HEAD QUARTER (HQ) ARDORA NATURAL (1295027-P)
TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN ANTARA
HEAD QUARTER (HQ) ARDORA NATURAL (1295027-P)
DENGAN PENGEDAR ARDORA NATURAL
Perjanjian ini dibuat pada tarikh yang dinyatakan seperti di dalam Seksyen 1 pada Jadual Pertama Perjanjian ini.
Di antara
• Sinar Rezeki Global Sdn Bhd (1295027-P) iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di 00-0X, Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx XXX00/XX, Xxxxx Xxxx, 00000 Xxxx Xxxx, Xxxxxxxx (selepas ini dirujuk sebagai “pihak HQ”) sebagai satu pihak;
Dan
• Individu yang nama-nama, butir-butir dan alamat adalah dinyatakan di Seksyen 2 di dalam Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai “Pengedar”) sebagai satu pihak yang lain.
DI MANA pihak HQ telah bersetuju untuk memberi dan Pengedar tersebut telah bersetuju untuk menerima satu perlantikan penjualan sebagai Pengedar untuk menjual dan/atau mempromosi dan/atau memasarkan produk pihak HQ yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 dalam Jadual Pertama Perjanjian ini (“Produk tersebut”) yang membawa jenama “Ardora Natural” berdasarkan terma-terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.
DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA :
1. Pengedar bersetuju untuk dilantik sebagai Rakan Niaga (Pengedar) yang memasarkan dan menjual rangkaian produk ARDORA NATURAL.
2. Pihak HQ akan memberikan kepada Pengedar beberapa hal berikut selama perjanjian ini berkuatkuasa:
a. Menyediakan khidmat sokongan pemasaran, penjenamaan di medium Online atau Offline (jika ada).
b. Xxxxxxxxxxx khidmat bimbingan strategi pemasaran dan jualan melalui kelas, ‘coaching’ kumpulan kecil dan khidmat sokongan di Whatsapp Group.
c. Menjaga kualiti, kebersihan dan keselamatan produk.
d. Menyediakan stok yang mencukupi mengikut jumlah bayaran yang telah dipersetujui.
3. Pengedar bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai Rakan Niaga seperti berikut:
a. Bersungguh-sungguh dan berusaha memasarkan produk tersebut di mana-mana medium pemasaran yang sesuai dan dibenarkan oleh pihak HQ.
4. Pendaftaran
Pengedar tersebut hendaklah bersetuju dengan perjanjian ini dan sertakan salinan depan dan belakang kad pengenalan sebelum mengisi borang pendaftaran yang diberikan dan kemudian akan menerima pengesahan melalui email selepas pendaftaran.
5. Harga Stok
Harga stok bagi Produk tersebut adalah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 5 Jadual Pertama Perjanjian ini. Pengedar tersebut tidak boleh menjual Produk tersebut melebihi dan/atau kurang daripada harga stok yang dinyatakan dan Pengedar tersebut hendaklah mematuhi terma dan syarat ini. Pengedar tersebut boleh pada bila-bila masa menjual Produk tersebut serendah harga yang telah dinyatakan di dalam Seksyen 4 Jadual Pertama Perjanjian ini.
6. Tanggungjawab
Pengedar tersebut hendaklah bertanggungjawab kepada pihak HQ seperti yang berikut:
• Pengedar tersebut hendaklah menjual dan/atau memasarkan Produk tersebut dan/atau juga memasarkan kepada pasaran tempatan secara atas talian dan/atau dengan mana- mana cara penjualan dan/atau pemasaran yang efektif dan/atau terkini/yang dibenarkan oleh pihak HQ.
• Pengedar tersebut juga hendaklah memastikan dan/atau tidak boleh pada semua masa yang material membuang tanda harga, ‘barcode’ seperti yang telah dicetak dan/atau tertera dan/atau tidak menanggalkan pelekat hologram yang telah ditampal di atas kotak Produk tersebut.
• Pengedar tersebut juga hendaklah menjual Produk tersebut dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak HQ dan tidak boleh pada semua masa yang material menjual
dengan harga borong dan/atau harga yang rendah selain yang telah ditetapkan dan/atau dibenarkan oleh pihak HQ.
• Pengedar juga tidak melakukan tindakan merosak reputasi pihak HQ dan produknya seperti memburukkan imej ejen lain, dan lain-lain perbuatan yang negatif.
• Pengedar juga akan melaporkan dengan memberikan bukti yang jelas jika terdapat salah laku ejen-ejen lain melalui saluran yang betul iaitu menghubungi pihak HQ.
• Pengedar tidak dibenarkan menggunakan nama HQ atau OFFICIAL untuk mana-mana medium pemasaran atas talian seperti di Facebook, Instagram, Twitter mahupun secara ‘offline .
• Pengedar tidak menjual dan mengiklankan produk ARDORA NATURAL di mana-mana medium pengiklanan wholesale seperti SHOPEE dan LAZADA.
• Sekiranya didapati mana-mana Pengedar yang menjual dengan harga yang lebih murah tanpa kebenaran pihak HQ, Pengedar dikira telah melanggar perjanjian ini dan pihak HQ berhak mengambil tindakan undang-undang selaras dengan Akta Kontrak 1950 dan undang-undang lain yang terpakai di Malaysia dan denda sebanyak RM 50,000.00 akan dikenakan.
7. Pembelian Stok
Pengedar tersebut hendaklah membuat tempahan dan/atau membeli stok minimum daripada pihak HQ atau ‘leader’ masing-masing pada setiap bulan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak HQ. Pengedar tersebut hendaklah mematuhi terma ini untuk mendapat keistimewaan sebagai Pengedar.
8. Penamatan
Pihak HQ berhak menamatkan kontrak dengan Pengedar sebagai Rakan Niaga sekiranya:
• Pengedar tidak melakukan pembelian stok daripada pihak HQ atau ‘leader’ masing- masing selama TIGA (3) BULAN berturut-turut atau dinilai oleh pihak HQ sudah tidak mampu menjalankan kewajipan sebagai Xxxxx Xxxxx.
• Pengedar tersebut telah melanggar mana-mana terma dalam Perjanjian ini, pihak HQ berhak dan/atau hendaklah pada bila-bila masa walaupun kurang daripada tempoh satu (1) tahun daripada tarikh perjanjian untuk menamatkan Perjanjian ini dengan cara memberikan Notis dalam masa tujuh (7) hari kepada Pengedar tersebut dan Pengedar tersebut adalah terhenti daripada menjadi Pengedar kepada pihak HQ. Pihak HQ juga adalah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan/atau menuntut ganti rugi daripada Pengedar tersebut.
• Pengedar tersebut boleh pada bila-bila masa membatalkan dan/atau menamatkan Perjanjian ini dan/atau berhenti daripada menjadi Pengedar tersebut dengan memberi Notis bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada Syarikat tersebut selepas satu (1) tahun dari tarikh Perjanjian ini.
• Pengedar tersebut selepas membatalkan dan/atau ditamatkan dan/atau berhenti dari menjadi Pengedar hendaklah berhenti dari menjual dan/atau mempromosi produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak HQ.
• Perjanjian ini boleh diperbaharui dan/atau dimasuki semula oleh Pengedar walaupun setelah ditamatkan dan/atau berhenti daripadanya dengan kebenaran pihak HQ dan/atau budi bicara kedua-dua belah pihak.
9. Xxxxx Xxxxxx dan Duti Setem
Pengedar tidak menanggung yuran guaman, bayaran duti setem dan apa-apa pembayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini. (Perjanjian Atas Talian)
10. Masa
Masa yang dinyatakan hendaklah menjadi asas dan/atau intipati di dalam Perjanjian ini.
11. Notis
Sebarang notis atau permintaan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan adalah dianggap telah disampaikan secara sempurna bagi sebarang tujuan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini kepada pihak-pihak berkenaan, dan jika dihantar melalui serahan kendiri atau melalui pos daftar kepada alamat berdaftar yang terakhir diketahui (seperti yang diketahui oleh pihak di dalam Perjanjian ini) dan hendaklah dianggap telah diserahkan secara sempurna seperti dalam keadaan biasa serahan dibuat atau diterima.
12. Pemberian Hak
Hak-hak yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini tidak boleh diberikan kepada Pengedar tersebut tanpa persetujuan bertulis daripada pihak HQ.
13. Force Majeure
Pihak HQ tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap kerugian stok akibat daripada sebarang bencana alam dan/atau kemalangan yang berlaku kepada Pengedar.
JADUAL PERTAMA
SEKSYEN 1 | Tarikh Perjanjian | Berkuatkuasa 1 Januari 2020 |
SEKSYEN 2 | Nama Pengedar No Kad Pengenalan Alamat No Telefon | |
SEKSYEN 3 | Nama Produk | 1. Ardora Natural Hair Oil 2. Ardora Natural Hair & Bath Wash |
SEKSYEN 4 | Harga Produk | 1. Hair Oil : RM65 SM | RM70 SS 2. Hair & Bath Wash : RM55 SM | RM60 SS |
AKUR JANJI
Dengan ini saya berjanji, sebagai Pengedar Produk ARDORA NATURAL, saya akan menjaga amanah mengikut harga yang telah ditetapkan dari pihak HQ, jumlah harga Produk ARDORA NATURAL adalah selaras dijual secara offline mahu pun online.
Saya berjanji jika saya tidak menjaga amanah ini saya sedia terima apa sahaja risiko “termination” dari pihak HQ tanpa sebarang amaran ( terminate dengan bukti ). Jika saya melanggar amanah ini, saya rela menanggung segala bentuk pembalasan dari Allah atas segala amanah yang telah diserahkan pihak HQ ke atas saya, dengan ini saya juga ingin menjaga keharmonian semua Pengedar lain dan memberi keadilan kepada semua Rakan Niaga keseluruhannya.
• Persetujuan*
Saya bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan. Saya berjanji akan menjadi Pengedar yang bertanggung jawab untuk menjaga harga pasaran yang diselaraskan.
TERMA DAN SYARAT PENGEDAR
MODAL
• Modal permulaan sebagai Pengedar mestilah bermula serendah RM305 termasuk yuran pendaftaran.
PERLANTIKAN LEADER / AGENT LUAR NEGARA
• Pengedar boleh mencari dan merekruit anak tim (ejen atau dropship) di bawah dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak HQ.
• Semua anak tim yang telah direkruit perlu didaftarkan di bawah sistem ARDORA NATURAL dan akan memperoleh ID masing-masing.
• Tidak dibenarkan sama sekali menukar leader dan/atau menyerahkan anak tim kepada leader lain tanpa kebenaran daripada pihak HQ.
• Transaksi dan pengedaran stok kepada anak tim adalah di bawah tanggungjawab Pengedar. Pengedar perlu memastikan stok tersebut jika dihantar ke luar negara sampai dalam keadaan yang baik.
• Ejen dan dropship di luar negara perlu memastikan cara pemasaran produk ARDORA NATURAL selaras dengan undang-undang di negara masing-masing terutama bahagian pemasaran di kedai bayi, farmasi dan klinik (jika ada).
PEMBAYARAN & PESANAN BARANGAN
• Sebarang pembayaran dan pesanan barangan oleh Pengedar tersebut mestilah dibuat kepada leader masing-masing mengikut sistem pembayaran ebiz yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.
PERTUKARAN BARANGAN
• Pertukaran barangan adalah tidak dibenarkan selepas seminggu stok diterima oleh leader. Adalah menjadi tanggungjawab Pengedar untuk memeriksa kondisi stok masing-masing sebelum diposkan atau dihantar kepada anak tim masing-masing.
PEMULANGAN BARANGAN
• Pemulangan barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja.
• Pengedar dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti.
• Pihak HQ tidak akan bertanggungjawab ke atas barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
INSENTIF
• Bonus dan reward akan diberikan setiap bulan oleh pihak HQ kepada Pengedar yang mencatat jualan paling tinggi dan memberikan komitmen sepanjang menjadi Rakan Niaga ARDORA NATURAL.
SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS
• Pihak HQ akan memberikan bimbingan dan ‘coaching’ kepada Pengedar dan Pengedar diminta untuk memberikan komitmen kepada setiap seminar/bengkel/kursus/’online’ coaching yang dibuat.
PERTUKARAN POLISI, SYARAT DAN PERATURAN
• Pada semua masa yang materi, pihak HQ berhak menukar sebarang polisi, syarat dan peraturan yang berkenaan dengan penjualan produk ARDORA NATURAL dan pelantikan Pengedar sebagai Rakan Niaga tanpa perlu menunggu persetujuan daripada Pengedar.
MEMBEKAL KEPADA WAKIL JUALAN YANG TIDAK SAH
• Pengedar tidak dibenarkan dan dianggap telah melanggar perjanjian ini sekiranya didapati membekalkan stok kepada wakil jualan yang tidak sah , tidak mempunyai ID, kepada premis perniagaan yang tidak dibenarkan oleh pihak HQ.
• Tindakan pemecatan sebagai Pengedar dan tindakan undang-undang akan dikenakan oleh pihak HQ.