SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JULAI 2023
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JULAI 2023
KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
PENDAFTARAN
1) Saya telah memohon masuk ke Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menerima tawaran tersebut?
Terdapat empat (4) langkah mudah bagi bakal pelajar untuk melengkapkan proses pendaftaran:
a) Semakan permohonan kemasukan di laman web xxxx://xxxxxxxxxxx.xxxx.xxx.xx/xxxxxxxxx/. Cetak Surat Tawaran dan Muat Turun Buku Panduan Pendaftaran di menu => Review.
b) Xxxxxxxx dan mengemaskini maklumat penjaga di menu => Guardian.
c) Membuat bayaran yuran pengesahan dan yuran pendaftaran (RM400) atas talian (online) di menu => Payment.
d) Mendaftar secara atas talian (online) di laman web xxxxx://xxxxxxxxx.xxxx.xxx.xx/ pada
3 – 5 Julai 2023. Rujuk FAQ Soalan 2 & Rujuk jawapan kepada soalan 2.
2) Saya telah dimaklumkan oleh pihak kolej bahawa pendaftaran pelajar baharu dilaksanakan secara online. Bagaimanakah proses pendaftaran tersebut?
Mendaftar masuk / melapor diri di Sistem EREGISTER (3 – 5 Julai 2023)
Langkah-langkah untuk mendaftar online / melapor diri online :
a) Pelajar baharu yang telah membuat bayaran pengesahan perlu ke laman web
xxxxx://xxxxxxxxx.xxxx.xxx.xx/ => STUDENT LOGIN
b) Pelajar dikehendaki memasukkan NO IC dan NO RUJUKAN SURAT TAWARAN untuk login ke dalam sistem eregister.
d) Xxxxxxx XXXXX memasukkan nick name serta mengemaskini nombor telefon dan alamat emel peribadi. Seterusnya klik AGREE.
e) Seterusnya, pelajar perlu memuatnaik (upload) snapshot IC (MYKAD) dan SIJIL/SLIP RESULT SPM (wajib). Kemudian, klik SUBMIT.
f) Semak dan pastikan dokumen berjaya dimuatnaik dan boleh dibaca sepenuhnya. Selesai.
*Sebagai tujuan keselamatan, dokumen yang dimuatnaik perlu berpalang dengan tulisan
“UNTUK KEGUNAAN KPTM SAHAJA”
3) Bilakah tarikh saya perlu melapor diri di kampus & mendaftar asrama?
Tarikh melapor diri di kampus & daftar asrama ialah pada 7 Julai 2023 (Jumaat). Maklumat lanjut mengenai hari lapor diri di kampus adalah seperti berikut:
Tarikh Lapor Diri di Kampus : 7 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : BK17 & BK18 (Blok Akademik)
Pintu Masuk : Pintu pagar A (Tepi PLATINUM MALL)
Alamat:
KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
LEMBAH SIREH, SEKSYEN 17, 00000 XXXX XXXXX, XXXXXXXX
Makluman kemasukan melalui Pintu Pagar A
Kenderaan TIDAK dibenarkan masuk melalui Pagar A.
4) Bolehkah saya melapor diri selepas tarikh 7 Julai 2023?
Boleh, tetapi tidak digalakkan melapor diri selepas 7 Julai 2023. Pelajar yang lewat mendaftar akan ketinggalan info-info penting yang akan disampaikan pada hari melapor diri dan hari orientasi/induksi pelajar.
5) Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
TIDAK BOLEH. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPTM.
6) Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran.
Pendaftaran tanpa pengesahan penerimaan tawaran tertakluk kepada kekosongan dan budi bicara pihak pengurusan kolej.
7) Dokumen apakah yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran?
Semua pelajar baharu perlu melengkapkan dokumen/borang-borang pendaftaran yang boleh didapati dalam BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU.
Borang-borang pendaftaran perlu dicetak. Pelajar perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan sertakan dokumen seperti yang dinyatakan dalam borang-borang tersebut.
Dokumen tersebut perlu diserahkan pada 10 - 11 Julai 2023 (Isnin-Selasa) di kaunter yang akan dimaklumkan kemudian.
Berikut adalah SENARAI SEMAK (DOKUMEN YANG DIPERLUKAN):
1. Dokumen Pendaftaran Kediaman
Bil | Perkara | Nombor Rujukan Borang |
1 | Xxx Xxxxx Xxxxxxxxxx Xxxxxxxx | XXXX.PS.01.08-01 |
2. Dokumen Pendaftaran & Rekod
Bil | Perkara | Catatan |
1 | Set 1 | Perlu diisi dan dilengkapkan oleh SEMUA PELAJAR dan diserah semasa pendaftaran |
3. Dokumen Pendaftaran Kewangan & Tajaan
Bil | Perkara | Catatan / Rujukan Borang |
1 | Set 2 | Menyediakan dokumen sokongan bagi pelajar yang layak memohon Pinjaman Pelajaran MARA/PTPTN |
2 | Resit Bayaran | Cetak dan simpan resit bayaran sebagai bukti. |
3 | Surat Akuan Pembiayaan Pelajar (KPTMSB.JKEW.PS.AKP.04.01-00) | Perlu diisi dan dilengkapkan oleh SEMUA PELAJAR dan diserahkan semasa pendaftaran. |
8) Bagaimanakah jika saya ada masalah berkaitan dokumen/borang-borang pendaftaran?
Anda boleh menghubungi staf/pegawai yang berkaitan di nombor telefon rasmi KPTM Kota Bharu iaitu 09-7462020.
Berikut adalah nombor sambungan jabatan/unit tersebut:
No | Perkara | Nama Jabatan/Unit | No ext. (sambungan) |
1. | Dokumen Pendaftaran Kediaman - Aku Janji Penginapan Kediaman | Unit Kediaman (HEP) | ext. 234/303 |
2. | Dokumen Pendaftaran & Rekod - SET 1 | SPRS | ext. 216/217 |
3. | Dokumen Pendaftaran Tajaan - SET 2 | Unit Tajaan | ext. 213 |
4. | Dokumen Pendaftaran Kewangan - Surat Akuan Pembiayaan Pelajar | Jabatan Kewangan | ext. 212/273 |
9) Adalah semua pelajar baharu perlu menghadiri orientasi dan induksi?
Ya, semua pelajar baharu DIWAJIBKAN menghadiri dan mengikuti sepenuhnya orientasi dan induksi pelajar baharu yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling KPTM Kota Bharu. Sesi orientasi dan induksi berlangsung selama satu (1) hari iaitu pada 8 Julai 2023.
10) Adakah pendaftaran saya telah lengkap setelah selesai menghadiri orientasi dan induksi?
Pendaftaran BELUM LENGKAP. Pendaftaran akan lengkap setelah pelajar mendaftar masuk ke sistem SPMP.
Mendaftar masuk ke Sistem SPMP (9 – 12 Julai 2023) :
Semua pelajar baharu adalah DIWAJIBKAN Login ke Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) di pautan xxxxx://xxxxxx.xxxx.xxx.xx/xxxxxx/xxxxx.xxx bermula 9 Julai 2023.
Login – Username : Xx.XX Pelajar (KBJ23*******) , Password : No.Kad Pengenalan Pelajar (tanpa ‘-‘)
*(Catatan : Xx.XX pelajar akan DITERIMA oleh pelajar semasa hari lapor diri di kampus pada 7 Julai 2023)
Pelajar dikehendaki menukar password bagi membuktikan pelajar telah berjaya mendaftar sebagai pelajar KPTM untuk Sesi Julai 2023. Pelajar akan memperolehi email rasmi KPTM (@xxxxxxx.xxxx.xxx.xx) melalui SPMP.
KULIAH
1) Bilakah sesi kuliah akan bermula?
Sesi kuliah secara bersemuka (face to face) akan bermula pada 9 Julai 2023 (Ahad).
2) Bagaimanakah saya boleh dapatkan jadual kelas?
Jadual kelas akan dipaparkan di website rasmi kolej bermula 8 Julai 2023.
3) Berapakah tempoh masa pengajian bagi mengikuti diploma di KPTM Kota Bharu?
Tempoh pengajian bagi mengikuti program diploma di KPTM Kota Bharu adalah selama 2 tahun 4 bulan.
*Program Diploma Kejururawatan tempoh pengajian 3 tahun.
4) Bagaimanakah proses pelaksananan kuliah?
Pelaksanaan kuliah secara bersemuka (face to face).
5) Bagaimanakah dengan pendaftaran kursus yang perlu saya ikuti sepanjang tempoh pengajian saya?
Bagi pelajar baharu, pendaftaran kursus akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak akademik kolej. Bagi pelajar kanan/lama, pelajar perlu membuat pra-pendaftaran kursus
6) Apakah keperluan lain untuk mengikuti kuliah seperti pembelian buku rujukan dan lain-lain?
Keperluan buku / modul bergantung sepenuhnya kepada pensyarah kursus. Pelajar boleh merujuk kepada pensyarah kursus masing-masing semasa sesi kuliah bermula.
7) Bagaimanakan penyaluran maklumat berkenaan jadual kuliah dan juga peraturan-peraturan akademik kolej?
Pelajar boleh mengakses jadual kuliah dan Buku Peraturan Akademik tersebut bagi tujuan rujukan dan panduan yang akan dimuatnaik di website rasmi KPTM Kota Bharu (xxxxxx.xxxx.xxx.xx).