Terma dan Syarat Kad Kredit Visa Signature
Terma dan Syarat Kad Kredit Visa Signature
Terma dan syarat di bawah ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Perjanjian Pemegang Kad Bank (“Perjanjian”). Dengan mengambil kira perubahan-perubahan yang dibentangkan di bawah ini, semua terma dan syarat Perjanjian hendaklah diguna pakai. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat Perjanjian Ini dengan Terma & Syarat ini, maka Terma & Syarat ini hendaklah diutamakan setakat terpakai kepada Kad Kredit Visa Signature. Dengan menerima Kad Kredit Visa Signature, Pemegang Kad bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung di dalam ini dan Perjanjian.
1. A. Takrif: Dalam T&C ini, melainkan mengikut yang dikehendaki konteks atau melainkan dinyatakan sebaliknya, ungkapan berikut hendaklah mempunyai pengertian berikut: -
a) "Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad;
b) “Kad” bermaksud Kad Kredit Visa Signature yang dikeluarkan oleh Bank dan termasuk kad tambahan, jika berkenaan;
c) “Akaun Kad” bermaksud akaun Pemegang Kad Utama dengan Bank yang dibuka berkenaan dengan Kad
d) "Pemegang Kad" bermaksud individu yang namanya tertera pada Kad Kredit, sama ada Pemegang Kad utama atau Tambahan, kecuali dinyatakan sebaliknya;
e) “Pemegang Kad Utama” bermaksud Pemegang Kad yang kepadanya dikeluarkan Kad Utama;
f) “Kad Utama” bermaksud Kad Kredit yang dikeluarkan kepada Pemegang Kad sebagai Pemegang Kad yang utama;
g) “Perbelanjaan Runcit” bermaksud apa-apa perbelanjaan runcit dan perbelanjaan dalam talian (termasuk arahan tetap dan Pelan Bayaran Mudah 0% Faedah [“EPP”]) yang dilakukan dalam negara dan/atau luar negara (termasuk perbelanjaan yang dibuat dalam Ringgit Malaysia (“RM”) dan/atau mata wang lain) yang berjaya dicaj kepada Xxx. Perbelanjaan Runcit yang dibuat dalam mata wang selain RM akan ditukar kepada dan dikira dalam RM berpandukan kadar penukaran yang ditentukan oleh Bank pada masa transaksi.
Perbelanaan Runcit tidak termasuk yang berikut:
i. Pengeluaran tunai melalui apa-apa kaedah (iaitu Mesin Juruwang Automatik, kaunter, kuasi tunai, pendahuluan tunai, dan sebagainya);
ii. Produk portfolio seperti Pindahan Baki (“BT”), Call-For-Cash Plus (“CFC Plus”), Call- For-Cash (“CFC”) dan Pelan Bayaran Fleksi (“FPP”);
iii. JomPAY dan transaksi berkaitan kerajaan;
iv. Transaksi yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak berjaya, dibalikkan, tanpa kebenaran, melibatkan penipuan atau menyalahi undang-undang; dan/atau
v. Apa-apa bentuk perkhidmatan atau fi pelbagai, termasuk caj kewangan serta fi seperti fi tahunan kad kredit, caj bayaran lewat dan cukai perkhidmatan kerajaan, yang dikenakan oleh Bank.
h) "RM" bermaksud Ringgit Malaysia, mata wang sah di Malaysia; dan
i) “Pemegang Kad Tambahan” bermaksud individu yang dinamakan oleh Pemegang Kad sebagai Pemegang Kad Tambahan selaras dengan Fasal 22 Perjanjian dan yang kepadanya Kad dikeluarkan oleh Bank.
B. Tafsiran
a) melainkan seperti yang dikehendaki konteks, perkataan yang berhuruf besar dan ungkapan hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti mana ditakrif dalam Perjanjian melainkan ditakrif secara khusus dalam Terma & Syarat ini.
b) Perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan/atau neutral dan begitu juga sebaliknya.
c) Perkataan yang merujuk bilangan tunggal hendaklah termasuk bilangan jamak dan begitu juga sebaliknya.
Program Ganjaran Bonus Plus Points (“Program”)
2. Pemegang Kad layak menyertai Program dan layak memperoleh:
a) 1.5 Bonus Plus Points bagi setiap RM1.00 dibilkan kepada Akaun Kad Pemegang Kad bagi semua Perbelanjaan Runcit dan transaksi pendahuluan tunai yang dibuat dalam negara;
b) 2 Bonus Plus Points bagi setiap RM1.00 dibilkan kepada Akaun Kad Pemegang Kad bagi semua Perbelanjaan Runcit dan transaksi pendahuluan tunai yang dibuat luar negara;
c) Pengumpulan Bonus Plus Points bagi setiap RM1.00 tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dengan memberi notis awal kepada Pemegang Kad;
Pengecualian Fi Tahunan
3. Pemegang Kad berhak menikmati Pengecualian Fi Tahunan tahun pertama sekiranya Pemegang Kad telah melakukan sekurang-kurangnya satu (1) Perbelanjaan Runcit dengan menggunakan Kad dalam masa 45 hari dari tarikh kelulusan Kad.
Supaya layak menikmati Pengecualian Fi Tahunan untuk tahun seterusnya, Pemegang Kad mestilah melakukan Perbelanjaan Runcit terkumpul sebanyak RM30,000 setahun.
Plaza Premium Lounge (PPL)
4. Pemegang Kad berhak mendapat akses tanpa had ke PPL di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
5. Untuk mendapat akses ke PPL, Pemegang Kad dikehendaki menunjukkan Kad sah dan pas masuk di kaunter pendaftaran PPL.
6. Penggunaan PPL adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh PPL. Terma dan syarat PPL boleh disemak di xxx.xxxxxxxxxxxxxxxxx.xxx
7. Bank tidak membuat representasi atau waranti berkenaan PPL dan/atau perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh PPL (“Kemudahan dan Perkhidmatan Lounge”), dan khususnya, tidak membuat sebarang waranti berkenaan kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Lounge atau kesesuaiannya bagi apa-apa tujuan pun, dan Bank juga tidak bertanggungjawab kepada Pemegang Kad atas apa-apa tindakan atau peninggalan Priority Pass berkaitan dengan Lounge Priority Pass dan/atau Kemudahan dan Perkhidmatan Lounge.
8. Pemegang Kad tidak boleh mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kerugian atau kecederaan yang dialami Pemegang Kad semasa berada di dalam PPL pada bila-bila masa.
Rebat Tunai atas Transaksi Runcit Luar Negara
9. Pemegang Kad Utama layak memperoleh rebat tunai sebanyak 1% atas Perbelanjaan Runcit luar negara (“Rebat Tunai”) asalkan Perbelanjaan Runcit luar negara terkumpul sekurang-kurangnya RM10,000 setahun dapat dipenuhi (“Syarat”). Bagi mengelakkan keraguan, Syarat iaitu Perbelanjaan Runcit terkumpul sebanyak RM10,000 setahun, hendaklah termasuk Perbelanjaan Runcit luar negara yang turut dilakukan oleh Pemegang Kad Tambahan.
10. Perbelanjaan Runcit luar negara terkumpul mestilah dibilkan kepada Akaun Kad Pemegang Kad.
11. Rebat Tunai dikira berdasarkan tahun kalendar, pada setiap 31 Disember, termasuk Transaksi Runcit luar negara yang dicatatkan pada 31 Disember.
12. Pembayaran Rebat Tunai maksimum dihadkan setakat RM500 bagi setiap Akaun Kad setiap tahun.
13. Rebat tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Pemegang Kad Utama pada setiap Februari dan akan dipaparkan dalam kitaran penyata bulan Februari Pemegang Kad.
14. Supaya layak mendapat Rebat Tunai, Kad mestilah sah, aktif, berkedudukan baik dan mesti tidak melanggar mana-mana Terma & Syarat dan/atau Perjanjian pada masa Rebat Tunai itu diberikan.
Terma dan Syarat Am
15. Bank berhak, setelah memberi notis awal, untuk mengubah (sama ada melalui penambahan, pengguguran, pengubahsuaian, pemindaan atau selainnya (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat di dalam ini. Pemberitahuan kepada Pemegang Kad berkenaan Pindaan itu hendaklah dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan oleh Bank dalam Perjanjian.
16. Keputusan Bank atas segala hal berkaitan dengan Program, hak mendapat Rebat Tunai dan Pengecualian Fi Tahunan adalah muktamad dan mengikat.
17. Terma dan syarat di dalam dokumen ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang- undang Malaysia dan Pemegang Kad bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah- mahkamah Malaysia.