PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
NO.SEBUT HARGA: PDTSPS 19/2022
KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS.
Tarikh Tutup: 4 OGOS 2022
TAJUK : KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS.
NO. SEBUTHARGA : PDTSPS 19/2022
Arahan-Arahan Kepada Penyebut Harga :
Sila ambil perhatian bersama-sama ini dilampirkan arahan-arahan berikut:- Lampiran A : Xxxxxxx Xxxxxxx
Lampiran B : Kenyataan Tawaran Sebut Harga Lampiran C : Arahan Kepada Penyebut Harga Lampiran D : Syarat-syarat Sebut Harga Lampiran E : Borang Sebut Harga Kerja Lampiran F : Senarai kerja Dalam Tangan
Lampiran G : Surat Akuan Pembida
(SAP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)
Lampiran H Surat Akuan Pembida Berjaya
(SAP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)
SEBUTHARGA NO.: PDTSPS/19/2022
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN KERAJAAN 14200 SUNGAI JAWI, PULAU PINANG
TEL: 00-0000000 FAX:00-0000000
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA
TARIKH TAWARAN DIBUKA :
CATATAN :
Tandatangan Ahli Jawatankuasa Membuka Tawaran / Sebutharga.
(NAMA & COP JAWATAN) (NAMA & COP JAWATAN)
XXXXXX XXXXXXXXXX : (Di isi oleh Xxxxxxxx)
KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS.
ARAHAN KEPADA KONTRAKTOR:
Sebutharga yang disenaraikan dibawah mestilah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebutharga mestilah sampai ke Peti Sebutharga Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Dan Tanah pada 4 OGOS 2022 (KHAMIS) sebelum @ pada jam 12.00 tengahari dan sebutharga sah selama Sembilan Puluh (90) hari selepas itu.
Sebutharga mestilah diisikan kedalam sampul surat bermetri bertanda No.sebutharga: PDTSPS 19/2022 pada sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan kedalam Peti Sebutharga di Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan pada tarikh tersebut.
Tarikh:
Kepada:
Pegawai Daerah
Seberang Perai Selatan.
NO. | BUTIRAN KERJA DAN SYARAT-SYARAT KHAS | |
1. | Membekal bahan-bahan, peralatan dan tenaga kerja bagi KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS. Sila lengkapkan butiran yang berkenaan di Lampiran. Sila kemukakan sesalinan Sijil Perolehan Kerja(SPKK) dan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih tempoh sah laku. Sila kemukakan sesalinan Penyata Akaun Kewangan Syarikat (3 bulan terakhir), Profail syarikat dan resit pembelian borang sebutharga. | |
JUMLAH HARGA |
Ringgit Malaysia :
Tempoh Siap : _14_ minggu
Saya / Kami dengan ini menawar untuk melaksanakan kerja-kerja di atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan diatas dan dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas.
Tandatangan | : | |
Nama | : | |
Cop Syarikat | : | |
No.Telefon | : | |
Tarikh | : | |
Nama Bank | : | |
No.Akaun Bank | : |
LAMPIRAN A
SENARAI SEMAKAN
SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBELUM DIHANTAR KE DALAM PETI SEBUTHARGA
BIL | DOKUMEN | ADA | TIADA | ||
1 | Borang Sebutharga | ||||
2 | Salinan Sijil CIDB (sah tempoh laku) | ||||
3 | Salinan Sijil PKK (sah tempoh laku) | ||||
4 | Salinan Penyata Kewangan Syarikat (3bulan terakhir) | ||||
April Mei Jun | |||||
5 | Salinan Resit Pembelian Dokumen Sebutharga | ||||
6 | Lampiran F dan G (Surat Akuan Pembida) | ||||
7 | Profail Syarikat |
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA
DI ISI OLEH AHLI JAWATANKUASA MEMBUKA TAWARAN / SEBUTHARGA
BIL | DOKUMEN | KETERANGAN |
1 | Borang Sebutharga | Ada / Tiada |
2 | Salinan Sijil CIDB (sah tempoh laku) | Tarikh: |
3 | Salinan Sijil PKK (sah tempoh laku) | Tarikh: |
4 | Salinan Penyata Kewangan Syarikat (3bulan terakhir) | |
April Mei Jun | RM RM ___ RM | |
5 | Salinan Resit Pembelian Dokumen Sebutharga | Ada / Tiada |
6 | Xxxxxxxx F & G (Surat Akuan Pembida) | Ada / Tiada |
7 | Profail Syarikat | Ada / Tiada |
(NAMA & COP JAWATAN) (NAMA & COP JAWATAN)
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
LAMPIRAN B
KENYATAAN TAWARAN
Ruj. Kami: PDTSPS/03/0753/11/PMR/2022/PROJEK/2
Tarikh : Julai 2022
KENYATAAN SEBUT HARGA : NO. SIRI PDTSPS 19/2022
1. Sebut harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dalam Gred G1 dan memiliki Taraf Bumiputera di Daerah Seberang Perai Selatan serta telah mendaftar dalam sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kerja-kerja yang mempunyai kategori G dan pengkhususan B04 (Bumiputera) / Kelas F berkaitan.
2. Tiada taklimat atau lawatan tapak bagi Sebutharga ini oleh PDTSPS. Walau bagaimanapun, pihak kontraktor boleh merujuk lampiran Dokumen Meja bagi mendapatkan lokasi projek dan mengadakan lawatan sendiri di lokasi mulai 22 Julai 2022 dengan mematuhi penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer serta memakai pelitup muka.
3. Dokumen Sebut harga boleh dibeli melalui Sistem e-Perolehan di laman web xxxx://xx.xxxxxx.xxx.xx melalui akaun masing-masing.
4. Borang Sebut harga hendaklah disertakan bersama-sama dokumen seperti dibawah:
a) Borang Sebut harga
b) Salinan Sijil CIDB ( sah tempoh laku)
c) Salinan Penyata Kewangan Syarikat ( 3 bulan terakhir )
d) Salinan Resit Pembelian Dokumen Sebut harga
e) Profil Syarikat
5. Sekiranya dokumen di para 5 tidak disertakan bersama borang Sebut Harga maka, borang tersebut akan DITOLAK.
6. Sebut Harga ini akan ditutup pada 4 Ogos 2022 pada jam 12.00 tengah hari. Borang Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis No. Sebut Harga PDTSPS 19/2022 dan Tajuk Sebut Harga di alamat seperti berikut:
Bahagian Pembangunan Daerah Blok A, Tingkat 1
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan 14200, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan
T.T
(XXXX XXXXXXX XXX XXXXXX)
Ketua Penolong Pegawai Daerah (P)
b.p Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan
LAMPIRAN C
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah, tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
1.1. Tawaran hanya dibuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
1.2. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah tempoh lakunya hendaklah dilampirkan bersama- sama dengan Borang Sebut Harga
1.3. Berdaftar dengan ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
1.4. Satu salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran yang boleh diberi dalam kerja-kerja yang ditawarkan berkaitan dengan tawaran sebut harga hendaklah dikemukakan bersama Tawaran Sebut harga .
1.5. Satu (1) Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan dan secara automatik sebut harga yang ditawarkan terbatal.
3.0. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA Penyediaan Sebut Harga
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:
3.1.1. Harga dan tandatangan Penyebut Harga di Ringkasan Sebut Harga,
3.1.2. Harga, tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
3.1.3. Senarai Kerja Dalam Tangan,
3.1.4. Senarai Pengalaman Kerja,
3.1.5. Jadual Kadar Harga (jika ada),
3.1.6. Butir-butir Spesifikasi (jika ada),
3.1.7. Surat Akuan Pembida,
3.1.8. Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk Penyata Akaun Bank yang disahkan oleh Pengurus Cawangan Bank berkenaan untuk 3 bulan yang terakhir, Deposit Tetap, baki nilai Kemudahan Kredit dan nilai Kemudahan Kredit yang layak/akan diperolehi oleh Penyebut Harga daripada Institusi Kewangan. Menyertakan salinan Penyata Kewangan Bank yang diiktiraf di Malaysia dari APRIL 2022, MEI 2022 DAN JUN 2022
3.1.9. Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
3.1.10. Kegagalan mengisi/menandatangani Borang Sebut Harga akan mengakibatkan Sebut Harga ditolak.
3.1.11. Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan.
3.1.12. Sekiranya Dokumen Sebut Harga disediakan dalam bentuk softcopy (berbentuk CD), Penyebut Harga hendaklah mengemukakan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat antara softcopy dan hardcopy, Dokumen dalam hardcopy hendaklah digunapakai.
3.1.13. Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
3.2. ‘Integrity Pact’
3.2.1. Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran I di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.
3.2.2. Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian Sebut Harga.
3.2.3. Penyebut Harga yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran J beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Kontrak.
3.3. Penyerahan Dokumen Sebut Harga
3.3.1. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan Sebut Harga PDTSPS/18/2022 serta tajuk Sebut Harga. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
3.3.2. Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, atas sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
3.4. Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi Nazrul Hezam Bin Jaman di talian 00-0000000 untuk penjelasan lanjut.
4.0. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 12 minggu. Mana- mana penyebut harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5.0. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebut Harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri.
6.0. TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA
Sebut Harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Penyebut Harga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah laku Sebut Harga. Laporan mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada CIDB/BPKU untuk tindakan.
7.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Semua Penyebut Harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para Penyebut Harga diberi peringatan berikut:
7.1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.2. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.4. Mana-mana Kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
LAMPIRAN D
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1.0. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebut Harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2.0. RINGKASAN SEBUT HARGA
2.1. Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
2.2. Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, levi, bayaran dan caj- caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
2.3. Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut Harga atau dalam tempoh Kerja.
2.4. Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga (jika perlu) hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
2.5. Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 2.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan perkiraan dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
3.0. BON PELAKSANAAN, PERKESO DAN POLISI INSURANS
3.1. Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada nilai Sebut Harga dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya Kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atau Insurans, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.
3.2. Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dengan nilai minimum RM ……………
bagi setiap kemalangan bagi tempoh pelaksanaan Kerja termasuk tempoh kecacatan dan ditambah dua belas (12) bulan dan Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
3.3. Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
4.0. BAYARAN PENDAHULUAN
4.1. Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% daripada nilai kerja pembinaan (builder’s work) atau RM100,000 yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:
4.1.1. Dibenarkan bagi kontrak yang bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000;
4.1.2. Inden Kerja telah ditandatangani dan dikembalikan;
4.1.3. Polisi-polisi insurans seperti yang dinyatakan dalam SST atau syarat-syarat kontrak telah dikemukakan;.
4.1.4. Jaminan bagi bayaran pendahuluan bagi kerja hendaklah dikemukakan seperti ditetapkan dalam AP200.2 (b). Jaminan hendaklah sama nilainya dengan bayaran pendahuluan;
4.1.5. Bayaran pendahuluan hendaklah dipohon pada peringkat awal kontrak dan tidak melebihi satu (1) bulan dari Tarikh inden Kerja mana berkaitan; dan
4.1.6. Bayaran pendahuluan tidak dibenarkan bagi perolehan kerja jika tempoh siap kerja tidak melebihi tiga (3) bulan.
4.2. Syarat-syarat dan Peraturan Bagi Bayaran Pendahuluan:
4.2.1. Jaminan bagi bayaran pendahuluan hebdaklah dikemukakan dalam bentuk seperti PK4.2 yang tidak boleh batal (irrevocable) dan yang sama nilainya dengan bayaran pendahuluan.
4.2.2. Bayaran balik pendahuluan hendaklah dibut melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan.
4.2.3. Bagi kontrak kerja, Pegawai Penguasa hendaklah memastikan potongan bagi bayaran pendahuluan dapat diselesaikan selewat- lewatnya semasa projek siap pada tahap 75%.
4.2.4. Tempoh pembayaran balik Bayaran Pendahuluan ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak..
5.0. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
5.1. Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, Pelan- pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini serta arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
5.2. Kerja-kerja mekanikal dan elektrik yang dilaksanakan di samping mematuhi kehendak di perenggan 5.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh Suruhanjaya/Jabatan/Pihak Berkuasa antara lainnya seperti berikut:
5.2.1. Suruhanjaya Tenaga
5.2.2. Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP)
5.2.3. Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
5.2.4. Jabatan Bomba dan Penyelamat
5.2.5. Pihak Berkuasa Tempatan
5.2.6. Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN)
6.0. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja boleh dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
7.0. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor- kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
8.0. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
8.1. Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah
diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
8.2. Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
8.3. Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
9.0. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
9.1. Borang Perjanjian Inden Kerja, Surat Akuan Pembida Berjaya yang ditandatangani oleh Kontraktor dan Dokumen Sebut Harga hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Kontrak ini.
9.2. Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan dan maksud itu boleh difahamkan dengan munasabahnya dari dokumen Sebut Harga itu.
9.3. Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
10.0. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR
10.1. Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
10.1.1 Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
10.1.2 Kemajuan Kerja terlalu lembab di mana Kontraktor didapati gagal menjalankan kerja dengan tekun dan teratur tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
10.1.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
10.1.4 Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah.
10.2. Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10.3. Walau apa pun di atas, sekiranya Kontrak ini ditamatkan di bawah perenggan 10.1 dan 10.2, Bon Pelaksanaan/WJP akan dirampas sepenuhnya.
11.0. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
12.0. KERJA PERUBAHAN
12.1. Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan- arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebut Harga ini.
12.2. Sebarang kerja perubahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan.
13.0. PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA
Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.
14.0. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan sejajar dengan syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga. Tempoh Tanggungan Kecacatan bermula daripada tarikh siap kerja.
15.0. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN
15.1. Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebut Harga hendaklah sekurang- kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrik dimana tempoh waranti ke atas peralatan dan sistem adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam
(6) bulan boleh dikenakan.
15.2. Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Sebut Harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
15.3. Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor dan termasuk kenaan GST (sekiranya pembaikan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh Kerajaan) atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Kanan Cawangan Kerja Elektrik/ Pengarah Kanan Cawangan Kerja Mekanikal.
16.0. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya boleh dibuat setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walau bagaimanapun, Xxxxxxx Inden hendaklah membuat potongan atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos untuk membaiki apa-apa kecacatan yang tidak dapat dibaiki oleh Kontraktor di dalam tempoh tanggungan kecacatan.
17.0. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja Kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
18.0. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.
19.0. PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU AKTIVITI HARAM
19.1. Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika kontraktor, personel, kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang atau aktiviti haram yang berkait dengan Perjanjian/ Kontrak ini atau mana-mana perjanjian lain yang Kontraktor mungkin ada dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian / Kontrak ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan segera yang membawa maksud sedemikian kepada Kontraktor.
19.2. Setelah penamatan tersebut, Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.
19.3. Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju bahawa Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan Kontrak ini.
LAMPIRAN E
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Sebut Harga Bil : PDTSPS 18/2022
Bahagian Pembangunan Daerah Blok A, Tingkat 1
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan 14200, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan
Tuan,
Sebutharga untuk:...........................................................................................................................………………
…………………………………………………………………………..……...................
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut harga, Syarat-syarat Sebut Harga Harga untuk Kerja, Spesifikasi Kerja dan Lukisan, saya bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan Kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia:
..........................................................................................................................................................
….............................................................................................(RM )
2. Saya bersetuju menyiapkan Kerja ini dalam masa……12 minggu dari tarikh mula kerja
seperti yang ditetapkan di bawah perenggan 2 Borang Perjanjian Inden Kerja. Bertarikh pada …….haribulan..........20..........
…………………………………… …………………………………. (Tandatangan Kontraktor) (Tandatangan Saksi)
Nama Penuh: ……………………………. Nama Penuh : ……………………………..
No. K/P: …………………………………. No. K/P : ………………………………
Alamat: …………………………………... Alamat : ………………………………
…………………………………...
…..…………………………….... Atas Sifat:..............................................
...............................
(Cop Kontraktor)
PROFAIL SYARIKAT
LAMPIRAN F
NAMA SYARIKAT :
LATAR BELAKANG SYARIKAT :
PERALATAN ( LOGISTIK) :
BILANGAN PEKERJA :
PENGALAMAN KERJA DALAM PEMBINAAN BERKAITAN OLEH AGENSI KERAJAAN SAHAJA (TAHUN 2020-2022) :
BIL | TAJUK PROJEK | TAHUN | PERUNTUKAN (RM) | AGENSI |
1 | ||||
2 | ||||
3 | ||||
4 | ||||
5 | ||||
6 | ||||
7 | ||||
8 | ||||
9 | ||||
10 |
LAMPIRAN G
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS.
Saya (Pemilik Syarikat) Nombor
X.X xxxx memiliki
(Nama Syarikat) nombor pendaftaran
(MOF / PKK / CIDB / ROS / ROC / ROB)
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
(Nama Kementerian / Agensi) atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender / sebutharga * seperti diatas.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
(Nama, Kementerian / Agensi) atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender / sebutharga * seperti di atas, maka saya sebagai pemilik syarikat bersetuju bahawa Kerajaan Negeri Berhak mengambil tindakan-tindakan berikut:-
Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender / sebutharga * di atas; atau
Penamatan kontrak bagi tender / sebutharga * yang ditandatangani tanpa bayaran gantirugi sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku, memberi atau menawarkan rasuah; dan
Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan.
3. Sekiranya mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender
/ sebutharga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
(Tandatangan)
( ) (Nama & No.K.P) Cop syarikat:
Catitan: * potong mana yang tidak berkaitan.
LAMPIRAN H
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi
KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS.
Saya (Pemilik Syarikat) Nombor
X.X xxxx memiliki
(Nama Syarikat) nombor pendaftaran
(MOF / PKK / CIDB / ROS / ROC / ROB)
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
(Nama Kementerian / Agensi) atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender / sebutharga * seperti diatas.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
(Nama, Kementerian / Agensi) atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender / sebutharga * seperti di atas, maka saya sebagai pemilik syarikat bersetuju bahawa Kerajaan Negeri Berhak mengambil tindakan-tindakan berikut:-
2.1Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender / sebutharga * di atas; atau 2.2Penamatan kontrak bagi tender / sebutharga * yang ditandatangani tanpa bayaran
gantirugi sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku, memberi atau menawarkan rasuah; dan
2.3Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan.
3. Sekiranya mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender
/ sebutharga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
(Tandatangan)
( ) (Nama & No.K.P) Cop syarikat:
Catitan: * potong mana yang tidak berkaitan
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI LALUAN BAGI CHALET DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PULAU AMAN, SPS.
PETENDER ADALAH DIKEHENDAKI MEMPERHARGAKAN SETIAP PECAHAN KERJA YANG DI NYATAKAN DIBAWAH MANA-MANA HARGA YANG TIDAK DI NYATAKAN ADALAH DI ANGGAP TELAH DIMASUKKAN DI DALAM MANA-MANA ITEM YANG DIPERHARGAKAN. PETENDER ADALAH TIDAK LAYAK MEMOHON SEBARANG KOS TAMBAHAN SEKITANYA TIMBUL MASALAH YANG BERHUBUNG KAIT ELEMEN KERJA YANG TIDAK TERTERA. PETENDER JUGA DI INGATKAN UNTUK MELAWAT TAPAK PROJEK BAGI MEMUDAHKAN MEMPERHARGAKAN ITEM KERJA TERSEBUT.
BIL | KETERANGAN KERJA ATAU BAHAN- BAHAN | RUJUKAN JADUAL KADAR HARGA | BILANGAN DAN DIMENSI | UNIT | KUANTITI | KADAR | JUMLAH [RM] | |||
BIL | P | L | D | |||||||
1.0 | KERJA – KERJA DAN SYARAT-SYARAT AM | |||||||||
1.1 | Insurans (liabiliti awam dan insurans kerja. | Harga Pukal | ||||||||
1.2 | Gambar (sebelum, semasa dan selepas) dalam bentuk softcopy dan hardcopy | Harga Pukal | ||||||||
1.3 | Kerja-kerja membekal dan memasang papan tanda (rujuk pelan) | Bil | 1 | |||||||
2.0 | KERJA-KERJA MEMBINA LANTAI | |||||||||
2.1 | Kerja-kerja mengupah buruh am (Kerja-kerja meroboh dan memunggah bahan roboh) | 5 Orang X 20 Hari | Hari | Harga Pukal | ||||||
2.2 | 100 mm purata tebal lantai konkrit | m² | 281.84 | |||||||
2.3 | Kepingan jejaring A9 atau tetulang keluli dikimpal berbentuk jejaring 100mm x 400mm, beratnya 4.99kg setiap meter persegi | m² | 281.84 | |||||||
2.4 | Membekal dan memasang ' standard galvanised steel guardrial' bersaiz 50mm diameter (tinggi 1000mm) termasuk segala peralatan untuk menyiapkan kerja sempurna. (Rujuk pelan) | 210.10 | 1.0 | m² | 210.10 | |||||
3.0 | Jumlah Kerja | |||||||||
4.0 | Tambahan 30% daripada Jumlah Kerja (Pulau Aman) | |||||||||
5.0 | JUMLAH BESAR |
JUMLAH PERAKUAN UNTUK DIBAYAR SEBANYAK RM…................................................. |
(RINGGIT MALAYSIA : …..................................................................................................................................................................... |