Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL.22/2019: PEMBEKALAN PAKAIAN KORPORAT & UNIFORM SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG TAHUN 2020 | 020801/ 020899/ 222401 | 25 November 2019/ Laman Web SPPP | 5 Disember 2019 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang‐borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:‐ Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (u.p. Urusetia Sebut Harga) 2. Kehadiran sesi taklimat adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga. Sesi Taklimat akan diadakan seperti berikut: ‐ Tarikh : 27 November 2019 Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Weld Quay B Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A, Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx Pegawai yang dihubungi : Xxxx Xxx Xxx Xxxxx (04‐263 3211) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. |
4.
Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda
SEBUT HARGA BIL.22/2019: PEMBEKALAN PAKAIAN KORPORAT & UNIFORM SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG TAHUN 2020.
5. Dokumen sebut harga hendaklah dihantarkan di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada
5 Disember 2019, jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak.
6. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
7. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana‐mana tawaran yang terendah.
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 25 November 2019
Borang A
SPESIFIKASI UMUM
1. Tujuan
Tujuan spesifikasi ini adalah untuk memberi penerangan kepada Penyebutharga mengenai Sebutharga bagi Pembekalan Pakaian Korporat & Uniform Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Tahun 2019.
2. Skop Perkhidmatan
Membekal dan menjahit siap pakaian korporat & uniform bagi pegawai/kakitangan di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
3. Definasi Kerja
3.1 Membekal
Membekal pakaian korporat & uniform siap dijahit bagi pegawai/kakitangan di SPPP.
3.2 Menjahit
Menyediakan perkhidmatan jahitan bagi pakaian korporat & uniform siap untuk diagihkan kepada pegawai/kakitangan di SPPP.
4. Penyebutharga hendaklah memastikan bekalan dan perkhidmatan pakaian korporat & uniform adalah sempurna dan menepati aras perkhidmatan yang ditetapkan. Bekalan dan perkhidmatan penyebutharga akan ditolak sekiranya aras perkhidmatan yang dijanjikan tidak dicapai.
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUT HARGA BIL 22/2019 : PEMBEKALAN PAKAIAN KORPORAT & UNIFORM SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG TAHUN 2020
1. Jadual ini adalah wajib diisi dengan lengkap, jelas, terang dan ditaip/ditulis dengan kemas.
2. Segala maklumat yang terdapat di dalam jadual ini akan dianggap sebagai spesifikasi yang akan ditawarkan oleh Penyebutharga.
3. Segala maklumat yang tercatat di dalam jadual ini akan digunakan untuk tujuan penilaian teknikal.
4. Mana-mana bahagian di dalam jadual ini yang tidak diisi, tidak jelas, maklumat tidak mencukupi atau berlaku ketidakseragaman maklumat, maka dokumen ini dianggap tidak lengkap dan iannya tidak akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal.
PAKAIAN KORPORAT LENGAN PANJANG
Bil. | Jantina | Bilangan Pegawai/ Kakitangan | Jumlah Keseluruhan (pasang) | Spesifikasi Pakaian Jenis Baju/Seluar/Kain | Taraf Perkara (W-Wajib; U-Umum) | Pematuhan (Ya/Tidak) | Maklumbalas Penyebutharga |
1. | Lelaki | 40 orang | 44 pasang | Kemeja korporat beserta huruf sulaman ‘PPC’, lengan panjang dan seluar panjang | W | ||
2. | Perempuan | 32 orang | 32 pasang | Kemeja korporat beserta huruf sulaman ‘PPC’, lengan panjang dan seluar/kain panjang | W | ||
JUMLAH | 72 orang | 76 pasang |
Nota:
1. Spesifikasi pakaian korporat lengan panjang adalah seperti berikut:
a) Lelaki
Baju : Kemeja korporat lengan panjang, mempunyai huruf sulaman ‘PPC’warna silver di poket kemeja.
Kain bercorak belang halus yang berwarna biru muda, kain jenis cotton.
Seluar : Seluar panjang warna hitam, kain jenis tetron rayon.
b) Perempuan
Baju : Kemeja korporat lengan panjang, mempunyai huruf sulaman ‘PPC’warna silver di kedua-dua gelang tangan.
Kain bercorak belang halus yang berwarna biru muda, kain jenis cotton.
Seluar/Kain: Seluar/kain panjang warna hitam, kain jenis tetron rayon.
2. Jenis kain hendaklah dari jenis yang bermutu dan berkualiti sejajar dengan hasil pakaian korporat yang disediakan.
BAJU KORPORAT
Bil. | Jantina | Bilangan Pegawai/ Kakitangan | Jumlah Keseluruhan (helai) | Spesifikasi Baju Korporat | Taraf Perkara (W-Wajib; U-Umum) | Pematuhan (Ya/Tidak) | Maklumbalas Penyebutharga |
1. | Lelaki | 40 orang | 40 helai | Baju korporat beserta huruf sulaman ‘PPC’, lengan pendek | W | ||
2. | Perempuan | 32 orang | 32 helai | Baju korporat beserta huruf sulaman ‘PPC’, lengan panjang | W | ||
JUMLAH | 72 orang | 72 helai |
Nota:
1. Spesifikasi baju korporat adalah seperti berikut:
a) Lelaki
Baju : Baju korporat lengan pendek, mempunyai huruf sulaman ‘PPC’warna silver di poket baju.
Kain berwarna putih dan dark blue, kain jenis cotton.
b) Perempuan
Baju : Baju korporat lengan panjang, mempunyai huruf sulaman ‘PPC’warna silver di kedua-dua gelang tangan.
Kain berwarna putih dan dark blue, kain jenis cotton.
2. Jenis kain hendaklah dari jenis yang bermutu dan berkualiti sejajar dengan hasil baju korporat yang disediakan.
Contoh design untuk baju korporat
BLAZER SUIT
Bil. | Jantina | Bilangan Pegawai/ Kakitangan | Jumlah Keseluruhan (pasang) | Spesifikasi Blazer Suit | Taraf Perkara (W-Wajib; U-Umum) | Pematuhan (Ya/Tidak) | Maklumbalas Penyebutharga |
1. | Lelaki | 40 orang | 40 pasang | Blazer beserta sulaman nama pegawai di bahagian dalam blazer, lengan panjang dan seluar panjang | W | ||
2. | Perempuan | 32 orang | 32 xxxxxx | Xxxxxx beserta sulaman nama pegawai di bahagian dalam blazer, lengan panjang dan seluar/kain panjang | W | ||
JUMLAH | 72 orang | 72 pasang |
Nota:
1. Spesifikasi blazer suit adalah seperti berikut:
a) Lelaki
Baju : Blazer lengan panjang, mempunyai sulaman nama pegawai di bahagian dalam blazer.
Kain berwarna hitam, kain jenis poly high twill.
Seluar : Seluar panjang warna hitam, kain jenis poly high twill.
b) Perempuan
Baju : Blazer lengan panjang, mempunyai sulaman nama pegawai di bahagian dalam blazer.
Kain berwarna hitam, kain jenis poly high twill.
Seluar/Kain: Seluar/kain panjang warna hitam, kain jenis poly high twill.
3. Jenis kain hendaklah dari jenis yang bermutu dan berkualiti sejajar dengan hasil blazer suit yang disediakan.
UNIFORM
PAKAIAN SERAGAM KERJA PEGAWAI POLIS BANTUAN BERPANGKAT SARJAN MEJAR DAN KE ATAS | ||||||||
Bil. | Jantina | Bilangan Pegawai/ Kakitangan | Jumlah Helai Seorang | Jumlah Keseluruhan (pasang) | Spesifikasi Pakaian Seragam/Jenis Baju/Seluar/Kain | Taraf Perkara (W-Wajib; U-Umum) | Pematuhan (Ya/Tidak) | Maklumbalas Penyebutharga |
1. | Lelaki | 2 orang | 1 pasang | 2 pasang | Bush Jacket lengan pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | W |
PAKAIAN SERAGAM KERJA PEGAWAI POLIS BANTUAN BERPANGKAT SARJAN KE BAWAH | ||||||||
Bil. | Jantina | Bilangan Pegawai/ Kakitangan | Jumlah Helai Seorang | Jumlah Keseluruhan (pasang) | Spesifikasi Pakaian Seragam/Jenis Baju/Seluar/Kain | Taraf Perkara (W-Wajib; U-Umum) | Pematuhan (Ya/Tidak) | Maklumbalas Penyebutharga |
1. | Lelaki | 1 orang | 1 pasang | 1 pasang | Pakaian Seragam Kerja Tuck In Lengan Pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | W | ||
2. | Lelaki | 3 orang | 2 pasang | 6 pasang | Pakaian Seragam Kerja Tuck In Lengan Pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | W | ||
3. | Perempuan | 1 orang | 2 pasang | 2 pasang | Pakaian Seragam Kerja Bush Jacket Lengan Panjang dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | W |
PAKAIAN SERAGAM KEBOMBAAN | ||||||||
Bil. | Jantina | Bilangan Pegawai/ Kakitangan | Jumlah Helai Seorang | Jumlah Keseluruhan (pasang) | Spesifikasi Pakaian Seragam/Jenis Baju/Seluar/Kain | Taraf Perkara (W-Wajib; U-Umum) | Pematuhan (Ya/Tidak) | Maklumbalas Penyebutharga |
1. | Lelaki | 2 orang | 1 pasang | 2 pasang | Baju Operasi Lengan Pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Ripstop fabrics berwarna biru | W |
JADUAL PEMATUHAN HARGA
SEBUT HARGA BIL 22/2019 : PEMBEKALAN PAKAIAN KORPORAT & UNIFORM SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG TAHUN 2020
Bil. | Perkhidmatan | Kuantiti | Harga Jualan | Jumlah (RM) | |
Sepasang/ Sehelai (RM) | Jumlah (RM) | ||||
1. | Membekal dan menjahit pakaian korporat lengan panjang siap pegawai/kakitangan SPPP | 76 pasang | |||
2. | Membekal dan menjahit baju korporat siap pegawai/kakitangan SPPP | 72 helai | |||
3. | Membekal dan menjahit blazer suit siap pegawai/kakitangan SPPP | 72 pasang | |||
4. | Membekal dan menjahit Bush Jacket lengan pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | 2 pasang (Lelaki) | |||
5. | Membekal dan menjahit Bush Jacket lengan panjang dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | 2 pasang (Perempuan) | |||
6. | Membekal dan menjahit Pakaian Seragam Kerja Tuck In Lengan Pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Hi Sofy berwarna biru gelap (dark blue) | 7 pasang (Lelaki) | |||
7. | Membekal dan menjahit Baju Operasi Lengan Pendek dan Seluar Panjang, Jenis Kain – Ripstop fabrics berwarna biru | 2 pasang (Lelaki) | |||
JUMLAH KESELURUHAN |
Nota:
1. Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.
2. SPPP adalah tidak terikat untuk membuat pesanan ke atas semua item atau kuantiti yang ditawarkan.
3. Penyebutharga hendaklah memasukkan harga bagi setiap item yang dinyatakan di dalam lampiran ini.
4. Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Perkhidmatan tidak termasuk di dalam Jadual Pematuhan ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Jadual Pematuhan Harga.
Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.
……………………………………………………. Nama :
Jawatan :
Cop Syarikat :
REKOD PENGALAMAN
(Senarai semua rekod pengalaman dalam 3 tahun lepas)
BIL | TAJUK PEMBEKALAN | NAMA PELANGGAN | NILAI KONTRAK (RM) | TEMPOH PEMBEKALAN |
Contoh: Pembekalan Pakaian Seragam | Syarikat ABZ Sdn Bhd | 30,000.00 | 1 Mac - 25 Mac 2017 |
Nota:
1. Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.
2. SPPP adalah tidak terikat untuk membuat pesanan ke atas semua item atau kuantiti yang ditawarkan.
3. Penyebutharga hendaklah memasukkan harga bagi setiap item yang dinyatakan di dalam lampiran ini.
4. Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Perkhidmatan tidak termasuk di dalam Jadual Pematuhan ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Jadual Pematuhan Harga.
Jumlah Ringgit Malaysia
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
i. *No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Membuat pembekalan dalam tempoh masa tiga (3) bulan Boleh / Tidak Boleh
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga
Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan :
Alamat Syarikat :
No. Tel. : Cop Syarikat :
*No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Am
14
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulin, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.
4. BARANG-BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
5. PENYETUJUAN
(i) SPPP tidak terikat untuk menyetujuterima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga. SPPP berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran daripada mana-mana penyebut harga. Penyebut harga juga boleh menawarkan harga untuk keseluruhan atau sebahagian item.
(ii) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
(i) SPPP adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Barang-barang
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa
Perkhidmatan
yang dibekalkan oleh mereka
adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
(i) Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.
(ii) Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada SPPP segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.
(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak SPPP untuk mendapatkan gantirugi kerana kemungkiran kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan SPPP terlebih dahulu.
15
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURAN
Tiada apa-apa insuran atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang- barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
15. PENALTI LEWAT PENGHANTARAN
Penalti akan dikenakan terhadap pembekal sekiranya tidak dapat membuat penghantaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kadar penalti adalah seperti berikut:
18% X jumlah nilai kontrak x bilangan hari yang lewat bekal 365
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
16. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
17. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
18. PEMBUNGKUSAN
(i) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
PNMB., K.L.
16
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 22/2019: PEMBEKALAN PAKAIAN KORPORAT & UNIFORM SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG TAHUN 2020
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkenaan.
17
Borang C
SENARAI SEMAK (BEKALAN/PERKHIDMATAN)
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Urusetia Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Jika ada) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) Dan Ditandatangani | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Penyerahan Sampel Xxxx Xxxx Ditawarkan Xxx Xxxxxxx Baju Yang Telah Siap Dijahit | ||
6. | *Rekod Pengalaman Kerja Yang Lepas | ||
7. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Ogos 2019, September 2019 & Oktober 2019) | ||
8. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Urusetia Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
18
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
19