TERMA DAN SYARAT BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA -i (ASB TF-i)
TERMA DAN SYARAT BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA -i (ASB TF-i)
Terma-terma dan Syarat-syarat ("Terma") berkenaan dengan Kemudahan Muamalat Pembiayaan Berjangka Amanah Saham Bumiputera -i (ASB TF-i) di bawah konsep Tawarruq seperti yang dirujuk dalam Surat Tawaran.
Pelanggan seperti yang dinamakan di dalam Surat Tawaran dengan ini bersetuju dan menerima Kemudahan ini berdasarkan Terma yang dinyatakan seperti berikut:-
1. Konsep Pembiayaan
Menggunakan konsep Tawarruq dan seperti berikut:-
(a) Pelanggan akan mengeluarkan Surat Perlantikan Agensi (Wakalah) kepada pihak Bank, yang mengandungi (i) Permintaan Belian (Purchase Request), untuk membeli Komoditi Dasar (Underlying Commodity) dari pihak Bank pada Harga Jualan, (ii) Akujanji Untuk Belian (Wa'd Mulzim) (Undertaking To Purchase), iaitu akujanji untuk membeli Komoditi Dasar dari pihak Bank pada Harga Jualan setelah pihak Bank membeli Komoditi Dasar tersebut dari pedagang komoditi, (iii) Perwakilan Terhad Untuk Menyelesaikan Belian (Restricted Agency To Conclude Purchase), di mana Pelanggan melantik pihak Bank sebagai wakil untuk menyempurnakan pembelian Komoditi Dasar dan untuk menandatangani bagi pihak Pelanggan, Kontrak Jualan Secara Murabahah (Murabahah Sale Contract); dan
(iv) Surat Perwakilan (Letter of Agency) yang mana pelanggan melantik pihak Bank sebagai wakilnya untuk menjual Komoditi Dasar kepada pedagang komoditi apabila pembelian Komoditi Dasar tersebut telah disempurnakan melalui pihak Bank sebagai wakilnya pada harga Kos Komoditi Dasar yang bersamaan dengan Jumlah Kemudahan. Surat Perlantikan Agensi (Wakalah) adalah seperti di Lampiran I.
(b) Pelanggan melalui Surat Perwakilan (Pembelian dan Penjualan Unit ASB) juga melantik pihak Bank sebagai wakilnya untuk, (i) membeli unit pelaburan ASB daripada ASNB; dan (ii) menjual/mencairkan unit pelaburan ASB Pelanggan. Surat Perwakilan ini adalah seperti dalam Lampiran II.
(c) Berikutan dengan Permintaan Belian dari Pelanggan, pihak Bank akan membeli Komoditi Dasar dari pedagang komoditi pada harga kos yang bersamaan dengan Jumlah Kemudahan.
(d) Pedagang komoditi akan menyerahkan Komoditi Dasar dibuktikan dengan sijil beserta arahan penyerahan sebagai bukti pemindahan pemilikan kepada pihak Bank.
(e) Berikutan dengan Akujanji Untuk Belian (Wa'd Mulzim), pihak Bank akan menjual Komoditi Dasar tersebut kepada pihak Pelanggan pada Harga Jualan berdasarkan konsep Murabahah (Kos Komoditi Dasar + Kadar Keuntungan) yang mesti dibayar oleh Pelanggan secara ansuran atau secara bayaran tertunda atau apa-apa cara yang ditentukan oleh pihak Bank.
(f) Berikutan juga dengan Perwakilan Terhad Untuk Menyelesaikan Belian, pihak Bank, sebagai wakil Pelanggan akan menyelesaikan pembelian Komoditi Dasar daripada pihak Bank sebagai prinsipal, sebagai wakil kepada Pelanggan dan memasuki Kontrak Jualan Secara Murabahah dengan pihak Bank sebagai prinsipal. Kontrak Jualan Secara Murabahah seperti dalam Lampiran II (Bahagian B). Sekiranya Pelanggan telah memilih untuk mengambil penghantaran Komoditi secara fizikal, Pelanggan akan menerima Komoditi dari Pembekal Komoditi dan pihak Bank tidak akan mengeluarkan jumlah pembiayaan kepada Pelanggan. Jika Pelanggan telah memilih untuk mengambil penghantaran Komoditi secara fizikal, paragraf (g) di bawah tidak akan terpakai.
(g) Apabila paragraf (f) telah selesai dan berikutan dengan Surat Perwakilan, pihak Bank akan menjual Komoditi Dasar tersebut kepada pedagang komoditi pada harga Kos Komoditi Dasar. Pihak Bank kemudiannya akan membayar hasil jualan yang bersamaan dengan Jumlah Kemudahan ke dalam Akaun ASB Pelanggan yang dibuka dan dikekalkan dengan ASNB.
2. Pengeluaran Kemudahan
Setelah dokumen-dokumen sekuriti disiapkan dan setelah syarat-syarat sebelum pengeluaran dipenuhi, Kemudahan tersebut akan dikeluarkan seperti berikut:-
(a) Jumlah Kemudahan akan dikeluarkan/dibayar ke dalam Akaun pelaburan ASB pelanggan
(b) Pihak Bank akan menolak dari Akaun Simpanan/Semasa pelanggan yang telah ditetapkan untuk pembayaran Duti Setem dan caj-caj lain yang berkaitan (yang mana berkenaan).
(c) Sebelum penggunaan/pengeluaran penuh, Pelanggan dengan ini mengakui dan memberi persetujuan kepada pihak Bank bahawa baki amaun pembiayaan boleh digunakan oleh pihak Bank di bawah prinsip Qard. Pihak Bank, dalam situasi ini, menjamin pembayaran wang secara penuh, dan akan memulangkan amaun yang sama kepada Pelanggan sewajarnya, tertakluk kepada prosedur-prosedur Bank.
Nota: Qard merujuk kepada kontrak pinjaman wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (pihak Bank) di mana peminjam terikat untuk membayar semula amaun yang sama sebagai ganti pinjaman dari pemberi pinjaman.
3. Syarat-syarat sebelum Pengeluaran Kemudahan (conditions precedent)
Pengeluaran Kemudahan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
(a) Pihak Bank telah menerima Surat Tawaran yang telah ditandatangani;
(b) Pelanggan telah menandatangani dan menyerahkan kepada pihak Bank, Surat Perlantikan Agensi (Wakalah) dan Surat Perwakilan (Pembelian dan Penjualan Unit ASB);
(c) Pelanggan dan Penjamin (jika ada) telah menandatangani surat akuan berkanun mengesahkan bahawa Pelanggan dan Xxxxxxxx bukanlah seorang bankrap dan tiada prosiding jenayah atau sivil di mahkamah terhadap Pelanggan atau Penjamin;
(d) Penjamin telah menandatangani Surat Jaminan seperti yang dikehendaki oleh pihak Bank (jika berkenaan);
(e) Kemudahan ini tertakluk kepada peraturan-peraturan dan arahan-arahan (samada mempunyai keupayaan undang-undang atau tidak) yang dikenakan ke atas pihak Bank dari masa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau pihak-pihak lain yang mempunyai bidangkuasa ke atas pihak Bank;
(f) Pelanggan telah mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Bank bagi Kemudahan tersebut;
(g) Pelanggan menerima cadangan penyertaan Takaful seperti yang diperlukan oleh pihak Bank (jika berkenaan);
4. Penepian syarat-syarat pengeluaran (waiver of conditions precedent)
Dengan ini diberitahu dan diisytiharkan bahawa syarat-syarat di atas adalah bertujuan untuk manfaat pihak Bank dan boleh diketepikan secara keseluruhan atau sebahagian oleh pihak Bank tanpa menggugat hak-hak pihak Bank dan penepian tersebut hendaklah tidak menggugat hak-hak untuk meminta pihak Pelanggan mematuhi apa-apa penepian tersebut pada bila bila masa.
5. Syarat-syarat Tambahan (yang mana berkenaan)
i) Pelanggan adalah bertanggungjawab dan berkewajipan untuk membuat Pembayaran Harga Jualan kepada pihak Bank pada masa yang telah ditetapkan dan kegagalan mana-mana pihak ketiga untuk menyalurkan pembayaran tersebut tidak menghalang pihak Bank dari
melaksanakan hak-haknya untuk menuntut pembayaran Harga Jualan tersebut dari pihak pelanggan
ii) Pelanggan boleh menebus sijil ASB mengikut pecahan yang diluluskan.
iii) Bahawa Bank adalah berhak untuk menjual sijil Amanah Saham Bumiputera yang dicagarkan kepada Bank ( sijil ASB yang dinyatakan dalam Surat Tawaran) jika Bank mendapati akaun kemudahan Pelanggan tidak dikemaskini atau terdapat tunggakan Bayaran Ansuran Bulanan untuk dua (2) bulan walaupun peringatan telah diberikan.
iv) Pelanggan berakujanji untuk memaklumkan Bank dengan serta-merta sekiranya terdapat perubahan dalam status residen/pemastautin, nombor telefon dan alamat surat-menyurat.
v) Staf (jika berkenaan)
(a) Pembayaran bulanan adalah dengan Arahan Tetap (standing instruction) melalui Akaun simpanan/semasa / pembayaran sendiri setelah bersara daripada Kumpulan Bank Muamalat.
(b) Pembayaran Harga Jualan adalah dengan Arahan Tetap (standing instruction) melalui Akaun simpanan/semasa / pembayaran sendiri setelah bersara daripada Kumpulan Bank Muamalat.
vi) Pelanggan memberi kebenaran kepada Pihak Bank untuk mencetak ASNB Penyata Terperinci Pelaburan Tunai untuk mengetahui jumlah keseluruhan sijil pelaburan yang dimiliki dan masih bercagar supaya tidak melebihi jumlah yang ditetapkan oleh pihak ASNB iaitu dua ratus ribu unit (200,000) bagi tabung Amanah Saham Bumiputera.
vii) Pihak Bank berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat atau melanggar peraturan Bank Negara Malaysia dan autoriti/undang-undang lain yang dikuatkuasakan ke atas pihak Bank dan tidak akan menanggung sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan unit pelaburan yang tidak dicagar atau di atas kegagalan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak ASNB.
viii) Sijil ASB adalah di bawah nama Pelanggan Utama. Sekiranya berlaku kejadian mungkir yang berkaitan, Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank mempunyai hak untuk menjual Sijil ASB ini untuk menyelesaikan baki pembiayaan mengikut syarat-syarat di dalam Surat Tawaran dan Memorandum Cagaran walaupun Sijil ASB telah dikeluarkan atas nama Pelanggan Utama. Pelanggan Utama merupakan pemilik sijil ASB.
ix) Pihak Bank akan memaklumkan kepada anda sekurang-kurangya 21 hari kalendar sebelum tarikh perlaksanaan berkuatkuasa sekiranya terdapat sebarang perubahan di dalam terma dan syarat atau fi dan caj.
6. Keadaan kemungkiran (events of default)
(a) Pihak Bank melalui notis bertulis 7 hari berhak untuk mengisytiharkan Kemudahan adalah terbatal dan permintaan bayaran bagi semua wang tertunggak bagi Kemudahan adalah perlu dibayar sekiranya:-(i) Pelanggan gagal atau ingkar untuk membayar mana-mana ansuran atau sebarang bayaran yang lain di bawah Kemudahan tersebut; (ii) Pelanggan telah mungkir tentang apa-apa kewajipan di bawah Kemudahan tersebut; (iii) Pelanggan secara bertulis mengaku tidak mampu membayar atau tidak mampu membayar ansuran tertunggak terhadap pihak Bank; (iv) Pelanggan telah diberhentikan perkhidmatannya oleh majikan atau pelanggan telah berhenti dari perkhidmatan dalam tempoh pembiayaan; (v) Prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Pelanggan; (vi) Distres atau tindakan pelaksanaan dikenakan terhadap mana-mana harta benda Pelanggan dan tidak mendapat pelepasan dalam masa empat belas hari (14) dari tarikh perintah tersebut; (vii) Apa-apa representasi dan waranti dari Pelanggan kepada pihak Bank mengenai Kemudahan telah dibuktikan tidak benar atau sekiranya berulang pada bila-bila masa telah terbukti tidak lagi benar dan betul; (viii) Jika Pelanggan telah menggunakan Kemudahan tersebut bagi tujuan yang menyalahi pinsip-prinsip Syariah; dan/atau (ix) Lain-lain keadaan kemungkiran yang ditetapkan oleh pihak Bank tertakluk kepada prinsip-prinsip Syariah.
(b) Pelanggan dikehendaki memberitahu pihak Bank secara bertulis sekiranya berlaku Keadaan Kemungkiran yang tersebut di atas.
(c) Pelanggan akan menanggung rugi pihak Bank terhadap kerugian munasabah, kerosakan atau liabiliti yang ditanggung oleh pihak Bank akibat dari kemungkiran Kemudahan kecuali jika kerugian tersebut disebabkan oleh salah laku yang disengajakan dan kecuaian melampau oleh pihak Bank.
(d) Xxxxx Xxxxxx: Semua wang yang diterima oleh Bank daripada mana-mana prosiding yang dimulakan atau langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil di bawah Kemudahan ini, tertakluk kepada keutamaan berkanun/statutori (jika ada), hendaklah digunakan oleh Bank untuk membayar kos munasabah, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank, untuk membayar semua Harga Jualan yang terhutang dan kekal tidak berbayar. Apa-apa lebihan yang masih berbaki hendaklah dibayar kepada individu yang berhak ke atasnya iaitu kepada akaun pembayar (akaun yang ditetapkan untuk arahan tetap). Pelanggan hendaklah membayar kepada Bank perbezaan antara Harga Jualan (dan semua wang lain) yang terhutang dan kekal tidak berbayar dan hasil yang dikutip daripada Jualan (ditolak semua bayaran yang dinyatakan di sini).
7. Keharaman (illegality)
Apabila pengenalan atau variasi pada mana-mana undang-undang atau perintah, peraturan, arahan rasmi atau apa-apa perubahan tafsiran atau pemakaian oleh mana-mana pihak berkuasa menjadikannya ketara kepada pihak Bank bahawa ianya tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan tanpa melanggar undang-undang atau memberi kesan kepada kewajipan pihak Bank, pihak Bank adalah tidak bertanggungjawab atau berkewajipan untuk menyediakan Kemudahan tersebut.
8. Hak untuk tolakan (right to set-off)
Pihak Bank diberi kuasa melalui notis bertulis 7 hari kalender berhak untuk mendebitkan akaun Pelanggan bagi:-
(a) Jumlah bayaran yang kena bayar di bawah Kemudahan tersebut; dan
(b) Perbelanjaan munasabah, duti, yuran dan jumlah yang kena bayar dan patut dibayar yang timbul dari Kemudahan tersebut termasuk pembayaran premium Takaful/Insuran dan/atau caj perkhidmatan (jika ada). Dengan syarat bahawa pendebitan tersebut tidak boleh dianggap sebagai pembayaran kepada jumlah kena bayar atau dianggap sebagai pelepasan terhadap mana-mana keadaan kemungkiran.
9. Kemungkiran Silang (cross default)
Seperti yang telah dipersetujui bahawa kemungkiran oleh pihak Pelanggan terhadap apa-apa terma dan syarat yang terdapat di dalam Surat Tawaran dianggap sebagai kemungkiran dan pihak Bank berhak untuk menguatkuasakan semua atau mana-mana remedi seperti dinyatakan dalam Surat Tawaran melalui notis bertulis 7 hari.
10. Ketaksahan mana-mana terma (invalidity of provision)
Sekiranya mana-mana peruntukan dalam sekuriti dokumen menjadi tak sah, atau tidak dapat dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang- undang yang terpakai, kesahan dan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan lain dalam sekuriti dokumen tidak terjejas.
11. Bayaran dan Caj
(a) Semua bayaran munasabah (termasuk bayaran guaman), jika ada, berkaitan dengan penyediaan dokumen, duti setem dan pendaftaran dokumen sekuriti ditanggung oleh pihak Pelanggan bermula dari penerimaan Surat Tawaran walaupun sekiranya dokumen-dokumen sekuriti tidak disempurnakan.
(b) Bayaran atau kos untuk menguatkuasa pembayaran melalui mana-mana prosiding undang-undang atau perlantikan peguamcara ditanggung oleh pihak Pelanggan.
(c) Apa-apa bayaran, kos dan perbelanjaan untuk tempat simpanan, takaful dan kos-kos yang berkaitan dengan penghantaran komoditi, jika ada akan ditanggung oleh pihak Pelanggan.
12. Cukai
Bayaran, taksiran dan cukai berkaitan dengan Kemudahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Pelanggan dan perlu dibayar dalam masa yang ditetapkan.
13. Pelepasan (Ibra'/Rebate) bagi penyelesaian awal kemudahan
Tertakluk kepada Prinsip-prinsip Syariah:
(a) Bank hendaklah memberikan Ibra’ atau Rebat dalam kes penyelesaian awal Kemudahan kepada Pelanggan.
(b) Bank hendaklah memberikan Ibra’ atau Rebat ke atas keuntungan daripada jumlah Kemudahan yang masih belum digunakan.
(c) Bank hendaklah memberikan Ibra’ atau Rebat sekiranya terdapat sebarang perbezaan pada Harga Jualan dan jumlah ansuran bulanan yang perlu di bayar pada akhir tempoh pembiayaan (mengikut mana-mana yang berkenaan).
(d) Sebarang Ibra’ atau Rebat yang diberikan oleh Bank hendaklah disifatkan sebagai terakhir dan muktamad. Pelanggan hendaklah bersetuju dengan ketepatan Ibra’ yang diberikan tanpa sebarang bantahan atau pertikaian.
(e) Ibra’ hendaklah dikira seperti yang dinyatakan di bawah:-
Ibra’ = Baki Tertunggak
DITOLAK Jumlah Prinsipal DITOLAK Jumlah terhutang DITOLAK Pengurangan
(Harga Jualan Tertunggak) Tertunggak kepada Bank Ibra'
(i) Jumlah terhutang kepada Bank merujuk kepada apa-apa amoun keuntungan yang tertunggak apabila penyelesaian awal seperti keuntungan bulan semasa dan / atau tunggakan keuntungan (jika ada).
(ii) Pengurangan Ibra’ atau Rebat merujuk kepada kos yang perlu ditanggung oleh Pelanggan disebabkan oleh penyelesaian awal sebelum kematangan (jika terpakai)
Nota: Perkara (a),(b) dan (d) adalah terpakai untuk kedua-dua Kemudahan tetap dan terapung manakala perkara (c) adalah terpakai untuk Kemudahan terapung sahaja tertakluk kepada ketiadaan kejadian keingkaran yang berlaku dan berterusan
14. Pampasan bayaran lewat (Ta'widh)
Tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung dalam Perjanjian ini, Pelanggan dengan ini bersetuju berwa’d dan berakujanji untuk membayar pampasan kepada Bank ke atas ansuran tertunggak dan bayaran Harga Jualan yang tertunggak pada tarikh kematangan Kemudahan seperti berikut:
(a) bagi kegagalan untuk membayar mana-mana ansuran Kemudahan daripada tarikh penggunaan pertama sehingga tarikh kematangan Kemudahan, kadar pampasan yang akan digunakan adalah satu peratus (1%) setahun ke atas jumlah yang tertunggak atau apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Bank Neagara Malaysia. Tanpa menjejaskan yang tersebut diatas, jumlah yuran pampasan (ta’widh) hendaklah tidak dikompaunkan ke atas ansuran tertunggak;
(b) bagi kegagalan untuk membayar mana-mana ansuran dan dimana kegagalan berterusan melebihi tarikh kematangan Kemudahan, kadar
pampasan yang akan digunakan adalah Kadar Semasa Pasaran Wang Islam Bank ke atas baki Harga Jualan atau apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia; dan
(c) Ta’widh hendaklah dikira seperti berikut:-
(i) Keingkaran Jumlah
dalam pembayaran
semasa tempoh pembiayaan dan sebelum kematangan:-
ansuran
tertunggak
x
1%
x
Bilangan Hari Tertunggak
365/366 (tahun lompat)
(ii) Keingkaran dalam pembayaran Jumlah Prinsipal Tertunggak
yang IIMM
melebihi
tarikh
kematangan:-
x
x
Bilangan Hari Tertunggak
365/366 (tahun lompat)
(d) Jumlah bagi pampasan tersebut hendaklah tidak dikompaunkan ke atas jumlah ansuran tertunggak atau jumlah prinsipal
tertunggak.
15. Komoditi Dasar
Aset Patuh Syariah seperti minyak sawit mentah (“MSM”), resin plastic- polyethylene (“PE”), olein sawit RBD (“OLN”) atau aset yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dari semasa ke semasa yang digunakan untuk tujuan memasuki transaksi Tawarruq.
16. Hak untuk membatalkan kemudahan sebelum atau selepas pengeluaran
Tertakluk kepada prinsip-prinsip Syariah, pihak Bank berhak untuk membatalkan Kemudahan yang ditawarkan pada bila bila masa, sebelum atau selepas pengeluaran, apabila didapati terdapatnya perkara-perkara penting yang diabaikan dari fakta-fakta yang tidak dinyatakan atau disalahnyatakan yang mana akan mengubah penilaian kredit awal (initial assessment of credit) atau apa-apa perubahan kepada syarat-syarat penilaian kredit pembiayaan pihak Bank melalui notis bertulis 7 hari. Apa-apa amaun yang dituntut atau ditarik balik oleh pihak Bank akan menjadi kena bayar dan perlu dibayar dengan kos dan/atau apa-apa bayaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bermula dari tarikh notis kepada pelanggan.
17. Notis
Apa-apa notis atau komunikasi yang diberi berkenaan dengan Kemudahan ini akan dianggap telah diterima oleh pihak penerima melalui cara-cara berikut, melainkan terdapat bukti yang bertentangan bahawa notis tersebut sebenarnya tidak disampaikan:-
(a) Jika melalui serahan tangan, bila diserahkan;
(b) Jika melalui teks Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), apabila dihantar ke nombor telefon yang terakhir diketahui;
(c) Jika dihantar melalui teleks atau kabel, pada hari bekerja selepas transmisi;
(d) Jika melalui pos berdaftar pra-bayar, selepas lima (5) hari bekerja dari tarikh ianya diposkan; dan
(e) Jika melalui faks, bila pengesahan transmisi atau laporan diterima dari mesin faks menunjukkan notis telah dihantar dengan sempurna. Bagi tujuan dalam dokumen sekuriti dan Kemudahan, "Hari Bekerja" bermaksud hari yang mana institusi kewangan dibuka untuk perniagaan dan di mana transaksi-transaksi seperti yang diperlukan oleh Kemudahan ini dijalankan.
Tiada perubahan dalam alamat penyerahan notis adalah berkuatkuasa atau mengikat Bank melainkan Pelanggan telah memberi notis sebenar kepada Bank mengenai pertukaran alamat dan nombor telefon untuk penyerahan.
18. Penyerahan dokumen guaman (service of legal process)
(a) Penyerahan dokumen guaman boleh dihantar secara pos berdaftar berbayar dahulu ke alamat penyerahan pihak-pihak berkenaan dan penyerahan tersebut dianggap telah sempurna selepas lima (5) hari dari tarikh ianya diposkan dan sekiranya diserahkan secara serahan tangan pada masa ianya diserah serta diakui penerimaannya melainkan terdapat bukti yang bertentangan bahawa notis tersebut sebenarnya tidak disampaikan.
(b) Sebarang perubahan alamat penyerahan tidak berkesan atau mengikat pihak Bank kecuali Pelanggan telah memberi notis pertukaran alamat dan diterima oleh pihak Bank.
19. Lien dan lain-lain Cagaran
Tiada apa yang terkandung dalam surat ini akan memprejudis mana-mana lien atau apa-apa sekuriti yang mana pihak Bank pegang sebagai jaminan ke atas wang terhutang dan apa-apa yang terkandung di dalam surat ini menggabungkan atau memprejudis mana-mana bil, nota, jaminan, gadai janji atau lain lain cagaran yang mana dipunyai oleh pihak Bank pada masa ini bagi mana-mana wang terhutang atau hak dan remedi pihak Bank.
20. Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (“FATCA”) dan Standard Laporan Biasa (“CRS”) Sepanjang tempoh Kemudahan ini, Pelanggan bersetuju dan berakujanji bahawa:-
(a) Melaporkan maklumat Pelanggan kepada pihak berkuasa yang berkaitan mengikut keperluan FATCA dan/atau CRS sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh undang-undang, peraturan, perjanjian atau garis panduan peraturan atau arahan;
(b) Menahan daripada akaun Pelanggan pada amaun tertentu mengikut keperluan FATCA dan/atau CRS sebagaimana boleh ditetapkan oleh undang-undang yang boleh digunapakai, peraturan, perjanjian atau garis panduan peraturan atau arahan yang terpakai; dan
(c) Mengklafikasikan Pelanggan sebagai pemegang akaun yang bermasalah atau bukan peserta institusi kewangan asing (“NFFI”) dan/atau menggantung atau menamatkan akaun yang diberikan kepada Pelanggan, sekiranya Pelanggan gagal untuk menyediakan maklumat dan/atau dokumentasi yang tepat dan/atau lengkap sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Bank.
(d) Sebagai tambahan kepada yang tersebut di atas, Pelanggan dengan ini berakujanji untuk memberikan notis bertulis kepada Bank dalam tempoh tiga puluh (30) hari kalendar, sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat yang diberikan kepada Bank.
21. Priviti kepada Perjanjian
Pelanggan dengan ini mengakui, bersetuju dan mengesahkan bahawa tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung dalam mana-mana perjanjian/ kontrak termasuk tetapi tidak terhad kepada perjanjian jual beli bagi pembelian harta alih atau harta tak alih yang ditandatangani antara Pelanggan dengan penjual atau mana-mana pihak ketiga di mana Bank tiada priviti kepada perjanjian/kontrak tersebut dan tidak bertanggungjawab apa-apa pun untuk melaksanakan sebarang terma atau syarat kepada perjanjian/kontrak tersebut tanpa mengira sama ada
atau tidak Bank telah diberitahu berkenaan terma atau syarat tersebut, dan Bank hendaklah tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun kepada Pelanggan atau mana-mana pihak lain disebabkan penolakkan atau kegagalan Bank untuk melaksanakan terma atau syarat tersebut.
22. Akta Perdagangan Strategik 2010 (jika terpakai)
Pelanggan dengan ini bersetuju, berjanji dan berakujanji bahawa kemudahan ini hendaklah tidak digunakan bagi transaksi yang melibatkan barang-barang dan perkhidmatan yang dikenal pasti dan/atau diklasifikasikan sebagai barang strategik bagi maksud Akta Perdagangan Strategik 2010 termasuk pengimportan, pengeksportan, pemunggahan, pembrokeran, pemasaran, pengagihan atau semua transaksi lain yang tidak dinyatakan secara spesifik di sini yang melibatkan barang strategik tersebut dan/atau dengan cara lain bertentangan dengan Akta Perdagangan Strategik 2010 Pelanggan selanjutnya bersetuju dan berjanji bahawa Bank boleh menolak untuk mengeluarkan kemudahan, membenarkan pengeluaran seterusnya, membuat bayaran atau memproses bayaran kemudahan di sini atau menerima dan berunding berkenaan dengan sebarang kemudahan perdagangan yang diberikan kepada Pelanggan atau diminta untuk dirundingkan oleh Pelanggan jika transaksi tersebut berkait dengan barang strategik tersebut dan Bank selanjutnya mempunyai hak dengan mengeluarkan notis bertulis untuk mengisytiharkan suatu kejadian kemungkiran dan menarik balik atau membatalkan kemudahan yang diberikan di sini akibat daripada transaksi tersebut. Pelanggan hendaklah membebaskan Bank daripada mana-mana liabiliti yang berbangkit daripada transaksi tersebut dan hendaklah selanjutnya menanggung rugi dan melindungi Bank atas dasar indemniti penuh terhadap sebarang denda dan/atau penalti yang dikenakan ke atas Bank dan terhadap sebarang sekatan keseksaan yang dikenakan ke atas Bank akibat daripada sebarang tindakan atau kelakuan atau pelanggaran oleh Pelanggan terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010 dan/atau menyebabkan Bank dalam apa jua cara melanggar Akta Perdagangan Strategik 2010 melainkan pelanggaran tersebut adalah disebabkan oleh salah laku yang disengajakan dan kecuaian melampau oleh pihak Bank.
23. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
Sepanjang tempoh kemudahan, Pelanggan berakujanji bahawa Pelanggan tidak akan:-
(i) melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam suatu transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram;
(ii) memperolehi, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, menukar, mengubah, membawa, menghapuskan, menggunakan, mengalihkan daripada atau membawa masuk ke dalam Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram;
(iii) menyembunyikan atau menghalang pembentukan sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkaitan dengan, atau pemilikan ke atas, hasil daripada apa-apa aktiviti haram.
24. Pendedahan Maklumat Pelanggan dan Data Peribadi di bawah Akta Pekhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA”) dan Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 (“PDPA”)
(a) Jika Pelanggan adalah sebuah syarikat atau badan entiti, Pelanggan dengan ini memberikan waranti dan representasi kepada Pihak Bank bahawa:-
(i) Pelanggan memberikan kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan maklumat dan/atau dokumen yang dibekalkan berhubung dengan atau berkenaan dengan kemudahan, perniagaan dan akaun perbankan Pelanggan bersama Bank (termasuk akaun pada masa hadapan) kepada syarikat bersekutu atau syarikat induk Bank atau anak syarikat Bank atau mana-mana syarikat yang merupakan atau pada masa hadapan merupakan syarikat berkaitan dengan Bank, wakil, juruaudit, penasihat undang-undang, penasihat-penasihat profesional atau wakil, Biro Kredit atau mana-mana pihak berkuasa perbankan atau regulatori, mana-mana penghutang bersama, pemegang akaun bersama, penjamin, penggadai atau pihak sekuriti, pihak yang membuat tuntutan di bawah mana-mana instrumen pembayaran pihak ketiga atau dokumen perdagangan, mana-mana individu lain yang telah mengambil liabiliti bagi kemudahan tersebut dengan Bank atau menurut mana-mana undang-undang atau proses undang-undang atau berkaitan dengan apa-apa tindakan, guaman atau prosiding yang berkaitan dengan kemudahan tersebut, mana-mana bank atau institusi kewangan berkaitan dengan penyediaan pembiayaan yang berkaitan dengan Bank atau produk atau perkhidmatan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Bank atau sebaliknya dan mana-mana individu yang dibenarkan pendedahan kepadanya atau dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau mana-mana perwakilan kerajaan.
(ii) Pelanggan juga memberikan kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan diri Pelanggan atau akaun Pelanggan kepada operator takaful (jika perlu) sekiranya sebarang permohonan bagi perlindungan takaful telah dikemukakan oleh Pelanggan kepada operator takaful dan maklumat tersebut dan/atau pengesahan ke atas maklumat tersebut adalah diperlukan oleh operator takaful. Pelanggan memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan maklumat tentang diri Pelanggan sepertimana yang dimilikinya kepada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (”CGC”) dan/atau wakil-wakilnya seperti yang Bank fikirkan perlu.
(iii) Pelanggan bersetuju dan mengakui bahawa Bank boleh meminta Pelanggan dari semasa ke semasa untuk memberikan data peribadi dan maklumat Pelanggan, penjamin dan/atau mana-mana penyedia sekuriti pihak ketiga Pelanggan (termasuk tetapi tidak terhad kepada) pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil dan/atau mana-mana lain (“individu”) dalam perjalanan kontrak dan/atau transaksi Pelanggan dengan Bank (“Data peribadi”).
(iv) Notis Privasi Kumpulan Bank Muamalat yang dipaparkan dalam laman web kami xxx.x-xxxxxxxx.xxx.xx menggariskan bagaimana Kumpulan Bank Muamalat mengumpul, menggunakan, mengekalkan, menyimpan, mendedahkan, menjamin dan mengekalkan Data Peribadi. Pelanggan dikehendaki untuk merujuk kepada Notis Privasi Kumpulan Bank Muamalat dan sebelum memberi kami Data Peribadi Individu tersebut, Pelanggan dikehendaki memaklumkan kepada Individu tersebut berkenaan dengan Notis Privasi Kumpulan Bank Muamalat. Bank bersama-sama dengan syarikat-syarikat berkaitan / bersekutu adalah secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan Bank Muamalat”.
(v) Pelanggan dengan ini memberikan waranti bahawa Xxxxxxxxx telah mematuhi keperluan PDPA dan telah mendapat persetujuan yang relevan daripada Individu yang berkaitan dengan pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi mereka.
(b) Jika Pelanggan seorang individu atau bukan badan entiti, anda dengan ini memberikan waranti dan representasi kepada Bank bahawa:-
(i) Tertakluk kepada arahan Xxxxxxxxx untuk menyekat pendedahan (jika ada) bagi maksud aktiviti pemasaran, Pelanggan
bersetuju dan membenarkan Bank untuk mengumpul, memproses, mendedahkan, memindahkan data peribadi Pelanggan kepada entiti lain dalam Kumpulan Bank Muamalat termasuk cawangannya di Malaysia dan di negara-negara lain serta anak- anak syarikat tempatan dan luar negara dan pihak luar yang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak/badan yang disenaraikan di bawah bagi penyelenggaraan, penyimpanan dan pengekalan data peribadi Pelanggan, di dalam atau di luar Malaysia, untuk memproses permohonan Pelanggan bagi produk dan perkhidmatan dan seterusnya untuk terus melaksanakan perjanjian kontrak yang dibuat di antara Pelanggan dan mana-mana entiti dalam Kumpulan Bank Muamalat.
(ii) Pelanggan bersetuju dan membenarkan Bank untuk mengumpul, memproses, mendedahkan, memindah, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi anda kepada entiti lain dalam Kumpulan Bank Muamalat termasuk cawangannya di Malaysia dan di negara-negara lain serta anak-anak syarikat tempatan dan luar negara dan wakil luar yang lain.
(iii) Pelanggan bersetuju bagi Bank menjalankan pemeriksaan kredit dan pengesahan maklumat yang dikemukakan oleh Pelanggan dalam permohonan Pelanggan untuk kemudahan pembiayaan atau perkhidmatan dengan mana-mana biro kredit atau perbadanan yang ditubuhkan untuk tujuan mengumpul dan menyediakan maklumat kredit atau maklumat lain. Pelanggan juga memberikan kebenaran kepada pendedahan Bank berhubung dengan keadaan kewangan Pelanggan, butiran akaun, hubungan dengan Bank termasuk baki kredit kepada:-
(a) Pihak berkuasa kerajaan atau regulatori di Malaysia dan di tempat lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Biro Kredit, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (“CCRIS”), Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad;
(b) Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Bank menurut Seksyen 7 Akta Syarikat 2016, atau mana-mana syarikat bersekutu Bank atau syarikat induknya (Bank bersama-sama dengan syarikat-syarikat berkaitan / bersekutu adalah secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan Bank Muamalat”);
(c) Pihak yang menyediakan perkhidmatan (termasuk pembekal khidmat luar, peguam, penama, penjaga, depositori sekuriti pusat atau pendaftar, wakil pengutip hutang) kepada Bank;
(d) Wakil Bank, perunding dan penasihat profesional;
(e) Pemegang serah hak Bank atau mana-mana Kumpulan Bank Muamalat;
(f) Pihak polis atau mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa penyiasatan; dan
(g) Mana-mana individu yang dibenarkan pendedahan kepadanya atau dikehendaki oleh mana-mana undang-undang, peraturan, arahan atau permintaan kerajaan.
(iv) Bank boleh, tertakluk kepada pematuhan terhadap peraturan undang-undang atau garis panduan, menggunakan atau memakai apa-apa maklumat berkaitan dengan Pelanggan yang dikumpul, disusun, atau diperolehi oleh Bank melalui atau dengan apa cara dan kaedah sekalipun bagi tujuan tersebut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(v) Tertakluk kepada persetujuan Pelanggan secara jelas, Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pekerja-pekerja Bank, wakil dan/atau wakil untuk menghubungi Pelanggan dari semasa ke semasa melalui sebarang bentuk komunikasi lisan yang disampaikan melalui sebarang bentuk komunikasi termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan telefon mengenai sebarang produk atau perkhidmatan promosi melainkan dibantah secara bertulis oleh Pelanggan.
(vi) Pelanggan juga mengaku bahawa semua maklumat peribadi dan data yang dinyatakan di dalam ini adalah benar, terkini dan tepat dan sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada apa-apa maklumat peribadi atau data yang dinyatakan disini, anda hendaklah memberitahu Bank dengan segera.
(vii) Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Bank boleh meminta anda dari semasa ke semasa untuk memberikan data peribadi dan maklumat penjamin peribadi Pelanggan dan/atau mana-mana penyedia sekuriti pihak ketiga (“Individu”) dalam perjalanan kontrak pembiayaan dan/atau transaksi dengan pihak Bank (“Data Peribadi Pihak Ketiga”).
(viii) Pelanggan dengan ini bersetuju untuk menarik perhatian Individu tersebut kepada Notis Privasi Kumpulan Bank Muamalat yang dipaparkan dalam laman web kami xxx.x-xxxxxxxx.xxx.xx yang menggariskan bagaimana Kumpulan Bank Muamalat mengumpul, menggunakan, mengekalkan, menyimpan, mendedahkan, menjamin dan mengekalkan Data Peribadi Individu tersebut.
(ix) Pelanggan dengan ini memberikan waranti bahawa Xxxxxxxxx telah mematuhi keperluan PDPA dan telah mendapat persetujuan yang relevan daripada Individu yang berkaitan dengan pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi mereka.