PERJANJIAN INI DIBUAT pada hari dan tahun sepertimana yang dinyatakan dalam
PERJANJIAN INI DIBUAT pada hari dan tahun sepertimana yang dinyatakan dalam
Perkara 1 Jadual 1 Perjanjian ini,
DI ANTARA
Pihak yang bernama dan beralamat sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 2 Jadual 1 Perjanjian ini (selepas ini disebut “Kerajaan”) sebagai satu pihak dan pihak yang bernama dan beralamat sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Jadual 1 Perjanjian ini (selepas ini disebut “Syarikat”) sebagai pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA :
A. Syarikat adalah merupakan sebuah syarikat yang dilesenkan mengikut peruntukan Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27] bagi menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan di premis-premis Kerajaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta merupakan syarikat bebas.
B. Kerajaan bersetuju untuk melantik Syarikat bagi memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan bagi premis sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 3 Perjanjian ini.
C. Syarikat bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN adalah dengan ini dipersetujui oleh Pihak-Pihak seperti berikut:
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 DEFINISI
Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan berikut membawa maksud yang ditetapkan baginya melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain:
“Anggaran Nilai Perjanjian” | ertinya anggaran jumlah keseluruhan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4 Perjanjian ini yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Syarikat bagi pembekalan Perkhidmatan; |
“Bayaran Perkhidmatan” | ertinya jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5 Perjanjian ini; |
“Bon Pelaksanaan” | ertinya jaminan tidak boleh batal yang telah atau akan dikeluarkan oleh institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] atau undang-undang Malaysia lain yang terpakai atau mana-mana institusi yang dibenarkan oleh Kerajaan dalam bentuk sebagaimana yang dilampirkan dalam Jadual 9 dan sebagaimana diperuntukkan di dalam Klausa 9 Perjanjian ini; |
“Ketua Pengawal Keselamatan” | ertinya orang yang telah dilantik oleh Syarikat bagi melaksanakan tanggungjawab dalam Jadual 2 Perjanjian ini; |
“Pegawai Operasi” | ertinya orang yang telah dilantik oleh Syarikat di bawah Klausa 11.1(b) Perjanjian ini; |
“Pengawal Keselamatan” | ertinya mana-mana orang termasuk Ketua Pengawal Keselamatan yang digaji oleh Syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan kawalan keselamatan di bawah Perjanjian ini; |
“Perkhidmatan” | ertinya perkhidmatan kawalan keselamatan yang disediakan oleh Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 2 Perjanjian ini; dan |
“Premis” | ertinya kawasan dan/ atau bangunan Perkhidmatan dilaksanakan seperti yang ditentukan oleh Kerajaan seperti dalam Jadual 3 Perjanjian ini. |
1.2 Tafsiran
Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Perjanjian ini adalah seperti berikut:
(a) resital-resital, klausa-klausa, lampiran-lampiran dan apa-apa dokumen yang dirujuk di dalam Perjanjian ini hendaklah diambil kira, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;
(b) perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya;
(c) perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang perseorangan adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan ataupun tidak diperbadankan;
(d) apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Perjanjian ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan ungkapan perkataan yang ditakrifkan;
(e) rujukan kepada klausa hendaklah bermaksud rujukan kepada klausa- klausa dalam Perjanjian ini;
(f) perkataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau perkataan lain yang sama hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan, atau modifikasi dan perjanjian tambahan secara bertulis padanya;
(g) rujukan kepada undang-undang adalah termasuk peruntukan undang- undang yang telah dipinda, disemak, atau dicetak semula;
(h) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada xxxxxx-xxxxxx dalam perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat dalam Perjanjian ini;
(i) apa-apa jadual, lampiran, dokumen, nota atau penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;
(j) semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan;
(k) apa-apa syarat teknikal yang tidak ditarifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau definisi yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat di dalam profesion ini di Malaysia;
(l) apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar berbayar, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang sama dengannya;
(m) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah bermaksud kelulusan atau kebenaran secara bertulis;
(n) mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun” adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan atau tahun tersebut menurut kalendar Gregory;
(o) sekiranya rujukan berkaitan dengan masa bagi sesuatu perbuatan yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini dari semasa ke semasa; dan
(p) sebutan mengenai salah satu Pihak kepada Perjanjian ini atau mana- mana dokumen atau Perjanjian lain hendaklah termasuk penggantinya dan pemegang serah haknya yang dibenarkan.
2. SKOP PERKHIDMATAN
Tetrakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, Syarikat hendaklah melaksanakan Perkhidmatan sepanjang Tempoh Perjanjian seperti berikut:
(a) menurut skop kerja yang telah ditetapkan dalam Jadual 2;
(b) di Premis yang telah ditetapkan dalam Jadual 3;
(c) mengikut syif yang ditetapkan dalam Jadual 4 dan Rajah A; dan
(d) membekalkan kelengkapan dan peralatan seperti dalam Jadual 5.
3. TEMPOH PERJANJIAN
3.1 Syarikat telah bersetuju untuk memberikan Perkhidmatan kepada Kerajaan bagi tempoh sepertimana yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 4 Jadual 1 Perjanjian ini (selepas daripada ini dirujuk sebagai “Tempoh Perjanjian”).
3.2 Syarikat boleh memohon kepada Kerajaan secara bertulis untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian tidak kurang dari tiga (3) bulan atau dalam apa-apa tempoh lain yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan sebelum Tarikh Tamat. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan itu atau sebaliknya.
3.3 Sekiranya Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, Pihak-Pihak hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum Tarikh Tamat atau dalam tempoh lain yang dinyatakan secara bertulis oleh Kerajaan, berunding mengenai terma-terma dan syarat-syarat pelanjutan tempoh tersebut. Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan mengenai pelanjutan tersebut, Perjanjian ini akan dengan sendirinya tamat pada Tarikh Tamat.
4. ANGGARAN NILAI PERJANJIAN
4.1 Sebagai balasan kepada Perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat di bawah Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada Syarikat sebanyak sepertimana yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 5 Jadual 1 Perjanjian ini (termasuk kos Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan bayaran fi perkhidmatan Sistem ePerolehan) menurut Jadual 6A Perjanjian ini.
4.2 Anggaran Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Klausa 4.1 adalah tetap dan apa-apa permohonan bagi pelarasan semula Anggaran Nilai Perjanjian berikutan kenaikan harga disebabkan oleh polisi atau keputusan Kerajaan hendaklah dikemukakan oleh Syarikat kepada Kerajaan secara bertulis. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan itu atau sebaliknya.
4.3 Sekiranya Kerajaan bersetuju dengan permohonan Syarikat di bawah Klausa 4.2, pelarasan semula kepada Anggaran Nilai Perjanjian hanya akan berkuat kuasa melalui pindaan kepada Perjanjian ini.
5. BAYARAN PERKHIDMATAN
5.1 Tertakluk kepada pematuhan Syarikat terhadap terma dan syarat Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada Syarikat bayaran perkhidmatan sebenar oleh Kerajaan kepada Syarikat (termasuk kos Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan bayaran fi perkhidmatan Sistem ePerolehan) menurut Jadual 6B Perjanjian.
5.2 Syarikat hendaklah mengemukakan jumlah tuntutan Bayaran Perkhidmatan bagi setiap bulan selepas Perkhidmatan dilaksanakan berserta dokumen lengkap kepada Kerajaan tidak lewat dari 10 haribulan bagi setiap bulan kalendar.
5.3 Kerajaan hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan tuntutan di bawah Klausa 5.2 mengesahkan dan memaklumkan secara bertulis jumlah tuntutan Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada Syarikat.
5.4 Setelah menerima pengesahan tuntutan di bawah Klausa 5.3, Syarikat hendaklah mengemukakan dua (2) salinan asal invois cukai bersama dokumen yang berkaitan kepada Kerajaan.
5.5 Tertakluk kepada tolakan di bawah Klausa 6 dan klausa-klausa yang terpakai dalam Perjanjian ini, pembayaran menurut Klausa 5.4 hendaklah dibuat oleh Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan invois cukai serta dokumen lengkap daripada Syarikat tertakluk kepada Kerajaan dan/ atau wakilnya berpuas hati bahawa Kontraktor telah melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna..
5.6 Kegagalan Syarikat untuk mematuhi Klausa 5.2 di atas mengakibatkan Kerajaan berhak mengenakan denda lewat kepada Syarikat mengikut kadar yang akan ditentukan oleh Kerajaan. Denda lewat akan dikira selepas tarikh akhir tuntutan Bayaran Perkhidmatan yang sepatutnya dikemukakan oleh Syarikat kepada Kerajaan sehingga tuntutan Bayaran Perkhidmatan diterima oleh Kerajaan sebagaimana dikehendaki dalam Klausa 5.2 di atas. Kerajaan juga berhak untuk melewatkan Bayaran Perkhidmatan bulan berikutnya atau kepada satu tarikh lain menurut budibicara Kerajaan tanpa bertanggungan terhadap apa-apa faedah tuntutan atau kerugian atas apa-apa sebab sekalipun.
6. TOLAKAN (SET-OFF)
6.1 Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada Syarikat oleh Kerajaan di bawah Perjanjian ini sebagai tolakan daripada apa-apa wang yang perlu dibayar dan terhutang oleh Syarikat mengikut kiraan dalam Jadual 7 Perjanjian ini sekiranya –
(a) Syarikat gagal menempatkan Pengawal Keselamatan di Premis pada satu-satu masa;
(b) Syarikat tidak dapat menyediakan atau menempatkan bilangan Pengawal Keselamatan mengikut cara, masa dan tempat yang ditetapkan dalam Jadual 4 Perjanjian ini;
(c) Pengawal Keselamatan tidak menjalankan rondaan dan clocking (termasuk kelewatan melaksanakan rondaan dan clocking) di tempat-tempat yang telah ditetapkan di bawah Perjanjian;
(d) berlakunya kehilangan atau kerosakan harta Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Syarikat atau Pengawal Keselamatan atau mana-mana pekerja Syarikat;
(e) peralatan atau kelengkapan yang disediakan oleh Syarikat bagi tujuan Perkhidmatan di Premis tidak disediakan atau tidak berfungsi dan tidak disenggara dengan baik; atau
(f) Pengawal Keselamatan tidak memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan tidak sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk melaksanakan Perkhidmatan semasa bertugas.
6.2 Jika jumlah tolakan di bawah Klausa 6.1 tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada Syarikat oleh Kerajaan bagi bulan seterusnya.
7. REPRESENTASI DAN WARANTI
7.1 Syarikat dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa:
(a) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah undang-
undang Malaysia yang berkuat kuasa;
(b) ia mempunyai kuasa untuk membuat Perjanjian ini dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;
(c) ia telah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi membuat dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;
(d) pada pelaksanaan Perjanjian ini, pelaksanaan Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada dalam:
(i) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau
(ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;
(e) ia adalah sebuah Syarikat yang berdaftar pada setiap masa dengan Kementerian Kewangan melainkan diberikan pengecualian secara bertulis oleh Kerajaan;
(f) ia mempunyai lesen, permit atau kebenaran menjalankan Perkhidmatan yang sah dan berkuat kuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagaimana dalam Jadual 8 Perjanjian ini;
(g) ia hendaklah memiliki lesen senjata api dan Permit (Carry & Use) yang diluluskan oleh Polis DiRaja Malaysia di atas nama Syarikat dan mematuhi sebarang garis panduan berhubung permohonan dan pengendalian senjata api oleh syarikat kawalan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum menjalankan Perkhidmatan;
(h) ia menganggotai Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sebagai ahli yang sah dan berkuat kuasa sepanjang Tempoh Perjanjian; atau
(i) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbang tara, pertikaian atau prosiding yang sedang atau akan berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan kewangan atau tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini,
dan Syarikat mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti di atas.
7.2 Syarikat selanjutnya membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa representasi dan waranti yang dinyatakan di Klausa 7.1 di atas hendaklah kekal benar dan tepat dalam semua aspek material sepanjang Tempoh Perjanjian kecuali Klausa 7.1(i).
8. HAK KERAJAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARIPADA PUNCA LAIN
8.1 Kerajaan berhak mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain Syarikat jika Syarikat tidak dapat melaksanakan Perkhidmatan atau apa- apa bahagian daripada Perkhidmatan.
8.2 Sekiranya Kerajaan mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain Syarikat di bawah Klausa 8.1, Kerajaan boleh mengenakan kos tersebut terhadap Syarikat termasuk dengan merampas apa-apa jumlah daripada Bon Pelaksanaan.
8.3 Jika jumlah di bawah Klausa 8.2 tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut secara bertulis baki wang tersebut daripada Syarikat dan Syarikat hendaklah membuat pembayaran selewat- lewatnya tiga puluh (30) hari selepas menerima tuntutan bertulis itu.
8.4 Sekiranya Syarikat gagal membuat pembayaran selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan dalam Klausa 8.3 di atas atau apa-apa tempoh lain yang diberikan oleh Kerajaan, maka Kerajaan boleh mengambil apa- apa tindakan undang-undang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Syarikat.
9. BON PELAKSANAAN
9.1 Tanggungjawab Menyerahkan Bon Pelaksanaan
Syarikat hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan dalam bentuk sebagaimana yang dilampirkan dalam Jadual 9 Perjanjian ini telah diserahkan kepada Kerajaan semasa menandatangani Perjanjian ini bagi menjamin pelaksanaan obligasi-obligasi Syarikat di bawah Perjanjian ini.
9.2 Syarat-syarat Bon Pelaksanaan
9.2.1 Syarikat hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan pada k a d a r sepertimana yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 6 Jadual 1 Perjanjian ini.
9.2.2 Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah pada setiap masa tidak kurang daripada nilai yang diperuntukkan di dalam Klausa 9.2.1.
9.2.3 Bon Pelaksanaan hendaklah sah laku dari tarikh ia dikeluarkan sehingga tempoh dua belas (12) bulan selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.
9.2.4 Walau apa pun terkandung di dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan atau sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Syarikat gagal melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian ini atau jika memungkiri apa-apa terma atau syarat dalam Perjanjian ini tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil tindakan undang- undang yang lain.
9.3 Bon Pelaksanaan Tambahan
Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan ini yang menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut berkurangan daripada jumlah yang dinyatakan dalam Klausa 9.2.1, Syarikat hendaklah menyerahkan suatu bon pelaksanaan tambahan kepada Kerajaan mengikut Klausa 9.2 di mana Kerajaan hendaklah memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang mempunyai agregat tidak kurang daripada jumlah sepertimana yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 6 Jadual 1 Perjanjian ini pada setiap masa.
9.4 Bon Pelaksanaan Lanjutan
Sekiranya tempoh sah laku Bon Pelaksanaan yang dinyatakan di Klausa
9.2.1 akan luput, Syarikat hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan yang baharu sebelum atau pada tarikh luput tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut dengan nilai yang sama dengan jumlah bon pelaksanaan yang akan luput.
10. PELANTIKAN PENGAWAL KESELAMATAN
10.1 Pelantikan
(a) Syarikat dikehendaki menggaji dan menentukan jumlah Pengawal Keselamatan termasuk seorang Ketua Pengawal Keselamatan yang bertugas dalam setiap syif yang ditetapkan dalam Jadual 4 Perjanjian ini.
(b) Sekiranya seseorang Pengawal Keselamatan itu bercuti sakit, cuti rehat, cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas, maka Syarikat hendaklah menyediakan pengganti Pengawal Keselamatan tersebut daripada kalangan Pengawal Keselamatan yang telah disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.
(c) Sekiranya pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian atau semasa Pengawal Keselamatan menjalankan Perkhidmatan, Kerajaan mendapati Pengawal Keselamatan yang dibekalkan tidak memenuhi kriteria pelantikan atau tidak sesuai untuk melaksanakan Perkhidmatan, Syarikat hendaklah menyediakan pengganti Pengawal Keselamatan daripada kalangan Pengawal Keselamatan yang telah disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini tanpa apa- apa kos tambahan kepada Kerajaan.
(d) Sekiranya Syarikat gagal menyediakan pengganti Pengawal Keselamatan menurut Klausa 10.1(b) atau Klausa 10.1(c), Kerajaan berhak membuat tolakan ke atas Bayaran Perkhidmatan mengikut pengiraan tolakan menurut Jadual 7 Perjanjian ini.
(e) Kerajaan boleh meminta Syarikat menambah bilangan anggota Pengawal Keselamatan pada satu-satu kawasan atau pada masa tertentu sekiranya difikirkan perlu oleh Kerajaan. Dalam keadaan tersebut, Pihak-Pihak akan merundingkan, antara lain, Bayaran Perkhidmatan yang akan dibayar kepada Syarikat dan skop kerja dan sebarang perkiraan yang dipersetujui hendaklah diperuntukkan melalui perjanjian tambahan yang akan dibuat kemudian oleh Pihak-Pihak.
10.2 Kriteria Pelantikan
Dalam melantik Pengawal Keselamatan bagi melaksanakan Perkhidmatan, Syarikat hendaklah –
(a) mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam undang- undang, peraturan, pekeliling dan perintah tetap operasi yang berkuat kuasa di Malaysia;
(b) memastikan Pengawal Keselamatan yang diambil bekerja tidak mempunyai rekod jenayah dan telah disahkan lulus tapisan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari Tarikh Berkuat Kuasa Perjanjian ini atau tarikh Pengawal Keselamatan berkenaan dilantik oleh Syarikat, mengikut mana yang terkemudian. Mana- mana Pengawal Keselamatan yang didapati tidak lulus tapisan keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan berkhidmat dan perlu diganti dengan serta-merta dengan Pengawal Keselamatan yang telah lulus tapisan keselamatan;
(c) memastikan Pengawal Keselamatan menghadiri kursus Certified Security Guards (CSG) selama enam (6) hari dalam tempoh enam
(6) bulan dari Tarikh Berkuat Kuasa Perjanjian ini atau tarikh Pengawal Keselamatan berkenaan dilantik oleh Syarikat, mengikut mana yang terkemudian;
(d) melantik Pengawal Keselamatan yang daripada kalangan warganegara Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara;
(e) memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia;
(f) menghalusi pemilihan dan pengambilan kerja Pengawal Keselamatan atau mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan;
(g) menentukan hanya Pengawal Keselamatan yang berpengalaman, terlatih, cekap dan berwibawa ditugaskan;
(i) memastikan setiap Pengawal Keselamatan telah atau dikehendaki dari semasa ke semasa menjalani pemeriksaan kesihatan yang
rapi dan disahkan sihat tubuh badan, penglihatan yang baik dan mempunyai rekod perubatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan;
(j) memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik adalah berdisiplin, cergas, sihat tubuh badan, berpengetahuan dan terlatih dalam aspek keselamatan dan kebakaran;
(k) memastikan bahawa pengambilan Pengawal Keselamatan bertugas yang mempunyai pertalian saudara adalah tidak melebihi daripada dua (2) orang;
(l) memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik berkelakuan baik, bertatatertib, mematuhi peraturan-peraturan dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi undang-undang sepanjang Tempoh Perjanjian;
(m) memastikan Pengawal Keselamatan tidak buta warna dan tidak cacat pendengaran;
(n) tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di bawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh lima (65) tahun sebagai Pengawal Keselamatan. Walau bagaimanapun, bagi mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 65 tahun boleh dilantik sebagai Pengawal Keselamatan hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan diperolehi setiap tahun; dan
(o) memastikan Pengawal Keselamatan bukan seorang penagih dadah dan menjalani pemeriksaan air kencing dan lulus ujian air kencing dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Berkuat Kuasa Perjanjian ini atau tarikh Pengawal Keselamatan berkenaan dilantik oleh Syarikat mengikut mana yang terkemudian. Sekiranya Pengawal Keselamatan tidak lulus ujian air kencing dalam tempoh yang ditetapkan, Pengawal Keselamatan tersebut tidak dibenarkan berkhidmat dan hendaklah diganti dengan serta-merta dengan Pengawal Keselamatan yang lulus ujian air kencing.
11. OBLIGASI SYARIKAT
11.1 Perkhidmatan
(a) Syarikat hendaklah memastikan dan menetapkan bahawa pada setiap masa, Perkhidmatan dilaksanakan menurut spesifikasi seperti yang ditentukan dalam Jadual 2 Perjanjian ini dan jadual kerja seperti yang ditentukan dalam Jadual 4 Perjanjian ini;
(b) Syarikat hendaklah melantik seorang Pegawai Operasi yang bukan daripada kalangan Pengawal Keselamatan yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak Syarikat bagi tujuan Perjanjian ini. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis sekiranya terdapat pertukaran atau pelantikan Pegawai Operasi yang baharu;
(c) Syarikat hendaklah menyediakan sesalinan kod etika, fungsi dan tanggungjawab Pengawal Keselamatan yang telah ditandatangani oleh Pengawal Keselamatan itu untuk diserahkan kepada Pengawal Keselamatan tersebut;
(d) Syarikat hendaklah menjalankan siasatan awal dan melapor setakat yang munasabah aktiviti di Premis yang menimbulkan syak kepada Kerajaan atau wakilnya;
(e) Syarikat hendaklah membenarkan mana-mana wakil Kerajaan yang diberi kuasa untuk memeriksa dan membuat lawatan di Premis pada bila-bila masa;
(f) Syarikat hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Pengawal Keselamatan yang didapati cuai dan melakukan kesalahan jenayah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa;
(f) Syarikat hendaklah mematuhi syarat-syarat pemilikan dan pengendalian senjata api yang ditetapkan oleh Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 1 Tahun 2017 berhubung Permohonan dan Pengendalian Senjata Api oleh Syarikat Kawalan Keselamatan Yang Berdaftar di Bawah Akta Agensi Persendirian 1971 atau sebarang garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari semasa ke semasa;
(h) Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan tidak melepaskan tembakan kecuali untuk mempertahankan nyawanya sendiri, orang awam atau harta benda di bawah kawalannya ketika terancam. Tembakan amaran adalah tidak dibenarkan sama sekali;
(i) Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan tidak mengarahkan senjata api ke arah sesiapa pun tanpa sebab dan tidak bermain-main dengan senjata api semasa menjalankan Perkhidmatan;
(j) Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan bersikap sopan-santun, bertatatertib dan mematuhi Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;
(k) Syarikat hendaklah membekalkan segala alatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh Pengawal Keselamatan dalam memberikan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini;
(l) Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan –
(i) bertanggungjawab menjaga keselamatan Premis dan harta benda Kerajaan dan mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis daripada kecurian, kerosakan dan kebakaran;
(ii) mengawal pintu utama dan pintu-pintu keluar masuk dan Premis;
(iii) membuat rondaan, tinjauan dan pemerhatian serta membuat clocking dengan menggunakan sistem [watchman clock atau guard tour] mengikut kekerapan waktu yang telah ditetapkan dalam Jadual 2 Perjanjian ini, di tempat-tempat yang telah ditetapkan di Rajah A;
(iv) memastikan tiada orang awam atau mana-mana orang yang tidak berkenaan berada di Premis;
(v) tidak dibenarkan menerima kunci mana-mana pejabat Premis dan memasuki kawasan dalam pejabat di Premis terutama sebelah malam kecuali diiringi kakitangan pejabat atau ketika kecemasan;
(vi) sentiasa dalam keadaan bersedia dan tidak dibenarkan merokok, tidur, membaca majalah/suratkhabar dan berbual- bual semasa bertugas;
(vii) melaporkan diri kepada Ketua Pengawal Keselamatan sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak meninggalkan tugas. Kegagalan Pengawal Keselamatan berbuat demikian adalah dianggap tidak hadir bertugas dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengenakan tolakan terhadap Syarikat sepertimana yang diperuntukan dalam Klausa 6 Perjanjian ini;
(viii) memastikan bahawa Pengawal Keselamatan memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan sentiasa menjaga ketrampilan diri bagi menjaga nama baik Kerajaan;
(ix) menasihat pelanggan atau pelawat Kerajaan mengenai penguatkuasaan tempat larangan merokok di Premis;
(x) memastikan catatan dalam buku laporan harian semua peristiwa, kejadian dan situasi di sepanjang masa Perkhidmatan;
(xi) mengamalkan tatacara perhubungan awam yang baik semasa berhubung dengan orang awam, pegawai dan kakitangan Kerajaan demi menjaga imej Kerajaan; dan
(xii) mengawal lalulintas semasa kesesakan dalam Premis dan memastikan semua pintu utama tidak terhalang dan lalulintas lancar sepanjang masa.
11.2 Kelengkapan dan Peralatan
(a) Syarikat hendaklah menyediakan segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan oleh Pengawal Keselamatan sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 5 Perjanjian ini bagi tujuan memberikan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini; dan
(b) Syarikat hendaklah memastikan bahawa sepanjang Tempoh Perjanjian, segala peralatan dan kelengkapan sentiasa berada dalam keadaan baik, disenggara dengan teratur serta boleh berfungsi dengan sempurna pada setiap masa.
11.3 Laporan Harian dan Aduan
(a) Syarikat hendaklah menyenggara buku laporan harian dan memastikan ia dilengkapkan pada setiap hari oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas.
(b) Pengawal Keselamatan yang bertugas hendaklah membuat aduan (serta-merta bagi keadaan kecemasan) dan laporan di dalam buku laporan harian berhubung setiap peristiwa atau apa-apa kejadian keselamatan.
(c) Syarikat hendaklah menghantar laporan keanggotaan dan keadaan keselamatan setiap hari dan mengemukakannya kepada wakil Kerajaan untuk semakan.
(d) Laporan bagi setiap hari hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada pukul 9.00 pagi hari yang berikutnya.
11.4 Perlindungan Insurans
(a) Syarikat hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi setiap Pengawal Keselamatan dan mana-mana pekerjanya yang ditugaskan melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh mereka semasa menjalankan tugas tersebut dan melainkan kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian Kerajaan.
(b) Syarikat hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap semua tindakan atau tuntutan yang berkenaan dengan kecederaan tersebut.
11.5 Keselamatan dan Kerahsiaan
(a) Dalam menjalankan Perkhidmatan, Syarikat –
(i) tidak boleh menggunakan kebenaran yang diberikan kepadanya untuk memberi Perkhidmatan bagi mendapatkan sesuatu benda, dokumen, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau tempat ia ditugaskan;
(ii) hendaklah mengawal dan menjaga keselamatan atau kerahsiaan benda, dokumen, suratan atau maklumat rasmi
itu yang diperolehi;
(iii) tidak boleh membantu atau membenarkan seseorang lain memiliki apa-apa benda, dokumen, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau tempat di mana ia ditugaskan;
(iv) hendaklah menyerahkannya dengan serta-merta kepada Ketua Pengawal Keselamatan atau mana-mana pegawai awam yang bertugas di Jabatan/ Kementerian/ Agensi jika ia memperolehi atau memiliki sesuatu benda, dokumen, suratan atau maklumat rasmi sama ada dengan menjumpainya atau dengan apa cara sekalipun;
(v) tidak boleh memiliki sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meteri atau cop yang berkaitan dengan tempat di mana Perkhidmatan telah, sedang dan akan dibuat; dan
(vi) hendaklah melaporkannya dengan segera kepada seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada pangkat Inspektor jika dihampiri oleh seorang yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mendapatkan sesuatu benda, dokumen, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan pejabat atau tempat ia ditugaskan.
(b) Kegagalan Syarikat mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Klausa 11.5(a) terjumlah sebagai suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan dengan ini akan sentiasa memberikan hak kepada Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini dan mendapatkan kembali daripada Syarikat jumlah sebarang kerugian yang timbul akibat daripada penamatan itu.
12. OBLIGASI KERAJAAN
Kerajaan hendaklah –
(a) tertakluk kepada pematuhan Syarikat terhadap terma dan syarat Perjanjian ini, membuat bayaran bagi Perkhidmatan yang dilaksanakan sepertimana yang diperuntukkan dalam Klausa 5 Perjanjian ini;
(b) membenarkan Pengawal Keselamatan memasuki dan memeriksa mana- mana ruang di Premis dalam masa dan keadaan yang difikirkan oleh
Kerajaan adalah perlu bagi menjalankan tanggungjawab mereka di bawah Perjanjian ini DENGAN SYARAT Syarikat dan/ atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Syarikat hendaklah sentiasa mematuhi apa- apa syarat keselamatan yang dikenakan oleh Kerajaan; dan
(c) membenarkan Syarikat mengalih dan mengambil mana-mana kelengkapan dan harta kepunyaan Syarikat atas kos Syarikat di tempat- tempat berkawal dan dalam Premis apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan di dalamnya.
13. PENAMATAN PERJANJIAN OLEH KERAJAAN
13.1 Kemungkiran Perjanjian oleh Syarikat
Sepanjang Tempoh Perjanjian, sekiranya Syarikat –
(a) gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian ini;
(b) gagal untuk melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan; atau
(c) menggantung pelaksanaan mana-mana bahagian atau keseluruhan Perkhidmatan,
maka Kerajaan berhak untuk memberikan notis secara bertulis kepada Syarikat (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Kemungkiran”) dengan menyatakan kemungkiran yang berlaku dan mengkehendaki Syarikat untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Notis Kemungkiran tersebut (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Tempoh Remedi”).
13.2 Jika Syarikat gagal untuk mengambil tindakan untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam Tempoh Remedi atau mana-mana tempoh lain yang dipersetujui oleh Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta dengan memberikan notis bertulis kepada Syarikat (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Penamatan”.
13.3 Kesan-kesan Penamatan oleh Kerajaan
13.3.1 Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 13.2,
(a) Kerajaan -
(i) berhak menuntut daripada Syarikat ganti rugi, kerugian kos dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian ini;
(ii) berhak merampas keseluruhan atau sebahagian Bon Pelaksanaan;
(iii) berhak mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lain punca dan Syarikat hendaklah menanggung kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan bagi meneruskan Perkhidmatan; dan
(iv) tertakluk kepada apa-apa tolakan yang dibenarkan di bawah Klausa 6 Perjanjian ini, hendaklah membayar kepada Syarikat apa-apa pembayaran bagi Perkhidmatan yang perlu dibayar dan terakru di bawah Perjanjian ini setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian.
(b) Syarikat hendaklah -
(i) serta-merta menghentikan Perkhidmatan dan semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Syarikat dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-merta;
(ii) memasuki Premis untuk mengalih dan mengambil mana-mana kelengkapan atau harta kepunyaan Syarikat di tempat-tempat berkawal dan dalam kawasan perkhidmatan atas kos dan perbelanjaan Syarikat sendiri; dan
(i) mengemukakan kepada Kerajaan laporan terperinci berhubung dengan bayaran Perkhidmatan dan lain- lain pembayaran yang tertunggak daripada Kerajaan (sekiranya ada) setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada Kerajaan.
13.3.2 Kedua-dua pihak bersetuju jika Perjanjian ditamatkan di bawah Klausa 13.2, Syarikat tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos, perbelanjaan dan sebagainya selain dari yang diperuntukkan mengikut Klausa 13.3.1(a)(iv). Pihak-pihak selanjutnya bersetuju bahawa pembayaran oleh Kerajaan menurut Klausa 13.3.1(a)(iv) adalah terjumlah kepada suatu penyelesaian penuh dan muktamad antara Xxxxx-Xxxxx.
13.4 Kemungkiran Am Perjanjian oleh Syarikat
Sepanjang Tempoh Perjanjian, sekiranya –
(a) Mahkamah membuat suatu perintah atau suatu ketetapan diluluskan bahawa Syarikat itu digulung (bukan suatu penggulungan bagi maksud penyusunan atau penyatuan);
(b) Syarikat pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang dilantik bagi menguruskan aset Syarikat;
(c) Syarikat membuat sesuatu pindah hak atau serah hak bagi faedah pemiutang atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau tidak berupaya menyelesaikan hutang;
(d) tindakan dikenakan ke atas sebahagian besar aset Syarikat, melainkan Syarikat telah mengambil langkah dengan suci hati bagi mengenepikan tindakan tersebut;
(e) pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan sebagai pembekal kepada Kerajaan telah dibatalkan atau tidak diperbaharui;
(f) lesen senjata api yang telah diberikan kepada Syarikat dibatalkan atau tidak diperbaharui;
(g) lesen yang diberikan kepada Syarikat di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27] telah dibatalkan atau tidak diperbaharui; atau
maka Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta
-merta dengan memberi notis bertulis kepada Syarikat.
13.5 Apabila Perjanjian ditamatkan mengikut Klausa 13.4, kesan-kesan penamatan seperti di Klausa 13.3 adalah terpakai.
14. PENAMATAN PERJANJIAN OLEH SYARIKAT
14.1 Kemungkiran Perjanjian oleh Kerajaan
Syarikat berhak menamatkan Perjanjian ini jika –
(a) Kerajaan tanpa sebab yang munasabah gagal untuk membuat Bayaran Perkhidmatan kepada Syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan; atau
(b) Kerajaan tanpa sebab yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya yang secara langsung menjejaskan obligasi Syarikat di bawah Perjanjian ini.
14.2 Jika keadaan yang dinyatakan di bawah Klausa 14.1 berlaku, maka Syarikat boleh memberikan notis secara bertulis yang memaklumkan keingkaran tersebut kepada Kerajaan dan mengkehendaki Kerajaan meremedikan kemungkiran yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penerimaan notis atau mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh Pihak- Pihak.
14.3 Jika keadaan di bawah Klausa 14.1 masih berterusan selepas tempoh yang ditetapkan atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak, maka Syarikat boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan Notis Penamatan kepada Kerajaan.
14.4 Kesan Penamatan oleh Syarikat
14.4.1 Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 14.3 -
(a) Syarikat hendaklah serta-merta menghentikan Perkhidmatan dan semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Syarikat dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-merta;
(b) Syarikat hendaklah memasuki Premis untuk mengalih dan mengambil mana-mana kelengkapan atau harta kepunyaan Syarikat ditempat-tempat berkawal dan dalam kawasan
perkhidmatan atas kos dan perbelanjaan Syarikat sendiri;
(c) Syarikat hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan laporan terperinci berhubung dengan Bayaran Perkhidmatan dan lain- lain pembayaran yang tertunggak daripada Kerajaan (sekiranya ada) setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada Kerajaan; dan
(d) tertakluk kepada apa-apa tolakan yang dibenarkan di bawah Klausa 6 Perjanjian ini bagi Perkhidmatan yang telah diberikan oleh Syarikat sehingga tarikh penamatan Perjanjian, Kerajaan hendaklah membayar kepada Syarikat apa-apa pembayaran bagi Perkhidmatan yang perlu dibayar dan terakru di bawah Perjanjian ini setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian.
14.4.2 Kedua-dua pihak bersetuju jika Perjanjian ditamatkan di bawah Klausa 14.3, Syarikat tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos, perbelanjaan dan sebagainya selain dari yang diperuntukkan mengikut Klausa 14.4.1(d). Pihak-pihak selanjutnya bersetuju bahawa pembayaran oleh Kerajaan menurut Klausa 14.4.1(d) adalah terjumlah kepada suatu penyelesaian penuh dan muktamad antara Xxxxx- Xxxxx.
15. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI HARAM, ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG
15.1 Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika Kerajaan berpuas hati bahawa Syarikat, prinsipal, personel atau pekerjanya disabitkan oleh mahkamah bagi perbuatan rasuah atau aktiviti haram atau menyalahi undang- undang berkaitan dengan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain yang dimasuki oleh Syarikat dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta dengan memberikan notis secara bertulis kepada Syarikat.
15.2 Jika Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 15.1, kesan-kesan penamatan mengikut Klausa 13.3 Perjanjian ini adalah terpakai.
16. PENAMATAN ATAS KEPENTINGAN NEGARA, KESELAMATAN NEGARA ATAU POLISI KERAJAAN
16.1 Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan notis tidak kurang daripada tempoh tiga puluh (30) hari (tanpa sebarang obligasi untuk menyatakan sebabnya), jika Kerajaan berpandangan penamatan tersebut perlu atas sebab kepentingan negara, keselamatan negara, dasar Kerajaan atau dasar awam.
16.2 Bagi maksud Klausa ini, penentuan “Kepentingan Negara”, “Keselamatan Negara”, “Dasar Kerajaan” atau “Dasar Awam” hendaklah ditentukan oleh Kerajaan. Penentuan tersebut hendaklah bagi apa-apa tujuan dan niat, adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
16.3 Jika Perjanjian ditamatkan mengikut Klausa 16.1, kesan-kesan penamatan mengikut Klausa 14.4 Perjanjian ini adalah terpakai.
16.4 Pihak-Pihak bersetuju bahawa Syarikat tidak layak untuk menuntut apa-apa bentuk ganti rugi yang lain termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan atau apa-apa tuntutan lain berbangkit daripada penamatan Perjanjian ini.
17. “FORCE MAJEURE”
17.1 Syarikat dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Dalam keadaan ini, yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini, Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan Pihak-Pihak tanpa apa-apa pampasan. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud:
(a) peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak),pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
(b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;
(c) bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran bawah tanah yang spontan,tsunami (ombak besar) atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang
yang berpengalaman tidak dijangka untuk mengambil langkah- langkah beringat-ingat;
(d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;
(e) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa- apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
(f) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau
(g) sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak dan termasuklah pandemik, epidemik, wabak penyakit tempatan,darurat kesihatan awam dan kuarantin.
17.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana- mana Pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force Majeure tersebut, Pihak tersebut hendaklah dengan serta-merta memaklumkan akan kejadian Force Majeure tersebut kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan butir- butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.
17.3 Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam klausa ini jika Xxxxx-Xxxxx telah memutuskan secara munasabahnya bahawa satu kejadian Force Majeure tidak berlaku.
17.4 Syarikat hendaklah membuktikan bahawa kejadian Force Majeure betul- betul berlaku sebelum Syarikat dapat melepaskan tanggungjawabnya mengikut Klausa 17.1.
17.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah Klausa 17.1 di atas, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-mana Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
17.6 Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat
kuasa sementara menunggu pelaksanaan peruntukan klausa ini.
18. PENYELESAIAN PERTIKAIAN
18.1 Apa-apa hal, pertikaian, percanggahan atau persoalan yang timbul daripada atau berkenaan dengan Perjanjian ini (kecuali pertikaian atau perbezaan yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan peruntukan Klausa 15 dan Klausa 16 Perjanjian ini) atau pelanggaran atau penamatannya dan ia tidak dipersetujui oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah diselesaikan secara baik dan aman oleh Pihak- Pihak.
18.2 Jika hal, pertikaian, percanggahan atau persoalan tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik dan aman oleh Pihak-Pihak, hal, pertikaian atau tuntutan tersebut bolehlah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada –
(a) Ketua Jabatan pihak Kerajaan atau mana-mana Pegawai yang dilantik olehnya sebagai Pengerusi;
(b) seorang (1) wakil yang dilantik oleh pihak Kerajaan; dan
(c) seorang (1) wakil yang dilantik oleh pihak Syarikat.
18.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh melantik seorang pakar bebas bagi memberi nasihat ke atas sebarang perkara yang dirujuk kepadanya dan segala kos, yuran dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pakar bebas yang dilantik tersebut hendaklah dikongsi sama rata oleh kedua-dua Pihak.
18.4 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan prosedur- prosedurnya sendiri bagi Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah berjumpa dan berusaha untuk mencapai jalan penyelesaian secara baik di antara Pihak-Pihak tentang perkara yang dirujuk kepadanya.
18.5 Jika sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tidak dapat dipersetujui oleh kedua- dua Pihak dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tarikh kes dirujuk, maka kedua-dua Pihak bolehlah merujuk perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut kepada penimbang tara menurut peruntukan Klausa 19 Perjanjian ini.
18.6 Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi hendaklah mempunyai satu (1) undi.
18.7 Apa-apa keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian adalah muktamad dan hendaklah mengikat Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini.
19. XXXXXXX XXXX
19.1 Jika berlaku apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan yang dinyatakan dalam Klausa 18 di atas tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, maka pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan itu bolehlah dirujuk kepada penimbang tara yang dipersetujui oleh pihak-pihak kepada perjanjian ini.
19.2 Sekiranya tiada persetujuan, penimbang tara hendaklah dilantik atas permohonan salah satu pihak kepada Perjanjian ini oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau di Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan kepada timbang tara mengikut pengertian Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]. Keputusan penimbang tara adalah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini.
19.3 Setiap timbang tara hendaklah didengar di Pusat Timbang Tara Serantau di Kuala Lumpur dengan menggunakan semua peraturan-peraturan, kemudahan dan sistem yang ada di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh penimbang tara dan dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.
19.4 Rujukan berkenaan apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan kepada timbang tara menurut Klausa 19 ini dan/atau penerusan apa-apa prosiding timbang tara yang berbangkit daripada rujukan itu tidak, dengan apa-apa cara, bertindak sebagai penepian tanggungjawab Pihak-Pihak untuk melaksanakan obligasi mereka masing-masing di bawah Perjanjian ini.
20. TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)
Syarikat hendaklah menanggung rugi Kerajaan, pekerjanya dan agennya daripada dan terhadap segala tindakan, prosiding, kehilangan, kerugian, ganti rugi, pampasan, kos (termasuk kos undang-undang), caj dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan bagi atau akibat kehilangan, kerosakan harta atau kecederaan diri yang berpunca daripada
tindakan, kecuaian atau ketidakjujuran Syarikat, Pengawal Keselamatan atau mana-mana pekerja Syarikat.
21. NOTIS
21.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran, permohonan atau apa-apa komunikasi lain yang perlu diberi atau dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dalam Bahasa Malaysia. Notis persetujuan, kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi atau dibuat apabila ia telah disampaikan dengan tangan, pos atau faks kepada Pihak yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah atau di alamat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini dari masa ke semasa secara bertulis:
(a) bagi pihak Kerajaan;
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 00-00000000 No. Faks : 03-87377897
(b) bagi pihak Syarikat: Ketua Pegawai Eksekutif,
...........................................................................,
...........................................................................,
...........................................................................,
...........................................................................,
............................................................................
No. telefon: .......................................................
No. faks : .......................................................
21.2 Pihak-pihak hendaklah memberi notis bertulis kepada Xxxxx yang satu lagi dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran alamat atau nombor faksimili jika berlaku pertukaran alamat yang xxxxxxxxxx Xxxxxx 00.0.
22. PENEPIAN HAK
Kegagalan mana-mana Pihak untuk melaksanakan apa-apa hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini, pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penepian hak, melainkan jika ia telah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Kerajaan atau Syarikat atau seseorang yang diberi kuasa secara nyata oleh Kerajaan atau Syarikat untuk tujuan tersebut.
23. KONTRAK KECIL
23.1 Syarikat tidak boleh memberi kontrak kecil terhadap Perjanjian ini atau mana- mana bahagian Perjanjian ini kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.
23.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi kontrak kecil kepada mana-mana pihak lain (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kontraktor Kecil”) dengan persetujuan bertulis Kerajaan, Syarikat bersetuju tanpa syarat untuk terus bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan Kontraktor Kecil mematuhi terma dan syarat dalam Perjanjian ini.
23.3 Syarikat tidak boleh mempertanggungkan kepada pihak ketiga apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar oleh Kerajaan di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dari atau mungkin terbit daripada Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Kerajaan.
23.4 Sebarang isu yang timbul antara Syarikat dan Kontraktor Kecil mengenai Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.
24. SERAH HAK
Syarikat tidak boleh menyerah hak Perjanjian ini atau mana-mana bahagian Perjanjian ini atau menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apa- apa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dengan atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.
25. KOS DAN DUTI SETEM
Apa-apa kos dan duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Syarikat.
26. PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
26.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang- undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia.
26.2 Syarikat hendaklah mematuhi segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana- mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
26.2 Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan dan mana-mana Kontraktor Kecil yang dilantik di bawah Klausa 23 Perjanjian ini turut mematuhi segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
27. PINDAAN
Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui suatu Perjanjian Tambahan dan ditandatangani oleh kedua-dua Pihak.
28. KERAHSIAAN
28.1 Syarikat tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana orang atau mana- mana pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini antara Pihak-Pihak.
28.2 Klausa 28.1 hendaklah terus berkuat kuasa walaupun setelah Perjanjian ini ditamatkan atas apa-apa sebab sekalipun.
29. MASA
Masa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian ini.
30. IKATAN PERJANJIAN
Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti-pengganti dan penerima pindah hak milik Syarikat.
31. IKLAN
Syarikat tidak boleh menyiarkan iklan mengenai Perjanjian ini di dalam sebarang akhbar, majalah atau lain-lain media tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.
32. DOKUMEN PERJANJIAN
Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian yang penting kepada Perjanjian ini.
33. KEBOLEHASINGAN
Jika mana-mana klausa atau bahagian dalam Perjanjian ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan di bawah undang- undang, klausa tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuat kuasakan seolah-olah klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan tersebut tidak pernah terkandung sebagai daripada Perjanjian ini dan klausa- klausa lain hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah Perjanjian ini telah diikat tanpa klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan tersebut.
34. KESELURUHAN PERJANJIAN
Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman di antara Pihak-Pihak berkenaan dengan Perkhidmatan dan mengatasi serta membatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi, persetujuan, surat rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-terma terdahulu sebelum Perjanjian ini berkuat kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, di antara Pihak-Pihak terhadap atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau perkara-perkara yang melibatkan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini.
(Bahagian bawah muka surat ini sengaja ditinggalkan kosong)
(Bahagian muka surat ini sengaja ditinggalkan kosong)
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun mula-mula yang tertulis di atas.
Cop Mohor )
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG )
dimeterai dengan sempurna ) ……………………….............
dengan disaksikan oleh ) Xxxx Xxxxxxxx
……………………................
Setiausaha
……………………................
Ahli Majlis
Meterai Rasmi
.................................................... )
.................................................... )
(No. Syarikat: ………………...... ) telah diturunkan )
di hadapan: )
)
)
……………………....... …………………….... (Pengarah) (Pengarah/ Setiausaha Syarikat)
(Bahagian muka surat ini sengaja ditinggalkan kosong)
JADUAL 1 (Jadual ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan sebagai bahagian penting Perjanjian ini) | |||
PERKARA | ITEM | BUTIRAN | |
Perkara 1 | Tarikh Perjanjian | Haribulan | Tahun |
Perkara 2 | Kerajaan | MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Xxxxx Xxxxxxxx, 00000 Xxxxxx, Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxx. No. Telefon : 00-0000 0000 / 0000 0000 No. Faks : 00-0000 0000 / 8733 1270 No. Fail : ……………………………………… | |
Perkara 3 | Syarikat | Nama Syarikat : | |
…………………………………………………… | |||
…………………………………………………... | |||
No. Pendaftaran Syarikat /Perniagaan: | |||
……………………………. | |||
Alamat Berdaftar: | |||
…………………………………………………… | |||
…………………………………………………… | |||
…………………………………………………… | |||
…………………………………………………… | |||
No.Telefon : …………………………………… | |||
No.Faks : …………………………………… | |||
Emel : ..- |
JADUAL PERTAMA (Jadual ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan sebagai bahagian penting Perjanjian ini) | ||
PERKARA | ITEM | BUTIRAN |
Perkara 4 | Tempoh Perjanjian | ………………. TAHUN Xxxxxx Xxxxxxx Kuasa : ……………………. Xxxxxx Xxxxx : …………………………….. *atau sehingga tuntutan bayaran mencapai Harga Kontrak, mana-mana yang terdahulu. Tempoh Lanjutan : ………………………….. (jika berkenaan) *Potong jika tidak berkenaan. |
Perkara 5 | Anggaran Nilai Perjanjian | Harga Kontrak TAHUN Ringgit Malaysia : ……………………………. …………………………………………………… ……………………………………. Sahaja. Harga Cukai Jualan Xxx Xxxxxxxxxxxx Ringgit Malaysia : ……………………………. …………………………………………………… ……………………………………. Sahaja |
Perkara 6 | Bon Pelaksanaan (Jika Berkenaan) | Ringgit Malaysia : ……………………………. …………………………………………………….. ……………………………………. Sahaja. bersamaan *2.5% / 5% daripada Harga Kontrak. *Potong jika tidak berkenaan. |
JADUAL 2
(Sila Masukkan Dokumen Tender)
JADUAL 3
(Sila Lampirkan Jadual T2)
JADUAL 4
(Sila Lampirkan Jadual T2)
RAJAH A
PETA KAWASAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA DI PREMIS KERAJAAN
Masukkan Pelan Premis. Semak dengan JKP untuk dapatkan pelan.
JADUAL 5
KELENGKAPAN DAN PERALATAN
BIL. | KELENGKAPAN DAN PERALATAN | KUANTITI |
1. | Pakaian Seragam Lengkap | Minta JKP sahkan dengan Syarikat @ minta pihak Syarikat isi. |
2. | Mesin perakam waktu | |
3. | Walkie-Talkie | |
4. | Wisel | |
5. | Cota | |
6. | Sistem Watchman Clocking atau Guard Tour | |
7. | Meja | |
8. | Kerusi | |
9. | Lampu Suluh | |
10. | Baju Hujan | |
11. | Vest | |
12. | Peralatan Clamping | |
13. | Kon | |
14. | “First Aid Kit” di pejabat urusan/operasi di pos utama | |
15. | Kenderaan yang bersesuaian dengan urusan CIT | |
16. | Jaket dan helmet kalis peluru |
JADUAL 6A
(Masukkan Nilai Kontrak RM Dalam Digit Xxx Xxxxxxxxx)
JADUAL 6B
(Lampirkan Jadual H)
(Lampirkan Jadual T3)
JADUAL 8
(Lampirkan sesalinan Lesen Premis)
JADUAL 9
(Lampirkan sesalinan Bon )