petender atau di mana-mana tempat barangan tersebut disimpan sebelum dihantar kepada LHDNM. Pemeriksaan ini akan dijalankan oleh wakil yang dilantik oleh LHDNM dan sekiranya didapati barangan tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam Tender, LHDNM boleh menolak daripada barangan tersebut dihantar ke premis yang dijadualkan.
37. UJIAN KE ATAS PERKAKASAN DAN PERISIAN ICT YANG DIBEKAL
37.1 Setiap perkakasan dan perisian yang dibekal dan dihantar hendaklah di pasang dan diuji terlebih dahulu. Ujian tersebut adalah bagi menentukan setiap perkakasan dan perisian tersebut berfungsi dengan baik. Kontraktor hendaklah memastikan keputusan ujian didokumentasikan dan ujian dijalankan ke atas semua unit yang dibekalkan. Mana-mana perkakasan dan perisian yang gagal dalam ujian tersebut tidak boleh diterima oleh LHDNM dan petender yang berjaya adalah dikehendaki menggantikannya dengan yang baru dan akan diuji sebelum ianya boleh diterima semula.
37.2 Mana-mana barang yang mengandungi pelbagai komponen dan jika salah satu komponennya rosak semasa penghantaran (Dead On Arrival) atau kegagalan sistem berfungsi kali pertama ianya digunakan (System Failure out-of-the Box) maka LHDNM boleh menganggap keseluruhan barang tersebut sebagai tidak boleh diterima. LHDNM
juga boleh membuat penerimaan dengan syarat ia dianggap penerimaan sebahagiannya (partial acceptance) dan bukannya penerimaan keseluruhan pembekalan tersebut.
38. PEMERIKSAAN PENERIMAAN (DELIVERY INSPECTION) DAN PENOLAKAN
38.1 LHDNM mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa perkakasan dan perisian yang dibekalkan itu adalah sama seperti yang dipesan. Jika didapati kerosakan/kekurangan semasa pemasangan perkakasan dan perisian tersebut, Kontraktor hendaklah mengganti perkakasan dan perisian yang rosak/kurang itu dalam tempoh yang dpersetujui oleh LHDNM tanpa apa-apa tambahan kos.
38.2 LHDNM boleh membuat pemeriksaan sama ada sebelum atau selepas perkakasan dan perisian dibekalkan kepada LHDNM. LHDNM berhak untuk menolak bekalan perkakasan dan perisian yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan sama ada sebelum, semasa atau setelah penghantaran/bekalan dibuat oleh petender yang berjaya.
39. KAWALAN KUALITI BERDASARKAN KEPADA SPESIFIKASI
39.1 Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan mestilah barang baharu (new) dan bukan barang yang diperbaharui (refurbished), diperbaiki keadaannya (reconditioned) atau dibaik pulih (restored). Pengesahan daripada Pembekal Utama Tempatan adalah perlu bagi memastikan barang yang dikemukakan adalah barangan yang baharu dan tulen buatannya.
39.2 Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan mestilah berada di dalam keadaan baik dan memenuhi spesifikasi yang dipesan. Perkakasan dan perisian yang didapati rosak/cacat semasa penerimaannya atau jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti, LHDNM berhak menolak dan meminta petender menggantikan dengan perkakasan dan perisian baru tanpa sebarang kos tambahan. Penolakan ini hendaklah dibuat serta merta secara bertulis menggunakan borang yang ditentukan oleh LHDNM. Kontraktor mestilah menggantikan barang tersebut dalam tempoh yang dipersetujui oleh LHDNM.
40. PELAKSANAAN PENYENGGARAAN (JIKA BERKAITAN)
40.1 Penyenggaraan hendaklah meliputi kedua-dua jenis penyenggaraan preventif dan penyenggaraan korektif (preventive and corrective). Kontraktor WAJIB mengemukakan jadual lengkap pelaksanaan penyenggaraan dan skop penyenggaraan yang terperinci.
40.2 Semua kos penyenggaraan yang terlibat di sepanjang tempoh kontrak tersebut adalah menjadi tanggungjawab petender sepenuhnya. LHDNM tidak boleh dipertanggung kos tambahan bagi perkhidmatan ini. Skop perkhidmatan bagi penyenggaraan adalah sepertimana yang dipersetujui oleh LHDNM berdasarkan tawaran tender oleh petender yang berjaya.
40.3 Bagi maksud pelaksanaan penyenggaraan ini, petender yang berjaya hendaklah mematuhi semua arahan-arahan yang akan dikeluarkan oleh LHDNM dari semasa ke semasa di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa.
40.4 Sekiranya petender yang berjaya gagal membuat penyenggaraan dalam tempoh yang ditetapkan, LHDNM berhak untuk menguatkuasakan apa-apa terma yang berkenaan di dalam Kontrak ini dan berhak untuk menahan apa-apa bayaran untuk tempoh selanjutnya mengikut hari/bulan/tahun sehingga penyenggaraan tersebut disempurnakan oleh xxxxxxxx. Sekiranya pembayaran telah dibuat, LHDNM berhak untuk menguatkuasakan apa-apa terma penalti atau rebat berdasarkan pengiraan Service Level Agreement (SLA) yang telah dipersetujui di dalam kontrak kepada kontraktor.
40.5 Kadar denda yang dikenakan ke atas kontraktor disebabkan kelewatan tempoh penyenggaraan adalah seperti berikut:
[ (A / B) x 15% ] / 365 /24
Di mana :
A – Jumlah Kos Penyenggaraan
B – Tempoh Penyenggaraan (tahun)
41. PEMBAYARAN
Bayaran akan dibuat secara berfasa mengikut pelaksanaan projek atau selepas sempurnanya sesuatu bekalan/perkhidmatan. Apa-apa perubahan kepada cara pembayaran hanya boleh dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh LHDNM.
42. PENGURUSAN PROJEK
42.1 Petender hendaklah menyediakan kumpulan pengurusan projek khusus bagi mengendalikan segala urusan berkenaan Kontrak ini. Kumpulan pengurusan projek hendaklah dianggotai oleh kumpulan berpengalaman berkaitan pengendalian projek. Kumpulan pengurusan projek ini adalah bertanggungjawab untuk:-
42.1.1 Pengurusan Pelaksanaan Projek;
42.1.2 Pengurusan Kontrak, Bil dan Tuntutan Bayaran;
42.1.3 Dokumentasi Projek termasuk laporan-laporan kemajuan Projek;
42.1.4 Pengendalian dan Pengurusan Rekod Pelesenan Perisian;
42.1.5 Pengurusan Penghantaran dan Pemasangan Perkakasan;
42.1.6 Pengurusan Penghantaran dan Pemasangan Perisian;
42.1.7 Pengurusan Penyenggaraan Perkakasan;
42.1.8 Pengurusan Penyenggaraan Perisian;
42.1.9 Pengurusan latihan; dan
42.1.10 Perkara-perkara lain yang berkaitan.
42.2 Sekiranya terdapat skop Kerja di dalam tender ini, petender juga hendaklah menyediakan Program Kerja (Programme of Works) yang lengkap dalam urusan penyediaan tapak projek berkaitan dengan kontrak ini. Kerja-kerja awalan (preliminaries) untuk penyediaan tapak perlu dinyatakan dengan jelas. Ini termasuk dan tidak terhad seperti berikut:
42.2.1 Kos perundingan untuk reka bentuk mekanikal dan elektrikal (jika ada).
42.2.2 Kos perundingan lain-lain (jika ada).
42.2.3 Insuran-insuran berkaitan dengan kerja (jika ada).
42.2.4 Kos mobilization project (jika ada).
42.2.5 Pelbagai perbelanjaan yang berkaitan projek untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan dan yang berkenaan (jika ada).
43. PEMATUHAN KEPADA ARAHAN, PERATURAN, POLISI DAN DASAR KESELAMATAN ICT LHDNM (DKICT LHDNM)
Pematuhan Umum
43.1 Petender perlu membaca, memahami, mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan dan/atau dikuatkuasakan oleh LHDNM dari semasa ke semasa berkaitan dengan keselamatan ICT LHDNM. Pematuhan kepada keselamatan ICT LHDNM merupakan salah satu obligasi kontrak yang perlu dipenuhi oleh petender di dalam kontraknya dengan LHDNM.
43.2 Semua aset ICT di LHDNM termasuk maklumat yang disimpan di dalamnya adalah hak milik Kerajaan dan Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berhak untuk memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain dari tujuan yang telah ditetapkan. Sebarang penggunaan aset ICT LHDNM selain maksud dan tujuan yang telah ditetapkan merupakan satu penyalahgunaan sumber LHDNM.
43.3 Petender adalah tertakluk kepada arahan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) LHDNM dalam mematuhi prosedur keselamatan, dasar, piawaian dan keperluan teknikal dalam menjalankan skop projek yang dilaksanakan.
43.4 LHDNM berhak melakukan pemeriksaan berkala ke atas petender pada bila-bila masa sepanjang tempoh kontrak bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan, dasar, piawaian dan keperluan teknikal. LHDNM boleh memberikan tambahan tempoh pelaksanaan projek sebagai gantian kepada kehilangan masa atau kelewatan jadual pelaksanaan projek yang terganggu akibat pemeriksaan ini.
43.5 LHDNM juga berhak untuk mengeluarkan arahan pemberhentian kerja, bekalan atau perkhidmatan sekiranya didapati petender tidak mematuhi mana-mana arahan atau peraturan yang berkaitan polisi keselamatan ICT LHDNM. Sebarang kerugian berikutan pemberhentian kerja, bekalan atau perkhidmatan yang disebabkan oleh kegagalan dalam mematuhi polisi keselamatan ICT LHDNM tidak boleh dibuat tuntutan gantirugi kepada pihak LHDNM dan pihak LHDNM boleh menetapkan jumlah kelewatan keseluruhan yang berlaku berikutan pemberhentian kerja, bekalan dan perkhidmatan ini sebagai kelewatan dalam pelaksanaan projek.
43.6 Petender perlu mematuhi peraturan-peraturan berkaitan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) LHDNM. Setiap personel pihak petender yang terlibat dengan projek ICT LHDNM hendaklah menandatangani dokumen Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT LHDNM (Pihak Ketiga) sebelum menjalankan kerja yang berkaitan projek ini.
Pematuhan Keselamatan Sistem
43.7 Petender bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan sistem-sistem yang dibekalkan. Setiap konfigurasi sistem yang dibekalkan perlu mengambil kira faktor keselamatan ICT dari aspek bahaya ancaman serta pencerobohan.
43.8 Sistem yang dibekalkan mesti sentiasa dikemas kini dengan security patches termasuklah konfigurasi berkaitan bagi tujuan pengukuhan keselamatan ICT.
43.9 Petender bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan pencegahan (preventive) dan pembaikan (corrective) terhadap konfigurasi sistem supaya sistem berkenaan bebas dari bahaya ancaman keselamatan ICT.
Pematuhan Keselamatan Aplikasi
43.10 Petender bertanggunggjawab ke atas aplikasi yang dibangunkan atau disediakan selaras dengan skop projek yang ditauliahkan.
43.11 Setiap kod-kod aplikasi program yang dibangunkan atau disediakan selaras dengan skop projek yang ditauliahkan perlu mengambil kira faktor keselamatan ICT dari segi bahaya ancaman serta pencerobohan.
43.12 Petender bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan pencegahan (preventive) dan pembaikan (corrective) terhadap kod-kod aplikasi program yang dibangunkan atau disediakan selaras dengan skop projek yang ditauliahkan, supaya aplikasi berkenaan bebas dari bahaya ancaman keselamatan ICT.
Pematuhan Keselamatan Akaun Pengguna / Ketulenan Pengguna
43.13 LHDNM telah menggunakan sistem Microsoft Active Directory (AD) sepenuhnya sebagai sistem pengurusan identiti dan ketulenan pengguna (user authentication). Aplikasi atau sistem yang dibangunkan atau disediakan oleh petender mestilah berkemampuan untuk diintegrasikan secara terus dengan Microsoft Active Directory (AD) di atas (termasuk protokol LDAP) supaya dapat menggunapakai akaun pengguna, komputer dan akaun- akaun lain yang dikendalikan oleh sistem Microsoft Active Directory (AD) sedia ada.
43.14 Integrasi aplikasi yang dibangunkan atau disediakan dengan Microsoft Active Directory (AD) akan membenarkan capaian kepada aplikasi tersebut di mana pengguna tidak perlu melakukan proses login semula (re-login).
44. MAKLUMAT TAMBAHAN BERHUBUNG TENDER INI
44.1 Pertanyaan berkaitan maklumat tambahan atau mengenai Dokumen Tender dan/atau aspek teknikal tender boleh dikemukakan kepada-
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Jabatan Logistik Korporat
Bahagian Pengurusan Perolehan
Xxxxxx Xxxxx, Xxxx 0, Xxxxxxxxx Xxxxx Xxxxxx, Xxxxx 0 00000 Xxxxxxxxx
SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon | : | 00 00000000 | Samb: 20505 Samb: 22010 | En. Razali Bin Yaacob Pn. Xxxxxxxxxx Xxx Xxxxx |
Fax | : | 00 00000000 | ||
Emel | : | xxxxxxxxxxxx@xxxxx.xxx.xx xxxxxxxxxx@xxxxx.xxx.xx |
44.2 Semua pertanyaan tender sama ada melalui emel atau faks hendaklah mengandungi maklumat berikut:-
44.2.1 Bilangan dan Tajuk Tender;
44.2.2 Bahagian Tender;
44.2.3 No. Spesifikasi atau perenggan di dalam Arahan Tender atau, muka surat Dokumen Tender; dan
44.2.4 Maklumat penghantar emel yang sah yang disertakan dengan nama penuh, jawatan dan nama syarikat petender.
-TAMAT-