KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA
(J.K.R. 203B – Pind.5/2008)+
KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA
BORANG TENDER
(FORM OF TENDER)
TENDER BAGI ..........................................................................................................................
TENDER FOR
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
mengikut Pelan-Pelan No ...........................................................................................................
in accordance with Drawings No.
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
dan lain-lain pelan terperinci yang diberi untuk menerangkannya.
and any other detail drawings supplied in amplification thereof.
Salinan-salinan Dokumen Meja Tender yang merangkumi Perjanjian Kontrak, Pelan-Pelan tersebut di atas, Senarai Kuantiti dan/atau Spesifikasi dan Dokumen Tender yang lain boleh dilihat di tempat yang dinyatakan dalam Notis Tender dalam masa waktu pejabat pada mana- mana hari bekerja hingga tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender.
Copies of the Tender Table Documents comprising the Contract Agreement, the above- mentioned Drawings, Specification and other Tender Documents may be seen at the place specified in the Tender Notice during office hours on any working day until the final date fixed for the submission of tenders.
Kepada:
To
……………………………………………………..
……………………………………………………..
……………………………………………………..
(Pihak menerima tender)
TUAN,
Di bawah dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Membuat Tender yang dilampirkan bersama ini, yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini membuat tender dan menawar untuk melaksana dan menjalankan Kerja dan peruntukan-peruntukan dan membekalkan semua buruh, bahan dan loji dan segala benda dari tiap-tiap jenis yang masing-masing disebut, ditunjuk, diperihal dan dimaksudkan dalam, atau yang hendaklah ditakrifkan daripada Dokumen Tender, yang hendaklah dilaksana dan dibekalkan oleh pihak Kontraktor, bagi Kerja yang diperihalkan di atas, dengan menepati Dokumen Tender tersebut bagi jumlah wang pukal yang disebutkan di bawah ini.
Under and subject to the Conditions of Tendering annexed hereto, the undersigned does hereby tender and offer to execute and perform the Works and provisions and supply all labour, materials and plants and everything of every kind respectively named, shown, described and alluded to in, or to be inferred from the Tender Documents, to be executed and supplied on the part of the Contractor, for the Works above described, in conformity with the said Tender Documents for the lump sum named herein below.
+ Borang ini hendaklah digunakan jika kuantiti menjadi sebahagian daripada kontrak
This form is to be used where quantities form part of the contract
2. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada Syarat- Syarat Kontrak dan Senarai Kuantiti yang terletak harganya dan/atau Spesifikasi tersebut dan bersetuju bahawa sebelum Surat Setujuterima Tender dikeluarkan, harga atau kadar harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah diteliti dan diselaraskan oleh Pegawai Penguasa dengan memastikan kemunasabahannya tanpa mengubah amaun yang dinyatakan di dalam Borang Tender.
The undersigned agrees to be bound by and submit to the Conditions of Contract and priced Bills of Quantities and Specification and agrees that before the issuance of the Letter of Acceptance, the prices or rates in the Bills of Quantities shall be scrutinized and adjusted by the Superintending Officer as to its reasonableness without altering the amount as stated in the Form of Tender.
Senarai Kuantiti yang terletak harganya tersebut, selepas diperbetulkan atau diselaraskan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Syarat-Syarat Kontrak, hendaklah menjadi asas bagi menilaikan bayaran interim dan apa-apa perubahan yang mungkin diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxxxxx dari semasa ke semasa.
The said priced Bills of Quantities after rectification or adjustment as provided in the Conditions of Contract, shall form the basis of valuation for interim payment and any variation which may from time to time be ordered by the Superintending Officer.
3. Dan selanjutnya, yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menyiapkan Kerja itu dalam masa ............................... hari/minggu/bulan* dari tarikh pemilikan tapakbina atau dalam apa- apa tempoh lanjutan yang diperuntukkan dalam Syarat-Syarat Kontrak.
And further, the undersigned agrees to complete the Works within
………………….…..… days/weeks/months* from the date of possession of site or within such extended time as by the Conditions of Contract provided.
4. Jumlah amaun Tender ini ialah jumlah wang pukal sebanyak Ringgit Malaysia……………
The total amount of the Tender is the lump sum of Ringgit Malaysia
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
iaitu, RM..…………………………………..
i.e.
5. Yang bertandatangan di bawah ini berharap dibenarkan membuat tender, dalam sedikit masa lagi bagi kerja berikut yang mana dijalankan secara langsung oleh yang bertandatangan di bawah ini dalam perjalanan biasa perniagaannya dan yang baginya Xxxx Xxx Prima atau Wang Peruntukan Sementara telah dimasukkan dalam amaun Tender ini:
The undersigned desires to be permitted to tender in due course, for the following work which the undersigned in the ordinary course of business directly carries out and for which Prime Cost or Provisional Sums have been included in the amount of this Tender:
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
* Xxxxxxxx dikehendaki memotong yang tidak berkenaan.
The tenderer to delete whichever is not applicable
6. Bahawasanya adalah diketahui bahawa Kerajaan sentiasa berhak menyetujuterima atau menolak Tender ini, sama ada ianya lebih rendah atau lebih tinggi daripada tender-tender yang lain, atau sama amaunnya. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju yang Tender ini akan berterusan sah dan tidak akan ditarik balik dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender dan bersetuju bahawa tiada apa-apa had, syarat atau janjian lain akan dikenakan oleh kami selepas tarikh tersebut.
Whereas it is understood that the Government reserves the right to accept or to refuse this Tender, whether it be lower or higher than any other tender, or of the same amount. The undersigned agrees that this Tender shall remain valid and shall not be withdrawn within ninety
(90) days from the final date fixed for the submission of tenders and agrees that no other term, condition or stipulation shall be imposed by us after the said date.
7. Yang bertandatangan di bawah ini berniat, jika Tender ini disetujuterima, memilih salah satu daripada bentuk Bon Pelaksanaan seperti berikut:
The undersigned intends, in the event of acceptance of this Tender, to choose one of the following form of Performance Bond:
*(i) Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) atau
Bank / Islamic Bank / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank) Guarantee or
*(ii) Jaminan Syarikat Kewangan atau
Finance Company Guarantee or
*(iii) Jaminan Insurans/Takaful atau
Insurance/Takaful Guarantee or
*(iv) Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) daripada Jumlah Harga Kontrak.
Performance Guarantee Sum whereby ten percent (10%) of each interim payment shall be deducted until the total amount deducted aggregate to a sum equivalent to five percent (5%) of the Contract Sum.
8. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju, jika Tender ini disetujuterima, mendeposit, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan Surat Setujuterima Tender tetapi sebelum bermulanya Kerja, perkara-perkara berikut:
The undersigned agrees, in the event of acceptance of this Tender, to deposit as soon as is practicable after the receipt of the Letter of Acceptance of Tender but before the commencement of the Works, the following:
(a) Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank / Bank Islam / BPMB / Bank SME / Insurans / Takaful atau Syarikat Kewangan sahaja) dan jikalau gagal dikemukakan pada tarikh milik tapak, Kerajaan berhak untuk melaksanakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan;
Performance Bond (if the tenderer opts for Bank / Islamic Bank / BPMB / SME Bank / Insurance / Takaful or Finance Company Guarantee) and failure to submit the said bond by the date of possession of site shall entitle the Government to implement the Performance Guarantee Sum option;
* Xxxxxxxx dikehendaki memotong yang tidak berkenaan.
The tenderer to delete whichever is not applicable.
(b) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap bencana kepada orang- orang dan kerosakan kepada harta) atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
Insurance Policy for Public Liability (ie. insurance against injury to persons and damage to property) or the Cover Note together with receipt of premium paid in respect thereof;
(c) Polisi Insurans Kerja atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
Insurance Policy for Works or the Cover Note together with receipt of premium paid in respect thereof;
(d) Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO);
Registration number under Employee's Social Security (SOCSO) Scheme;
Yang bertandatangan di bawah ini selanjutnya bersetuju mendeposit Polisi-polisi Insurans yang berkenaan dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas Nota Liputan diserahkan.
The undersigned further agrees to deposit the relevant Insurance Policies within a period of not later than thirty (30) days after the Cover Notes has been submitted.
9. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju jika kerja-kerja gagal dimulakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh milik tapak, pengambilan kerja di bawah kontrak akan ditamatkan sejajar dengan Fasal 51.1(a)(i) Syarat-Syarat Kontrak.
The undersigned agrees that if the undersigned fails to commence works within two (2) weeks from the date of possession, his employment under the Contract shall be terminated in accordance with Clause 51.1(a)(i) of the Conditions of Contract.
10. Yang bertandatangan di bawah ini dengan ini juga bersetuju bahawa Borang Tender ini berserta Surat Setujuterima Tender (jika ada) hendaklah menjadi kontrak yang mengikat antara kita.
The undersigned hereby also agrees that this Form of Tender together with the Letter of Acceptance of Tender (if any) shall constitute a binding contract between us.
11. Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan, selepas menyemak sendiri, bahawa dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang digunakan oleh yang bertandatangan di bawah ini untuk menyusun Tender ini adalah salinan-salinan yang sebenarnya bagi dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang dimasukkan dalam Dokumen Xxxx Xxxxxx.
The undersigned confirms, after a personal scrutiny, that the documents and drawings used by the undersigned in compiling this Tender are true copies of the documents and drawings included in the Tender Table Documents.
12. Xxxx bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa:
The undersigned agrees that:
(a) jika Tender ini ditarik balik sebelum tamatnya Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
if this Tender is withdrawn before the expiry of the Tender Validity Period or any extended period thereof, or
(b) jika yang bertandatangan di bawah ini mengenakan apa-apa had, syarat atau janjian tambahan kepada Tender ini selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender atau,
if the undersigned imposes any additional term, condition or stipulation to the Tender after the final date fixed for the submission of tenders or,
(c) jika sekiranya Tender telah disetujuterima, yang bertandatangan di bawah ini enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) / Insurans/ Takaful atau Syarikat Kewangan sahaja) sebagaimana dikehendaki oleh Syarat-Syarat Kontrak atau tidak meneruskan Kerja, maka, dalam mana-mana hal itu, tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya, Kerajaan sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini atau membatalkan pendaftaran yang bertandatangan di bawah ini sebagai kontraktor Kerajaan, sebagaimana difikirkan perlu oleh Kerajaan. in the event that the Tender having been accepted, the undersigned refuses and fails to execute the formal Contract Agreement or to deposit the Performance Bond (if the tenderer opts for Bank / Islamic Bank / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank) /Insurance/Takaful or Finance Company Guarantee) as required by the Conditions of Contract or fails to proceed with the Works, then, in any of such event, without prejudice to any other rights it may possess, the Government reserves the right to take disciplinary action against the undersigned or to cancel the registration of the undersigned as a Government contractor, as the Government deems fit.
Xxxxxxxxx pada................ haribulan......... 20......
Dated this day of 20
.......................................................................
Tandatangan Petender
Signature of Tenderer
Nama Penuh : ...............................................
Name in full
Atas sifat : .....................................................
In the capacity of
yang diberikuasa dengan sempumanya untuk menandatangani Tender ini untuk dan bagi pihak:
duly authorised to sign this Tender for and on behalf of:
......................................................................
Meterai atau cap Petender
Tenderer's seal or chop
Saksi : ..........................................................
Witness
Nama Penuh : ..............................................
Name in full
Pekerjaan : ....................................................
Occupation
Alamat : .........................................................
Address
….....................................................
SYARAT-SYARAT MEMBUAT TENDER
(CONDITIONS OF TENDERING)
1. Keseluruhan Kerja yang dinyatakan dalam Dokumen Tender yang ditunjukkan di atas Meja Tender (kemudian dari ini disebut "Dokumen Meja Tender") akan diberi secara Kontrak.
The whole of the Works set forth in the Tender Documents exhibited on the Tender Table (hereinafter referred to as the "Tender Table Documents") will be let on Contract.
2. (a) Tiap-tiap petender mestilah menyerahkan, dalam suatu sampul surat bertutup dan bermeterai yang dialamatkan sebagaimana ditetapkan dalam Notis Tender, suatu tender yang sah dalam Borang Tender yang diperuntukkan, bersama dengan salinan Senarai Kuantiti yang diisi dan ditandatangani dengan sempurnanya. Borang Tender yang tak lengkap atau tak bertandatangan akan ditolak.
Each tenderer must submit, enclose and seal in an envelope addressed as stipulated in the Tender Notice, a genuine tender on the Form of Tender provided, together with the copy of the Bills of Quantities duly filled in and signed. Form of Tender which is incomplete or unsigned shall be disqualified.
(b) Tiap-tiap petender mestilah mencatitkan, dalam ruang yang diperuntukkan dalam Borang Tender, masa yang akan dikehendakinya bagi menyiapkan Kerja itu.
Each tenderer must enter, in the space provided on the Form of Tender, the time he will require to complete the Works.
(c) Xxxxxxxx hendaklah meletakkan harga dalam Senarai Kuantiti yang hendaklah diisi dengan dakwat dan ditandatangani dengan sempurnanya oleh petender. Sebelum Surat Setujuterima dikeluarkan, harga atau kadar harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah diteliti dan diselaraskan oleh Pegawai Penguasa dengan memastikan kemunasabahannya tanpa mengubah amaun yang dinyatakan di dalam Borang Tender.
The tenderer shall price the Bills of Quantities which shall be duly filled in ink and signed by the tenderer. Before the issuance of the Letter of Acceptance, prices or rates in the Bills of Quantities shall be scrutinized and adjusted by the Superintending Officer as to its reasonableness without altering the amount as stated in the Form of Tender.
3. Jika mana-mana petender:
Should any tenderer:
(a) menarik balik tendernya sebelum tamat Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
withdraw his tender before the expiry of the Tender Validity Period or any extended period thereof, or
(b) mengenakan had, syarat atau janjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahantender (dan dalam hal yang sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik tender ini), atau
impose additional terms, conditions or stipulations after the final date fixed for the submission of tenders (in which case it shall be deemed to be a withdrawal of this tender), or
(c) jika sekiranya tender telah disetujuterima, enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) / Insurans/ Takaful atau Syarikat Kewangan sahaja) atau tidak meneruskan Kerja;
whose tender has been accepted, refuse and fail to execute the formal Contract Agreement or to deposit the Performance Bond (if the tenderer opts for Bank / Islamic Bank / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank) /Insurance/Takaful or Finance Company Guarantee) or fails to proceed with the Works;
maka, dalam mana-mana hal itu, Kerajaan hendaklah, tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya, sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini atau membatalkan pendaftaran petender sebagai kontraktor Kerajaan, sebagaimana difikirkan perlu oleh Kerajaan.
then, in any of such events, the Government, without prejudice to any other rights it may possess, reserves the right to take disciplinary action against the undersigned or to cancel the registration of the tenderer as a Government contractor, as the Government deems fit.
4. Tiada apa-apa perubahan atau tambahan yang tidak dibenarkan boleh dibuat kepada Borang Tender atau mana-mana Dokumen Tender yang lain.
No unauthorised alteration or addition shall be made to the Form of Tender or any other Tender Documents.
5. (a) Tender-tender dan dokumen-dokumen berhubung dengannya yang dinyatakan dalam Klausa 2 di atas, mestilah diserahkan di tempat dan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender.
Tenders and documents in connection therewith as specified in Clause 2 above, must be delivered to the place and at or before the time stipulated in the Tender Notice for the submission of Tenders.
(b) Jika sesuatu tender tidak diserahkan dengan tangan, petender mestilah menguruskan bagi tendernya dan dokumen-dokumennya yang lain dihantar dengan pos supaya sempat sampai di tempat yang ditetapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan.
In the case of a tender not being delivered by hand, the tenderer must arrange for his tender and other documents to be posted in time to reach the stipulated place not later than the stipulated time.
(c) Mana-mana tender yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari apa jua sebab, tidak akan dipertimbangkan.
Any tender delivered after the stipulated time, from whatever cause arising, will not be considered.
(d) Tiada apa-apa jua perbelanjaan yang ditanggung oleh petender bagi menyediakan tendernya boleh dibayar kepadanya.
In no case will any expenses incurred by a tenderer in the preparation of his tender be allowed.
6. Jika sekiranya atas permintaannya, seseorang petender diberikan salinan-salinan sesuatu Dokumen Tender, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk meneliti salinan-salinan itu dan memuaskan hatinya bahawa salinan-salinan itu adalah sebenarnya salinan-salinan dokumen yang termasuk dalam Dokumen Meja Tender. Jika sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau percanggahan antara mana-mana salinan yang diberi kepada petender dengan salinan dalam Dokumen Meja Tender atau antara mana-mana dokumen yang termasuk di dalamnya, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk memohon secara bertulis kepada Pegawai Penguasa supaya dibetulkan perbezaan atau percanggahan itu tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender. Apa-apa jawapan yang hendak dibuat oleh Pegawai Penguasa atas permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara Memorandum Tender yang hendaklah dihantar kepada semua petender. Memorandum Tender itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender dan Tender yang diterima akan disifatkan sebagai berdasarkan pada huraian, ubahsuaian atau perluasan kepada dokumen asal yang mengandunginya.
In the event of any tenderer being supplied at his request, with copies of any of the Tender Documents, it shall be the sole responsibility of the tenderer to scrutinize such copies and satisfy himself that they are exact copies of those included in the Tender Table Documents. In the event of any difference or discrepancy being found between any such copies supplied to the tenderer and those in the Tender Table Documents or between any documents included therein, it shall be the sole responsibility of the tenderer to apply in writing to the Superintending Officer, to have the difference or discrepancy rectified, not later than seven (7) days before the final date fixed in the Tender Notice for the submission of tenders. Any reply the Superintending Officer may make to such application shall be by way of a Tender Memorandum which will be sent to all tenderers. Such Tender Memorandum shall become part of the Tender Documents and Tenders received will be deemed to have been based on the explanations, modification or extension to the original document that they contain.
7. Xxxxxxxx hendaklah disifatkan telah memeriksa dan meneliti Tapakbina dan sekitarnya dan telah berpuas hati sebelum menyerahkan tendernya tentang jenis bumi dan lapisan tanah, bentuk dan jenis Tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dengan dan akses ke Tapakbina, tempat tinggal yang mungkin dikehendaki dan pada amnya hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luarjangka dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan tendemya.
The tenderer shall be deemed to have inspected and examined the Site and its surroundings and to have satisfied himself before submitting his tender as to the nature of the ground and sub- soil, the form and nature of the Site, the extent and nature of the work, materials and goods necessary for the completion of the Works, the means of communication with and access to the Site, the accommodation he may require and in general to have obtained for himself all necessary information as to risks, contingencies and all circumstances influencing and affecting his tender.
8. Tender-tender hendaklah terus sah selama tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan tender sebagaimana yang ditetapkan dalam Notis Tender (dalam Syarat- Syarat Membuat Tender ini disebut "Tempoh Sah Tender") dan tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.
Tenders shall remain valid for a period of ninety (90) days from the final date for submission of tenders stipulated in the Tender Notice (herein referred to as the "Tender Validity Period") and such period may by mutual agreement be extended as and when necessary.
9. Kerajaan tidak boleh terikat menyetujuterima tender yang rendah sekali atau sesuatu tender dan juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender.
The Government shall not be bound to accept the lowest or any tender, nor to assign any reason for the rejection of any tender.
10. Petender yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang tendernya dengan surat (disebut "Surat Setujuterima Tender") dalam Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan. Petender tersebut hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi sebelum bermulanya Xxxxx mendeposit dengan Pegawai Penguasa, perkara-perkara berikut:
The successful tenderer (if any) shall be notified of his tender by a letter (referred to as "Letter of Acceptance of Tender") within the Tender Validity Period or any extended period thereof. The said tenderer shall as soon as is practicable but before the commencement of the Works deposit with the Superintending Officer the following:
(a) Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) / Insurans/ Takaful atau Syarikat Kewangan sahaja) berjumlah sebanyak 5% daripada Jumlah Harga Kontrak dan jikalau gagal dikemukakan pada tarikh milik tapak, Kerajaan berhak untuk melaksanakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan; Performance Bond (if the tenderer opts for Bank / Islamic Bank / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank)
/Insurance/Takaful or Finance Company Guarantee) amounting to 5% of Contract Sum and failure to submit the said bond by the date of possession of site, shall entitle the Government to implement the Performance Guarantee Sum option;
(b) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap bencana kepada orang-orang atau kerosakan kepada harta) atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
Insurance Policy for Public Liability (i.e. insurance against injury to persons or damage to property) or Cover Note together with receipt of premium paid in respect thereof,
(c) Polisi Insurans Kerja atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
Insurance Policy for Works or Cover Note together with receipt of premium paid in respect thereof;
(d) Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO);
Registration numbers under the Employee's Social Security (SOCSO) Scheme.
Petender tersebut hendaklah selanjutnya mendeposit Polisi-polisi Insurans yang berkenaan dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas Nota Liputan diserahkan.
The said tenderer shall further deposit the relevant Insurance Policies within a period of not later than thirty (30) days after the Cover Notes has been submitted.
11. Semua jadual butir-butir yang dilampirkan kepada Dokumen Tender hendaklah diisi dan diserahkan oleh petender berserta dengan tendernya.
All schedules of particulars attached to the Tender Documents shall be completed and submitted by the tenderer together with his tender.
12. Tiap-tiap notis yang hendak diberi kepada petender bolehlah diposkan ke alamatnya yang dinyatakan dalam tender itu dan pengeposan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna akan notis itu.
Every notice to be given to a tenderer may be posted to the tenderer's address given in the tender and such posting shall be deemed good service of such notice.
13. Perkataan "petender yang berjaya" hendaklah bererti bahawa petender yang mana tendernya telah diluluskan dan disetujuterima oleh Kerajaan.
The word "successful tenderer" shall mean that the tenderer whose tender has been approved and accepted by the Government.
14. Perkataan "petender" dalam Syarat-Syarat ini hendaklah disifatkan sebagai termasuk dua orang atau lebih.
The word "tenderer" in these conditions shall be deemed to include two or more persons.
15. Jika petender tidak mematuhi Syarat-Syarat tersebut di atas mengenai apa-apa jua hal maka tendernya boleh ditolak.
Non-compliance with the above conditions in any respect shall render the tender liable to rejection.
16. Syarat-Syarat Membuat Tender ini, setakat mana Syarat-Syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan Kontrak ini, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kontrak ini.
These Conditions of Tendering, in so far as they affect the execution of the Contract, shall be deemed to form part of the Contract.