DOKUMEN SEBUTHARGA
KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
DOKUMEN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA NO. : B2 BK (S) 175/ 855/ 22/ 2023
TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT CAR TIGA (3) BUAH LIF JENAMA SCHINDLER DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA,PERSIARAN INSPEN, 00000 XXXXXX XXXXXXXX DARUL EHSAN
TARIKH TUTUP :
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PERSIARAN INSPEN
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 00-00000000 FAKS : 03-89258100
HARGA DOKUMEN: PERCUMA (SOFTCOPY PDF SAHAJA)
KERJA-KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT CAR TIGA (3) BUAH LIF JENAMA SCHINDLER DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA,PERSIARAN INSPEN, 00000 XXXXXX XXXXXXXX DARUL EHSAN
ISI KANDUNGAN
1.0 NOTIS SEBUT HARGA
2.0 SURAT AKUAN PEMBIDA
3.0 ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
4.0 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
5.0 BORANG SEBUTHARGA
6.0 BORANG MAKLUMAT PENYEBUTHARGA
Lampiran 6.1 Lampiran 6.2 Lampiran 6.3 | Borang A Borang B Borang BA | Maklumat Am Latarbelakang Penyebutharga Data-Data Kewangan Laporan Sulit Daripada Bank/ Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebutharga |
Lampiran 6.4 | Borang C | Rekod Pengalaman Kerja |
Lampiran 6.5 | Borang D | Senarai Kerja Kontrak Semasa |
Lampiran 6.6 Lampiran 6.7 | Borang DA Borang E | Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja Semasa Penyebutharga Maklumat Kakitangan Teknikal |
Lampiran 6.8 | Borang F | Senarai Jentera-Jentera, Peralatan & Xxxxxxxxxx |
Lampiran 6.9 | Borang G | Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Keesahan Dokumen yang dikemukakan oleh Penyebutharga |
7.0 SPESIFIKASI AM
8.0 SKOP KERJA
9.0 SPESIFIKASI KERJA
10.0 LAMPIRAN
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
Sila tandakan β Bagi Dokumen-dokumenYang Disertakan.
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Di T anda Oleh Syarikat | Untuk Di tanda Oleh J/kuasa Pembuka Sebut Harga |
1. | Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
4. | Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat | ||
5. | Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja) | ||
6. | Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB | ||
7. | Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran) dan Ditandatangani | ||
Senarai Kuantiti Telah Diisi | |||
8. | Borang A β Maklumat Am Latarbelakang Penyebutharga | ||
Borang B- Data-Data Kewangan | |||
Borang BA β Laporan Sulit Daripada Bank/ Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebutharga | |||
Borang C- Rekod Pengalaman Kerja | |||
Borang D β Senarai Kerja Kontrak Semasa | |||
Borang DA β Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Semasa Xxxxxxxx | |||
Xxxxxx E- Maklumat Kakitangan Teknikal |
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Di tanda Oleh Syarikat | Untuk Di tanda Oleh J/kuasa Pembuka |
Borang F- Senarai Jentera-Jentera, Peralatan & Perkakasan | |||
Borang G β Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Keesahan Dokumen yang dikemukakan oleh Xxxxxxxx | |||
9. | Lampiran Dokumen Sokongan | ||
a. | Salinan Borang KWSP A | ||
b. | Salinan Surat Kelulusan Pendaftaran Firma daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) | ||
c. | Salinan Surat Kelulusan Pendaftaran Orang Yang Kompeten Peraturan 31(2), Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang) Kilang dan Jentera 1970 | ||
10. | Lampiran Katalog Jenama Wayar Kabel Yang Ditawarkan Oleh Pihak Kontraktor |
Tandatangan: Nama: Jawatan:
Tarikh:
Tandatangan: Nama: Jawatan:
Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil.
................... (jika ada).
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
BAHAGIAN 1
NOTIS SEBUT HARGA
INSTITUT PENILAIAN NEGARA
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
Sebutharga adalah dipelawa kepada Penyebutharga yang berdaftar dengan CIDB di dalam bidang yang berkaitan sahaja dan masih berkuatkuasa untuk menyertai sebutharga berikut :
No. Sebutharga | Tajuk | Kod Bidang Pendaftaran | Tarikh, Masa dan Tempat Taklimat | Tarikh Tutup Sebutharga |
B2 BK (S) 175/ 855/ 22/ 2023 | KERJA-KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT CAR TIGA (3) BUAH LIF JENAMA SCHINDLER DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA,PERSIARAN INSPEN, 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN | Berdaftar dengan CIDB Gred G1 ,Gred G2 ,G3 , G4 , G5 , G6 atau G7 di bawah Kategori Mekanikal (ME) Pengkhususan M03 berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Serta Beralamat Pendaftaran di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan atau Putrajaya | Tiada Lawatan Tapak- Sila Rujuk Perenggan 5 Notis Sebutharga ini. | 11/09/2023 (Selasa) jam 12.00 Tengahari Tawaran yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan |
2. Borang Sebutharga boleh dimuat turun secara percuma pada laman web xxx.xxxxxx.xxx.xx. Hanya firma yang kompeten JKKP sahaja dibenarkan untuk memasuki sebutharga ini. Lawatan tapak boleh dilaksanakan pada bila-bila masa pada waktu pejabat tertakluk kepada kesediaan pegawai pengiring daripada Unit Pengurusan Harta Dan Fasiliti INSPEN
3. Sebutharga yang telah lengkap diisi dan ditandatangani sah sepenuhnya hendaklah dilakri dan ditaip/ditulis Tajuk Sebutharga dan No. Sebutharga tanpa sebarang pengenalan kontraktor dengan dakwat yang tidak luntur di sudut sebelah atas kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:
PENGARAH
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, PERSIARAN INSPEN 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
4. Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang disebutkan di atas pada atau sebelum jam 12.00 tengahari, pada tarikh tutup sesuatu Sebutharga tersebut. Sebutharga yang diterima selepas tarikh dan masa Sebutharga ditutup adalah dikategorikan sebagai Sebutharga lewat dan ditolak sepenuhnya serta tidak akan dipertimbangkan. Bukti pos tidak diterima sebagai bukti penerimaan dan Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang risiko dan kos yang perlu atau akan dihadapi oleh Penyebut harga bersabit dengan proses Sebutharga ini.
5. Lawatan tapak tidak diwajibkan. Adalah menjadi tanggungjawab Penyebut harga sendiri untuk melawat tapak dan menilai jumlah harga kerja / bekalan / perkhidmatan yang ditawarkan. Sebarang kekeliruan, kekurangan, ketidakcukupan maklumat adalah menjadi risiko Penyebut harga sendiri dan pihak Kerajaan tidak akan menanggung apa apa juga kerugian/perbelanjaan terhadap kos bersabit dengan perkara tersebut. Syarat-syarat Khas Sebutharga seperti di dalam Arahan Kepada Penyebut harga adalah muktamad dan wajib dipatuhi bagi mempastikan keseragaman setiap Sebutharga.
6. Kerajaan Malaysia tidak akan terikat untuk menerima sebarang Sebutharga terendah atau mana-mana Sebutharga lain serta tiada sebarang alasan akan diberikan ke atas mana
β mana Xxxxxxxxxx yang ditolak/tidak berjaya. Sebarang rayuan/cadangan/bantahan tidak akan dilayan. Keputusan Lembaga Perolehan Sebutharga
BAHAGIAN 2
SURAT AKUAN PEMBIDA
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
KERJA-KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT CAR TIGA (3) BUAH LIF JENAMA SCHINDLER DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA,PERSIARAN INSPEN, 00000 XXXXXX XXXXXXXX DARUL EHSAN
Xxxx, β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.* No. K/P β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Xxxx mewakili
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦...** nombor Pendaftaran KKM:β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦...PKK:β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦........
CIDB:β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..β¦β¦β¦ROC:β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..β¦β¦β¦β¦..
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Penilaian Negara atau mana- mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*** seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Penilaian Negara atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*** seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga*** di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga*** di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*** seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang benar,
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.. Nama :
Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Nama Wakil Syarikat
** Nama Syarikat
*** Syarikat Potong mana yang tidak berkaitan
PERINGATAN : Surat Akuan Pembida ini wajib diisi dan ditandatangan.
BAHAGIAN 3
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Arahan Khas Kepada Penyebutharga
Penyebutharga DIWAJIBKAN untuk mengemukakan maklumat-maklumat wajib seperti berikut:-
i. Surat kelulusan pendaftaran sebagai firma lif yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi memasang, menyelenggara dan memeriksa lif elektrik penumpang/barang dan eskalator, dan;
ii. Surat kelulusan pendaftaran sebagai Orang Yang Kompeten seperti yang disebut di Peraturan 31 (2), Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera 1970.
Kegagalan penyebutharga berbuat demikian akan menyebabkan sebutharga tidak akan dinilai dan ditolak dari penilaian.
2. Am
Arahan Kepada Penyebutharga ini, dalam mana mempengaruhi pelaksanaan Kontrak, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kontrak.
3. Kaedah Mengemukakan Sebutharga
Penyebutharga sebelum mengemukakan sebutharga hendaklah mengkaji syarat- syarat membuat sebutharga, syarat-syarat kontrak, skop kerja, spesifikasi dan lukisan agar pematuhan dengan syarat-syarat dilaksanakan seperti yang ditetapkan. Penyebutharga tidak dibenarkan meletakkan atau mengenakan syarat tambahan melainkan yang telah ditetapkan dalam dokumen sebutharga. Sebutharga ini dianggap BATAL jika Penyebutharga mengenakan syarat tambahan atau mengenakan syarat-syarat lain.
Setiap Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) sebutharga sahaja untuk perolehan ini. Pertimbangan tidak akan diberikan kepada mana-mana Penyebutharga yang mengemukakan lebih dari satu (1) tawaran dan ke semua sebutharganya akan dianggap BATAL dan tidak akan dipertimbangkan.
4. Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga
Penyebutharga adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap dokumen sebutharga yang dibelinya adalah lengkap dan jika terdapat apa-apa ketidaksempurnaan pada dokumen atau mukasurat di dalam dokumen sebutharga berkenaan berdasarkan semakan oleh penyebutharga dengan Senarai Dokumen Sebutharga, adalah menjadi tanggungjawab penyebutharga untuk merujuk kepada Unit Pengurusan Harta & Fasiliti, Institut Penilaian Negara yang menyediakan dokumen sebutharga supaya pembetulan kepada ketidaksempurnaan tersebut dapat dibuat.
Penyebutharga perlu MENGISI DAN MENANDATANGANI dengan dakwat segala maklumat berikut dengan lengkap dan sempurna:-
3/1
(i) Surat Akuan Pembida
(ii) Borang Sebutharga
(iii) Senarai Kuantiti
(iv) Surat Kelulusan Pendaftaran Firma Lif Yang Kompeten
Maklumat-maklumat (i), (ii), (iii), (iv) adalah merupakan MAKLUMAT WAJIB. Sekiranya penyebutharga tidak atau gagal untuk mengisi dan menandatangani maklumat-maklumat ini, sebutharga penyebutharga akan DITOLAK dan tidak akan dipertimbangkan.
5. Maklumat Latar Belakang Kewangan Dan Prestasi Penyebutharga
Penyebutharga-penyebutharga hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian sebutharga ini akan mengambilkira dan mementingkan keupayaan penyebutharga untuk melaksanakan projek dibida, disamping kemunasabahan harga sebutharga. Justeru itu keupayaan penyebutharga-penyebutharga akan dinilai semasa penilaian sebutharga. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal, keempunyaan loji dan peralatan pembinaan utama dan prestasi kerja semasa penyebutharga.
Bagi membolehkan penilaian ini dibuat dengan sempurna, penyebutharga-penyebutharga dikehendaki mengemukakan Borang Maklumat Penyebutharga.
Borang-borang ini hendaklah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan data-data yang tepat. Semua butiran perlu diisi dan jawapan yang jelas hendaklah diberikan terhadap semua pertanyaan di dalam borang-borang di atas. Jika perlu helaian tambahan boleh dilampirkan. Setiap helaian tambahan yang dilampirkan hendaklah ditandatangani oleh penyebutharga.
Disamping melengkapkan Borang Maklumat Penyebutharga yang tersebut di atas, penyebutharga-penyebutharga dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama sebutharganya :-
i. Salinan Penyata Bulanan Akaun bank mengenai Wang Dalam Tangan bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup sebutharga.
ii. Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Xxxx Xxxxx yang bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan terakhir.
iii. Laporan Bank/Institusi Kewangan mengenai kedudukan kewangan penyebutharga.
iv. Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang telah disiap.
v. Salinan Borang KWSP βAβ bagi bulan caruman terakhir bagi kakitangan teknikal atau salinan perjanjian perkhidmatan profesional yang diambil khidmat secara kontrak.
vi. Salinan sijil kelulusan/kelayakan setiap kakitangan teknikal.
vii. Salinan Kad Pendaftaran atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan keupayaan petender atau salinan perjanjian sewabeli/sewapajak atas loji dan peralatan.
viii. Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi semasa Petender, bagi setiap kerja, bekalan dan perkhidmatan.
3/2
Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas penyebutharga. Namun, dokumen (i) dan/atau (ii) adalah merupakan WAJIB untuk dikemukakan manakala dokumen-dokumen lain adalah dokumen sokongan. Sekiranya penyebutharga tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen wajib, maka sebutharga penyebutharga akan DITOLAK dan tidak akan dipertimbangkan.
Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan oleh pembida bersama-sama sebutharganya sebelum tarikh tutup sebutharga dan Penyebutharga tidak akan berpeluang lagi untuk mengemukakannya selepas itu. Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen tersebut yang diterima selepas sebutharga ditutup tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan penyebutharga.
6. Keputusan Sebutharga Adalah Muktamad
Keputusan mengenai sebutharga yang dikeluarkan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebutharga ini tidak akan dilayan.
7. Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
8. Tempoh Sah Sebutharga
Tempoh sah laku sebutharga adalah selama sembilan puluh (90) hari dan Penyebutharga TIDAK DIBENARKAN sama sekali menarik diri dalam tempoh tersebut. Seandainya penyebutharga menarik diri di dalam Tempoh Xxx Xxxx Xxxxxxxxxx atau menolak tawaran, tindakan tatatertib akan diambil terhadapnya atau pendaftaran penyebutharga sebagai kontraktor INSTITUT PENILAIAN NEGARA akan dibatalkan sebagaimana difikirkan perlu oleh PENGARAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA.
9. Lawatan Tapak
Lawatan tapak adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam iklan sebutharga. Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai WAJIB, penyebutharga adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut pada masa dan tempat yang ditetapkan. Kegagalan penyebutharga untuk menghadiri lawatan tapak akan menyebabkan penyebutharga gagal untuk memasuki sebutharga tersebut.
Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai DIGALAKKAN, penyebutharga hanyalah dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharganya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menganggarkan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak tidak akan dilayan.
3/3
10. Pembatalan Tawaran Oleh Kerajaan Bagi Mana-Mana Firma Atau Syarikat Kontraktor / Pembekal / Perunding Yang Melakukan Kesalahan Yang Boleh Didakwa Di Mahkamah
Jika pada bila-bila masa selepas tawaran bagi kontrak ini disetujuterima, sekiranya firma atau syarikat Kontraktor/Pembekal/Perunding sama ada pemilik tunggal, perkongsian, pengarah, pegawai, kakitangan, ejen atau mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan, gagal mematuhi mana-mana peruntukan akta dan undang-undang atau melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dan menyalahi undang-undang yang sedang dikuatkuasakan yang boleh mengakibatkan pendakwaan dilakukan terhadapnya dimana-mana mahkamah maka KERAJAAN boleh untuk menarik balik atau menamatkan tawaran ini dengan serta merta tanpa memberikan sebarang alasan dan tiada apa-apa tuntutan/pampasan akan dibayar kepada firma atau syarikat Kontraktor/Pembekal/Perunding dibawah kontrak ini.
11. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berhubung Sebutharga ini hendaklah menghubungi alamat tersebut: Pertanyaan Teknikal:
Xxxxxxxx Xxxxxx Xxxx xxx Xxxxxx Unit Pengurusan Harta & Fasiliti Institut Penilaian Negara Persiaran INSPEN,
43000 Kajang, Selangor Pertanyaan Berkaitan Pentadbiran:
Xxxxxx Xxxxx xxxxx Xxx Xxxxx Unit Perolehan & Kontrak Institut Penilaian Negara Persiaran INSPEN,
43000 Kajang, Selangor
12. Pengemukakan Dokumen Sebutharga
Dokumen Tawaran / Sebutharga yang dihantar ke Unit Perolehan & Kontrak, Institut Penilaian Negara dan dokumen perlulah dijilidkan (binding) oleh penyebutharga bagi mengelakkan sebarang kehilangan dokumen / lampiran penting.
BAHAGIAN 4
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
1. Keseluruhan kerja-kerja yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga yang ditunjukkan (kemudian dari ini disebut "Dokumen Sebutharga") akan diberi secara Kontrak.
2. a) Tiap-tiap penyebutharga mestilah menyerahkan dalam suatu sampul surat bertutup dan bermeteri yang dialamatkan sebagaimana ditetapkan dalam Notis Sebutharga, suatu sebutharga yang sah dalam Borang Sebutharga yang diperuntukkan dan ditandatangani dengan sempurnanya. Borang sebutharga yang tidak lengkap atau tidak bertandatangan akan ditolak.
b) Setiap penyebutharga mestilah mencatatkan dalam ruang yang diperuntukkan dalam Borang Sebutharga masa yang akan dikehendakinya bagi menyiapkan kerja-kerja itu.
c) Penyebutharga hendaklah di mana saja dikehendaki dalam Dokumen Xxxxxxxxxx meletakkan harga yang hendaklah diisi dengan dakwat dan ditandatangani dengan sempurnanya oleh penyebutharga. Harga tersebut hendaklah diteliti dan diselaraskan (jika perlu) oleh Pegawai Penguasa tentang kemunasabahannya.
3. Jika mana-mana penyebutharga :-
a) Menarik balik sebutharganya sebelum tamat Tempoh Sah Sebutharga atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
b) Mengenakan had, syarat atau janjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan (dan dalam hal yang sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik sebutharga ini), atau
c) Jika sekiranya sebutharga telah disetujuterima, enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Pelaksanaan atau tidak meneruskan kerja-kerja ;
maka, dalam mana-mana hal itu, PENGARAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA hendaklah tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya, sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini atau membatalkan pendaftaran penyebutharga sebagai kontraktor INSTITUT PENILAIAN NEGARA sebagaimana difikirkan perlu oleh PENGARAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA .
4. Tiada apa-apa perubahan, tambahan atau nota yang tidak dibenarkan, boleh dibuat kepada Borang Sebutharga atau mana-mana Dokumen Sebutharga yang lain.
4/1
5. a) Sebutharga dan dokumen-dokumen berhubung dengannya yang dinyatakan dalam Klausa 2 di atas, mestilah diserahkan ditempat dan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga bagi penyerahan sebutharga.
b) Jika sesuatu sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, penyebutharga mestilah menguruskan bagi sebutharganya dan dokumen-dokumennya yang lain dihantar dengan pos supaya sempat sampai di tempat yang ditetapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan.
c) Mana-mana sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dipertimbangkan.
d) Tiada apa-apa jua perbelanjaan yang ditanggung oleh penyebutharga bagi menyediakan sebutharganya yang boleh dibayar kepadanya.
6. Jika sekiranya atas permintaannya, seseorang penyebutharga diberikan salinan-salinan sesuatu Dokumen Sebutharga, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk meneliti salinan-salinan itu dan memuaskan hatinya bahawa salinan-salinan itu adalah sebenarnya salinan- salinan dokumen yang termasuk dalam Dokumen Sebutharga. Jika sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau percanggahan antara mana-mana salinan yang diberi kepada penyebutharga dengan salinan dalam Dokumen Sebutharga atau antara mana-mana dokumen yang termasuk di dalamnya, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk memohon secara bertulis kepada Pegawai Penyelaras di Institut Penilaian Negara supaya dibetulkan perbezaan atau percanggahan itu tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga bagi penyerahan sebutharga. Apa-apa jawapan yang hendak dibuat oleh Pegawai Penguasa di atas permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara Memorandum Sebutharga yang hendaklah dihantar kepada semua penyebutharga. Memorandum Sebutharga itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Dokumen Sebutharga dan sebutharga yang diterima akan disifatkan sebagai berdasarkan pada huraian, ubahsuaian atau perluasan kepada dokumen asal yang mengandunginya.
7. Penyebutharga hendaklah disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya dan telah berpuas hati sebelum menyerahkan sebutharganya tentang jenis bumi dan lapisan tanah, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja-kerja, cara- cara perhubungan dengan dan akses ke tapak bina, tempat tinggal yang mungkin dikehendaki dan pada amnya hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luarjangka dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharganya.
4/2
8. Sebutharga-sebutharga hendaklah terus sah selama tempoh sembilan puluh
(90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan sebutharga sebagaimana yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga (dalam Syarat-Syarat Membuat Sebutharga ini disebut "Tempoh Sah Sebutharga") dan tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.
9. PENGARAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA tidak boleh terikat menyetujuterima sebutharga yang rendah sekali atau mana-mana sebutharga dan juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu sebutharga serta berhak untuk melantik lebih dari satu penyebutharga untuk melaksanakan kerja ini.
10. Penyebutharga yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang sebutharganya dengan surat (disebut "Surat Setujuterima Sebutharga") dalam Tempoh Sah Sebutharga atau apa-apa tempoh lanjutan. Penyebutharga tersebut hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi sebelum bermulanya kerja mendeposit dengan Pegawai Penguasa, perkara-perkara berikut :-
a) Bon Pelaksanaan berjumlah sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak.
b) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap bencana kepada orang-orang atau kerosakan kepada harta) atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
c) Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO); dan / atau
d) Polisi Insurans Pampasan Pekerja atau Nota liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar.
Penyebutharga tersebut hendaklah juga dalam masa yang berpatutan selepas itu mendeposit Polisi Insurans bagi kerja-kerja itu dan melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal.
11. Semua jadual butir-butir yang dilampirkan kepada Dokumen Sebutharga hendaklah diisi dan diserahkan oleh penyebutharga berserta dengan sebutharganya.
12. Tiap-tiap notis yang hendak diberi kepada penyebutharga bolehlah diposkan ke alamatnya yang dinyatakan dalam sebutharga itu dan pengeposan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna akan notis itu.
13. Perkataan-perkataan "penyebutharga yang berjaya" hendaklah bererti bahawa penyebutharga yang mana sebutharganya telah diluluskan dan disetujuterima oleh PENGARAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA.
14. Perkataan "penyebutharga" dalam syarat-syarat ini hendaklah disifatkan sebagai termasuk dua orang atau lebih.
4/4
15. Jika penyebutharga tidak mematuhi syarat-syarat tersebut diatas mengenai apa- apa jua hal maka sebutharganya boleh ditolak.
16. Peringatan mengenai kesalahan RASUAH dalam perolehan kerajaan :-
(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan kepada atau daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
17. Syarat-syarat sebutharga ini, setakat mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan Kontrak ini, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kontrak ini.
18. Setiap penyebutharga yang berjaya bagi tawaran/sebutharga untuk kerja seperti kerja-kerja pembersihan dan penyenggaraan di dalam pejabat serta projekpembangunan/penyelenggaraansistemmaklumat/data/transaksi/siste m rangkaian di Institut Penilaian Negara diwajibkan membuat tapisan keselamatan untuk setiap pekerja yang terlibat. Oleh itu, penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengemukakan senarai nama pekerja yang ditugaskan di Premis Institut Penilaian Negara ke Unit Pengurusan Harta Dan Fasiliti dalam tempoh dua (2) minggu selepas Surat Setuju Terima (SST). Penyebutharga adalah dianggap telah memasukkan segala kos yang terlibat dalam proses tapisan ini di dalam harga tawaran.
19. Pemansuhan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi Kontrak.
a) Peruntukan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi Kontrak Kerja Bangunan, Jalan, Mekanikal dan Elektrikal adalah DIMANSUHKAN.
b) Sebutharga ini dipelawa adalah berdasarkan prinsip Tawaran Tetap Harga (Firm Price Tender). Oleh itu, penyebutharga hendaklah maklum bahawa tawaran harga yang dikemukakan kepada Pengarah Institut Penilaian Negara telah pun mengambil kira risiko perubahan harga bahan binaan/peralatan/alat ganti dan pihak kontraktor terikat kepada sebutharga yang ditawarkan selepas Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani.
4/4
20. Kerja Perubahan (VO)
(a) Pengarah Institut Penilaian Negara atau pegawai yang diberikuasa boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja secara bertulis. Tiada apa- apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai yang diberikuasa atau disahkan kemudian oleh Pegawai yang diberikuasa boleh membatalkan Sebut Harga ini.
(b) Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai yang diberikuasa akan diukur dan dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai yang diberikuasa dan kontraktor hendaklah digunakan.
(c) Bagi perubahan kerja yang melibatkan kuantiti dan kos tambahan hendaklah tidak melebihi dua puluh (20%) peratus dari nilai harga kontrak asal.
21. Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan di dalam sebut harga maka tindakan penamatan akan diambil terhadap kontraktor.
22. Sub-Sewa dan Menyerah Hak Kerja
Kontraktor dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor Firma Yang Kompeten. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Sebut Harga ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada pegawai yang diberikuasa.
23. Penolakan Bahan, Barang dan Mutu Kerja oleh Pegawai yang Diberikuasa
(a) Pegawai yang diberikuasa atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja yang tidak menepati spesifikasi. Bahan, barang dan kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
(b) Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
(c) Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara penghantaran kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai yang diberikuasa secara bertulis.
4/5
24. Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)
(a) Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebut Harga hendaklah sekurang- kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.
(b) Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx yang diberikuasa dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos kontraktor sendiri.
(c) Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai yang diberikuasa berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran kontraktor dan menghantarkan salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan. Bagi Kerja-kerja elektrikal /mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/ Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
25. Peraturan Membayar Selepas Siap
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar kepada kontraktor setelah siap kerja dengan sempurna, dokumen kontrak telah ditandatangani dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan kepada kontraktor.
26. Perakuan Siap Kerja
Pegawai yang diberikuasa hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja bermula dari Tempoh Tanggungan Kecacatan.
27. Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
Pegawai yang diberikuasa hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan ataupun apa-apa jua kerosakan lain.
4/6
BAHAGIAN 5
RINGKASAN SEBUTHARGA DAN SENARAI KUANTITI
RINGKASAN SEBUTHARGA
KERJA-KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT CAR TIGA (3) BUAH LIF JENAMA SCHINDLER DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA,PERSIARAN INSPEN, 00000 XXXXXX XXXXXXXX DARUL EHSAN
Saya / kami yang bertandatangan di bawah ini telah melihat serta memahami segala isi kandungan dan arahan di dalam tawaran dan dengan ini bersetuju membekal buruh, tenaga mahir dan bahan- bahan bagi menyempurnakan kerja-kerja tersebut:-
Jumlah Pukal Keseluruhan Tawaran saya/kami bagi tawaran ini adalah Ringgit Malaysia
β¦β¦β¦β¦β¦..β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.β¦β¦β¦β¦β¦..β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(RM⦠)
Yang mana terdiri daripada berikut :
ITEM | KETERANGAN | RM |
1. | Ringkasan Sebutharga Senarai Kuantiti No.1 | |
2. | Ringkasan Sebutharga Senarai Kuantiti No.2 | |
JUMLAH HARGA KONTRAK |
Jumlah Harga Tawaran yang dikemukakan oleh petender dalam dokumen ini adalah TANPA KENAAN Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan. Oleh itu, kadar harga yang ditawarkan di dalam Senarai Kuantiti (BQ) dan/atau Jadual Kadar Harga adalah TIDAK TERMASUK Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan.
Xxxxxxxx hendaklah maklum bahawa tawaran harga yang dikemukakan adalah berdasarkan
βfirm price tenderβ dan telah pun mengambil kira risiko perubahan harga bahan binaan.
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦. β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ (Tandatangan Kontraktor) ( Tandatangan Saksi)
Nama Penuh :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Nama Penuh :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.
No.K.P :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ No. K.P :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.
Alamat :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Alamat :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ β¦.. β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Xxxxxx :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Xxxxxx :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦. Meterai Atau Cop Kontraktor
SENARAI KUANTITI NO.1
ITEM | KETERANGAN | RM |
1. | Insurance; personel injuries & damage to property, workmen compensation,works,SOCSO | |
2. | Documentation, progress report, photograph and claim/invois | |
3. | Signboards, warning and temporary signages | |
Jumlah Dibawa ke Ringkasan Sebutharga |
SENARAI KUANTITI NO.2
ITEM | PERKARA | UNIT | KUANTITI | KADAR (RM) | JUMLAH (RM) |
Kerja-kerja penyelenggaraan bagi 3 Unit Lif (L1, L2 & L3 (fire)) | |||||
1. | Kerja - kerja di Lift 1, Blok Pentadbiran. | Meter | 560 | ||
Menyediakan dan memasang Main Steel Rope 10 cm adjustment and cleaning work at site. Jenama yang disyorkan βBruggβ atau jenama lain yang setara | |||||
2. | Kerja - kerja di Lift 2, Blok Pentadbiran. | Meter | 560 | ||
Menyediakan dan memasang Main Steel Rope 10 cm adjustment and cleaning work at site. Jenama yang disyorkan βBruggβ atau jenama lain yang setara | |||||
3. | Kerja - kerja di Lift 3 (fire), Blok Pentadbiran. | Meter | 560 | ||
Menyediakan dan memasang Main Steel Rope 10 cm adjustment and cleaning work at site. Jenama yang disyorkan βBruggβ atau jenama lain yang setara | |||||
Jumlah Dibawa ke Ringkasan Sebutharga |
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦. β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ (Tandatangan Kontraktor) ( Tandatangan Saksi)
Nama Penuh :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Nama Penuh :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.
No.K.P :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ No. K.P :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦.
Alamat :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Alamat :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ β¦.. β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Xxxxxx :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦ Xxxxxx :β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦. Meterai Atau Cop Kontraktor
Nota:-
Jumlah Harga Tawaran yang dikemukakan oleh petender dalam dokumen ini adalah TANPA KENAAN Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST). Oleh itu, kadar harga yang ditawarkan di dalam Senarai Kuantiti (BQ) dan/atau Jadual Kadar Harga adalah TIDAK TERMASUK GST
Xxxxxxxx hendaklah maklum bahawa tawaran harga yang dikemukakan adalah berdasarkan βfirm price tenderβ dan telah pun mengambil kira risiko perubahan harga bahan binaan.
LAMPIRAN DOKUMEN SOKONGAN
(A) SALINAN BORANG KWSP A
SILA LAMPIRKAN
(B) Salinan Surat Kelulusan Pendaftaran Firma daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
SILA LAMPIRKAN
(C)
Salinan Surat Kelulusan Pendaftaran Orang Yang Kompeten Peraturan 31(2), Peraturan- peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang) Kilang dan Jentera 1970
SILA LAMPIRKAN
Lampiran Katalog Jenama Wayar Kabel Yang Ditawarkan Oleh Pihak Kontraktor
SILA LAMPIRKAN
BAHAGIAN 7
SPESIFIKASI AM
SPESIFIKASI AM
1. | Penerangan Kontrak | Perjanjian dan syarat-syarat kontrak dan penentuan yang akan digunakan adalah yang biasa digunakan oleh Pihak Institut Penilaian Negara untuk kerja-kerja seperti ini |
2. | Bidang Kerja | KERJA-KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT CAR TIGA (3) BUAH LIF JENAMA SCHINDLER DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA,PERSIARAN INSPEN, 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN |
3. | Perubahan | Kontraktor tidak dibenarkan membuat perubahan, meninggalkan atau menambah apa-apa yang tidak tercatat di dalam penentuan tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah Institut Penilaian Negara. |
4. | Membekal Peralatan | Kontraktor mestilah membekal segala peralatan-peralatan yang diperlukan dan bersesuaian bagi menjalankan kerja-kerja yang tercatat di dalam spesifikasi kerja. Peralatan tersebut termasuklah peralatan untuk ujikaji ( testing ) , semua jenis perangkoh (spanner ) , bahan pelincir ( lubrication / oil ) , hoisting apperatus , pakaian dan peralatan keselamatan seperti talipinggang keselamatan , topi keselamatan , kasut dan lain-lain lagi . Kontraktor juga mestilah membekalkan pam air untuk menyedut air dikawasan lif pit jika terdapat air dikawasan berkenaan |
5. | Kecacatan Keatas Bahan / Alatganti / Peralatan . | Keseluruhan penentuan mestilah dipatuhi ke atas kerja dan segala kerja-kerja atau perkhidmatan dan bahan-bahan yang didapati mempunyai kecacatan oleh Pegawai Pengawas mestilah dikeluarkan daripada tapak kerja dalam tempoh 24 jam dan segala kerja-kerja yang mempunyai kecacatan mestilah dibaiki atau ditukar. |
6. | Bahan Dan Mutu | Segala bahan dan mutu kerja yang diberikan oleh kontraktor mestilah daripada yang terbaik dan kontraktor adalah bertanggungjawab bagi menjalankan segala kerja- kerja dengan baik dan teratur. Segala contoh bahan-bahan yang digunakan mestilah dihantar ke Ketua Unit Pengurusan Harta Dan Fasiliti (KUPH), Institut Penilaian Negara untuk kelulusan. KUPH atau wakilnya berhak untuk menolak atau mengarahkan memperbaiki atau membuat semula kerja-kerja yang dilakukan sehingga KUPH atau wakilnya berpuashati dengan mutu kerja tersebut sesuai dengan kerja seorang berkelayakan ( kompetant ) . |
7/1
7. | Kawalan /Penyeliaan | Semasa kerja-kerja yang dijalankan, bahan-bahan yang di tapak kerja, alat-alat perabut dan benda-benda perseorangan yang dimiliki oleh penghuni mestilah dikawal dari kerosakan disebabkan oleh api, cuaca, kecuaian pekerja-pekerja atau lain-lain sebab. Apa-apa kerosakan yang terjadi kepada kerja-kerja yang dijalankan, bahan-bahan bangunan, perabut dan bahan-bahan perseorangan yang disebabkan oleh pekerja-pekerja kontraktor mestilah diperbaiki atau diganti oleh pihak kontraktor. Kontraktor-kontraktor adalah bertanggung-jawab ke atas kestabilan untuk kesemua kerja-kerja semasa ianya dijalankan dan sehingga kerja-kerja tersebut disahkan sebagai siap dengan memuaskan oleh Ketua Unit Pengurusan Harta Xxx Xxxxxxxx (KUPH), Institut Penilaian Negara atau Wakilnya. Kontraktor juga mestilah mempastikan langkah -langkah keselamatan supaya tidak mudah di curi / hilang dari tapak kerja . Bahan kerja yang hilang sebelum disahkan oleh Pengarah atau wakilnya atau Pengawas kerja adalah menjadi tanggongjawab kontraktor untuk mengganti baru peralatan / bahan tersebut . |
8. | Kebersihan Tempat Kerja | Setiap hari sebelum kontraktor menamatkan kerja-kerja hariannya tapak kerja mestilah bersih dari segala sampah, terbitan dan dari kerja-kerja kontraktor, bahan-bahan kerja, alat-alat kerja atau disebabkan/ dilakukan oleh pekerja kontraktor. Segala longkang dan `apronβ mestilah disapu dan bersih dari simen, pasir, ketul-ketul batu atau habuk. Ketua Unit Pengurusan Harta Xxx Xxxxxxxx (KUPH) atau wakilnya berhak memanggil mana-mana kontraktor atau mana-mana kontraktor atau orang perseorangan untuk membersihkan kawasan-kawasan tapak yang tidak teratur atau dipenuhi dengan sampah sarap dan segala kos yang terbit dari kerja- kerja pembersihan tersebut akan dikenakan ke atas kontraktor asal. |
9. | Insuran | Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas semuakemalangan kepada orang perseorangan, atau harta Pengarah Institut Penilaian Negara atau penghuni yang disebabkan oleh kecuaian kontraktor semasa menjalankan kerja-kerja. Pihak Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas apa-apa tanggungan ke atas Pengarah Institut Penilaian Negara di bawah para ini dan mesti mendapatkan perlindungan insurans terhadap apa-apa risiko dalam hal-hal ini. Dalam tempoh 7 hari dari hari pemberitahu tawaran kerja-kerja, pihak kontraktor mestilah menunjukkan bahawa ianya telah mendapatkan perlindungan insuran yang sah dan diterima oleh Pengarah Institut Penilaian Negara terhadap apa-apa tanggungan keatas kerosakan, pampasan denda atau penalti yang mana mungkin dituntut atau boleh di buat bayaran di bawah Ordinan Pampasan Pekerja (Workmenβs Compensation Ordinance) atau lain-lain Ordinan. Polisi Xxxxxxxx mestilah tamat setelah kontrak ini tamat dengan memuaskan. |
7/2
10. | Pendaftaran / Rekod Pekerja . | Kontraktor dikehendaki menyediakan rekod pendaftaran kerja. Pegawai Penguasa berhak memeriksa bila-bila masa rekod-rekod berkenaan. Pendaftaran pekerja hendaklah disediakan sebelum kerja-kerja dimulakan. |
11. | Bon Pelaksanaan | Pihak kontraktor mestilah menyediakan bon pelaksanaan bernilai 5 % dari jumlah nilai kontrak yang mana wang ini akan dikembalikan 12 bulan selepas tamat kontrak iaitu selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan . |
12. | Hak Pengarah Institut Penilaian Negara | Sekiranya kontraktor melakukan apa-apa pemecahan terhadap mana-mana ceraian atau perkara dalam kontrak ini atau gagal melaksanakan maksud kerja tersebut dengan munasabah atau gagal melaksanakan kerja tersebut sehingga ke taraf yang memuaskan Pengarah Institut Penilaian Negara, maka Pengarah Institut Penilaian Negara boleh memberikan kepada dirinya sendiri atau agen atau lain- lain kontraktor yang dilantik oleh Pengarah Institut Penilaian Negara dengan memberi notis tujuh (7) hari kepada kontraktor dan apa-apa keadaan yang tidak boleh digunakan Pengarah Institut Penilaian Negara berhak untuk menahan sepenuhnya atau sebahagiannya segala pembayaran atau caj yang sepatutnya kena dibuat kepada kontraktor. |
13. | Tempoh Tanggungan Kecacatan . | Kontraktor dikenakan tempuh tanggungan kecacatan ke atas kerja-kerja dan bahan-bahan daripada kecacatan selama 12 bulan dari tarikh siap kerja. |
14. | Masa Dalam Tanggungan | Di dalam masa tempuh tanggungan kecacatan-kecacatan apa-apa kerosakan dari segi kerja atau bahan-bahan yang dibekalkan mestilah dibaiki dalam tempuh 7 hari dari notis pertama. Selepas tempuh tersebut, Pengarah Institut Penilaian Negara atau wakilnya berhak untuk memanggil kontraktor yang lain dan segala perbelanjaan membaiki atau mengganti segala kecacatan akan dikenakan kepada kontraktor yang asal. |
15. | Pencemaran Sekeliling | Pihak kontraktor tidak dibenarkan mengunakan bahan-bahan yang mengandungi racun atau yang boleh membuat pencemaran sekeliling dan kesihatan awam. Ketua Unit Pengurusan Harta dan Fasiliti dan wakilnya berhak mengambil contoh-contoh bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pengujian . Kontraktor mestilah bertanggongjawab sepenuhnya diatas segala tuntutan daripada tindakan penggunaan bahan beracun ini . |
16. | Mengurangkan Kesukaran Kepada Orang Awam | Kontraktor mestilah menjalankan kerja-kerja dengan mengurangkan kesukaran, tidak menimbulkan apa-apa halangan kepada orang awam dan mestilah mengikut segala arahan-arahan yang diberikan oleh Pengawas Projek. Kontraktor mestilah mempamirkan tanda-tanda amaran di dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebagaimana diperlukan oleh pihak-pihak yang berkuasa |
7/3
17. | Kawasan Keselamatan Bagi Orang Awam | Jika terdapat mana-mana tapak kerja menganggu kawasan-kawasan awam atau tempat berjalan kaki. Kontraktor mestilah menyediakan penutup keselamatan yang mencukupi serta lorong-lorong yang berpagar bagi mengasingkan tempat- tempat yang merbahaya untuk dilalui. |
18. | Mengganti Dan Membaiki | Kontraktor mestilah menjalankan kerja-kerja tanpa merosakkan apa-apa bahagian-bahagian struktur bangunan. Struktur βApronβ dan sebelah bangunan, βpavementβ βsebelah, kawasan berumput dan harta benda, jika didapati dilakukan, kontraktor mestilah mengganti dan memperbaiki dengan pembiayaannya sendiri. |
19. | Penyudahan | Semua kerosakan atau gangguan yang telah dilakukan oleh kontraktor semasa menjalankan kerja mestilah diperbaiki atau diganti supaya ianya menyerupai asal. Semua kekotoran yang dilakukan oleh kontraktor mestilah dibersihkan. Semua sampah-sampah dan perkakas, bahan- bahan dan alat-alat yang digunakan oleh kontraktor bagi menjalankan kerja mestilah dikeluarkan dari tapak kerja dan keseluruhan tapak mestilah di dalam keadaan bersih dan teratur seperti arahan Pengawas Projek. |
20. | Xxxxx Xxxxx | Kontraktor mestilah memberitahu / memaklumkan kepada pegawai kerja mengenai kerja-kerja penyelenggaraan samada untuk baikpulih kerosakan , kerja pencegahan kerosakan ( preventif maintenance ) atau sebarang kerja. Kontraktor mestilah menandakan dengan suatu tanda βSEGERAβ atau β KESELAMATANβ didalam lapuran yang dihantar kepada Pengarah Institut Penilaian Negara atau wakilnya bagi kerja- kerja yang perlu dilaksanakan dengan segera atau melibatkan keselamatan pengguna- pengguna s i stem l i f . |
21. | Kontrak Berasingan | Tidak ada apa-apa dalam Perjanjian ini yang boleh menghalang atau menyekat Pengarah Institut Penilaian Negara dari memasuki satu kontrak berasingan, samada dengan atau tidak dengan Kontraktor pada bila-bila masa untuk maksud penggantian atau pengubahsuaian mana- mana sistem hawa dingin maka untuk itu caj perkhidmatan hendaklah dikurangkan kepada satu kadar yang dipersetujui atau satu kadar yang munasabah dengan diambil kira terhadap pengurangan kerja Kontraktor. |
22. | Hak Pengarah Institut Penilaian Negara | Sekiranya Kontraktor melakukan apa-apa pemecahan terhadap mana-mana ceraian dalam perjanjian ini atau gagal melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan munasabah atau gagal melaksanakan kerja-kerja tersebut sehingga ke taraf yang memuaskan Pengarah Institut Penilaian Negara maka Pengarah Institut Penilaian Negara boleh memberikan kepada dirinya sendiri atau agennya atau lain- lain kontraktor yang dilantik oleh Pengarah Institut Penilaian Negara dengan memberi notis (7) tujuh hari kepada Kontraktor dan apa-apa keadaan yang tidak boleh digunakan, Pengarah Institut Penilaian Negara atau wakilnya berhak untuk menahan sepenuhnya atau sebahagiannya segala pembayaran atau caj yang sepatutnya kena dibuat kepada Kontraktor. |
7/4
23. | Tanda Pengenalan Pekerja | Kontraktor mestilah melengkapkan pekerja-pekerja yang terlibat di dalam Perjanjian ini dengan pakaian seragam, kad pengenalan kerja atau apa-apa juga tanda pengenalan yang membolehkan pekerja-pekerja tersebut dikenali dengan mudah oleh Pengarah Institut Penilaian Negara atau Wakilnya. Pekerja-pekerja yang tidak memakai pakaian seragam atau nama pengenalan syarikat tidak dibenarkan sama sekali berada di Premis INSPEN. |
24. | Larangan Mengambil & Memberi kerja | Kontraktor adalah DILARANG KERAS dari mengambil atau memberi kerja kepada mana-mana buruh atau pekerja yang ketika itu sedang bekerja dengan Pengarah Institut Penilaian Negara dalam apa juga keadaan dan masa sekalipun. |
25. | Xxxxxxx Xxxxx | Apa-apa juga notis yang diberi kepada kontraktor menurut perjanjian ini hendaklah diserahkan melalui pos berdaftar kepada alamat perniagaan kontraktor atau mana-mana alamat yang telah diberitahu dengan bertulis kepada Pengarah Institut Penilaian Negara. Sebarang pertukaran alamat kontraktor hendaklah diberitahu dengan bertulis kepada Pengarah Institut Penilaian Negara dalam tempoh masa tujuh (7) hari bermula dari tarikh pertukaran tersebut |
26. | Kontraktor Bebas | Tidak ada mana-mana peruntukan di dalam perjanjian ini sebagai mengujudkan satu perhubungan majikan dengan pekerja atau prinsipal dengan agen dan adalah dipersetujui bahawa kedudukan kontraktor dan mana- mana pihak yang lain yang menjalankan mana-mana bahagian dari kerja-kerja tersebut di dalam perjanjian ini adalah sebagai kontraktor bebas |
27. | Interpretasi | Dalam Perjanjian ini perkataan βKerja-Kerja Tersebutβ hendaklah bermaksud dan termasuk apa-apa pembaikan, penggantian, pengubahan, pembetulan, pemeriksaan dan apa-apa juga kerja yang berkaitan. Perkataan βMestilahβ bererti perlu, wajib atau menjadi suatu tanggungjawab untuk melaksanakan dengan baik tanpa sebarang alasan. Perkataan βpenyata kerjaβ /βJob Sheetβ atau βJob Sheet Repairβ bererti helaian yang mengandungi maklumat sekurang-kurang butiran perkakasan, keadaan perkakasan, tindakan yang telah diambil dan cadangan tindakan. Helaian penyata kerja /βJob Sheetβ ini mestilah ditandatangani balas oleh Pengarah Institut Penilaian Negara atau wakilnya sebagai perakauan atau pengesahan terhadap maklumat-maklumat yang dikemukakan. |
28. | Tiada Pindaan | Kontraktor TIDAK BOLEH memindahkan apa-apa kepentingan atau bebanan yang diterima atau dipikul di dalam perjanjian ini kepada mana-mana pihak dan hendaklah tidak akan berbuat sedemikian dengan tidak mendapatkan keizinan daripada Pengarah Institut Penilaian Negara terlebih dahulu. |
29. | Cukai Setem | Keseluruhan perbelanjaan yang terlibat dalam pengendalian perjanjian ini termasuk cukai setem hendaklah ditanggung oleh Kontraktor. |
7/5
30. | Masa Dan Tanggung jawab | Masa dan tanggungjawab adalah menjadi inti pati kepada Perjanjian ini. |
31. | Penamatan Perjanjian | Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dalam perjanjian ini dengan memberi notis bertulis satu (1) bulan. Kontrak ini akan tamat dalam tempoh satu (1) tahun ataupun telah mencapai had bumbung nilai kontrak (Ceiling Limit) ataupun mana-mana yang terlebih dahulu. |
32 | Penamatan Tapak Kerja | Pengarah Institut Penilaian Negara berhak menamatkan perkhidmatan penyelenggaraan mana-mana tapak kerja di dalam kontrak ini jika difikirkan perlu dengan memberi notis bertulis tujuh (7) hari dan potongan kepada pembayaran penyelenggaraan akan dibuat. |
32. | Xxxxxxx Xxxxx | Apa-apa juga notis yang diberi kepada kontraktor menurut perjanjian ini hendaklah diserahkan melalui pos berdaftar kepada alamat perniagaan kontraktor atau mana-mana alamat yang telah diberitahu dengan bertulis kepada Pengarah Institut Penilaian Negara. Sebarang pertukaran alamat kontraktor hendaklah diberitahu dengan bertulis kepada Pengarah Institut Penilaian Negara dalam tempoh masa tujuh (7) hari bermula dari tarikh pertukaran tersebut |
7/6
BAHAGIAN 8
SKOP KERJA
UNIT PENGURUSAN HARTA DAN FASILITI INSTITUT PENILAIAN NEGARA
SKOP KERJA
1.0 SKOP KERJA PENGGANTIAN
Kerja-kerja penyelenggaraan mestilah dijalankan selaras dengan penentuan dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di bawah kontrak ini adalah seperti berikut:-
1.1 Menjalankan Kerja-Kerja Penggantian Wayar Kabel Lift Car Tiga (3) Buah Lif Jenama Schindler Di Institut Penilaian Negara,Xxxxxxxxx Xxxxxx, 00000 Xxxxxx Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxx.
1.2 Kontraktor hendaklah memastikan Penggantian Wayar Kabel Lift Car selamat untuk digunakan kepada pengguna. Segala kecacatan, kecederaan atau kemalangan disebabkan kecuaian tingkahlaku pekerja atau peralatan yang dipasang adalah di bawah tangunggjawab kontraktor.
2.3 Kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja terlatih dan jurutera berkelayakan untuk menerima tanggungjawab memeriksa, memelihara, menguji semua peralatan untuk setiap lif dan sistem yang dipasang di dalam keadaan sentiasa baik dan selamat digunapakai kepada orang ramai dan penumpang.
Kontraktor juga mestilah bersetuju dan menerima tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan dan tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan dan penyelenggaraan lif selaras Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera 1970 di bawah Perkara 31 (Menyelenggara Lif) dan Perkara 34 di dalam akta tersebut.
3.0 FIRMA LIF YANG DIIKTIRAF OLEH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)
3.1 Kontraktor dikehendaki untuk mengemukakan surat kelulusan pembaharuan pendaftaran sebagai firma lif yang diiktiraf bagi memasang, menyenggara dan memeriksa lif elektrik penumpang/barang dan escalator oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
3.2 Kelulusan pembaharuan pendaftaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i) Orang Kompeten Lif yang akan bertanggungjawab ke atas kerja-kerja memasang, menyenggara dan memeriksa lif hendaklah digaji oleh kontraktor. Kontraktor juga dikehendaki menambah bilangan orang kompeten mengikut pertambahan jumlah beban kerja. Sekiranya orang kompeten yang sedia ada telah meninggalkan syarikat, pihak kontraktor dikehendaki memberitahu pihak JKKP dengan menamakan calon pengganti. Calon pengganti tersebut akan melalui proses pendaftaran dan temuduga oleh pihak JKKP sebelum diiktiraf sebagai Orang Kompeten Lif.
ii) Kakitangan teknikal seperti jurutera, penyelia dan juruteknik yang berkelayakan dan berkebolehan hendaklah digajikan. Mereka hendaklah diberikan latihan yang sesuai dari masa ke semasa.
4.0 PENDAFTARAN SEBAGAI ORANG YANG KOMPETEN LIF
4.1 Kontraktor dikehendaki untuk mengemukakan surat kelulusan pembaharuan pendaftaran sebagai orang yang kompeten lif yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seperti yang disebut di Peraturan 31(2), Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera 1970.
4.2 Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i) Orang Yang Kompeten tersebut hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai Orang Kompeten seperti yang disebut di Akta Kilang & Jentera 1967:-
a) Menjadi wakil pemunya lif bagi menyediakan, menandatangani dan menghantar kepada Ketua Pemeriksa, Jadual Pertama seperti yang tersebut di dalam Peraturan 6(a), Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera 1970;
b) Menjalankan tanggungjawab seperti yang tersebut di dalam Peraturan 30, Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera 1970;
c) Menjalankan tanggungajawab seperti yang tersebut di dalam Peraturan 31(5), 31(6), 31(7) dan 31(8), Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang- barang) Kilang dan Jentera 1970;
5.0 BAIKPULIH KEROSAKAN DAN PENGGANTIAN ALAT GANTI
5.1 Semua kerja-kerja penggantian komponen/peralatan hendaklah dijamin untuk tempoh satu (1) tahun bermula dari tarikh siap kerja atau tempoh yang dicadangkan oleh pembuat (manufacturer). Semasa tempoh jaminan, kecacatan kerja perlu dibaiki segera tanpa sebarang kos tambahan.
6.0 PENGUJIAN LIF BOMBA (JIKA BERKENAAN)
6.1 Semua lif hendaklah diuji semasa kerja-kerja pemeriksaan (servicing) dijalankan atau pada satu tarikh yang sesuai. Ujian terhadap lif bomba tersebut mestilah menggunakan sistem βFIREMAN MODEβ dan diuji pada setiap tingkat hentian (lataran) supaya berkeadaan baik pada setiap masa.
7.0 UJIAN BEBAN (RE-LOAD TEST)
7.1 Kontraktor hendaklah membuat penyelarasan semula beban kereta lif (Contract Load) selaras dengan beban semasa rekabentuk seperti arahan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) - JKKP IS 127/682/6 Am (2/99) bertarikh 1hb. Oktober 1999
7.2 Kontraktor hendaklah menyediakan semua peralatan, tenaga buruh dan segala keperluan untuk membuat penyelarasan ini. Kontraktor juga hendaklah memasukkan semua kos ujian termasuk kos Jurutera Bertauliah dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (jika ada) bagi tujuan pemeriksaan bersama.
7.3 Ujian ini hendaklah disahkan oleh Jurutera Bertauliah dan semua rekod ujian hendaklah lengkap serta dikemukakan satu (1) salinan kepada wakil Pegawai Penguasa dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemeriksaan untuk rujukan dimasa akan datang.
8.0 KERJA-KERJA PEMBERSIHAN
8.1 Kerja-kerja pembersihan hendaklah dibuat semasa dan selepas kerja-kerja senggara atau baikpulih dijalankan.
8.2 Segala sampah sarap dan sisa buangan hendaklah dibersihkan dan dibuang ke tempat pembuangan sampah yang telah ditetapkan oleh Pegawai Penguasa.
8.4 Kontraktor juga perlu memastikan segala peralatan / aset yang telah rosak / tidak digunakan tidak berada / disimpan di dalam bilik motor lif tersebut.
Nota: Jabatan akan membuat pemotongan kepada tuntutan bayaran bulanan (monthly claim) sebanyak RM 200.00 sekiranya pembersihan sepenuhnya tidak dibuat atau maklumat yang salah dikemukakan atau tidak mengikut tatacara kerja yang betul.
9.0 LAPORAN PROGRAM DAN KEMAJUAN KERJA
9.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan cadangan sistem kerja kepada wakil Pegawai Penguasa bagi penyelarasan kerja-kerja servis atau baikpulih termasuk jadual pelaksanaan kerja, peralatan-peralatan kerja dan sebagainya.
9.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada wakil Pegawai Penguasa Laporan Penuh Bergambar (Full Report) yang mempunyai tarikh, mengenai kerja yang dilakukan, penggantian alatganti dan prestasi peralatan yang terdapat pada sistem lif dan eskelator serta peralatan berkaitan yang telah disahkan oleh penguasa/wakil yang ditugaskan sebelum proses pembayaran dapat dilakukan.
9.3 Kontraktor perlu mengemukakan laporan pemeriksaan bersama pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kepada wakil Pegawai Penguasa untuk tindakan selanjutnya.
10.0 PERWAKILAN KONTRAKTOR
10.1 Bagi maksud kesempurnaan dan kelicinan perjalanan kontrak, kontraktor hendaklah melantik seorang Wakil Tetap dan menyediakan Talian Perhubungan Khas supaya segala arahan dan aduan dapat disalurkan dengan mudah dan direkodkan.
10.2 Wakil tetap tersebut hendaklah sentiasa dapat dihubungi oleh wakil Pegawai Penguasa atau wakilnya dalam tempoh 24 jam.
11.0 BURUH DAN PERALATAN KERJA
11.1 Kontaktor hendaklah menyediakan pekerja-pekerja yang sesuai dengan kepakaran yang tinggi sebagai seorang yang berkelayakan (kompeten), berpakaian seragam yang mempunyai tanda pengenalan seperti Nama Pekerja dan Nama Syarikat serta sentiasa mengutamakan keselamatan bagi kerja yang akan dijalankan.
11.2 Kontraktor perlu mengemukakan senarai perkerja yang terlibat dengan kerja- kerja penyelenggaraan atau baikpulih kepada Wakil Pegawai Penguasa bagi tujuan tapisan keselamatan. Senarai tersebut mestilah mengandungi nama, nombor kad pengenalan / passport, nombor telefon dan jawatan.
11.3 Kontraktor hendaklah menyediakan dan menggunakan peralatan kerja yang sesuai seperti talipinggang keselamatan dan topi keselamatan bagi menyempurnakan kerja-kerja pada ketinggian tertentu.
11.4 Kontaktor hendaklah juga menyediakan peralatan kerja yang sesuai semasa kecemasan.
11.5 Setiap petender yang berjaya diwajibkan membuat tapisan keselamatan untuk setiap pekerja yang terlibat. Penender yang berjaya dikehendaki mengemukakan senarai nama pekerja yang ditugaskan kepada Pegawai Penguasa atau wakilnya dalam tempoh dua (2) minggu selepas Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani. Xxxxxxxx adalah dianggap telah memasukkan segala kos yang terlibat dalam proses tapisan ini di dalam harga tawaran.
12.0 PERKHIDMATAN TUNGGUSEDIA (JIKA PERLU)
12.1 Kontraktor diwajibkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya seorang (1) juruteknik untuk perkhidmatan tunggusedia segera di Premis Institut Penilaian Negara pada bila-bila masa yang diperlukan jika terdapat kegagalan fungsi lif yang berpunca daripada kerosakan pemasangan oleh pihak kontraktor.
13.0 PAPAN NOTIS KERJA/LIF ROSAK
13.1 Kontraktor mestilah membekal dan meletakkan suatu notis yang bersesuaian untuk memberitahu orang ramai status kerja yang sedang dijalankan atau menunjukkan lif berkenaan tidak boleh digunakan. Notis atau kenyataan ini mestilah diletakkan sepanjang masa kerja sedang dijalankan.
13.2 Pembekalan Notis/Kenyataan ini dibuat menggunakan sekurang-kurangnya menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mematuhi kehendak dan Keperluan Akta Kilang Dan Jentera Malaysia 1970.
14.0 AUDIT ASET / PERALATAN
14.1 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki untuk membuat audit terhadap sistem dan peralatan yang berkaitan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh arahan mula kerja. Kerja pengauditan ini perlu dilakukan sebelum kerja penggantian kabel lift dijalankan dan laporan audit keadaan lift perlu dihantar dalam tempoh masa 3 hari selepas pengauditan dilaksanakan kepada Pegawai Penguasa.
14.2 Kegagalan pihak kontraktor menyediakan laporan pengauditan boleh ditafsirkan pihak kontraktor bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan pada lif jika kerosakan dikesan setelah pengambilalihan tapak kerja oleh pihak kontraktor .
14.3 Kontraktor juga diwajibkan menghantar perancangan kerja/method of statement setelah kerja pengauditan selesai bagi menunjukkan masa kerja penggantian kabel akan dilaksanakan.
15.0 LIF MEMPUNYAI KONTRAK PENYELENGGARAAN YANG SEDANG BERLANGSUNG
15.1 Penyebutharga yang berjaya diwajibkan bekerjasama untuk menyelaraskan kerja-kerja penggantian wayar kabel lift dan hendaklah berkomunikasi dengan kontraktor penyelenggara lantikan INSPEN bagi melancarkan operasi dan mengurangkan gangguan kepada pihak INSPEN.
15.2 Pegawai Penguasa mempunyai kuasa mutlak untuk menamatkan kontrak ini jika didapati pihak kontraktor tidak mempunyai inisiatif untuk berkomunikasi dengan baik dan sistematik serta bersikap tidak professional dalam melancarkan operasi penggantian wayar kabel lift.
15.3 Pegawai Penguasa mempunyai kuasa untuk menjadi koordinator bagi melaksanakan mesyuarat penyelarasan diantara kedua-dua pihak kontraktor. Walaubagaimanapun pihak kontraktor mempunyai kebebasan untuk melaksanakan mesyuarat penyelarasan dengan kontraktor penyelenggara lantikan INSPEN tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Pegawai Penguasa.
8/9
BAHAGIAN 9
SPESIFIKASI KERJA
SPESIFIKASI KERJA PENGGANTIAN WAYAR KABEL LIFT
9.0 TERMA-TERMA SPESIFIKASI
Kerja-kerja baikpulih yang terlibat di bawah kontrak ini adalah seperti berikut :-
9.1.1 Spesifikasi yang digunapakai dibawah kontrak ini adalah berdasarkan kehendak yang dinyatakan pada senarai kuantiti .
9.1.2 Selain yang dinyatakan pada perenggan 9.1.1, kehendak-kehendak di bawah Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera 1970 , Malaysian Standard MS EN 81-1:2012 , EN 81-1:1998+A3 menjadi garispanduan kepada kontrak ini. Pihak kontraktor diwajibkan melaksanakan kerja- kerja penggantian wayar kabel lif merujuk kepada standard dan peraturan yang dinyatakan diatas dan juga peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa .
9.1.3 Sebarang pertikaian berkenaan dengan spesifikasi, kualiti mutu kerja dan kegagalan pihak kontraktor mematuhi kehendak undang-undang, dokumen-dokumen yang dinyatakan pada perenggan 9.1.1 dan 9.1.2 adalah menjadi rujukan dan garis panduan spesifikasi pelaksanaan kerja kontraktor dalam apa jua penyelesaian pertikaian.
9/5
10/2
BAHAGIAN 10
LAMPIRAN
TAMAT