TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN SEWA BELI
TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN SEWA BELI
Kemudahan Pembiayaan Kereta Hong Leong diberikan kepada Penyewa yang diperihal dalam Bahagian I Perjanjian Sewa Beli oleh HONG LEONG BANK BERHAD sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan alamat berdaftarnya di Aras 30, Menara Hong Leong, No. 0, Xxxxx Xxxxxxxxx, Xxxxx Xxxxxxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx (kemudian dari ini disebut ‘Pemunya’ yang ungkapannya jika sesuai dengan konteks termasuk pengganti dan pemegang serah haknya) tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian Sewa Beli seperti berikut (“Perjanjian”). Apabila pembayaran kemudahan sewa beli ini telah dibuat, maka penyewaan Barangan hendaklah dianggap telah bermula pada tarikh yang dinyatakan dalam Lampiran.
1. REPRESENTASI DAN WARANTI PENYEWA
Berikut adalah representasi dan waranti yang dibuat oleh Penyewa kepada Pemunya:
(a) Penyewa tidak mempunyai hak milik atau kontraktual kini terhadap Barangan;
(b) Borang yang telah lengkap diisi dalam Jadual Kedua (Bahagian I dan Bahagian II, mengikut mana yang berkenaan) Akta Sewa Beli 1967 telah disampaikan dengan sempurna kepada Penyewa sebelum Penyewa membayar yuran tempahan dan sebelum menandatangani Perjanjian ini;
(c) Penyewa telah menyerahkan kepada Peniaga Kereta wang tunai dan/atau barangan di bawah ini dan jumlah wang tunai tersebut dan/atau jumlah yang dipohon oleh Peniaga Kereta bagi barangan yang dijual kepada Peniaga Kereta oleh Penyewa terhadap deposit yang dinyatakan dalam Lampiran;
(d) deposit yang dibayar atau diberi oleh Penyewa itu merupakan dan menjadikannya deposit yang sah di sisi undang- undang;
(e) Penyewa tidak maklumkan kepada Pemunya mahupun kepada Wakil Peniaga mahupun kepada mana-mana pekerja atau ejen Peniaga Kereta tentang apa-apa tujuan khas yang Penyewa menghendaki Barangan itu dan Penyewa telah memeriksa Barangan dengan teliti dan bergantung kepada pertimbangan Penyewa sendiri akan kesesuaian, kepadanan atau keadaannya;
(f) Pemunya tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan penyerahan Barangan tersebut.
2. KEWAJIPAN PENYEWA
Kewajipan Penyewa menurut Perjanjian ini adalah seperti berikut:-
(a) tidak membuat bayaran kepada Peniaga Kereta, ejen atau orang-orang yang bertindak bagi pihak Pemunya melainkan bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
(b) tidak membuat apa-apa bayaran atau ansuran kepada mana-mana Peniaga Kereta tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Pemunya;
(c) membayar deposit (yang termasuk deposit dalam apa jua bentuk selain wang tunai) yang dinyatakan dalam butiran
(ii) Bahagian III Lampiran sebagai balasan opsyen untuk membeli terkandung dalam Fasal 7;
(d) membayar tepat pada waktunya dan tanpa ada tuntutan terdahulu ansuran bulanan atau apa-apa ansuran bulanan terpinda yang ditentukan dalam Bahagian IV Lampiran (kemudian dari ini disebut “ansuran”) dan semua bayaran lain di bawah ini yang dibenarkan menurut Akta Sewa Beli 1967 (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Akta”) atau undang-undang semasa kini walaupun terdapat kecacatan, kerosakan atau kehilangan Barangan atas apa jua sebab sekalipun Penyewa tidaklah mempunyai hak memiliki, menguasai atau menggunakan Barangan;
(e) apa-apa jumlah wang perlu dibayar menurut Perjanjian ini kepada Pemunya dikirim melalui pos hendaklah atas risiko Penyewa, dan tidak dikenakan sebarang caj pertukaran kewangan. Bayaran dengan cek bagi sejumlah wang perlu dibayar menurut Perjanjian ini hendaklah hanya dikreditkan kepada akaun Penyewa selepas penjelasan cek tersebut selesai;
(f) Pemunya dibenarkan mengasingkan atas budi bicaranya apa-apa wang yang dibayar oleh Xxxxxxx kerana menjelaskan atau menjelaskan sebahagian apa-apa bayaran, hutang atau liabiliti berbangkit daripada di bawah Perjanjian ini dan/atau apa-apa perjanjian tambahan bagi Perjanjian ini melainkan dilarang oleh Akta;
(g) Barangan sentiasa berada dalam keadaan baik dan Xxxxxxx hendaklah membayar Pemunya setelah Pemunya membuat tuntutan bertulis terhadap segala kehilangan (termasuk kehilangan sepenuh), kerosakan, tuntutan dan perbelanjaan berbangkit daripada sebarang kerosakan Barangan biar apa pun sebabnya dan/atau apa-apa pembaikan atau penggantian dibuat ke atasnya. Xxxxxx kerja membaiki dan mengganti bagi Barangan biar apa pun sebabnya hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mendapat kelulusan bertulis daripada Pemunya dengan perbelanjaannya ditanggung oleh Xxxxxxx. Dalam pada itu Penyewa adalah dilarang daripada mencipta sebarang lien atau mencagarkan kredit anda bagi membaiki Barangan atau bagi apa-apa tujuan lain sekalipun;
(h) tidak melepaskan milik, juga tidak memberi pinjam, menjual, memberi sewa, mencagarkan ataupun berusaha untuk urus niaga atau menjual atau cuba untuk menjual Barangan;
(i) memberitahu Xxxxxxx secara bertulis melalui pos berdaftar dengan serta-merta akan sebarang perubahan alamat Penyewa dan tidak mengalihkan Barangan dari alamat tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Pemunya;
(j) menurut serta patuh kepada segala undang-undang, undang-undang kecil, statut, peraturan dan arahan pihak-pihak berkuasa berkenaan bersabit dengan Barangan atau penggunaannya dan membayar Pemunya setelah Pemunya membuat tuntutan bertulis terhadap segala tuntutan dan kos yang ditanggung oleh Pemunya daripada penggunaan, pengendalian atau penyimpanan Barangan atau dengan apa-apa cara berkaitan dengannya;
(k) memberitahu Xxxxxxx secara bertulis melalui pos berdaftar dengan serta-merta jika Barangan menjadi subjek sebarang litigasi, tindakan undang-undang, penyitaan, perampasan, pelaksanaan, distraint atau lien oleh sesiapa jua
dan menanggung segala kos dan perbelanjaan (termasuk kos guaman atas dasar peguam cara dan anak guam) untuk mendapatkan pelepasan Barangan;
(l) atas permintaan Pemunya, menampilkan Barangan untuk diperiksa dan diuji oleh Xxxxxxx, ejen atau pekerja dan memberi mereka kemudahan yang munasabah dan wajar supaya mereka boleh melakukan kerja itu;
(m) tidak melakukan apa-apa penambahan atau pindaan kepada Barangan, tidak melekatkan atau memasang apa-apa aksesori, peralatan atau peranti padanya tanpa izin bertulis daripada Pemunya dan jika benda-benda itu ada dilekatkan atau dipasangkan pada atau di dalam Barangan sama ada diizinkan oleh Pemunya atau tidak, maka benda-benda itu dianggap menjadi sebahagian Barangan dan tertakluk kepada segala terma dan syarat Perjanjian ini. Penyewa hendaklah mengekalkan pada Barangan apa-apa pengenalan lencana, tanda atau plat syarikat pembuat termasuk casis dan nombor enjin dan hendaklah tidak menanggalkan, meminda, memadam atau mencacatkan, mahupun mengusik nombor enjin atau nombor casis;
(n) untuk dan bagi pihak Pemunya, memeriksa perihal dan keadaan Barangan daripada segenap segi dan menerima penyerahan Barangan;
(o) memberitahu Xxxxxxx dengan serta-merta sekiranya Barangan hilang, rosak atau disita (“Kejadian-kejadian”) dan membayar Pemunya setelah Pemunya membuat tuntutan bertulis terhadap segala ganti rugi, kos-kos dan caj-caj yang ditanggung oleh Pemunya akibat daripada (“Kejadian-kejadian”) tersebut diatas dan dalam hal ini kerugian Pemunya adalah bagi tujuan memastikan jumlah ini seolah-olah Penyewa telah memilih untuk menggunakan hak Penyewa untuk penyelesaian awal menurut Xxxxxxx 14 Akta pada tarikh terjadinya kehilangan atau kerosakan tersebut termasuk apa-apa kos dan pebelanjaan yang ditanggung oleh Xxxxxxx;
(p) jika Barangan adalah sebuah kenderaan bermotor maka Penyewa TIDAK boleh menukar nombor pendaftaran kenderaan itu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Pemunya, juga tidak memberi sesiapa jua memandu kenderaan itu atau menggunakan atau membenarkan penggunaan kenderaan itu melainkan menurut polisi insurans yang sedang berkuat kuasa, juga tidak memandu kenderaan keluar atau membiarkan kenderaan keluar dari:-
(i) wilayah Malaysia Barat, jika alamat Penyewa adalah di dalam Malaysia Barat; dan (ii) wilayah Malaysia Timur, jika alamat Penyewa adalah di dalam Malaysia Timur, juga tidak menyebabkan atau membenarkan pengendorsan hak milik Pemunya pada kad pendaftaran kenderaan itu dibatalkan;
(q) tidak menggunakan Barangan atau membenarkan atau membiarkannya digunakan secara berlawanan dengan mana- mana undang-undang bertulis atau mana-mana aturan, peraturan atau perintah yang dibuat di bawahnya atau bagi apa-apa tujuan yang salah di sisi undang-undang dan jika Barangan adalah sebuah kenderaan bermotor, maka Penyewa hendaklah sepanjang Perjanjian ini berterusan menggunakan Barangan atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan Barangan itu melainkan ada berkuat kuasa berkait dengan penggunaan Barangan oleh Penyewa atau mana-mana orang lain itu, mengikut mana yang berkenaan, suatu polisi insurans bagi risiko pihak ketiga mematuhi kehendak mana-mana undang-undang berkenaan yang sedang berkuat kuasa;
(r) jika Barangan itu adalah barangan pengguna, untuk membayar tepat pada waktunya segala wang sewa dan belanja pasti yang kena bayar bagi tempat itu iaitu tempat Barangan disimpan supaya Barangan itu bebas daripada kesulitan atau apa-apa bentuk prosiding pelaksanaan yang dikenakan yang boleh menjejaskan hak milikan Pemunya terhadap Barangan itu;
(s) membayar tepat pada waktunya segala lesen, yuran, cukai, yuran pendaftaran dan segala caj lain yang kena bayar atas Barangan dan penggunaannya, jika tidak Pemunya boleh, walaupun tidak diwajibkan oleh undang-undang, membuat bayaran tersebut. Jika bayaran tersebut dibuat oleh Pemunya, maka Penyewa hendaklah membayar balik bayaran yang sama kepada Pemunya apabila dituntut.
3. PERUBAHAN KADAR PINJAMAN ASAS
(a) Pemunya adalah berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa meminda Kadar Pinjaman Asas dengan cara memberi notis perubahan Kadar Pinjaman Asas kepada Penyewa. Tarikh efektif perubahan Kadar Pinjaman Asas yang dikenakan adalah tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut di atas;
(b) Jika dan apabila Kadar Pinjaman Asas Pemunya diubah, maka Xxxxxxx hendaklah memberitahu Xxxxxxx secara bertulis akan niat Penyewa sama ada untuk:-
i. mengekalkan bilangan ansuran sedia ada dan meminda jumlah ansuran; atau
ii. mengekalkan jumlah ansuran sedia ada dan meminda bilangan ansuran dalam jangka masa yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Pemunya kepada Penyewa (“Tempoh Notis”) berkaitan dengan perubahan Kadar Pinjaman Asas;
(c) Jika Xxxxxxx gagal memberitahu Xxxxxxx akan niat Penyewa selaras dengan Fasal 3(b), maka setelah tamat Tempoh Notis, Pemunya boleh, atas budi bicaranya, membuat pelarasan wajar berikutan pindaan tersebut dengan mengubah jumlah ansuran sedia ada dan mengekalkan bilangan ansuran atau mengubah bilangan ansuran sedia ada dan mengekalkan jumlah ansuran seperti yang dinyatakan dalam notis perubahan Kadar Pinjaman Asas;
(d) Walau apa pun yang terkandung terdahulu dari ini, namun kelewatan atau kegagalan pihak Pemunya memberi notis selaras dengan Fasal 3 ini tidaklah melepaskan Penyewa daripada kewajipan membayar ansuran seperti yang ditentukan oleh Pemunya.
4. PENYATA AKAUN
(a) Penyata yang dikeluarkan oleh Pemunya dan ditandatangani mana-mana pegawai Pemunya tentang berapakah, pada bila-bila masa, jumlah Ansuran, bilangan Ansuran, jumlah caj terma, dan faedah lampau tempoh yang dikenakan (“Keterhutangan”), kecuali berlaku kesilapan ketara, adalah terakhir dan muktamad;
(b) Dengan ini dipersetujui iaitu sebarang pengakuan secara bertulis yang dibuat oleh Pemunya atau oleh sesiapa yang dibenar bagi pihak Pemunya atau perakuan atau penyata secara bertulis menunjukkan Keberhutangan Penyewa di bawah Perjanjian ini yang diperakui atau ditandatangani mana-mana pegawai Pemunya adalah mengikat dan merupakan keterangan muktamad terhadap Penyewa dan Penjamin termasuk sebagai keterangan muktamad Keberhutangan dalam Mahkamah Undang-undang.
5. CAJ LEWAT
Tanpa menjejaskan apa-apa hak lain yang dimiliki Pemunya di bawah ini, Penyewa hendaklah membayar faedah kepada Pemunya:-
(a) pada kadar lapan peratus (8%) setahun bagi caj terma pada kadar tetap;
(b) pada kadar dua peratus (2%) setahun atas kadar semasa caj terma pada kadar berubah, tertakluk kepada Fasal 28 Perjanjian ini; atau
(c) pada apa-apa kadar faedah lain yang ditetapkan oleh Akta dari semasa ke semasa, dikira atas dasar harian bagi apa- apa wang kena bayar di bawah Perjanjian ini yang mungkin dari semasa ke semasa tertunggak (lampau tempoh) daripada Penyewa sehinggalah pembayaran penuh telah dibuat baik sebelum mahupun selepas Penghakiman.
6. INSURANS
(a) Jika Barangan itu adalah sebuah kenderaan bermotor, Penyewa selanjutnya bersetuju dengan perbelanjaan ditanggung Penyewa, untuk mengambil perlindungan insurans Barangan daripada syarikat insurans bereputasi baik di bawah perlindungan komprehensif atas nama Penyewa, dengan pengendorsan yang mencatatkan kepentingan Pemunya terhadap Barangan itu sebagai Pemunya dan menyebut bahawa apa-apa bayaran yang Penyewa perlu dibayar hendaklah dibayar terus kepada Pemunya, bagi nilai penggantian penuh untuk tahun kedua dan tahun-tahun berikutnya Perjanjian ini dan seterusnya selepas itu selagi apa-apa jumlah kena bayar di bawah Perjanjian ini masih belum dijelaskan. Jika Penyewa gagal atau cuai untuk mengambil insurans yang diperlukan, maka Pemunya adalah bebas tetapi tidak wajib untuk berbuat demikian dan untuk itu Penyewa perlu membayar balik Pemunya apabila diminta, apa-apa jumlah wang yang dibayar Pemunya untuk urusan tersebut;
(b) Penyewa tidak boleh menukar syarikat insurans tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan Pemunya dan hendaklah membayar tepat pada waktunya segala premium insurans kena bayar dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan perlindungan insurans Barangan itu;
(c) Penyewa dengan ini melantik, tanpa boleh dibatalkan, Pemunya sebagai ejen Penyewa untuk mendapat kembali dan/atau berkompromi atas nama Penyewa atau Pemunya sebarang tuntutan kerugian (termasuk kerugian penuh) atau kerosakan di bawah segala polisi insurans berkenaan Barangan dan untuk menerima segala wang kena bayar di bawahnya dan untuk memberi syarikat insurans penerimaan dan pelepasan yang baik bagi hal yang sama. Xxxx insurans tersebut hendaklah dikreditkan kepada akaun Penyewa dengan Pemunya dalam atau bagi menyelesaikan jumlah kena bayar kepada Pemunya di bawah Perjanjian ini dan Penyewa dikenakan membayar apa-apa jumlah yang masih tidak berbayar di bawah Perjanjian ini.
7. OPSYEN UNTUK MEMBELI
Penyewa boleh memilih untuk menjadi Pemunya Barangan dengan membayar jumlah penyelesaian dan caj terma yang terakru dan dikira sehingga tarikh bayaran matang berikut termasuk faedah dan segala jumlah wang lain kena bayar oleh Penyewa di bawah Perjanjian ini. Sehingga masa itu Xxxxxxx tidak mempunyai harta pada Barangan dan hendaklah hanya menjadi seorang bailee.
8. PENAMATAN / PELANGGARAN
(a) Penyewa boleh pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dengan mengembalikan Barangan kepada Pemunya bersama-sama segala lesen, buku pendaftaran atau perakuan, polisi insurans (kemudian dari ini disebut “Dokumen”) selaras dengan Seksyen 15 Akta. Penyewa beraku janji untuk membayar Pemunya segala jumlah penyelesaian dan caj terma terakru dan dikira sehingga tarikh bayaran matang berikut termasuk faedah dan segala jumlah wang kena bayar oleh Penyewa di bawah Perjanjian ini;
(b) Selain hak Pemunya untuk milik semula/tarik balik di bawah Seksyen 16 Akta, Pemunya adalah berhak memiliki semula/menarik balik Barangan serta-merta seandainya salah satu peristiwa berikut ini berlaku:
i. Penyewa melanggar mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini, termasuk keingkaran membayar Ansuran, atau apa-apa jumlah wang kena bayar di bawah Perjanjian ini;
ii. sebarang cek yang diberi oleh Penyewa sebagai atau sebagai sebahagian Deposit adalah cek tak layan;
iii. apa-apa Barangan yang dijual oleh Penyewa sebagai atau sebagai sebahagian Deposit kepada Pemunya atau Peniaga Kereta didapati bukan harta Penyewa iaitu harta tanpa bebanan mutlak;
iv. pelaksanaan atau distres dikenakan terhadap Penyewa atau aset atau harta Penyewa;
v. jika Penyewa adalah sebuah syarikat, seorang Penerima dan/atau Pengurus dilantik ke atas aset atau harta Penyewa;
(c) Jika salah satu peristiwa yang disebut dalam Fasal 8(b) berlaku, Penyewa hendaklah menyerahkan milikan Barangan termasuk segala Dokumen kepada Pemunya di alamat Pemunya yang dinyatakan di dalam ini atau di mana-mana alamat lain yang diberitahu Pemunya.
9. PEMILIKAN SEMULA/TARIK BALIK
(a) Hak Pemunya untuk memiliki semula/menarik balik adalah tertakluk kepada Akta khususnya Seksyen 16 hingga 19 Akta. Menurut Seksyen 16 Akta, Pemunya berhak menggunakan kuasanya untuk memiliki semula/menarik balik Barangan jika berlaku dua (2) kali berturut-turut keingkaran membayar segala jumlah kena bayar di bawah Perjanjian ini, iaitu apabila pembayaran ansuran tidak melebihi tujuh puluh lima peratus (75%) daripada jumlah Harga Tunai Barangan seperti mana disebut dalam Lampiran;
(b) Jika Xxxxxxx meninggal dunia, Pemunya berhak menggunakan apa-apa kuasa ambil balik Barangan terkandung dalam Perjanjian ini jika berlaku empat (4) kali berturut-turut keingkaran membayar segala jumlah wang kena bayar di bawah Perjanjian ini, selaras dengan Akta;
(c) Penyewa tidak dikenakan membayar kos berikut jika Barangan dipulangkan kepada Pemunya dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh Penyewa menerima notis niat Pemunya untuk mengambil milik/menarik balik Barangan:-
i. kos milik semula/tarik balik Barangan;
ii. kos berkaitan dengan Pemunya mengambil milik/menarik balik Barangan; dan
iii. kos penyimpanan Barangan.
(d) Xxxxxx menerima notis ambil milik/tarik balik Barangan daripada Pemunya menurut Seksyen 16 Akta (“Notis Jadual Kelima”) Penyewa boleh menghidupkan semula Perjanjian ini dan memohon serahan semula Barangan oleh Pemunya kepada Xxxxxxx menerusi salah satu tindakan ini:
i. menjelaskan tunggakan dan memperbaiki pelanggaran Perjanjian ini seperti mana disyaratkan dalam Notis Jadual Kelima; atau
ii. memuktamadkan Perjanjian dengan menjelaskan baki kena bayar di bawah Perjanjian ini dan kos milik semula/tarik balik seperti mana ditetapkan dalam Notis Jadual Kelima.
(e) Sebaik Penyewa menghidupkan semula atau memuktamadkan Perjanjian ini selaras dengan Fasal 9(d) Perjanjian ini, Pemunya hendaklah serta-merta memulangkan Barangan kepada Penyewa dan Penyewa hendaklah memegang Barangan itu seolah-olah tidak berlaku pelanggaran dan Pemunya tidak mengambil milik/menarik balik Barangan;
(f) Jika Pemunya gagal menghidupkan semula atau memuktamadkan Perjanjian ini selaras dengan Fasal 14(d) Perjanjian, maka Pemunya boleh menjual Barangan itu selaras dengan Seksyen 18 Akta dan Penyewa akan dikenakan membayar apa-apa kekurangan kepada Pemunya sekiranya nilai Barangan itu kurang daripada Hutang Penyewa di bawah Perjanjian ini.
10. KOS DAN PERBELANJAAN
Apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung Pemunya semasa memastikan lokasi atau mendapat balik milikan Barangan atau secara amnya menguatkuasakan Perjanjian ini untuk mendapat kembali Hutang (termasuk kos guaman atas dasar peguam cara dan anak guam) hendaklah dibayar oleh Penyewa kepada Pemunya apabila diminta. Jika Pemunya telah mengambil balik milikan Barangan menurut Fasal 8 atau 9 Perjanjian ini, maka Penyewa hendaklah membayar kepada Pemunya segala jumlah wang tersebut di bawah Akta itu.
11. REMEDI SERENTAK
(a) Pemunya adalah sama sekali bebas untuk secara serentak menggunakan segala atau mana-mana hak dan remedi yang tersedia pada Pemunya di bawah Perjanjian ini dan Akta. Ini termasuk hak menarik balik Barangan menurut Seksyen 16 Akta dan hak mendapat kembali menerusi guaman sivil segala wang kena bayar dan terhutang oleh Penyewa dan Penjamin di bawah Perjanjian ini termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan seperti mana diperihal dalam fasal 10;
(b) Pemunya juga berhak mengambil tindakan tersebut (sama ada dengan kerelaan Pemunya sendiri atau menerusi ejennya) mengikut mana yang sesuai terhadap Penyewa untuk mendapat kembali Keterhutangan di bawah Perjanjian ini dan/atau menjual akaun ini berkenaan Keterhutangan jika sekiranya akaun yang tersebut itu telah dikelaskan sebagai delinkuen atau terjejas oleh Pemunya, kepada pihak ketiga jika Pemunya anggap wajar;
(c) Bagi tujuan mendapat kembali Hutang di bawah Perjanjian ini dan/atau mengambil milik Barangan itu, Pemunya, pekerja, wakil dan ejennya adalah berhak memasuki premis yang diduduki oleh atau berada dalam milikan Penyewa yang di dalamnya Barangan boleh ditemui.
12. HAK TOLAK SELESAI ATAU PENGGABUNGAN ATAU PENYATUAN AKAUN
Apabila Penyewa mempunyai dua (2) atau lebih perjanjian sewa beli dengan Pemunya atau mempunyai liabiliti dengan Pemunya atau apa-apa kredit (termasuk apa-apa deposit tetap) berasingan daripada yang timbul di bawah Perjanjian ini atau apa-apa akaun lain tidak kira apa pun jenisnya, Pemunya mempunyai budi bicara dengan terlebih dahulu memberi tujuh (7) hari notis kepada Penyewa untuk:-
(a) menggabung atau menyatukan semua atau apa-apa perjanjian atau liabiliti tersebut atau kredit atau akaun;
(b) menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah wang yang ada dalam kredit mana-mana satu atau lebih Perjanjian atau akaun tersebut dalam atau menunaikan apa-apa liabiliti Penyewa kepada Pemunya di bawah mana-mana perjanjian atau bagi apa-apa akaun atau dalam apa-apa segi lain (sama ada liabiliti tersebut adalah sebenar atau kontingen, primer atau kolateral, bersama dan/atau berasingan);
(c) mendebit apa-apa akaun yang dikekalkan dengan Pemunya yang mungkin dalam kredit dengan liabiliti di bawah mana-mana akaun lain atau di bawah Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian sewa beli yang lain;
(d) mengasingkan bayaran yang dibuat oleh Penyewa atau wang yang perlu dibayar kepada Penyewa atau diterima dalam akaun untuk memenuhi apa-apa perjanjian atau liabiliti tersebut atau akaun yang Pemunya anggap wajar.
13. PENEPIAN
Tiada penepian oleh Pemunya terhadap pelanggaran oleh Penyewa boleh dianggap penepian terhadap pelanggaran yang berterusan atau berulang-ulang. Kesabaran, kelengahan, masa atau apa-apa kelonggaran lain yang diberi oleh Pemunya tidak akan menjejaskan hak ketat Pemunya di bawah Perjanjian ini.
14. BENDA-BENDA TERTINGGAL DALAM BARANGAN
Sekiranya Barangan ditarik balik atau dipulangkan, Pemunya tidaklah bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa- apa harta benda yang dikatakan tertinggal dalam Barangan oleh Xxxxxxx atau mana-mana pihak ketiga. Melainkan harta benda tersebut yang terjumpa dalam Barangan diambil balik oleh Xxxxxxx dalam masa satu (1) bulan dari tarikh notis dihantar atau diserahkan oleh Pemunya kepada Penyewa, maka Pemunya adalah bebas menjual harta benda tersebut dan hasil jualan bersihnya akan dikreditkan kepada akaun Penyewa tetapi jika Pemunya tidak dapat menjual harta benda
tersebut dalam tempoh masa yang munasabah maka Pemunya boleh melupuskannya mengikut budi bicaranya. Pemunya tidaklah bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa-apa tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga ke atas mana- mana harta benda atau barangan yang dijual, dilupuskan atau dimusnahkan, di mana pihak ketiga tersebut mempunyai atau menuntut kepentingan. Jika ada sebarangan tuntutan pihak ketiga terhadap Pemunya, Xxxxxxx hendaklah membuat aku janji untuk membayar Pemunya setelah Pemunya membuat tuntutan bertulis terhadap segala tuntutan, segala ganti rugi dan caj-caj yang dikenakan terhadap Pemunya akibat dari tuntutan pihak ketiga.
15. NOTIS DAN PROSES UNDANG-UNDANG
(a) Apa-apa dokumen, tuntutan atau notis yang dikehendaki atau dibenarkan supaya dikeluarkan oleh salah satu pihak dalam Perjanjian kepada pihak yang lain hendaklah dikeluarkan menurut kaedah yang ditetapkan oleh Akta. Sehubungan dengan Penyewa, Penyewa selanjutnya bersetuju bahawa Perjanjian ini dan semua dokumen lain yang diperlukan oleh undang-undang untuk diserahkan kepada Penyewa boleh dihantar dengan cara elektronik ke alamat e-mel terakhir Penyewa dalam rekod Pemilik yang akan menjadi baik dan perkhidmatan dokumen yang sah ke atas Penyewa;
(b) Tertakluk kepada Fasal 15 (a), segala notis dan/atau komunikasi yang hendak dikeluarkan oleh Pemunya kepada Penyewa termasuk apa-apa tuntutan jumlah belum bayar menurut Perjanjian ini boleh disampaikan dengan cara-cara berikut atau apa-apa kaedah lain yang Pemunya anggap wajar:-
i. hantar-serah peribadi atau pos biasa di alamat kediaman atau perniagaan Penyewa terakhir diketahui menurut rekod Pemunya. Notis dan/atau komunikasi adalah dianggap telah dihantar-serah (jika dihantar serah sendiri) pada waktu hantar-serah sendiri atau (jika dihantar secara pos) lima (5) hari selepas hantaran pos;
ii. jika penghantaran melalui mesin faks, pada tarikh kiriman tertakluk kepada pengesahan bahawa dokumen penuh telah berjaya dihantar;
iii. dengan notis am yang diterbitkan melalui iklan yang ditampalkan di premis cawangan dan/atau laman web Pemunya dan notis tersebut hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh notis tersebut disediakan pada tarikh yang dinyatakan di dalam notis;
iv. dengan mel elektronik (“emel”) dikirim kepada alamat emel Penyewa terakhir diketahui menurut rekod Pemunya dan/atau kepada Hong Leong Connect Inbox Penyewa dan/atau Penjamin (jika ada). Apa-apa notis yang dikirim melalui emel hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas pengiriman;
v. dengan sistem pesanan ringkas (“SMS”) kepada nombor telefon bimbit Penyewa dan/atau Penjamin (jika ada) yang terakhir diketahui menurut rekod Pemunya;
(c) Apa-apa Writ Saman atau proses pemula yang lain terhadap Penyewa hendaklah dianggap telah disampaikan jika disampaikan kepada Penyewa sendiri atau dikirim kepada Penyewa melalui pos berdaftar di alamat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau di alamat kediaman atau perniagaan Penyewa terakhir diketahui menurut rekod Pemunya. Apa-apa penyampaian tersebut yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah dianggap telah diterima oleh Penyewa lima (5) hari selepas diposkan
16. PERSETUJUAN KEPADA DOKUMEN DALAM BORANG ELEKTRONIK
Penyewa dengan ini menyetujui penggunaan dan penyediaan Perjanjian ini dan semua dokumen lain yang berkaitan dengan kemudahan sewa beli di sini dalam bentuk elektronik
17. TAFSIRAN
Dalam Perjanjian ini, jika sesuai dengan konteksnya:
(a) perkataan yang bermaksud jantina lelaki sahaja hendaklah termasuk jantina wanita dan jantina neutral, begitu juga sebaliknya;
(b) perkataan yang bermaksud bilangan tunggal juga termasuk bilangan jamak, begitu juga sebaliknya;
(c) jika terdapat dua orang atau lebih termasuk dalam ungkapan “Penyewa” maka mereka hendaklah dianggap bertanggungan secara bersama dan berasingan menurut terma-terma Perjanjian ini;
(d) tajuk dan subtajuk bagi fasal dan seksyen Perjanjian ini adalah disisipkan untuk kemudahan dan hendaklah tidak dianggap sebahagian daripadanya atau diambil kira semasa pentafsiran atau pembentukan Perjanjian ini;
(e) apa-apa rujukan kepada peruntukan mana-mana undang-undang termasuklah sebarang ubahsuaian statutori atau pembuatan semula undang-undang itu;
(f) apa-apa rujukan kepada “Perjanjian” ini hendaklah termasuk segala pindaan, penambahan atau perjanjian tambahan yang dibuat kemudian dari ini atau dari semasa ke semasa antara Penyewa dengan Pemunya
18. KUAT KUASA MENGIKAT
(a) Perjanjian ini hendaklah mempunyai kuasa mengikat ke atas waris, likuidator, penerima, wakil, pemegang serah hak dan pengganti hak milik sah Penyewa dan boleh dikuatkuasakan oleh pengganti hak milik dan pemegang serah hak Pemunya;
(b) Walaupun terdapat peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Sivil 1956 (atau apa-apa ubahsuaiannya) atau berlaku peristiwa yang boleh menyebabkan tak laksana atau tak siapnya Perjanjian ini atau sebaliknya boleh menjadikan Perjanjian ini mustahil dilaksanakan atas apa jua sebab sekalipun, maka Penyewa bersetuju bahawa Penyewa hendaklah berterusan terikat dengan peruntukan Perjanjian ini.
19. CUKAI
(a) Yuran dan segala jumlah wang lain yang perlu dibayar Penyewa kepada Pemunya menurut Perjanjian ini, termasuk apa-apa jumlah sebagai pembayaran ganti yang perlu dijelaskan oleh Penyewa kepada Pemunya, adalah, tidak termasuk apa-apa Cukai, dan hendaklah dijelaskan tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan untuk atau kerana sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau penangguhan;
(b) Sekiranya Penyewa dikehendaki undang-undang membuat sebarang potongan atau penangguhan daripada dan/atau segala wang lain yang perlu dibayar kepada Pemunya menurut Perjanjian ini bagi sebarang Cukai atau kalau tidak, jumlah wang yang perlu dibayar oleh Penyewa yang baginya potongan atau penangguhan perlu ditambah supaya yuran bersih dan/atau jumlah bersih wang yang diterima Pemunya adalah setara dengan apa yang boleh Penyewa terima jika tiada potongan atau penangguhan perlu dilakukan;
(c) Di samping yuran dan segala wang lain yang perlu dibayar, Penyewa hendaklah membayar kepada Pemunya segala Cukai berkenaan pada kadar lazim berkaitan dan/atau jumlah yang ditentukan oleh Pemunya bagi menampung sebarang pembayaran/tanggungan/kewajipan Cukai yang bersabit dengannya, tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau kerana sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau penangguhan, kecuali sebarang Cukai yang perlu dibayar oleh Penyewa menurut undang-undang secara terus kepada mana-mana Pihak Berkuasa Berkenaan, yang Penyewa hendaklah meremit terus kepada Pihak Berkuasa Berkenaan;
(d) Jika pada bila-bila masa sesuatu pelarasan dibuat atau perlu dibuat antara Pemunya dengan pihak berkuasa cukai berkaitan untuk apa-apa jumlah yang dibayar sebagai Cukai berikutan apa-apa bekalan dibuat atau dianggap telah dibuat atau hal lain bersabit dengan Perjanjian ini oleh Pemunya, maka pelarasan sepadan boleh, menurut budi bicara Pemunya, dibuat antara Pemunya dengan Penyewa dan jika begitu, apa-apa bayaran perlu untuk melaksanakan pelarasan itu hendaklah dibuat;
(e) Segala Cukai yang perlu dibayar oleh Penyewa kepada Pemunya seperti yang diperuntukkan di sini hendaklah dibayar pada waktu-waktu berkenaan dan dengan cara seperti yang diminta oleh Pemunya;
(f) Penyewa dengan ini bersetuju melakukan segala perkara yang semunasabahnya diminta oleh Pemunya bagi membantu Xxxxxxx mematuhi kewajipan Pemunya menurut mana-mana undang-undang berkenaan yang mengenakan apa-apa Cukai. Sekiranya Cukai baharu diperkenalkan dan Cukai tersebut perlu dicaj ke atas transaksi yang dicadangkan dalam Perjanjian ini, Penyewa bersetuju memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pemunya untuk membantu Pemunya memenuhi kewajipan Pemunya menurut undang-undang berkaitan;
(g) Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak bersetuju bahawa apa-apa jumlah wang perlu bayar atau jumlah yang digunakan dalam pengiraan jumlah wang perlu bayar yang dinyatakan dalam perjanjian ini telah ditentukan tanpa mengambil kira dan tidak termasuk jumlah yang perlu ditambah menurut fasal ini bagi Cukai;
(h) Bagi tujuan Fasal 18 ini:
“Cukai” bermakna apa-apa cukai, levi, impos, duti, caj, yuran, potongan atau penangguhan masa sekarang atau masa akan datang, langsung atau tak langsung, Malaysia atau asing biar apa pun jenisnya, yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Berkenaan, termasuk tanpa batasan, sebarang cukai penggunaan dan cukai-cukai lain biar apa pun nama sebutannya, dan apa-apa faedah, denda atau penalti berkenaan dengannya. “Pihak Berkuasa Berkenaan” bermakna mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau cukai.”
20. PEMBERHENTIAN
Apa-apa terma, syarat atau peruntukan terkandung di dalam ini yang menyalahi undang-undang, tak sah, dilarang atau tak boleh dikuat kuasa menjadi tidak efektif setakat kepenyalahan undang-undang, ketaksahan, larangan atau ketakbolehkuatkuasaan tersebut sahaja tanpa mentaksahkan peruntukan-peruntukan Perjanjian yang selebihnya
21. PENGUBAHAN TERMA DAN SYARAT
Peruntukan dan terma Perjanjian ini boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda atas persetujuan bersama kedua-dua pihak dengan bertukar-tukar surat atau apa-apa cara lain yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak dari semasa ke semasa. Pindaan dan pengubahan tersebut hendaklah dianggap efektif dan peruntukan Perjanjian ini hendaklah dianggap telah dipinda atau diubah sewajarnya dan hendaklah dibaca dan ditafsirkan seolah-olah pindaan dan pengubahan tersebut telah terangkum dalam dan menjadi bahagian Perjanjian ini pada masa pelaksanaannya. Ini dengan syarat bahawa jika mana- mana peruntukan Perjanjian ini atau undang-undang memang membenarkan pengubahan atau pindaan sepihak oleh Pemunya, maka pengubahan atau pindaan tersebut masih boleh dikuatkuasakan oleh Pemunya secara sepihak.
22. PERSETUJUAN BAGI PENDEDAHAN
Di samping pendedahan dibenarkan menurut Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Penyewa memberi kuasa dan kebenaran tak boleh batal kepada Pemunya, para pegawai dan pekerjanya untuk mendedahkan dan menyampaikan segala maklumat darihal Keterhutangan di bawah Perjanjian ini, Barangan, akaun masa kini dan akaun masa akan datang Penyewa dan apa-apa hal lain berkaitan dengan perniagaan dan operasi Penyewa kepada:-
(a) institusi kewangan lain yang memberi atau berniat memberi apa-apa kemudahan kredit kepada Penyewa, Biro Kredit Pusat atau mana-mana biro kredit pusat lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”), Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation, mana-mana pihak berkuasa berkenaan lain yang diberi kuasa di sisi undang- undang untuk mendapatkan maklumat sedemikian atau pihak berkuasa/agensi lain yang ditubuhkan oleh BNM atau mana-mana agensi yang ditubuhkan oleh Persatuan Bank-bank di Malaysia dan/atau Perkhidmatan Maklumat Kewangan;
(b) mana-mana perbadanan masa sekarang atau masa akan datang yang mungkin bersekutu atau berkait dengan Pemunya (seperti ditakrif dalam Akta Syarikat 2016), termasuk pejabat wakil dan pejabat cawangan serta wakil mereka masing- masing sertai juga subsidiari-subsidiari syarikat induk Pemunya;
(c) pihak-pihak Penyedia Cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang menyediakan cagaran dalam hal Keterhutangan;
(d) juruaudit Pemunya, peguam dan/atau orang, ejen atau pertubuhan lain bersabit dengan usaha mendapatkan kembali jumlah wang yang kena bayar dan belum bayar menurut Perjanjian;
(e) penasihat profesional Pemunya, penyedia perkhidmatan, nomini, ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang terlibat dalam usaha penyediaan produk dan perkhidmatan kepada atau oleh Pemunya dan syarikat berkait/bersekutu Pemunya; dan
(f) mana-mana orang atau pertubuhan bagi tujuan mengutip dan mendapat kembali untuk dan bagi pihak Pemunya apa- apa jumlah wang yang terhutang kepada Pemunya oleh Penyewa dan/atau Penjamin
Penyewa dengan ini memberi persetujuan tidak boleh batal dalam hal pendedahan tersebut dan mengesahkan bahawa Xxxxxxx, para pegawai dan pekerjanya tidaklah bertanggungan atas menyampaikan maklumat tersebut atau atas akibat daripada pergantungan kepada maklumat yang disampaikan itu selaras dengan Perjanjian ini.
23. PERSETUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI
(a) Penyewa dengan ini memberi persetujuan dalam hal memegang, mengutip dan menggunakan segala data peribadi yang diberikan kepada Pemunya oleh Penyewa dan/atau diperoleh oleh Pemunya daripada domain awam, serta juga data peribadi yang timbul hasil daripada menyediakan perkhidmatan kepada Penyewa bersabit dengan hal keterhutangan di bawah Perjanjian ini selaras dengan Notis Privasi Pemunya yang dipinda dari semasa ke semasa. “Notis Privasi” bermakna dasar dan prinsip Pemunya berkenaan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti sedia ada dan prospektif yang berurusan dengan Pemunya seperti dipinda dari semasa ke semasa dan boleh didapati di laman web Pemunya atau mengikut cara yang Pemunya anggap sesuai dari semasa ke semasa;
(b) Penyewa dengan ini memberi representasi dan jaminan bahawa Xxxxxxx telah memperoleh persetujuan semua orang yang dinamakan dalam permohonan Keterhutangan Penyewa menurut Perjanjian ini atau apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada Pemunya sebagai menyokong permohonan tersebut dan/atau wakil-wakil sah mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pemegang saham, penandatangan sah atau mana-mana orang lain seperti disebut oleh Pemunya (“Subjek Data Berkenaan”), untuk Pemunya mengutip, memegang dan menggunakan maklumat peribadi Subjek Data Berkenaan selaras dengan Notis Privasi Bank yang dipinda dari semasa ke semasa.
24. REKOD
Penyewa dengan ini mengaku dan bersetuju bahawa rekod-rekod Pemunya berkaitan Penyewa dan Perjanjian ini yang disimpan dalam apa bentuk atau cara boleh digunakan sebagai bahan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah sebagai bukti kandungannya. Penyewa bersetuju bahawa rekod-rekod sedemikian (yang disediakan kepada dan/atau oleh Penyewa sebelum Perjanjian ditandatangani untuk semakan) adalah terakhir dan muktamad akan maklumat yang terkandung di dalamnya melainkan dalam hal silap ketara atau silap sunting di pihak Pemunya.
25. MASA
Masa apabila disebut dalam Perjanjian ini adalah intipati atau asas bagi Perjanjian ini.
26. SERAH HAK
Pemunya adalah berhak, dengan notis awal tujuh (7) hari diberi kepada Penyewa, untuk menyerah hak kesemua atau mana- mana bahagian hak, kepentingan dan faedah Pemunya terkandung atau menurut Perjanjian ini dan atau pada Barangan termasuk tetapi tidak terhad kepada lesen yang diberi kepada Pemunya, pekerja, wakil dan/atau ejennya untuk memasuki tanah atau premis untuk memeriksa dan/atau mengambil semula milik barangan dan/atau menjual Keterhutangan Penyewa di bawah Perjanjian ini sekiranya akaun berkenaan Keterhutangan itu telah dikelaskan sebagai delinkuen atau terjejas oleh Pemunya kepada pihak ketiga tersebut jika Pemunya anggap wajar.
27. PIHAK-PIHAK YANG ADA HUBUNGAN
Supaya Pemunya dapat mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) dan Garis Panduan BNM mengenai Transaksi Kredit dan Pendedahan dengan Pihak-pihak Yang Ada Hubungan (“Garis Panduan”), Penyewa hendaklah membuat akuan kepada Pemunya sama ada Penyewa adalah pihak yang ada hubungan menurut Garis Panduan, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada pasangan, anak, ibu/bapa atau tanggungan kewangan Pengarah, Pegawai Eksekutif atau pegawai pelulus/penaksir/penyemak kredit Pemunya atau bagi pelanggan korporat/perniagaan, termasuk entiti yang dikuasai orang tersebut tadi bagi Pemunya. Jika pada bila-bila masa Xxxxxxx menjadi orang yang ada hubungan, maka Xxxxxxx mestilah memberitahu Xxxxxxx dengan serta-merta. Pemunya berhak menamatkan Perjanjian ini sekiranya Penyewa gagal membuat akuan yang wajar atau betul sehingga mengakibatkan Pemunya melanggar FSA atau Garis Panduan tersebut.
28. PERJANJIAN KESELURUHAN
Perjanjian ini merangkumi Bahagian-bahagian 1 hingga V, Terma dan Syarat ini dan Lampiran, yang boleh dipinda dan/atau ditambah melalui perjanjian bertulis bersama, kesemuanya hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai satu dokumen bersepadu.
29. KADAR DITETAPKAN MINIMUM
Kadar Ditetapkan minimum yang dikenakan kepada kemudahan pembiayaan yang caj termanya mengikut kadar berubah adalah tidak kurang daripada 1.70% setahun dikira atas kadar bulanan atau hendaklah pada kadar minimum lain yang ditetapkan oleh Pemunya dari semasa ke semasa.dengan memberi notis kepada Penyewa.
30. PELANTIKAN EJEN
Sebagai menambahkan dan tidak mengurangkan hak-hak Pemunya di sisi Perjanjian ini, Pemunya adalah berhak melantik ejen pilihannya untuk mengutip kesemua dan apa-apa jumlah wang yang perlu dibayar kepada Pemunya oleh Penyewa menurut Perjanjian ini, dengan syarat notis awal tujuh (7) hari secara bertulis diserahkan kepada Penyewa mengikut cara yang dinyatakan dalam Perjanjian.
31. AKUAN & INDEMNITI BARANGAN TERPAKAI
Jika Barangan dalam Bahagian II Lampiran disebut Terpakai, semua syarat dan waranti kualiti, kelayakan dan kesesuaian nyata negatif, dan Penyewa dengan ini mengaku pernyataan yang menyebut barangan itu terpakai dan syarat dan waranti yang nyata negatif itu telah dibawa kepada pengetahuannya.
32. UNDANG-UNDANG TERPAKAI /AKUR KEPADA BIDANG KUASA
Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Penyewa dengan ini bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah-mahkamah Malaysia dan menepikan sebarang bantahan atas alasan tempat langsungnya ataupun forum tempat hendak diperdengarkan itu bukannya forum yang sesuai atau alasan yang serupa.
33. PENCEGAHAN SOGOKAN, PENCEGAHAN RASUAH DAN AKU XXXXX XXXXXXXXX MAKLUMAT
(a) Untuk tujuan Klausa 33 ini, istilah dan ungkapan berikut mempunyai maksud yang dinyatakan di bawah
“Dasar ABC” bermakna Dasar Pencegahan Sogokan dan Rasuah HLBG yang boleh dibaca di laman sesawang Hong Leong Bank Berhad atau Hong Leong Islamic Bandk Berhad.
“Undang-undang Pencegahan Sogokan” bermakna Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 seperti dipinda dari semasa ke semasa, dan aturan dan peraturan yang diterbitkan di bawahnya, dan mana-mana undang-undang, statut, peraturan, aturan dan perintah yang berkait dengan penyogokan atau rasuah.
“HLBG”secara kolektif bermaksud Hong Leong Bank Berhad (“HLBB”) dan/atau anak syarikat HLBB.
“Dasar Pemberi Maklumat HLBB/HLISB” bermakna Dasar Pemberi Maklumat HLBB/HLISB atau apa-apa dasar dan/atau prosedur biar apa pun namanya yang diberi berkaitan dengan pemberian maklumat seperti mana dipinda dari semasa ke semasa, menggariskan iltizam HLBB/HLISB terhadap etika dan integriti perniagaan yang baik, dan sehubungan ini pekerja-pekerja HLBB dan HLISB, serta juga orang-orang yang memberi perkhidmatan kepada, atau mempunyai hubungan perniagaan dengan HLBB atau HLISB, adalah dikehendaki menyuarakan keperihatinan terhadap sebarang salah laku atau perbuatan salah yang boleh memberi kesan buruk kepada HLBB/HLISB, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. apa-apa kesalahan jenayah, termasuk penipuan, rasuah, sogokan dan peras ugut;
ii. kegagalan mematuhi obligasi undang-undang atau peraturan; dan
iii. keprihatinan terhadap amalan salah.
(b) Penyewa dengan ini mengakui bahawa Xxxxxxx mengamalkan sikap toleransi sifar terhadap sebarang bentuk rasuah dan rasuah selaras dengan Dasar ABCnya;
(c) Penyewa dengan ini mengakui dan melakukan seperti berikut:
i. bahawa Xxxxxxx telah membaca dan memahami Dasar ABC;
ii. bahawa Xxxxxxx hendaklah, dan akan menyebabkan para pengarah, pegawai, pekerja dan wakil atau ejennya yang sah, mematuhi Polisi ABC dan Undang-undang Pencegahan Rasuah; dan
iii. untuk memberitahu Xxxxxxx mengenai ketidakpatuhan atau percubaan yang tidak dipatuhi dengan Dasar ABC dan / atau Undang-undang Pencegahan Rasuah oleh mana-mana pekerja HLBG atau orang yang berkaitan dengan HLBG dengan melaporkan hal yang sama melalui HLBB/HLISB Dasar Pemberi Maklumat Polisi.
Nota : Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai terma dan syarat, anda boleh mendapatkan penjelasan daripada kakitangan kami yang membantu anda. Sebagai alternatif, sila e-mel kepada kami di xxxxxxxx@xxxx.xxxxxxxxx.xxx.xx.