KENYATAAN SEBUTHARGA
KENYATAAN SEBUTHARGA
Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan & Pusat Khidmat Kontraktor dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja – kerja berikut:-
NO SEBUTHARGA | PPD/400(S)/5/7/12-2024 |
TAJUK SEBUTHARGA | KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN PINTU TERMASUK LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR KAMPUS, POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS |
TARIKH BUKA/ IKLAN | 22 MAC 2024 (JUMAAT) |
TARIKH TUTUP | 5 APRIL2024 (JUMAAT) pada atau sebelum jam 12.00 tengahari |
SYARAT – SYARAT SEBUTHARGA | - i. Sesalinan terkini Sijil SSM - ii. Sesalinan terkini Sijil PKK / BPKU a. Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera - Gred Pendaftaran G1 (Bumiputera) (Awam) - iii. Sesalinan terkini Sijil CIDB (berdaftar di Port Dickson shj) : a. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred : G1; Kategori : B (Bangunan) b. Perakuan Pendaftaran G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) - iv. Penyata Bank 3 bulan terkini |
LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT
TARIKH : 29 MAC 2024 (JUMAAT)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : PEJABAT UPPF, POLITEKNIK PORT DICKSON
Kontraktor WAJIB menyertai Lawatan Tapak pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan (kelewatan tidak dilayan selepas waktu yang telah ditetapkan) dan hanya kontraktor yang hadir dalam lawatan tapak ini sahaja yang layak untuk mendapat dokumen sebutharga ini (Sila bawa cop syarikat semasa lawatan tersebut). PENAMA SYARIKAT HADIR SENDIRI semasa lawatan dibuat. Wakil kontraktor sama sekali tidak dibenarkan. Dokumen sebutharga yang dihantar secara manual perlulah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikembalikan dengan sampul berlakri kepada:
Pengarah
Politeknik Port Dickson KM 14, Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Port Dickson Negeri Sembilan
Peringatan :
Pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang dikemukakan melalui pos. Penjelasan lanjut hubungi pegawai berikut :
1) Xxxx Xxxx Xxxxxxxx xxxxx Xxxxxxx : 00-0000000 (Unit Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti)
2) Encik Xxxxxxxx xxx Xxxxx : 00-0000000 (Unit Perolehan)
PPD/400(S)/5/7/12-2024
TARIKH IKLAN : 22.03.2024 SEBUTHARGA :
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN PINTU TERMASUK LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR KAMPUS, POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
G1
TARIKH TAKLIMAT & : 29.03.2024 (JUMAAT) LAWATAN TAPAK
MASA : 9.30 PAGI
TARIKH TUTUP : 05.04.2024 (JUMAAT)
MASA : 12.00 TENGAHARI
PEN. JURUTERA YANG MENGAWASI KERJA : XXXX XXXXXXXX XXXXX XXXXXXX
HARGA NASKAH : PERCUMA
* NOTA : Salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam senarai semak hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan Borang Sebutharga.
COP SYARIKAT :
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor dikehendaki mengisi dengan dakwat hitam segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
2.1.1 Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
2.1.2 Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
2.1.3 Senarai Kerja Dalam Tangan,
2.1.4 Senarai Pengalaman Kerja
2.1.5 Jadual Kadar Harga (jika ada),
2.1.6 Butir-butir Spesifikasi (jika ada),
2.1.7 Surat Akuan Pembida
2.1.8 Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk Penyata Akaun Bank yang disahkan oleh Pengurus Cawangan Bank berkenaan untuk 3 bulan yang terakhir, Deposit Tetap, baki nilai Kemudahan Kredit dan nilai Kemudahan Kredit yang layak / akan diperolehi oleh Penyebut Harga daripada Institusi Kewangan.
2.1.9 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
2.1.10 Kegagalan mengisi / menandatangani Borang Sebut Harga akan mengakibatkan Sebut Harga ditolak.
2.1.11 Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan.
2.1.12 Sekiranya dokumen Sebut Harga disediakan dalam bentuk softcopy (berbentuk CD), Penyebut Harga hendaklah mengemukakan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat antara softcopy dan hardcopy, Dokumen dalam hardcopy hendaklah digunapakai.
2.1.13 Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
2.2 Intergrity Pact
2.2.1 Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran 9A dimana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.
2.2.2 Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian Sebut Harga.
2.2.3 Penyebut Harga yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran 9B beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Kontrak.
2.3 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
2.3.1 Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan Sebut Harga serta tajuk Sebut Harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
2.3.2 Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut secara pos berdaftar supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan seperti berikut:
• ALAMAT : PEJABAT PENGARAH,
Politeknik Port Dickson, KM 14 Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus
• TARIKH TUTUP : 05.04.2024 (JUMAAT)
• MASA : Sehingga 12.00 Tengahari Sahaja
2.3.3 Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, atas sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
2.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi pejabat yang menjual Dokumen Sebut Harga untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh Maksimum 10 minggu - Minimum 8 minggu. Mana-mana Penyebut Harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
4. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebut Harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
5. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah laku Sebut Harga. Laporan mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada CIDB/BPKU untuk tindakan.
6. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Semua Penyebut Harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para Penyebut Harga diberi peringatan berikut:
6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pemcegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
6.4 Mana-mana Kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spresifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
KEHENDAK AM
Sebutharga : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN PINTU TERMASUK LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR KAMPUS, POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1.0 SPESIFIKASI DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
Spesifikasi yang terkandung di dalam Borang Sebutharga Kerja hendaklah dibaca bersama Kehendak Am ini bagi memperjelaskan perincian kepada butiran-butiran kerja yang telah diperhargakan.
Setiap kontraktor yang mengambil bahagian di dalam Sebutharga ini diingatkan supaya mengambilkira kos perlaksanaan kerja yang telah dinyatakan di dalam Kehendak Am ini.
1.1 PEMERIKSAAN TAPAK BINA
1.1.1 Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
1.2 INSURANS
1.2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja * (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh perlaksanaan Kerja).
1.2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi Insurans yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
1.3 PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
1.3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
1.3.2 Kerja-kerja yang dilaksanakan di perenggan 1.3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh :
i) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
ii) Jabatan Bomba dan Penyelamat
iii) Pihak Berkuasa Tempatan
iv) SPAN
v) Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)
vi) Suruhanjaya Tenaga
1.4 SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
1.5 PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
1.5.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam sepesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang- barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendak diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
1.5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
1.5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
1.5.4 Semua alatganti yang digunakan hendaklah ‘genuine’ dan perlu disahkan oleh pengilang.
1.6 RINGKASAN SEBUT HARGA
1.6.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Sebut Harga.
1.6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapkan kerja dengan sempurnanya.
1.6.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama dan dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
1.6.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan hendaklah dibuat ke atas apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga Ringkasan Sebut Harga.
1.6.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut Perenggan tersebut di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga Pukal dalam borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.
1.7 KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN
1.7.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
i) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
ii) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
iii) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
iv) Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah dan,
v) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
1.8 PERUBAHAN KERJA
1.8.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini.
1.8.2 Semua kerja Perubahan dan tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam senarai kuantiti/ Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang berasingan kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
1.9 PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA
Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.
1.10 LAPORAN BERGAMBAR
Kontraktor dikehendaki menyediakan dan mengemukakan kepada Pengarah Politeknik Port Dickson Laporan Kemajuan Bergambar sebelum, semasa dan selepas siap kerja dalam bentuk ‘Hardcopy (2 salinan gloss paper) dan ‘Softcopy’ (Pendrive)
1.11 TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
1.11.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah selama Dua Belas (12) Bulan dari tarikh kerja diperlakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah Dua Belas (12) Bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.
1.11.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
1.11.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada Kontraktor atau, jika baki itu tiada atau tidak mencukupi, mengeluarkan surat pensyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Bahagian Pembangunan Bumiputra.
1.12 PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontroktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Xxxxx Xxxx, laporan bergambar, sijil-sijil berkaitan dan lain-lain dokumen seperti mana diperlukan kepada Pegawai Inden.
1.13 PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden dan wakilnya hendaklah memperakui Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
1.14 PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN.
Pegawai Inden dan wakilnya hendaklah memperakui Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja Kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
1.15 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang- Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana permatuhannya dengan syarat- syarat ini
a. Pihak kontraktor hendaklah memastikan pekerja-kerja mahir bagi mana-mana kerja terlibat;
b. Pihak kontraktor hendaklah memastikan mana-mana kekotoran serta sisa-sisa berpunca dari kerja-kerja terlibat dibersih dan dikeluarkan dari kawasan Politeknik;
c. Kontraktor hendaklah membaiki segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pihak kontraktor.
1.16 PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANG- UNDANG ATAU AKTIVITI HARAM
1.16.1 Tanpa menjelaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika kontraktor, personel, kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang atau aktiviti haram yang berkait dengan Perjanjian / Kontrak ini atau mana-mana perjanjian lain yang Kontraktor mungkin ada dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian / Kontrak ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan segera yang membawa maksud sedemikan kepada Kontraktor.
1.16.2 Setelah penamatan tersebut (Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.
1.16.3 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju bahawa Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan Kontrak ini.
2.0 KAWALAN KESELAMATAN
Kontraktor diwajib memastikan arahan-arahan keselamatan di tapak dan kaedah kerja selamat ditepati bagi mengelak sebarang kecelakaan (seperti mana yang dijelaskan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja, CIDB).
PERAKUAN :
Adalah saya pihak kontraktor yang mengambil bahagian di dalam Sebutharga ini bersetuju dengan Kehendak Am ini.
Saya juga bersetuju atas segala kos yang terbit dari kerja-kerja yang dinyatakan di dalam Kehendak Am tidak akan menuntut apa-apa bayaran tambahan kepada Politeknik Port Dickson.
Tarikh :
Tandatangan :
Cop Nama Syarikat :
Nota
Kehendak Am ini hendaklah dikembalikan bersama-sama Xxxxxx Xxxxxxxxxx yang telah diperhargakan.
No Siri :
BORANG SEBUTHARGA KERJA
Sebut Harga Bil :
.................................
.................................
.................................
.................................
Tuan,
Sebutharga untuk : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN PINTU TERMASUK LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR KAMPUS, POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Di bawah dan tertakluk kepada arahan kepada Xxxxxxxx , Syarat-syarat Am, sebut harga spesifikasi kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak ;
Ringgit Malaysia:.......................................................................................................................
........................................................................................................(RM)..................................
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa minggu dan
tarikh akhir tempoh mula kerja seperti yang diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxx. Bertarikh pada………haribulan………20……
……………………………. …………………………………. (Tandatangan Kontraktor) (Tandatangan Saksi)
Nama Penuh :………………………………… Nama Penuh :………..…………………..
No. K/P :………………………………… No. K/P :…..…….….………………
Alamat :.………………………………… Alamat :………...….………………
……………………………..….. ……….…...……………….
……………………………..….. ……….…...………………. No. Tel : .…………………….……….… No. Tel :…………..…….………….. Atas Sifat : …………….………..…………
Meterai atau Cap Kontrak
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK1/2013 Lampiran 1.2
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
a) Without prejudice to any other rights of the Goverment, if the (Company/Frirm), its personnel, servants or employees is convicted by the court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Goverment, the Goverment shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
b) Upon such termination, the Goverment shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Goverment arising from such termination
c) For any avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatever upon termination of this [Agreement/Contract]*
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
1. Kontraktor yang berjaya dalam tawaran hendaklah membeli polisi-polisi Insurans (Pampasan Pekerja) (Pampasan Awam) sebelum memulakan kerja. Ini ialah untuk memberi perlindungan kepada Kerajaan terhadap sebarang tuntutan atau tindakan Mahkamah berpunca dari sebarang kemalangan atau kerosakan berkaitan dengan kerja- kerja tersebut. Segala perbelanjaan yang difikirkan perlu bolehla dimasukkan ke dalam harga tawaran penentuan (preliminaries).
2. Kontraktor dinasihatkan supaya membuat lawatan ke tapak-tapak bina dan menyaksikan sendiri keadaan kerja yang perlu dijalankan kerana sebarang tuntutan tambahan tidak akan dilayani selepas tawaan diterima disebabkan kesilapan membuat taksiran.
3. Kontraktor yang berjaya dalam tawaran hendaklah memberitahu pejabat ini sebelum menjalankan kerja-kerjanya. Kerja-kerja hendaklah dimulakan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh Inden dikeluarkan.
4. Bayaran denda sebanyak 0.0185% X harga kontrak/sebutharga bagi sehari akan dikenakan sekiranya kontraktor gagal menyiapkan kerja-kerja berikut dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan ataupun dalam tempoh waktu yang dilanjutkan.
5. Kontraktor hendaklah mengambil perhatian iaitu kerja-kerja dan bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut peraturan spesifikasi JKR yang disertakan (jika tidak disertakan adalah mengikut ‘Spesifikasi Piawai untuk kerja-kerja binaan bangunan’ yang dikeluarkan oleh JKR) dan menunjukkan contoh kepada Pegawai Penguasa sebelum ianya dipasang.
6. Segala bahan-bahan yang digunakan hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan diluluskan serta mendapat kelulusan Pegawai Penguasa terlebih dahulu.
7. Kontraktor hendaklah membersihkan segala sampah sarap dan bahan-bahan yang tidak diperlukan dari tapakbina seperti yang diarah oleh Pegawai Penguasa sebelum bayaram dijelaskan. Kontraktor juga harus membaiki segala kerosakan yang disebabkan oleh Kontraktor sendiri.
8. Kerja-kerja yang telah siap akan diukur semula dan bayaran akan dijelaskan setelah semua kerja-kerja dalam sebutharga disiapkan dengan sempurna dan memuaskan.
9. Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab atas penolakkan sesuatu sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.
10. Pegawai Penguasa dan Wakilnya berhak menolak bahan, barang-barang dan kerja oleh Kontraktor yang tidak mematuhi Spesifikasi dan bahan-bahan binaan dan kerja yang
ditolak hendaklah diganti atau dibuat semula dan sebarang kos yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
11. Kontraktor dikehendaki membaiki segala kecacatan, ketidaksempurnaan atau segala kerosakan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang berlaku dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan. Tempoh Tanggungan Kecacatan adalah selama 12 bulan selepas tarikh siap kerja.
12. Saya yang bertandatangan di bawah ini telah memahami dan akan mematuhi segala syarat-syarat yang tersebut seperti di atas.
Tarikh : ...................................... ..................................................
Tandatangan Kontraktor & Cop Syarikat
SYARAT-SYARAT ELEMEN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN
“AKU JANJI KONTRAKTOR”
1. Mengenalpasti hazad yang sedia ada di tempat kerja atau semasa menjalankan kerja.
2. Memaklumkan kehadiran semua pekerja kepada Pengarah PPD sebelum mula bekerja.
3. Memastikan alat-alat perlindungan pekerja yang sesuai berada di dalam keadaan yang baik dan cukup untuk semua pekerja.
4. Memastikan semua pekerja menggunakan alat-alat perlindungan pekerja yang disediakan.
5. Laluan atau tempat kerja yang boleh mendatangkan risiko KKP mestilah ditutup sepenuhnya atau dikawal.
6. Jika terdapat kecederaan atau reaksi alahan yang serius, sila dapatkan rawatan segera dan laporkan kepada Pegawai PPD secepat mungkin.
7. Jika anda berada dalam keadaan kecemasan yang akan membahayakan anda, sila laporkan segera kepada Pegawai PPD untuk mendapatkan bantuan daripada agensi lain jika perlu.
8. Mematuhi semua peraturan, prosedur atau arahan oleh Pengarah PPD.
Kami telah baca dan faham peraturan-peraturan yang tercatat dalam dokumen ini. Kami memahami dengan sepenuhnya dan terimanya sebagai tanggungjawab syarikat kami sebagai kontraktor Politeknik Port Dickson dan akan memastikan semua pekerja kami dan sub- kontraktor memahami and mematuhi semua peraturan dan panduan yang termaktub dalam organisasi anda.
Tarikh : ...................................... ..................................................
Tandatangan Kontraktor &
Cop Syarikat
SENARAI SEMAK TAWARAN TEKNIKAL / KEWANGAN
(Pengesahan Penghantaran Dokumen)
SULIT
Nombor Sebutharga: PPD/400(S)5/7/12-2024
Semak dan tandakan (√ ) di tempat yang berkenaan dan masukkan lampiran tersebut dalam sampul tawaran yang betul mengikut turutan senarai semak.
BIL | PERKARA | STATUS | SERAHAN OLEH SYARIKAT (√ ) | SEMAKAN OLEH JK PEMBUKA SEBUTHARGA (√ ) |
1. | Dokumen Spesifikasi / BQ | Mandatori | ||
2. | Xxxxxx Xxxxxxxxxx Xxxxx | Xxxxxxxxx | ||
3. | Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini | Mandatori | ||
4. | Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera - Gred Pendaftaran G1(Bumiputera) (Awam) | Mandatori | ||
5. | Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera - Gred Pendaftaran G1 (Bumiputera) (Awam) | TB | ||
6. | Sesalinan terkini Sijil CIDB (berdaftar di Port Dickson shj) | Mandatori | ||
7. | Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred : G1; Kategori : B (Bangunan) | Mandatori | ||
8. | Perakuan Pendaftaran G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) | Mandatori | ||
9. | Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred: G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) | TB | ||
10. | Perakuan Pendaftaran G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) | TB | ||
11. | Salinan Sijil Pendaftaran dari Suruhanjaya Tenaga (ST) | TB | ||
12. | Penyata Bank 3 bulan terkini | Mandatori |
Arahan:
1. Dokumen perlu diisi dengan lengkap.
2. Setiap dokumen hendaklah ditandatangan dan dicop oleh penyebutharga.
3. Sila kepilkan senarai semak ini bersama dokumen sebutharga.
PERAKUAN:
PENYEBUTHARGA: (Diisi oleh Penyebutharga) | JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUTHARGA (Diisi oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga) |
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarta-syarat dan terma yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga PPD/400(S)/5/7/12-2024. Semua maklumat yang dikemukakan di didalam cadangan tawaran ini adalah benar. …………………………………… Nama: No. Kad Pengenalan: Cop Syarikat: | Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen seperti yang ditandakan. Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : |
SENARAI SEMAK TAWARAN TEKNIKAL / KEWANGAN
(Pengesahan Penghantaran Dokumen)
SULIT
Nombor Sebutharga: PPD/400(S)5/7/12-2024
Semak dan tandakan (√ ) di tempat yang berkenaan dan masukkan lampiran tersebut dalam sampul tawaran yang betul mengikut turutan senarai semak.
BIL | PERKARA | STATUS | SERAHAN OLEH SYARIKAT (√ ) | SEMAKAN OLEH JK PEMBUKA SEBUTHARGA (√ ) |
1. | Dokumen Spesifikasi / BQ | Mandatori | ||
2. | Xxxxxx Xxxxxxxxxx Xxxxx | Xxxxxxxxx | ||
3. | Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini | Mandatori | ||
4. | Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera - Gred Pendaftaran G1(Bumiputera) (Awam) | Mandatori | ||
5. | Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera - Gred Pendaftaran G1 (Bumiputera) (Awam) | TB | ||
6. | Sesalinan terkini Sijil CIDB (berdaftar di Port Dickson shj) | Mandatori | ||
7. | Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred : G1; Kategori : B (Bangunan) | Mandatori | ||
8. | Perakuan Pendaftaran G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) | Mandatori | ||
9. | Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred: G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) | TB | ||
10. | Perakuan Pendaftaran G1; B04 (Kerja Am Bangunan), B24 (Kerja Penyelenggaraan Bangunan) | TB | ||
11. | Salinan Sijil Pendaftaran dari Suruhanjaya Tenaga (ST) | TB | ||
12. | Penyata Bank 3 bulan terkini | Mandatori |
Arahan:
1. Dokumen perlu diisi dengan lengkap.
2. Setiap dokumen hendaklah ditandatangan dan dicop oleh penyebutharga.
3. Sila kepilkan senarai semak ini bersama dokumen sebutharga.
PERAKUAN:
PENYEBUTHARGA: (Diisi oleh Penyebutharga) | JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUTHARGA (Diisi oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga) |
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarta-syarat dan terma yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga PPD/400(S)/5/7/12-2024. Semua maklumat yang dikemukakan di didalam cadangan tawaran ini adalah benar. …………………………………… Nama: No. Kad Pengenalan: Cop Syarikat: | Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen seperti yang ditandakan. Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : |
POLITEKNIK PORT DICKSON KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN PINTU TERMASUK LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR KAMPUS, POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
HARGA INDIKATIF JABATAN: RM98,000.00
Harga Indikatif Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.
Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.
Pengarah, Politeknik Port Dickson Kementerian Pendidikan Tinggi
SYARAT-SYARAT ELEMEN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN
“AKU JANJI KONTRAKTOR”
1. Mengenalpasti hazad yang sedia ada di tempat kerja atau semasa menjalankan kerja.
2. Memaklumkan kehadiran semua pekerja kepada Pengarah PPD sebelum mula bekerja.
3. Memastikan alat-alat perlindungan pekerja yang sesuai berada di dalam keadaan yang baik dan cukup untuk semua pekerja.
4. Memastikan semua pekerja menggunakan alat-alat perlindungan pekerja yang disediakan.
5. Laluan atau tempat kerja yang boleh mendatangkan risiko KKP mestilah ditutup sepenuhnya atau dikawal.
6. Jika terdapat kecederaan atau reaksi alahan yang serius, sila dapatkan rawatan segera dan laporkan kepada Pegawai PPD secepat mungkin.
7. Jika anda berada dalam keadaan kecemasan yang akan membahayakan anda, sila laporkan segera kepada Pegawai PPD untuk mendapatkan bantuan daripada agensi lain jika perlu.
8. Mematuhi semua peraturan, prosedur atau arahan oleh Pengarah PPD.
Kami telah baca dan faham peraturan-peraturan yang tercatat dalam dokumen ini. Kami memahami dengan sepenuhnya dan terimanya sebagai tanggungjawab syarikat kami sebagai kontraktor Politeknik Port Dickson dan akan memastikan semua pekerja kami dan sub- kontraktor memahami and mematuhi semua peraturan dan panduan yang termaktub dalam organisasi anda.
Tarikh : ...................................... ..................................................
Tandatangan Kontraktor &
Cop Syarikat