MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.10/2013
.
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.10/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
30 OKTOBER 2013
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.10/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
30 OKTOBER 2013
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
AGENDA
1. Bacaan Doa.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Mengesahan Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.09/2013 bertarikh 30 September 2013.
4. Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.3/2013.
4. Pembentangan laporan-laporan seperti berikut :-
5.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.10/2013.
5.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.10/2013.
5.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.10/2013.
5.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.10/2013.
5.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.10/2013.
5.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.19/2013.
5.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.20/2013.
7. Ucapan Penangguhan oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx.
8. Penutup.
MESYUARAT PENUH MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.10/2013
KANDUNGAN
1. Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.09/2013.
2. Makluman Minit Mesyuarat Jawatankausa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.3/2013.
3. Lampiran-lampiran :-
5.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.10/2013.
5.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.10/2013.
5.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.10/2013.
5.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.10/2013.
5.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.10/2013.
5.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.19/2013.
5.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.20/2013.
KEHADIRAN
MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 9/2013 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH : 30 SEPTEMBEBR 2013 MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT 1
TINGKAT 16, MENARA MPAJ
1. Tn. Hj. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxxx Timbalan Yang DiPertua Majlis | - Pengerusi |
2. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx | - ” |
4. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
5. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
6. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx | - ” |
7. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxx | - ” |
8. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx | - ” |
9. Pn. Xxxx Xxxx Eng | - ” |
10. Tn. Xxxx Xxxx Xxx | - ” |
11. Tn. Lim Fong Len | - ” |
12. Tn. Xxxx Xxx Xxxxxx | - ” |
13. Tn. Hj. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx | - ” |
14. Tn. Hj. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxx | - „ |
15. Pn. Xxx Xxxxxxx xxxxx Xxx Xxxxxx | - ” |
16. Tn. Hj. Xxx xxx Xxxxxx | - „ |
17. Tn. Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx - Ahli Majlis
18. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal - „
19. Tn. Ho Ah Ngoh - “
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Hj. A. Xxxxx xxx Xxxxx Ahli Majlis, MPAJ
2. Tn. Hj. Xxx Xxxxx xxx Xxxxxx Ahli Majlis, MPAJ
3. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxx Ahli Majlis, MPAJ
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. Drs. Xxxxxxx xxx Xx. Shahri
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
2. En. Xxxxxx xxx Xxxx
Jabatan Undang-Undang
3. En. Xxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Kejuruteraan
4. En. Xxxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Belia dan Masyarakat
5. En. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxx Jabatan Penguatkuasa
6. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxx xxxxx X. Isa Jabatan Perbendaharaan
7. En. Xxxx Xxxxxx xxx Xxxxxx Xxxxxxxx Audit Dalam
8. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxx
Jabatan Perancangan Korporat
9. En. Xxxxxxx Xxxxx xxx Xxxxxxxx Jabatan Khidmat Pengurusan
10. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxxx Jabatan Pelesenan
11. En. Xxxxxxx Xxxx xxx Xxx. Rahman Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
12. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxx Jabatan Perancang Bandar
13. En. Xxxxxxx Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx Xxxxxxxx COB
14. Pn. Xxxxxxxxx xxxxx Xxxxx
Jabatan Perancangan Korporat (PRO)
15. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxx Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx
16. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxx - Urusetia Bahagian Urusetia
17. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxx - Urusetia Bahagian Urusetia
1. BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx
2. UCAPAN PENGERUSI
Tuan Hj. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxxx, Timbalan Yang Xx Xxxxxx selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan pihak media yang hadir ke Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013.
Tuan Pengerusi seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
2.1. Tuan Pengerusi bagi pihak semua kakitangan MPAJ dan Ahli Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Yang DiPertua MPAJ, Y.Bhg. Dato’ Xxxxxxxx xxx Xxxxx atas perkhidmatan beliau selama tujuh tahun di MPAJ iaitu dari 16 September 2006 hingga 1 September 2013. Sepanjang perkhidmatan beliau di MPAJ, banyak perkara telah dilaksanakan dan membawa MPAJ ke satu tahap yang dibanggakan dalam Negeri Selangor. Tuan Pengerusi mengucapkan Selamat Maju Jaya dan dapat memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang di Majlis Perbandaran Klang.
2.2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan menerima kunjungan lawatan Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) pada 10 Oktober 2013 (Khamis) jam 2.30 petang. Sebagai makluman, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang ini
mengadakan lawatan ke agensi-agensi yang terlibat bermula pada 17 September 2013 – 11 Oktober 2013. APPC disertai oleh 40 jabatan/agensi kerajaan di Negeri Selangor. Tuan Pengerusi berharap MPAJ dapat mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai.
2.3. Pasukan Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan akan berkunjung ke MPAJ pada 28 – 29 Oktober 2013 dari jam 9.00 pagi – 4.30 petang. Inspektorat ini bertujuan untuk membantu meningkat dan memantapkan tahap keselamatan perlindungan dari aspek keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan peribadi dan keselamatan ICT. Ia juga dilaksanakan bagi mengiktiraf tadbir urus keselamatan perlindungan yang terbaik di peringkat kerajaan.
Dimaklumkan bahawa program ini akan dilaksanakan ke atas 24 Kementerian, 34 Jabatan Persekutuan, 13 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan 52 Pihak Berkuasa Tempatan. Inspektorat ini akan dilaksanakan bermula Julai 2013 hingga Disember 2013.
Tuan Pengerusi mengharapkan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat bukan sekadar bersedia, malah telah mematuhi peraturan dalam melaksanakan urusan ini.
2.4. Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Selangor ke 26 telah diadakan pada 25-27 September 2013 yang lalu. Dua (2) tajuk daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah terpilih untuk dipertandingkan di mana setiap satu (1) tajuk mewakili Kategori Teknikal dan Kategori Pengurusan.
2.5. Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Gambang Resort City, Pahang pada 1-3 Oktober 2013. MPAJ telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan ini untuk Konvensyen ini. Majlis turut terpilih untuk bertanding dalam satu (1) tajuk KIK dalam konvensyen ini iaitu ’e-Data CF’.
2.6. Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pemilik-pemilik premis perniagaan boleh mula memperbaharui lesen perniagaan mereka bermula 1 Oktober 2013. Pemilik disarankan untuk merancang masa pembayaran dan memanfaatkan masa yang diberi untuk mengelakkan tindakan / denda yang akan dikenakan sekiranya lewat memperbaharui lesen perniagaan.
Bagi pemilik premis yang gagal memperbaharui lesen sehingga lesen tamat pada 31 Disember 2013, denda sebanyak RM 250.00 dikenakan dari 1 Januari hingga 31 Mac. Selepas tarikh tersebut denda meningkat sebanyak RM700.00 seperti yang telah dipersetujui.
2.7. Penilaian kawasan Zon Bersih Lama di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor akan diadakan sepanjang Bulan Oktober 2013. Penilaian kawasan Zon Bersih Lama di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) iaitu di Pekan Ampang akan dilaksanakan pada 3 Oktober 2013 (Rabu) jam 8.00 pagi.
2.8. Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan agar padang UKRC diambilalih dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Berikutan itu, satu (1) notis makluman telah dikeluarkan pada 27 September 2013 untuk memberitahu pengambilalihan ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2013.
Padang ini akan dikenali sebagai Padang Bola Sepak MPAJ, Kuala Ampang dan sebarang tempahan penggunaan padang ini perlulah melalui Jabatan Belia & Masyarakat, MPAJ ditalian 03-42968012.
2.9. Dimaklumkan bahawa Sukan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ telah bermula pada 22 September 2013 dan akan berakhir pada 6 Oktober 2013. Sebanyak 7 sukan daripada 12 sukan telah dipertandingkan dalam tempoh ini. Besarlah harapan Majlis agar pihak penduduk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti Majlis.
2.10. Akhir sekali Tuan Pengerusi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha / Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat yang dijatuh pada 15 Oktober 2013.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 8/2013
Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 8/2013 bertarikh 29 September 2013 disahkan tanpa pindaan. Minit mesyuarat dicadangkan disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxxx xxx Xxxxxx dan Tuan Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx.
4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5. PERTIMBANGAN LAPORAN
5.1. LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013 bertarikh 30 September 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 9/2013 yang telah diadakan pada 10 September 2013 dengan tambahan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal dan Tuan Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx.
5.1.1. Perkara 2.11 di muka surat 22
Mesyuarat dibangkitkan dengan adanya aktiviti perniagaan lain di tempat letak kereta di Blok M 14 dan M15 Pandan Jaya setelah kawasan tersebut dibersihkan.
Tuan Hj. Meor Rithaun b. Xxxxxxx Xxxx mencadangkan Majlis memasang notis dilarang berniaga di tapak tempat letak kereta tersebut bagi mengelakkan sebarang aktiviti perniagaan dijalankan.
Tuan Pengerusi mengarahkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas sebarang perniagaan di atas tapak tersebut.
5.1.2. Perkara 2.12 di muka surat 22
Tuan Xxxx Xxxx Xxx meminta Majlis mendapatkan pelan daripada pemilik rumah No. 0, Xxxxx Xxxxxxx 0/0, Xxxxxx Xxxxxxx ( En. Xxx Xxx) tanpa mengambil kira perbicaraan di mahkamah.
MAKLUMAN
5.2. LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013 bertarikh 30 September 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil. 9/2013 yang telah diadakan pada 18 September 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx.
MAKLUMAN
5.3. LAPORAN JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013 bertarikh 30 September 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.
9/2013 yang telah diadakan pada 24 September 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal.
MAKLUMAN
5.4. LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013 bertarikh 29 Ogos 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil. 9/2013 yang telah diadakan pada 25 September 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Xxxx Xxxx Xxxx Xxx dan disokong oleh Tuan Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx.
MAKLUMAN
5.5. LAPORAN JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013 bertarikh 30 September 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 9/2013 yang telah diadakan pada 25 September 2013 dengan tambahan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx.
5.5.1. KERTAS CADANGAN SYARAT-SYARAT PERATURAN DAN KADAR HARGA SEWAAN PENGGUNAAN PADANG MPAJ KUALA AMPANG
Mesyuarat Penuh Majlis meluluskan cadangan harga sewaan dan syarat penggunaan Padang MPAJ Kuala Ampang seperti di Lampiran 1.
MAKLUMAN
5.6. LAPORAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013 bertarikh 30 September 2013 telah mengambil maklum dan menerima laporan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 17/2013 dan bil. 18/2013 bertarikh 11 September 2013 dan 20 September
2013.
MAKLUMAN
6. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH XXXX XXXXXX XXX XXXXX
Tuan Xxxxxx xxx Xxxxx mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 9/2013.
Dalam ucapan penangguhan beliau menyampaikan perkara berikut:
6.1. Merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mantan YDP MPAJ, Dato’ Xxxxxxxx xxx Xxxxx atas jasa, dedikasi serta kepimpinan beliau ketika menerajui MPAJ. Bakti serta pengorbanan beliau dikenang warga MPAJ dan semoga beliau akan terus cemerlang di Majlis Perbandaran Klang.
6.2. Beliau bagi pihak semua Ahli Majlis mengucapkan tahniah atas perlantikan Timbalan Yang DiPertua memangku tugas Yang DiPertua MPAJ. Beliau turut menyatakan sokongan dan dokongan semua Ahli Malis serta menghulorkan kerjasama yang tidak berbelah bagi, menawarkan tenaga, fikiran dan masa untuk seiring sebagai satu pasukan dengan perpatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
6.3. Beliau juga menyampaikan rasa terkilan di mana difahamkan surat perlantikan memangku tugas YDP yang diterima berbentuk `open ended’ yang bermaksud tidak menyatakan tempoh memangku jawatan tersebut dan tidak faham kenapa Kerajaan Negeri sukar untuk melantik seorang Yang DiPertua di MPAJ.
6.4. Sehubungan dengan itu, melalui perbincangan Ahli Majlis dalam Mesyuarat Pre Council telah mengusulkan pernyataan berbunyi:
i) Menyedari perlunya struktur kepimpinan yang stabil untuk kesinambungan pelan tindakan serta perlaksanaan dasar-dasar Majlis;
ii) Perlunya seseorang melaksanakan tugas-tugas Yang DiPertua dengan tegas dan tuntas;
iii) Mengambilkira pengalaman kerja, pengetahuan kawasan, perhubungan dengan masyarakat setempat serta perkhidmatan Setiausaha merangkap Timbalan Yang DiPertua sekian lama
Maka ingin dicadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk melantik Timbalan Yang DiPertua selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan serta merta.
6.5. Beliau menyatakan kewajaran dan rasional keputusan ini dibuat berdasarkan alasan berikut :-
i) Perlantikan dan arahan kepada Timbalan Yang DiPertua oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk memangku tugas YDP adalah manifestasi perakuan kelayakan atau `implied recognition’ kepada Timbalan Yang DiPertua yang berbentuk `vote of confident’ untuk melaksanakan tugas dan berperanan sebagai YDP MPAJ;
ii) Masalah `vaccum’ kepimpinan yang tertangguh akan selesai dan kita maju ke hadapan tanpa kekangan;
iii) Pihak Berkuasa Negeri juga boleh `move forward’ untuk laksanakan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat khasnya di MPAJ; dan
iv) Sebaliknya jika orang lain dilantik sebagai YDP baru MPAJ, maka akan berlaku `period of acclimatization’ iaitu waktu menyesuaikan diri dan menyatakan perkara ini tidak timbul jika Timbalan YDP yang menduduki jawatan tersebut.
6.6. Beliau berharap Pihak Berkuasa Negeri dapat mempertimbangkan cadangan Ahli Majlis demi kelangsungan dan kesinambungan pentadbiran MPAJ dan yang paling utama ialah meletakkan calon yang tepat di tempatnya.
6.7. Beliau akhiri ucapan dengan dua rangkap pantun :-
Kalau hendak menebang jati Biar tertib tumbang jangan Kalau hendak mencari ganti Biar lebih kurang jangan
Kalau padi katakan padi Tidak kami tertampi-tampi Kalau jadi pastikan jadi Tidak kami ternanti-nanti
7. PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas ucapan penangguhan tersebut dan Mesyuarat ditangguhkan pada jam
12.05 tengahari.
Disediakan oleh:-
Urusetia
Bahagian Urusetia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Minit Mesyuarat telah disyorkan untuk disahkan oleh
…………………………..........dan disokong oleh …………………………………
(XXXX XXX. XXXXX XXX XXXXXXX)
Pengerusi Mesyuarat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPM 9 2013 – 30.9.2013.
LAMPIRAN 1 SYARAT-SYARAT, PERATURAN DAN KADAR HARGA SEWAAN PENGGUNAAN
PADANG MPAJ KUALA AMPANG
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah melalui Jabatan Belia dan Masyarakat, MPAJ dengan menggunakan Borang Tempahan Padang dan diisi dengan lengkap.
2. Pemohon perlu mendapatkan kebenaran Pengarah/Pegawai Tadbir Jab. Belia dan Masyarakat.
3. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya SEBULAN sebelum tarikh penggunaan. Bagi permohonan yang lewat bergantung kepada kekosongan jadual.
4. Xxxxx menjelaskan bayaran tempahan selepas mendapat kelulusan dari Pihak Majlis.
5. Sila bawa resit bayaran semasa menggunakan kemudahan.
PERATURAN PENGGUNAAN
1. Masa penggunaan adalah dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.
2. Pengguna bertanggungjawab menjaga kebersihan kemudahan semasa dan selepas penggunaan.
3. Sebarang kerosakan semasa penggunaan kemudahan hendaklah ditanggung oleh pemohon.
4. Pengguna DILARANG menggunakan padang ketika hari hujan bagi mengelakan kerosakan padang.
5. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab keatas segala kemalangan/kecederaan yang berlaku semasa aktiviti dijalankan.
6. Segala bentuk minuman keras/makanan haram disisi agama Islam adalah TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kedalam kawasan kemudahan.
7. Pengguna hendaklah menyusun atau meletakan peralatan yang digunakan ke tempat asal dengan teratur dan kemas selepas penggunaan.
8. Segala pemasangan khemah atau peralatan yang berstruktur hendaklah mendapat kebenaran dari pihak Majlis terlebih dahulu.
9. Pengguna dilarang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan di dalam kawasan kemudahan.
10. Padang hanya digunakan untuk tujuan permainan/sukan bola sepak sahaja.
11. Sebarang peraturan-peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan MPAJ. Yang DiPertua Majlis atau wakilnya berhak MEMBATALKAN KEBENARAN yang telah diberi jika terdapat program rasmi yang melibatkan Pihak MPAJ. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang FAEDAH atau GANTIRUGI dengan syarat mengemukakan resit asal.
KADAR HARGA SEWAAN
KEMUDAHAN | ISNIN – AHAD | MASA |
Padang Bola | RM200 | 2 jam/satu sesi |
Padang Bola | RM1200 | Sehari (7.00 pagi- 7.00 malam) |
4.1.
MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT (JKAPK) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.3/2013
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL 10/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT (JKAPK)
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 3/2013 BAHAGIAN AUDIT DALAM
1.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 10/2013 berhubung minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat Bil. 3/2013 yang telah diadakan pada 23 Oktober 2013.
2.0 LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) hendaklah diminitkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis setelah mendapat persetujuan Yang Di Pertua Majlis selaras dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:SPBT Bil. 5/2010.
3.0 AGENDA PERBINCANGAN
3.1 UCAPAN PENGERUSI
3.1.1 Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah dengan harapan agar Allah
S.W.T memberikan pertolongan dan minda yang terbuka agar segala perancangan Jawatankuasa dapat dirumuskan dengan sebaik mungkin.
3.1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah bagi pihak Ahli JKAPK di atas kejayaan MPAJ mendapat mendapat pengiktirafan tertinggi 3 Bintang bagi Quality Environment (QE) dan mendapat 2 Bintang bagi Innovative Creative Circle (ICC) pada Konvensyen Kebangsaan Quality Environment (QE) dan Inonovative Creative Circle (ICC) di Gambang, Pahang pada 1-3 Oktober 2013.
3.1.3 Pengurusan MPAJ adalah diharapkan agar dapat membuat persediaan yang sebaiknya dalam menerima kunjungan auditan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor pada
12 November 2013 untuk sesi Auditan Keselamatan Pekerjaan (OSHA 1994) dan dari Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan turut akan dijalankan pada 19-20 November 2013. MPAJ hendaklah memastikan agar penjelasan serta maklumat yang akan disampaikan adalah tepat dan betul seterusnya melancarkan proses auditan pada hari yang telah dijadualkan tersebut.
3.2 PENGURUSAN ADUAN AWAM
Jabatan Perancangan Korporat (PC) memaklumkan taklimat berkaitan Sistem Aduan Majlis yang membolehkan Ahli Majlis untuk memantau aduan mengikut zon masing-masing secara langsung melalui emel telah di laksanakan selepas Mesyuarat Penuh Bil. 7 /2013.
Tindakan:
Makluman
3.3 LAPORAN AUDIT YANG DIBENTANG DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) BIL. 3/2013
Ahli JKAPK mengambil maklum ke atas laporan audit dalam yang telah dibentangkan di dalam Mesyuarat JPKA Bil. 3/2013. Bahagian Audit Dalam (AD) diminta membuat tindakan susulan ke atas penemuan yang telah dibangkitkan.
Tindakan
Bahagian Audit Dalam
3.4 PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI KERJA KONTRAKTOR PERKHIDMATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL (PPSP) DAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN AWAM (PPA) OLEH JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN (PBK)
Dicadangkan satu mesyuarat tindakan susulan dijalankan bersama Ahli JKAPK dan Pengarah Jabatan PBK MPAJ bagi membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan prestasi kerja kontraktor PPSP dan PPA yang telah dipersetujui dalam pembentangan pada mesyuarat JKAPK Bil. 2/2013.
Tindakan:
Bahagian Audit Dalam / Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan
Kesihatan
3.5 PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI PENGURUSAN HASIL DAN PEROLEHAN OLEH JABATAN PERBENDAHARAAN
Ahli JKAPK mengambil maklum ke atas pembentangan laporan prestasi pengurusan hasil dan perolehan sehingga bulan September 2013 oleh Jabatan Perbendaharaan. Pihak jabatan diminta meneruskan pemantauan dan pengurusan kewangan Majlis agar menepati keperluan peraturan kewangan semasa yang telah ditetapkan.
Tindakan:
Jabatan Perbendaharaan
3.6 HAL-HAL LAIN
3.6.1 Mesyuarat yang dianggotai oleh Jabatan Undang- undang (UU), Perbendaharaan (W) dan Bahagian Teknologi Maklumat (ICT) perlu diadakan bagi membincangkan prestasi pengurusan CCTV di kawasan pentadbiran MPAJ dan dibentangkan dalam mesyuarat JKAPK Bil. 4/2013.
Tindakan:
Bahagian Audit Dalam
3.6.2 Laporan mengenai tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja haram/pendatang haram di pasar malam dan pasar pagi yang menjejaskan pendapatan penjaja
tempatan di dalam turut diminta untuk dibentangkan mesyuarat JKAPK Bil. 4/2013.
Tindakan:
Jabatan Perbandaran dan Kesihatan
3.6.3 Pelan tindakan / prosedur kerja standard (SOP) Majlis bagi menghadapi situasi bencana seperti Tanah Runtuh diminta untuk dibentangkan untuk makluman Ahli JKAPK dalam mesyuarat akan datang.
Tindakan:
Jabatan Perancangan Korporat
3.6.4 Jabatan Kejuruteraan diminta untuk mengkaji kos efektif pelaksanaan penyelenggaraan lampu jalan menggunakan sistem kontrak panel dalam meningkatkan tahap kecekapan MPAJ dalam menangani aduan awam berhubung perkara tersebut.
Tindakan:
Jabatan Kejuruteraan
4.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis diminta mengambil maklum mengenai perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat Bil. 3/2013 seperti di para 3.0 selaras dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:SPBT Bil. 5/2010.
Disediakan Oleh:
(XXXX XXXXXX X.XXXXXX)
Juruaudit
Bahagian Audit Dalam
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
24 Oktober 2013
5.1.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN BIL.10/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN BIL.10/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
21 OKTOBER 2013
MASA
:
2.30 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx (TYDP, MPAJ) | - |
2. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxxx | - |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxx | - |
4. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx | - |
5. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx | - |
6. Tn. Fong Teck Keong | - |
7. Pn. Xxxx Xxxx Eng | - |
8. Tn. Xxxx Xxx Xxxxxx | - |
9. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx | - |
10. Pn. Xxx Xxxxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxx | - |
11. Tn. Xxxx Xxx Xxxxx Xxx Xxxxxx | - |
12. Tn. Xxxxx Xxxx Xxx Xxxxx | - |
Pengerusi
Ahli Majlis ’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Wong Khai Pun - Ahli Majlis
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN A
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.10/2013 LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.10/2013 telah diadakan pada 21 Oktober 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. LAPORAN ANALISA KUTIPAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN DARI 1 JANUARI 2013 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2013
2.1.1. Mesyuarat dimaklumkan prestasi kutipan cukai semasa dan tunggakan cukai taksiran. Bil cukai taksiran yang sepatutnya dikutip bagi tempoh Januari – September 2013 ialah sebanyak RM92.90juta dan tunggakan cukai sebanyak RM12.53juta dengan jumlah bil yang dikeluarkan 334,239 bil bagi tempoh penggal kedua (2) dalam tahun 2013.
2.1.2. Secara keseluruhannya kutipan hasil cukai taksiran dari
1 Januari 2013 sehingga 30 September 2013 ialah sebanyak RM75.80juta. Pencapaian kutipan semasa
cukai taksiran adalah RM66.68juta; 71.78% dan kutipan tunggakan cukai taksiran adalah RM9.12juta; 69.65%.
2.1.3. Berikut adalah perbandingan kutipan cukai taksiran bagi tempoh 30 September 2013 dan 30 September 2012.
Perbandingan kutipan cukai taksiran | |||
Perkara | 01/01/13 – 30/09/13 | 01/01/12 – 30/09/12 | Ulasan |
Kutipan cukai semasa | RM66.68juta | RM63.88juta | Peningkatan kutipan cukai semasa RM2.80juta; 4.19% |
Kutipan tunggakan cukai | RM9.12juta | RM9.07juta | Penurunan kutipan tunggakan cukai RM0.05juta; 0.52% |
Jumlah | RM75.80juta | RM72.95juta | Peningkatan kutipan keseluruhan RM2.85juta; 3.75% |
2.1.4. Laporan Tunggakan Cukai Taksiran 1 Januari 2013 sehingga 30 September 2013 dan senarai 50 pemaju serta 100 individu Tunggakan Cukai Taksiran adalah seperti di Lampiran 1.
2.1.5. Analisa pencapaian kutipan cukai taksiran dilaporkan sehingga 30 September 2013 dengan sasaran kutipan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Analisa pencapaian kutipan sasaran yang diarahkan oleh XXX | |||
Xxxxx cukai taksiran | Sasaran kutipan arahan SUK | Pencapaian Majlis | Kekurangan/ Lebihan sasaran |
Cukai semasa | RM83.61juta | RM66.68juta | Kekurangan sasaran RM18.32juta |
Tunggakan cukai | RM8.77juta | RM9.12juta | Lebihan sasaran RM0.35juta |
2.1.6. Pelan Tindakan Jabatan bagi meningkatkan prestasi kutipan adalah berterusan dan komited seperti berikut:
a) Perlaksanaan kaunter bergerak mengikut Zon Ampang dan Zon Hulu Kelang dengan kaedah kutipan dari rumah ke rumah pemegang harta.
b) Pembukaan kaunter Menara MPAJ dan Pejabat Cawangan Melawati pada setiap Sabtu setiap minggu bermula 18 November 2006 yang lalu.
c) Pembukaan kaunter di pasaraya sekitar Ampang Jaya pada bulan Januari, Februari, Julai dan Ogos untuk kemudahan orang ramai di luar waktu pejabat.
d) Penyediaan mesin pembayaran dan semakan cukai taksiran 24 jam (kiosk) di Menara MPAJ dan pembayaran secara eBanking melalui bank yang telah dilantik oleh Majlis.
e) Pemberitahuan promosi dan lokasi kaunter bergerak melalui banner di jalan utama, papantanda elektronik di Ampang Point dan memaklumkan aktiviti dan kewajipan membayar cukai melalui media.
f) Menjalankan kajian secara berterusan ke atas pelaksanaan operasi kutipan oleh PBT dan agensi kerajaan yang lain bagi mengemaskini dan mendapatkan kaedah terbaik meningkatkan prestasi kutipan.
g) Menubuhkan Unit Taskforce Tunggakan Cukai Taksiran bermula 18 Januari 2010. Unit ini memantau serta membuat tuntutan tunggakan Cukai Taksiran ke atas pemilik individu dan syarikat tegar.
h) Xxxxxxxxxxxxxxxxxx pemilik tegar yang gagal menjelaskan tunggakan Cukai Taksiran ke Convergent Technologies Operating System (CTOS).
2.1.7. Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum Laporan Xxxxxxx Xxxxxxx Tunggakan Cukai Taksiran dari 1 Januari 2013 sehingga 30 September 2013.
2.2. LAPORAN ANALISA PRESTASI PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2013 DARI 1 JANUARI 2013 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2013
2.2.1. Mesyuarat dimaklumkan perbelanjaan Majlis bagi bajet 2013 sehingga 30 September 2013.
2.2.2. Peruntukan bajet mengurus tahun 2013 adalah sebanyak RM118juta dengan perbelanjaan RM71.58juta atau 60.66% daripada peruntukan yang telah diluluskan. Manakala bajet pembangunan dengan peruntukan berjumlah RM1juta bagi tahun 2013.
2.2.3. Laporan Prestasi Perbelanjaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dari 1 Januari hingga 30 September 2013 seperti di Lampiran 2.
2.2.4. Peruntukan khas yang diterima oleh Majlis sehingga 30 September 2013 berjumlah RM23.51juta dengan perbelanjaan RM19.05juta atau 80.92%. Laporan Perincian Perbelanjaan daripada Peruntukan Khas Tahun 2011 - 2013 bagi bulan 1 Januari 2011 hingga 30 September 2013 seperti di Lampiran 3.
2.2.5. Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum Laporan Analisa Prestasi Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi tahun 2013 dari 1 Januari 2013 sehingga 30 September 2013.
2.3. LAPORAN PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2013 DARI 1 JANUARI 2013 HINGGA 30 SEPTEMBER 2013
2.3.1. Mesyuarat dimaklumkan penyata pendapatan dan perbelanjaan Majlis bagi tahun 2013 hingga 30 September 2013.
2.3.2. Pendapatan bagi hasil cukai adalah sebanyak RM75.80juta dan pendapatan bagi hasil bukan cukai adalah sebanyak RM13.73juta. Jumlah pendapatan bagi hasil cukai dan hasil bukan cukai Majlis sehingga
30 September 2013 berjumlah RM89.53juta. Perbelanjaan Majlis sehingga 30 September 2013 berjumlah RM84.65juta. Lebihan pendapatan Majlis sehingga 30 September 2013 berjumlah RM4.88juta.
2.3.3. Laporan simpanan tetap sehingga 30 September 2013 adalah sebanyak RM66juta dan telah ditetapkan sebagai komitmen perbelanjaan Majlis.
2.3.4. Perincian laporan pendapatan, perbelanjaan dan simpanan tetap adalah seperti di Lampiran 4.
2.3.5. Majlis masih kekurangan aliran wang tunai sebanyak RM11.6120juta untuk perbelanjaan September hingga Disember 2013 termasuk AKB Januari 2014.
(Baki peruntukan vot Majlis tanpa emolumen - simpanan tetap baki peruntukan perbelanjaan Majlis)=(RM47.42juta-RM8.81juta)-RM27juta=RM11.61juta.
2.3.6. Mesyuarat mengambil maklum Laporan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2013 dari 1 Januari 2013 hingga 30 September 2013.
2.4. KERTAS KERJA CADANGAN BAGI MENJELASKAN BAYARAN BIL TERTUNGGAK DI AMPANG LOOK OUT POINT (ALOP), MUKIM AMPANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
2.4.1. Mesyuarat dimaklumkan keputusan Mesyuarat mengenai isu Ampang Look Out Point (ALOP) pada 15 Ogos 2013 di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Shah Alam untuk mendapatkan kelulusan berkaitan cadangan menjelaskan bayaran bil tertunggak di Ampang Look Out Point (ALOP), Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
2.4.2. Lokasi pusat pelancongan Ampang Look Out Point ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang dan bersempadanan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Keputusan Mesyuarat MTES pada 11 November 2003, Pusat Pelancongan tersebut telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang di mana Majlis Perbandaran Kajang akan melantik Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi menguruskan pengendaliannya.
2.4.3. Semenjak tahun 2003 sehingga kini, beberapa agensi yang terlibat dengan pengurusan pengendalian Pusat Pelancongan di Look Out Point antaranya Majlis
Perbandaran Ampang Jaya, Majis Perbandaran Kajang, Tourism Selangor dan Jabatan Perhutanan.
2.4.4. Isu berkaitan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dibincangkan dalam mesyuarat ALOP adalah isu bayaran tertunggak bil elektrik dan bil air.
2.4.5. Pihak jabatan mendapati penama bil elektrik masih di atas penama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan masih belum ditukar nama kepada penama agensi terakhir yang menguruskan pengendalian tempat berkenaan.
2.4.6. Pihak Majlis mengambil maklum dan bersetuju untuk menjelaskan bayaran tertunggak bagi bil elektrik dan bil air dengan syarat pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan menyediakan surat kelulusan khas untuk membayar semula amaun tersebut kepada pihak Majlis.
2.4.7. Pada 28 Ogos 2013, pihak UPEN telah mengeluarkan surat kelulusan khas untuk menyalurkan peruntukan kepada pihak Majlis setelah proses pembayaran selesai dilaksanakan oleh pihak Majlis.
2.4.8. Hasil semakan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) didapati bil elektrik tertunggak semasa sehingga bulan September 2013 bagi ketiga-tiga nombor akaun bekalan adalah seperti berikut :-
2.4.8.1 Nombor akaun 0123 00639993 07 di Look Out Point De’ Puncak Serambi, Xxxxx Xxxxxx, Xxxx Xxxxxx xxxxxxxxx RM35, 902.80.
2.4.8.2 Nombor akaun 0123 00616631 02 di Rumah Pam, Pusat Pelancongan Look Out Point, Xxxxx Xxxxxx Xxxxx, Xxxx Xxxxxx xxxxxxxxx RM115.40.
2.4.8.3 Nombor akaun 0123 00672874 04 di Pusat Pelancongan Look Out Point, Xxxxx Xxxxxx, Xxxx Xxxxxx xxxxxxxxx RM656.55.
2.4.9. Pembayaran bil air tertunggak yang berjumlah RM12,753.60 kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS). Jumlah sebenar adalah tertakluk kepada bil yang dibuat pada kali terakhir urusan pembayaran penuh kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS).
2.4.10.Setelah selesai pembayaran tunggakan bil tersebut, pihak Majlis akan membuat penutupan akaun ke atas bil-bil tersebut dan memohon pihak UPEN serta pihak Tourism Selangor Sdn. Bhd. membuat pertukaran penama bagi akaun bil elektrik dan bil air.
2.4.11.Mesyuarat bersetuju untuk membuat pembayaran tunggakan bil elektrik dan bil air di Ampang Look Out Point (ALOP), Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan dengan menggunakan
peruntukan jabatan. Xxxxx Xxxxx akan memohon pihak UPEN menyalurkan peruntukan bagi pembayaran balik bil-bil tertunggak tersebut.
2.5. CADANGAN KERJA-KERJA KECEMASAN PENYELENGGARAAN HAKISAN TANAH PADA PERMUKAAN CERUN DI XXXXX XXXX 00, XXXXX XXXX XXXX, XXXXXX
2.5.1. Mesyuarat dikemukakan berhubung kerja-kerja kecemasan yang telah dilaksanakan untuk makluman dan pengesahan mesyuarat bagi kerja-kerja tawaran yang melebihi RM 20,000.00.
2.5.2. Satu kejadian hakisan tanah telah berlaku pada 13 Oktober 2013 bersebelahan rumah No. 55 (lorong tepi) Jalan Mega 13, Taman Mega Jaya, Ampang. Hakisan terjadi akibat terdapat aliran air bawah tanah yang menyebabkan kegagalan struktur cerun. Punca hakisan belum dapat dikenal pasti memandangkan terdapat 2 aliran paip bawah tanah iaitu di bawah tanggungjawab pihak Indah Water Konsortium Sdn. BHd. (IWK) dan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS).
2.5.3. Kesan daripada kejadian tersebut, longkang pada bahagian bawah cerun (road side drain) telah tertimbus dengan tanah dan tembok longkang telah tumbang.
2.5.4. Terdapat hakisan tanah pada cerun potongan yang berukuran 4m(P) x 5m(L) dan terdapat beberapa batang pokok yang telah tumbang. Punca hakisan tanah dan pokok tumbang disebabkan terdapat aliran air daripada bawah tanah yang mengalir ke permukaan cerun sehingga menyebabkan keadaan cerun gagal dan mengakibatkan pokok tumbang. Cerun yang mengalami hakisan tanah seperti ini boleh mengganggu keselamatan penduduk di sekitar Jalan Mega 13 dan Jalan Mega 15. Manakala tahap risiko di kawasan hakisan tanah ini adalah tinggi.
2.5.5. Pihak jabatan telah mengambil tindakan segera di bawah peruntukan Seksyen 30, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi kerja-kerja pembaikan yang sedang dilaksanakan dan kerja-kerja tambahan yang perlu dilaksanakan :
TAJUK KERJA | SKOP KERJA & KOS (RM) | NAMA SYARIKAT | STATUS KERJA (%) |
CADANGAN KERJA-KERJA KECEMASAN PENYELENGGARAAN HAKISAN TANAH PADA PERMUKAAN CERUN DI XXXXX XXXX 00, XXXXX XXXX XXXX, XXXXXX. No. Fail: MPAJ.KEJ.C.720- 1/142/13 | - Kerja Awalan - Kerja pembersihan kawasan hakisan termasuk tembok penahan - Kerja | Syarikat Perniagaan Laqasi Maju | 30% |
pembaikan | |||
longkang & | |||
tembok | |||
longkang. |
- Kerja menyelenggara permukaan cerun. Kos 74,895.00 |
2.5.6. Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan kerja-kerja penyelenggaraan hakisan tanah pada permukaan cerun di Xxxxx Xxxx 00, Xxxxx Xxxx Xxxx, Xxxxxx, Xxxxxxxx Darul Ehsan oleh Syarikat Perniagaan Laqasi Maju dengan kos sebanyak RM74,895.00. Kerja-kerja pembaikan akan diserahkan kepada pihak SYABAS.
2.6. PULANG BALIK CUKAI TAKSIRAN (REMISI) KE ATAS BANGUNAN KOSONG SEPANJANG PENGGAL PERTAMA CUKAI TAHUN 2013 (JANUARI-JUN 2013)
2.6.1. Mesyuarat dimaklumkan Pulangan Balik Cukai Taksiran (Remisi) Ke Atas Bangunan Kosong Sepanjang Penggal Kedua Cukai Tahun 2011 (Januari-Jun 2013).
2.6.2. Sepanjang penggal pertama cukai Januari - Jun 2013, pihak Jabatan telah menerima dan memproses sebanyak 138 permohonan yang layak diberikan pemulangan balik Cukai Taksiran.
2.6.3. Hasil dari pengesahan REMISI yang perlu dikembalikan adalah sebanyak RM110,349.78, perkiraan ini adalah mengambilkira bilangan hari yang layak dipertimbangkan seperti di Lampiran 5.
2.6.4. Pemakluman kekosongan ini tertakluk kepada syarat- syarat yang ditetapkan :
2.6.4.1 Pemilik ada usaha untuk mendapatkan penyewa,
2.6.4.2 Pemilik menunjukkan bil elektrik dan air,
2.6.4.3 Keadaan bangunan yang sesuai untuk didiami, serta:
2.6.4.4 Telah menjelaskan Cukai Taksiran.
2.6.5. Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan jumlah REMISI sebanyak RM110,349.70 dan diselaraskan semula dalam transaksi setiap akaun yang terlibat.
2.7. KERTAS MAKLUMAN BERKENAAN HAD SEMPADAN PENYELENGGARAAN (LMR) DAN TUNTUTAN GANTI RUGI OLEH PIHAK MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA KEPADA PIHAK KONSESI LEBUHRAYA SUNGAI BESI (BESRAYA EXTENSION) DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
2.7.1. Mesyuarat dikemukakan berkenaan had sempadan penyelenggaraan (LMR) dan tuntutan ganti rugi oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya kepada pihak konsesi Lebuhraya Sungai Besi (Besraya Extension) di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
2.7.2. Pihak konsesi Besraya sedang melaksanakan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya Extension)
yang melibatkan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
2.7.3. Terdapat 2 jajaran / sambungan lebuhraya melibatkan kawasan MPAJ iaitu Pandan Link dan MRR2 Link. Jumlah panjang jajaran lebuhraya yang melibatkan kawasan MPAJ adalah sepanjang 5.9 km iaituJajaran Pandan Link melibatkan kawasan Cheras Indah dan Pandan Indah sepanjang 3.3km manakala MRR2 Link melibatkan kawasan Pandan Jaya sepanjang 2.6 km.
2.7.4. Terdapat beberapa isu telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.9/2013 berhubung tuntutan gantirugi ke atas pihak konsesi Besraya yang melibatkan infrastrktur dan kemudahan awam milik MPAJ.
2.7.5. Pihak jabatan telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama jabatan dalaman melibatkan Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Belia dan Masyarakat dan Jabatan Penguatkuasa pada 4 Oktober 2013 bagi menyelaraskan dan mendapatkan maklumbalas berhubung status semasa tuntutan gantirugi ke atas pihak konsesi Besraya.
2.7.6. Susulan dari perbincangan itu juga, satu mesyuarat telah diadakan pada 17 Oktober 2013 melibatkan pihak konsesi Besraya, Jawatankuasa Taskforce Billboard, Ahli Majlis dan jabatan dalaman MPAJ bagi membincangkan isu tuntutan gantirugi serta had
sempadan penyelenggaraan (LMR) setelah lebuhraya berkenaan siap sepenuhnya.
2.7.7. Isu-isu yang perlu diselaraskan dengan pihak Konsesi Besraya melibatkan perkara-perkara berikut :
i) Had Sempadan Penyelenggaraan (LMR)
ii) Gantirugi Papan Iklan/Billboard
iii) Gantirugi Penebangan Pokok
iv) Gantirugi Tempat Letak Kereta
2.7.8. Pihak konsesi Besraya telah mengemukakan had sempadan penyelenggaraan (LMR) agar semua jajaran lebuhraya bertingkat adalah di bawah penyelenggaraan pihak konsesi kecuali bagi jajaran bertingkat di persimpangan antara Pandan Indah dan Pandan Mewah menghala ke Kg Ampang Campuran. Manakala jalan yang berada di bawah struktur jejambat akan diserahkan kepada pihak MPAJ termasuk jajaran longkang di jalan berkenaan.
2.7.9. Bagi jajaran leburaya di Pandan Indah pula, jajaran yang tidak mempunyai struktur jejambat akan diserahkan juga kepada pihak MPAJ bermula dari jajaran berhampiran Masjid Al-Azim Pandan Indah sehingga jajaran terakhir lebuhraya di Kg Ampang Campuran.
2.7.10.Pihak Jabatan Pelesenan telah menyelaraskan tindakan pengalihan papan iklan ke luar kawasan rezab Lebuhraya Sungai Besi (Besraya Extension). Pihak
konsesi Besraya telah memaklumkan kepada Jabatan Pelesenan mengenai pengalihan papan iklan/billboard yang tidak berlesen pada 18 Mei 2012. Pengalihan ini bertujuan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan struktur longkang dan pelebaran jalan oleh pihak konsesi Besraya.
2.7.11.Semakan semula Jabatan Pelesenan mendapati tuntutan gantirugi telah dibuat dan ianya melibatkan 11 unit papan iklan dan 8 unit tapak dengan jumlah tuntutan berjumlah RM150,123.00 setahun. Jumlah tuntutan yang akan dibuat adalah berjumlah RM300,246.00 berdasarkan tempoh dua tahun iaitu tahun 2012 dan 2013.
2.7.12.Bagi tuntutan gantirugi penebangan pokok, pihak Jabatan Belia dan Masyarakat telah membuat penilaian di tapak pada 29 Julai 2013 dan mengenakan tuntutan gantirugi sebanyak RM136,300.00 bagi jajaran MRR2 Link (Pandan Jaya) kepada pihak konsesi Besraya dengan kaedah pembekalan pokok. Manakala tuntutan gantirugi bagi jajaran di Pandan Link (Pandan Indah) adalah sebanyak RM713,500.00. Walau bagaimanapun, pihak konsesi Besraya masih belum mengemukakan bayaran kepada pihak Majlis bagi gantirugi terhadap penebangan pokok yang telah dilaksanakan tanpa kelulusan.
2.7.13.Bagi tuntutan gantirugi pengalihan mesin bayaran tempat letak kereta sebanyak 49 unit tempat letak kereta akan ditanggung oleh pihak konsesi Besraya. Pihak konsesi Besraya telah mengemukakan bayaran tuntutan gantirugi sebanyak RM33,203.74 kepada pihak Majlis sebagai kos terhadap penggunaan tempat letak kereta di Xxxxx Xxxxxx 0, Xxxxxx Xxxx yang melibatkan sebanyak 49 unit tempat letak kereta.
2.7.14.Pihak konsesi Besraya juga telah mengemukakan bayaran gantirugi bagi penggunaan tempat letak kereta sebanyak 15 unit di Jalan Pandan Indah 4/34 dengan jumlah bayaran RM 6.117.50 dan gantirugi penggunaan tempat letak kereta di Xxxxx Xxxxxx Xxxxx 0/23A sebanyak RM 11,830.00.
2.7.15.Berikut merupakan ringkasan jumlah tuntutan gantirugi kepada pihak konsesi Besraya :
BIL | PERKARA | KOS TUNTUTAN (RM) | STATUS |
1. | Penurunan Papan Iklan/Billboard | 300,246.00 | Perbincangan |
2. | Penebangan Pokok | 849,800.00 | Tiada Maklumbalas |
3. | Tempat Letak Kereta | 51,151.24 | Telah dijelaskan pembayaran |
JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI | RM 1,201,197.24 |
2.7.16.Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum syor seperti berikut :
a) keseluruhan jajaran yang berada dalam rezab (R.O.W) Lebuhraya Sungai Besi (Besraya Extension)
di Pandan Indah ini di selenggara oleh pihak konsesi.
b) tuntutan gantirugi ini dibuat kepada pihak konsesi Besraya dengan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM 1,201,197.24.
c) mesyuarat penyelarasan berkala diadakan setiap bulan bagi memantau perkembangan tuntutan gantirugi serta tahap perlaksanaan kerja-kerja pembinaan lebuhraya di tapak.
d) pemeriksaan akhir di tapak dilaksanakan bersama jabatan-jabatan MPAJ yang terlibat dan pihak konsesi Besraya setelah kerja-kerja pembinaan lebuhraya siap sepenuhnya di tapak bagi memastikan semua isu yang melibatkan MPAJ dapat diselesaikan sepenuhnya.
2.8. LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA TASKFORCE KHAS BILLBOARD DAN MENARA TELEKOMUNIKASI BIL.6/2013 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
2.8.1. Mesyuarat dikemukakan laporan Jawatankuasa Taskforce Khas Billboard dan Menara Telekomunikasi Bil.6/2013 untuk memaklumkan perkembangan perkara yang telah dibincangkan dan cadangan serta syor yang telah dikemukakan seperti di Lampiran 6.
2.8.2. Mesyuarat mengambil maklum dan meluluskan syor yang dibentangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa
Taskforce Khas Billboard dan Menara Telekomunikasi Bil.6/2013 seperti berikut :
2.8.2.1. Menggunapakai slogan 'Ampang Jaya Menuju Bandar Bersih, Selesa dan Hijau'.
2.8.2.2.13 lokasi sedia ada dibuat tawaran terbuka bermula pada 1 November 2013.
2.8.2.3.Jabatan Belia dan Masyarakat perlu menyediakan cadangan pelan landskap yang standard.
2.8.2.4.Jabatan Undang-Undang perlu mengkaji semula perjanjian dengan Tetuan Acube Media dengan cadangan menaikkan kadar sewa dan hak Majlis ke atas slot 60 saat dan membenarkan pihak Majlis menyewakan slot tersebut.
2.8.2.5.Mempamerkan gambar-gambar YDP dan pengarah-pengarah pada billboard selaras dengan arahan XX Xxxx' Xxxx.
2.8.2.6.Tuan Xxxxxx Xxx Xxxxx mencadangkan supaya gambar-gambar YDP dan pengarah-pengarah dipamerkan pada billboard di setiap DUN.
2.8.2.7.Tuntutan kepada Besraya sebanyak RM15,123.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
3. MESYUARAT TURUT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
3.1 BAYARAN SYARIKAT SUASA EFEKTIF SDN. BHD.
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. telah membuat pembayaran tunggakan sebanyak RM222,876.42. Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. hanya ada bil semasa iaitu sebanyak RM106,129.44 sahaja.
Makluman
3.2. ISU TANAH YAP AH LOY DI PEKAN AMPANG
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah memanjangkan perkara ini ke Unit Hakmilik Hilang/Rosak/Hancur pada 2 September 2013. Proses membatalkan hakmilik lama, mewartakan di Percetakan Nasional Berhad dan mengeluarkan hakmilik baru mengambil masa 3 bulan dan dijangka selesai pada November 2013. Pihak Majlis akan dimaklumkan dengan kadar segera selepas hakmilik baru dikeluarkan.
Tindakan : Jabatan Undang-Undang
3.3. STATUS PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI TAMAN UKAY PERDANA
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh mula iklan tender adalah pada 14 Oktober 2013 manakala taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 23 Oktober 2013. Tarikh tutup tender adalah pada 4 November 2013. Pelaksanaan kerja dijangka pada 1 Disember 2013.
Tindakan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.4. SENARAI DAN JUMLAH GERAI B.O.T MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan, 25 penjaja yang tiada berlesen, 5 daripadanya telah mengemukakan permohonan dan dalam tindakan jabatan. Pemantauan akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa di semua BOT Majlis.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.5. STATUS PEMUTIHAN GERAI HARAM
Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Pemutihan Bangunan akan diadakan pada 24 Oktober 2013. Pada mesyuarat yang lepas memutuskan bahawa isu pemutihan gerai haram di bincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
Makluman
3.6. GARISPANDUAN BAGI PROJEK PENSWASTAAN
Mesyuarat dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah membuat ketetapan untuk tidak menjual secara terus/ menjalankan projek secara usahasama ke atas mana-mana tanah milik Kerajaan Negeri kepada syarikat/individu melainkan melalui sistem tender terbuka.
Sekiranya terdapat mana-mana tanah di kawasan yang bersesuaian untuk dibangunkan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dibantu oleh PBT diminta
meneliti nilai tambah mengambilkira aspek persekitaran, nilai hartanah, pulangan kepada kerajaan dan juga keperluan masyarakat setempat.
Makluman
4.0 HAL-HAL LAIN
TN. XXXXXX XXX XXXXX
4.1. LOT PARKING DI KAWASAN-KAWASAN BARU
Beliau mohon Majlis melantik syarikat baru untuk lot parking bagi kawasan-kawasan baru selain dari Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. Kawasan-kawasan baru ini juga dapat menjana pendapatan Majlis.
Tindakan : Jabatan Perbendaharaan
TN. XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
4.2. ADUAN TENTANG BIL CUKAI TAKSIRAN
Beliau telah menerima aduan daripada penduduk di Zon 5 berkaitan bil tunggakan cukai taksiran atas kelewatan membayar bagi penggal Jul-Dis 2013. Penduduk memaklumkan mereka tidak menerima bil asal dan mereka mohon dikecualikan denda. Mohon aduan ini diambil tindakan oleh jabatan berkaitan.
Tindakan : Jabatan Perbendaharaan
TN. XXXXX XXXX XXX XXXXX
4.3. MAKLUMAN PENGOPERASIAN CCTV DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Beliau mohon makluman berkaitan pengoperasian CCTV di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Tuan Pengerusi memaklumkan kertas kerja akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang.
Tindakan : Jabatan Perancangan Korporat
5.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran.
Disediakan Oleh:
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 24Oktober2013
5.2.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL.10/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL. 10/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
22 OKTOBER 2013
MASA
:
9.30 PAGI – 12.05 TENGAHARI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx (Timbalan Xxxx Xxxxxxxx, MPAJ) | - Pengerusi |
2. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxx | - ’’ |
4. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx | - ’’ |
5. Tn. Xxx Xxx Xxxxxx | - ’’ |
6. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
7. Tn. Fong Teck Keong | - ’’ |
8. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
9. Tn. Xxx Xxxx Xxx | - ’’ |
10. Tn. Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx - ’’
11. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal - ’’
12. Tn. Ho Ah Ngoh - ’’
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Hamsah Bin Djabir - Ahli Majlis
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN B
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.10/2013
LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Kemasyarakatan.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil. 10/2013 telah diadakan pada 22 Oktober 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. KERTAS CADANGAN PENAMAAN SEMULA TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT PERMAI 2
2.1.1. Mesyuarat dikemukakan dengan cadangan penamaan semula bagi Tanah Perkuburan Islam di Bukit Permai 2 yang mana ianya dicadangkan oleh Ahli Majlis Zon 23.
2.1.2. Pada tahun 2007, semua Pihak berkuasa Tempatan telah dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal-hal
Tanah perkuburan Islam di kawasan masing-masing yang mana sebelum ini ditadbir oleh pihak Masjid.
2.1.3 Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai 2 ini terletak di kawasan Bukit Permai 2 dan berada di kawasan JKP Zon 23 telah dibuka pada Mei 2012. Sehingga kini hampir 620 orang Islam telah dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan berkenaan.
2.1.4. JKP Zon 23 telah mengemukakan 3 cadangan nama untuk penamaan semula Tanah Perkuburan dan perkara ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk pertimbangan. Majlis telah menerima maklumbalas dari Jabatan Mufti Negeri Selangor dan berpendapat cadangan nama Pusara Permai Ampang lebih sesuai dan mudah dikenalpasti tempatnya.
2.1.5. Mesyuarat bersetuju dan menerima dengan nama Pusara Permai Ampang sebagai nama baru bagi Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai 2.
2.2. KERTAS MAKLUMAN KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN SUKAN JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) 2013
2.2.1. Mesyuarat dimaklumkan dengan keputusan penuh Pertandingan Sukan JKP MPAJ 2013 yang diadakan selama 3 minggu berturut-turut pada setiap hari Ahad bermula 22 September hingga 6 Oktober 2013.
2.2.2. Sebanyak 12 kategori sukan dipertandingkan dan 3 daripadanya adalah acara baru iaitu futsal, bowling dan tarik tali dan penyertaan amatlah mengalakkan.
2.2.3. Juara keseluruhan Sukan JKP 2013 disandang oleh JKP Zon 9, Naib Juara JKP Zon 13 dan tempat ketiga JKP Zon 17. Juara keseluruhan telah memenangi Piala Pusingan dan wang tunai sebanyak RM2000.00, Naib Juara RM1500.00 dan Ketiga RM1000.00. Laporan penuh keputusan Pertandingan Sukan JKP MPAJ 2013 seperti di Lampiran 1.
2.2.4. Mesyuarat menerima dan mengambil maklum laporan keputusan Pertandingan Sukan JKP MPAJ 2013.
3. MESYUARAT TURUT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
3.1 ASPEK KESIHATAN
3.1.1 PROGRAM COMBI DAN LAPORAN DENGGI DI SEKITAR AMPANG JAYA
Mesyuarat dimaklumkan bagi kes denggi sehingga minggu Epid ke 43 sehingga 26 Oktober 2013, dilaporkan 1281 kes denggi di mana 1273 kes demam denggi dan 8 kes demam denggi berdarah.
Terdapat 19 lokasi wabak terkawal iaitu di Taman Penggiran Ukay, Taman Ukay Bistari, Taman Keramat AU 2A dan Flat AU 2A, Kuala Ampang, Puteri Condo
Taman Dato Xxxxx Xxxxxx, Taman Dagang Jaya, Taman Kosas Xxxxx 0/0, Xxxx 000 Xxxxxx Xxxxx, Rejana Escourt Dagang Jaya, Taman Melur 19 – 39, , Lembah Jaya Selatan, Flat Angsana Hlilir, Taman Seri Bayu, Taman Kesuma, Mesra Prima, Taman Tasik Tambahan 4/8 – 4/7A, Xxxxx Xxxxx Xxxxx Xxxxx, Xxx Xxxxxx Villa (Kg Pandan), Lorong Bersih Kg Pandan, Taman Cempaka Xxxxx 00 – 00, Xxxxx 0 -00X, Jalan 2 – 7, Flat Taman Dagang dan Jalan 1/1 – 11 Taman Dagang.
Sementara itu, 8 lokasi wabak tidak terkawal dikenalpasti iaitu Taman Rasmi Jaya, Taman Bukit Indah Fasa 2 dan 3, Appartment Residensi Bestaria, Kelab Ukay, Pandan Pertama Kg Pandan, Taman Nirwana 1 – 17, City Garden (Palm Villa) dan Sri Pinang Nirwana.
Mesyuarat turut dimaklumkan tiada kes kematian dicatat. Mesyuarat meminta agar penduduk Ampang Jaya lebih berwaspada dan mengadakan gotong- royong bersama penduduk bagi menjalankan salah satu aktiviti mencegah wabak denggi membiak.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.2 KEMPEN TANGKAP TIKUS
Mesyuarat dimaklumkan Jabatan telah menjalankan aktiviti kawalan tikus pada bulan September 2013 di lokasi seperti berikut :
i) 2/9/2013 - Xxx 0/0 Xxxxxx Xxxxxx (11ekor)
ii) 5/9/2013 - Xxx Xxxxxxx 00, Xxx Xxxxxxx
(7 ekor)
- Persiaran Pandan 1, Pandan Jaya (15 ekor)
iii) 6/9/2013 - Xxx Xxxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxxx
(13 ekor)
iv) 10/9/2013 - Xxx 0/0 , Xx Xxxxx Xxxxxxxx (7ekor)
v) 11/9/2013 - Xxx Xxxxxx 0/0, Xxxxxx Xxxxx
(9 ekor)
vi) 18/9/2013 - Xxx Xxxxxxx 0/0, Xxxxxx Xxxxxxx
(21 ekor)
- Tiara Duta Taman Putra Sulaiman (32 ekor)
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.3. PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KE ATAS RESTORAN
Mesyuarat dimaklumkan sehingga September 2013, sebanyak 734 premis diperiksa di mana 208 premis adalah gred A, 342 premis gred B dan manakala gred C 184 premis seperti di Lampiran 2. Sebanyak 87 kompaun telah dikeluarkan. Penutupan premis tak suci akan diteruskan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.4. SEMBURAN NYAMUK DI FLAT TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan bahawa semburan di kawasan ini telah dilaksanakan pada 4 September 2013, Sehingga kini tiada kes baru dilaporkan di situ.
Makluman
3.2. ASPEK ALAM SEKITAR
3.2.1. KEMPEN TONG SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan sehingga bulan September 2013 sebanyak 3,582 notis penyediaan tong sampah kepada pemilik premis telah dikeluarkan yang meliputi Xxxxx0 xxx 0, Taman Industri Pandan Indah dan Jalan 6/6 Pandan Komersial Pandan Indah. Sebanyak 11 kompaun telah dikeluarkan pada bulan September 2013 meliputi keseluruhannya ialah 150 kompaun.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.2. KAWASAN LAPANG DI ANTARA JALAN BUNGA TANJUNG
9 DAN BUNGA TANJUNG 8A DAN 8B (TANAH PEMAJU METROPLEX)
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemohon telah memohon lesen di Jabatan Pelesenan bagi operasi aktiviti tempat letak kereta terbuka di tapak. Jabatan Perancang Bandar diminta menyemak dengan teliti pelan layout di tapak supaya laluan masuk tidak menggunakan tempat letak kereta Majlis.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
3.2.3. KAWASAN LAPANG (DITAPAK BEKAS RUMAH CONTOH PEMAJU METROPLEX) DI TAMAN KOSAS
Mesyuarat dimaklumkan bahawa proses sebutharga untuk Projek Taman Dusun Bandar telah dibuat pada 21 Oktober 2013.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
3.2.4. LAIN-LAIN TAPAK KAWASAN LAPANG (PEMAJU METROPLEX) DI DALAM PENTADBIRAN MPAJ
Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Perancang Bandar telah mengeluarkan surat arahan kepada Pemaju Metroplex supaya membersihkan dan menyelenggara semua tapak kawasan lapang milik mereka.
Makluman
3.2.5. PEMBERSIHAN KAWASAN DI KAWASAN PEMAJU TAMAN MESTIKA
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dan arahan pemasangan 'hoarding' telah dikeluarkan kepada pemilik NAZA TTDI SB.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.6. LONGKANG TERSUMBAT MENYEBABKAN BERLAKU BANJIR
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan batu dalam culvert di persimpangan Jalan AU2A dan Jalan Enggang Timur telah siap dilaksanakan pada 7 Oktober 2013.
Makluman
3.2.7. KERJA-KERJA PEMBERSIHAN MENGIKUT JADUAL
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan longkang monsun di sepanjang Taman Puncak Bukit Utama sehingga Taman Bukit Mulia dijalankan mengikut jadual kerja.
Makluman
3.2.8. RUMAH KOSONG TERBIAR DAN DIPENUHI SEMAK SAMUN
Notis pembersihan ke atas rumah kosong telah diberikan kepada pemilik rumah di Taman Kelab Ukay, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Jaya dan Taman Bukit Antarabangsa. Jika tiada tindakan pembersihan, Majlis akan membersihkan mengikut mengikut pelan tindakan aduan bulanan.
Makluman
3.2.9. PUNGUTAN SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan hasil semakan, didapati kerja- kerja kutipan sampah dilaksanakan mengikut jadual di Taman Ukay Bestari, Apartment Bestaria dan Flat Mulia Dahlia.
Makluman
3.2.10.PRESTASI KONTRAKTOR DI ZON 19
Mesyuarat dimaklumkan teguran telah diberikan kepada Syarikat Kontraktor di Zon 19 supaya membuat kerja-kerja pembersihan dengan sempurna dan pemantauan kepada kontraktor tersebut akan diteruskan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.11. SAMPAH BERTABURAN
Kerja-kerja pembersihan padang permainan di Xxxxx 0/0 Xxxxxx Xxxxx telah dilaksanakan pada 4 dan 5 Oktober 2013.
Makluman
3.2.12.KUTIPAN SAMPAH TIDAK MENGIKUT JADUAL
Mesyuarat dimaklumakan bahawa pihak Majlis akan memastikan kontraktor sampah menjalankan tugas mengutip sampah mengikut jadual iaitu 3 hari dalam seminggu di Xxxxx 00, Xxxxx Xxxxx.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.13.LONGKANG TERSUMBAT
Kerja-kerja pembersihan longkang dan gotong royong telah diadakan pada 6 Oktober 2013 di Pasar Pagi Taman Muda.
Makluman
3.2.14.TANAH TERBIAR (TAPAK KELAB RIVERDALE) DIJADIKAN TEMPAT BUANGAN SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan kawasan lapang di Xxxxx Xxxxx 0/0 (tapak Kelab Riverdale) telah diwartakan sebagai kawasan lapang. Tindakan pembersihan akan dijalankan mengikut pelan tindakan bulan November 2013.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.15.LONGKANG TERSUMBAT
Kerja-kerja pembersihan longkang di Jalan Besar Ampang, Pekan Ampang masih dilaksanakan oleh kontraktor kawasan secara berperingkat bermula dari 20 September 2013.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.16.SIKAP KONTRAKTOR PPSP ZON 5
Kerja-kerja kutipan sampah di kawasan PPSP 5 telah stabil mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Makluman
3.2.17.PEMBUANGAN SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan 3 kompaun telah dikeluarkan kepada Pasaraya Bazaar Wholesale di Bukit Permai pada 25 September 2013.
Makluman
3.3. ASPEK KEMASYARAKATAN
3.3.1. GELANGGANG SEPAK TAKRAW DI TASEK TAMBAHAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak jabatan masih belum menerima surat penyerahan tapak daripada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Walau bagaimanapun kerja-kerja penyelenggaraan telah siap dilaksanakan. Longkang akan dibuat setelah penyerah tapak diterima.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.2. PERMOHONAN TUKAR GUNA GELANGGANG BOLA KERANJANG KEPADA FUTSAL DI XXXXX XXXXX 0/0
Mesyuarat dimaklumkan permohonan tukar guna gelanggang bola keranjang kepada futsal di Xxxxx Xxxxx 0/0 xxxxx dalam tindakan kontraktor.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.3. POKOK BESAR
Kerja-kerja mencantas dan menebang pokok di hadapan rumah No. 0 Xxxxx Xxxxx Xxxxxx 0 telah dilaksanakan pada bulan September 2013.
Makluman
3.3.4. PADANG FUTSAL
Mesyuarat dimaklumkan jabatan masih menunggu keputusan oleh Ahli Majlis bagi lokasi yang sesuai untuk cadangan sebuah padang futsal dibina di Taman Kencana dan lawatan tapak bersama Ahli Majlis untuk kenalpasti tapak yang sesuai.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.5 NAIK TARAF PADANG
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan Padang Awam di Xxxxx Xxxxxx 00, Xxxxx Xxxxx Xxxxxx xxxxx xxxx xxxxxxxxxxxx.
Makluman
3.3.6. NAIK TARAF PADANG AWAM DI XXXXX XXXXXXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan masih menunggu maklum balas daripada pihak PTD Hulu Langat.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.7 TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK/ GELANGGANG SKATE BOARD
Mesyuarat dimaklumkan bahawa bahawa kerja-kerja untuk mengadakan gelanggang skate board di Dataran Anak Muda, Ampang Jaya sedang dalam tindakan jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.8. TUNGGUL POKOK
Mesyuarat dimaklumkan tunggul-tunggul pokok di Xxxxx Xxxxx 0/0 telah dibersihkan dan sebanyak 6-7 tunggul di Jalan Mulia 1/1 pula telah dipungut dan dibersihkan.
Makluman
3.3.9. GARISAN GELANGGANG BOLA KERANJANG DI PADANG PERBANDARAN
Mesyuarat dimaklumkan, Jabatan akan memohon semula peruntukan dari Kerajaan Negeri bagi kerja- kerja membuat semula garisan gelanggang bola keranjang di Padang Perbandaran.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.10.GELANGANG FUTSAL
Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan pembinaan gelanggang futsal di Taman Maju Jaya Fasa 3 dalam tindakan Jabatan untuk membina gelanggang padang futsal rumput sahaja.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.11.BAIK PULIH DEWAN
Pembaikan Dewan di kawasan permainan Fasa 3 Taman Kosas akan dilaksanakan.
Tindakan:
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
3.3.12. TAMAN PERMAINAN DI KG TENGAH
Mesyuarat dimaklumkan lokasi yang dipohon merupakan rezab TNB. Kesesuaian dan keselamatan masa hadapan dijangkakan kawasan ini kurang sesuai untuk aktiviti riadah.
Mesyuarat meminta Jabatan Perancang Bandar untuk menyemak semula tapak bagi memenuhi keperluan taman permainan di kawasan tersebut.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
3.3.13.CANTAS POKOK
Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebahagian pokok di sekitar Flat Taman Dato Xxxxx Xxxxxx yang didapati merimbun dan mati, telah dicantas dan selebihnya dalam perhatian dan tindakan jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.14. PENYELENGGARAN POKOK
Pokok-pokok hiasan di tepi jalan dan kawasan taman permainan yang perlu dibaja adalah dalam perhatian dan tindakan pihak jabatan, di lokasi seperti berikut:
a) Jalan Bukit Antara bangsa dari Impian Selatan
b) Taman Bukit Mulia
c) Taman Bukit Utama
d) Taman Bukit Jaya
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.15. POKOK MATI
Pokok yang telah mati di Taman Permainan/Padang Xxxxx Xxxxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx Xxxxxx, sedang dalam tindakan penyelenggaraan jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.16. PADANG FUTSAL TAMAN XXX XXXXX XXXXX
Mesyuarat dimaklumkan pihak jabatan akan mengadakan padang futsal rumput sahaja di kawasan tersebut.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.17.CANTAS POKOK-POKOK DI SIMPANG MASUK KE RUMAH PANGSA TAMAN CAHAYA INDAH
Kerja-kerja mencantas pokok-pokok di simpang masuk ke Rumah Pangsa Taman Cahaya Indah sedang dalam tindakan kontraktor.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.4. LAIN-LAIN ASPEK
3.4.1. PAPAN TANDA LARANGAN BERNIAGA DI KAWASAN PERMAI COURT 1, TAMAN DATO’ XXXXX XXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan bahawa papan tanda tersebut telah dipasang pada 3 Oktober 2013.
Makluman
3.4.2. BILIK KHAS UNTUK AHLI MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebuah bilik khas kemudahan Ahli Majlis telah disediakan bersebelahan bilik VIP aras 5, Menara MPAJ.
Makluman
3.4.3. PENYEMBELIHAN AYAM DI PASAR PAGI TAMAN MUDA
Pemeriksaan ke lokasi telah dilakukan oleh pihak jabatan pada 13 September 2013 di mana 3 kompaun telah dikeluarkan ke atas kesalahan membuang cecair kotoran (darah ayam dan berkaitan di dalam longkang awam). Pemantauan akan diteruskan ke atas pasar malam dan pasar pagi. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak Majlis dalam usaha mencari tempat yang sesuai bagi pusat penyembelihan ayam di kawasan pentadbiran Majlis.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.4.4. GERAI-GERAI HARAM
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak jabatan telah melakukan lawatan tapak pada 7 Oktober 2013 , hasil perbincangan bersama pemilik gerai, pemilik gerai tersebut berjanji akan menanggalkan struktur gerainya pada pertengahan bulan ini. Jabatan akan memantau secara berterusan pertumbuhan gerai- gerai di Mutiara Court, Taman Bukit Permai dan sub- station TNB, Bukit Permai.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.4.5. ISU DI PANGSAPURI BUKIT SEGAR A1
Mesyuarat dimaklumkan AGM bagi Pangsapuri Bukit Segar A1 akan diadakan pada bulan November 2013.
Makluman
3.4.6. GERAI HARAM DI RESIDENSI APARTMENT BISTARIA
Mesyuarat dimaklumkan tindakan sitaan telah dilakukan pada 19 September 2013, pihak jabatan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.4.7. STATUS BANGUNAN TNB DI APARTMENT BISTARIA
Mesyuarat dimaklumkan bahawa lawatan tapak pemaju bersama TNB telah dibuat pada 17 September 2013. Pihak pemaju dalam proses mematuhi ulasan TNB dan penyerahan PPU akan dibuat setelah ulasan TNB dipatuhi.
Makluman
3.4.8. XXX XXXXX
Pemantauan yang dijalankan jabatan pada 7 Oktober 2013, mendapati van buruk di Taman Muda tersebut telah dialihkan.
Makluman
4. HAL-HAL LAIN
4.1. ASPEK KESIHATAN
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
4.1.1. SEMBURAN NYAMUK DI TAMAN KELAB UKAY
Beliau memohon dilaksanakan semburan nyamuk di kawasan Taman Kelab Ukay 1 dan Kelab Ukay 2 kerana disyaki berlaku demam denggi di kawasan tersebut.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.1.2. PENILAIAN KEBERSIHAN TANDAS MASJID
Dicadangkan Jabatan membuat lawatan ke tandas di Masjid Bukit Antarabangsa iaitu Surau Addin dan Surau Bukit Mulia untuk penilaian tahap kebersihan dan dilekatkan pelekat kebersihan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.2 ASPEK ALAM SEKITAR
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXXXXX
4.2.1. PEMANTAUAN KUTIPAN SAMPAH
Mohon agar dipantau kutipan sampah di xxxxxxx Xxxxx 0/0, Xxxxx Xxxx Jaya yang dilaporkan tidak mengikut jadual.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
XXXX XXX XXXX XXX
4.2.2. PEMANTAUAN KUTIPAN SAMPAH
Mohon agar dipantau kutipan sampah di sekitar Jalan Bunga Tanjung Taman Muda yang dilaporkan tidak mengikut jadual.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
XXXX XX.XXXXX XXXXX XXX XXXXX 4.2.3.TAHAP KEBERSIHAN MEMBIMBANGKAN
Tahap kebersihan di Lorong Bunga Matahari 1B Taman Maju Jaya Fasa 3, semakin teruk, menyebabkan kemungkinan akan menjadikan tempat pembiakan nyamuk, lipas dan tikus.
Tindakan:
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.3. ASPEK KEMASYARAKATAN
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
4.3.1. TUNGGUL POKOK
Terdapat beberapa tunggul pokok di Xxxxx Xxxxxx 0 yang perlu diambil tindakan.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
5.3.2. MENCADANG 2 LOKASI PADANG CERGAS
Di Zon 5 Bukit Antarabangsa terdapat 2 lokasi yang dicadangkan Padang Cergas iaitu:
a) Tanah lapang bersebelahan Kondo Impian Selatan. Ketika ini gazebo dan alat permainan kanak-kanak telah ada perlu dibaik pulih dan membuat penambahan komponan peralatan.
b) Taman Permainan di Taman Bukit Jaya.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
4.3.3. CANTAS POKOK
Beliau memohon supaya dicantas pokok-pokok di kawasan berikut:-
a) Bersebelahan Kondo Impian Selatan di Bukit Antarabangsa terdapat pokok yang telah condong ke arah kondo.
b) Pokok di hadapan rumah no 00 Xxxxx Xxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxxxxxxxxx.
c) Pokok Majlis masuk ke arah rumah no 0, Xxxxx XX 0/0, Xxxxx Xxxxx Xxxxx.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
4.3.4. Dewan Taman Bukit Mulia
Terdapat beberapa bahagian di Dewan Taman Bukit Mulia yang perlu dibaiki .
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
XXXX XX.XXXXX XXXXX XXX XXXXX
4.3.5. SAMPAH POKOK
Dahan pokok yang telah dicantas tidak diangkat dan terbiar lama di Xxxxx Xxxxxx Xxxxx 0/00X, Xxxxxx Xxxxx.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat
4.4. LAIN-LAIN ASPEK
LIM FONG LEN
5.4.1. BINAAN HARAM
Mohon semak dan merobohkan binaan haram seperti bumbung dan binaan lain di lorong belakang Jalan Bunga Tanjung 8, Jalan Bunga Tanjung 8B dan Jalan Bunga Tanjung 10 kerana laluan tersebut menghalang laluan kecemasan. Laluan tersebut juga terdapat tikus, lipas dan jalan yang rosak.
Tindakan: Jabatan Bangunan dan Senibina
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
Jabatan Kejuruteraan
XXXX XXX XXX XXXXXX
5.4.2. PEMBENTANGAN LAPORAN KERJA KONTRAKTOR PPSP & PPA
Mohon agar mesyuarat ini membentangkan laporan kerja setiap bulan bagi pembersihan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam diseluruh kawasan pentadbiran MPAJ dengan memberikan fakta;
a) kontraktor.
b) prestasi kontraktor.
c) aduan yang diterima mengikut zon bagi setiap kontraktor.
d) tindakan yang telah diambil termasuk NTC dan lain- lain.
e) tindakan Majlis kearah meminimakan aduan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
5.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 23Oktober2013
5.3.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN BIL.10/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.10/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
22 OKTOBER 2013
MASA
:
2.30 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx (TYDP, MPAJ) | - |
2. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxxxxx | - |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx | - |
4. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx | - |
5. Tn. Fong Teck Keong | - |
6. Tn. Lim Fong Len | - |
7. Tn. Xxxx Xxx Xxxxxx | - |
8. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx | - |
9. Tn. Xx Xxx Xxx Xxxxxx | - |
10. Tn. Xxxx X Xxxxx Xxx Xxxxx | - |
11. Tn. Ho Ah Ngoh @ Ho Tze Long | - |
12. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx | - |
Pengerusi
Ahli Majlis ’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Xxxx Xxx Xxxxx Bin Dollah - Ahli Majlis
TURUT HADIR
1. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN C
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.10/2013
LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.10/2013 telah diadakan pada 22 Oktober 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. KERTAS CADANGAN UNTUK PENYEWAKAN SEMULA BAGI MENETAPKAN KADAR BAYARAN KOMPAUN UNTUK KESALAHAN-KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 70(11), SEKSYEN 70(12) DAN SEKSYEN 70(13), AKTA JALAN PARIT DAN BANGUNAN (AKTA 133)
2.1.1. Mesyuarat dikemukakan cadangan berkenaan kaedah terbaik bagi menetapkan kadar bayaran kompaun yang patut dikenakan ke atas pesalah- pesalah di bawah Seksyen 70(11), Seksyen 70(12) dan
Seksyen 70(13), Akta Jalan Parit dan bangunan (Akta 133).
2.1.2. Satu kertas kerja tentang menetapkan kadar bayaran kompaun atas kesalahan diatas telah dibincangkan dan diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 02/2009 dan juga telah diluluskan di dalam Mesyuarat Penuh pada 26 Februari 2009.
2.1.3. Mesyuarat penuh tersebut bersetuju dengan keputusan di bawah:
A) Seksyen 70(11) – kesalahan membuat perubahan kepada mana-mana bahagian bangunan tanpa pelan kelulusan.
Mesyuarat bersetuju kadar peratus binaan dijadikan asas di dalam menentukan kadar kompaun yang dikenakan semasa mengemukakan pelan. Untuk binaan yang melebihi anjakan/‘setback’ tindakan meroboh juga boleh dikenakan.
B) Seksyen 70(12) – kesalahan menyalahguna bangunan kediaman.
Perlu pembentangan lanjut di dalam menentukan kadar kompaun di dalam mesyuarat yang akan datang. Pihak jabatan perlu menyediakan cadangan kadar rayuan dan tindakan berdasarkan kepada saiz kesalahan.
C) Seksyen 70(13) - kesalahan melencong. Mesyuarat bersetuju kadar peratus binaan dijadikan asas di dalam menentukan kadar kompaun. Tindakan meroboh juga boleh dikenakan dan orang yang mengemukakan pelan (Akitek/ Pelukis Pelan) juga boleh dikenakan tindakan.
2.1.4. Pihak Majlis masih mendapat rungutan daripada orang ramai yang dikompaun di atas kesalahan dibawah Seksyen 70(11), 70(12) dan 70(13), Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta133). Mereka merasakan nilai kompaun yang dikenakan masih lagi tinggi.
2.1.5. Pihak jabatan mengemukakan kadar yang telah diluluskan dan cadangan kadar bayaran baru kompaun seperti berikut:
Untuk kesalahan dibawah Seksyen 70(11) – Membuat perubahan kepada mana-mana bahagian bangunan tanpa kelulusan, dan Seksyen 70(13) – Melencong daripada pelan kelulusan.
2.1.6. Terdapat 2 kategori di dalam kesalahan untuk seksyen 70(11) dan seksyen 70(13)
1. Kesalahan yang dilakukan tetapi masih di dalam ‘setback’/anjakan bangunan
2. Kesalahan yang dilakukan melanggari ‘setback’/anjakan bangunan
Kadar Xxxxxx Xxxxxxx asal yang telah diluluskan:
Seksyen | Kesalahan | Kadar Rayuan Sedia Ada | Cadangan Kadar Rayuan Xxx Xxxxxxxx | |
1 | Seksyen 70(11)dan 70(13) kesalahan 1 | Perubahan di dalam ‘setback’/ anjakan bangunan | RM12,500 Pengurangan 30% (RM8750) | 1.Peratus binaan x kadar rayuan RM12,500 (RM8750) dan |
2. Kemukakan Pelan | ||||
2 | Seksyen 70(11) dan 70(13) Kesalahan 2 | Perubahan yang melanggari ‘setback’/ anjakan bangunan | RM12,500 Pengurangan 30% (RM8750) | 1.Peratus binaan x kadar rayuan RM12,500 (RM8750) dan |
2. Kemukakan Pelan dan meroboh bahagian yang melanggari ‘setback’/ anjakan bangunan atau | ||||
3. Kemukakan pelan dan memohon permit. |
Kadar Xxxxxx Xxxxxxx (Cadangan Baru)
Bil | Seksyen | Kesalahan | Cadangan Baru Kadar Kompaun |
1 | Seksyen 70(11) dan 70(13) | Perubahan di dalam ‘setback’/ anjakan bangunan | 1. Kemukakan pelan dan dikenakan denda sebanyak 10x gandaan . Cth: Jika proses plan = RM130.00 x 10 = RM1300.00 |
2. Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM1300.00 iaitu sama dengan denda pelan yang |
dikenakan. 3. Jika pesalah enggan mengemukakan pelan, maka Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM8750.00 (minima) dan RM12,500 (maksima) Rujuk pengurangan asal 30%. 4. Berhadapan tindakan mahkamah bagi kes yang tidak mahu mengemukakan pelan dan tidak membayar kompaun. | |||
Seksyen 70(11), dan Seksyen 79(1) | Perubahan hanya di dalam bangunan / premis sahaja. | 1. Xxxxx mengambil permit ubahsuai dalaman dan dikenakan denda sebanyak 10x gandaan . Cth: Jika bayaran permit = RM50.00 x 10 = RM500.00 | |
2. Kompaun yang disyorkan adalah dari separuh bayaran denda permit yang dikenakan hingga sama dengan denda tersebut iaitu dari RM250.00 hingga RM500.00 . | |||
3.Jika pesalah enggan mengemukakan pelan, maka Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM8750.00 (minima) dan RM12,500 (maksima) Rujuk pengurangan asal 30%. | |||
4. Berhadapan tindakan mahkamah bagi kes yang tidak mahu mengemukakan pelan dan tidak membayar kompaun. | |||
2 | Seksyen 70(11) dan 70(13) kesalahan 2 | Perubahan yang melanggari ‘setback’/ anjakan bangunan | 1. Kemukakan pelan dan dikenakan denda sebanyak 10x gandaan . Cth: Jika proses plan = RM130.00 x 10 = RM1300.00 |
2. Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM1300.00 iaitu sama dengan denda pelan yang dikenakan. 3. Jika pesalah enggan mengemukakan pelan, maka Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM8750.00 (minima) dan RM12,500 (maksima) Rujuk pengurangan asal 30%. 4. Perlu merobohkan bangunan yang melanggar ‘setback’ jika ada aduan atau bermasaalah atau perlu mengemukakan pelan untuk diluluskan secara permit tahunan/status bangunan sementara. 5. Berhadapan tindakan mahkamah bagi kes yang tidak mahu mengemukakan pelan dan tidak membayar kompaun. | |||
3. | Seksyen 70(12) | Menyalah guna bangunan rumah kediaman | Kadar kompaun dikenakan berdasarkan kepada denda 10 kali bayaran proses pelan yang dikenakan ke atas bangunan atau kawasan yang disalah gunakan. |
Kaedah ini hanyalah untuk menyelesaikan kadar bayaran kompaun sahaja. |
2.1.7. Mesyuarat mengambil maklum kertas cadangan untuk penyemakan semula bagi menetapkan kadar bayaran kompaun untuk kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 70 (11), seksyen 70(12) dan sekyen 70(13), Akta Jalan Parit Dan Bangunan (Akta 133). Jabatan Bangunan dan Senibina perlu memperhalusi lagi
dengan pandangan daripada wakil Pejabat Tanah Daerah khususnya kesalahan di bawah Seksyen 70(12) dan mendapatkan pandangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.
3. MESYUARAT TURUT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
3.1 PEMBINAAN RESTORAN TANPA KEBENARAN DI ATAS TANAH REZAB JPS DI XXXXXX XXXX 00, XXXXX XXXXXX, XXXXX HULU KELANG
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Majlis telah menjalankan operasi bersama pihak polis serta Pejabat Tanah Gombak diadakan pada 22 Oktober 2013. Pengusaha telah memohon rayuan kepada Pejabat Tanah Gombak supaya menangguhkan tindakan kerana beliau bersetuju untuk merobohkan struktur yang masuk ke rezab sungai dalam masa 2 minggu dan akan mengemukakan rayuan kepada Pejabat Tanah Gombak untuk mendapatkan TOL bagi bangunan yang melibatkan tanah kerajaan.
Tindakan: PTD Gombak / Jabatan Penguatkuasa
3.2 BANGUNAN DIBINA BERSEBELAHAN KOLAM IKAN DI TAMAN BUKIT MULIA
Mesyuarat dimaklumkan, masih tiada sebarang tindakan diambil dan aktiviti masih lagi beroperasi di tapak.
Tindakan: PTD Gombak
3.3 BINAAN RUMAH TANPA KEBENARAN MAJLIS DI JALAN A KG PANDAN (XX.00, XXXXX XXXXXXXX A, KG PANDAN BERHADAPAN KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN)
Mesyuarat dimaklumkan, tempoh pemilik mengemukakan pelan kepada Majlis telah tamat pada 9 September 2013 dan masih belum menerima sebarang maklumbalas dari pemilik rumah. Xxxxx jabatan akan menulis surat peringatan terakhir kepada pemilik rumah untuk mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari. Sekiranya pemilik masih gagal, tindakan undang-undang akan diambil.
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina
3.4 BINAAN TANPA KEBENARAN DI BAWAH REZAB TALIAN RENTIS TNB DARI KG PANDAN KE KG TASEK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan bancian telah dijalankan bermula pada 11 September 2013 hingga 13 September 2013 dan 21 Oktober 2013. Pihak TNB bersama MPAJ dan Penguatkuasa Pejabat Tanah Hulu Langat akan menjalankan bancian seterusnya dan dijangka selesai pada penghujung tahun ini.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
3.5 AKTIVITI PERNIAGAAN DI KG PANDAN DALAM DAN GERAI HARAM DI JALAN KEMAJUAN A, KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama YB Tuan Xxxxxxxx xxx Xxxxx Xxxxx bagi penyelesaian isu ini.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.6 TAPAK KEDIAMAN DIJADIKAN TEMPAT MENJUAL KERETA TERPAKAI DI LORONG JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah memohon Jabatan Penguatkuasa untuk membuat pemantauan lanjut dan menyerahkan laporan bagi membolehkan tindakan seterusnya diambil.
Tindakan: Jabatan Undang-Undang/Jabatan Penguatkuasa
3.7 GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Prolintas akan membuat pembentangan kertas kerja berkaitan pembaharuan semula Sek.4 Kanun Tanah Negara bagi kawasan yang terlibat untuk pengambilan balik tanah bagi kawasan berkenaan di Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam pada bulan November 2013.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
3.8 TAMBAKAN TANAH HARAM DI CERUN XXXXX XXXXXX 0X
Mesyuarat dimaklumkan, masih lagi terdapat dokumen dan pindaan perlu dibuat sebelum Izin Pendakwaan (IP) dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Tindakan: Jabatan Undang-Undang
3.9. STATUS GERAI STATIK DI SEBELAH DEWAN PERMATA
Maklumat dari Ahli Majlis Tn. Xxxx A Xxxxx memaklumkan YB ADUN Hulu Klang akan mengadakan perbincangan bersama Ahli-Ahli Majlis Zon 1, Zon 3 dan Zon 4 untuk menyelesaikan isu ini. Keputusan perbincangan akan diperolehi dalam masa 2 minggu. Sementara Ahli Majlis Zon 2, bertegas supaya gerai tersebut dirobohkan.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.10 PEMBINAAN DI CERUN DI LOT 153, LORONG 8, KG TASIK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, pemilik rumah masih belum kemukakan pelan dan melantik jurutera bertauliah.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
3.11 MASALAH TEMPAT LETAK KERETA DI BLOK M14 DAN M 15 PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, pemilik gerai buah-buahan telah berpindah ke Taman Cempaka dan peniaga makanan/minuman di pindahkan ke gerai UPEN di Pandan Jaya.
Makluman
3.12 PEMBINAAN RUMAH TANPA MENGIKUT PELAN KELULUSAN DARIPADA PIHAK MAJLIS DI RUMAH XX.0, XXXXX XXXXXXX 0/0, XXXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh perbicaraan Lim Koo pada 14 November 2013 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Surat telah dihantar kepada Xxx Xxx supaya mengemukakan pelan tanpa menunggu keputusan mahkamah.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
3.13 STATUS STOR DI TANAH KOSONG BERSEBELAHAN TOKONG HINDU DI XXXXX 0/00 XXXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan, notis untuk struktur 'hoarding' telah dikeluarkan pada 8 Oktober 2013 dan tamat dalam masa 14 hari. Tindakan perobohan akan diambil pada 24 Oktober 2013. Notis salah guna bangunan akan dikeluarkan untuk tempoh 30 hari. Sekiranya pemilik tidak mematuhi arahan notis tersebut, tindakan akan diambil.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
3.14 KAJIAN DAN CADANGAN PEMULIHAN GERAI/TAPAK GERAI PLB DI TASEK TAMBAHAN 1
Pembentangan kertas kerja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.10/2013.
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan)
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.15 BINAAN TIANG DAN BANGUNAN BARU DI BLOK B, BLOK C DAN DI WAKAF SUMBANGAN YB ISKANDAR
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan perobohan telah dilaksanakan.
Makluman
3.16 XXXXX XXXXXX DAN GERAI BURGER DI BAHU JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis pada 7 Oktober 2013 dalam tempoh 14 hari. Sehingga kini struktur masih ada lagi ditapak. Jabatan Bangunan akan mengeluarkan semula notis dalam tempoh
14 hari. Jika pemilik masih gagal tindakan akan diambil bersama-sama Jabatan Bangunan dan Pejabat Tanah Hulu Langat.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan/
Jabatan Bangunan dan Senibina
3.17 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MENGECAT SEMULA BANGUNAN DI PANGSAPURI ANGGERIK
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Bahagian COB telah menghubungi pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah berkaitan permohonan berkenaan. Tetapi peruntukan untuk tahun 2013 telah habis digunakan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk peruntukan tahun 2014.
Makluman
3.18 KEDAI SAP SAM YEW DI HUJUNG JALAN BUNGA TANJUNG 8 (PASAR PAGI) MELETAK KERUSI DAN MEJA DI TEMPAT LETAK KERETA
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan akan dilaksanakan dari masa ke semasa terutama pada hari Ahad dan tindakan terakhir pada 18 Oktober 2013 pada restoran yang meletakkan kerusi dan meja di tempat letak kereta.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
3.19 GERAI DURIAN DI JALAN MAWAR
Mesyuarat bersetuju permit sementara buah-buahan bermusim dikeluarkan pada penjaja tersebut di lokasi dengan pemantauan yang ketat.
Makluman
3.20. ISU PENEROKAAN DAN PENAMBAKKAN KAWASAN LAPANG DI XXXXX 0/0 XXX 0/0X XXXXX XXXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan, Jabatan Bangunan dan Senibina bersama Jabatan Penguatkuasa diminta untuk mengeluarkan notis perobohan di kawasan tersebut.
Tindakan : Jabatan Bangunan dan Senibina Jabatan Penguatkuasa
3.21 STATUS BINAAN DI ATAS LOT-LOT PERSENDIRIAN DI JALAN MERDEKA (KAWASAN PERUMAHAN BARU DI SEBELAH XXX.XXX. BANDAR BARU AMPANG)
Mesyuarat dimaklumkan, notis telah dikeluarkan pada Lot 532, Lot 531 dan 533 (belakang lot 536). Notis tidak dipatuhi dan dalam tindakan sebutan di mahkamah. Tindakan penguatkuasaan juga akan diambil ke atas pendatang asing tanpa izin bersama pihak Jabatan Imigresen.
Tindakan : Jabataan Bangunan & Senibina/Jabatan Penguatkuasa
3.22 GERAI MAKAN DI TEMPAT LETAK KERETA RUMAH PANGSA TAMAN NIRWANA
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan sitaan telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2013.
Makluman
3.23 SEMAKAN UBAHSUAIAN TANPA KEBENARAN DI TAMAN KELAB UKAY, TAMAN BUKIT UTAMA DAN TAMAN PUNCAK UTAMA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan telah mengeluarkan notis kepada pemilik rumah yang tidak mempunyai kelulusan ubahsuai.
Makluman
3.24 VAN BURUK DI PASAR PAGI, TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan, pemantauan yang dibuat pada 7 Oktober 2013 mendapati van tersebut telah dialihkan.
Makluman
3.25 'AWNING EXTENSION' DITURUNKAN DI XXXXX XXXXX XXXXXXX 0,0 XXX 00, XXXXX MUDA
Mesyuarat dimaklumkan, operasi meroboh pada 12 September 2013 telah dibatalkan kerana semua pemilik awning telah mematuhi arahan-arahan notis yang dikeluarkan dengan membuka sendiri struktur awning tersebut.
Makluman
3.26 RUMAH NO. 0, XXXXX 0, XXXXX XXXXX DIJADIKAN STOR
Mesyuarat dimaklumkan, Jabatan Bangunan dan Jabatan Penguatkuasa telah membuat tindakan penguatkuasaan pada pemilik rumah tersebut tetapi tidak mendapat kerjasama dari pemilik rumah. Tindakan mahkamah akan diambil kepada pemilik rumah tersebut.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
3.27 STATUS TERKINI TAPAK TOL RESTORAN MILLENIUM, TAMAN NIRWANA FASA 1
Wakil Pejabat Tanah Hulu Langat memaklumkan permohonan TOL dibekukan sehingga mendapat keputusan dari Kerajaan Negeri.
Makluman
3.28 SEMAKAN TAPAK DI SEBELAH TAMAN PUNCAK BUKIT UTAMA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan telah mnengeluarkan notis pada 11 September 2013. Pemilik telah mematuhi arahan dan mengosongkan tapak tersebut.
Makluman
3.29 STATUS STRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI SEBAHAGIAN XXXXX XXXXXXX 0, XXXXXX XXXX AMPANG
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan akan mengadakan perbincangan semula bersama pihak Maxis berkenaan perpindahan struktur pemancar TNB ke tapak dewan JKP zon berhampiran.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
3.30 RUMAH IBADAT DI TEPI XXXXX XXXXXXX 0/0, XXXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan, tokong tersebut telah dialihkan.