Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL.16/2018- PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN DAN PEMBAIKAN PERKAKASAN DESKTOP COMPUTER, KOMPUTER RIBA, PENCETAK, SCANNER DAN SISTEM RANGKAIAN DI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG | 210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210106, 210107 | 24 Julai 2018 / Laman Web SPPP | 2 Ogos 2018 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang‐borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:‐ Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (u.p. Urusetia Sebut Harga) 2. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 3. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SEBUT HARGA BIL. 16/2018 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN DAN PEMBAIKAN PERKAKASAN DESKTOP COMPUTER, KOMPUTER RIBA, PENCETAK, SCANNER DAN SISTEM RANGKAIAN DI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dihantarkan di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 2 Ogos 2018 jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak. 5. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. 6. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana‐mana tawaran yang terendah. |
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 24 Julai 2018
Borang A
Bil. | Perihal barang‐barang/perkhidmatan | Kuantiti | Harga Seunit (RM) | Harga (RM) |
SEBUT HARGA BIL. 16/2018 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN DAN PEMBAIKAN PERKAKASAN DESKTOP COMPUTER, KOMPUTER RIBA, PENCETAK, SCANNER DAN SISTEM RANGKAIAN DI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG SILA LIHAT DI LAMPIRAN A |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Ringgit Malaysia:
...........................................................................................................................................................
i.*No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Mula membekalkan bekalan/perkhidmatan pada bulan November 2018 Boleh/Tidak Boleh
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Sebut Harga yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga
Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan :
Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Sebut Harga Untuk Bekalan/ Perkhidmatan
SYARAT‐SYARAT SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
1. PEMERIKSAAN TAPAK
Penyebutharga disifatkan telah memeriksa dan meneliti pejabat dan sekitarnya, bentuk dan jenis pejabat, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara‐cara perhubungan dan laluan masuk ke pejabat dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal‐keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Penyebutharga mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Penyebutharga hendaklah atas nama bersama SPPP dan Penyebutharga perlu mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insuran Kerja bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Penyebutharga hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Penyebutharga hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota‐nota Perlindungan dan resit‐ resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Penyebutharga gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota‐nota perlindungan, tanpa sebarang yang munasabah, Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak mengambil tindakan yang bersesuaian.
3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
Kerja‐kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir‐butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat‐syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. KEGAGALAN PENYEBUTHARGA MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Penyebutharga gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Kontrak, tanpa sebab‐sebab yang munasabah, Kontrak akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan tindakan akan diambil terhadap Xxxxxxxx.
5. SUB‐SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Penyebutharga tidak dibenarkan mengsub‐sewakan Kerja kepada Penyebutharga lain. Penyebutharga tidak boleh menyerahhak apa‐apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI PENGUASA SPPP ATAU WAKILNYA
6.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Penyebutharga hendaklah apabila diminta oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya, memberi kepadanya baucar‐ baucar dan/ atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan‐bahan dan barang‐barang itu memenuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja‐kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
6.2 Penyebutharga hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang‐barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya secara bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Harga‐harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj‐caj lain perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan‐bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
7.4 Harga‐harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebutharga hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa‐apa pelarasan kemudiannya kepada harga‐harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
7.5 Apa‐apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan
7.4 tersebut di atas apa‐apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Kontrak dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas‐menjelas antara satu sama lain. Penyebutharga hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Penyebutharga mendapati apa‐apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN PENYEBUTHARGA MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUTHARGA
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Penyebutharga berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Sekiranya Penyebutharga masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa‐apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa‐apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa‐ apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Penyebutharga diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. BAYARAN INTERIM
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja‐kerja siap dilaksanakan.
11. PERUBAHAN KERJA
11.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan‐arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa‐apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh membatalkan Sebut Harga ini.
11.2 Semua kerja perubahan dan/ atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan Penyebutharga hendaklah digunakan.
12. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Penyebutharga menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau wakilnya.
13. PEMATUHAN KEPADA UNDANG‐UNDANG OLEH PENYEBUTHARGA
Penyebutharga hendaklah mematuhi segala kehendak Undang‐undang Kecil dan Undang‐undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Penyebutharga tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat‐syarat ini.
14. PEMBERSIHAN TAPAK
Penyebutharga dikehendaki membersih dan mengangkut keluar semua sisa bahan dari pejabat ke tapak pelupusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan lain‐lain kerja berkaitan.
15. PENALTI LEWAT BEKAL PERKHIDMATAN
Penyebutharga hendaklah menjadualkan perkhidmatan penyelenggaraan dan menyerahkan jadual berkenaan kepada SPPP.
Penalti lewat bekal perkhidmatan bagi sehari adalah seperti berikut: Penalti = 18%/ 365 x Jumlah Nilai Kontrak x Bilangan Hari Yang Lewat
‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 16/2018 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN DAN PEMBAIKAN PERKAKASAN DESKTOP COMPUTER, KOMPUTER RIBA, PENCETAK, SCANNER DAN SISTEM RANGKAIAN
DI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkenaan.
Borang C
SENARAI SEMAK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Urusetia Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Jika ada) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tarikh mula pembekalan) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Senarai Kakitangan Teknikal Yang Berkelayakan dan lampirkan sijil-sijil berkaitan. | ||
6. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (April 2018, Mei 2018 & Jun 2018) | ||
7. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Urusetia Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
LAMPIRAN A
JADUAL SPESIFIKASI
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN DAN PEMBAIKAN
PERKAKASAN KOMPUTER DESKTOP, KOMPUTER NOTEBOOK, PENCETAK, SCANNER DAN SISTEM RANGKAIAN DI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
No | Spesifikasi Yang Diperlukan | Pematuhan (YA/TIDAK) | Catatan | Kos (RM) |
I | SPESIFIKASI AM | |||
1 | Penyebutharga perlu menyelenggara kesemua peralatan komputer, pencetak, scanner, server dan peralatan network dan termasuk peralatan IT yang lain seperti item di bawah : a) Perkakasan komputer desktop, komputer notebook, pencetak dan scanner i. Komputer Desktop – 63 unit - Dell Optiplex 3010 MT : 14 unit - Dell Optiplex 9020 Mini Tower : 13 unit - HP EliteDesk 800 G1 TWR : 11 unit - DELL OptiPlex 7040 Mini Tower XCTO : 13 unit - Dell Inspiron 24 5000 All in One Desktop : 3 unit - HP EliteDesk 800 G2 TWR : 9 unit - Dell 620 : 1 unit |
ii. Komputer riba – 31 unit - Lenovo Z50-70 : 4 unit - HP Pavilion 15-p036TX : 7 unit - DELL Vostro 3450 : 1 unit - Dell Latitude 3570, CTO: 9 unit - HP Probook 440 G4BNBPC : 10 unit | ||||
iii. Pencetak – 52 unit - HP CP2025n : 1 unit - HP2035n : 2 unit - CP1025 : 21 unit - HP P2015 : 3 unit - HP2055n : 1 unit - EPSON LQ-2090 : 1 unit - EPSON LQ-2080 : 1 unit - Canon PIXMA MP150 : 1 unit - HP Deskjet 2000 : 4 unit - CANON LBP 5050 : 1 unit - LaserJet P1006 : 1 unit - HPCLJ CP1215 : 1 unit - CANON LBP 6000 : 2 unit - HP Colour Laser Jet 5225 : 1 unit - HPCLJ CP4025D : 1 unit - CANON PIXMA MX477 : 1 unit - HP LJ P1606DN : 1 unit - HPCLJ PRO MFP M476NW : 1 unit - HP Color LaserJet Enterprise M553dn : 4 unit - OfficeJet Pro 8710 All-in-One Printer : 1 unit - HP Laserjet Pro 400 M401dn : 1 unit - HP Laserjet Pro 400 M401dw : 1 unit |
iv. Scanner – 3 unit - HP ScanJet 5590 : 1 unit - HP ScanjetJet Pro 2500 : 1 unit - Canon DR-M160II Office Document Scanner : 1 unit | ||||
b) Infrastruktur rangkaian komputer – 52 unit - Firewall Fortinet Fortigate 100D : 1 unit - 3COM Baseline Switch 2024 : 1 unit - Switch Cisco Catalyst 2960-S Series : 5 unit - AMP NetConnect Category 6 System (24 port) : 3 unit - Sangfor IAM : 2 unit - Server IBM System x3650 M3 : 1 unit - Server IBM System x3620 M3 : 1 unit - Server IBM System x3100 (Tower): 1 unit - Server HP Proliant ML110 G6 (Tower) : 1 unit - Server IBM System x3250 M3 : 1 unit - Server IBM System x3650 M3 : 1 unit - APC SMT3000RM12U : 2 unit - HP Proliant DL380 P G8 : 1 unit - Juniper Firewall SSG-140-SH : 1 unit - Switch HP Procurve 2530-24G : 1 unit - Firewall Fortinet FortiGate 60D : 2 unit - Wifi HP Procurve MSM422 AP : 1 unit - Cisco Aironet 1600 Series AP : 1 unit - Cisco Linksys Wireless : 2 unit - Ubiquity Unifi Wireless AP 2.4 Mhz : 9 Unit |
- Synology DS418 : 2 Unit - HP Proliant DL360 Gen 9 : 3 Unit - Cisco Catalyst C3850 24TS : 2 Unit - APC Smart-UPS SRT 10000VA RM 230V - RACKMOUNT : 1 |
No | Spesifikasi Yang Diperlukan | Pematuhan (YA/TIDAK) | Catatan |
I | SPESIFIKASI AM | ||
2 | Lokasi a) Pejabat SPPP – Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang b) Pejabat SPPP - NB Tower Butterworth Tingkat 11 (Suite 1), Pulau Pinang - NB Tower Butterworth Tingkat 11 (Suite 2), Pulau Pinang - NB Tower Butterworth Tingkat 2, Pulau Pinang c) Pejabat SPPP Teluk Ewa, Langkawi, Kedah | ||
3 | Jangkamasa Kontrak a) Berpengalaman dalam kerja-kerja penyelenggaraan komputer desktop, komputer notebook, pencetak dan sistem rangkaian sekurang-kurangnya 2 tahun. b) Tempoh kontrak adalah satu (1) tahun dengan kekerapan dua (2) kali setahun. c) SPPP berhak melantik dan membatalkan kontrak syarikat sekiranya perkhidmatan penyebutharga tidak mematuhi syarat yang ditetapkan/tawaran yang |
dipersetujui. d) Menyertakan jadual dan pelan pelaksanaan terperinci bagi tujuan perkhidmatan penyelenggaraan yang dicadangkan kepada SPPP. |
No | Spesifikasi Yang Diperlukan | Pematuhan (YA/TIDAK) | Catatan |
II | SKOP KERJA | ||
A | Penyelenggaraan Pencegahan | ||
1 | Perkakasan komputer desktop dan komputer notebook i. Pembersihan habuk/ kotoran pada ruang dalaman Unit Pemprosesan Pusat, CPU (Komputer Desktop) secara vacuumization atau teknik lain yang bersesuaian. Ruang dalaman adalah seperti berikut: a. Processor b. RAM c. Hard-disk d. Kad adaptor e. Pemacu cakeraliut (cd-drive) f. Power supply unit g. Kipas penyejukan ii. Pembersihan habuk/ kotoran pada luaran perkakasan komputer desktop dan komputer notebook iaitu papan kekunci, tetikus, monitor/ skrin. iii. Penyelenggaraan perisian dalaman sistem |
komputer termasuk kerja-kerja scandisk, defragmentation, virus cleaning (termasuk spyware, malware, phishing dan adware), BIOS Setup, Registry Checking dan perisian Ms-Office tanpa mengganggu operasi fail dan sistem aplikasi sedia ada. iv. Perisian a. Operating System: Genuine Windows 7 Professional/ Windows 8/ Windows 10 b. Operating System server: Microsoft Windows 2003 Server/ Microsoft Windows 2008 Server c. Microsoft Office 2007/ 2010/ 2013/2016 d. Antivirus : Bit Defender v. Memastikan update patches di setiap komputer desktop dan komputer riba adalah yang terkini. vi. Memeriksa dan memastikan sistem rangkaian (network) rangkaian kawasan tempatan, LAN dan rangkaian kawasan meluas, WAN berfungsi dengan baik. vii. Memastikan dan meyediakan perisian/ perkakasan yang digunakan adalah asli. |
2 | Perkakasan Pencetak i. Mengeluar dan membersih cartridge toner, pembersihan habuk/ kotoran di printhead, papan litar pencetak, cartridge toner, casing dan bahagian dalaman lain. ii. Membersih kotoran/ dakwat bahagian luaran pencetak dan paper tray serta memastikan tiada habuk/ kotoran. iii. Membersih dan memastikan pelinciran pada bahagian yang bergerak. iv. Menguji dan memastikan pencetak berada dalam keadaan baik. | ||
3 | Scanner i. Membersih kotoran di luaran scanner dan memastikan tiada habuk/ kotoran. ii. Menguji dan memastikan scanner berada dalam keadaan baik. | ||
4 | UPS iii. Membersih kotoran di luaran UPS dan memastikan tiada habuk/ kotoran. |
iv. Menguji dan memastikan UPS berada dalam keadaan baik. v. Sekiranya terdapat UPS baru dipasang di SPPP, penyebutharga perlu membantu dalam kerja - kerja pemasangan sehingga selesai. | |||
5 | i. Jangka masa penyelenggaraan mencegah adalah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. ii. Khidmat penyelenggaraan baik-pulih (Remedial Maintenance Services) adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu (sepanjang tempoh kontrak). iii. Melaksanakan kerja-kerja baik pulih serta pembetulan terhadap perkakasan, perisian dan infrastruktur rangkaian yang melibatkan kegagalan pada operasi rangkaian di Pejabat SPPP. Sekiranya memerlukan pembaikan luar, alat ganti setara atau unit pinjaman seumpama perlu disediakan dalam tempoh 1 hari. iv. Semua peralatan yang telah diselenggara hendaklah diuji dan beroperasi seperti biasa. Sekiranya didapati bermasalah semasa penyelenggaraan, pihak penyebutharga perlu menyelenggara tanpa sebarang kos kepada SPPP. |
v. Memberi latihan kepada pegawai IT SPPP melalui konsep Pemindahan Teknologi (TOT). | |||
6 | Mengeluar dan memusnahkan hard disk daripada peralatan yang akan dilupuskan. |
B | Peralatan Rangkaian | ||
1 | Network Cabling (UTP Cabling & Fiber Optic) i. Memastikan setiap data cabling (UTP Cat5e/UTP Cat6) berfungsi dan dilabel dengan baik. ii. Memastikan setiap data cabling (fibre optic) berfungsi dan dilabel dengan baik. iii. Memastikan susun atur kabel data dalam keadaan kemas dan bertanda dan dilabelkan. iv. Memastikan setiap fibre connection dan GBIC/ SFP module berfungsi dengan baik. v. Skop kerja di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) | ||
2 | Core switch, Access switch i. Memastikan peralatan sistem rangkaian berfungsi dan beroperasi dengan baik pada setiap masa. ii. Memastikan keputusan diagnosis atau pembaikan mudah dalam tempoh 24 jam selepas laporan |
dibuat untuk peralatan (Core switch, Access switch). iii. Membuat kerja-kerja konfigurasi seperti mengemaskini konfigurasi sedia ada dan membuat konfigurasi bagi VLAN baru sekiranya diminta, konfigurasi rangkaian dan pepasangan peralatan baru yang dibeli oleh SPPP untuk diintegrasi dengan peralatan sedia ada jika diminta. Sekiranya ada, penyebutharga perlu mengemaskini Dokumentasi Konfigurasi sedia ada. iv. Melakukan dust cleaning serta penglabelan pada struktur rangkaian yang diubah atau yang baru bagi setiap lokasi peralatan rangkaian. v. Menyediakan dokumentasi lengkap dan terkini rangkaian SPPP. vi. Mengemaskini firmware dan perisian terkini untuk setiap peralatan sistem rangkaian. vii. Menyediakan laporan secara terperinci setiap kali penyelenggaraan rangkaian dilakukan (2 minggu selepas sistem rangkaian diselenggara). viii. Skop kerja di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) | |||
3 | Router, Firewall, Internet Gateway & Load Balancer i. Memastikan keputusan diagnosis atau pembaikan mudah dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat untuk peralatan (Router, Firewall, Internet Gateway & Load Balancer). |
ii. Memastikan peralatan berada dalam keadaan sempurna dan tidak terganggu dan sentiasa kemaskini dari segi patches dan updates sekiranya perlu. iii. Memastikan lesen untuk semua perisian sentiasa aktif dan memaklumkan kepada pihak SPPP untuk diperbaharui sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh tamat. iv. Membuat kerja–kerja konfigurasi router dan firewall seperti web proxy, content filtering, VPN, antispam, DNS services, webmail, webserver dan kerja-kerja pemasangan peralatan baru yang dibeli oleh SPPP untuk diintegrasi dengan peralatan sedia ada jika diminta. v. Skop kerja diatas hendaklah dinyatakan dgn jelas didalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) | |||
4 | Sistem Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) i. Menyedia dan melaksana perkhidmatan penyelenggaraan secara menyeluruh ke atas Sistem Wireless SPPP. ii. Menyediakan keputusan diagnosis atau pembaikan mudah untuk memastikan sistem wireless beroperasi atau dibaiki dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat. |
iii. Memastikan connectivity access point, antenna dan controller beroperasi dengan baik, tiada gangguan channel bagi mengelakkan rangkaian wireless tergendala secara keseluruhan. iv. Membuat kerja–kerja konfigurasi rangkaian wireless dan pemasangan peranti wireless baru yang dibeli oleh SPPP untuk diintegrasi dengan peralatan sedia ada jika diminta. v. Mengoptimumkan keselamatan rangkaian wireless dari sudut kebenaran capaian antara staf. vi. Menyediakan dokumentasi lengkap dan terkini rangkaian wireless SPPP. vii. Skop kerja diatas hendaklah dinyatakan dgn jelas didalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) | |||
5 | Sistem Komputer Pelayan (Server) i. Menyedia dan melaksanakan sistem penyelenggaraan secara menyeluruh ke atas semua server SPPP. ii. Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan mencegah secara berkala (scheduled preventive maintenance) serta menyediakan jadual penyelenggaraan untuk SPPP. iii. Membuat kerja–kerja konfigurasi server dan pemasangan peralatan baru server yang dibeli oleh SPPP untuk diintegrasi dengan peralatan sedia ada jika diminta. |
iv. Menyediakan dokumentasi lengkap dan terkini server SPPP. v. Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan secara menyeluruh terhadap Sistem Simpanan Data Sandaran di SPPP termasuk perkhidmatan rundingan ke atas sebarang kekangan atau masalah yang dihadapi oleh server disebabkan oleh penambahan pengguna dan aplikasi. vi. Skop kerja diatas hendaklah dinyatakan dengan jelas didalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) vii. Memastikan konfigurasi semua server beserta pangkalan datanya dikemaskini sebulan sekali. |
C | Penyelenggaraan Pembaikan | ||
i. Perkhidmatan Help-Desk 24 jam sehari, 7 hari seminggu (sepanjang tempoh kontrak). ii. Perkhidmatan On-Call TIDAK MELEBIHI 3 Jam untuk penyebutharga tiba di SPPP bagi satu-satu masa panggilan. iii. Sekiranya perkakasan perlu dibawa keluar (bagi kes-kes pembaikan tidak dapat dilakukan di lokasi setelah mendapat persetujuan SPPP), semasa peralatan di bawa keluar/ pengenalpastian masalah, |
borang membawa keluar peralatan IT SPPP perlu diisi. iv. Tempoh siap keseluruhan pembaikan adalah tidak melebihi 2 minggu bekerja bagi kerosakan major. Penalti boleh dikenakan sekiranya melebihi tempoh siap pembaikan. v. Penggantian peralatan pinjaman di perlukan sekiranya peralatan tersebut memerlukan pembaikan lebih daripada 8 JAM. vi. Sebarang kerosakan perkakasan/perisian IT perlu dimaklumkan kepada SPPP untuk tujuan pengesahan. vii. Sebarang penggantian perkakasan/ pepasangan perisian baru perlu mendapat persetujuan SPPP terlebih dahulu. viii. Penyebutharga perlu membuat pemasangan sebarang perisian dan perkakasan baru yang dibeli oleh SPPP jika diminta. ix. Penyebutharga perlu membantu sekiranya terdapat pemasangan perkakasan dan perisian baru sekiranya diperlukan. x. Penyebutharga perlu melaksanakan kerja - kerja migration berkaitan perisian lama ke perisian baru |
jika diminta. xi. Sebutharga dan Surat akuan kerosakan penggantian perkakasan/perisian IT perlu dihantar ke SPPP untuk tindakan selanjutnya. xii. SPPP berhak membuat pemilihan penyebutharga bagi sebut harga penggantian perkakasan/ perisian IT. xiii. Penyebutharga perlu memberi khidmat nasihat/cadangan penambahbaikan kepada SPPP jika difikirkan bersesuaian. xiv. Sekiranya perkhidmatan tidak ditawarkan seperti syarat-syarat dipersetujui, SPPP boleh mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana penyebutharga yang tidak dilantik. xv. Jika kerosakan rangkaian yang memerlukan baikpulih yang lebih dari 24 jam atau memerlukan pemasangan semula, pihak penyebutharga perlu mencadangkan tindakan yang perlu bagi mengekalkan operasi adalah berfungsi sementara menunggu pembaikan atau pemasangan semula sistem rangkaian. xvi. Jadual penyelenggaraan/ servis perlu dipatuhi oleh penyebutharga. |
xvii.SPPP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung kos pembaikan sekiranya penyebutharga melanggar mana-mana syarat di atas. xviii. Penyebutharga perlu menjalankan pemeriksaan yang difikirkan relevan serta kerja-kerja sokongan lain bagi mencapai prestasi sistem yang optimum ke atas skop yang dinyatakan. xix. Sebarang arahan haruslah dipatuhi oleh penyebutharga. Kegagalan mematuhi arahan menyebabkan kontrak ditamatkan atau penalti akan dikenakan. |
D | Perkhidmatan Dokumentasi | ||
i. Penyebutharga perlu mengemaskini dokumentasi lengkap berdasarkan kepada Sistem Rangkaian yang sedia ada di tempat lokasi seperti yang dinyatakan di atas. ii. Dokumentasi adalah meliputi aspek seperti berikut :- a. Log aset peralatan berdasarkan kepada setiap lokasi. b. Topologi sistem berdasarkan kepada setiap lokasi. c. Menyediakan lakaran plan sistem rangkaian bagi setiap lokasi. d. Menyediakan dokumentasi konfigurasi |
peralatan bagi setiap lokasi. e. Menyediakan rumusan dan cadangan berkaitan sistem rangkaian sedia ada berdasarkan kepada setiap lokasi seperti diatas. iii. Dokumentasi harus diserahkan dalam bentuk hardcopy & softcopy kepada pegawai yang berkenaan. iv. Penyebutharga haruslah menyediakan dokumentasi lengkap (laporan semasa) dan diserahkan kepada pegawai bertugas selepas dianugerahkan kontrak. v. Penyebutharga haruslah menyediakan dokumentasi perubahan dari masa ke semasa jika dikehendaki oleh pihak SPPP selama waktu kontrak. |
E | Perkhidmatan diagnosis. | ||
i. Penyebutharga harus menyediakan perkhidmatan Help Desk untuk tujuan aduan kerosakan atau bantuan melalui talian (telefon/ email). ii. Penyebutharga perlu menyediakan & mengunakan borang lembaran kerja (Job Sheet) untuk setiap kali diagnosis dilakukan.(sila lampirkan contoh borang lembaran kerja) iii. Penyebutharga haruslah menyediakan Jurutera Tapak atau Juruteknik yang berkelayakan seperti syarat-syarat di atas. (sila lampirkan sijil-sijil |
yang berkaitan) iv. Penyebutharga harus menyediakan laporan diagnosis selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam setelah pemeriksaan dilakukan. v. Penyebutharga perlu menyediakan laporan bulanan kerosakan kepada pihak SPPP berdasarkan kepada aduan kerosakan oleh SPPP. vi. Penyebutharga harus menyediakan perkhidmatan perundingan sekiranya dikehendaki. |
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
27