KERJA-KERJA MENYELENGGARA LANDSKAP, TAMAN PERMAINAN KANAK- KANAK, MENYELENGGARA RUMPUT DAN KEBERSIHAN KAWASAN DI PUSAT BANDAR PASIR GDUANG BAGI PAKEJ 6 UNTUK TEMPOH 2 TAHUN
SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP
KERJA-KERJA MENYELENGGARA LANDSKAP, TAMAN PERMAINAN KANAK- KANAK, MENYELENGGARA RUMPUT DAN KEBERSIHAN KAWASAN DI PUSAT BANDAR PASIR GDUANG BAGI PAKEJ 6 UNTUK TEMPOH 2 TAHUN
BIL | PERKARA | MUKA SURAT |
A | PEMATUHAN KEPADA SYARAT KONTRAK | 1 - 2 |
B | PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR | 3 |
C | SKOP UTAMA KERJA PENYELENGGARAAN | 4 |
D | SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN 1. LANDSKAP LEMBUT | 5 - 7 |
2. LANDSKAP KEJUR | 8 | |
3. PENYELENGGARAAN RUMPUT & KEBERSIHAN | 9 - 11 | |
4. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK | 12 | |
E | WANG PERUNTUKAN SEMENTARA | 12 |
F | MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT) | 12 |
G | KADAR DENDA | 13 |
A. PEMATUHAN KEPADA SYARAT KONTRAK
1. Kontraktor hendaklah menyediakan anggota pekerja yang mencukupi sebagaimana yang dicadangkan di dalam tawaran bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang tempoh kontrak yang telah ditetapkan. MPPG berhak supaya pekerja yang tidak memuaskan dalam membuat kerja-kerja dikenakan teguran, surat / memo / notis arahan atau disarankan agar diberhentikan dari membuat kerja. Tingkah laku pekerja-pekerja perlu dijaga dan menjadi tanggungjawab pihak kontraktor mengawasi pekerja-pekerjanya.
2. Kontraktor hendaklah melantik penyelia tapak sepenuh masa yang berkelayakan dan komited untuk memantau , mengawasi serta membuat laporan harian kerja-kerja di tapak sepanjang ketiadaannya atau penerima arahan dari pegawai penguasa / wakilnya mengenai perlaksanaan hasil kerja ditapak.
3. Kontraktor dikehendaki menyediakan kenderaan sendiri bagi tujuan pengawasan tapak dan lori 1 tan setiap hari bagi mana-mana kerja pengangkutan yang hendak dijalankan termasuk membuat lawatan di tapak kerja. Ketiadaan kelengkapan tersebut, boleh dikenakan denda mengikut bilangan hari dan jenis kerja di tapak.
4. Kontraktor / Pegawai Penguasa atau wakilnya boleh mengaturkan lawatan bersama pada bila-bila masa apabila terdapat arahan atas lawatan pemeriksaan tapak.
5. Pegawai penguasa atau wakilnya akan menjalankan pemeriksaan di tapak bagi tujuan pengesahan dan penerimaan kerja. Jika kerja tidak memuaskan kontraktor akan diarahkan untuk membaiki semula. KOS PEMBAIKAN ADALAH MENJADI TANGGUNGAN KONTRAKTOR.
6. Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan kerja harian dalam bentuk ‘CARBONISE’ dan buku tersebut hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Penolong Arikitek Landskap / Penolong Pegawai Pertanian / Juruteknik Landskap (jika ada) ATAU kontraktor dikehendaki merekod segala jenis kerja harian yang dijalankan di dalam sistem escape / apa-apa sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Landskap serta mematuhi segala proses kerja dan arahan dari semasa ke semasa.
7. Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa jua kerosakan harta benda milik MPPG yang berlaku akibat kecuaian kontraktor. Kontraktor hendaklah memperbaiki dengan kos sendiri, mengganti atau membayar kos gantirugi kepada MPPG.
8. Bagi upacara-upacara / aktiviti rasmi di kawasan penyelenggaraan, kontraktor diwajibkan menyediakan satu pasukan khas untuk membuat kerja-kerja pembersihan (kakitangan standby) sekurang-kurangnya 3 orang tanpa melibatkan pekerja sedia ada. Pasukan khas ini akan membuat persiapan untuk kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas majlis selesai. Kegagalan pihak kontraktor akan dikenakan denda mengikut bilangan hari yang ditetapkan. TIADA KOS TAMBAHAN DIBERIKAN.
9. Sekiranya kontraktor tidak dapat menjalankan kerja pada hari cuti-cuti hujung minggu @ cuti umum, pihak kontraktor perlu memohon secara bertulis kepada Pegawai Penguasa / wakilnya tiga hari sebelum cuti tersebut. Kegagalan pihak kontraktor akan dikenakan denda jika di tapak kekurangan pekerja dan kerja yang perlu dilaksanakan tidak berkualiti.
10. Pihak kontraktor dikehendaki menyelesaikan proses perlaksanaan bon bagi kerja dilantik pada bulan pertama selepas lantikan dibuat oleh Bahagian Kontrak MPPG. Pihak MPPG tidak akan memproses tuntutan kerja bulanan jika bon kerja tidak diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
11. Setiap kerja mestilah dilakukan sehingga mencapai tahap kualiti ditetapkan. Sekiranya kontraktor tidak mencapai tahap kualiti yang baik secara berterusan, surat peringatan 1,2 dan 3 akan dikeluarkan bagi memperbaiki mutu kerja yang kurang memuaskan.
12. Pihak kontaktor juga diwajibkan bagi mengadakan pakaian seragam atau vest keselamatan bagi pekerja-pekerja kontraktor ditapak.
13. Kontraktor perlulah menyediakan satu jadual perancangan dan perlaksanaan kerja bulanan dan mengetahui mengenai di mana dan apa-apa kerja yang sedang dijalankan. Salinan hendaklah diberikan kepada jabatan / bahagian. Wakil atau penyelia hendaklah membuat pemeriksaan harian terhadap tapak kerja serta memberitahu kepada pegawai penguasa atau wakilnya sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diatasi.
14. Wakil atau penyelia yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya berpengalaman 4 hingga 5 tahun dalam bidang landskap / pertanian atau hortikultur. Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau Diploma dalam bidang pertanian, Landskap dan seumpamanya.
KESEMUA SIJIL-SIJIL ATAU SURAT-SURAT YANG BERKAITAN DENGAN CALON BERKENAAN HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN DOKUMEN TAWARAN YANG DISERAHKAN
15. Penyelia hendaklah dibekalkan dengan alat perhubungan (telefon bimbit) supaya mudah dihubungi pada bila-bila masa dan mempunyai kebolehan membuat laporan tapak, mengendali sistem dan mampu melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan kontrak ini.
16. Penyelia tapak hendaklah hadir ke mesyuarat tapak apabila dikehendaki. Penyelia juga mestilah mengetahui bilangan pekerja pada setiap hari dan pengesahan bilangan pekerja akan disemak oleh Penolong Arkitek Landskap / Penolong Pegawai Pertanian Juruteknik Landskap sahaja.
17. Kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja secukupnya setiap hari sebagaimana kehendak yang ditetapkan oleh MPPG bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Kegagalan kontraktor membekal pekerja secukupnya, boleh dikenakan denda. Kontarktor diwajidkan menyediakan sebanyak 1 orang penyelia tetap, 4 orang buruh landskap (min.), 4 orang buruh pembersihan kawasan (min), 4 orang buruh pemotongan rumput (min.), dan lain-lain keperluan buruh mengikut keadaan semasa dan arahan semasa dari pegawai penguasa atau wakilnya.
18. Kontraktor diwajibkan membuat ‟Kad Topup Sampah‟ di Jabatan Kesihatan Awam setelah lantikan dibuat dengan membayar wang proses dan mengisi borang yang dikehendaki. Kegagalan dalam mematuhi prosuder yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Awam dan Bahagian Landskap akan dikenakan dendaan.
B. PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR
Bagi menentukan tahap pencapaian mutu kerja yang dilaksanakan mencapai tahap dikehendaki, dua kaedah mengukur tahap penilaian prestasi kontraktor diwujudkan dengan peratus pencapaian keseluruhan perlaksanaan kerja pada setiap bulan bagi tujuan sokongan bayaran.
Penilaian ini berdasarkan kerja-kerja di tapak di mana semua kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan, mengikut jadual perlaksanaan kerja, dimana kerja telah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta memuaskan Pegawai Penguasa atau wakilnya.
Penilaian Prestasi Harian
i. Kategori A : 100% (Sangat baik)
ii. Kategori B : 80% (Memuaskan)
iii. Kategori C : 50% (Kurang memuaskan) iv.Kategori D : 0% (Tidak melaksanakan kerja)
Penilaian Prestasi Bulanan
i. Kategori A : 80% - 100% (Sangat baik)
ii. Kategori B : 50% - 79% (Memuaskan)
iii. Kategori C : 1% - 49% (Kurang memuaskan)
iv.Kategori D : 0% (Tidak melaksanakan kerja / Tamat Kontrak)
Kerja-kerja yang dilaksanakan kurang / tidak memuaskan dikeseluruhan kawasan seperti spesifikasi tidak patuhi, kurang pekerja, tidak menghiraukan keselamatan, kerja yang tidak kemas diakhir produk, gagal menunaikan tanggungjawab dengan sempurna mengikut syarat-syarat kontrak termasuk tidak melaksanakan kerja-kerja kebersihan dan lain-lain yang boleh menyebabkan tindakan perlu diambil oleh pihak Pegawai Penguasa atau wakilnya.
Surat peringatan akan dikeluarkan jika pihak kontraktor tiada sebarang tindakan untuk memperbaiki prestasi kerja dan tindakan keatas teguran yang diberi secara berterusan. Surat peringatan akan dikeluarkan secara beperingkat peringkat seperti berikut :-
i. Surat Peringatan Pertama : 14 hari tindakan pembetulan dari tarikh surat.
ii. Surat Peringatan Kedua : 7 hari tindakan pembetulan dari tarikh surat.
iii. Surat Ketiga : Penamatan kerja.
C. SKOP UTAMA KERJA PENYELENGGARAAN
1.0 Kerja-kerja Awalan
1.1 Insuran
Setelah lantikkan dibuat, kontraktor dikehendaki mengemukakan kepada Bahagian Landskap dan Bahagian Kontrak polisi insuran tanggungan awam „original‟. Polisi insuran, pampasan pekerja dan insuran kerja dari syarat-syarat insuran yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Segala keterangan dan syarat-syarat adalah terkandung di dalam syarat-syarat kontrak. Dokumen tersebut perlulah dihantar ke Bahagian Landskap dan Bahagian Kontrak pada bulan pertama selepas lantikan dibuat. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN DAN TUNTUTAN BAYARAN (INTERIM 1) TIDAK AKAN DIPROSES.
1.2 Pematuhan Kepada Jadual Perlaksanaan Kerja
Kontraktor dikehendaki mematuhi sepenuhnya terhadap jadual perlaksanaan kerja sepertimana yang telah ditetapkan (bulanan dan tahunan). Walau bagaimanapun tanpa menjejaskan mana-mana bahagian yang lain dalam dokumen ini, kontraktor dibenarkan untuk meminda mana-mana perkara di dalam jadual tersebut mengikut kesesuaian dan kemampuannya dengan kelulusan Pegawai Penguasa serta wakilnya. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.3 Laporan Perlaksanaan Kerja (LPK)
Pihak kontraktor dikehendaki menyerahkan laporan perlaksanaan kerja dimana ianya mengandungi segala arahan-arahan dari Pegawai Penguasa atau wakilnya untuk melaksanakan tugasan sepertimana yang ditetapkan dalam dokumen kontrak ataupun kerja- kerja tambahan, masalah-masalah yang menyebabkan gangguan kerja dan kelewatan menyiapkan kerja sepertimana jadual perancangan serta perubahan kerja yang dilakukan. Laporan kerja harian hendaklah dihantar setiap hari bagi kerja-kerja menggred prestasi kerja di tapak dan Laporan Bulanan perlu diserahkan pada setiap hujung bulan setelah kerja-kerja pada bulan tersebut selesai dilaksanakan. Laporan kerja harian mestilah menggunakan dari jenis ‘CARBONISE PAPER’ bagi salinan kepada pihak kontraktor, wakil Pengawai Penguasa dan penyelia di tapak. Bekalan haruslah diberikan pada bulan pertama kerja dijalankan. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN
DENDAAN. (**jika ada / tertakluk pada syarat semasa)
1.4 Mesyuarat Tapak
Kontraktor adalah dikehendaki menghadiri mesyuarat sekiranya dipanggil untuk tujuan perbincangan permasalahan semasa di tapak. MPPG mewajibkan kehadiran ahli-ahli syarikat atau wakilnya yang kompeten. Mesyuarat akan dibuat secara kerap sama ada secara formal atau tidak formal, dimana ia WAJIB dihadiri oleh pihak kontraktor dan penyelia tapak SAHAJA. Ianya bertujuan untuk mengemaskini kerja-kerja mingguan / bulanan / tahunan dan memastikan persiapan kerja-kerja akan dating serta pembentangan prestasi kontraktor bagi bulan sebelumnya. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.5 Laporan Bergambar
Pihak kontraktor dikehendaki menghantar 2 laporan bergambar berwarna barsaiz A4 dengan format yang telah ditetapkan oleh Bahagian Landskap dan dihantar pada setiap bulan antara 01 – 07 hari bulan pada tiap-tiap bulan bagi tujuan proses tntutan bayaran dibuat pada bulan seterusnya mengikut jenis kerja dan lokasi sepertimana di dalam sebutharga (**bergantung kepada arahan semasa, jika tiada sistem baharu dibuat). Jika laporan dan tuntutan tidak dibuat dalam tempoh masa 3 bulan, bayaran tidak akan dibuat bagi bulan tersebut. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.6 Merekod Sistem e-scape (jika ada)
Pihak kontraktor dikehendaki mengemaskini sistem e-scape setiap hari berdasarkan jadual kerja bulanan yang telah direkodkan oleh pihak urusetia MPPG. Gambar perlaksanaan kerja hendaklah dimasukkan ke dalam sistem sebagai bukti perlaksanaan telah dijalankan. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.7 Penyediaan Pakaian Seragam atau Vest Keselamatan
Pihak kontraktor dikehendaki membekal dan memakai pakaian seragam atau vest keselamatan yang akan ditetapkan oleh pihak MPPG. Pematuhan pemakaian ini WAJIB dilaksanakan bagi tujuan keselamatan dan memudahkan pemantauan pekerja dijalankan. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.8 Membekal dan Memasang Tiang Sempadan Zon
Pihak kontraktor dikehendaki membekal dan memasang tiang sempadan zon dengan menggunakan paip UPVC class 6 bersaiz 30mm dia. X 400mm (L) serta dilekatkan stiker pemantul cahaya berwarna bersaiz 75mm dan diletakkan dilokasi-lokasi yang akan ditetapkan oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
D. SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN
1. PENYELENGGARAAN LANDSKAP : LANDSKAP LEMBUT
1.1 Merumput dan mengembur
Rumput membawa maksud semua jenis tumbuhan / rumpai yang tumbuh atau hidup pada tempat yang tidak dikehendaki di dalam kawasan kerja. Semua jenis tumbuhan / rumpai yang berada atau hidup di sekeliling 15 cm dari pangkal pokok hendaklah dibersihkan secara manual samada di pokok muda, renek atau penutup bumi. Penggunaan racun rumpai DILARANG sama sekali. Sekeliling pangkal atau batas pokok pokok hendaklah kelihatan bebas dari rumput liar setiap masa.
Tujuan menggembur adalah untuk memastikan permukaan tanah di pangkal pokok berkenaan menjadi tekstur yang berongga dan halus. Dilakukan pada pokok dengan ke dalaman 5cm dengan mengguna alatan yang sesuai seperti cangkul, atau tajak,
dan lain-lain alat yang bersesuaian. Dilarang menimbunkan tanah yang telah digemburkan ke pangkal pokok atau membuat longkang di sekelilingnya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada batang pokok renek. Xxxxxx sisa hasil daripada kerja-kerja tersebut hendaklah di keluarkan dari tapak dan dibuang ketempat pembuangan sampah MPPG. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.2 Membaja **jika ada
Ia merupakan suatu amalan penjagaan bagi memastikan sumber makan pokok dapat dibagi atau dikawal mengikut kaedah atau tatacara yang betul supaya kesuburan pokok-pokok berkekalan, tidak terbantut atau mati akibat terlebih membaja. Kerja membaja boleh dilaksana setelah kerja merumput dan mengembur siap. Kontraktor mestilah mendapatkan pengesahan daripada pegawai penguasa atau wakilnya sebelum kerja-kerja pembajaan dilakukan agar pemantauan dan rekod dapat dilaksanakan. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT XXXX
DIKENAKAN DENDAAN. Jenis baja yang perlu dibekalkan dan digunakan ialah :-
1.2.1 Bulan pertama baja organis dari jenis hablur
1.2.1.1 Kadar : 50kg / 1 km
1.2.2 Bulan ke dua baja kimia (bunga atau daun)
1.2.2.1 Kadar : 50kg / 1 km
1.2.3 Pembajaan secara semburan daun dengan baja jenis “foliar” grofas hijau (mengkut keperpulan dan arahan semasa)
1.2.3.1 Kadar : 100g – 150g / pokok
1.3 Mencantas
Pokok-pokok renek yang ditanam sama ada di dalam bentuk berkelompok atau tunggal memerlukan kerja-kerja mencantas yang berterusan setiap bulan bagi mengekal rupa bentuk pokok. Kerja-kerja ini membuang bahagian pokok yang berpenyakit, rosak, patah atau mati hendaklah dipotong dan buang termasuk tunas- tunas muda yang tumbuh di pangkal pokok. Begitu juga dengan bahagian-bahagian pokok yang tidak seimbang, terkeluar dari bentuk (konsep) atau mengganggu aktiviti orang ramai. DILARANG MENGGUNAKAN MESIN RUMPUT SEBAGAI ALAT
MENCANTAS POKOK RENEK. Kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan dendaan. Sisa-sisa cantasan juga perlulah dibuang / dibersihkan pada hari yang sama ke dalam beg plastik dan di buang ke pusat pulusan sampah MPPG. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.4 Menyiram **jika ada
Bagi pokok sedia ada atau baru ditanam memerlukan penjagaan serta pengawalan, kerja-kerja menyiram perlulah mengikut masa yang ditetapkan iaitu 2 hari sekali (4 kali seminggu) kecuali hari hujan lebat dan sekata. Tetapi apabila cuaca kering / tidak hujan melebihi 3 hari berturut turut, maka kerja-kerja menyiram perlulah dilaku setiap hari TANPA MENUNTUT BAYARAN TAMBAHAN ATAS KERJA TERSEBUT. Air hendaklah disiram secukupnya pada setiap pokok sehingga tanah di
sekeliling pangkal batangnya nampak basah dan menyerap. Waktu penyiraman yang disyorkan ialah sebelum 10.00 pagi dan selepas 3 petang.
Jika pada hari yang sepatutnya kerja-kerja menyiram dilakukan hujan, tiada pembayaran akan dibuat untuk hari itu. Jika hujan pada waktu malam (selepas 8.00 malam), pada keesokan harinya ialah penyiram yang telah dijadualkan, maka penyiraman pagi tidak perlu dilakukan pada hari itu. Jika pada hari penyiraman adalah hari cuti umum / kelepasan am maka kerja-kerja penyiraman hendaklah dilaksanakan seperti biasa. Jika gagal melaku penyiraman, potongan bayaran akan dibuat pada hari itu sahaja. Lori , pam air ,tangki air dan apa apa peralatan yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor. Bekalan air bagi siraman hendaklah diambil dari tasik-tasik di taman awam Pasir Gudang, dan dilarang sama sekali mengambil air dari punca SAJ atau paip-paip peribadi luar. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
1.5 Xxxxxxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxxx Xxxxxxx
Semua jenis serangga yang memakan atau merosakkan bahagian tanaman dianggap serangga perosak. Tikus, molaska dan mematod juga dianggap perosak tanaman. Semua jenis virus, bakteria dan kulat yang menyerang tanaman samada membunuh atau membantutkannya adalah dianggap punca penyakit tanaman. Oleh yang demikian kontraktor dikehendaki membekal dan menyembur 3 jenis kumpulan racun-racun makhluk perosak apabila kerja kerja meracun atau mengawal serangga perosak perlu dilakukan apabila mendapat arahan dari pegawai penguasa atau wakilnya. Jenis-jenis racun makhluk perosak yang disyorkan adalah seperti berikut:-
1.5.1 Racun Serangga dari jenis Malathion 84EC, Kelthane 18.5 EC, Methamidophos 50 EC, Pes BAN 100. Sekiranya kerja-kerja penyemburan tidak praktikal dijalankan kontraktor adalah diarah membuat kerja-kerja penaburan terus racun jenis Carboturan 3% ke atas permukaan tanah.
1.5.2 Racun Kulat dari jenis Benlate 50% benomyl, Maneb 80wp, Ridomil MZ58EP, CAPTAN 50% wp dan lain-lainnya.
1.5.3 Racun Tikus dan Malaska
Kesemua racun makhluk perosak yang digunakan mestilah mengikut aturan penggunaan yang disyorkan oleh pihak pengeluar bahan berkenaan dan mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan bersesuaian dengan kehendak ISO MS 14001 : 2005 (Pengurusan Alam Sekitar) dan disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya untuk penggunaanya. Kontraktor dikehendaki mengambil langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan racun perosak samada pada pekerja atau orang awam.
1.6 Sungkupan Pokok Renek
Sungkupan adalah kaedah rawatan untuk mengurangkan kadar pemeluwapan atau sejatan air permukaan tanah. Bahan sungkupan terdiri daripada bahan organik yang mudah reput dan kering seperti sabut kelapa sawit terkompos, atau coco fiber. Adalah disyorkan sungkupan di kawasan perbandaran menggunakan bahan yang telah diproses. Ketebatalan sungkupan mestilah setebal 50mm pada setiap nos
pokok / batas pokok. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
2. PENYELENGGARAAN LANDSKAP : LANDSKAP KEJUR
2.1 Merumpai dan merumput
Merumpai dan merumput dikawasan landskap kejur iaitu perabut-perabut taman, kemudahan tambahan, kerb, longkang dan lain-lain binaan sama ada semulajadi atau baharu. Semua rumput atau segala benda yang tumbuh di dalam kawasan kerja hendaklah dirumpai samada dicabut, ditajak atau dicangkul dan dibuang bersama-sama dengan sampah sarap yang lain. Kontraktor dikehendaki memastikan tiada sebarang rumput yang tumbuh di celah-celah lekuk di tepi jalan, laluan pavement atau pejalan kaki, di tepi kerb, di dalam longkang , sump, culvert, scupper drain dan sebagainya. Sisa-sia tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastic / guni dan dibuang ke pusat pelusupsan sampah MPPG. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN. Penggunaan racun rumpai sama sekali tidak digalakkan dan dilarang. Kegagalan dalam pematuhan tersebut akan dikenakan dendaan.
2.2 Menyapu
Segala sampah sarap, daun-daun, dahan-dahan kayu yang gugur dan batang pokok yang serkah hendaklah disapu / diangkat / dibuang dengan mengikut kekerapan yang ditetapkan di dalam ringkasan tawaran.
Segala sampah sarap yang telah disapu hendaklah dikumpul di dalam beg plastik / guni dan terus dibuang keluar dari kawasan kerja pada hari yang sama ke tempat-tempat pembuangan sampah yang akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa. Ini termasuklah segala daun yang berada di atas batas bagi pokok renek ataupun di dalam petak tanaman (planter box). KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
2.3 Mencuci dan Mengecat
Kontraktor dikehendaki mencuci, membersihkan dan mengecat semula landskap kejur yang ditetapkan mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakilnya dengan
menggunakan bahan cucian dan alatan yang bersesuai dan tidak mencemarkan alam sekitar. Bagi kerja-kerja mengecat, kontraktor dikehendaki menggunakan cat asas terlebih dahulu seterusnya menggunakan cat yang berkualiti gred A mengikut warna yang akan ditetapkan oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
3. PENYELENGGARAAN RUMPUT & KEBERSIHAN : PEMOTONGAN RUMPUT
4.1 Pemotongan Rumput
Kawasan-kawasan berumput lain hendaklah dipotong menggunakan alatan berikut pada jenis kawasan yang berlainan seperti di bawah :-
3.1.1 Mesin rumput tangan
3.1.2 Mesin mesin rumput sandang
3.1.3 Mesin rumput tolak
*diwajibkan penggunaan untuk rezab kawasan lapang / hijau terutamanya rumput dari jenis zoysia sp.
3.1.4 Tractor mower
3.1.5 Lawn mower
3.1.6 Ride on mower
*diwajibkan untuk kegunaan padang bola sepak
Pemotongan rumput dengan kadar ketinggian tidak lebih dari 25mm / 15mm dari tanah dan kawasan dibersihkan atau mengikut kesesuaian. Sekiranya terdapat rumput liar yang tumbuh di kawasan rumput zoysia spp. kontraktor hendaklah membuang rumput-rumput liar tersebut setiap masa. Jika terdapat rumput liar yang tumbuh pada pagar, tiang lampu dan sebagainya kontraktor perlulah membuangnya. Kawasan cerun hendaklah dipotong menggunakan mesin rumput tangan atau sandang dengan kadar ketinggian tidak lebih dari 25mm / 15mm dari tanah. Kawasan di mana rumput telah dipotong hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa rumput hendaklah disapu serta dilupuskan ke tapak pelupusan sampah. Pembakaran ke atas sisa sisa rumput adalah dilarang sama sekali. Kesemua sisa tali tangsi dan rumput yang dipotong mestilah disapu selepas kerja dilaksanakan. KEGAGALAN DALAM MELAKSANAKAN KERJA-KERJA TERSEBUT, DENDAAN
AKAN DIKENAKAN. Sekiranya pemotongan rumput tidak mencapai sepertimana arahan, MPPG berhak mengarahkan potongan ulangan tanpa menuntut bayaran tambahas atas kerja tersebut.
3.2 Kebersihan Kawasan
Kerja-kerja hendaklah dilakukan setiap hari pada waktu pagi dan petang di kawasan parit / longkang / scupper drain / kerb / kawasan pokok renek (batas pokok) / utama
/ palma / pagaran, memunggut sampah pepejal serta pukal, ranting / dahan pokok serkah, daun kering, sampah pukal (taman), dan apa juga benda asing. Kontraktor dikehendaki menggunakan peralatan yang sesuai seperti plastik beg / guni, peralatan, penyapu lidi dan sebagainya. Kontraktor dikehendaki mengutip sampah sarap seperti bekas-bekas minuman dan makanan, plastik, kertas, kotak, ranting- ranting halus dan lain-lain bahan ringan di kawasan kontrak serta membuangnya ke
tapak pelupusan sampah pada hari itu juga. Sampah tidak boleh disimpan di dalam kawasan penyelenggaraan. Jika ia berlaku denda dan surat amaran akan dikeluarkan. Kontraktor perlu memastikan bahawa kawasan yang dibersihkan akan sentiasa bersih pada setiap masa, termasuk pada hari-hari kelepasan am atau terdapat majlis
/ program rasmi di dalam atau sekitar kawasan zon penyelenggaraan tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.
3.3 Sempadan Penyelenggaraan
Kontraktor hendakalah menjalankan kerja-kerja penyelenggaan di seluruh kawasan zon yang telah ditetapkan sepertimana di dalam sebutharga seperti di kawasan:-
3.3.1 Bahu-bahu jalan di dalam kawasan perumahan / kilang / jalan-jalan utama yang terlibat
3.3.2 Pembahagi-pembahagi jalan di dalam kawasan perumahan / kilang / jalan-jalan utama yang terlibat
3.3.3 Kawasan lapang / kawasan hijau
3.3.4 Kawasan sekitar taman permainan kanak-kanak
3.3.5 Kawasan pagar sempanan
3.3.6 Kawasan tanah curam
3.3.7 Kawasan landskap kejur / lembut
3.4 Penyelenggaraan Parit / Longkang / Scupper Drain
Pihak kontraktor dikehendaki membersih dan membuang segala jenis tanah, batuan, pasir, tumbuhan liar, serkahan dahan pokok, sampah sarap atau apa-apa benda asing yang yang boleh menghalang perjalanan air di longkang, pembentong dan
‟sum‟ dengan menggunakan peralatan yang sesuai pada setiap hari. Kontraktor juga perlu membuang sisa-sisa tersebut ke Pusat Perlupusan Sampah MPPG di Tanjung Langsat tanpa menyimpan segala jenis sampah di dalam kawasan zon penyelenggaraan. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
Antara parit yang terlibat adalah dari jenis ‟scupper drain‟ BD, BD disambungkan dengan ‟rubble wall atau UD. Penggunaan racun serangga, racun kulat atau apa-apa jenis racun dan bahan kimia adalah dilarang sama sekali. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda dan surat amaran akan dikeluarkan.
3.5 Penyelenggaraan Kerb Jalan
Pihak kontraktor dikehendaki membersihkan kerb daripada tanah, batuan, pasir, lumut, rumpai, rumput, sampah sarap dan lain-lain benda asing yang terdapat di bahu-bahu jalan, pembahagi jalan, simpang jalan, simpang lampu isyarat, perhentian bas, dan lorong depan serta belakang kawasan perumahan / kilang / lain-lain primis yang berkaitan dengan menggunakan peralatan yang sesuai. Penggunaan racun serangga, racun kulat atau apa-apa jenis racun dan bahan kimia adalah dilarang sama sekali. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda dan surat amaran akan dikeluarkan.
3.6 Penyelenggaraan Rumput Zoysia sp.
3.6.1 Penyiraman **jika ada
Kerja-kerja menyiram perlulah mengikut masa yang ditetapkan iaitu 2 hari sekali (4 kali seminggu) kecuali hari hujan lebat dan sekata. Tetapi apabila cuaca kering / tidak hujan melebihi 3 hari berturut turut, maka kerja-kerja menyiram perlulah dilaku setiap hari TANPA MENUNTUT BAYARAN TAMBAHAN ATAS KERJA TERSEBUT. Air hendaklah disiram secukupnya pada setiap pokok sehingga tanah di sekeliling pangkal batangnya nampak basah dan menyerap. Waktu penyiraman yang disyorkan ialah sebelum 10.00 pagi dan selepas 3 petang.
Jika pada hari yang sepatutnya kerja-kerja menyiram dilakukan hujan, tiada pembayaran akan dibuat untuk hari itu. Jika hujan pada waktu malam (selepas 8.00 malam), pada keesokan harinya ialah penyiram yang telah dijadualkan, maka penyiraman pagi tidak perlu dilakukan pada hari itu. Jika pada hari penyiraman adalah hari cuti umum / kelepasan am maka kerja-kerja penyiraman hendaklah dilaksanakan seperti biasa. Jika gagal melaku penyiraman, potongan bayaran akan dibuat pada hari itu sahaja. Lori , pam air ,tangki air dan apa apa peralatan yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor. Bekalan air bagi siraman hendaklah diambil dari tasik-tasik di taman awam Pasir Gudang, dan dilarang sama sekali mengambil air dari punca SAJ atau paip-paip peribadi luar. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN.
3.6.2 Pembajaan **jika ada
Kontraktor mestilah mendapatkan pengesahan daripada pegawai penguasa atau wakilnya sebelum kerja-kerja pembajaan dilakukan agar pemantauan dan rekod dapat dilaksanakan. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT AKAN DIKENAKAN DENDAAN. Jenis baja yang perlu dibekalkan dan digunakan ialah :-
1.6.1 Bulan pertama baja organis dari jenis hablur
1.6.1.1 Kadar : 50kg / 1 km
1.6.2 Bulan ke dua baja kimia (bunga atau daun)
1.6.2.1 Kadar : 50kg / 1 km
1.6.3 Pembajaan secara semburan daun dengan baja jenis “foliar” grofas hijau (mengkut keperpulan dan arahan semasa)
1.6.3.1 Kadar : 100g – 150g / pokok
3.6.3 Baikpulih rumput / Top Dressing
Kerja-kerja menambak tanah hitam atau pasir halus dilakukan apabila ada kawasan rumput yang tidak rata / rosak. Tanah hitam / pasir halus yang digunakan hendaklah bebas daripada bahan-bahan seperti akar kayu, batu dan lain-lain. Pegawai Penguasa akan mengarahkan kontraktor untuk melakukan kerja-kerja tersebut dari masa ke semasa.
3.6.4 Penyulaman rumput
Kerja-kerja penyulaman rumput hendaklah segera dilakukan apabila ada kerosakan selepas padang digunakan dengan kaedah “close turfing”. Rumput- rumput daripada jenis Axonopus compresus atau Zoysia sp. sahaja yang dibenarkan untuk digunakan di dalam kerja-kerja penyulaman. Pihak MPPG tidak akan membekalkan rumput untuk kerja-kerja penyulaman. Rumput hendaklah ditanam mengikut spesifikasi penanaman rumput yang betul. Sisa- sisa kerja penyulaman hendaklah dikutip dan dibuang ke tapak pelupusan sampah milik MPPG. Selepas sulaman dibuat, kontraktor perlulah menjaga penyelenggaraan rumput yang ditanam tanpa sebarang kos yang terlibat.
4. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
4.1 Kebersihan Kawasan
*sila rujuk item D bahagian 3.2
4.2 Penyelenggaraan Landskap
*sila rujuk item D, bahagian 1 dan 2
4.3 Kerja-Kerja Mencuci Xxx Xxxxxxxx
*sila rujuk item D, bahagian 2.3
4.4 Kerja-Kerja Menyiram
*sila rujuk item D, bahagian 1.4
**Sebarang kerja-kerja tambahan yang terlibat hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa atau wakilnya dan tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan di dalam xxxxxx Xxxx Peruntukan Sementara Sahaja. Sebarang kos yang melibatkan kesalahan pihak kontraktor adalah dibawah tanggungan kontraktor sendiri. Kesemua jenis kerja tambahan semasa tanpa arahan daripada Pegawai Penguasa atau wakilnya secara bertulis, MPPG tidak akan meluluskan apa jua jenis tuntutan bayaran.
E. WANG PERUNTUKAN SEMENTARA
**Sila Rujuk Jadual Kadar Harga Yang Dilampirkan
F. MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT)
Jika didapati kontraktor memungkiri perjanjian dan gagal memenuhi kehendak perjanjian dan Pegawai Penguasa, maka MPPG sama ada akan:
i) Melantik pihak ke tiga bagi melaksanakan kerja-kerja yang terdapat dalam skop sebutharga ini.
ii) Segala kos pembayaran bagi tindakan-tindakan tersebut di atas akan ditolak dari kontrak asal kontraktor.
G. KADAR DENDA
BIL | PERKARA | KADAR DENDA |
1. | Sampah tidak dibuang selepas kerja | RM100.00/lokasi/hari |
2. | Tidak hadir mesyuarat | RM100.00/ sekali |
3. | Tidak ada karung plastik | RM100.00/tong@longgok |
4. | Tidak melaporkan kerja harian | RM50.00 / hari |
5. | Tidak melaksanakan kerja kecemasan / arahan semasa | RM300.00/arahan |
6. | Tidak menghadiri pemeriksaan tapak | RM100/pusingan |
7. | Kurang tenaga kerja | RM100.00/seorang |
8. | Tidak memakai pakaian seragam / kelengkapan semasa bekerja | RM300.00/ seorang |
9. | Gred A , B , C dan D | Bayaran disokong mengikut peratus kerja dan denda |
10. | Aduan yang didapati benar disebabkan kerja-kerja tidak dibuat oleh kontraktor | RM 150.00/aduan/ hari |
11. | Tiada penyelia | RM300.00/sehari |
12. | Tidak menyiram pokok | RM500.00/sehari/keseluruhan kawasan Atau RM100.00/sehari/satu kawasan |
13. | Tidak menghantar tuntutan kerja bulanan dalam tempoh setiap bulan dari 01 hari bulan hingga 08 hari bulan. **tuntutan bulanan yang melebihi 3 bulan tidak akan dibayar | RM50/hari |
14. | Tidak merekod borang kerja harian setiap hari atau merekod ke dalam sistem yang disediakan | RM300/hari |
15. | Ahli mesyuarat dihadiri oleh orang selain daripada Pengurus atau penyelia tapak sahaja | RM300 |
16. | Tidak melaksanakan kerja mengikut spesifikasi sepertimana di dalam sebutharga | RM150/item/jenis kerja |
17. | Tidak mengikuti jadual perancangan kerja MPPG | RM100/jenis kerja |
18. | Tidak membuat kad pengesahan / pendaftaran (Topup Card) di Jabatan Kesihatan Awam, MPPG | RM300 |
Saya atau syarikat dibawah tanggungjawab saya telah membaca serta memahami kehendak dan syarat syarat yang telah ditetapkan. Dan akan menjalankan kerja kerja dengan mengikuti syarat syarat pelaksanaan tawaran dan saya atau syarikat bertanggungjawab serta memahami terhadap segala implikasi terhadap kaitan kerja yang ditawarkan di dalam tawaran ini.
T/TANGAN KONTRAKTOR : …………………….. | T/TANGAN SAKSI : ………………………... |
NAMA : …………………………….………………. | NAMA : …………………………….…………. |
COP SYARIKAT : …………………………….… | COP SYARIKAT : …………………………… |
TARIKH : ………………………………………… | TARIKH : ……………………………….……. |
NOTA : DIKEMBALIKAN BERSAMA SAMA XXXXXX XXXXXXX