KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PROSEDUR PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS
DISEDIAKAN OLEH:
CAWANGAN EKSPORT
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PROSEDUR PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS
1.0 TUJUAN
Tujuan prosedur ini adalah untuk menguruskan tatacara pengeluaran Sijil Penjualan Bebas yang komprehensif bagi memastikan ianya berada pada standard yang ditetapkan dan mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan- Peraturan Makanan 1985 dan undang-undang yang berkaitan.
Ia juga akan menyeragamkan aspek teknikal permohonan dan prosedur pengeluran sijil. Prosedur ini merangkumi produk makanan dan bahan bersentuhan makanan
2.0 UNDANG-UNDANG BERKAITAN
2.1 Akta Makanan 1983
2.2 Peraturan-Peraturan Makanan 1985
3.0 ANGGOTA YANG TERLIBAT
3.1 Pegawai Teknologi Makanan
3.2 Penolong Pegawai Teknologi Makanan
3.3 Pembantu Tadbir (Kewangan)
4.0 SINGKATAN YANG DIGUNAKAN
PTM : Pegawai Teknologi Makanan
PPTM : Penolong Pegawai Teknologi Makanan PT : Pembantu Tadbir
JKN : Jabatan Kesihatan Negeri
PKD : Pejabat Kesihatan Daerah
5.0 SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN
5.1 Permohonan oleh syarikat yang berdaftar di negara ini;
5.2 Dijual sebagai produk akhir;
5.3 Produk dikilang atau dibungkus atau empunya hak untuk mengilang atau membungkus atau ejen di Malaysia;
5.4 Keputusan analisis makmal memenuhi kriteria berikut:
5.4.1 Tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan;
5.4.2 Makmal yang mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 - General Requirements For The Competence Of Testing And Calibration Laboratories; dan
5.4.3 Mematuhi Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
5.5 Pelabelan pada bungkusan makanan memenuhi kriteria berikut:
5.5.1 Mempunyai ´QDPD VHEXWDQ VHEHQDU´ SURGXN;
5.5.2 Mempunyai nama syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk; dan
5.5.3 Tiada akuan kesihatan;
5.6 Produk terdapat di pasaran atau boleh dijual secara bebas di negara ini.
6.0 BORANG PERMOHONAN
6.1 Permohonan perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang BKKM/FSC/1A seperti di Lampiran 1.
6.2 Pemohon perlu melengkapkan Bahagian A dan Bahagian B pada borang tersebut.
6.3 Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :
a) Salinan pengakuan perbadanan syarikat sendirian (Borang 9 atau 13) daripada pejabat pendaftaran syarikat;
b) Sebarang dokumen yang membuktikan syarikat beroperasi dengan sah di premis pemohon dari agensi kerajaan yang berkaitan seperti lesen kilang atau lesen perniagaan;
c) Salinan invois tempatan terkini bagi setiap produk (jika berkaitan);
d) Label asal bagi setiap produk;
e) Salinan Sijil Analisis bagi setiap produk; dan
f) Bayaran (Bank Draf/Xxxx Xxx/Xxxxxxx Xxxx).
6.4 Dokumen-dokumen lain yang berkaitan, sekiranya perlu:
a) Surat perlantikan/ perakuan sebagai agen pasaran/contract manufacturer
6.5 Permohonan yang tidak lengkap, akan dikembalikan kepada pemohon untuk dilengkapkan.
6.6 Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang telah ditetapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Pengarah Kesihatan di JKN atau PKD di mana lokasi pemohon berada.
7.0 BAYARAN
7.1 Bayaran untuk satu sijil adalah RM 30.00. Satu sijil boleh mengandungi maksima 25 produk.
7.2 Bayaran perlu dibuat dalam bentuk wang pos/bank draf/postal order atas nama “Pengarah Kesihatan Negeri” jika permohonan dibuat di JKN atau ”Pegawai Kesihatan Daerah” jika permohonan dibuat di PKD
8.0 TEMPOH MASA BAGI MENGELUARKAN SIJIL PENJUALAN BEBAS
8.1 Tempoh proses permohonan adalah satu (1) hari dari tarikh terima permohonan lengkap.
8.2 Permohonan akan diproses berdasarkan first in, first out dengan syarat permohonan adalah lengkap.
8.3 Sekiranya terdapat permohonan untuk meminda sijil atau memerlukan maklumat lain dimasukkan dalam sijil, kelulusan awal diperlukan dan ini akan mempengaruhi tempoh masa pengeluaran sijil.
9.0 TEMPOH SAH LAKU SIJIL PENJUALAN BEBAS
9.1 Tempoh sah laku sijil penjualan bebas adalah selama enam (6) bulan dari tarikh sijil dikeluarkan.
10.0 PROSES KERJA
Tanggungjawab | Tindakan | Dokumen Berkaitan |
PTM/ PPTM | 1. Menerima permohonan lengkap dari | Senarai Semak Permohonan Sijil; |
pemohon. Permohonan yang tidak | ||
lengkap akan dikembalikan kepada | Borang Permohonan Sijil Penjualan Bebas BKKM/FSC/1A; | |
pemohon untuk dilengkapkan. | ||
2. Merekodkan di dalam buku rekod | Salinan pengakuan perbadanan syarikat sendirian (Borang 9 atau 13) daripada pejabat pendaftaran syarikat; | |
PT Kewangan | 3. Mengeluarkan resit pembayaran Sijil Penjualan Bebas | Salinan dokumen yang membuktikan syarikat beroperasi dengan sah di premis pemohon dari agensi kerajaan yang berkaitan seperti lesen kilang atau lesen perniagaan; |
Salinan invois tempatan terkini bagi setiap produk (jika berkaitan);; | ||
Label asal bagi setiap produk; | ||
Salinan Sijil Analisis bagi setiap produk (6 bulan); dan | ||
Bayaran (Bank Draf/Wang Pos/Kiriman Wang) | ||
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan, sekiranya perlu: Surat perlantikan/ perakuan sebagai agen pasaran/contract manufacturer | ||
PTM | 4. Menyemak dokumen dan pematuhan permohonan kepada syarat-syarat Sijil Penjualan Bebas | - |
PTM | 5. Meluluskan Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas. | - |
Tanggungjawab | Tindakan | Dokumen Berkaitan |
PPTM | 6. Memaklumkan pemohon sekiranya tidak lulus. | - |
PPTM | 7. Mencetak Sijil Penjualan Bebas | - |
untuk tandatangan | ||
PTM | 8. Menandatangan Sijil Penjualan | |
Bebas | ||
PPTM | 9. Memaklumkan kepada pemohon untuk serahan 10. Merekodkan di dalam Fail Sijil Penjualan Bebas | Fail Sijil Penjualan Bebas |
11.0 CARTA ALIR PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS
TERIMA PERMOHONAN
LENGKAP
Tidak
Lulus
SEMAK PEMATUHAN KEPADA SYARAT-
SYARAT SIJIL
Lulus
MAKLUM KEPADA PEMOHON
1 hari
MAKLUM KEPADA PEMOHON
PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS UNTUK TANDATANGAN DAN SIAP UNTUK SERAHAN
LAMPIRAN 1
BKKM/FSC/1A
PERMOHONAN SIJIL PENJUALAN BEBAS (FREE SALE CERTIFICATE)
Xxxxxx xxxxxxxxxx*: | Tarikh Penerimaan (untuk kegunaan pejabat): |
Nama Syarikat*: | |
Alamat Syarikat*: | |
Nama Wakil Syarikat*: | |
No. Telefon *: No. Faks: |
Sila ambil perhatian:
a. Sila lengkapkan Bahagian A dan B.
b. Sila isikan maklumat yang berkaitan di ruangan yang bertanda *.
c. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan.
BAHAGIAN A : SENARAI SEMAK PERMOHONAN
BIL | PERKARA | Untuk diisi oleh Pihak Syarikat* (Tandakan √ ) | UNTUK KEGUNAAN PEJABAT (biarkan ruangan ini kosong) |
1. | Lampiran A - Nama produk & negara pengimport | ||
2. | Salinan Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian (Form 9/Form 13) | ||
3. | Salinan dokumen yang membuktikan syarikat beroperasi dengan sah di premis pemohon daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti lesen kilang atau lesen perniagaan; | ||
4 | Salinan invois tempatan bagi setiap produk (jika berkaitan) | ||
5 | Salinan Sijil Analisis bagi setiap produk: Tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan; Makmal yang mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 - General Requirements For The Competence Of Testing And Calibration Laboratories; dan Keputusan analisis mematuhi Akta Makanan 1983 & Peraturan- Peraturan Makanan 1985; | ||
6 | Label setiap produk yang dipohon (dan untuk dieksport sekiranya berbeza). (Sila susun dan tandakan bilangan mengikut senarai produk seperti dalam LAMPIRAN A) Nama sebutan sebenar produk Syarikat yang bertanggungjawab ke atas produk Tiada akuan kesihatan |
7 | Surat perlantikan sebagai agen pasaran/contract manufacturer (jika berkaitan) | ||
8 | Bayaran RM30 bagi setiap sijil (maksimum 25 produk per sijil) [Bank Draf/Wang Pos/Xxxxxxx Xxxx]* *potong yang tidak berkaitan |
BAHAGIAN B : Perakuan Wakil Syarikat
Semasa menghantar permohonan :
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan dan Cop Rasmi Syarikat*
Nama wakil syarikat* :
No Xxx Xxxxxxxxxx* :
Tarikh* :
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT (biarkan ruangan ini kosong):
STATUS | CATATAN |
LENGKAP TIDAK LENGKAP | |
LULUS TIDAK LULUS |
Diproses oleh: Disemak dan Diluluskan oleh:
««««««««««««««««««. ««««««««««««««««.
(Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: ................................................. Nama:.....................................................
Tarikh: ................................................. Tarikh: ...................................................
LAMPIRAN A
SENARAI PRODUK DAN NEGARA PENGIMPORT BAGI PERMOHONAN SIJIL PENJUALAN BEBAS Nama Syarikat :………………………………………………………………………….. | ||||
BIL | SENARAI PRODUK | SAIZ (KG/G/ML) | NAMA NEGARA PENGIMPORT | UNTUK KEGUNAAN PEJABAT (biarkan ruangan ini kosong) |
1 | ||||
2 | ||||
3 | ||||
4 | ||||
5 | ||||
6 | ||||
7 | ||||
8 | ||||
9 | ||||
10 | ||||
11 | ||||
12 | ||||
13 | ||||
14 | ||||
15 | ||||
16 | ||||
17 | ||||
18 | ||||
19 | ||||
20 | ||||
21 | ||||
22 | ||||
23 | ||||
24 | ||||
25 |
LAMPIRAN 2
CONTOH SIJIL PENJUALAN BEBAS