Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan CIDB dalam kategori berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan/kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | GRED DAN KATEGORI | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL. 3/2019 : PEMBAIKAN RUMAH RASMI SPPP DI NO. 5A JALAN CANTONMENT | Gred: G1 Kategori: B /CE Pengkhususan: B15/B24/B28 /CE21/CE32 | 14 FEBRUARI 2019/ | 25 FEBRUARI 2019 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (SILA MASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA) 2. Lawatan Tapak adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga. Lawatan Tapak akan diadakan seperti berikut: - Tarikh : 18 FEBRUARI 2019 (ISNIN) Masa : 10.00 pagi Tempat : Rumah Rasmi SPPP di 0X Xxxxxxxxxx Xxxx Pegawai yang dihubungi : Puan Norwahida Azwani binti Mat Yusop (012-2303476) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SPESIFIKASI BAGI SEBUT HARGA BIL. 3/2019: PEMBAIKAN RUMAH RASMI SPPP DI NO. 0X XXXXX XXXXXXXXXX |
5. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 25 Februari 2019, jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak.
6. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
7. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 14 Februari 2019
Borang A
Bil. | Perihal barang-barang/perkhidmatan | Kuantiti | Harga Seunit (RM) | Harga (RM) |
SILA LIHAT DI LAMPIRAN A |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Ringgit Malaysia (sebelum SST):
.............................................................................................................................................
Ringgit Malaysia (termasuk SST) :
.............................................................................................................................................
i. *No. Pendaftaran dengan CIDB
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Menyiapkan kerja dalam tempoh masa empat (4) bulan Boleh/ Tidak Boleh
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga
Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan :
Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan CIDB perlu dinyatakan dengan mengikut Gred dan Kategori yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan XXXX semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Am
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama SPPP dan Kontraktor perlu mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insuran Kerja bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak mengambil tindakan yang bersesuaian.
3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Kontrak, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Kontrak akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan tindakan akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor- kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI PENGUASA SPPP ATAU WAKILNYA
6.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah apabila diminta oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya, memberi kepadanya baucar-baucar dan/ atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu memenuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya secara bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Kontrak dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. PERUBAHAN KERJA
10.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh membatalkan Sebut Harga ini.
10.2 Semua kerja perubahan dan/ atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan Kontraktor hendaklah digunakan.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau wakilnya.
12. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
13. PENALTI LEWAT MENYIAPKAN KERJA
Penalti lewat bekal menyiapkan kerja bagi sehari adalah seperti berikut: Penalti = 18%/ 365 x Jumlah Nilai Kerja x Bilangan Hari Yang Lewat
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 3/2019 : PEMBAIKAN RUMAH RASMI SPPP DI NO. 0X XXXXX XXXXXXXXXX
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkenaan.
Borang C
SENARAI SEMAK (BEKALAN/PERKHIDMATAN / KERJA)
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembukan Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari CIDB | ||
2. | *Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tempoh kerja) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Senarai Kerja Dalam Tangan Beserta Amaun (sekiranya tiada kerja dalam tangan, surat perakuan perlu dikemukakan oleh syarikat.) | ||
6. | *Brosur / Katalog / Maklumat yang diminta oleh SPPP | ||
7. | *Senarai Kakitangan / Peralatan / Jentera Milik Syarikat | ||
8. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (November 2018, Disember 2018 & Januari 2019) | ||
9. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat- syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap akan tidak dipertimbangkan.
LAMPIRAN A
Bil | Huraian Kerja | Unit | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah (RM) |
KERJA-KERJA PENDAHULUAN | |||||
Kerja-kerja pendahuluan yang | LOT | - | - | ........................ | |
terkandung dalam Syarat-Syarat Sebut | |||||
Harga Untuk Kerja seperti dalam PK 2 | |||||
Lampiran 2.5 (Xxxxxx Xxxxxxxxx | |||||
Kerajaan) – Insurans Kerja dan | |||||
Insurans Tanggungan Awam. | |||||
Mobilisasi, membekal tenaga mahir, | PUKAL | - | - | ........................ | |
bahan-bahan, alat kelengkapan, mesin, | |||||
jentera, pengangkutan dan semua | |||||
barang yang diperlukan bagi kerja-kerja | |||||
dalam Sebut Harga ini. Penyediaan | |||||
semua kelengkapan yang perlu untuk | |||||
pematuhan kepada prosedur/piawaian | |||||
Akta Keselamatan & Kesihatan | |||||
Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta Akta | |||||
Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139). | |||||
Urusan berkaitan kelulusan Pihak | |||||
Berkuasa Tempatan bagi menjalankan | PUKAL | - | - | ........................ | |
kerja-kerja pembaikan Rumah Rasmi | |||||
SPPP, Jalan Cantonment. | |||||
KERJA BUMBUNG | |||||
Membaikpulih/Mengganti bumbung | PUKAL | - | - | ........................ | |
sediada yang rosak dan menyusun | |||||
semula genting bumbung yang tidak | |||||
selari/kemas. | |||||
Membaikpulih/Mengganti papan cantik | PUKAL | - | - | ........................ | |
sediada yang rosak. | |||||
Membaikpulih/Mengganti siling sediada | PUKAL | - | - | ||
xxxx xxxxx. | ........................ |
KERJA PINTU DAN TINGKAP | |||||
............... | ........................ | ||||
Membekal dan memasang pintu kayu | NOS | 5 | |||
yang baru menggantikan xxxx | |||||
rosak/hilang. (Jenis dan rekabentuk | |||||
pintu hendaklah sama atau setara | |||||
dengan yang asal dan diluluskan oleh | |||||
Pengurus Besar atau wakilnya) | |||||
............... | ........................ | ||||
Membekal dan memasang empat (4) | NOS | 5 | |||
unit tingkap kayu berkaca dan seunit | |||||
tingkap kayu penuh menggantikan yang | |||||
rosak. (Jenis dan rekabentuk tingkap | |||||
hendaklah sama atau setara dengan | |||||
yang asal dan diluluskan oleh Pengurus | |||||
Besar atau wakilnya) | |||||
Membaikpulih lain-lain pintu dan tingkap | PUKAL | - | - | ........................ | |
yang rosak supaya boleh dibuka/tutup | |||||
dengan baik. | |||||
Membekal dan memasang cermin | PUKAL | - | - | ........................ | |
tingkap nako baru menggantikan xxxx | |||||
rosak. | |||||
Membekal dan memasang selak pintu | NOS | 50 | ............... | ........................ | |
dan selak tingkap yang baru | |||||
menggantikan yang telah hilang/rosak. | |||||
Membekal dan memasang tombol pintu | |||||
baru beserta satu set kunci | NOS | 7 | ............... | ........................ | |
menggantikan yang rosak/hilang. (Jenis | |||||
dan rekabentuk tombol pintu hendaklah | |||||
sama atau setara dengan yang asal dan | |||||
diluluskan oleh Pengurus Besar atau | |||||
wakilnya) |
KERJA GUTTER DAN RAIN WATER DOWN PIPE | |||||
Membaikpulih/Menggantikan gutter yang rosak. (Jenis dan rekabentuk gutter hendaklah sama atau setara dengan yang asal dan diluluskan oleh Pengurus Besar atau wakilnya) | PUKAL | - | - | ........................ | |
Membaikpulih/Menggantikan rain water down pipe yang rosak. (Jenis dan rekabentuk rain water down pipe hendaklah diluluskan oleh Pengurus Besar atau wakilnya) | PUKAL | - | - | ........................ | |
Membersihkan kotoran dan mengeluarkan bendasing dalam gutter dan rain water down pipe supaya sistem saliran air hujan berfungsi dengan baik. | PUKAL | - | - | ........................ | |
KERJA AWNING TINGKAP | |||||
Membaikpulih/Mengganti awning tingkap sediada yang rosak dan berkarat. (Material dan rekabentuk awning hendaklah diluluskan oleh Pengurus Besar atau wakilnya) | NOS | 7 | ............... | ........................ | |
KERJA MELEPA DAN MENGECAT LAIN-LAIN PINTU, TINGKAP, PAPAN CANTIK DAN SILING. | |||||
Mengecat siling, papan cantik, door frame, window frame, rain water down pipe dan gutter samada di luar atau dalam Rumah Rasmi SPPP. (Jenama cat Jotun atau yang setara dengannya dan warna hendaklah diluluskan oleh Pengurus Besar atau wakilnya) | PUKAL | - | - | ........................ |
PEMBERSIHAN TAPAK KERJA | |||||
Membersih dan membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke tempat pelupusan sampah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. (Sebagaimana yang diarahkan oleh Pengurus Besar SPPP atau wakilnya) | PUKAL | - | - | ........................ | |
Nota:- | |||||
Kontraktor hendaklah membaikpulih struktur dan kemasan lain yang terjejas/rosak sama ada sebelum, semasa atau sesudah kerja-kerja pembaikan Rumah Rasmi SPPP siap. (Hendaklah merujuk kepada Pengurus Besar SPPP atau Wakilnya terlebih dahulu). | PUKAL | - | - | - | |
*Jumlah Dibawa Ke Borang Sebut Harga |
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”