KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TENDER
TARIKH IKLAN : 27 SEPTEMBER 2023 (RABU)
Tawaran Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) Atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Negeri Sarawak (UPKJ) dalam kelas yang berkaitan untuk mengambil bahagian di dalam tender seperti berikut :-
BUTIR- BUTIR TAWARAN | HARGA DOKUMEN (RM) | TARIKH/ TEMPAT/ MASA TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK | TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL | SYARAT PENDAFTARAN TENDER | TARIKH TENDER DITUTUP |
Tender Menaik Taraf Sistem Pendingin Hawa Berpusat Di Hospital Serdang (Dewan Bedah & Wad Kelas 3), Selangor No. Jadual T/P&P: 84/2023 Nota: Tender kerja ini tidak tertakluk kepada obligasi perjanjian antarabangsa Free Trade Agreement/ Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (FTA/CPTPP). | RM 100.00 (Tidak akan dikembalikan) Rujuk PK2.2 (Lampiran 1) | Taklimat Tender Tarikh : 5 Oktober 2023 (Khamis) Masa : 10.30 Pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Hospital Sultan Xxxxx Xxxx, Serdang | Dokumen Tender boleh diperolehi / dijual selepas taklimat tender pada: Tarikh Jual: 5 Oktober 2023 (Khamis) Tarikh Tutup Jual: 19 Oktober 2023 (Khamis) Tempat: Kaunter Tender, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya | 1. Xxxxxxxx DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat 2. Syarat menghadiri taklimat/lawatan tapak : PENAMA dibenarkan hadir bersama SEORANG (1) WAKIL SYARIKAT SAHAJA. Petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) /PUKONSA/UPKJ/Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang asal semasa pembelian dokumen tender. Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) / PUKONSA / UPKJ SAHAJA yang boleh hadir ke sesi taklimat tender. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender. 3. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. 4. Petender hendaklah memiliki lesen :- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB Gred G5 SAHAJA Kategori: ME Pengkhususan: M01 Atau PUKONSA Kelas B SAHAJA Tajuk III Tajuk Kecil 1 (a) | 26 Oktober 2023 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. |
pada waktu-waktu pejabat seperti berikut :- | |||||
Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg 2.00 ptg – 4.00 ptg | |||||
Jumaat : 8.00 pg – 12.00 t/hari 2.45 ptg – 4.00 ptg |
Atau UPKJ Kelas B dan ke atas SAHAJA Kepala 1 Kepala V Sub-Kepala 3 Dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 5. Taraf /Jenis Syarikat BUMIPUTERA 6. Xxxxxxxx boleh menghubungi pihak Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan untuk lawatan tapak seperti berikut: Sektor Implementasi Projek No. Telefon : 00-00000000 Email: xxxxxxxxxxxxx@xxx.xxx. my |
Tempat serahan Dokumen Tender hanya di :
KAUNTER TENDER,
BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA
DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. KEMENTERIAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER MELALUI POS LAJU / COURIER.
Pihak tuan adalah dimohon untuk mematuhi Pekeliling Perbedaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.2, perenggan 5.7(iii) dan perenggan 5.1(viii) serta Garis Panduan Penilaian Tender – Lampiran 9 dan PP/PK5.1 perenggan 5.1.3(b) dibaca bersama PP/PK5.1 Lampiran 4 dan perenggan 9.2 yang memberi maksud untuk TIDAK memaparkan nama syarikat pada dokumen teknikal.
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Money Order sahaja atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
BAYARAN MELALUI WANG TUNAI/CEK/XXXX XXX TIDAK DITERIMA
KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), ATAU PUKONSA ATAU UPKJ BESERTA SALINAN FOTOSTAT (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN.
Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) / PUKONSA / UPKJ sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. Agensi hendaklah mensyaratkan bahawa kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam PKK, SPKK, PUKONSA, UPKJ. Kementerian Kewangan. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.