JABATAN PELESENAN MPHS/SS/001 BORANG SENARAI SEMAK
JABATAN PELESENAN MPHS/SS/001 BORANG SENARAI SEMAK
PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN / IKLAN NO TELEFON: 00-0000 0000 FAX: 00-0000 0000
NO FAIL : / /
1. Sila isikan borang permohonan ini dengan lengkap, terang dan jelas.
2. Potong mana yang tidak berkaitan*.
3. Tandakan ( / ) dalam kotak berkenaan.
4. Sila susun dokumen mengikut turutan dan tuliskan nombor di sebelah kanan atas dokumen tersebut.
5. PERMOHONAN YANG LENGKAP SAHAJA DITERIMA UNTUK DIPROSES
BIL | BUTIRAN DOKUMEN | BILANGAN DOKUMEN | SEMAKAN PEMOHON | SEMAKAN 1 | SEMAKAN 2 | SEMAKAN 3 | SEMAKAN 4 |
1 | Borang permohonan yang lengkap diisi dengan HURUF BESAR (sila pulangkan yang original) | 4 salinan (m/s 5,6 & 7 sahaja) | √ | ||||
2 | Salinan kad pengenalan pemohon. | 1 salinan | √ | ||||
3 | Memorandum dan Perkara Persatuan bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association), Borang 24 (Return of Allotment of Shares) dan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965 yang telah diperakui oleh Setiusaha Syarikat. ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan, Maklumat Pemilik dan Maklumat Perniagaan (mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965) (Alamat SSM sama dengan Alamat Perniagaan) | 1 salinan | √ | ||||
4 | Pelan Lokasi (bukan Google Maps) | 5 salinan | √ | ||||
5 | Gambar premis dari jarak jauh beserta TARIKH GAMBAR TERKINI DIAMBIL (4 sisi berbeza dan 4 salinan yang berwarna – 1 depan, 1 belakang, 2 dalam) Menggunakan APPS TIMESTAMP Playstore (Android) / App Store (Iphone) | 4 salinan | √ | ||||
6 | Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) | 2 salinan | √ | ||||
7 | Surat perjanjian sewa yang telah distamping atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri) yang telah diperakui oleh Xxxxxxxxxxx Xxxxxx/Commisioner of Oath. DAN Salinan Geran ATAU Salinan ‘Sales And Purchase Agreement’ | 1 salinan | √ | ||||
8 | Salinan resit cukai taksiran (sudah berbayar) | 1 salinan | √ | ||||
9 | Kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka. | 1 salinan | √ | ||||
10 | Resit bayaran kelulusan ubah suai bangunan / permit bangunan sementara | 1 salinan | √ | ||||
11 | Pelekat Pemadam Api (Alamat premis) | 1 salinan | √ | ||||
12 | Surat Wakil dan salinan kad pengenalan wakil pemohon lesen | 1 salinan | √ | ||||
13 | Tambahan dokumen dan pematuhan syarat dan peraturan Pihak Berkuasa Melesen mengikut aktiviti perniagaan (Lampiran I) (Jika Berkaitan) | 1 salinan | |||||
Tarikh Semakan | - |
LAMPIRAN I
BIL | BUTIRAN DOKUMEN | BILANGAN DOKUMEN | SEMAKAN PEMOHON | SEMAKAN 1 | SEMAKAN 2 | SEMAKAN 3 | SEMAKAN 4 |
1 | A) PREMIS MAKANAN i) Salinan Sijil Suntikan TY2 (Pemohon & pekerja) ii) Salinan Sijil Kursus pengendalian makanan(pemohon & pekerja) iii) Sijil Pendaftaran Premis Makanan daripada KKM iv) Salinan resit ( bukti ) pembelian alat penapis minyak v) Salinan I/C pekerja | 1 Salinan | √ | ||||
2 | B) PUSAT KECANTIKAN DAN PENJAAGAAN KESIHATAN (Salun rambut, Gunting rambut, Spa, Refleksologi dll) i) Pengesahan kesihatan bagi pengusaha dan pekerja daripada pengamal perubatan yang diiktiraf | 1 salinan | √ | ||||
3 | C) PRODUK KESIHATAN i) Surat sokongan Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Jabatan Kesihatan Negeri | 1 salinan | √ | ||||
D) TASKA / TADIKA / NURSERI / PUSAT JAGAAN / PUSAT PENGAJIAN / PUSAT TUISYEN i) Salinan Sijil Pendaftaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri / Kementerian Pendidikan bagi tadika / pusat tuisyen / pusat pengajian ii) Salinan Perakuan pendaftaran sementara daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi taska / pusat jagaan . iii) Salinan Sijil Suntikan TY2 (pengendali makanan) bagi premis yang menyediakan makanan . (Jika berkaitan ) | 1 salinan | √ | |||||
5 | E) PERUSAHAAN / PERINDUSTRIAN / PERKILANGAN i) Surat lantikan kontraktor pengurusan pembuangan sisa - sisa pepejal/sampah. ii) Kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (bagi aktiviti yang menghasilkan sisa buangan/kitar semula/jenis plastik yang dihasilkan/membahayakan persekitaran ) iii) Perakuan Mesin Jentera daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) . (jika berkaitan) iv) Kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia v) Tambahan dokumen sokongan mengikut aktiviti perkilangan (jika berkaitan) | 1 salinan | √ |
PERCUMA
(Dalam Talian Sahaja
MPHS/JP/001
XXXXXX KOMPOSIT PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
BORANG TELAH DISEMAK:
(UNTUK KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA)
Lengkap dan diterima kelulusan serta merta
Lengkap dan diterima, keputusan dalam tempoh
7 hingga 60 hari bekerja No. Resit Bayaran Caj Proses :
COP TERIMA
…………………………………………………………………….
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
(Tandatangan & Cop Pegawai Penerima)
LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN
BAHAGIAN 1: DATA AKTIVITI PERNIAGAAN
Alamat Premis Perniagaan :
A) Jenis Aktiviti Perniagaan yang dijalankan
BIL | AKTIVITI PERNIAGAAN DIJALANKAN | UNIT/TINGKAT | Keluasan Premis (meter persegi) |
B) Maklumat tambahan jika melibatkan aktiviti perniagaan berikut:
BIL | AKTIVITI PERNIAGAAN LAIN YANG DIJALANKAN | *Unit / Bilangan |
1 | Kedai Gunting | Bil Kerusi : |
2 | Hotel | Bil Bilik : |
3 | Stesen Minyak | Bil Liter Isipadu : |
4 | Tempat Letak Kereta | Bil Petak : |
5 | Pusat Siber | Bil Komputer : |
6 | Panggung | Bil Kerusi : |
7 | ||
8 |
C) Maklumat Jumlah Pekerja
1. Jumlah Pekerja Warganegara
2. Jumlah Pekerja Bukan Warganegara
3. Jumlah Pekerja Lelaki
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
4. Jumlah Pekerja Wanita
BAHAGIAN 2 : DATA PERIBADI PEMOHON / SYARIKAT
1. Nama Pemilik : (Pelesen)
2. No. Kad Pengenalan :
/ Passport
3. Warganegara :
Ya Tidak Nyatakan :
4. Nama Syarikat / Perniagaan : yang Didaftarkan (SSM) /
Badan Profesional berkaitan
5. Alamat Surat Menyurat :
6. No. Telefon :
7. No. Faks :
:
8. Alamat emel(wajib)
9. No. Pendaftaran : Perniagaan / Syarikat
10. Status Bangunan :
Kekal
Separuh Kekal
Sementara
11. Jenis Bangunan :
Rumah Kedai / Kedai Pejabat Kompleks Beli Belah
Kilang, Bengkel, Hotel SOHO
SOFO
Komplek Pembangunan Bercampur Lain-lain. Nyatakan :
12. Ubahsuai kepada bangunan :
Ada Tiada
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
BAHAGIAN 3
(LESEN PAPAN IKLAN PREMIS)
1. BUTIR – BUTIR IKLAN
BIL | UKURAN (METER) | BERLAMPU / TIDAK BERLAMPU | BIL UNIT | BIL MUKA | CARA PAMERKAN (T) TEGAK (M) MELINTANG (A) MENGUNJUR | LOKASI PEMASANGAN IKLAN (DEPAN / SISI) | ||
PANJANG | LEBAR | LUAS | ||||||
2. Salinan visual ilustrasi iklan yang diluluskan oleh DBP dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan PBT (memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan lebih utama & lebih besar dari bahasa lain di Malaysia Pengguanaan Bahasa asing tidak dibenarkan)
3. Gambar lokasi ATAU kedudukan tempat pemasangan iklan premis
PERAKUAN PEMOHON (NAMA PELESEN)
Dengan ini saya mengaku
(nama xxxxxxx)
Xxx mengesahkan bahawa :
i. Segala maklumat yang diberi adalah benar
ii. Aktiviti perniagaan tidak akan diubah atau ditambah tanpa kebenaran majlis
iii. Memaklumkan PBT sekiranya aktiviti perniagaan diubah, ditambah, tamat atau berpindah
iv. TIDAK menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi syarat lesen yang dikeluarkan oleh Majlis
v. Mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan pihak berkuasa yang berkaitan.
Jika ingkar, lesen saya boleh dibatalkan dan dikenakan tindakan perundangan mengikut peruntukan undang – undang yang dikuatkuasa.
……………………………………………………………. …………………………………
(TANDATANGAN PELESEN) Cap Syarikat (Jika Ada)
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
Tarikh :
LESEN PREMIS PERNIAGAAN : SYARAT-SYARAT AM PEMATUHAN
1. Lesen premis perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan di tempat yang mudah dilihat dan ditunjukkan kepada mana-mana Pegawai Majlis yang diberi kuasa apabila diminta berbuat demikian.
2. Lesen Premis Perniagaan yang telah diluluskan tidak boleh dipindah milik tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Majlis. Pertukaran pemegang lesen atau nama syarikat yang baru perlu dibuat dengan cara mengemukakan permhonan tukar nama kepada Majlis.
3. Memastikan cukai taklsiran yang dikenakan oleh Majlis dibayar serta mematuhi segala syarat-syarat pengguanaan bangunan yang berkaitan.
4. Premis perniagaan tidak boleh digunakan sebagai penginapan persendirian.
5. Pemegang lesen tidak dibenarkan menukar atau menambah aktiviti perniagaan yang telah dilesenkan tanpa kebenaran Majlis. Sebarang pertukaran atau penambahan aktiviti perlu dibuat dengan cara mengemukakan permohonan tambah atau tukar aktiviti kepada Majlis.
6. Pihak berkuasa melesen boleh memasuki atau memeriksa mana-mana tempat atau premis yang digunakan atau percaya dengan munasabah premis yang digunakan bagi maksud tred, perniagaan dan perindustrian.
7. Lesen berkuatkuasa dari tarikh pembayaran lesen sehingga tarikh tamat lesen yang tercatat pada lesen perniagaan.
8. PENALTI/TINDAKAN PERUNDANGAN akan dikenakan kepada seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang.
9. Sebarang aktiviti membuat dan memproses hanya boleh dijalankan di premis yang berstatus industri atau kilang sahaja.
10. Pemegang lesen hendaklah memastikan terdapat percahayaan dan pengudaraan yang mencukupi di premis perniagaan.
11. Memperolehi Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Perakuan Pematuhan (CCC) dan disahkan selamat untuk aktiviti perniagaan.
12. Premis yang diubahsuai hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Bangunan PBT berkaitan aktiviti perniagaan yang dijalankan dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan peraturan-peraturan lain yang berkenaan.
13. Menyediakan alat pemadam api yang tidak tamat tempoh.
14. Menyediakan kotak pertolongan cemas yang sentiasa dilengkapi dengan ubat-ubatan dan tidak tamat tempoh.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
15. Dilarang menyimpan haiwan terniar atau haiwan perliharaan di dalam premis perniagaan.
16. Menyediakan kemudahan tandas yang berkeadaan baik dan bersesuaian mengikut keperluan serta kebersihannya perlu sentiasa dijaga.
17. Menyediakan tong sampah yang mencukupi dan bertutup.
18. Menjaga dan memastikan sistem perparitan dan saliran berfungsi dengan sempurna.
19. Semua bahan-bahan yang tidak digunakan perlu diuruskan dengan baik dan dibuang ditempat yang dibenarkan sahaja.
20. Mengamalkan amalan pengasingan sampah (3R).
21. Memastikan sebarang efluen atau kumbahan disalurkan melalui alat perangkap sisa makanan / minyak yang disediakan sebelum disalurkan ke saluran kumbahan atau tangki najis. Alat tersebut perlu sentiasa diselenggara dan berfungsi dengan sempurna pada setiap masa operasi perniagaan dijalankan.
22. Dilarang mengamalkan pembakaran terbuka untuk habuk-habuk kayu dan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu awam.
23. Kebersihan premis dan kawasan sekeliling hendaklah sentiasa dijaga dan tidak memberi kacau ganggu kepada mesyarakat setempat.
24. Dilarang meletakkan barang-barang atau benda-benda lain untuk jualan di laluan awam kecuali mendapat kelulusan dari Majlis.
25. Dilarang menghalang jalan-jalan sisi / lorong belakang dan tepi jalan.
26. Halangan atau rintangan di pintu masuk / pintu keluar tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan membuat apa-apa sambungan binaan diluar dari premis asal atau binaan yang menutup longkang tanpa kebenaran Majlis.
27. Sekiaranya terdapat ubahsuai yang melibatkan sekatan dinding, awning, ‘ramp’ dan pecahan dinding hendaklah mendapat kelulusan Masjlis.
28. Sekiranya terdapat ubahsuai yang melibatkan binaan penutup longkang pemilik premis hendakalah mendapat kelulusan Majlis dengan membina ‘Ms Grating’ untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan. Menutup keseluruhan longkang adalah tidak dibenarkan.
29. Perlu memperbaharui kelulusan Kebenaran Merancang 3 bulan sebelum tamat tempoh bagi premis yang melibatkan perubahan material (jika berkaitan).
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
30. TINDAKAN PENGUATKUASAAN akan diambil terhadap pemegang lesen yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PERNIAGAAN PENYEDIAAN & PENGENDALIAN MAKANAN
1. Semua pengendali makanan dan pekerja diwajibkan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majis dan mendapatkan suntikan pelalian TY2.
2. Aktiviti perniagaan berkaitan makanan yang dijalankan hendaklah terletak di kawasan yang dibenarkan oleh Majlis.
3. Bilangan dan kedudukan gerai di dalam sesebuah premis makanan hendaklah sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Majlis.
4. Hendaklah memohon permit daripada Majlis bagi meletak kerusi meja di luar premis yang terhad hanya di siar kaki sahaja. Kelulusan hanya untuk kegunaan pelanggan sahaja.
5. Menjadi tanggungjawab untuk memastikan sijil penggredan premis makanan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan. Kegagalan mendapat penarafan gred minima yang ditetapkan boleh mengakibatkan TINDAKAN PENUTUPAN aktiviti perniagaan oleh pihak Majlis.
6. Dinding di seluruh kawasan premis hendaklah dipasang dengan jubin atau apa-apa bahan lain yang mudah dibersihkan sekurang kurangnya 1.5 meter dari paras lantai.
7. Lantai di seluruh kawasan premis hendaklah dipasang dengan jubin atau apa-apa bahan api yang mudah dibersihkan dan dari jenis ‘non-slip’.
8. Dilarang melakukan sebarang aktiviti mencuci atau memasak di luar premis perniagaan.
9. Gerai-gerai, rak makanan, dan peralatan tidak dibenarkan diletak atau disimpan di lorong belakang, siarkaki atau lorong tepi premis.
10. Pemilik premis makanan hendakalah menyediakan ‘exhaust fan’ yang bersesuaian dan mencukupi serta mematuhi syarat-syarat dan keperluan teknikal yang ditetapkan oleh Majlis. Corong asap tidak dibenarkan dipasang mengarah ke bawah atau ke dalam longkang.
11. Mengadakan stor yang mencukupi untuk penyimpanan bahan mentah yang kering hendaklah di atas rak bertingkat supaya bahagian bawah rak bertingkat bebas dari paras lantai.
12. Premis makanan dan stor hendakalah bebas dari urungan lalat/lipas/tikus dan serangga dan binatang yang seumpamanya.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
13. Semua premis makanan hendakalah melantik satu syarikat kawalan serangga perosak (‘Pest Control’) yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja kawalan supaya dapat mencegah pembiakan dan premis sentiasa bebas dari urungan lalat/lipas/tikus dan serangga atau pun hendakalah menyediakan jadual rawatan pencegahan lalat/lipas/tikus dan serangga.
14. Mengemukakan Sijil Pest Control untuk semakan dan pemeriksaan.
15. Mengadakan kemudahan tandas yang mencukupi. Tandas hendaklah dijaga supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak berbau busuk. Tandas juga hendaklah dilengkapi kemudahan mencuci tangan serta menyediakan kemudahan berikut :
• Bekalan sabun
• Tisu
• Tong sampah bertutup
• Pewangi
16. Mengadakan sinki cuci tangan dengan bekalan sabun dan tisu untuk kegunaan pelanggan.
17. Mengadakan tong sampah bertutup yang mencukupi. Sampah dan sisa makanan hendaklah diisi ke dalam beg plastik yang diletak ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah di kawasan premis.
18. Dilarang membuang sampah dan sisa makanan ke atas lantai atau ke dalam longkang.
19. Dilarang membuang sisa makanan dan sisa minyak ke dalam saliran perparitan awam. Perlu memasang alat perangkap sisa makanan & minyak (grease trap) yang menepati standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Majlis.
20. Pemegang lesen dilarang mengambil pekerja dari rakyat asing atau bukan warganegara kecuali mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen. Pekerja asing ini perlu mendapatkan dan suntikan pelalian TY2 sijil terkini semasa permohonan / pembaharuan lesen.
21. Semua pengendali makanan dan pekerja hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan kemas, memakai apron, topi dan berkasut.
22. Semua pengendali makanan dan pekerja perlu menjaga kebersihan diri seperti memotong kuku, berambut pendek (lelaki) dan perempuan sekiranya panjang perlu diikat kemas.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
23. Pengusaha premis makanan hendaklah mengadakan jadual pembersihan. Bagi restoran yang beroperasi 24 jam perlu menutup premis selama 6 jam seminggu atau yang ditetapkan oleh pihak Majlis untuk tujuan pembersihan dan penyelenggaraan.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PERNIAGAAN / PERINDUSTRIAN / BENGKEL / KEJURUTERAAN
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi syarat dan peraturan bagi Premis Perniagaan Penyediaan Makanan.
2. Memastikan bahan-bahan atau larutan yang mudah terbakar hendaklah disimpan dalam bekas bertutup.
3. Memastikan semua bahan hendakalah disimpan mengikut cara dan keadaan yang dapat mencegah kebocoran bahan-bahan berbahaya.
4. Mematuhi syarat-syarat Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, Alam Sekitar (Agensi Teknikal)
5. Pengguanaan ‘ramp’ mudah alih adalah dibenarkan dan perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Bangunan.
6. Penyewaan petak letak kereta khas dibenarkan mengikut kelulusan Majlis.
7. Aktiviti pemunggahan hendaklah tidak menghalang lalulintas dan dijalankan di lorong belakang.
8. Lantai hendakalah berkonkrit, kuat dan disudahi dengan bahan kalis air yang senang dicuci, tidak licin (non-slip) seperti expoxy, lantai jubin, floor hardener dan bahan yang sama jenisnya.
9. Dinding dalam stor premis hendaklah disudahi dengan bahan kalis air yang senang dicuci.
10. Barang bukan makanan (jika ada) tidak dibenarkan disimpan / distorkan di tempat yang sama dengan makanan / minuman. Simpanan / pengestoran bahan kimia / toksid dan lain-lain bahan yang bahaya atau boleh mencemarkan makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali disimpan di dalam gudang makanan / minuman.
11. Semua barang-barang gudang hendaklah disusun dengan kemas, teratur, bersih dan selamat di atas rak-rak daripada bahan yang tidak mudah berkarat, plastik yang tahan lama atau pallet kayu yang kuat dan senang dibersihkan.
12. Bahan makanan dan minuman di gudang tidak boleh terdedah dan hendaklah dibungkus di dalam bungkusan seperti kotak, tin, botol, beg plastik dan sebagainya yang sempurna dan bersih atau dengan bahan yang tidak boleh mencemarkan makanan / minuman.
13. Bagi gudang atau stor yang menyimpan bahan-bahan makanan dan minuman perlu mengemukakan Sijil Pest Control terkini semasa pemeriksaan.
14. Bahan-bahan simpanan merbahaya atau berjadual perlulah mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
15. Gudang makanan / minuman hanya untuk simpanan / pengstoran bahan makanan dan minuman.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PUSAT HIBURAN – KELAB MALAM / PUB / DISKO/ PUSAT ISTIREHAT / PUSAT HIBURAN KELUARGA / KARAOKE
1. Semua Pusat Hiburan hendaklah menghadkan operasi sehingga jam 1.00 pagi atau masa yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melesen di bawah Lesen Hiburan dan Majlis.
2. Pengunjung di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan memasuki mana-mana Pusat Hiburan Keluarga perlu disertai ibu bapa atau penjaga yang sah.
3. Mematuhi semua syarat-syarat di dalam Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 1995 Dan Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Temapt Hiburan yang berkaitan.
4. Pegawai Pelesen boleh membatalkan lesen ini pada bila-bila masa jika berlaku mana- mana pelanggaran syarat atau sekatan lesen ini atau mana-mana peruntukan Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan atau mana-mana peraturan yang berkaitan dibuat di bawahnya.
5. Tiada hiburan berbentuk lucah atau ganas boleh diadakan di tempat hiburan.
6. Tidak dibenarkan mana-mana orang membawa masuk, mengedar, menjual, mengambil, atau menghisap dadah atau bahan terlarang di tempat hiburan.
7. Tiada bir atau minuman yang memabukkan dihidangkan atau diminum di dalam tempat hiburan melainkan suatu lesen minuman keras telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
8. Memastikan tiada sebarang pertaruhan, loteri atau perjudian diadakan.
9. Tidak dibenarkan mana-mana orang membawa apa-apa senjata di dalam apa bentuk di dalam tempat hiburan.
10. Pusat hiburan mestilah menutup tempat kepada semua pelanggan dan menamatkan segala aktiviti termasuk aktiviti jualan minuman, makanan dan muzik tepat pada masa tutup yang ditetapkan.
12. Notis hendaklah dipamerkan di pintu masuk sebelah luar Contoh Notis “Orang yang berumur di bawah 18 tahun dilarang masuk”.
13. Pusat karaoke yang mempunyai bilik-bilik khas atau sekatan-sekatan di dalamnya perlu mendapat kelulusan pengubahsuaian dari Jabatan Bangunan, pintu hendaklah mempunyai cermin yang mempunyai tahap ketelusan cahaya lebih 70%. Pintu tidak bolehn berkunci sepanjang masa beroperasi.
14. Jarak kedudukan premis mestilah di kawasan yang telah di zonkan dan kurang dari 300 meter dari sekolah, institusi pendidikan, kawasan perumahan, institusi agama, kompleks kerajaan atau lain-lain kawasan yang dianggap sensitif oleh Majlis.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
15. Tiada Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dibenarkan di dalam premis hiburan dan semua pencahayaan mestilah ditutup pada waktu operasi tamat serta lain-lain sekatan dan syarat yang dikemukakan oleh pihak Majlis dari masa ke semasa.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PUSAT RAWATAN KECANTIKAN
1. Memastikan perkakas dan alatan sentiasa dicuci dan direndam dalam ‘disinfecting solution’.
2. Pengusaha dan pekerja terlibat wajib menjalani ujian saringan HIV oleh Jabatan Kesihatan dan disahkan bebas daripada penyakit tersebut dan semua pekerja yang memberi rawatan hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
3. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan pada setiap tahun.
4. Pekerja hendaklah berpakaian seragam dan bersih, sopan dan tidak mencolok mata.
5. Semua pekerja-perkerja hendaklah memakai tag nama.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
6. Tidak dibenarkan memasak atau membawa masuk makanan kecuali di tempat khas yang disediakan.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN – PUSAT URUT & REFLEKSOLOGI
1. Dinding hadang premis dan pintu masuk premis hendaklah terdiri daripada cermin telus cahaya dan permukaan cermin tersebut hendaklah bebas dari sebarang pelekat, poster, ‘tinted’ atau apa-apa yang boleh menghalang pandangan. Pintu hendaklah tidak dikunci semasa waktu perniagaan.
2. Pusat Penjagaan Kesihatan hendaklah berkonsep terbuka. Walaubagaimanapun, pemegang lesen dibenarkan memasang tirai yang berukuran 2 kaki dari paras lantai dan tinggi tidak melebihi 6 kaki kecuali mendapat kelulusan Majlis.
3. Pemohon tidak dibenarkan membuat apa-apa sekatan (partition) sama ada berbentuk kekal (konkrit) atau separuh kekal (gypsum board).
4. Bagi urut refleksologi hanya dibenarkan meletakkan kerusi urut sahaja.
5. Pemegang lesen dilarang mempamerkan bahan lucah dalam premis urut atau sekitarnya dan papan tanda hendaklah dipamerkan pada setiap masa ditempat yang mudah dilihat di luar premis.
6. Lokasi premis hendaklah berada di kawasan yang telah dizonkan dan sekurang-kurangnya 300 meter daripada kawasan sensitif iaitu rumah kediaman, rumah ibadat, sekolah, institusi pendidikan dan pejabat kerajaan.
7. Rekod yang mengandungi nama, no. kad pengenalan/passport, alamat kediaman, gambar dan butiran yang berkaitan dengan pekerja dan tukang urut hendaklah disediakan dan sentiasa dikemaskini.
8. Pemegang lesen tidak dibenarkan mengambil pekerja berumur di bawah 18 tahun.
9. Pemegang lesen tidak dibenarkan mengambil tukang urut berumur di bawah 21 tahun.
10. Pekerja yang memberi rawatan urutan hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
11. Pengusaha dan pekerja terlibat wajib menjalani ujian saringan HIV oleh Jabatan Kesihatan dan disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
12. Pekerja dan tukang urut hendaklah berpakaian seragam yang bersih, sopan dan tidak mencolok mata.
13. Semua pekerja-pekerja hendaklah memakai tag nama.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
14. Tukang urut wanita hanya dibenarkan mengurut pelanggan wanita dan tukang urut lelaki hanya dibenarkan mengurut pelanggan lelaki. (bagi pelanggan yang beragama Islam).
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN – BUKAN PUSAT URUT
1. Dinding hadapan premis dan pintu masuk premis pusat penjagaan kesihatan hendaklah terdiri daripada cermin telus cahaya dan permukaan cermin tersebut hendaklah bebas dari sebarang pelekat, poster, ‘tinted’ atau apa-apa yang boleh menghalang pandangan. Pintu hendaklah tidak dikunci semasa waktu perniagaan.
2. Pemohon tidak dibenarkan membuat apa-apa sekatan (partition) sama ada bentuk kekal (konkrit) atau separuh kekal (gypsum board). Walaubagaimanapun, partition boleh dipertimbangkan dengan syarat terdapat kelulusan pihak Majlis.
3. Reka bentuk bilik rawatan hendaklah mengikut konsep terbuka dan mestilah mempunyai cahaya dan pengudaraan yang sempurna dan mencukupi.
4. Pemegang lesen dilarang mempamerkanbahan lucah dalam premis urut atau sekitarnya dan papan tanda hendaklah dipamerkan pada setiap masa ditempat yang mudah dilihat di luar rumah urut.
5. Satu buku daftar yang mengandungi nama, no. kad pengenalan/passport, alamat kediaman, gambar dan butiran yang berkaitan dengan pekerja hendaklah disediakan dan sentiasa dikemaskini.
6. Xxxxxxx yang berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan.
7. Pekerja yang memberi rawatan hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan yang diiktiraf.
8. Pengusaha dan pekerja terlibat wajib menjalani ujian saringan HIV oleh Jabatan Kesihatan dan disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
9. Pekerja hendaklah berpakaian seragam yang bersih, sopan dan tidak mencolok mata.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
10. Semua pekerja-pekerja hendaklah memakai tag nama.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI AKTIVITI PUSAT SIBER & KAFE SIBER
1. Semua pusat siber & kafe siber hendaklah menghadkan operasi sehingga jam 12.00 malam.
2. Pusat siber / kafe siber hanya dibuka kepada pengunjung berumur 12 tahun ke atas. Walaubagaimanapun mereka yang berumur 12 tahun dibenarkan mengunjungi pusat siber / kafe siber dengan ditemani oleh ibu bapa / penjaga.
3. Pengunjung yang berumur 12 tahun ke bawah hanya dibenarkan berada di dalam premis sehingga pukul 10.00 malam sahaja.
4. Dilarang membenarkan pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah berada di dalam premis.
5. Premis perlulah terbuka dengan sistem pencahayaan yang terang.
6. Dilarang menggunakan cermin gelap dan perlu berada ditingkat bawah sahaja.
7. Penjualan minuman keras dan rokok adalah dilarang sama sekali.
8. Tidak dibenarkan menjalankan kegiatan / aktiviti yang menyalahi peraturan seperti perjudian, muat turun bahan lucah, aktiviti berbentuk hiburan dan lain-lain.
9. Tidak menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat setempat.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
10. Pemilik lesen tidak dibenarkan menggajikan pekerja warga asing.
SYARAT & PERATURAN BAGI KELULUSAN IKLAN PREMIS
1. Permohonan untuk lesen iklan premis hendaklah mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan Majlis dan syarat-syarat yang berkaitan.
2. Iklan atau papan tanda tidak boleh dipasangkan sebelum lesen diperolehi.
3. Pemohon hendaklah mengemukakan 1 set visual yang berwarna dengan saiz kertas A4 dan mengikut format ditetapkan seperti berikut :
a. Illustrasi terperinci iklan yang menunjukkan
i. Ukuran Papan tanda (Unit Meter)
ii. Menyatakan aktiviti dalam Bahasa Malaysia
iii. Nama syarikat dan no. pendaftaran syarikat di sudut bawah sebelah kanan
iv. Nyatakan sama ada iklan bercahaya atau tidak
v. Bilangan sisi / muka (perlu mendapat kebenaran jiran sebelah)
b. Gambar kedudukan iklan
c. Pelan lokasi di mana iklan akan dipasang
d. Nama dan tandatangan pemohon
e. Cop Perniagaan
4. Permit struktur daripada Jabatan Bangunan PBT jika iklan yang didirikan mempunyai struktur hingga ke bumbung bangunan. Iklan yang menutup tingkap dan bersaiz besar adalah dibenarkan dengan kelulusan pihak Jabatan Bomba Malaysia.
5. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam semua iklan sama ada secara sendiri atau dengan bahasa-bahasa lain. Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama bahasa lain, perkataan dalam Bahasa Malaysia hendaklah lebih besar daripada bahasa lain, diutamakan dari segi kedudukan, digunakan dalam nahu yang betul dan perkataan tersebut mestilah mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu. Pengesahan ‘online’ boleh dipengaruhi melalui laman web xxxx://xxx.xxx.xxx.xx
6. Penggunaan tulisan bahasa asing yang lain selain daripada Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan tulisan jawi adalah digalakkan.
7. Hanya Bahasa yang digunakan oleh kaun dan etnik Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sahaja yang boleh dipaparkan pada iklan yang dipasang.
8. Hanya nama sesuatu firma, syarikat atau persatuan sebagaimana yang didaftarkan adalah terdiri dari atau termasuk perkataan yang bukan dalam Bahasa Malaysia, adalah tidak perlu untuk menterjemahkan perkataan-perkataan itu ke dalam Bahasa Kebangsaan.
JABATAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
03-60641331
EXT 131 / 159 / 160
BORANG PERMOHONAN LESEN MPHS/JP/001
9. Tiada seorang pun boleh menggunakan di mana-mana bahagian iklan apa-apa perkataan “Halal”, “Ditanggung Halal” atau lain-lain perkataan yang menunjukkan bahawa sesuatu makanan atau minuman yang dimaksudkan oleh iklan itu telah diproses, dimasak atau dibuat dengan cara yang diluluskan oleh JAKIM.