TERMA DAN SYARAT BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI AGROCASH-i
TERMA DAN SYARAT BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI AGROCASH-i
1. PEMBIAYAAN DI BAWAH TRANSAKSI TAWARRUQ
1.1 Terma-terma dan syarat-syarat (“Terma dan Syarat”) bagi Kemudahan Pembiayaan Peribadi AgroCash-i (“Kemudahan Pembiayaan”) adalah berdasarkan Konsep Syariah Tawarruq.
1.2 Kelulusan permohonan Kemudahan Pembiayaan oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (No. Syarikat: 200801010522 (811810-U)) (“Bank”) kepada pelanggan (“Pelanggan”) adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut yang telah dimaklumkan kepada Pelanggan semasa permohonan Kemudahan Pembiayaan tersebut. Terma dan Syarat yang tercatat di sini adalah terpakai bagi Kemudahan Pembiayaan ini dan akan mengikat Pelanggan serta-merta sebaik sahaja Kemudahan Pembiayaan diluluskan oleh pihak Bank.
2. DEFINISI & TAFSIRAN
Bagi tafsiran Terma dan Syarat ini, perkataan-perkataan berikut akan mempunyai pengertian dan maksud seperti yang dinyatakan selepas ini:-
“Akad” | bermaksud penawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) daripada kedua-dua pihak terhadap transaksi jualan Komoditi tersebut pada harga dan terma-terma yang dipersetujui; |
“Bank” | bermaksud Bank Pertanian Malaysia Berhad (No. Syarikat: 200801010522 (811810-U)) sebuah syarikat yang berdaftar dan mempunyai alamat berdaftar di Xxxxxxx 0, Xxxxxxxx Xxxxxxxx, Xxxxx Xxxxx Xxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx; |
“Borang Permohonan” | bermaksud borang permohonan yang lengkap diisi dan dikemukakan oleh Pelanggan kepada Bank bagi tujuan permohonan Kemudahan Pembiayaan; |
“Bulan” | bermaksud bulan Kalendar Gregory; |
“Harga Jualan” | bermaksud harga jualan Komoditi oleh Bank kepada Pelanggan dihantar oleh pihak Bank kepada Pelanggan serta diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan. Pengiraan Harga Jualan adalah berdasarkan Harga Belian Komoditi (jumlah pembiayaan yang diluluskan) dicampur dengan jumlah Keuntungan Bank (dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Siling); |
“Harga Belian” | bermaksud harga yang bersamaan dengan jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak Bank seperti yang dinyatakan dalam SMS yang dihantar oleh pihak Bank kepada Pelanggan serta diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan; |
“Hari” | bermaksud hari-hari di mana Bank berurus niaga seperti yang dikehendaki dalam Terma dan Syarat ini; |
“Kadar Asas” | merujuk kepada kadar rujukan yang ditetapkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa bagi menentukan kadar keuntungan Kemudahan Pembiayaan. Sekiranya terma Kadar Asas tidak lagi digunakan atau terpakai, apa-apa jenis terma baru yang akan digunakan bagi menentukan kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Bank kepada Pelanggan akan digunapakai. |
“Kadar Keuntungan Efektif” | merujuk kepada kadar keuntungan yang digunapakai bagi pengiraan bayaran ansuran Kemudahan Pembiayaan sepertimana dinyatakan di dalam SMS yang dihantar kepada Pelanggan dan diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan. |
“Kadar Keuntungan Siling” | merujuk kepada kadar keuntungan yang digunapakai bagi pengiraan Harga Jualan sepertimana diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan |
“Komoditi” | bermaksud aset yang didagangkan di dalam transaksi Tawarruq yang mana pihak-pihak yang terlibat akan dimaklumkan jenis dan kuantiti aset tersebut. Komoditi merujuk kepada aset yang tersenarai di dalam platform dagangan seperti kredit pra-bayar’ atau lain-lain tertakluk kepada penyedia komoditi yang halal dan mematuhi prinsip Syariah yang akan ditentukan oleh Bank semasa transaksi dibuat; |
“Keberhutangan” | bermaksud Harga Jualan dan termasuk amaun lain yang kena dibayar oleh Pelanggan kepada Bank (samada ta’widh, apa-apa fi, apa-apa perbelanjaan, apa-apa kos termasuk kos guaman atas dasar ganti rugi sepenuhnya dan sebagainya) yang dinyatakan di bawah terma- terma Terma dan Syarat ini; |
“Notis Kemudahan Pembiayaan” | bermaksud notis bertulis yang dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Pelanggan yang menyatakan butiran Kemudahan Pembiayaan; |
“Pembeli Komoditi” | bermaksud pihak ketiga yang akan membeli Komoditi tersebut daripada Pelanggan (melalui Bank sebagai wakil); |
“Proses Undang-undang” | bermaksud pliding semua jenis proses pemula, permohonan interlokutari atas apa-apa sebab, affidavit perintah dan apa-apa dokumen selain yang disebut di atas yang perlu diserahkan di bawah atau mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, notis tuntutan dan surat-menyurat antara kedua-dua pihak, notis di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Insolvensi 1967 dan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dan terpakai bagi apa-apa terma dalam Terma dan Syarat ini. |
“Ringgit Malaysia” dan tanda “RM” | bermaksud mata wang Malaysia; |
“SMS” | bermaksud sistem pesanan ringkas; dan |
“Tawarruq” | bermaksud satu bentuk transaksi yang terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana transaksi pertama melibatkan penjualan Komoditi secara Murabahah oleh penjual (Bank) kepada pembeli (Pelanggan) pada Harga Belian (jumlah pembiayaan yang diluluskan) dicampur dengan jumlah keuntungan Bank dengan bayaran secara tertangguh, dan kemudiannya Pembeli (Bank sebagai wakil Pelanggan) pada transaksi jualan yang pertama akan menjual Komoditi tersebut kepada pihak ketiga (Pembeli Komoditi) secara tunai. |
3. KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
3.1 PERMOHONAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
Permohonan bagi Kemudahan Pembiayaan adalah melalui Borang Permohonan Pelanggan bersama dokumen-dokumen tambahan yang dilampirkan dan dihantar kepada pihak Bank bagi proses penilaian dan kelulusan.
3.2 KELULUSAN DAN PENERIMAAN TAWARAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
3.2.1 Kelulusan bagi permohonan Kemudahan Pembiayaan adalah bergantung kepada penilaian latar belakang kredit Pelanggan dan tertakluk kepada budibicara pihak Bank. Butiran terperinci bagi Kemudahan Pembiayaan yang diluluskan dan ditawarkan oleh pihak Bank dimaklumkan kepada Pelanggan melalui khidmat SMS dan Pelanggan hendaklah memberi maklumbalas bagi penerimaan atau penolakan tawaran Kemudahan Pembiayaan melalui SMS mengikut format yang ditetapkan seperti berikut:-
Jawapan “YA” terhadap SMS bermakna Pelanggan menerima tawaran Kemudahan Pembiayaan dan pihak Bank akan meneruskan transaksi Tawarruq; atau
Jawapan “TOLAK” terhadap SMS bermakna Pelanggan berhasrat untuk menolak tawaran Kemudahan Pembiayaan dan transaksi Tawarruq tidak akan dilaksanakan; atau
Jawapan “TUKAR” terhadap SMS bermakna Pelanggan ingin menukar jumlah dan/atau tempoh Kemudahan Pembiayaan. Pihak Bank akan menghubungi Pelanggan untuk mengesahkan perkara ini.
3.2.2 Sekiranya Pelanggan memberi maklumbalas “YA” terhadap SMS, Pelanggan dengan ini bersetuju dan menerima tawaran Kemudahan Pembiayaan yang telah diluluskan oleh Bank seperti butiran-butiran yang terkandung di dalam SMS dan seterusnya Bank akan meneruskan perlaksanaan transaksi Tawarruq bersama Pelanggan menurut prosedur perlaksanaan Tawarruq sepertimana yang dinyatakan dalam Klausa 4 di bawah.
3.3 TUJUAN PEMBIAYAAN
Kemudahan Pembiayaan di bawah transaksi Tawarruq yang diluluskan oleh Bank akan digunakan oleh Pelanggan khusus bagi tujuan seperti yang dinyatakan di dalam Borang Permohonan dan tidak bercanggah dengan prinsip Syariah. Walaubagaimanapun, adalah tidak menjadi obligasi kepada pihak Bank bagi memastikan pembiayaan digunakan oleh Pelanggan bagi tujuan khusus yang disebut di dalam Borang Permohonan.
3.4 HARGA JUALAN
3.4.1 Harga Jualan adalah dikira berdasarkan Harga Jualan Komoditi Bank kepada Pelanggan iaitu jumlah pembiayaan yang diluluskan ditambah dengan kadar keuntungan Bank (dikira berdasarkan kadar keuntungan siling dan merupakan jumlah keseluruhan yang akan dibayar oleh Pelanggan secara tangguh.
3.4.2 Kadar keuntungan Bank diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan.
3.5 ANSURAN BULANAN
3.5.1 Ansuran bulanan hendaklah dibayar mengikut tempoh sepertimana dinyatakan dalam SMS yang dihantar oleh Bank kepada Pelanggan serta diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan.
3.5.2 Bayaran ansuran bulanan hendaklah dibuat pada atau sebelum satu (1) haribulan pada tiap-tiap bulan bermula pada bulan kedua selepas pengeluaran bagi Kemudahan Pembiayaan dibuat sehingga keseluruhan jumlah Harga Jualan dan lain-lain jumlah Keberhutangan di bawah Kemudahan Pembiayaan dijelaskan sepenuhnya.
3.5.3 Bayaran ansuran bulanan dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif.
3.5.4 Kadar Keuntungan Efektif adalah bergantung kepada Kadar Asas yang ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa tertakluk kepada pemberian notis kepada Pelanggan tidak kurang dari tujuh (7) hari dari tarikh perubahan pada Kadar Keuntungan Efektif berkuatkuasa. Pihak Bank berhak untuk menuntut jumlah bayaran ansuran bulanan baru mengikut Kadar Keuntungan Efektif yang baru dan tertakluk kepada Kadar Keuntungan Efektif tidak akan melebihi Harga Jualan yang dipersetujui.
3.5.5 Sekiranya terdapat perubahan pada Kadar Keuntungan Efektif dengan ansuran bulanan tidak berubah, Pelanggan hendaklah membayar jumlah baki tertunggak pada bulan terakhir sebelum tamat tempoh Kemudahan Pembiayaan atau sepertimana yang akan dimaklumkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Pelanggan boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh Kemudahan Pembiayaan tertakluk kepada kelulusan dan budibicara Bank untuk menjadualkan semula bayaran baki tertunggak daripada Harga Jualan.
3.5.6 Bayaran ansuran akan dilakukan secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (“BPA”). Sekiranya jumlah yang ditolak melalui BPA tidak mencukupi bagi menyelesaikan bayaran ansuran tersebut, adalah menjadi tanggungjawab bagi Pelanggan untuk membayar beza antara jumlah yang diterima oleh pihak Bank dengan jumlah bayaran ansuran sebenar melalui mana-mana saluran perbankan yang diterimapakai oleh pihak Bank.
3.5.7 Bayaran ansuran sebelum potongan dibuat oleh BPA adalah melalui pendebitan akaun daripada Pendahuluan Ansuran Pelanggan.
3.6 TEMPOH KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
Tempoh Kemudahan Pembiayaan bermula dari tarikh pengeluaran Kemudahan Pembiayaan dibuat sehingga tamat tempoh Kemudahan Pembiayaan sepertimana dinyatakan dalam SMS yang dihantar oleh Bank kepada Pelanggan serta diperincikan di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan.
3.7 PENGGUNAAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
Kemudahan Pembiayaan hanya dapat digunakan oleh Pelanggan setelah Pelanggan mematuhi semua syarat-syarat sebelum pengeluaran wang sepertimana dinyatakan dalam Klausa 6, Terma dan Syarat ini.
4. PROSEDUR PELAKSANAAN TAWARRUQ
4.1 Lantikan Bank sebagai Ejen Pelanggan (Wakil)
4.1.1 Pelanggan dengan ini melantik Bank sebagai ejen Pelanggan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan Bank menerima lantikan tersebut berdasarkan konsep Syariah Wakalah untuk melaksanakan tindakan yang boleh Pelanggan laksanakan sendiri berkaitan dengan Kemudahan Pembiayaan termasuk dan tidak terhad kepada tindakan-tindakan berikut:-
(a) membeli Komoditi;
(b) menjual Komoditi kepada mana-mana pihak ketiga pada harga kos dan secara tunai;;
(c) mengambil milikan Komoditi (samada secara fizikal atau konstruktif);
(d) menerima bayaran harga kos bagi pihak Pelanggan;
(e) menyerahkan milikan dan hakmilik Komoditi tersebut kepada pihak ketiga iaitu pembeli Komoditi;
(f) menandatangani dan/atau menyempurnakan semua dokumen dan/atau melaksanakan semua tindakan dan/atau memantau serta melaksanakan semua kewajipan yang perlu dilaksanakan di bawah Terma dan Syarat ini atau kewajipan yang perlu dilaksanakan kan di bawah mana-mana perjanjian jualan Komoditi tersebut dengan pihak ketiga; dan
(g) melaksanakan semua tugasan pentadbiran berhubung dengan pegangan dan jualan Komoditi dan apa-apa peruntukan (urusan) kewangan berkaitan dengannya.
4.1.2 Pelanggan bersetuju bahawa:-
(a) Perlantikan Bank hendaklah berkuatkuasa dari tarikh tandatangan Borang Permohonan sehingga Kemudahan Pembiayaan ini selesai dan Bank bersetuju untuk bertindak sebagai ejen kepada Pelanggan tanpa mengenakan sebarang bayaran;
(b) Berhubung dengan kuasa, kebenaran dan kewajipan di bawah Terma dan Syarat ini, Bank hendaklah bertindak sebagai ejen Pelanggan yang bukan eksklusif atas dasar perjanjian-perjanjian setakat mana yang diperuntukkan di sini dan berkenaan dengan Transaksi Tawarruq yang dimasuki di bawah ini dari semasa ke semasa dan tidak di anggap sebagai ejen untuk dan bagi pihak Pelanggan dalam aspek-aspek lain;
(c) Lantikan Bank tidak akan mewujudkan atau boleh dianggap mewujudkan perkongsian atau usaha sama antara pihak-pihak, juga tidak mewujudkan hubungan sebagai prinsipal atau ejen dalam mana-mana hubungan antara pihak-pihak lain;
(d) Bank hendaklah pada setiap masa bertindak sebagai ejen Pelanggan dengan sentiasa menjaga kepentingan Pelanggan dan identiti Bank sebagai ejen tidak boleh didedahkan serta Bank juga tidak boleh mendedahkan bahawa Bank adalah bertindak sebagai ejen Pelanggan kepada mana-mana pihak;
(e) Bank tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Pelanggan akibat daripada transaksi Tawarruq yang dilaksanakan oleh Bank melainkan kerugian tersebut adalah disebabkan oleh apa-apa salah laku atau kecuaian pihak Bank atau pelanggaran mana-mana terma- terma dan syarat-syarat Terma dan Syarat ini oleh Bank;
(f) Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kontrak jual beli yang dibuat oleh Bank sebagai ejen Pelanggan yang mengikut terma-terma dan syarat–syarat dalam Terma dan Syarat ini;
4.2 Pembelian Komoditi oleh Bank
4.2.1 Pelanggan meminta Bank untuk membeli Komoditi pada Harga Belian daripada pembekal Komoditi yang ditawarkan oleh As-Sidq milik Sedania As-Salam Capital Sdn Bhd (Sedania) atau mana-mana platfom perdagangan Komoditi yang dipersetujui/dibenarkan oleh Bank;
4.2.2 Bank kemudiannya membeli Komoditi daripada pembekal Komoditi pada Harga Belian yang mana ianya bersamaan dengan jumlah Kemudahan Pembiayaan.
4.3 Jualan Komoditi oleh Bank
4.3.1 Pihak Bank kemudiannya membuat tawaran untuk menjual Komoditi tersebut kepada Pelanggan atau ejen Pelanggan (mengikut keadaan yang berkaitan) melalui SMS dan melalui nombor telefon seperti yang dinyatakan dalam Borang Permohonan, Terma dan Syarat ini dan tertakluk kepada Pelanggan atau ejen Pelanggan (mengikut keadaan yang berkaitan) mempunyai pilihan seperti di bawah:-
(a) untuk membeli Komoditi pada Harga Jualan dengan bayaran secara tangguh dan tertakluk kepada syarat- syarat lantikan Bank sebagai ejen;
(b) untuk membeli, menerima penghantaran dan menyimpan Komoditi dan kesemua caj dan kos yang terlibat dalam proses tersebut akan di tanggung oleh Pelanggan. Sekiranya Pelanggan memilih untuk membeli, menerima penghantaran dan menyimpan Komoditi tersebut, Pelanggan perlu membuat pembayaran kepada pihak Bank sebelum jam 3.00 petang pada hari yang sama. Komoditi tersebut di beli oleh Pelanggan daripada pihak Bank seperti arahan pihak Bank. Sekiranya Pelanggan gagal membuat bayaran tersebut pada jam 3.00 petang pada hari Komoditi tersebut di beli, transaksi itu di anggap terbatal; atau
(c) untuk membatalkan transaksi jualan di antara pihak Bank dan Pelanggan dan dalam kes ini segala kos dan caj termasuk tetapi tidak terhad kepada fi Sedania hendaklah di tanggung sepenuhnya oleh Pelanggan.
Pelanggan dikehendaki memaklumkan kepada pihak Bank berkenaan pilihan yang dibuat dengan membalas SMS yang diterima sebelum jam tiga (3) petang pada hari yang sama SMS dihantar oleh Bank. Jika pihak Bank tidak menerima jawapan dari pihak Pelanggan, pihak Bank boleh membatalkan transaksi jualan tersebut dan segala kos pembatalan hendaklah ditanggung oleh Pelanggan. Pihak Bank hanya dapat meneruskan transaksi jualan kepada Pembeli Komoditi setelah pilihan seperti klausa 4.3.1 (a) di buat oleh Pelanggan.
4.3.2 Pelanggan bersetuju bahawa pilihan di bawah 4.3.1 (b) dan 4.3.1 (c) hendaklah dimaklumkan oleh Pelanggan kepada Bank pada bila-bila masa sebelum pembelian komoditi oleh Bank sebagai ejen Pelanggan tetapi tidak selepas penjualan Komoditi oleh Bank sebagai ejen Pelanggan kepada pihak ketiga.
4.3.3 Setelah kontrak jualan sepertimana Klausa 4.3.1 di atas dimuktamadkan:
(a) Pelanggan akan mendapat hakmilik Komoditi seperti yang di terima oleh Bank daripada pembekal komoditi tanpa sebarang sekatan. Bank tidak boleh dianggap memberikan apa-apa jaminan atau representasi (secara nyata atau tersirat) sama ada melalui undang-undang, statut atau selain daripadanya dan, tanpa menjejaskan hak yang tersebut di atas, apa-apa jaminan atau representasi oleh Bank adalah dengan ini dikecualikan sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang; dan
(b) semua risiko dalam Komoditi itu hendaklah berpindah kepada Pelanggan.
4.3.4 Komoditi tersebut di jual atas dasar seperti sedia ada (as it is basis) dan Pelanggan mengakui bahawa:-
(a) Pelanggan bersetuju mengenepikan haknya ke atas mana-mana pembaikan bagi kecacatan Komoditi tersebut;
(b) Pelanggan di anggap telah menerima Komoditi tersebut atas dasar tersebut dan Xxxxxxxxx tidak akan menuntut apa-apa remedi terhadap Bank berkaitan dengan kualiti, keadaan, kuantiti, deskripsi, hakmilik atau selain daripadanya; dan
(c) Pelanggan mengenepikan apa-apa tuntutan yang boleh diambil ke atas Bank berkaitan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang mungkin di alami/ditanggung oleh pegawainya, pekerjanya atau ejennya yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini atau selain daripadanya (walau apa jua cara ia timbul) berkaitan dengan atau timbul daripada mana-mana Transaksi Tawarruq dan/atau pembelian Komoditi daripada pembekal komoditi.
4.4 Jualan Komoditi oleh Bank sebagai Ejen Pelanggan (wakil)
4.4.1 Setelah transaksi jual beli yang dinyatakan dalam Klausa 4.2 dan 4.3disempurnakan dan perlantikan Bank sebagai ejen Pelanggan berdasarkan Klausa 4.1, Bank kemudiannya menjual Komoditi kepada pihak ketiga melalui As- Sidq, Sedania pada harga kos dengan bayaran secara sekaligus oleh Sedania. Bayaran bagi hasil jualan tersebut adalah dikira sebagai wang Kemudahan Pembiayaan kepada Pelanggan atau untuk manfaat Pelanggan.
Transaksi jualan tersebut hendaklah disempurnakan berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat Terma dan Syarat ini.
4.4.2 Komoditi tersebut hendaklah di terima dan di jual atas dasar seperti sedia ada dalam setiap keadaan tanpa apa- apa jaminan atau representasi kepada mana-mana pihak ketiga dan / atau pembeli.
4.4.3 Pelanggan dengan ini tanpa syarat dan tanpaboleh batal mengenepikan semua dan apa-apa hak atau tuntutan, sama ada di bawah undang-undang, ekuiti atau selain daripadanya yang mungkin Pelanggan boleh ambil terhadap Bank yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelaksanaan kebenaran dan kuasa Bank yang telah diberikan melalui Terma dan Syarat ini dan/atau transaksi Tawarruq, melainkan ia adalahdisebabkan oleh kesalahan yang disengajakan atau kecuaian yang nyata oleh Bank.
4.4.4 Pelanggan dengan ini bersetuju ini tanpa syarat dan tidak boleh batal mengakujanji kepada Bank bahawa Pelanggan akan, apabila diminta, untuk menanggung rugi Bank dan hendaklah sentiasa memastikan Bank dilindungi daripada apa-apa tindakan, prosiding, tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan(termasuk dan tidak terhad kepada semua kos dan perbelanjaan yang mungkin di tanggung dalam apa-apa pertikaian atau pembelaan atau apa-apa yang dinyatakan di atas dasar ganti rugi sepenuhnya), yang mungkin di tanggung oleh Bank akibat daripada atau berhubung dengan kawalan, pemilikan atau penggunaan Komoditi oleh Pelanggan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerosakan atau kecederaan kepada orang atau harta dan kos dan liabiliti yang disebabkan oleh tuntutan tersebut) dan/atau yang boleh dibuat atau di bawa terhadap Bank atau yang Bank mungkin alami atau tanggung akibat daripada atau berkaitan dengan perlaksanaan kuasa Bank yang diberikan melaui Terma dan Syarat ini dan / atau Transaksi Tawarruq.
4.5 Penyelesaian transaksi Tawarruq
Bank akan memaklumkan kepada Pelanggan melalui surat notifikasi yang akan dikemukakan kepada Pelanggan berkenaan transaksi Tawarruq yang telah di buat bagi Kemudahan Pembiayaan ini. Sekiranya Pelanggan mempunyai sebarang isu ataupun bantahan terhadap transaksi yang dinyatakan, Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Bank secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat notifikasi tersebut dan hendaklah tidak mengeluarkan sebarang wang dari akaun Pelanggan (sekiranya pihak Bank telah mengkreditkan jumlah Kemudahan Pembiayaan ke dalam akaun Pelanggan tersebut). Sekiranya pihak Bank tidak menerima sebarang bantahan bertulis daripada Pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan atau Pelanggan telah mengeluarkan wang daripada akaun Pelanggan, Bank akan menganggap bahawa transaksi Tawarruq yang telah di buat adalah sah dari segi undang undang dan Pelanggan tidak boleh menafikan atau mempertikaikan transaksi tersebut.
5. PENGELUARAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
5.1 Bank akan membuat pembayaran Harga Belian yang bersamaan dengan jumlah Kemudahan Pembiayaan yang diluluskan oleh Bank sekaligus kepada Pelanggan atau pihak ketiga yang dinamakan oleh Pelanggan (“Pihak Ketiga”) berdasarkan tujuan pembiayaan diberikan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Terma dan Syarat ini.
5.2 Bagi tujuan pengeluaran wang pembiayaan ke dalam akaun Pelanggan, Pelanggan bersetuju untuk membuka Akaun Simpanan-i atau Akaun GIRO mengikut arahan Bank dan segala pengeluaran wang pembiayaan ke dalam akaun ini adalah dianggap sebagai pembayaran sepenuhnya Harga Kos Komoditi tersebut.
5.3 Bagi tujuan pengeluaran wang pembiayaan ke dalam akaun Pihak Ketiga, Pelanggan memberi kebenaran yang tidak boleh dibatalkan kepada Pihak Bank untuk membayar kepada mana-mana pihak ketiga dinamakan oleh Pelanggan dan pengeluaran tersebut akan dianggap sebagai sebahagian daripada Kemudahan Pembiayaan.
6. SYARAT-SYARAT SEBELUM PENGELUARAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
Kemudahan Pembiayaan ini akan dikeluarkan secara sekaligus ke dalam akaun Pelanggan atau pihak ketiga dinamakan oleh Pelanggan hanya setelah syarat-syarat sebelum Pengeluaran wang dipenuhi sepertimana berikut:-
6.1 Semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kemudahan Pembiayaan telah disempurnakan dan dimatikan setem;
6.2 Pihak Bank menerima jawapan daripada Pelanggan sepertimana klausa 4.3.1. di atas melalui khidmat SMS yang dihantar daripada nombor telefon sepertimana yang dinyatakan dalam Borang Permohonan dan setelah pihak Bank (sebagai wakil kepada Pelanggan) melaksanakan transaksi Akad jualan Komoditi tersebut kepada Pembeli Komoditi pada Harga Kos secara tunai;
6.3 Pihak Bank hendaklah menerima keputusan carian kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia dan pengesahan daripadanya bahawa Pelanggan bukanlah seorang yang bankrap;
6.4 Bank berpuas hati bahawa pelaksanaan Terma dan Syarat ini tidak melanggar mana-mana undang-undang, kaedah- kaedah atau peraturan-peraturan atau kontrak atau apa-apa sekatan lain yang mengikat Pelanggan;
6.5 Penerimaan oleh Bank semua akujanji dan pengesahan yang diperlukan dan memuaskan Bank (jika berkenaan);
6.6 Bahawa Bank berpuas hati bahawa Xxxxxxxxx telah mematuhi dari semasa ke semasa syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Terma dan Syarat ini;
6.7 Pelanggan telah membayar segala kos, fi atau kenaan lain yang perlu dibayar oleh Pelanggan berkaitan dengan Kemudahan Pembiayaan ini;
6.8 Pelanggan telah mengemukakan kebenaran daripada pihak pemberi hutang yang lain yang mana mengenakan sekatan terhadap Pelanggan untuk menerima Kemudahan Pembiayaan ini;
6.9 Segala representasi dan waranti yang dinyatakan dalam Klausa 13 adalah tepat dan benar dalam segala aspek semasa pengeluaran wang tersebut dibuat dan akan sentiasa tepat dan benar bagi setiap pengeluaran wang yang dibuat;
6.10 Tiada berlakunya mana-mana perkara kemungkiran sepertimana yang dinyatakan dalam Klausa 17 pada tarikh pengeluaran wang Kemudahan Pembiayaan tersebut.
7. PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN
7.1 Sementara segala syarat-syarat sebelum pengeluaran wang dipatuhi oleh Pelanggan dan sehingga Bank berpuas hati dengan pematuhan syarat-syarat tersebut, Bank berhak membatalkan atau menamatkan atau menangguhkan pengeluaran wang Kemudahan Pembiayaan tersebut atau mana-mana bahagian pengeluaran Kemudahan Pembiayaan tersebut dengan memberi notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan mengenai pembatalan, penamatan atau penangguhan pengeluaran wang Kemudahan Pembiayaan.
7.2 ADALAH MENJADI SYARAT bahawa walaupun mana-mana atau salah satu syarat sebelum pengeluaran Kemudahan Pembiayaan yang dinyatakan dalam Klausa 6 tidak dipatuhi oleh Pelanggan, Bank tanpa menjejaskan kuasa dan remedi yang terkandung di dalam Terma dan Syarat ini berhak untuk membenarkan mana-mana pengeluaran Kemudahan Pembiayaan tersebut.
8. PENEPIAN KE ATAS SYARAT-SYARAT PENGELUARAN WANG
Adalah diakui bahawa syarat-syarat sebelum pengeluaran wang Kemudahan Pembiayaan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan Bank dan Bank mempunyai hak dan kuasa untuk menepikan sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa menjejaskan kepentingan Bank di dalam Terma dan Syarat ini. Penepian tersebut tidak akan menghalang Bank untuk menghendaki Xxxxxxxxx mematuhi syarat-syarat sebelum pengeluaran wang yang telah diberi penepian bagi Kemudahan Pembiayaan tersebut pada bila-bila masa kemudiannya.
9. PENDAHULUAN ANSURAN
9.1 Pelanggan dikehendaki untuk mengemukakan sejumlah wang sebagai Pendahuluan Ansuran sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Bank kepada Pelanggan secara terperinci di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan. Pendahuluan Ansuran tersebut akan dilakukan melalui potongan wang pembiayaan terlebih dahulu oleh pihak Bank ketika proses pengeluaran wang pembiayaan dan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan Pelanggan sebagai Pendahuluan Ansuran.
9.2 Pelanggan bersetuju untuk membenarkan Bank untuk menggunakan Pendahuluan Ansuran tersebut sebagai bayaran bagi pembiayaan sekiranya pihak Bank tidak menerima bayaran ansuran daripada Pelanggan pada bulan yang ditetapkan.
10. TAKAFUL
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mengambil Takaful (melainkan dikehendaki oleh undang-undang) dengan Takaful Ikhlas Berhad atau mana-mana syarikat Takaful yang dipilih oleh Pelanggan dan dipersetujui oleh Bank dengan jumlah sumbangan sepertimana dinyatakan oleh pihak Bank kepada Pelanggan secara terperinci di dalam Notis Kemudahan Pembiayaan. Jika berkaitan, kepentingan Bank sebagai penerima manfaat (Benefisiari) hendaklah dimasukkan didalam polisi takaful tersebut termasuk klausa bahawa pembatalan polisi tidak boleh dilakukan melainkan dengan izin Bank.
Pelanggan bersetuju bayaran sumbangan Takaful akan dilakukan melalui potongan wang pembiayaan terlebih dahulu oleh pihak Bank ketika proses pengeluaran wang pembiayaan.
11. PEMBAYARAN AWAL HARGA JUALAN
Pelanggan boleh membuat bayaran awal Harga Jualan tertakluk kepada syarat syarat tersebut:-
(i) Bank telah menerima notis bertulis dari Pelanggan yang menyatakan niat Pelanggan untuk membuat bayaran awal Harga Jualan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh notis bertulis tersebut tarikh bayaran awal yang akan dibuat oleh Pelanggan; dan
(ii) Pelanggan telah membayar sepenuhnya apa-apa bayaran yang perlu dibayar di bawah Terma dan Syarat ini kepada Bank.
12. IBRA’ (REBAT)
Ibra’ (Rebat) akan diberikan kepada Pelanggan berdasarkan formula semasa yang tertera, sekiranya berlaku salah satu keadaan (tetapi tidak terhad kepada) berikut:-
(i) Pelanggan membuat penjelasan awal, penebusan awal atau membuat bayaran awal sebelum tarikh matang Kemudahan Pembiayaan;
(ii) Pelanggan membuat penjelasan pembiayaan asal disebabkan pelaksanaan penstrukturan pembiayaan;
(iii) Penjelasan oleh Pelanggan dalam kes kemungkiran yang mana walaupun Pelanggan mungkir, Pelanggan kemudiannya membuat bayaran keseluruhan Keterhutangan di bawah Kemudahan Pembiayaan sebelum tarikh matang tersebut;
(iv) Penjelasan oleh Pelanggan disebabkan pembatalan atau penamatan Kemudahan Pembiayaan sebelum tarikh matang. Jumlah ibra’ (rebat) pada masa penyelesaian awal sebelum tarikh matang adalah seperti berikut:-
Ibra’ Pada Masa Penjelasan = Keuntungan Tertangguh
13. REPRESENTASI DAN WARANTI OLEH XXXXXXXXX
Pelanggan dengan ini memberikan representasi dan waranti kepada Bank seperti berikut:-
13.1 Pelanggan merupakan individu warganegara Malaysia yang sah di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai kuasa untuk memasuki sebarang kontrak;
13.2 Pelanggan mempunyai hak sepenuhnya di bawah undang-undang, kuasa dan kapasiti untuk melaksanakan apa-apa obligasi di bawah Terma dan Syarat ini dan segala tindakan / kebenaran yang diperlukan telah diperolehi bagi pelaksanaan Terma dan Syarat inii;
13.3 Penerimaan Kemudahan Pembiayaan tersebut tidak menjadi perkara-perkara kemungkiran di bawah mana-mana perjanjian antara Pelanggan dengan mana-mana pihak yang berkenaan;
13.4 Terma-terma ini hendaklah menjadi kewajipan undang-undang yang sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan terhadap Pelanggan berdasarkan Terma dan Syarat ini;
13.5 Pelanggan tidak mungkir mana-mana perjanjian yang mana Pelanggan adalah pihak kepada perjanjian tersebut dan tiada tuntutan cukai, litigasi atau prosiding lain yang sedang diambil tindakan atau belum selesai yang boleh menjejaskan keupayaan Pelanggan untuk melaksanakan obligasinya di dalam perjanjian ini;
13.6 Semua bayaran menurut Terma dan Syarat ini tidak melanggar mana-mana undang-undang kawalan pertukaran matawang yang mengikat Pelanggan.
13.7 Tidak ada apa-apa perubahan yang material pada kedudukan kewangan Pelanggan sejak tarikh permohonan Kemudahan Pembiayaan oleh Pelanggan;
13.8 Pelanggan menyempurnakan Prosedur Pelaksanaan transaksi jualan komoditi mengikut Klausa 4 Terma dan Syarat ini melalui SMS daripada nombor telefon bimbit milik Pelanggan sepertimana yang diberikan oleh Pelanggan kepada Bank sepertimana yang dinyatakan dalam Borang Permohonan;
13.9 Nombor telefon bimbit diberikan oleh Pelanggan kepada Bank adalah nombor telefon bimbit didaftarkan atas nama Pelanggan dan Pelanggan akan memberi jawapan dan/atau arahan melalui SMS atas kapasitinya sendiri;
13.10 Setiap jawapan dan/atau arahan melalui SMS dari nombor telefon bimbit Pelanggan adalah merupakan jawapan dan/atau arahan dari Pelanggan sendiri. Bank berhak mengambil tindakan seterusnya untuk melaksanakan Prosedur Pelaksanaan transaksi jualan komoditi setelah mendapat jawapan dan/atau arahan dari Pelanggan melalui SMS di nombor bimbit telefon Pelanggan;
13.11 Pelanggan akan memastikan nombor telefon bimbit Pelanggan aktif, tidak berada diluar kawasan liputan servis bagi rangkaian telefon dan masih dalam rangkaian perkhidmatan telefon bagi tempoh Prosedur Pelaksanaan dan Terma dan Syarat ini;
13.12 Pelanggan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperolehi persetujuan, kelulusan, kebenaran yang diperlukan daripada mana-mana pihak berkuasa berkaitan yang semestinya diperlukan atau yang perlu diperolehi oleh Pelanggan dan hendaklah memaklumkan kepada Bank dengan serta-merta mengenai perkara tersebut sekiranya persetujuan, kelulusan, kebenaran ditarik balik, diubah suai atau tamat tempoh dan tidak diperbaharui atau sebagainya atau tidak boleh dikuatkuasakan sepenuhnya;
13.13 Maklumat yang diberikan oleh Pelanggan berhubung dengan Kemudahan Pembiayaan ini tidak mengandungi apa-apa penyataan yang tidak benar dan Pelanggan telah mendedahkan secara bertulis kepada Bank sepenuhnya semua fakta-fakta yang berkaitan dengan Pelanggan yang Pelanggan ketahui atau secara munasabahnya yang Bank perlu tahu dan yang akan menjadi maklumat material kepada Bank bagi memberikan Kemudahan Pembiayaan ini;
13.14 Tiada berlaku perkara-perkara kemungkiran atau tiada perkara-perkara yang berlaku semasa melalui proses pemberian notis atau peluputan masa yang akan menyebabkan kemungkiran berlaku;
13.15 Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada pihak Bank sekiranya berlakunya kehilangan telefon bimbit atau Pelanggan tidak lagi menggunakan nombor telefon seperti yang di nyatakan dalam Borang Permohonan bagi tujuan transaksi jualan Komoditi tersebut antara pihak Bank dan Pelanggan.
14. KEBENARAN KEATAS REPRESENTASI DAN WARANTI
14.1 Pelanggan mengakui bahawa Bank memberikan Kemudahan Pembiayaan ini berdasarkan kepada segala representasi dan waranti yang dinyatakan dalam Klausa 13 dan representasi dan waranti tersebut hendaklah sentiasa betul dan dipatuhi dalam semua aspek selagi mana Kemudahan Pembiayaan ini diberikan oleh Bank.
14.2 Segala penyataan representasi dan waranti yang dinyatakan di Klausa 13 merupakan asas bagi komitmen Bank untuk membenarkan dan atau meneruskan Kemudahan Pembiayaan ini kepada Pelanggan dan jika apa-apa representasi dan waranti yang dibuat didapati telah tidak betul dalam apa-apa sebab, maka Bank mempunyai hak untuk mengkaji semula, menangguhkan, menarik balik atau menamatkan mana-mana bahagian Kemudahan ini atau keseluruhan Kemudahan Pembiayaan ini dengan memberi notis munasabah kepada pihak Pelanggan.
15. XXX XXXXX AFIRMATIF
Pelanggan dengan ini bersetuju dan memberi akujanji kepada Bank selagi Terma dan Syarat ini masih berkuatkuasa atau mana-mana pembayaran Kemudahan Pembiayaan tersebut masih terhutang bahawa Pelanggan hendaklah:-
15.1. mengemukakan kepada Bank segala maklumat yang diperlukan berkaitan dengan Terma dan Syarat tersebut atau perkara-perkara yang berkaitan dengan operasi dan kedudukan kewangan Pelanggan dari semasa ke semasa;
15.2 membenarkan Bank atau pegawainya untuk membuat semakan ke atas mana-mana dokumentasi atau rekod yang berkaitan dengan Pelanggan dari semasa ke semasa;
15.3 memaklumkan kepada Bank sekiranya berlaku mana-mana perkara kemungkiran atau kemungkiran berkaitan keterhutangan Pelanggan atau mana-mana perkara yang boleh menjejaskan keupayaan Pelanggan untuk melaksanakan obligasi-obligasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini;
15.4 memastikan bahawa bayaran sumbangan yang berkaitan dengan takaful (sekiranya terpakai) hendaklah sentiasa dikekalkan atau diperbaharui sekiranya tamat tempoh;
15.5 mengemukakan kepada Bank secara bertulis berkenaan:-
15.5.1 apa-apa prosiding undang-undang, litigasi atau tuntutan yang melibatkan Pelanggan;
15.5.2 apa-apa perkara yang telah menjejaskan atau mungkin menjejaskan keupayaan Pelanggan untuk memenuhi obligasinya di bawah Terma dan Syarat ini, kedudukan kewangan atau keupayaan untuk pembayaran Kemudahan Pembiayaan; dan
15.5.3 memaklumkan Bank mana-mana kemudahan pembiayaan tambahan yang ditanggung oleh Pelanggan.
16. AKU JANJI YANG DILARANG KE ATAS PELANGGAN
16.1 Pelanggan bersetuju dan mengaku janji kepada Bank selagi mana Terma dan Syarat ini masih berkuatkuasa dan selagi mana pembayaran Kemudahan Pembiayaan tersebut masih belum berbayar bahawa Pelanggan tidak akan membuat apa-apa perubahan ke atas Kemudahan Pembiayaan ini tanpa persetujuan bertulis dari Bank.
16.2 Pelanggan juga mengaku janji kepada Bank bahawa Pelanggan tidak akan membenarkan individu lain untuk membuat transaksi Tawarruq melalui nombor telefon milik Pelanggan sepertimana yang dinyatakan dalam Borang Permohonan.
17. KEJADIAN KEMUNGKIRAN
17.1 Pelanggan akan dikira melakukan kemungkiran jika Pelanggan melakukan atau mengugut untuk melakukan pelanggaran atau keingkaran mana-mana akujanji, jaminan, syarat, terma atau peruntukan yang telah dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini atau jika berlaku kejadian/perkara seperti berikut:
(i) Pelanggan gagal/mungkir dalam menjelaskan pembayaran ansuran/Keberhutangan yang harus dibayar pada tarikh yang ditetapkan; atau
(ii) Pelanggan gagal mematuhi mana-mana notis yang dikeluarkan oleh pihak Bank yang meminta mereka membetulkan mana-mana pelanggaran terma/syarat dalam Terma dan Syarat ini dalam masa yang ditetapkan; atau
(iii) Pelanggan gagal mematuhi atau melaksanakan mana-mana perjanjian, jaminan, terma/syarat perjanjian dalam Terma dan Syarat ini; atau
(iv) Pelanggan membenarkan apa-apa perintah mahkamah terhadap mereka atau menjadi bankrap atau menandatangani mana-mana penyelesaian dengan atau untuk faedah pemiutang lain; atau
(v) Berlakunya apa-apa prosiding undang-undang, guaman atau apa jua tindakan diambil ke atas Pelanggan; atau
(vi) Xxxxxxxxx meninggal dunia atau tidak siuman; atau
(vii) berlaku sesuatu kejadian atau terjadi satu situasi yang pada pandangan atau pendapat pihak Bank jika Kemudahan Pembiayaan ini diteruskan akan mendatangkan kerugian kepada pihak Bank atau meletakkan Bank dalam keadaan yang tidak stabil; atau
(viii) berlaku keadaan yang pada pendapat Bank, Pelanggan tidak dapat menjelaskan jumlah Keterhutangan mengikut syarat dan terma yang telah dipersetujui.
17.2 Jika perkara di atas berlaku, maka:
(i) semua jumlah Keberhutangan yang perlu dibayar oleh pihak Pelanggan di bawah Kemudahan Pembiayaan Terma dan Syarat ini akan menjadi genap masa/ matang dan mesti dibayar;
(ii) pihak Bank berhak menamatkan Terma dan Syarat ini dan menuntut pembayaran sepenuhnya jumlah Keberhutangan di bawah Kemudahan Pembiayaan dengan memberi notis munasabah kepada pihak Pelanggan; dan
(iii) pihak Bank juga berhak untuk melaksanakan hak-hak yang lain di bawah Terma dan Syarat ini.
18. TA’WIDH
Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak mengenakan dan menuntut gantirugi (ta’widh) daripada Pelanggan ke atas kerugian sebenar yang dialami oleh pihak Bank akibat Pelanggan lewat/gagal membayar ansuran, baki Harga Jualan atau apa-apa jumlah bayaran tertunggak yang kena dibayar kepada pihak Bank dikira dari tarikh bayaran sepatutnya dibayar sehingga pembayaran sepenuhnya berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sepertimana berikut:
(a) Kadar Ta’widh Sebelum Xxxxxx Xxxxxx
Sebelum tarikh matang ,kadar ta’widh yang dikenakan adalah satu peratus (1%) setahun ke atas jumlah bayaran tertunggak dikira secara harian atau dengan apa-apa cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
(b) Kadar Ta’widh Selepas Tarikh Matang Xxx Xxxxxxxxxxx
Selepas tarikh matang dan setelah penghakiman diperolehi, Bank berhak mengenakan ta’widh ke atas keseluruhan jumlah baki tertunggak mengikut kadar Islamic Interbank Money Market atau melalui kaedah lain yang diluluskan Bank Negara Malaysia.
19. PEMBENTUKAN SEMULA BANK ATAU PELANGGAN
19.1 TANGGUNGAN DAN KEWAJIPAN
Segala tanggungan dan/atau kewajipan yang diwujudkan oleh perjanjian ini akan terus menjadi sah dan terikat bagi segala apa tujuan walaupun ada perubahan dengan cara penyatuan pembentukan semula atau sebaliknya yang dibuat kepada perlembagaan Bank.
Dengan ini adalah diikrarkan bahawa tiada sebarang perubahan dan penjejasan tanggungan dan/atau kewajipan yang diwujudkan di bawah Terma dan Syarat ini bersabit dengan sebarang transaksi sama ada yang lepas, sekarang atau masa hadapan.
20. MENGIKAT WARIS PENGGANTI
Terma dan Syarat ini mengikat Pelanggan dan waris, wasi, pentadbir, wakil dan pengganti hakmilik Pelanggan dan bagi pihak Bank, pengganti hak milik dan penyerah hak Bank.
21. FI, DUTI SETEM DAN KOS PERBELANJAAN PERUNDANGAN
21.1 FI
Segala fi atau caj lain berkaitan dengan Kemudahan Pembiayaan ini termasuk fi broker bagi perlaksanaan transaksi Tawarruq sepertimana yang dinyatakan di bawah Notis Kemudahan Pembiayaan akan ditanggung oleh Pelanggan. Segala kos, fi atau caj tersebut adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan (sekiranya terpakai) atau apa-apa cukai yang ditetapkan oleh menteri yang berkenaan.
Pelanggan bersetuju bayaran fi tersebut akan dilakukan melalui potongan wang pembiayaan terlebih dahulu oleh pihak Bank ketika proses pengeluaran wang pembiayaan.
21.2 DUTI SETEM
Segala perbelanjaan berhubung dan berkaitan dengan penyediaan dan penyempurnaan dokumentasi berhubung Kemudahan Pembiayaan ini dan mana-mana suratcara yang lain seperti yang diperuntukkan di bawah Terma dan Syarat ini termasuk semua bayaran duti setem akan ditanggung dan dijelaskan oleh Pelanggan samada atau tidak Kemudahan Pembiayaan tersebut digunakan, ditolak atau dibatalkan atas sebarang sebab.
Xxxxxxx duti setem tersebut akan dilakukan melalui potongan wang pembiayaan terlebih dahulu oleh pihak Bank ketika proses pengeluaran wang pembiayaan.
21.3 KOS GUAMAN
Sekiranya Kemudahan Pembiayaan perlu diperolehi melalui proses undang-undang, semua fi dan bayaran berkaitan dengan perolehan semula Kemudahan Pembiayaan tersebut termasuk fi dan kos guaman bagi pihak Bank (berasaskan gantirugi sepenuhnya) akan dikenakan ke atas Pelanggan. Pihak Bank berhak mendebit semua fi, kos dan bayaran tersebut di atas melalui akaun Pelanggan.
22. HAK-HAK BANK
22.1 PENEPIAN
Tiada sebarang kegagalan, kecuaian atau kelewatan di pihak Bank dalam menjalankan atau tidak menjalankan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi oleh Bank di bawah Terma dan Syarat ini yang disebabkan oleh kemungkiran yang dilakukan oleh Pelanggan akan memudaratkan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi Bank atau disifatkan sebagai penepian hak Bank ke atas Pelanggan atau persetujuan di atas kemungkiran tersebut atau bagi kemungkiran yang lain atau kemungkiran yang kemudiannya.
22.2 HAK BANK UNTUK MENOLAK SELESAI (SET OFF)
Tanpa menjejaskan remedi lain yang boleh dilaksanakan oleh Bank, pihak Bank adalah dibenarkan pada bila-bila masa selepas memberikan notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan untuk menggabungkan, menyatukan atau mencantumkan kesemua atau mana-mana akaun Pelanggan dengan menolak selesai (set-off) atau memindahkan apa-apa baki atau jumlah dalam mana-mana akaun Pelanggan dengan mana-mana cawangan Bank untuk menyelesaikan apa-apa tanggungan Pelanggan dengan Bank yang tertunggak di bawah Terma dan Syarat ini termasuk kesemua wang yang tertunggak berkaitan dengan penilaian, fi pemprosesan, perlindungan takaful, komisen, caj, kos dan perbelanjaan yang dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini dan keterhutangan ke atas Kemudahan Pembiayaan ini.
22.3 HAK BANK UNTUK MENDEBIT AKAUN
Bank adalah dibenarkan selepas memberi notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan mendebit mana-mana akaun Pelanggan dengan mana-mana cawangan Bank untuk segala kos dan perbelanjaan yang terakru seperti yang diperuntukan di bawah Terma dan Syarat ini termasuk apa-apa kos yang perlu dibayar oleh Pelanggan.
22.4 HAK UNTUK MEMINDA DAN MEMBATALKAN TERMA DAN SYARAT
Tertakluk kepada prinsip Syariah, Pelanggan dengan ini mengesahkan bersetuju dan berjanji bahawa Bank adalah bebas dan berhak pada bila-bila masa jua tanpa menyentuh tanggungjawab Pelanggan di dalam Terma dan Syarat ini:
(i) Mengubah, meminda atau membentuk semula syarat-syarat dan terma Terma dan Syarat ini dalam bentuk dan pada masa yang Bank fikirkan sesuai selepas memberi notis dua puluh satu (21) hari kepada Pelanggan.
(ii) Membatalkan Kemudahan Pembiayaan yang diberikan atau sebahagian daripadanya sebelum Kemudahan Pembiayaan habis dikeluarkan atau sebelum tamat tempoh Kemudahan Pembiayaan dengan hanya memberikan notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan dan jumlah Kemudahan Pembiayaan setakat yang dikeluarkan berserta keuntungan yang akan menjadi kena bayar dengan serta merta.
22.5 PERUBAHAN KEADAAN ATAU UNDANG-UNDANG
Jika terdapat pengenalan atau pindaan dalam mana-mana undang-undang atau peraturan atau dalam mentafsirkannya atau dengan memenuhi mana-mana kehendak atau syarat-syarat yang menyebabkan Bank menanggung apa-apa syarat, beban atau tanggungan, maka Bank boleh menghentikan tanggungjawabnya untuk membuat atau meneruskan keseluruhan Kemudahan Pembiayaan atau mana-mana bahagian daripadanya dengan memberikan notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan tentang perkara tersebut.
23. NOTIS/PENYERAHAN PROSES UNDANG-UNDANG
23.1 NOTIS
Sebarang notis, pemberitahuan, permohonan atau tuntutan kepada Pihak Pelanggan atau Bank yang hendak diberikan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini hendaklah secara bertulis (sekiranya berkenaan) dan dihantar melalui serahan tangan atau pos ke alamat terakhir atau melalui telex atau telefaks ke nombor-nombor yang dinyatakan di dalam Borang Permohonan atau melalui e-mel atau SMS ke nombor-nombor seperti yang diberitahu secara bertulis oleh mana- mana pihak atau ke alamat terakhir pihak-pihak tersebut atau dipaparkan di laman web Bank kepada alamat e-mel atau nombor telefon atau laman web seperti berikut:
(a) Sekiranya kepada Bank, dialamat di bawah, nombor teleks atau nombor faksimile (dan bagi perhatian pegawai yang berkenaan, (jika ada) seperti yang dinyatakan di sini;
Bangunan Agrobank, Leboh Pasar Besar, 00000 Xxxxx Xxxxxx.
No. Tel: 00-00000000
No Faks: 03-26914908
Laman web: xxx.xxxxxxxx.xxx.xx
(b) Jika kepada Pelanggan, dialamat yang dinyatakan Borang Permohonan;
atau kepada nombor faksimile, atau di alamat atau alamat e-mel atau faksimile atau nombor telefon atau laman web, yang mana Pelanggan boleh memaklumkan kepada Bank secara bertulis.
Sebarang notis atau pemberitahuan yang dinyatakan di dalam Perenggan ini hendaklah dianggap diterima oleh pihak yang dialamatkan kepadanya:-
(a) jika diserahkan secara serahan tangan, apabila ianya diserahkan; atau
(b) jika dihantar melalui pos biasa, tujuh (7) hari selepas pengeposan; atau
(c) jika dihantar melalui pos berbayar, pada hari ke-tiga (3) Hari Perniagaan selepas pengeposan; atau
(d) jika dihantar melalui teleks atau kabel, pada Hari Perniagaan sejurus selepas pengeposan; atau
(e) jika melalui faksimile, apabila penerima menerima laporan berkaitan dengan penghantaran notis telah berjaya; atau
(f) jika melalui e-mel, pada masa e-mel tersebut diterima oleh penerima di dalam bentuk yang boleh dibaca; atau
(g) jika melalui SMS, pada masa SMS tersebut dianggap telah diterima. Balasan automatik tidak dianggap sebagai penerimaan; atau
(h) jika dipaparkan di laman web Bank, pada masa paparan tersebut muncul di laman web Bank.
Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Bank apa-apa perubahan dalam alamat perkhidmatannya atau apa-apa butir yang dinyatakan di dalam Borang Permohonan secara bertulis.
Sekiranya Pelanggan mempunyai sebarang aduan, Pelanggan boleh menghubungi Bank di: Client Relationship Management
Bank Pertanian Malaysia Berhad, Leboh Pasar Besar,
Xxxx Xxxxx 00000, 00000 Xxxxx Xxxxxx
Tel: 0-000-00-0000 Faksimili: 603-26917790
Emel: xxxxxxxx@xxxxxxxx.xxx.xx
23.2. PENYERAHAN PROSES UNDANG-UNDANG
(i) Penyerahan mana-mana Proses Undang-Undang boleh dibuat dengan surat berdaftar atau pos dan dihantar ke alamat penyerahan yang berkenaan dan Proses Undang-Undang tersebut akan dikira lengkap penyerahannya selepas tamat lima (5) hari dari tarikh surat tersebut dipos dan jika dihantar secara serahan kendiri, pada hari surat tersebut dihantar atau diserahkan;
(ii) Sebarang pertukaran alamat penyerahan mana-mana pihak tidak akan memberikan apa-apa kesan atau mengikat pihak lain melainkan satu notis memaklumkan pertukaran alamat telah diberikan dan apa-apa jua yang dilakukan menurut subfasal (i) tidak akan terjejas dengan penukaran alamat tersebut jika pihak yang satu lagi tidak mengetahui hal tersebut pada masa perkara tersebut dilakukan.
(iii) Istilah “Proses Undang-undang” hendaklah termasuk Notis Tuntutan, pliding, segala bentuk saman pemula, permohonan interlokutori, afidavit, perintah selain daripada yang dinyatakan terdahulu yang perlu diserahkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah, Akta Syarikat 2016, Kanun Tanah Negara dan mana-mana undang-undang yang terpakai di Malaysia.
24. LAIN-LAIN
24.1 MASA
Masa merupakan inti pati kepada Terma dan Syarat ini.
24.2 UNDANG-UNDANG
Terma dan Syarat ini hendaklah terikat dan ditafsirkan dalam segala aspek mengikut Undang-Undang Malaysia dan pihak-pihak dalam Terma dan Syarat ini hendaklah menyerahkan semua perkara berkaitan dengan obligasi dan liabiliti pihak-pihak di bawah Terma dan Syarat ini kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.
24.3 AKTA PENCEGAHAN PENGGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM 2001 (Akta 613)
Pelanggan tidak dibenarkan untuk menggunakan Kemudahan Pembiayaan untuk aktiviti-aktiviti haram sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) (kesalahan pengubahan wang haram).
25. HAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN BERSAMA (CONCURRENT ACTION)
Walau apapun peruntukan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini, pihak Bank berhak mengambil semua atau mana- mana remedi yang dinyatakan melalui Terma dan Syarat inii atau melalui mana-mana Akta dan berhak untuk melaksanakan remedi tersebut secara bersesama atau berasingan termasuk remedi untuk penjualan atau pemilikan atau tindakan sivil untuk mendapatkan semula jumlah Keterhutangan Bank di atas kegagalan atau kemungkiran Pelanggan memenuhi apa-apa terma, stipulasi dan/atau akujanji yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini.
26. PENYATA AKAUN
Apa-apa penyata akaun yang dikeluarkan oleh Bank dan ditandatangani oleh Pengurus atau mana-mana kakitangan Bank yang diberikan kuasa atau oleh mana-mana Peguam Bank berhubung dengan jumlah yang tertunggak/terhutang atau yang kena bayar oleh Pelanggan akan menjadi bukti jumlah terhutang yang nyata kepada Pelanggan untuk semua tujuan (termasuk prosiding undang-undang) kecuali terdapat kesilapan yang nyata.
27. PENDEDAHAN MAKLUMAT (DISCLOSURE)
Bank pada bila-bila masa boleh mendedahkan kepada mana-mana pihak, menghendaki maklumat atau akses kepada mana- mana dokumen atau rekod, atau maklumat mengenai dokumen Kemudahan Pembiayaan atau aset atau hal-hal ehwal Pelanggan (termasuk akaun Pelanggan atau akaun masa depan Pelanggan dengan Bank, sekiranya perlu) sama ada sulit atau tidak sulit dan sama ada pendedahan tersebut akan melanggar mana-mana undang-undang atau apa-apa kewajipan terhadap Pelanggan dengan syarat bagi dokumen, rekod, atau maklumat yang telah dimaklumkan oleh Pelanggan sebagai sulit, pihak yang menerima maklumat tersebut daripada Bank boleh di minta untuk mengakujanji bagi mengekalkan kerahsiaan dokumen, rekod atau maklumat yang di terima.
Pelanggan memberi kebenaran yang tidak boleh batal kepada Bank untuk mendedahkan apa-apa dokumen atau rekod atau maklumat berkenaan dokumen Kemudahan Pembiayaan atau aset atau hal ehwal Pelanggan samada sulit atau tidak dan samada pendedahan tersebut mungkin melanggar apa-apa undang-undang atau apa-apa kewajipan terhadap Pelanggan:
(i) kepada entiti dalaman Bank atas dasar keperluan, termasuk individu yang sedang menjalani latihan praktikal atau program latihan industri dengan Bank dan kakitangan Bank yang mempunyai hubungan dengan Pelanggan; atau
(ii) kepada Unit Kredit Sentral, BNM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk sepertimana dikehendaki di bawah peruntukan Seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) (mutual administrative assistance arrangement), Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) 2016 (P.U(A) 35/2016) dan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) Pindaan 2017 (P.U(A) 403/2017), mana-mana agensi kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa yang Bank fikirkan perlu; atau
(iii) kepada mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan atau lain-lain penasihat professional (termasuk pembekal sumber luaran, ejen kutipan hutang, auditor Bank, peguam, ejen, perunding); atau
(iv) kepada Takaful Ikhlas Berhad atau syarikat takaful lain (jika perlu) sekiranya terdapat sebarang permohonan untuk perlindungan takaful dikemukakan oleh Pelanggan kepada Takaful Ikhlas Berhad atau syarikat takaful lain;
(v) untuk atau berhubung dengan apa-apa tindakan undang-undang, saman atau prosiding berkenaan Kemudahan Pembiayaan atau sekuriti; atau
(vi) kepada mana-mana pihak ketiga, sekiranya diperlukan oleh apa-apa undang-undang, peraturan atau undang-undang kecil; atau
(vii) kepada mana-mana pihak menurut kepada apa-apa pengaturan, komposisi, penstrukturan atau apa-apa cadangan pengaturan, komposisi atau penstrukturan antara kreditor Pelanggan; atau
(viii) menurut apa-apa peruntukan undang-undang atau sapina.
Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju bahawa kebenaran yang diberikan di bawah perenggan ini adalah untuk tujuan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (dan termasuk apa-apa perubahan, modifikasi, penukaran dan pindaan ke atasnya) dan tiada keperluan kebenaran lanjut daripada Pelanggan untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan ini.
28. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709) (APDP)
28.1 Dalam urusan Pelanggan dengan Bank, Bank boleh meminta Pelanggan untuk mengemukakan data peribadi mereka dan jika berkenaan, pekerja, ejen, pengarah, pihak yang boleh dihubungi, pemegang saham, wakil, pihak yang diberi kuasa dan butiran pemegang saham seperti yang didedahkan oleh Pelanggan sebelum atau semasa pelaksanaan dokumen Kemudahan Pembiayaan bagi pelaksanaan kontrak, pemasaran, aktiviti perniagaan yang sah, pentadbiran dan tujuan kecekapan ekonomi. Pelanggan dengan ini menjamin bahawa APDP telah dipatuhi dan kebenaran telah diperoleh dari Pelanggan atau di mana berkenaan, pekerja, ejen, pengarah, pihak yang boleh dihubungi, pemegang saham, wakil dan pihak yang diberi kuasa berhubung dengan pendedahan dan pemprosesan data peribadi mereka untuk tujuan yang tersebut di atas.
28.2 Pelanggan bersetuju dan membenarkan Bank untuk memproses (seperti yang ditakrifkan di bawah APDP) termasuk memindahkan data peribadi Pelanggan kepada pihak luar lain di Malaysia dan di negara-negara lain, termasuk kepada pihak / badan yang disenaraikan di bawah Klausa 27 di atas untuk penyelenggaraan, penyimpanan dan pengekalan data peribadi Pelanggan, di dalam atau di luar Malaysia berhubung dengan permohonan Pelanggan untuk produk dan perkhidmatan dan seterusnya untuk terus melaksanakan perjanjian kontrak yang dibuat antara Pelanggan dan Bank.
28.3 Pelanggan bersetuju bahawa pihak Bank, kakitangannya, wakil dan/atau ejennya boleh menghubungi Pelanggan dari masa ke masa melalui lawatan secara peribadi atau komunikasi lisan yang dilakukan melalui apa-apa cara komunikasi termasuk panggilan telefon tentang apa-apa produk dan promosi perkhidmatan melainkan Pelanggan membantah secara bertulis.
28.4 Pelanggan mengesahkan bahawa semua maklumat dan data peribadi yang dinyatakan dalam dokumen ini semuanya benar, terkini dan tepat dan jika terdapat apa-apa perubahan dalam apa-apa maklumat atau data peribadi yang dinyatakan dalam dokumen ini, Pelanggan hendaklah memberitahu Bank dengan segera.
28.5 Pelanggan mengaku bahawa Pelanggan telah membaca terma-terma polisi Perlindungan Data Peribadi (“Polisi PDP”) yang boleh diakses melalui laman sesawang Bank di xxx.xxxxxxxx.xxx.xx dan sekiranya perlu, Pelanggan telah mendapatkan bantuan serta penjelasan sewajarnya dari pihak Bank sebelum Pelanggan bersetuju dengan transaksi ini. Pelanggan bersetuju untuk mematuhi terma Polisi PDP dan segala pindaan akan datang
29. KEMUNGKIRAN BERSILANG (CROSS DEFAULT)
Tanpa mengambil kira peruntukkan berkaitan dengan pembayaran Kemudahan Pembiayaan dan semua jumlah wang yang perlu dibayar di bawah Terma dan Syarat ini, Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa:-
(a) sekiranya apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Pelanggann kepada Bank dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa; atau
(b) sekiranya Pelanggan bertanggungan ke atas Bank untuk apa-apa akaun kredit atau akaun lain dalam apa jua cara; atau
(c) sekiranya berlakunya kemungkiran di dalam apa-apa peruntukkan akaun tersebut atau di dalam apa-apa jua kemudahan kredit lain yang diberikan oleh Bank atau mana-mana institusi kewangan Pelanggan;
maka dan dalam keadaan sedemikian, Kemudahan Pembiayaan dan semua wang yang perlu dibayar di bawah akaun tersebut atau akaun kemudahan kredit yang lain akan menjadi tertunggak dan kena dibayar serta-merta.
30. INDEMNITI
Pelanggan hendaklah pada setiap masa menanggung rugi Bank terhadap segala tindakan, tuntutan, kerugian, kerosakan, dan perbelanjaan (termasuk segala kos perundangan di atas dasar indemniti penuh) pada bila-bila masa oleh dan/atau disebabkan mana-mana pihak terhadap Bank sekiranya berlaku perkara-perkara kemungkiran dalam Terma dan Syarat ini oleh Pelanggan melainkan tindakan, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan tersebut timbul adalah disebabkan oleh kecuaian, kelalaian ataupun penipuan oleh pihak Bank.
31. HAK BANK UNTUK MEMBATALKAN BAKI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN YANG BELUM DIKELUARKAN (JIKA BERKAITAN)
Bank mempunyai hak pada bila-bila masa untuk membatalkan baki Kemudahan Pembiayaan yang belum dikeluarkan sekiranya terdapat perkara-perkara kemungkiran atau Terma dan Syarat ini tidak boleh diteruskan atas apa-apa sebab jua selepas memberi notis tujuh (7) hari kepada Pelanggan.
32. KEBOLEHASINGAN
Sebarang peruntukan di dalam Terma dan Syarat ini yang tidak berkenaan dengan rukun, sighah, transaksi jual beli tertakluk kepada kehendak Syariah yang didapati tidak sah atau tidak boleh diambil tindakan, tidak akan menjejaskan kesahihan dan keupayaan untuk diambil tindakan terhadap peruntukan-peruntukan yang lain.
33. KESELURUHAN TERMA DAN SYARAT
Syarat dan terma yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini (termasuk apa-apa pindaan yang kemudiannya dibuat oleh Bank) yang boleh diakses melalui laman sesawang Bank di xxx.xxxxxxxx.xxx.xx adalah merupakan keseluruhan perjanjian antara Pelanggan dan Bank. Sebarang pindaan atau perubahan terhadap terma di bawah Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada Bank memberi notis kepada Pelanggan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum pindaan pada peruntukan menjadi efektif dan merupakan sebahagian daripada Terma dan Syarat pada masa perlaksanaan.
34. KEPATUHAN SYARIAH
Meskipun terdapat apa-apa yang dinyatakan sebaliknya, apa-apa terma dalam Terma dan Syarat ini hendaklah tertakluk kepada prinsip-prinsip Syariah.
35. SURATCARA UTAMA
Dengan ini dipersetujui bahawa Notis Kemudahan Pembiayaan Peribadi Agrocash-i yang dikeluarkan oleh Bank kepada Pelanggan adalah surat cara yang digunakan untuk tujuan satu transaksi di bawah maksud Seksyen 4(3) Akta Setem 1949 dan untuk tujuan Seksyen tersebut, Notis Kemudahan Pembiayaan Peribadi Agrocash-i hendaklah disifatkan sebagai Suratcara Utama.
**********************************************************************************************************************************************