SEBUTHARGA KERJA
NO. KAWALAN:
SEBUTHARGA KERJA
SEBUTHARGA UNTUK : KERJA-KERJA MENAIKTARAF BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, MEMBEKAL DAN MEMASANG SIGNAGE SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JKR KUALA MUDA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
NOMBOR SEBUTHARGA B(N)/KM/03/2022
DOKUMEN MEJA TAWARAN
TARIKH PELAWA
TARIKH TAKLIMAT
: 22 MEI 2022
: TIADA
TEMPAT : -
30 MEI 2022,
TARIKH TUTUP :
(SEBELUM JAM
12.00 TGH HARI)
JKR DAERAH KUALA MUDA
TEL.OFF : 00-0000000
FAX : 00- 0000000
Page 1 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
NOTIS SEBUTHARGA
Page 2 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana- mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
2.1.1 Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
2.1.2 Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
2.1.3 Senarai Kerja Dalam Tangan,
2.1.4 Senarai Pengalaman Xxxxx,
2.1.5 Jadual Kadar Harga (jika ada),
2.1.6 Butir-butir spesifikasi (jika ada),
2.1.7 Surat Akuan Pembida,
2.1.8 Penyata bulanan bank bagi tiga (3) bulan terakhir, deposit tetap, baki nilai kemudahan kredit dan nilai kemudahan kredit tambahan yang layak/akan diperolehi oleh penyebut harga daripada bank atau institusi kewangan hendaklah dimasukkan bersama-sama dokumen sebut harga.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2.1.9 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
2.1.10 Kegagalan mengisi/menandatangani Borang Sebut Harga akan mengakibatkan Sebut Harga ditolak.
2.1.11 Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan,
2.1.12 Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negative terhadap keupayaannya, Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
2.2 ‘Integrity Pact’
2.2.1 Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran F di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.
2.2.2 Surat Akaun Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai gagal dalam penilaian Sebut Harga.
2.2.3 Penyebeut Harga yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran G beserta dengan borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan member rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripda Dokumen Kontrak.
2.3 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
2.3.1 Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga B(N)/KM/03/2022 pada masa dan di tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
2.3.2 Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
2.3.3 Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
2.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan selama Sepuluh (10) Minggu. Mana-mana Penyebut Harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
4. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.
5. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Laporan mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada CIDB/BPKU untuk tindakan.
6. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Semua Penyebut Harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para Penyebut Harga diberi peringatan berikut:
6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawarkan atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau member apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor boleh diambil sekiranya pihak- pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
DOKUMEN MEJA TAWARAN
6.4 Mana-mana Kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tida kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri semua maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. RINGKASAN SEBUT HARGA
2.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas jumlah Harga Sebut Harga.
2.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, levi, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
2.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan sama ada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
2.5 Apa-apa pelarasan harga dan Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 2(iv) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
3. BON PELAKSANAAN, PERKESO DAN POLISI INSURANS
3.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan* sebanyak 5% daripada nilai Sebut Harga** dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya Kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atauInsurans, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.
3.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dengan nilai minimum RM ……………*** bagi setiap kemalangan bagi tempoh pelaksanaan Kerja termasuk tempoh kecacatan dan ditambah tiga (3) bulan dan empat belas (14) hari dan Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
3.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Xxxxxxxxx pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota
4. BAYARAN PENDAHULUAN
4.1 Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000 yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:
4.1.1 Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000 sehingga RM500,000.
4.1.2 Tempoh siap kerja tidak kurang dari 3 bulan.
4.1.3 Permohonan daripada Kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Inden Kerja dikeluarkan.
4.1.4 Polisi Insurans telah dikemukakan oleh Kontraktor.
4.1.5 Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor sama ada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dimohon.
4.1.6 Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan dan diselesaikan selewat-Iewatnya semasa projek siap pada tahap 75%.
4.1.7 Liabiliti di bawah Jaminan Bayaran Pendahuluan akan tamat apabila Kerajaan mengutip semula jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, jika jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar tidak boleh dicapai sebelum Tarikh siap kontrak atau apa-apa pelanjutan yang diberi atau sebelum tarikh penamatan dalam kes kontrak yang ditamatkan, maka baki pendahuluan yang perl dibayar balik kepada Kerajaan hendaklah dituntut daripada Jaminan Bayaran Pendahuluan.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
* Harga akan dipotong semasa penyediaan bayaran sekiranya Kontraktor memilih (WJP)
** Nilai bon pelaksanaan adalah 5% daripada nilai Sebut Harga (termasuk GST sekiranya Kontraktor berdaftar GST)
*** Pengiraan kadar liputan adalah berasaskan nilai Sebut Harga (termasuk GST sekiranya Kontraktor berdaftar GST)
5. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah memenuhi spesifikasi pelan-pelan butir- butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
6. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
7. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
8. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
8.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
8.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
8.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
9. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
9.1 Borang Perjanjian Inden Kerja, Surat Akuan Pembida Berjaya yangditandatangani oleh Kontraktor dan Dokumen Sebut Harga hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Kontrak ini.
9.2 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan dan maksud itu boleh difahamkan dengan munasabahnya dari dokumen Sebut Harga itu.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
9.3 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
10. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR
10.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran dari Pegawai Inden.
10.1.1 Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
10.1.2 Kemajuan Kerja terlalu lembab di mana Kontraktor didapati gagal menjalankan kerja dengan tekun dan teratur tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
10.1.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
10.1.4 Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah.
10.2 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10.3 Walau apa pun di atas, sekiranya Kontrak ini ditamatkan di bawah perenggan 10.1 dan 10.2, Bon Pelaksanaan/WJP akan dirampas sepenuhnya.
11. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
12. KERJA PERUBAHAN
12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebut Harga ini.
12.2 Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti
/ Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
13. PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA
Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.
14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan sejajar dengan syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga. Tempoh Tanggungan Kecacatan bermula daripada tarikh siap kerja.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
15. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN
15.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebut Harga hendaklah adalah selama Dua Belas (12) Bulan.
15.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Sebut Harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa- apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
15.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor dan termasuk kenaan GST (sekiranya pembaikan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh Kerajaan) atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan.
16. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya boleh dibuat setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walaubagaimanapun, Pegawai Inden hendaklah membuat potongan atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos untuk membaiki apa-apa kecacatan yang tidak dapat dibaiki oleh Kontraktor di dalam tempoh tanggungan kecacatan.
17. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja Kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa- apa jua kerosakan lain.
18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang- undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahankerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.
19. PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANGUNDANG ATAU AKTIVITI HARAM
DOKUMEN MEJA TAWARAN
19.1 Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika kontraktor, personel, kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang atau aktiviti haram yang berkait dengan Perjanjian/ Kontrak ini atau mana-mana perjanjian lain yang Kontraktor mungkin ada dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian / Kontrak ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan segera yang membawa maksud sedemikian kepada Kontraktor.
19.2 Setelah penamatan tersebut, Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.
19.3 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju bahawa Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan Kontrak ini.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
BORANG SEBUTHARGA/ SPESIFIKASI & LUKISAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 16 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 17 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 18 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 19 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 20 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 21 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 22 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 24 of 34
DOKUMEN MEJA TAWARAN
PENGALAMAN KERJA
Page 25 of 34
SENARAI KERJA DALAM TANGAN
Nama Projek/Kerja | Jabatan/Agensi yang Mengawasi Projek | Harga | Tarikh Mula | Tarikh Siap |
DOKUMEN MEJA TAWARAN
NOTA : SILA KEMUKAKAN BUKTI SEPERTI INDEN/LA DAN LAIN-LAIN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SENARAI KERJA YANG TELAH DISIAPKAN UNTUK 3 TAHUN TERKINI
Nama Projek/Kerja | Jabatan/Agensi | Harga | Tempoh | Tarikh siap sebenar |
Nota : SILA KEMUKAKAN BUKTI SEPERTI INDEN/LA DAN LAIN - LAIN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SURAT AKUAN PEMBIDA
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi B(N)/KM/03/2022
SEBUTHARGA UNTUK : KERJA-KERJA MENAIKTARAF BAHAGIAN
KONTRAK DAN UKUR BAHAN, MEMBEKAL DAN MEMASANG SIGNAGE SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JKR KUALA MUDA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Saya nombor K.P yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
JK_R K_U_AL_A M_U_D_A atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga *seperti di atas,. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JK_R K_U_AL_A M_U_D_A atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga * seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan- tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga * di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebutharga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
(Nama dan Xx.Xx) Cop Syarikat:
Catatan :
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi B(N)/KM/03/2022
SEBUTHARGA UNTUK : KERJA-KERJA MENAIKTARAF BAHAGIAN
KONTRAK DAN UKUR BAHAN, MEMBEKAL DAN MEMASANG SIGNAGE SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JKR KUALA MUDA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Saya nombor K.P yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
JK_R K_U_AL_A M_U_D_A atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga *seperti di atas,. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JK_R K_U_AL_A M_U_D_A atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga * seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan- tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga * di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebutharga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
(Nama dan Xx.Xx) Cop Syarikat:
Catatan :
DOKUMEN MEJA TAWARAN
LAMPIRAN H
LAMPIRAN H
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convited by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Govermment, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
DOKUMEN MEJA TAWARAN
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government asising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Paties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
G1
(SEBUTHARGA KERJA)
SENARAI SEMAKAN B(N)/KM/03/2022
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Sila tandakan (√ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil. | Perkara/Dokumen | Semakan Syarikat | Semakan J/Kuasa Pembuka S/Harga |
1 | Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB yang masih sah tempoh. | ||
2 | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB yang masih sah tempoh. | ||
3 | Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari PKK yang masih sah tempoh. | ||
4 | Resit iBAYAQ dengan Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2022. | ||
5 | Borang Sebut Harga telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani. | ||
6 | Borang Maklumat Penyebut Harga (BQ) | ||
7 | Senarai kerja dalam Tangan | ||
8 | Senarai kerja yang disiapkan (Tiga Tahun Terkini) | ||
9 | Surat Akuan Pembida (Lampiran F) | ||
10 | Lain-lain sekiranya ada. (Inden/LA dll) |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan: Nama : Jawatan: Tarikh:
Cop Kontraktor:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada).
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: