RINGKASAN
RINGKASAN
TEKS PERJANJIAN PERKONGSIAN
TRANS-PASIFIK (TPPA)
"Penafian:
Dokumen ini hanyalah ringkasan bagi teks asal Trans-Pacific Partnership Agreement (“Perjanjian tersebut”) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Ringkasan terjemahan ini bukan merupakan tafsiran atau terjemahan rasmi undang-undang dan hanya bertujuan menjadi panduan kepada orang ramai mengenai peruntukan- peruntukan utama bagi setiap Bab Perjanjian tersebut dan tidak boleh diterima atau dianggap sebagai alternatif kepada teks asal. Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan dalam ringkasan terjemahan Bahasa Malaysia dengan teks asal Perjanjian tersebut, teks asal Perjanjian tersebut hendaklah terpakai.”
ISI KANDUNGAN
Bab | Tajuk | Muka Surat |
Mukadimah | 5 | |
1 | Peruntukan Awal dan Definisi Am | 8 |
2 | Layanan Sama Rata dan Akses Pasaran bagi Barangan | 9 |
3 | Peraturan dan Xxxxxxxx Xxxxxxxx | 00 |
0 | Tekstil dan Pakaian | 19 |
5 | Pentadbiran Kastam dan Fasilitasi Perdagangan | 24 |
6 | Remedi Perdagangan | 30 |
7 | Sanitari dan Fitosanitari | 33 |
8 | Halangan Teknikal kepada Perdagangan | 37 |
9 | Pelaburan | 41 |
10 | Perkhidmatan | 46 |
11 | Perkhidmatan Kewangan | 53 |
12 | Kemasukan Sementara Pelabur Asing atau Pekerja Mahir Asing | 58 |
13 | Telekomunikasi | 62 |
14 | Perdagangan Elektronik | 00 |
00 | Xxxxxxxxx Xxxxxxxx | 00 |
00 | Dasar Persaingan | 114 |
Bab | Tajuk | Muka Surat |
17 | Syarikat Milik Xxxxxxxx xxx Xxxxxxxx xxxx Xxxxxxxxxx | 000 |
00 | Harta Intelek | 000 |
00 | Xxxxx | 000 |
00 | Alam Sekitar | 211 |
21 | Kerjasama dan Bina Upaya | 214 |
22 | Xxxxxxxxxx xxx Xxxxxxxxxx Xxxxxxxxxx | 000 |
00 | Pembangunan | 222 |
24 | Perusahaan Kecil dan Sederhana | 229 |
25 | Kesepaduan Peraturan | 233 |
26 | Ketelusan dan Pencegahan Rasuah | 241 |
27 | Pentadbiran dan Peruntukan Institusi | 245 |
28 | Penyelesaian Pertikaian | 247 |
29 | Pengecualian | 250 |
30 | Peruntukan Akhir | 253 |
MUKADIMAH
Pihak-pihak dalam Perjanjian ini bersetuju untuk,
1) Mewujudkan satu perjanjian komprehensif yang bertujuan mempertingkatkan integrasi ekonomi melalui liberalisasi dagangan dan pelaburan. Ini adalah bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat mewujudkan peluang baru bagi pekerja dan perniagaan, mempertingkatkan taraf kehidupan, memberi manfaat kepada pengguna, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan.
2) Memperkukuhkan ikatan persahabatan dan kerjasama antara ahli dan penduduknya.
3) Mengiktiraf perbezaan tahap pembangunan dan kepelbagaian ekonomi Negara- negara ahli.
4) Memperkukuhkan daya saing perniagaan di peringkat pasaran global dan meningkatkan daya saing ekonomi melalui galakan peluang perniagaan, termasuklah menggalakkan dan memperkukuhkan pembangunan rantaian bekalan serantau.
5) Menyokong pertumbuhan dan pembangunan industri mikro dan sederhana supaya industri dapat merebut peluang-peluang yang terhasil daripada perjanjian ini.
6) Mewujudkan mekanisme perundangan yang konsisten dan rangka kerja komersial bagi perdagangan dan pelaburan menerusi peraturan-peraturan yang menguntungkan semua pihak.
7) Menggalakkan dagangan serantau melalui pengurangan kos, dan memastikan keboleh-ramalan yang dicapai menerusi galakan kecekapan dan ketelusan prosedur kastam.
8) Mengiktiraf hak sedia ada dalam memperkenalkan, mengekalkan dan mengubah sistem kesihatan awam.
9) Mengesahkan peranan Syarikat-syarikat Hak Milik Kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan dalam masa yang sama mengiktiraf bahawa peruntukan berhubung kelebihan yang tidak saksama diperoleh Syarikat Hak Milik Kerajaan akan melemahkan perdagangan dan pelaburan yang adil dan terbuka, melalui usaha mewujudkan peraturan bagi menggalakkan penyertaan sama rata dengan syarikat-syarikat perniagaan swasta, serta melalui amalan ketelusan dan perniagaan yang sihat.
10) Menggalakkan perlindungan alam sekitar menerusi penguatkuasaan undang- undang yang berkesan, bagi menjamin pembangunan mampan, termasuk melalui polisi serta amalan perdagangan dan alam sekitar yang disokong bersama.
11) Melindungi dan menguatkuasakan hak-hak buruh, memperbaiki kualiti tempat kerja dan kehidupan, memperkukuhkan kerjasama dan keupayaan parti dalam isu buruh.
12) Menggalakkan ketelusan, urus tadbir dan undang-undang yang baik, menghapuskan amalan rasuah dalam perdagangan dan pelaburan.
13) Mewujudkan sebuah perjanjian yang menangani cabaran perdagangan dan pelaburan masa hadapan.
14) Mengembangkan perkongsian dengan menggalakkan kemasukan negara-negara atau wilayah-wilayah yang belum menjadi ahli, dalam usaha mempertingkatkan integrasi serantau dan meletakkan asas kepada kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik.
BAB 1 PERUNTUKAN AWAL DAN DEFINISI AM
PERUNTUKAN UTAMA
1. Secara umum, Bab ini menggariskan asas undang-undang untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas antara Negara-Negara TPP dengan menggunakan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai asas, dan juga mengiktiraf obligasi antarabangsa lain yang sedia ada yang berkaitan dengan perdagangan.
2. Selanjutnya, Bab ini juga memperuntukkan bahagian berasingan bagi definisi am bagi istilah yang digunakan di bawah Perjanjian TPP, serta bahagian berasingan yang memperuntukkan definisi khusus untuk Negara-Negara bagi istilah tertentu.
IMPLIKASI KESELURUHAN
3. Bab ini penting terutamanya dalam mentafsirkan skop obligasi di bawah Perjanjian TPP, kerana ia menyediakan definisi istilah yang digunakan di bawah Perjanjian TPP. Definisi ini akan memberikan pemahaman antara Negara-Negara TPP dalam pemakaian istilah tersebut.
4. Definisi khusus untuk negara-negara TPP juga bertindak sebagai pelindung kedaulatan Negara-Negara TPP dalam mematuhi obligasi Perjanjian TPP selaras dengan skop undang-undang dan peraturan-peraturan negara masing-masing.
5. Di samping itu, Bab ini memperuntukkan peruntukan nyata mengenai hubungan antara Perjanjian TPP dan obligasi antarabangsa di bawah perjanjian lain yang sedia ada, isu percanggahan obligasi antara Perjanjian TPP dengan mana-mana perjanjian lain yang dimasuki oleh Negara Anggota TPP dapat dielakkan.
BAB 2 LAYANAN SAMA RATA DAN AKSES PASARAN BAGI BARANGAN
OBJEKTIF
Peruntukan-peruntukan dalam Bab Layanan Sama Rata dan Akses Pasaran bagi Barangan bertujuan untuk:
1. menggalakkan perdagangan antara Negara Anggota TPP melalui penghapusan/ pengurangan duti import;
2. menangani halangan bukan tarif yang berkaitan dengan prosedur pengeksportan/ pengimportan serta isu-isu kastam; dan
3. mengurangkan birokrasi dan meningkatkan ketelusan bagi memfasilitasi perdagangan antara Negara TPP.
SKOP
Terbahagi kepada dua elemen utama:
Teks Perjanjian
Meliputi peruntukan-peruntukan bagi menggalakkan perdagangan antara Negara TPP melalui keseragaman peraturan, ketelusan sistem dan pengurangan/penghapusan halangan bukan tarif bagi memfasilitasi akses pasaran bagi barangan perindustrian dan pertanian; dan
Jadual Tarif Penghapusan Duti Import
Jadual Tarif penghapusan duti import secara serta merta atau berperingkat yang ditawarkan oleh setiap Negara TPP bagi menggalakkan perdagangan antara Negara TPP. Tawaran penghapusan duti dibuat berdasarkan prinsip penghapusan import duti secara komprehensif. Barangan yang sensitif bagi Negara tertentu akan melalui proses penghapusan duti import dalam tempoh yang lebih panjang.
PERUNTUKAN UTAMA
Layanan Sama Rata (National Treatment)
Artikel ini memperuntukkan komitmen kesemua negara anggota TPP untuk memberi layanan sama rata kepada barangan masing-masing yang memasuki pasaran TPP. Pengecualian bagi barangan spesifik bagi Negara tertentu adalah sangat terhad dan perlu diberi justifikasi untuk dipersetujui oleh Negara anggota yang lain.
Penghapusan Duti Kastam
Artikel ini menggariskan obligasi kesemua negara anggota berkenaan liberalisasi tarif termasuk peruntukan yang membolehkan proses penghapusan duti import dipercepatkan.
Sekatan Import dan Eksport
Artikel ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang memerlukan negara anggota menambah baik prosedur pelesenan import dan eksport agar lebih telus dan tidak digunakan sebagai halangan bukan tarif.
Barangan Dikilang Semula (Remanufactured Goods)
Artikel ini mengandungi peruntukan berkaitan pergerakan barangan dikilang semula agar tidak ada sebarang halangan perdagangan yang tidak munasabah dilakukan oleh mana-mana Negara anggota.
Duti Eksport, Cukai, atau Caj-Caj Lain
Artikel ini menggariskan peruntukan mengenai liberalisasi duti eksport, cukai atau caj- caj lain terhadap eksport barangan ke Negara-Negara Anggota TPP, kecuali jika duti, cukai atau caj tersebut diguna pakai atau dikekalkan bertujuan untuk kegunaan domestik.
Malaysia berjaya mendapat pengecualian khusus bagi peruntukan dalam artikel ini di mana Malaysia diberikan fleksibiliti untuk terus mengenakan duti eksport dan ses ke atas barangan yang disenaraikan di dalam lampiran pengecualian (exception annex).
Subsidi Eksport Pertanian
Artikel ini menggariskan keperluan Negara TPP berkongsi matlamat untuk menghapuskan subsidi eksport bagi barangan pertanian, serta bekerjasama di WTO untuk menghapuskan dan tidak mengenakan semula subsidi tersebut dalam apa jua bentuk. Negara TPP tidak dibenarkan mengenakan eksport subsidi ke atas barangan pertanian yang akan dieksport ke Negara TPP yang lain.
Kredit Eksport, Jaminan Kredit Eksport atau Program Insurans
Artikel ini menggariskan keperluan Negara TPP untuk bekerjasama di peringkat WTO bagi membangunkan disiplin untuk mengawal pemberian kredit eksport, jaminan kredit eksport dan program insurans, termasuk mendisiplinkan ketelusan, pembiayaan sendiri dan terma pembayaran balik.
Perusahaan Perdagangan Milik Kerajaan berkaitan Eksport Pertanian
Artikel ini menggariskan keperluan Negara TPP untuk bekerjasama di peringkat WTO berkenaan Perusahaan Perdagangan Eksport Milik Kerajaan ke arah:
(a) penghapusan sekatan perdagangan berkaitan kelulusan untuk mengeksport barangan pertanian.
(b) penghapusan pembiayaan khas yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada Perusahaan Perdagangan Milik Kerajaan yang mengeksport sebahagian besar daripada jumlah eksport barang pertanian; dan
(c) ketelusan mengenai operasi Perusahaan Perdagangan Eksport Milik Kerajaan.
Sekatan Eksport – Jaminan Bekalan Makanan
Artikel ini membenarkan Negara TPP untuk mengenakan sekatan atau larangan eksport secara sementara mengikut garis panduan WTO bagi mengelakkan kekurangan bekalan makanan bagi keadaan yang dinyatakan dalam Artikel 12.1,
Perjanjian Pertanian WTO. Negara TPP yang mengenakan sekatan atau halangan eksport secara sementara ini perlu mengemukakan notifikasi ke Negara TPP yang lain berkenaan tarikh kuat kuasa sekatan atau halangan tersebut.
Perdagangan Berkenaan Produk Bioteknologi Moden
Artikel ini menggariskan keperluan Negara TPP untuk mempunyai sistem yang telus, bekerjasama dan bersedia bertukar maklumat berkaitan perdagangan produk bioteknologi moden. Artikel ini tidak boleh menghalang Negara TPP daripada melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka di bawah Perjanjian WTO atau mana- mana peruntukan di bawah Perjanjian TPP ini. Artikel ini tidak mensyaratkan Negara TPP mewujudkan atau mengubah undang-undang, peraturan atau dasar berkaitan kawalan produk bioteknologi moden.
Pengurusan Produk Kadar Tarif Kuota (TRQ)
Artikel ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan sistem pengurusan produk TRQ di kalangan Negara TPP agar selari dengan Artikel XXXX XXXX 0000, Xxxxxxxxxx Xxxxx Import WTO dan Artikel BB.13 (Lesen Import). Ahli TPP perlu memastikan bahawa prosedur dan pengurusan produk TRQ dimaklumkan kepada awam, adil, dan diuruskan dalam tempoh yang sewajarnya.
BAB 3 PERATURAN DAN PROSEDUR TEMPASAL
OBJEKTIF
Peruntukan-peruntukan dalam Bab Peraturan dan Prosedur Tempasal bertujuan untuk:
Menyediakan asas bagi pihak berkuasa Kastam melakukan pengesahan produk yang layak menerima layanan keutamaan tarif di bawah TPP, dengan status tempasal (originating).
Meningkatkan ketelusan, kebolehjangkaan dan konsistensi dalam penyediaan dan pengaplikasian peraturan tempasal di rantau TPP.
Menyediakan peraturan tempasal yang ringkas, mudah dan fleksibel bagi menggalakkan rantaian bekalan serantau serta memastikan manfaat perjanjian dinikmati oleh Negara Ahli TPP.
STRUKTUR BAB
Bab ini terbahagi kepada dua seksyen utama iaitu:
(i) Seksyen A: penerangan peraturan tempasal yang meliputi definisi, skop, penentuan produk tempasal, dan kaedah penentuan produk tempasal seperti kandungan nilai serantau.
(ii) Seksyen B: penjelasan mengenai prosedur tempasal meliputi tuntutan layanan keutamaan, asas untuk pensijilan tempasal, keperluan merekodkan dan verifikasi tempasal.
Peraturan tempasal di bawah Seksyen A adalah:
(i) penentuan dan pentakrifan produk sebagai produk tempasal melalui tiga cara iaitu:
- diperoleh sepenuhnya atau dihasilkan di satu atau lebih Negara TPP;
- dihasilkan sepenuhnya di satu atau lebih Negara TPP dengan bahan tempasal; dan
- dihasilkan sepenuhnya di satu atau lebih Negara TPP menggunakan bahan bukan tempasal tetapi memenuhi keperluan seperti disyaratkan di Lampiran 3D–Jadual Produk Spesifik Peraturan Tempasal (PSR).
Hanya produk yang mendapat status tempasal yang layak menerima layanan keistimewaan tarif di bawah Bab Akses Pasaran.
(ii) Peruntukan yang menyokong perkembangan sektor pembuatan semula (remanufacturing) di mana produk „remanufactured‟ boleh mendapat kelayakan tempasal jika memenuhi keperluan (i). Peruntukan ini menggalakkan lebih pengeluaran di dalam Negara dan Negara-negara TPP, yang secara langsung akan mengurangkan keperluan mengimport bahan dari luar rantau TPP.
(iii) Bagi penentuan produk spesifik peraturan tempasal (PSR) yang akan menggariskan jumlah bahan bukan asal digunakan di dalam pengeluaran, terdapat dua kaedah digunakan iaitu:
(a) Kaedah “tariff-shift” atau perubahan klasifikasi kod tarif
Bahan bukan tempasal yang digunakan dalam pengeluaran produk haruslah melalui perubahan tertentu di rantau TPP untuk layak mendapat status tempasal bagi Negara yang akan mengeksport produk siap tersebut. Bahan bukan tempasal itu haruslah di bawah klasifikasi kod kastam yang berlainan daripada produk siap.
Misalnya:
Peraturan tempasal: “Perubahan dari kepala 1902 hingga 1905 dari mana-mana bab.”
Produk: Roti, pastri, kek, biskut (HS 1905.90)
Bahan bukan Negara TPP: Tepung (klasifikasi HS bab 11), diimport dari China.
Penjelasan: Produk roti, pastri, kek dan biskut layak mendapat status tempasal walaupun menggunakan bahan tepung dari luar rantau TPP disebabkan tepung diklasifikasikan di luar Bab 19.
(b) Kaedah kandungan nilai serantau
Nilai kandungan serantau bermaksud peratusan bahan dan komponen serantau digunakan dalam pengeluaran produk yang akan menentukan status tempasal produk.
TPP memberikan 4 pilihan untuk mengira kandungan nilai serantau (RVC) produk, iaitu “build-down method‟, “build-up method”, “focused value” dan “net cost”.
- Build-down method: Kaedah ini merupakan nilai maksimum bahan dari luar rantau TPP untuk menjadi produk tempasal. Digunakan di dalam kebanyakan FTA yang disertai Malaysia.
- Build-up method: Kaedah ini merupakan nilai minimum kandungan di dalam rantau TPP. Biasanya terdapat di dalam FTA Negara-negara membangun seperti NAFTA, Korea-Amerika Syarikat.
- Focused value: Kaedah ini adalah seperti “build-down method” di mana bahan bukan tempasal akan ditolak daripada nilai keseluruhan produk. Ia membenarkan pengimport mengira hanya bahan bukan tempasal dari Bab atau sub kepala tertentu sahaja daripada jumlah nilai. TPP merupakan perjanjian pertama Malaysia menggunakan kaedah ini.
- Net cost: Kaedah ini diguna pakai untuk pengiraan nilai kandungan serantau bagi auto dan komponennya. “Net cost” mengambil kira jumlah kos keseluruhan dengan menolak kos promosi, kos jualan, kos pemasaran dan kos selepas jualan. Net cost – peratusan maksimum bahan dari rantau TPP.
(iv) “Accumulation”
Produk biasanya dikeluarkan di pelbagai peringkat dan dikilangkan oleh satu atau lebih Negara. Konsep “accumulation” membenarkan pengeluaran barangan pada pelbagai peringkat di rantau TPP dipuratakan. Pengeluar di rantau TPP boleh mengurangkan nilai bahan bukan tempasal di dalam pengeluaran barangan dengan mengambil kira bahan atau input yang digunakan daripada Negara-negara TPP. Dengan “accumulation”, pengeluar boleh menggunakan bahan mentah di rantau TPP kerana bahan mentah itu akan dianggap sebagai bahan tempasal. Sebagai contoh pengeluar Malaysia boleh menggunakan bahan tempasal yang diimport dari Viet Nam dan ia dianggap seperti bahan tempasal Malaysia di dalam menentukan samada produk itu telah memenuhi Peraturan Tempasal.
Konsep “accumulation” ini memberi kelebihan kepada perusahaan Malaysia untuk memasuki rantaian bekalan serantau.
(v) De minimis
Peraturan de minimis hanya membenarkan penggunaan bahan di luar rantau TPP sehingga 10 peratus daripada nilai produk.
(vi) Transit dan Transhipment
Peruntukan mengenai pengekalan status tempasal jika barangan tersebut dipunggah melalui Negara bukan TPP jika terma-terma berikut dipatuhi:
(a) Barangan tidak melalui proses lain selain pemunggahan, penyimpanan, pelabelan, pengasingan dari penghantaran yang besar; dan
(b) Barangan berada dalam kawalan pihak Kastam.
Seksyen B meliputi Prosedur Tempasal yang mewujudkan sistem bagi pengesahan produk yang memenuhi peraturan tempasal, dan seterusnya memudahkan perdagangan dan mengurangkan beban pentadbiran dan regulatori. Prosedur tempasal ini meliputi:
(i) Tuntutan bagi layanan keistimewaan
TPP memperuntukkan proses persijilan sendiri oleh pengeksport, pengeluar atau pengimport bagi menuntut layanan keistimewaan tarif. Fleksibiliti diberikan bagi lima Negara TPP iaitu Brunei Darussalam, Malaysia, Mexico, Peru dan Viet Nam bagi melaksanakan tuntutan oleh pengimport tidak lebih dari lima tahun dari tarikh kuat kuasa perjanjian TPP.
Ciri-ciri tuntutan:
(a) Kastam boleh memohon bukti daripada pengimport bagi membuktikan sijil tempasal itu merupakan atas transaksi yang sah.
(b) Sijil tempasal tidak mempunyai format khusus tetapi harus mengandungi maklumat yang dikehendaki seperti di Lampiran.
(c) Sijil tempasal boleh diguna pakai untuk satu atau lebih consignment
dalam tempoh 12 bulan.
(d) Sijil tempasal sah untuk satu tahun dari tarikh dikeluarkan atau tempoh lain yang dibenarkan di bawah undang-undang.
(e) Jika pengeksport bukan pengeluar barangan, sijil tempasal itu boleh dilengkapkan oleh pengeksport dengan asas pengeksport mempunyai maklumat bahawa produk itu merupakan produk tempasal, atau dengan sebab-sebab munasabah mempercayai bahawa maklumat pengeluar bahawa produk merupakan produk tempasal.
(f) Sijil tempasal boleh dilengkapkan oleh pengimport barangan jika pengimport mempunyai dokumentasi yang menyokong bahawa produk itu merupakan produk tempasal. Atau juga mempunyai dokumen daripada pengeluar dan pengeksport yang membuktikan produk itu merupakan produk tempasal.
(g) Sijil tempasal tidak akan ditolak jika mengandungi kesilapan yang tidak ketara.
(ii) Penyimpanan Rekod
Bab ini memperuntukkan keperluan penyimpanan rekod dokumentasi berkaitan dengan pengeluaran/pengeksportan/pengimportan termasuk sijil tempasal tidak kurang dari lima tahun daripada tarikh sijil tersebut dikeluarkan. Pengeluar, pengeksport dan pengimport boleh menyimpan rekod tersebut secara elektronik, optikal, magnetik atau bentuk bertulis tertakluk kepada undang- undang Negara TPP.
(iii) Verifikasi Tempasal
Bab ini juga menggariskan proses verifikasi untuk mengesahkan barangan yang diimport daripada mana-mana Negara TPP layak menerima layanan keistimewaan seperti tuntutan memohon maklumat secara bertulis dan memohon lawatan ke kilang pengeluar dan pengeksport.
BAB 4 TEKSTIL DAN PAKAIAN
PENGENALAN
Bab khusus untuk tekstil dan pakaian dimasukkan dalam Perjanjian TPP disebabkan keperluan penentuan peraturan tempasal yang khusus, seperti peraturan produk spesifik (PSR) berasaskan konsep “yarn-forward” dan juga penyenaraian benang dan kain yang tidak terdapat secara meluas di rantau TPP di dalam senarai “short-supply” (SSL).
Bagi Malaysia, Perjanjian TPP merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang mengandungi Bab Tekstil dan Pakaian. Perjanjian-perjanjian bebas yang disertai sebelum ini tidak mengandungi bab khusus untuk tekstil dan pakaian.
OBJEKTIF
Bab ini bertujuan mencapai matlamat-bermatlamat berikut bagi Negara-negara Ahli TPP:
(i) Menggariskan peraturan tempasal yang jelas khusus untuk tekstil dan pakaian yang memberi manfaat pada pengusaha dan mengurangkan beban pentadbiran.
(ii) Pengurangan dan penghapusan tarif pada eksport tekstil dan pakaian ke Negara-Negara TPP.
(iii) Meningkatkan kerjasama Kastam dan komitmen pemantauan bagi membendung pengelakan pembayaran duti, penyeludupan dan penipuan.
(iv) Meningkatkan daya saing pengeluar-pengeluar TPP di rantau Asia Pasifik.
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA
Peraturan Tempasal bagi Tekstil dan Pakaian
Peraturan tempasal bagi tekstil dan pakaian adalah bagi menentukan barangan itu layak mendapat status tempasal (originating status) yang akan membolehkan pengeluar mendapat layanan keistimewaan tarif daripada Negara Ahli. Peraturan- peraturan terlibat adalah seperti “de minimis”, peraturan khusus produk (product specific rules (PSR)), dan senarai bekalan produk yang kurang (short supply list (SSL)).
(a) De minimis
Peruntukan ini membenarkan penggunaan sejumlah kecil input (fiber, benang, butang, zip) dari luar rantau TPP dalam pengeluaran barangan tekstil dan pakaian yang tidak melalui pertukaran klasifikasi tarif seperti di Jadual PSR. Barangan akhir tekstil dan pakaian itu masih dianggap sebagai tempasal jika berat input tersebut tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan berat produk.
(b) Peraturan khusus produk (PSR)
Lampiran A, Jadual PSR menyatakan penentuan peraturan tempasal bagi setiap produk tekstil dan pakaian yang akan menentukan kelayakan mendapat status tempasal dan juga kelayakan mendapat keutamaan tarif. Peraturan produk spesifik (PSR) ini adalah berasaskan konsep “yarn-forward”, yang bermaksud produk tekstil dan pakaian layak mendapat status tempasal dan kelayakan keutamaan tarif jika proses pengeluaran bermula pada peringkat benang ke proses pembuatan kain ke proses membuat pakaian berlaku di rantau TPP.
(c) Senarai bekalan produk yang tidak mencukupi
Mekanisme senarai bekalan produk yang tidak mencukupi (SSL) memberi fleksibiliti pada negara-negara TPP mendapatkan sumber bekalan benang dan kain yang tidak terdapat secara meluas di rantau TPP. Senarai ini
mengandungi 194 produk yang diberi kelonggaran untuk mendapatkan input dari luar rantau TPP. Senarai ini terbahagi kepada senarai kekal dan senarai sementara. Terdapat 8 produk disenaraikan sebagai produk yang akan dikeluarkan daripada SSL selepas tempoh 5 tahun. Baki 186 lagi merupakan senarai kekal.
(d) Barangan Buatan Tangan dan Folklore
Bab ini memberi layanan keutamaan tarif bagi produk-produk buatan tangan dan folklore tertentu.
Perlindungan (Safeguard)
Bab ini memperuntukkan mekanisme perlindungan khusus bagi Negara ahli TPP sekiranya akibat pengurangan dan penghapusan duti tekstil dan pakaian menyebabkan kerugian teruk pada industri tempatan. Negara pengimport selepas melakukan siasatan boleh mengambil tindakan perlindungan sewajarnya seperti meningkatkan kadar duti tarif pada produk yang berkaitan. Negara Ahli mempunyai pilihan sama ada mengguna pakai peruntukan perlindungan di Bab Tekstil dan Pakaian atau di Bab Pemulihan Perdagangan.
Kerjasama Kastam
Peruntukan ini memberi penekanan pada kerjasama bagi tujuan penguatkuasaan langkah-langkah mengenai kesalahan kastam bagi produk tekstil dan pakaian di antara Negara TPP. Kerjasama ini haruslah selari dengan undang-undang dan peraturan masing-masing. Kerjasama berbentuk pertukaran maklumat dan tindakan-tindakan yang bersesuaian yang melibatkan pentadbiran, perundangan dan legislatif.
Pengesahan
Peruntukan ini membenarkan pihak pengimport memohon untuk membuat lawatan tapak bagi mengesahkan tuntutan tempasal dan keutamaan tarif produk. Perincian prosedur bagi pengesahan digariskan seperti tempoh permohonan, dan bilangan pengeksport dan pengeluar yang dilawati. Matlamat peruntukan ini adalah bagi
meningkatkan pematuhan di rantau TPP dan mengurangkan kegiatan yang melanggar peraturan kastam.
Pemantauan
Peruntukan ini menggariskan program bagi perkongsian maklumat dan kerjasama penguatkuasaan bagi menangani kesalahan kastam untuk produk tekstil dan pakaian. Perkongsian maklumat ini adalah bagi tujuan pengurusan risiko oleh Negara TPP. Tambahan kepada peruntukan ini, Ahli-ahli TPP juga mempunyai perjanjian dua hala yang hanya terpakai kepada Negara-negara yang terlibat. Amerika Syarikat mempunyai perjanjian dua hala pemantauan dengan Brunei, Malaysia dan Viet Nam (sebagai Negara yang belum mempunyai FTA dengan Amerika Syarikat) yang menggariskan dua perkara utama iaitu pembentukan mekanisme pemantauan bagi pemeriksaan pengesahan produk tempasal tekstil oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan pembentukan sistem pendaftaran bagi syarikat yang mengeluar dan mengeksport produk tekstil dan pakaian ke Amerika Syarikat. Pemantauan dua hala ini bertujuan meningkatkan pematuhan oleh pengeksport-pengeksport ke Amerika Syarikat dan mengurangkan kesalahan kastam, iaitu mengelakkan pihak pengeksport dari luar TPP menggunakan keistimewaan tempasal dan akses melalui penghapusan duti yang diberi ke Malaysia.
AKSES PASARAN TEKSTIL DAN PAKAIAN
TPP telah memberikan akses pasaran yang lebih baik kepada empat Negara yang tidak mempunyai FTA dua hala dengan Malaysia, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Peru dan Mexico seperti berikut:
Amerika Syarikat
- 72.9% barisan tarif tekstil yang mewakili 36.4% jumlah eksport ke Amerika Syarikat akan diberi penghapusan duti serta merta. Tanpa TPP, hanya 11% barisan tarif bersamaan 0.9% jumlah eksport menikmati bebas duti.
Kanada
- 90.9% barisan tekstil bersamaan 89.55% jumlah eksport ke Kanada akan menikmati penghapusan duti serta merta. Tanpa TPP, hanya 40% barisan tarif 12.46% jumlah eksport menikmati bebas duti.
Mexico
- 27.57% barisan tarif bersamaan 0.74% jumlah eksport ke Mexico akan menikmati penghapusan duti serta merta. Tanpa TPP, hanya 12.67% atau 0.02% jumlah eksport menikmati bebas duti.
Peru
- 13.25% barisan tarif bersamaan 2.53% jumlah eksport ke Peru akan menikmati penghapusan duti serta merta. Tanpa TPP, hanya 6.52% barisan tarif mewakili 0.02% jumlah eksport menikmati bebas duti.
BAB 5 PENTADBIRAN KASTAM DAN FASILITASI PERDAGANGAN
PROSIDUR KASTAM DAN FASILITASI PERDAGANGAN
Semua ahli TPP perlu memastikan aplikasi prosedur kastam adalah konsisten, boleh dijangka dan telus.
KERJASAMA KASTAM
1. Bagi tujuan perlaksanaan Perjanjian ini, setiap ahli TPP perlu;
(a) Menggalakkan kerjasama di antara ahli TPP berhubung dengan isu-isu penting berkaitan kastam yang melibatkan perdagangan barangan antara mereka; dan
(b) Berusaha mengemukakan maklumat awal kepada setiap pihak, berhubung dengan sebarang perubahan pentadbiran yang ketara, pengubahsuaian atau pindaan undang-undang atau peraturan, atau yang berkaitan kawalan pengimportan atau pengeksportan yang boleh menjejaskan perlaksanaan Perjanjian ini.
2. Setiap ahli TPP, bagi tujuan pematuhan dan selaras dengan perundangannya, hendaklah bekerjasama melalui perkongsian maklumat atau lain-lain aktiviti yang berkaitan berhubung dengan:-
a. perlaksanaan aktiviti pengimportan dan pengeksportan;
b. perlaksanaan Customs Valuation Agreement ;
c. sekatan atau larangan berkaitan pengimportan atau pengeksportan;
d. siasatan atau pencegahan ke atas kesalahan-kesalahan kastam termasuk pelarian cukai dan penyeludupan; dan
e. lain-lain keputusan mengenai Kastam yang dipersetujui bersama.
3. Sekiranya ahli TPP mempunyai syak yang munasabah berkaitan dengan aktiviti tidak sah berhubung dengan pengimportan barangan, ahli TPP tersebut boleh memohon kepada ahli TPP terlibat untuk mengemukakan maklumat tertentu berkaitan dengan pengimportan barangan tersebut.
4. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis, dengan memperincikan tujuan maklumat tersebut dan mengenal pasti maklumat yang diperlukan agar ahli TPP berkenaan dapat menyediakan maklum balas.
5. Ahli TPP berkenaan hendaklah menyediakan maklum balas ke atas permohonan tersebut tertakluk kepada undang-undang dan perjanjian antarabangsa berkaitan.
6. Syak yang munasabah berkaitan aktiviti tidak sah di para 3 di atas bermaksud syak berasaskan maklumat yang diperoleh dari pihak awam atau pihak swasta yang mengandungi antara lain bukti-bukti lampau (historical evidence) ketidakpatuhan undang-undang oleh pihak pengimport, pengeksport, pengilang, pengeluar atau orang lain ke atas pengimportan barangan, pergerakan barangan atau pergerakan barangan tertentu dari negara ahli TPP ke negara ahli TPP berkenaan.
7. Setiap ahli TPP hendaklah menyediakan kepada ahli TPP berkenaan maklumat yang boleh mengesahkan sama ada pengimportan atau pengeksportan adalah mengikut undang-undang atau peraturan ahli TPP berkenaan.
8. Ahli TPP yang menerima permohonan perlu memberi bantuan dan nasihat kepada ahli TPP berkenaan bagi memudahkan perdagangan antara mereka.
9. Saluran komunikasi antara ahli TPP perlu diadakan termasuklah mewujudkan
contact points bagi memudahkan pertukaran maklumat.
KETETAPAN KASTAM
1. Sebelum pengimportan barangan, setiap ahli TPP hendaklah mengeluarkan ketetapan kastam berikutan permohonan daripada pihak pengimport, pengeksport ataupun pengeluar berkaitan dengan klasifikasi tarif barangan, prinsip yang perlu diguna pakai bagi maksud penentuan nilai sesuatu barangan atau tempasal barangan.
2. Ahli TPP hendaklah mengeluarkan ketetapan kastam tidak lewat daripada 150 hari selepas menerima permohonan, dengan syarat semua maklumat yang diterima adalah lengkap, termasuk sampel jika diminta oleh Kastam. Pihak Kastam boleh menolak untuk mengeluarkan ketetapan jika fakta ketetapan merupakan subjek semakan semula pentadbiran atau kehakiman.
3. Ketetapan Kastam yang telah dikeluarkan boleh diubahsuai ataupun dibatalkan sekiranya terdapat perubahan ke atas undang-undang, fakta ataupun keadaan di mana suatu ketetapan telah dibuat, jika ketetapan tersebut dibuat berdasarkan kepada maklumat yang silap atau tidak tepat.
4. Pihak yang dikeluarkan ketetapan masih boleh membuat semakan semula sama ada secara pentadbiran atau semakan kehakiman atas ketetapan tersebut.
5. Tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan undang-undang ahli TPP, ketetapan yang dibuat hendaklah disiar kepada pihak umum termasuk di laman sesawang
MAKLUM BALAS KE ATAS NASIHAT ATAU MAKLUMAT
Sekiranya terdapat permintaan dari pihak pengimport, pengeksport ataupun pengeluar, ahli TPP berkenaan hendaklah memberi maklum balas atau nasihat yang dipohon berkaitan dengan fakta-fakta berkaitan seperti kriteria untuk kelayakan kuota tarif, pulang-balik atau penandaan negara tempasal, sekiranya ia adalah pra-syarat untuk pengimportan.
SEMAKAN SEMULA DAN RAYUAN
Bagi mana-mana orang yang telah dikeluarkan ketetapan, orang-orang tersebut diberi peluang untuk semakan semula oleh pihak yang berkecuali dan juga semakan kehakiman ke atas ketetapan tersebut. Pihak yang membuat semakan semula hendaklah memaklumkan secara bertulis mengenai alasan-alasan ke atas keputusan yang dibuat.
AUTOMASI
Ahli TPP hendaklah mengguna pakai piawaian antarabangsa di dalam prosedur berkaitan pelepasan barangan, menggunakan sistem elektronik yang boleh diakses kepada pengguna, menggunakan sistem bagi tujuan analisis risiko, melaksanakan piawaian berkaitan data import dan eksport di samping mengambil kira kaedah, model serta amalan yang disyorkan mengikut World Customs Organization (WCO) atau APEC.
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES
1. Ahli TPP perlu mengamalkan prosedur kastam yang efisien untuk perkhidmatan penghantaran ekspres tanpa menjejaskan kawalan kastam. Prosedur berkenaan termasuk penyediaan maklumat yang diperlukan bagi pelepasan barangan perkhidmatan ekspres sebelum dagangan tiba, membenarkan penghantaran maklumat secara bersekali bagi semua barangan dalam perkhidmatan penghantaran ekspres, memberi pelepasan barangan tertentu dengan dokumentasi yang minima, pelepasan barangan perkhidmatan penghantaran ekspres dalam masa enam (6) jam selepas penghantaran dokumen kastam dengan syarat dagangan telah tiba.
2. Dalam keadaan biasa, duti kastam tidak akan dikenakan ke atas barangan perkhidmatan penghantaran ekspres yang dinilai pada atau di bawah amaun yang telah ditetapkan di bawah undang-undang ahli TPP.
PENALTI
1. Setiap ahli TPP hendaklah mengambil langkah-langkah yang membenarkan pengenaan penalti oleh pentadbiran kastam ahli TPP ke atas pelanggaran undang- undang kastam, peraturan ataupun prosedur termasuklah berkaitan dengan klasifikasi tarif, penilaian kastam, negara tempasal ataupun tuntutan tarif keutamaan di bawah Perjanjian ini.
2. Setiap ahli TPP hendaklah memastikan bahawa penalti hanya dikenakan kepada orang yang bertanggungjawab ke atas perlanggaran undang-undang tersebut
PENGURUSAN RISIKO
Setiap ahli TPP hendaklah mengamalkan sistem pengurusan risiko bagi membolehkan pihak Kastam memberi tumpuan aktiviti pemeriksaan ke atas barangan yang berisiko tinggi dan memudahkan pelepasan bagai barangan berisiko rendah.
PELEPASAN DAGANGAN
Ahli TPP hendaklah menetap dan mengekalkan prosedur kastam yang mudah untuk pelepasan barangan bagi tujuan fasilitasi perdagangan.
Prosedur tersebut termasuklah pelepasan barangan dalam tempoh masa tidak lebih dari yang ditetapkan, membenarkan penghantaran maklumat secara elektronik lebih awal sebelum ketibaan barangan bagi kemudahan pelepasan dan membenarkan barangan dilepaskan semasa ketibaan tanpa pemindahan ke gudang.
PENERBITAN
1. Ahli TPP hendaklah menerbitkan maklumat berkaitan undang-undang, peraturan dan prosedur kastam untuk pengetahuan umum termasuklah di dalam laman sesawang dan seboleh-bolehnya di dalam Bahasa Inggeris.
2. Setiap ahli TPP juga perlu menetapkan atau mengekalkan satu atau lebih focal point bagi menjawab pertanyaan berhubung dengan perkara berkaitan kastam.
3. Setiap Pihak akan berusaha untuk menyiarkan terlebih dahulu sebarang cadangan pindaan ke atas perkara berhubung dengan prosedur dan perundangan kastam dan membenarkan orang yang berkepentingan untuk memberi pandangan sebelum pindaan tersebut dilaksanakan.
KERAHSIAAN
1. Sekiranya ahli TPP telah memberi maklumat kepada ahli TPP lain, maklumat tersebut hendaklah dirahsiakan dan digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan sahaja. Maklumat tersebut tidak boleh didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran daripada ahli TPP yang memberi maklumat tersebut.
2. Ahli TPP berhak untuk tidak memberi apa-apa maklumat sekiranya pihak yang menerima gagal bertindak selaras dengan kehendak Para 1 di atas.
3. Setiap ahli TPP hendaklah mempunyai prosedur bagi tujuan melindungi maklumat sulit yang diterima daripada didedahkan selaras dengan peruntukan undang- undangnya termasuklah pendedahan maklumat yang boleh memprejudis kedudukan daya saing orang yang memberi maklumat tersebut.
BAB 6 REMEDI PERDAGANGAN
Bab ini memperuntukkan remedi perdagangan bagi perdagangan barangan. Remedi perdagangan dibenarkan diambil oleh industri tempatan menerusi langkah pelindung (safeguard measures) dan tindakan anti-lambakan (anti-dumping actions) serta tindakan timbal balas (countervailing actions) sekiranya import menyebabkan kemudaratan kepada industri tempatan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah remedi perdagangan ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui dalam bab ini.
Bab ini mengandungi 2 seksyen iaitu seksyen A adalah bagi langkah pelindung dan seksyen B pula adalah mengenai anti-lambakan dan timbal balas. Seksyen A mengandungi 7 artikel dan seksyen B mengandungi 1 artikel. Bab ini juga mengandungi lampiran mengenai amalan terbaik aplikasi tindakan anti-lambakan dan timbal balas yang diambil oleh suatu Pihak apabila Perjanjian ini mula berkuat kuasa.
SEKSYEN A
Seksyen A adalah mengenai langkah pelindung yang boleh dikenakan oleh suatu Pihak di bawah Perjanjian ini. Pihak-pihak dibenarkan mengambil tindakan pelindung global (Langkah Pelindung Global) atau langkah pelindung semasa tempoh peralihan (Langkah Pelindung Peralihan).
Bagi Langkah Pelindung Global, Pihak-pihak dalam perjanjian ini telah bersetuju bahawa hak-hak dan obligasi pihak-pihak di bawah Perjanjian-perjanjian remedi perdagangan di bawah WTO dikekalkan.
Manakala bagi Langkah Pelindung Peralihan pula ia boleh dikenakan oleh suatu Pihak semasa tempoh peralihan sekiranya hasil daripada pengurangan atau penghapusan duti kastam di bawah Perjanjian ini, barangan yang berasal daripada Pihak lain atau
Pihak-Pihak lain yang diimport ke dalam wilayah sesuatu Pihak semasa tempoh perlindungan peralihan bagi barangan itu dengan kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri, dan dalam keadaan itu menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius terhadap industri tempatan yang mengeluarkan barangan serupa atau barangan yang bersaing secara langsung.
Tindakan remedi yang boleh diambil adalah seperti berikut:
(i) Menangguhkan pengurangan seterusnya kadar duti kastam ke atas barangan berkenaan seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian ini; atau
(ii) Meningkatkan paras duti kastam kepada kadar tidak melebihi:
- Kadar duti Layan Negara Teristimewa (MFN) yang diguna pakai pada tarikh tindakan langkah pelindung ini diambil; atau
- Kadar duti MFN pada tarikh Perjanjian ini berkuat kuasa.
Pengenaan Langkah Pelindung Peralihan adalah bagi tempoh permulaannya tidak melebihi 2 tahun dan boleh dilanjutkan selama 1 tahun lagi. Walau bagaimanapun, Langkah Pelindung Peralihan ini hendaklah ditamatkan pada tamat tempoh Peralihan. Seterusnya, Pihak-pihak juga tidak dibenarkan untuk mengenakan Langkah Pelindung Peralihan lebih dari sekali bagi setiap produk.
SEKSYEN B
Di bawah seksyen B iaitu bagi tindakan anti-lambakan dan timbal balas, Pihak-pihak dalam perjanjian ini telah bersetuju bahawa hak-hak dan obligasi pihak-pihak di bawah Perjanjian-perjanjian remedi perdagangan di bawah WTO dikekalkan.
Seterusnya, lampiran di bawah Bab ini menyatakan mengenai amalan terbaik yang boleh diikuti oleh pihak-pihak bagi prosedur penyiasatan anti-lambakan dan timbal
balas. Walau bagaimanapun, perkara-perkara di bawah lampiran ini tidak mengikat pihak-pihak di bawah Perjanjian ini. Amalan terbaik yang dinyatakan di bawah lampiran ini adalah lebih kepada elemen ketelusan pihak-pihak yang ingin mengambil langkah anti-lambakan dan timbal balas terhadap pihak yang lain.
BAB 7 SANITARI DAN FITOSANITARI
Bab ini adalah berkaitan disiplin ke Negara TPP dalam melaksanakan peraturan dan syarat pengawalan Sanitari dan Fitosanitari (SPS - pelindungan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan).
OBJEKTIF
Objektif bab ini adalah supaya Negara-Negara TPP melindungi kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan di negara masing-masing dan pada masa yang sama membantu melancarkan perdagangan dan menghapuskan halangan tanpa justifikasi kepada perdagangan, menggalakkan kerjasama, meningkatkan ketelusan dan perkongsian maklumat, serta menggalakkan pemakaian standard antarabangsa.
STRUKTUR DAN OBLIGASI
Bab ini terbahagi kepada 18 Artikel dan antara obligasi utama dalam artikel-artikel tersebut adalah seperti berikut:
i) Negara TPP dibenarkan untuk memperkenalkan atau mengekalkan keperluan syarat-syarat halal untuk pengimportan produk makanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Undang-undang Islam.
ii) Negara TPP akan mewujudkan Jawatankuasa SPS yang dianggotai oleh wakil Kerajaan setiap Negara TPP. Jawatankuasa ini akan membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan, kerjasama, dan pertukaran maklumat berkaitan SPS.
iii) Negara TPP bersetuju agar penentuan kawasan yang mempunyai penyakit dan serangga perosak akan diadakan secara setempat bagi membolehkan produk yang dihasilkan di kawasan yang bebas penyakit dan serangga perosak boleh terus diperdagangkan seperti biasa tanpa halangan SPS. Penentuan ini perlu dilaksanakan dengan segera, telus dan teratur.
iv) Negara TPP mengakui bahawa syarat SPS yang diamalkan di sesebuah Negara TPP adalah setaraf dengan Negara TPP yang lain sekiranya ia berdasarkan standard antarabangsa dan boleh memberikan tahap perlindungan yang sama ke atas kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan. Proses ini perlulah dilaksanakan dengan segera, telus dan teratur.
v) Syarat SPS serta analisis sains dan risiko yang dilaksanakan oleh Negara TPP mestilah berdasarkan prinsip saintifik, mematuhi standard antarabangsa, tidak mendiskriminasikan, direkodkan dengan baik, memberi peluang untuk komen daripada pihak berkepentingan, dan tidak menghalang perdagangan. Analisis sains dan risiko ini perlulah dijalankan dengan segera, telus dan teratur.
vi) Negara TPP berhak untuk mengaudit pihak berkuasa dan sistem pemeriksaan di Negara Pengeksport bagi memastikan kemampuan mereka mematuhi syarat SPS yang ditetapkan. Audit ini perlulah berdasarkan standard antarabangsa, berdasarkan dokumen (tanpa memerlukan pemeriksaan fizikal) dan kos berkaitan audit mestilah ditanggung oleh pihak yang mengaudit. Perbincangan terperinci perlu dibuat antara pihak terlibat sebelum audit dimulakan, dan pihak yang diaudit perlu diberi peluang untuk memberi komen ke atas hasil audit sebelum keputusan audit itu dibuat.
vii) Negara TPP perlu memastikan pemeriksaan import yang dibuat di pintu masuk atau sempadan negara dilaksanakan dengan segera dan berdasarkan maklumat risiko yang bersesuaian. Negara yang menjalankan pemeriksaan import juga perlulah memberi maklumat yang jelas mengenai kaedah yang
digunakan untuk menganalisis sesuatu barangan, menggunakan fasiliti yang konsisten dengan standard makmal antarabangsa, dan menyimpan secara teratur rekod berkaitan ujian, pengangkutan dan penyimpanan sampel yang digunakan. Sekiranya sesuatu barangan itu disekat kemasukannya kerana gagal dalam pemeriksaan import, notifikasi perlu diberikan kepada pihak berkepentingan. Dalam situasi ini, pihak berkepentingan tersebut perlulah diberi peluang untuk memberikan maklumat sokongan supaya sekatan tersebut dipertimbangkan semula.
viii) Keperluan persijilan dalam perdagangan barangan boleh diminumkan dan melibatkan maklumat yang perlu sahaja, dengan mengambil kira amalan dan standard antarabangsa. Penggunaan sijil elektronik adalah digalakkan bagi membantu perdagangan.
ix) Perkongsian maklumat mengenai Syarat SPS adalah penting, dengan memberi notifikasi kepada negara TPP lain dan membolehkan mereka memberi pandangan ke atas sebarang cadangan Syarat SPS baru yang ingin diperkenalkan. Notifikasi ini perlulah dikemukakan 60 hari sebelum syarat tersebut dilaksanakan dan dihebahkan secara elektronik. Perbincangan perlu diadakan bersama Negara TPP lain yang terjejas secara langsung dengan syarat SPS baru tersebut. Perkongsian maklumat juga perlu melibatkan risiko dan status kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan dalam kawasannya yang berkaitan dengan perdagangan.
x) Sekiranya Negara TPP mengambil langkah kecemasan dan mengenakan sekatan bagi melindungi kesihatan, manusia, haiwan dan tumbuhan, ia perlulah dimaklumkan kepada semua negara TPP lain. Langkah ini perlulah disemak semula dalam tempoh enam bulan selepas dilaksanakan dan dimaklumkan statusnya kepada negara TPP lain.
xi) Negara TPP perlu bekerjasama dan berkongsi maklumat berkaitan isu bersama dalam SPS, termasuk inisiatif bagi memudahkan perdagangan dan berkongsi bantuan teknikal.
xii) Sesebuah negara TPP boleh memohon maklumat daripada negara TPP yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan Bab ini. Negara TPP yang menerima permohonan tersebut perlu berusaha untuk memberikan maklumat yang ada kepada negara tersebut secara elektronik seberapa segera.
xiii) Negara TPP bersetuju mewujudkan Kerjasama Konsultasi Teknikal (KKT) iaitu platform perbincangan di peringkat kumpulan teknikal SPS negara-negara TPP untuk membincang dan menyelesaikan isu SPS. KKT adalah proses wajib di mana negara TPP perlu berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut di secara dua hala atau melalui KKT sebelum mengangkatnya ke platform Penyelesaian Pertikaian. Sekiranya sebuah negara TPP menerima permohonan untuk membincangkan isu melalui KKT, ia perlulah menjawab dalam tempoh 7 hari, berbincang dalam tempoh 30 hari dengan matlamat untuk menyelesaikan isu tersebut dalam tempoh 180 hari daripada tarikh permohonan tersebut dibuat.
xiv) Sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan melalui KKT boleh dibawa ke Penyelesaian Pertikaian, tertakluk kepada tempoh transisi 1 tahun bagi Artikel 8 (Kesetarafan), Artikel 10 (Audit) dan Artikel 11 (Pemeriksaan Import), dan 2 tahun bagi Artikel 9 (Analisis Sains dan Risiko) daripada tarikh berkuat kuasanya Perjanjian TPPA.
BAB 8 HALANGAN TEKNIKAL KEPADA PERDAGANGAN
OBJEKTIF
Peruntukan-peruntukan dalam Bab ini bertujuan untuk:
i) memudah cara perdagangan dengan menghapuskan halangan yang tidak perlu bagi isu-isu berkaitan peraturan teknikal, standard dan prosedur pematuhan penilaian;
ii) meningkatkan ketelusan (transparency) dalam pembangunan dan pelaksanaan peraturan teknikal dan aktiviti penilaian pematuhan;
iii) meningkatkan kerjasama di dalam bidang penguatkuasaan; dan
iv) meningkatkan pelaksanaan Good Regulatory Practice di kalangan negara anggota.
Bab TBT ini turut merangkumi lampiran yang berkaitan dengan peraturan bagi sektor spesifik/tertentu untuk menyeragamkan proses kawal selia produk tersebut. Sektor- sektor tersebut termasuk bagi produk kosmetik, peralatan perubatan, farmaseutikal, teknologi komunikasi maklumat, produk minuman beralkohol (wine), hak eksklusif bagi formula produk makanan dan bahan tambahan makanan serta produk pertanian organik.
STRUKTUR BAB
Pemakaian Peraturan-peraturan Tertentu Perjanjian WTO TBT
Peraturan-peraturan tertentu yang telah dipersetujui negara anggota di dalam Perjanjian WTO TBT turut terpakai bagi Bab ini.
Pemakaian Standard dan Peraturan Antarabangsa
Peruntukan ini merujuk kepada peraturan bagi pemakaian Standard dan Peraturan Antarabangsa yang seragam oleh negara anggota bagi memastikan tiada Standard
atau Peraturan Antarabangsa yang diguna pakai yang boleh menyebabkan sesuatu produk sukar atau tidak dapat diimport dan dieksport ke pasaran TPP.
Prosedur Penilaian Pematuhan
Peruntukan ini merujuk kepada peraturan bagi langkah-langkah yang diambil atau prosedur yang digunakan di dalam memastikan sesuatu produk yang akan dipasarkan memenuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan. Peraturan yang ditetapkan oleh pihak penguat kuasa negara anggota bagi aktiviti ini tidak seharusnya menyebabkan peningkatan kos sesuatu produk yang ingin dipasarkan dengan menambah keperluan yang tidak perlu seperti mengulang uji produk yang ingin dipasarkan.
Peruntukan ini memberi hak sama rata kepada mana-mana badan penilaian pematuhan tidak kira di mana badan tersebut beroperasi. Jika negara anggota menetapkan hanya badan-badan tertentu sahaja yang boleh menjalankan aktiviti penilaian pematuhan yang disebabkan oleh beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti maklumat mengenai keperluan-keperluan tertentu atau bagi melindungi kepentingan tertentu sesebuah negara anggota, bab-bab di bawah Perjanjian TBT adalah terpakai.
Transparency (Ketelusan) dalam Pembangunan Peraturan Teknikal
Peruntukan ini merujuk kepada peraturan bagi penggubalan dan pelaksanaan peraturan baharu bagi meningkatkan ketelusan sesuatu peraturan baharu yang akan digubal. Peruntukan ini membuka peluang kepada pihak yang berkepentingan untuk terlibat dalam pembangunan peraturan teknikal, standard atau prosedur penilaian pematuhan. Pelbagai media bagi memudah cara penyampaian dokumen-dokumen tersebut secara telus perlu dipertimbangkan.
Tempoh Pematuhan bagi Peraturan Teknikal dan Prosedur Penilaian Pematuhan Peruntukan ini merujuk pada tempoh masa munasabah yang perlu ditetapkan oleh sesebuah negara sekiranya negara tersebut mengeluarkan sebarang peraturan mahupun prosedur baharu yang perlu dipatuhi bagi sesuatu produk. Ini bagi memastikan setiap negara mempunyai tempoh masa yang mencukupi serta bagi
memastikan produk yang ingin dipasarkan dapat dipasarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Tempoh minima adalah tidak kurang 6 bulan.
Meningkatkan Kerjasama dan Fasilitasi Perdagangan
Peruntukan ini merujuk kepada kerjasama teknikal yang perlu ditingkatkan di antara negara anggota di dalam bidang penguatkuasaan, standard dan penilaian pematuhan bagi membangunkan kapasiti negara di dalam bidang-bidang tersebut dalam memastikan penembusan produk yang lebih mudah ke pasaran
Di antaranya dengan meningkatkan penerimaan dan pengiktirafan Mutual Recognition Arrangement (MRA) di kalangan badan-badan penguatkuasa negara-negara anggota dan meningkatkan usaha di dalam menggalakkan pelaksanaan Good Regulatory Practice (Amalan Penguatkuasaan Baik) di kalangan badan penguat kuasa.
Meningkatkan Perkongsian dan Pertukaran Maklumat
Peruntukan ini merujuk kepada kerjasama yang perlu ditingkatkan di antara negara anggota di dalam perkongsian atau pertukaran maklumat dan perbincangan berkaitan yang perlu dibuat bagi apa-apa atau mana-mana peraturan baharu yang ditetapkan yang dirasakan boleh menjadi halangan/masalah bagi sesuatu produk dipasarkan.
Penubuhan Jawatankuasa TBT
Peruntukan ini merujuk kepada keperluan setiap negara menganggotai Jawatankuasa TBT yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama di dalam bidang penguatkuasaan, standard dan penilaian pematuhan. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan kumpulan kerja bagi menjalankan fungsi-fungsi khusus di bawah jawatankuasa ini. Seorang pemantau juga perlu dilantik bagi memudahkan komunikasi di kalangan negara anggota. Jawatankuasa ini akan bersidang dalam tempoh setahun selepas perjanjian ini dimeterai seterusnya pada sela masa yang dipersetujui di kalangan negara anggota. Sebarang keputusan perlulah dicapai secara konsensus.
Pada masa yang sama, jawatankuasa ini perlu mempertimbangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah forum-forum lain, bagi memastikan tiada sebarang duplikasi/pertindihan dalam menjalankan aktiviti tersebut.
BAB 9 PELABURAN
PENGENALAN
Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting bagi tujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara yang seterusnya boleh mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Ia juga merupakan antara faktor penyumbang utama yang berupaya untuk membawa negara mencapai status negara maju. Dalam suasana ekonomi global yang dinamik, persaingan untuk menarik FDI menjadi semakin sengit. Maka, adalah penting untuk Kerajaan memberi isyarat positif kepada para pelabur asing bahawa mereka akan menerima layanan yang sewajarnya selaras dengan undang-undang dan dasar semasa negara serta obligasi negara di bawah undang-undang antarabangsa yang terpakai.
Tumpuan Malaysia adalah untuk menarik pelaburan yang berintensifkan modal serta berteknologi tinggi. Pelaburan yang sedemikian dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Di samping itu, terdapat ramai syarikat Malaysia yang kini telah mengembangkan perniagaan ke pasaran luar dan seterusnya membuat pelaburan di negara asing. Dalam hal ini, adalah menjadi hasrat pelabur-pelabur daripada Malaysia ini supaya negara di mana pelaburan itu dibuat mempunyai suatu kerangka undang-undang dan dasar yang telus dan saksama (fair) selaras dengan komitmen yang termaktub di bawah undang-undang antarabangsa yang terpakai.
Bab Pelaburan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bukanlah suatu perkara yang baru bagi Malaysia. Malaysia juga telah menandatangani FTA yang turut meliputi Bab Pelaburan. Berdasarkan prinsip reciprocal treatment untuk melindungi pelabur asing dan pelaburan, FTA memberikan perlindungan kepada pelabur-pelabur asing di Malaysia dan juga pelabur-pelabur daripada Malaysia yang membuat pelaburan di luar negara. Sehingga kini, Malaysia telah menandatangani 74 Investment Guarantee
Agreements (IGAs) dan 8 FTA yang mengandungi Bab Pelaburan serta mekanisme penyelesaian pertikaian antara pelabur asing dengan kerajaan (ISDS).
STRUKTUR BAB PELABURAN DI BAWAH PERJANJIAN TPP
Terbahagi kepada dua seksyen:
i. Seksyen A: Meliputi skop, definisi dan obligasi kerajaan berhubung kemasukan pelaburan asing di Malaysia; dan
ii. Seksyen B: Menggariskan prosedur ISDS yang perlu dipatuhi oleh pelabur asing yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang dalam sesuatu pertikaian akibat pelanggaran perjanjian berhubung:
a. obligasi di bawah Seksyen A;
b. investment authorisation bagi negara yang mempunyai proses screening
di bawah akta khas; dan
c. kontrak pelaburan (“investment agreement”) yang ditandatangani di peringkat Kerajaan Persekutuan yang melibatkan i) sumber-sumber semula jadi (kecuali tanah, air dan spektrum radio); ii) konsesi penyediaan perkhidmatan untuk kegunaan awam (penjanaan serta pengagihan tenaga dan air serta telekomunikasi); dan iii) projek-projek infrastruktur.
Obligasi Kerajaan di bawah Seksyen A termasuk:
i. memberi layanan tanpa diskriminasi kepada semua pelabur asing, sama ada sesama pelabur asing atau pelabur asing dengan pelabur tempatan. Walau bagaimanapun, diskriminasi adalah dibenarkan di mana ia disenaraikan dalam satu senarai yang akan turut menjadi sebahagian daripada Bab Pelaburan. Contoh pengecualian ini termasuklah kebenaran untuk mengenakan syarat
ekuiti asing dalam sektor-sektor sensitif seperti yang melibatkan agenda bumiputera, perolehan kerajaan dan sebagainya.
ii. memberi layanan minimum yang standard (minimum standard of treatment) kepada pelabur asing - selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai iaitu customary international law:
layanan yang saksama dan adil, atau dikenali sebagai fair and equitable treatment (FET) yang memerlukan tahap layanan yang minimum dalam proses perundangan seperti due process of law; dan
tahap keselamatan dan perlindungan fizikal terhadap pelaburan yang mencukupi, atau dikenali sebagai full protection and security.
iii. Menetapkan kaedah pembayaran pampasan apabila berlaku rampasan (expropriation) di mana antara lain pembayaran hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera dengan nilai yang memadai (prompt, adequate, and effective compensation). Rampasan juga hendaklah dibuat berdasarkan tujuan awam (public purpose), tanpa diskriminasi dan selaras dengan due process of law.
iv. Syarat-syarat khusus tidak boleh dikenakan terhadap pelabur asing berhubung dengan pelaburan mereka seperti mengenakan syarat eksport dan pemindahan teknologi. Namun, syarat sedemikian boleh dikenakan sekiranya kerajaan memberikan insentif atau bagi tujuan perolehan kerajaan.
v. Membenarkan pemindahan ke luar negara semua dana, keuntungan, fi pengurusan atau sebarang hasil yang diperolehi daripada pelaburan. Namun, Malaysia masih mempunyai ruang dasar yang mencukupi untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan pergerakan aliran modal, terutamanya aliran modal yang tidak menentu, tidak akan menjejaskan kestabilan makroekonomi dan kewangan negara.
vi. Kerajaan juga mempunyai hak untuk mengambil langkah-langkah kawal selia yang bertujuan untuk memelihara kebajikan awam seperti kesihatan awam, alam sekitar dan bagi tujuan menjaga kepentingan keselamatan.
Seksyen B pula menggariskan skop pertikaian serta prosedur untuk penyelesaian pertikaian antara pelabur asing dengan kerajaan menerusi mekanisme ISDS:
a. Pelabur asing hendaklah berusaha untuk menyelesaikan pertikaian melalui proses konsultasi (consultation) atau rundingan (negotiation) terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh sesuatu pertikaian itu timbul, sebelum sesuatu pertikaian itu dirujuk dan dibawa di hadapan tribunal timbang tara antarabangsa;
b. Sekiranya pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan menerusi rundingan atau perantaraan, pelabur asing boleh selepas itu mengemukakan pertikaian untuk timbang tara di bawah salah satu daripada forum timbang tara yang dinyatakan di bawah:
i. Konvensyen mengenai Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID) dan Peraturan ICSID berkaitan Prosedur untuk Prosiding Timbang Tara;
ii. ICSID Additional Facility Rules;
iii. UNCITRAL Arbitration Rules; atau
iv. Institusi timbang tara selainnya atau di bawah peraturan timbang tara selainnya.
c. Tibunal timbang tara hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli panel penimbang tara (arbitrators). Setiap pihak yang bertikai akan melantik penimbang tara pilihan masing-masing, manakala penimbang tara yang ketiga perlu dilantik secara persetujuan bersama oleh pihak-pihak yang bertikai.
Perlindungan (safeguards) kepada kerajaan dalam menghadapi sesuatu isu penyelesaian pertikaian dengan pelabur asing:
a. Pelabur asing perlu membuktikan terdapat kerugian akibat tindakan kerajaan yang dirasakan telah melanggar obligasi yang digariskan di bawah Seksyen A;
b. Pihak pelabur asing dikehendaki membayar fi peguam kerajaan sekiranya tuntutan yang dikemukakan di dapati tidak berasas (frivolous claims);
c. Mewajibkan proses konsultasi (consultation) dan rundingan (negotiation) sebelum sesuatu tuntutan itu dibawa ke tribunal timbang tara antarabangsa; dan
d. Menetapkan suatu tempoh tamat (cut-off), di mana pelabur asing tidak boleh membuat tuntutan sekiranya telah melepasi tempoh tiga tahun enam bulan sejak pelabur asing menyedari terdapatnya pelanggaran obligasi oleh kerajaan.
BAB 10 PERKHIDMATAN
PENGENALAN
Bab perkhidmatan memperincikan kaedah yang digunakan oleh setiap negara TPP dalam mengurus dan mengawal selia rejim sektor perkhidmatan negara masing-masing menerusi komitmen yang telah dipersetujui oleh semua Negara anggota TPP. Semua peruntukkan dalam Bab ini bertujuan untuk memberi kepastian kepada pelabur, pembekal perkhidmatan dan pengguna perkhidmatan dengan mewujudkan satu persekitaran perdagangan yang terancang dan tulus bagi sektor perkhidmatan. Semua peruntukkan kaedah ini dalam perjanjian ini bukanlah perkara baru malah merupakan peruntukkan yang telah ditetapkan dalam dokumen GATS yang diasakan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organisation - WTO) di mana Malaysia telah menjadi negara anggota sejak tahun 1995.
Bab ini juga menggariskan pengecualian tertentu bagi sebarang perkhidmatan sosial dan kebajikan yang dibekalkan oleh Kerajaan kepada rakyat di mana perkhidmatan tersebut tidak tertakluk kepada obligasi yang telah dipersetujui dalam perjanjian TPPA ini.
KOMPONEN BAB PERKHIDMATAN DI BAWAH PERJANJIAN TPP
Skop dan Definisi Terma
Bab Perkhidmatan memperincikan skop yang merangkumi semua jenis aktiviti yang berkaitan dengan pembekalan dan penyediaan dalam sektor perkhidmatan kecuali:
i. aktiviti pelaburan;
ii. sektor kewangan;
iii. perolehan kerajaan;
iv. perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan; dan
v. sektor-sektor di mana warga asing tidak dibenarkan untuk membekal dan menyediakan perkhidmatan tersebut.
Terma-terma yang diguna pakai dalam Bab ini adalah berdasarkan definisi yang telah ditentukan dan dipersetujui di bawah WTO. Antara definisi terma-terma yang dinyatakan dalam Bab ini adalah:
i. „service supplied in the exercise of governmental authority’ membawa maksud perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah perkhidmatan sosial atau kebajikan ataupun tidak bersaing dengan mana-mana pembekal atau penyedia perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan secara komersial.
ii. „service supplier of a Party’ adalah penyedia atau pembekal perkhidmatan daripada negara TPP yang ingin menjalankan aktiviti perkhidmatan dalam mana-mana negara TPP.
iii. „cross-border trade in services or cross-border supply of services’ adalah skop perkhidmatan yang disediakan atau dibekalkan di dalam mana-mana negara TPP akan tertakluk kepada Bab ini kecuali aktiviti pelaburan yang jatuh di bawah Bab Pelaburan.
iv. „measures adopted or maintained by a Party’ merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh setiap negara TPP dalam mengurus rejim sektor perkhidmatan negara masing-masing. Kaedah membawa maksud undang-undang, polisi semasa, garis panduan dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa negara TPP masing-masing yang menggaris pandukan syarat-syarat yang dikenakan ke atas warga asing yang ingin menyedia atau membekalkan sesuatu aktiviti perkhidmatan.
v. „enterprise of a Party’ membawa maksud syarikat, anak syarikat atau cawangan yang ditubuhkan mengikut syarat-syarat tempatan yang dikenakan oleh setiap negara TPP bagi tujuan menjalankan aktiviti pembekalan dan penyediaan perkhidmatan.
Obligasi Negara
Bab Perkhidmatan ini seterusnya mempunyai beberapa artikel khusus yang memperincikan obligasi Malaysia seperti:
i. Artikel berkenaan National Treatment mengkehendaki Malaysia memberi layanan sama rata kepada mana-mana pembekal atau penyedia sektor perkhidmatan daripada negara TPP yang lain seperti mana diberikan kepada pembekal atau penyedia sektor perkhidmatan tempatan.
ii. Artikel berkenaan Most-Favoured-Nation Treatment menjelaskan tentang layanan negara keutamaan yang harus diberikan Malaysia kepada semua negara-negara TPP. Dalam situasi di mana ada negara TPP yang memberi layan negara keutamaan yang lebih baik kepada mana-mana negara bukan TPP, negara-negara TPP berhak untuk mendapatkan layanan tersebut.
iii. Artikel mengenai Market Access menerangkan obligasi Malaysia di bawah Bab untuk tidak mengenakan sekatan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan daripada mana-mana negara TPP yang lain;
iv. Artikel mengenai Local Presence menjelaskan bahawa penubuhan syarikat tempatan tidak boleh dijadikan syarat utama sebelum kebenaran diberi kepada pembekal dan penyedia perkhidmatan warga asing untuk menjalankan aktiviti di mana-mana negara TPP.
v. Artikel mengenai Non-Conforming Measures menggariskan sebarang sekatan yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia atau kaedah-
kaedah lain yang dikenakan ke atas warga asing oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tertakluk kepada Bab ini.
vi. Artikel tentang Domestic Regulation merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh setiap negara TPP dalam mengurus rejim sektor perkhidmatan negara masing-masing.
vii. Artikel Recognition membolehkan mana-mana negara TPP untuk mengadakan perjanjian akreditasi bagi profesion yang dipersetujui dan menubuhkan kumpulan kerja bagi tujuan ini.
viii. Artikel berkenaan Denial of Benefits menerangkan keadaan di mana terdapat pembekal atau penyedia perkhidmatan yang bukan berasal daripada mana- mana negara TPP, Malaysia dan anggota TPP yang lain mempunyai hak untuk mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan atau menolak manfaat yang diperoleh di bawah Bab ini.
ix. Artikel Transparency memastikan ketelusan dalam penyediaan maklumat termasuk penerbitan kesemua kaedah yang digunakan yang berpunca dari undang-undang, polisi semasa, garis panduan dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau pihak berkuasa Malaysia yang menggaris pandukan syarat-syarat yang dikenakan terhadap warga asing yang ingin menyedia atau membekalkan.
x. Artikel Payment and Transfers memastikan tiada sekatan ke atas mata wang asing yang digunakan dalam semua transaksi merentas sempadan bagi tujuan pembayaran dan kiriman wang semua aktiviti penyediaan dan pembekalan perkhidmatan. Selain itu, kadar pertukaran mata wang haruslah mengikut harga pasaran semasa. Selain itu, artikel ini membenarkan negara-negara TPP untuk mengambil langkah sekatan dalam beberapa keadaan tertentu seperti
muflis, ketakmampuan sekiranya ada salah laku atau kes jenayah atau lain-lain situasi berkenaan dengan pemindahan bayaran melibatkan mata wang asing.
Pengecualian (Exceptions)
Semua komitmen dalam Bab ini mengekalkan hak semua negara anggota TPP untuk menguatkuasakan peraturan domestik dalam sektor perkhidmatan masing-masing. Akan tetapi, jika ada sebarang sekatan diperlukan bagi memenuhi dasar dan kepentingan negara TPP masing-masing, pengecualian (exceptions) tertentu dibenarkan.
Bentuk-bentuk pengecualian yang dibenarkan dalam Bab ini adalah seperti:
i. Pengecualian Keselamatan dan Am - Membenarkan Kerajaan untuk mengawal selia sebarang pelaksanaan undang-undang dalam bidang keselamatan, kesihatan dan alam sekitar;
ii. Pengecualian di dalam skop tertentu - sebagai contoh, sektor perkhidmatan pengangkutan udara dikecualikan daripada Bab Perkhidmatan dalam perjanjian ini;
iii. Pengecualian berdasarkan bidang – contohnya layanan sama rata (national treatment) tidak terpakai bagi subsidi atau perolehan kerajaan; dan
iv. Penyenaraian pengecualian – menyenaraikan pengecualian tertentu dalam Annex Non Conforming Measure (NCM) yang menentukan perkara-perkara yang terkecuali daripada obligasi tertentu yang ditetapkan.
Penyenaraian Pengecualian (Non Conforming Measure (NCM))
Pendekatan Bab Perkhidmatan dalam Perjanjian TPP ini adalah menerusi penyenaraian pengecualian negative listing berbanding FTA sebelum ini yang menggunakan positive listing. Negative listing ini bermakna, layanan sama rata akan dikenakan kepada warga asing kecuali bagi dalam sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam Annex NCM. Annex NCM ini akan mengandungi maklumat terperinci mengenai mana-mana sekatan atau kaedah diskriminasi yang dikenakan mengikut undang-undang atau kaedah-kaedah ke atas warga asing dalam aktiviti
membekal dan menyediakan perkhidmatan serta menyenaraikan aktiviti-aktiviti di mana warga asing tidak dibenarkan menyedia dan membekalkan perkhidmatan.
Senarai NCM terbahagi kepada dua Annex:
i. Annex I - mengikat peraturan sedia ada yang akan memberi layanan yang berbeza kepada warga asing berbanding pelabur tempatan ; dan
ii. Annex II – memberi ruang dasar (policy space) bagi peraturan sedia ada untuk memperuntukkan sebarang kaedah yang berbeza untuk warga asing pada masa akan datang.
Bagi kedua-dua Annex, beberapa jenis obligasi di bawah Bab Perkhidmatan dan Bab Pelaburan boleh diperuntukkan bagi menerangkan skop pengecualian yang dikenakan. Jenis-jenis obligasi tersebut adalah:
i. Layanan Nasional (National Treatment);
ii. Layanan Samarata bagi Pelabur Asing (Most Favoured Nation Treatment);
iii. Penubuhan entiti (Local Presence);
iv. Akses pasaran (Market Access);
v. Pengurusan Tertinggi & Lembaga Pengarah (Senior Management and Board of Directors); dan
vi. Pematuhan Prestasi (Performance Requirement).
Malaysia telah menetapkan sebanyak 20 pengecualian dalam pelbagai sektor dalam Annex I dan sebanyak 17 pengecualian dalam Annex II.
Tanggungjawab Undang-undang Tempatan (Domestic Regulations)
Bab Perkhidmatan ini juga mempunyai peruntukan memastikan kaedah yang digunakan tidak akan menjejaskan kebolehan warga asing daripada menyediakan atau membekalkan sesuatu aktiviti perkhidmatan di Malaysia. Sekiranya sebarang lesen dan permit diperlukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti perkhidmatan, maklumat serta
proses bagi permohonan lesen atau permit tersebut perlu telus dan diproses dengan kadar segera mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, apabila terdapat sebarang kesilapan dalam borang permohonan, pihak berkuasa perlu memaklumkan pemohon tentang langkah-langkah pembetulan yang perlu diambil dengan kadar yang segera. Bayaran fi yang dikenakan juga haruslah setimpal dengan kerja-kerja pemprosesan permohonan.
Seterusnya, jika pengambilan ujian adalah salah satu syarat yang dikenakan untuk mendapatkan lesen atau permit, pihak yang mengenakan syarat tersebut haruslah memastikan kekerapan dan masa ujian tersebut adalah bersesuaian. Sekiranya penentuan kompetensi merupakan syarat dalam pertimbangan untuk meluluskan lesen atau permit, setiap negara TPP haruslah memastikan terdapatnya prosedur yang telus untuk menilai kompetensi pemohon tersebut.
Perkhidmatan Pos
Bab Perkhidmatan ini juga mempunyai Bahagian khas yang meneliti dan mengiktiraf kepentingan perkhidmatan pos secara amnya. Bahagian ini seterusnya menetapkan bahawa perkhidmatan penghantaran pos laju yang dibekalkan oleh syarikat milikan kerajaan haruslah tidak menjejaskan perkhidmatan penghantaran pos laju yang dibekalkan oleh mana-mana syarikat komersil.
BAB 11 PERKHIDMATAN KEWANGAN
PENGENALAN
Bab Perkhidmatan Kewangan bertujuan untuk memudahkan peningkatan perdagangan dalam perkhidmatan perniagaan berasaskan konsep saling menguntungkan di samping mengiktiraf hak untuk mengawal selia.
Bab Perkhidmatan Kewangan (“Bab PK”) menerangkan obligasi dan komitmen terhadap perdagangan dan pelaburan dalam sektor perkhidmatan kewangan. Ini bertujuan untuk memberikan ketelusan dan kepastian yang lebih baik mengenai peluang akses pasaran dan peraturan domestik di negara anggota TPP.
Walaupun TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama bagi Malaysia, yang mengandungi bab perkhidmatan kewangan tersendiri (stand-alone), kebanyakan obligasi adalah berdasarkan perjanjian perdagangan bebas yang mapan dan Malaysia merupakan salah satu pihak yang terlibat dengannya. Dalam perjanjian perdagangan terdahulu, obligasi yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan kewangan dimasukkan di bawah dan dijadikan lampiran dalam bab perkhidmatan.
Bab PK ini juga memelihara hak untuk menerima pakai dan mengekalkan mana-mana langkah atas sebab-sebab kehematan dan juga bagi memastikan integriti dan kestabilan sistem kewangan.
Anggota TPPA juga secara eksplisit mengekalkan budi bicara mereka dalam memberikan terhadap layanan berbeza dalam bidang sektor perkhidmatan kewangan, yang dalam pandangan mereka mempunyai kepentingan negara dan pembangunan.
Terdapat mekanisme buat pelabur untuk mencari penyelesaian sekiranya timbul sesuatu pertikaian. Walau bagaimanapun, perlindungan yang mencukupi telah
dimasukkan dalam Bab PK untuk memastikan pelabur tidak mengambil kesempatan daripada mekanisme ini dengan membuat tuntutan yang tidak munasabah.
STRUKTUR BAB PERKHIDMATAN KEWANGAN
Bab PK terpakai kepada pengawalseliaan insititusi-institusi kewangan, pelaburan dalam institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan kewangan merentas sempadan.
Bab PK tidak terpakai berhubung dengan pemerolehan kerajaan bagi perkhidmatan kewangan, rancangan persaraan awam atau rancangan keselamatan sosial atau aktiviti yang menggunakan jaminan atau sumber kewangan kerajaan selagi mereka tidak bersaing dengan institusi kewangan lain.
Bab PK meliputi obligasi yang dikenakan terhadap Pihak TPP yang mengawal penyediaan perkhidmatan kewangan dalam wilayah masing-masing, dan juga pengecualian kepada komitmen akses pasaran melalui senarai langkah tidak patuh (non-conforming measures).
OBLIGASI PERKHIDMATAN KEWANGAN
Obligasi ini menjelaskan prinsip-prinsip dalam mengawal penyedia kewangan TPP di Malaysia. Kebanyakan Obligasi ini adalah berdasarkan peraturan yang dipersetujui seperti ditetapkan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) di bawah Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Perkhidmatan (GATS). Walau bagaimanapun, Bab PK dalam TPP termasuk obligasi baharu yang merupakan tambahan kepada peraturan tradisional yang terkandung dalam GATS Annex on Financial Services.
Obligasi teras ialah:
i) Layanan Negara (National Treatment): Pihak-pihak dalam perjanjian hendaklah tidak mendiskriminasikan antara penyedia perkhidmatan kewangan TPP dengan penyedia perkhidmatan kewangan milik tempatan.
ii) Layanan Negara Yang Diutamakan (Most-Favoured Nation Treatment): Pihak-pihak dalam perjanjian hendaklah tidak mendiskriminasikan antara penyedia perkhidmatan kewangan TPP dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan asing yang lain.
iii) Akses Pasaran kepada Institusi Kewangan (Market Access for Financial Insitutions): Pihak-pihak dalam perjanjian hendaklah tidak mengenakan had kepada pelabur TPP yang ingin menubuhkan institusi kewangan dengan berasaskan kuota, nilai atau melalui keperluan ekonomi.
iv) Perdagangan Merentas Sempadan (Cross-Border Trade): Pihak-pihak dalam perjanjian hendaklah membenarkan penyediaan perkhidmatan kewangan daripada penyedia perkhidmatan kewangan TPP dalam wilayah TPP yang lain.
Obligasi tambahan utama ialah:
i) Standard layanan yang minimum (Minimum Standard of Treatment): Pihak-pihak dalam perjanjian perlu memberikan layanan yang adil dan saksama serta perlindungan dan keselamatan sepenuhnya selaras dengan kelaziman undang-undang antarabangsa.
ii) Perkhidmatan Kewangan Baharu (New Financial Services): Pihak-pihak dalam perjanjian perlu membenarkan penyediaan perkhidmatan kewangan yang belum terdapat dalam wilayahnya. Walau bagaimanapun, peruntukan perkhidmatan tersebut hendaklah memenuhi keperluan kehematan yang ditetapkan oleh Pihak tuan rumah.
iii) Pengecualian (Exceptions): Pihak-pihak dalam perjanjian dibenarkan untuk melaksanakan dan mengekalkan langkah-langkah bukan diskriminasi, secara jujur:
- atas sebab-sebab kehematan atau untuk memastikan integriti dan kestabilan sistem kewangan,
- untuk melaksanakan dasar monetari dan kredit yang berkaitan atau dasar kadar pertukaran,
- untuk memastikan keselamatan, keutuhan, integriti atau tanggungjawab kewangan institusi kewangan atau penyedia perkhidmatan merentas sempadan; dan
- untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan negara.
iv) Langkah-langkah tidak patuh (Non-Conforming Measures): Satu bentuk pengisytiharan oleh Pihak-pihak dalam perjanjian mengenai langkah-langkah yang tidak mematuhi obligasi dalam Bab PK. Terdapat dua seksyen.
- Seksyen A menyenaraikan langkah-langkah yang tidak boleh ditarik balik iaitu yang tidak boleh lebih ketat. Liberalisasi langkah-langkah selanjutnya yang disenaraikan dalam Seksyen A akan secara automatik dijamin dan tertakluk kepada obligasi Bab PK.
- Seksyen B menyenaraikan langkah-langkah yang mungkin ditarik balik iaitu yang boleh lebih ketat.
v) Penyelesaian Pertikaian Negara- Pelabur (Investor-State Dispute Settlement (ISDS)): Hanya terpakai kepada obligasi terpilih. Memperincikan prosedur khusus yang harus dipatuhi, terutamanya dalam memilih panel penimbang tara.
- jika Malaysia menggunakan artikel Pengecualian sebagai pembelaan, terdapat proses tambahan diperkenalkan sebelum panel ISDS boleh memutuskan sama ada Pengecualian sebagai pembelaan yang sah.
o pengawal selia perkhidmatan kewangan bagi pihak yang membuat pembelaan menentukan terlebih dahulu sama ada pembelaan Pengecualian itu adalah sah. Jika tiada keputusan dibuat, panel pakar
perkhidmatan kewangan akan ditubuhkan untuk menentukan sama ada artikel Pengecualian ialah pembelaan yang sah.
o keputusan yang dibuat dalam mana-mana peringkat ini adalah terikat bagi panel ISDS.
o jika keputusan tidak dibuat, panel ISDS akan menyambung semula dan akan meneruskan untuk memutuskan sama ada Pengecualian ialah pembelaan yang sah.
vi) Perkhidmatan Kad Pembayaran Elektronik (Electronic Payment Card Services): Untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan kad pembayaran elektronik merentas sempadan. Pihak-pihak juga mengekalkan hak untuk meminta sumbangan daripada penyedia tersebut untuk membangunkan infrastruktur sistem pembayaran domestik, pengawalseliaan semua yuran yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan tersebut dan juga memerlukan pemeriksaan di tapak penyedia perkhidmatan tersebut.
BAB 12 KEMASUKAN SEMENTARA PELABUR ASING ATAU PEKERJA MAHIR ASING (TEMPORARY ENTRY)
Bab ini adalah berkaitan disiplin kepada Negara TPP dalam melaksanakan peraturan dan syarat kemasukan sementara pelabur asing atau pekerja mahir asing seperti tempoh menetap dan kategori pakar.
DEFINISI
Artikel ini menjelaskan definisi bagi terma-terma yang diguna pakai dalam Bab ini seperti yang berikut:
“pelawat bagi tujuan perniagaan” merujuk kepada pelabur asing yang membekalkan perkhidmatan, membuat pelaburan atau menjalankan aktiviti berkaitan dengan perniagaan.
“pihak berkuasa” merujuk kepada pihak yang memproses pasport atau dokumen perjalanan.
“keperluan imigresen” merujuk kepada dokumen perjalanan seperti visa, permit, pas masuk, atau dokumen lain, termasuklah dalam bentuk elektronik yang diiktiraf dan sah untuk masuk ke mana-mana negara TPP.
“peraturan imigresen” merujuk kepada sebarang syarat-syarat kelayakan untuk perjalanan masuk dan kebenaran tinggal bagi pelawat daripada negara- negara TPP‟
“kemasukan sementara” merujuk kepada oleh kemasukan sementara pekerja mahir asing bagi tujuan perniagaan atau membekalkan perkhidmatan ke dalam negara-negara TPP tanpa hasrat untuk bermastautin.
SKOP
Skop Bab ini terhad kepada kemasukan sementara pekerja mahir asing untuk bagi tujuan perniagaan atau membekalkan perkhidmatan di negara-negara TPP.
Setiap negara TPP perlu memastikan syarat-syarat kelayakan yang dikenakan untuk perjalanan masuk dan kebenaran menetap sementara bagi pekerja mahir asing daripada negara-negara TPP adalah konsisten dengan obligasi di bawah Bab ini.
Namun demikian, negara-negara TPP masih mempunyai hak untuk menggubal dan melaksana peruntukkan ke atas kemasukan pekerja mahir asing bagi tujuan keselamatan sempadan.
Peruntukkan yang berkaitan dengan kewarganegaraan, permastautinan, pekerjaan tetap juga adalah di luar skop Bab ini.
PROSEDUR PERMOHONAN
Di bawah Bab ini, setiap negara TPP perlu memproses permohonan dan dokumen- dokumen perjalanan yang sah dan memaklumkan status permohonan dengan kadar segera.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam borang permohonan pihak berkuasa perlu memaklumkan pemohon tentang langkah-langkah pembetulan yang perlu diambil dengan kadar yang segera.
Fi yang dikenakan haruslah setimpal dengan kerja-kerja pemprosesan permohonan.
PEMBERIAN KEMASUKAN SEMENTARA
Negara-negara TPP akan menyenaraikan komitmen masing-masing dalam Annex 12 –
A. Komitmen ini tertakluk kepada undang-undang domestik negara-negara TPP bagi pelabur asing atau pekerja mahir asing yang menyediakan dan membekalkan perkhidmatan, membuat pelaburan atau menjalankan aktiviti berkaitan dengan perniagaan, mengikut kelayakan dan tempoh menetap yang ditetapkan.
Syarat-syarat kelayakan yang dikenakan untuk perjalanan masuk dan kebenaran tinggal bagi pelabur asing atau pekerja mahir asing daripada negara-negara TPP dianggap konsisten dengan obligasi di bawah Bab ini.
Pihak berkuasa mana-mana negara TPP mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan sekiranya terdapat sebarang kes perbalahan mengenai tenaga kerja atau isu pengambilan kerja yang berbangkit dari permohonan tersebut. Apabila permohonan ditolak berdasarkan alasan di atas, perkara ini perlu dimaklumkan kepada pemohon yang berkaitan dengan kadar segera.
PERJALANAN PERNIAGAAN
Bab ini memastikan setiap negara TPP menyediakan akses untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan kemasukan dan penetapan sementara warganegara TPP, memaklumkan jangka masa yang diperlukan untuk memproses permohonan, dan adanya saluran pertanyaan atau bantuan bagi tujuan ini.
PERKONGSIAN MAKLUMAT
Bab ini memastikan setiap negara TPP menyediakan akses untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan kemasukan dan penetapan sementara pelabur asing atau pekerja mahir asing TPP, memaklumkan jangka masa yang diperlukan untuk memproses permohonan dan adanya saluran pertanyaan atau bantuan bagi tujuan ini.
JAWATANKUASA KEMASUKAN SEMENTARA BAGI PEKERJA MAHIR ASING
Penubuhan Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil daripada setiap negara TPP yang akan menyelia dan memantau pelaksanaan Bab ini. Jawatankuasa ini juga akan membincangkan hal-hal mengenai perjalanan masuk dan kebenaran tinggal bagi pelabur asing atau pekerja mahir asing daripada negara-negara TPP dan mengadakan program usaha sama bagi perkara ini.
KERJASAMA
Artikel ini memberi peluang kepada negara-negara TPP untuk mengadakan program pembangunan dan usaha sama yang akan membincangkan isu seperti keselamatan sempadan, sistem kemasukan warga asing, teknologi yang berkaitan dengan keselamatan biometrik dan mengurangkan beban pemprosesan permohonan.
PERKAITAN DENGAN BAB LAIN
Syarat-syarat kelayakan yang dikenakan untuk perjalanan masuk dan kebenaran tinggal bagi pelabur asing atau pekerja mahir asing daripada negara-negara TPP dianggap konsisten dengan obligasi di bawah Bab ini.
PENYELESAIAN PERTIKAIAN
Tindakan undang-undang tidak boleh diambil oleh mana-mana negara TPP kecuali dalam situasi di mana permohonan yang sama kerap kali ditolak tanpa alasan yang munasabah dan jika permohonan tersebut telah mengambil semua langkah-langkah penyelesaian secara pentadbiran akan tetapi permohonannya masih ditolak.
BAB 13 TELEKOMUNIKASI
OBJEKTIF DAN SKOP
Objektif Bab ini adalah untuk menggalakkan persaingan dengan mematuhi piawaian dan amalan pengawalseliaan antarabangsa bagi sektor perkhidmatan telekomunikasi yang boleh menggalakkan pelaburan
Bab ini akan terpakai kepada langkah-langkah berkaitan dengan pencapaian kepada dan penggunaan perkhidmatan telekomunikasi awam. Ia juga terpakai kepada obligasi terhadap pembekal perkhidmatan telekomunikasi awam serta langkah-langkah lain yang berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi
Bab ini tidak membincangkan mengenai akses pasaran secara khusus tetapi disiplin menjalankan perdagangan perkhidmatan telekomunikasi. Sekiranya ada rujukan kepada akses pasaran ia adalah merujuk kepada apa juga komitmen yang telah dipersetujui oleh Pihak-Pihak TPP.
Bab ini tidak terpakai kepada:
Perkhidmatan penyiaran; dan
Edaran program radio dan televisyen menerusi kabel.
OBLIGASI UTAMA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI
Antara obligasi utama dalam Bab ini adalah seperti berikut:
Pendekatan Kawal Seliaan
Sesuatu Pihak dibenarkan untuk mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang terbaik dalam melaksanakan keperluan kawal seliaan dan boleh memilih antara pendekatan berikut:
pendekatan kawal sedia secara terus; atau
bergantung kepada pasaran; atau
lain-lain kaedah yang sesuai.
Dalam masa diperlukan, sesebuah Pihak dibenarkan tidak melaksanakan pengawalseliaan (forebear) seperti yang diperuntukkan dalam perundangan domestik masing-masing.
Pencapaian dan Penggunaan Perkhidmatan Telekomunikasi Awam
Sesuatu Pihak hendaklah memastikan bahawa pencapaian dan penggunaan bagi sebarang perkhidmatan telekomunikasi awam, yang ada ditawarkan di pasaran, diberikan kepada perusahaan kepunyaan Pihak lain.
Sesuatu Pihak juga akan membenarkan pembekal perkhidmatan Pihak lain untuk membeli, menyewa, menghubung dan melekatkan peralatan antara muka dengan rangkaian perkhidmatan telekomunikasi awam. Dalam artikel ini, syarat-syarat pencapaian dan penggunaan adalah tertakluk kepada keperluan pelesenan mengikut undang-undang dan peraturan domestik.
Obligasi Berkaitan Dengan Pembekal Perkhidmatan Telekomunikasi
Sesuatu Pihak akan memastikan untuk membenarkan sambungtara antara pembekal tempatan dengan pembekal Pihak lain, dan juga memastikan nombor boleh alih dilaksanakan di samping pencapaian kepada nombor-nombor telekomunikasi yang dikeluarkan.
Bagi Malaysia, nombor boleh alih hanya terpakai bagi perkhidmatan mobil komersial sahaja, dan bagi perkhidmatan tetap, hanya apabila Malaysia sendiri bersedia dengan mengenal pasti bahawa ia adalah berdaya maju secara ekonomik.
Perayauan Mudah Alih Antarabangsa (IMR)
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa maklumat berkaitan kadar runcit bagi IMR boleh didapati dengan mudah, dan pelawat boleh mencapai kepada perkhidmatan telekomunikasi dengan menggunakan peranti pilihan mereka.
Sesuatu Pihak boleh memilih untuk mengawal selia IMR secara unilateral atau dengan bekerjasama dengan lain-lain negara. Sesesuatu Pihak ketiga perlu mengikat mekanisme tertentu bagi memperoleh kadar kawalan istimewa yang ditawarkan oleh Pihak-pihak lain.
Penjualan Semula
Sesebuah Pihak akan dibenarkan dan tidak boleh menghalang penjualan semula perkhidmatan telekomunikasi awam antara pembekal-pembekal perkhidmatan.
Layanan oleh Pembekal Utama Perkhidmatan Telekomunikasi Awam
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa pembekal utama memberikan kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi awam satu Pihak lagi dengan layanan yang tidak kurang berbanding dengan yang diberikan kepada pihak-pihak lain dalam keadaan yang sama.
Perlindungan Persaingan
Sesuatu Pihak akan mengekalkan langkah-langkah yang sesuai bagi tujuan menghalang pembekal utama perkhidmatan telekomunikasi awam daripada mengerjakan amalan anti persaingan.
Perungkaian Elemen Rangkaian oleh Pembekal Utama
Sesuatu Pihak akan memberikan kuasa kepada Pengawal selia untuk memerlukan pembekal utama perkhidmatan telekomunikasi awam menawarkan kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi awam lain akses kepada elemen rangkaian berasaskan terungkai dan tanpa diskriminasi. Sesuatu Pihak boleh mengenal pasti dan menetapkan
elemen rangkaian yang perlu ditawarkan dan pihak-pihak yang boleh akses kepada elemen rangkaian tersebut.
Sambungtara dengan Pembekal Utama
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa pembekal utama menyediakan kepada pembekal telekomunikasi awam Pihak satu lagi:
i. sambungtara kepada kemudahan dan peralatan;
ii. peluang untuk sambungtara kepada kemudahan dan peralatan menerusi 3 cara iaitu:
(a) tawaran sambungtara rujukan atau tawaran sambungtara yang standard (mengandungi kadar, terma dan syarat-syarat); atau
(b) terma dan syarat-syarat dalam perjanjian sambungtara yang sedang berkuat kuasa,; atau
(c) menerusi rundingan bagi satu perjanjian sambungtara yang baru.
Sesuatu Pihak akan membuatkan prosedur permohonan bagi rundingan sambungtara dengan pembekal utama dalam wilayahnya tersedia kepada awam.
Memperuntukkan dan Ketetapan Harga bagi Sirkit Sewaan oleh Pembekal Utama Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa pembekal utama menyediakan kepada pembekal perkhidmatan Pihak satu lagi dengan perkhidmatan sirkit sewaan dalam tempoh masa yang munasabah, atas terma dan syarat yang munasabah dan tanpa diskriminasi berdasarkan tawaran sedia ada secara umum, pada kadar kapasiti dan harga berdasarkan kos.
Lokasi Bersama oleh Pembekal Utama
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa pembekal utama menyediakan kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi awam Pihak satu lagi lokasi bersama secara fizikal bagi sambungtara atau capaian kepada elemen rangkaian terungkai berdasarkan tawaran umum. Di mana lokasi bersama secara fizikal tidak dapat ditawarkan,
pembekal utama perlu menyediakan penyelesaian alternatif seperti memudahkan lokasi bersama secara maya. Sesuatu Pihak akan memastikan mengikut undang-undang dan peraturan domestik mana-mana premis yang dipunyai atau dikawal oleh pembekal utama adalah tertakluk kepada lokasi bersama fisikal atau maya.
Akses kepada Tiang, Saluran, Konduit, dan Hak Laluan Dimiliki atau di bawah Kawalan Pembekal Utama
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa pembekal utama memberikan akses kepada tiang, saluran, konduit, hak laluan atau sebarang struktur sepertimana ditetapkan oleh Pengawalselia, yang dimiliki atau dikawal oleh pembekal utama kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi Pihak lain mengikut terma dan syarat yang munasabah, tanpa diskriminasi, dan telus tertakluk kepada dayamaju teknikal.
Sesuatu Pihak boleh mengenal pasti, mengikut undang-undang dan peraturan domestiknya, mana-mana tiang, saluran, konduit, hak laluan dan struktur lain di mana ia memerlukan pembekal utama untuk menyediakan akses.
Sistem Kabel Dasar Laut Antarabangsa
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa mana-mana pembekal utama yang mengawal stesen pendaratan kabel dasar laut antarabangsa dalam wilayahnya menyediakan akses kepada stesen pendaratan dasar laut tersebut selaras dengan peruntukan sambungtara, memperuntukkan dan ketetapan harga bagi sirkit pajakan, dan lokasi bersama, kepada pembekal perkhidmatan Pihak lain.
Badan Pengawal Selia Bebas dan Pemilikan Kerajaan
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa badan pengawal selianya adalah:
i. berasingan daripada, dan tidak bertanggungjawab kepada, mana-mana pembekal perkhidmatan telekomunikasi awam
ii. tidak memegang kepentingan kewangan atau mengekalkan peranan operasi atau pengurusan kepada mana-mana pembekal.
iii. keputusan dan prosedur yang ditetapkan oleh badan pengawal seliaan atau badan kompeten lain adalah berkecuali terhadap mana-mana peserta pasaran.
Sesuatu Pihak tidak akan memberikan sebarang layanan istimewa kepada pembekal dalam wilayah yang dimiliki oleh kerajaan berbanding dengan apa yang diberikan kepada pembekal Pihak lain.
Perkhidmatan Sejagat
Sesuatu Pihak mempunyai hak untuk menentukan bentuk obligasi perkhidmatan sejagat yang ingin dikekalkan. Pihak-pihak juga akan menguruskan sebarang perkhidmatan sejagat yang dikekalkan secara telus, tanpa diskriminasi dan bersifat berkecuali dalam persaingan.
Proses Pelesenan
Sesuatu Pihak akan memastikan ketersediaan awam mengenai:
i. kriteria dan prosedur pelesenan;
ii. tempoh yang biasa diperlukan untuk mencapai keputusan terhadap sesuatu permohonan lesen; dan
iii. terma dan syarat-syarat lesen yang berkuat kuasa.
Sesesuatu Pihak akan memastikan bahawa, atas permintaan, pemohon akan memperoleh sebab-sebab bagi:
i. Keengganan pemberian lesen;
ii. Syarat-syarat khusus yang dikenakan terdapat sesuatu lesen;
iii. Pembatalan sesuatu lesen; atau
iv. Keengganan memperbaharui lesen .
Pengagihan dan Penggunaan Sumber Terhad
Dalam pengagihan dan penggunaan sumber terhad, sesuatu Pihak:
i. mempunyai hak untuk mengurus tadbir prosedur bagi pengagihan dan penggunaan sumber telekomunikasi terhad, termasuk frekuensi, nombor, dan hak laluan, secara objektif, telus, dan tanpa diskriminasi.
ii. akan membuat ketersediaan awam mengenai status terkini band frekuensi yang diagihkan dan diperuntukkan kepada pembekal khusus tetapi mengekalkan hak untuk tidak membekalkan secara terperinci akan pengagihan identiti frekuensi-frekuensi bagi tujuan penggunaan kerajaan.
iii. akan mengekalkan hak untuk menggubal dasar-dasar pengurusan spektrum dan frekuensi yang mungkin akan mempunyai kesan mengehadkan bilangan pembekal perkhidmatan telekomunikasi awam. dan
iv. mempunyai kuasa untuk menggunakan mekanisme seperti lelongan, di mana sesuai, untuk pengagihan seperti bagi kegunaan komersial.
Penguatkuasaan
Sesuatu Pihak akan membekalkan Badan Pengawal Selianya dengan kuasa bagi menguatkuasakan langkah-langkah berkaitan dengan obligasi yang tertera dalam Bab Telekomunikasi, seperti keupayaan mengenai sekatan yang efektif, termasuk mengenakan penalti kewangan, injunksi kelegaan (secara sementara atau muktamad) atau pindaan, penggantungan, atau pembatalan lesen-lesen.
Di samping itu, Badan Pengawalseliaan juga diberikan kuasa untuk mengenal pasti dan menentukan syarat-syarat akses atau pencapaian, jenis jualan semula, sambungtara, lokasi bersama, pencapaian kepada infrastruktur telekomunikasi dan hak laluan pembekal utama dan lain-lain pembekal perkhidmatan telekomunikasi, dan mengikut undang-undang dan peraturan domestik.
Penyelesaian Pertikaian Telekomunikasi
Sesuatu Pihak akan memastikan bahawa perusahaan akan diberikan peluang penyelesaian dengan merujuk kepada Badan Pengawal selia atau badan lain.
Sekiranya Badan Pengawal selia enggan mulakan sebarang tindakan, ia akan, atas permintaan, memberikan penjelasan bertulis akan keputusannya dalam tempoh masa yang munasabah;
Mana-mana perusahaan yang kepentingan perlindungan perundangannya terjejas oleh keputusan Badan Pengawal selia boleh mendapatkan semakan semula, kemudian rayuan atau petition Pengawal selia atau badan lain yang berkaitan untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat. Setelah mengharungi semua proses tersebut, akhir sekali pihak yang masih tidak berpuas hati boleh membuat permohonan mendapatkan semakan kehakiman.
Ketelusan
Sekiranya Badan Pengawalseliaan ingin mendapatkan input bagi cadangan membuat peraturan, ia semestinya:
i. membuat cadangan tersebut tersedia kepada umum atau tersedia kepada orang-orang yang berminat;
ii. menyediakan keterangan dan penjelasan tujuan cadangan;
iii. menyediakan tempoh notis yang wajar bagi orang awam memberikan komen;
iv. Membuat komen yang difailkan dengan Badan tersebut tersedia kepada umum, di mana terpakai dan sesuai; dan
v. menjawab semua isu yang penting dan berkaitan.
Sesuatu Pihak akan membuat langkah-langkah berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi awam tersedia kepada awam, termasuk:
i. kadar tarif dan terma serta syarat perkhidmatan;
ii. spesifikasi teknikal antara muka;
iii. syarat-syarat melekatkan terminal atau lain-lain peralatan kepada rangkaian telekomunikasi awam;
iv. keperluan perlesenan;
v. prosedur umum yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian dan
vi. mana-mana langkah di mana kerajaan menurunkan kuasa kepada badan lain untuk penetapan dan pemakaian standard.
Fleksibiliti dalam Pemilihan Teknologi
Sesuatu Pihak semestinya membenarkan pembekal telekomunikasi awam memilih teknologi yang disukai bagi membekalkan perkhidmatan tertakluk kepada keperluan sewajarnya bagi memenuhi kepentingan dasar awam yang sah
Sekiranya Kerajaan yang membiayai pembangunan rangkaian termaju, seperti Broadband, Kerajaan boleh syarat pembiayaan untuk kegunaan teknologi bagi memenuhi sesuatu kepentingan dasar awam.
MAKLUMAT LAIN YANG BERKAITAN
Malaysia tidak perlu membuat sebarang pindaan kepada mana-mana undang-undang dan peraturan bagi melaksanakan obligasi dalam Bab Telekomunikasi.
Kuasa Menteri untuk membuat keputusan terhad syarat-syarat lesen, kelulusan lesen dan selainnya sepertimana yang diperuntukkan dalam AKM 1998 tetap kekal.
BAB 14 PERDAGANGAN ELEKTRONIK
Bab Perdagangan Elektronik TPP menetapkan kaedah-kaedah yang akan membentuk pembangunan ekonomi digital untuk tahun-tahun yang mendatang. Bab ini menetapkan peraturan dan prosedur untuk perdagangan barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi Internet dan lain-lain cara elektronik, dan menyentuh pelbagai isu termasuk duti kastam ke atas transmisi elektronik, layanan terhadap produk digital, perdagangan kurang kertas dan peraturan tandatangan elektronik serta perlindungan data dan pemindaan maklumat merentas sempadan.
SKOP
Secara umumnya Bab ini hendaklah diguna pakai kepada langkah-langkah yang disenggarakan oleh sesuatu Pihak yang akan mempengaruhi perdagangan secara elektronik.
Bab ini menjelaskan bahawa:
perdagangan perkhidmatan menerusi elektronik adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Bab 9 hingga 00 (xxxxxxxxx, xxxxxxxxxxx, dan perkhidmatan kewangan), dan adalah juga tertakluk kepada sebarang pengecualian yang terpakai atau langkah-langkah tidak menepati komitmen (NCM) yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian Trans-Pasifik secara umum.
obligasi yang berkaitan dengan layanan tanpa diskriminasi produk digital, pemindahan maklumat merentas sempadan, penempatan kemudahan pengkomputeran, dan kod perisian sumber adalah juga tertakluk kepada pengecualian dan langkah-langkah tidak menepati komitmen (NCM) di bawah Bab 9 hingga 11 dan harus dibaca bersama-sama dengan mana-mana
peruntukan lain yang berkaitan dalam perjanjian perkongsian Trans-Pasifik secara umum, dan
bab ini tidak terpakai bagi perolehan kerajaan dan juga bagi maklumat yang dipegang atau diproses oleh atau bagi pihak Kerajaan atau langkah-langkah yang berkaitan dengan apa-apa maklumat dan koleksi, misalnya data kesihatan yang dikumpulkan oleh Kerajaan.
Beberapa peruntukan yang utama adalah seperti berikut:
Pemindahan Maklumat Merentas Sempadan Secara Elektronik (Artikel 14,11) Perenggan pertama artikel ini mengiktiraf bahawa setiap Pihak mempunyai keperluan undang-undang tersendiri mengenai pemindahan maklumat. Walau bagaimanapun, ini harus tidak ditafsirkan sebagai pengecualian yang boleh mengatasi tanggungjawab substantif artikel ini.
Obligasi substantif termaktub dalam perenggan 2 di mana ia menyatakan bahawa setiap Pihak akan membenarkan pemindahan data (termasuk maklumat peribadi) merentas sempadan sesebuah negara atau wilayah dalam menjalankan perniagaan pembekal perkhidmatan atau pelabur tersebut. Perenggan ini juga bermaksud bahawa negara TPP tidak menjalankan sekatan terhadap Internet tertakluk kepada pengecualian-pengecualian dalam Bab Umum Perjanjian ini, seperti atas kepentingan keselamatan negara, pornografi kanak-kanak, perjudian, penipuan dan pembohongan dan seumpamanya.
Perenggan 3 Bab ini menekankan lagi pengecualian yang membenarkan Pihak-pihak untuk menerima pakai atau mengekalkan langkah-langkah yang tidak konsisten dengan obligasi pemindahan maklumat merentas sempadan bagi memenuhi objektif dasar awam yang sah tertakluk kepada syarat-syarat yang diterima pakai dalam Artikel XIV perjanjian am ke atas perdagangan dalam Perkhidmatan (GATS).4 Dalam hal ini beban
untuk membuktikan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh negara TPP tidak memenuhi syarat-syarat ini terletak di bahu pihak yang mempertikaikannya.
Penempatan Kemudahan Pengkomputeran (Artikel 14.13)
Peruntukan ini melarang Negara TPP mengenakan syarat-syarat pelaburan agar perlu membangunkan kemudahan pengkomputeran seperti pusat simpanan data di negara destinasi pelaburan atau menggunakan kemudahan pengkomputeran tempatan. Ini bermakna bahawa sesebuah Negara TPP tidak dapat mengawal data sekiranya tempat simpanan tersebut adalah di luar wilayah sesebuah negara TPP, namun perkhidmatan yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan diberikan pengecualian.
Namun begitu, seperti mana yang dibenarkan bagi peruntukan pemindahan maklumat merentas sempadan, peruntukan artikel ini juga membenarkan Pihak-pihak untuk menerima pakai atau mengekalkan langkah-langkah yang tidak konsisten dengan obligasi pemindahan maklumat merentas sempadan bagi memenuhi objektif dasar awam yang sah tertakluk kepada syarat-syarat yang diterima pakai dalam Artikel XIV perjanjian am ke atas perdagangan dalam Perkhidmatan (GATS). Dalam hal ini beban untuk menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh negara TPP tidak memenuhi syarat-syarat ini terletak di bahu pihak yang mempertikaikannya.
Perlindungan Data Peribadi (Artikel 14.8)
Peruntukan ini adalah selaras dengan perjanjian perdagangan bebas serantau lain dalam mewajibkan Pihak-pihak untuk menerima pakai atau mengekalkan undang- undang domestik untuk melindungi maklumat peribadi yang seharusnya mengikuti prinsip-prinsip dan garis panduan badan-badan antarabangsa yang berkenaan.
Peruntukan dalam Artikel ini menghendaki bahawa Pihak-pihak berusaha untuk menerima pakai amalan tanpa diskriminasi dalam melindungi pengguna dalam perdagangan elektronik dari pelanggaran perlindungan maklumat peribadi yang berlaku dalam lingkungan bidang kuasanya
Prinsip-prinsip Akses kepada Penggunaan Internet bagi Perdagangan Elektronik (Artikel 14.10)
Obligasi dalam Artikel ini adalah untuk membenarkan pengguna dengan keupayaan untuk mengakses mana-mana perkhidmatan dan menggunakan mana-mana aplikasi di Internet tertakluk kepada dasar, undang-undang dan peraturan negara TPP masing- masing. Pengguna juga dibenarkan menyambung apa-apa peranti yang mereka suka, dengan syarat bahawa berbuat sedemikian tidak membahayakan rangkaian, di samping mendapatkan maklumat mengenai amalan-amalan pengurusan rangkaian yang membekalkan mereka akses kepada Internet.
Perenggan ini juga boleh bermaksud bahawa negara TPP tidak menjalankan sekatan terhadap Internet tertakluk kepada pengecualian-pengecualian dalam Bab Umum Perjanjian ini, seperti atas kepentingan keselamatan negara, pornografi kanak-kanak, perjudian, penipuan dan pembohongan dan seumpamanya.
Duti Kastam (Article 14.3)
Obligasi dalam Artikel 14.3 adalah bagi setiap Negara TPP tidak mengenakan duti kastam ke atas mana-mana transaksi atau perkhidmatan (misalnya, e-buku, perisian, permainan, muzik, dan video) yang disalurkan secara penghantaran elektronik. Duti Kastam adalah duti yang dikenakan semasa memasuki atau menyeberangi sempadan di mana buat masa ini sememangnya tiada duti kastam dikenakan terhadap transmisi elektronik. Justeru itu tidak ada kehilangan revenue daripada perolehan revenue duti kastam ke atas penghantaran menerusi transmisi elektronik disebabkan tiada teknologi yang boleh mengesan secara realistiknya apa yang disalurkan menerusi elektronik.
Namun demikian Negara TPP tidak dihalang mengenakan cukai dalaman negara atau lain-lain caj dalaman bagi penghantaran yang dihantar secara elektronik (dan juga bukan elektronik) dengan syarat bahawa apa-apa cukai atau bayaran yang dikenakan dalam cara yang konsisten dengan Perjanjian ini.
Layanan Tanpa Diskriminasi Terhadap Produk Digital (Artikel 14.4)
Artikel 14.4 memberi jaminan bahawa layanan yang sama diberikan untuk produk digital yang dihasilkan dari wilayahnya sendiri atau penyedia perkhidmatan merupakan rakyatnya yang berada di luar negara, daripada produk-produk digital yang setanding dari wilayah-wilayah Pihak-pihak lain.
Namun demikian, obligasi Ini diberikan pengecualian tertentu seperti hak dan kewajipan dalam Bab harta intelek atau subsidi dan geran yang diberikan oleh Kerajaan adalah terkecuali daripada obligasi ini. Peruntukan ini juga tidak diguna pakai untuk perkhidmatan penyiaran di samping hendaklah dibaca bersama-sama dengan jadual NCM setiap Pihak.
Pengesahan Elektronik dan Tandatangan Digital (Artikel 14.6)
Peruntukan ini bertujuan untuk mengurangkan sekatan ke atas penggunaan tandatangan elektronik. Sehubungan dengan itu, Negara-negara TPP tidak boleh menafikan kesahihan tandatangan hanya kerana ianya dalam bentuk elektronik. Walau bagaimanapun, undang-undang domestik terpakai di mana hanya tandatangan asal sahaja diterima pakai dalam kes-kes tertentu seperti penulisan wasiat dan seumpamanya.
Perenggan 2 kepada Artikel 14.6 menetapkan obligasi kepada Negara TPP untuk tidak memperkenalkan peraturan yang akan menghalang pihak-pihak daripada memilih kaedah mereka sendiri untuk pengesahan. Negara TPP juga tidak boleh menetapkan memerlukan mekanisme pengesahan yang mencegah pihak-pihak kepada sesuatu urus niaga elektronik daripada membuktikan kepada badan kehakiman atau pentadbiran bahawa urus niaga mereka mematuhi undang-undang berkaitan dengan pengesahan.
Kerajaan negara TPP juga digalakkan untuk menggunakan interoperable pengesahan elektronik, tetapi tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Akhir sekali, berkenaan dengan transaksi elektronik, Artikel 14.5 mewajibkan negara- negara TPP untuk mengekalkan rangka kerja bagi urus niaga elektronik yang konsisten dengan mana-mana undang-undang Model UNCITRAL 1996 berkaitan Perdagangan Elektronik atau Konvensyen PBB Mengenai Penggunaan Komunikasi Xxxxxxxxxx xxxxx Xxxxxxx Xxxxxxxxxxxx xxxxx 0000.
Mesej Elektronik Komersial Tanpa Dipohon (Artikel 14.14)
Artikel 14.14 memerlukan pihak-pihak untuk mengambil langkah-langkah mengawal komunikasi elektronik komersial yang tidak dipohon. Sub-perenggan (a) memperuntukkan penerima boleh memilih untuk berhenti penerimaan mesej secara berterusan. Sub-perenggan (b) memperuntukkan bahawa komunikasi komersial yang tidak dipohon memerlukan kebenaran pengguna untuk memilih menerima mesej elektronik atau sebaliknya. Manakala, sub-perenggan (c) mencadangkan penggunaan langkah-langkah lain, bagi meminimumkan penerimaan mesej komersial yang tidak dipohon.
Ketiga-tiga langkah ini dibentangkan sebagai pilihan alternatif kepada Pihak TPP bagaimana mereka memilih untuk mengawal mesej elektronik komersial tanpa dipohon.
Kod Perisian Sumber (Artikel 14.17)
Artikel 14.17 menghalang Negara-negara TPP daripada memerlukan pendedahan kod perisian sumber sebagai syarat mengimport, pengedaran, penjualan atau penggunaan perisian atau produk-produk yang mengandungi perisian. Larangan ini hanya berkaitan dengan perisian atau produk "pasaran massa" atau dan tidak termasuk perisian yang digunakan untuk "infrastruktur kritikal".
Artikel ini juga tidak terpakai kepada keperluan untuk pengubahsuaian tertentu dibuat kepada kod sumber bagi memastikan kemasukan perisian mematuhi keperluan undang-undang. Selain itu, artikel ini juga tidak terpakai dalam kontrak-kontrak yang dirundingkan secara komersial atau permohonan paten. Ia juga membenarkan Mahkamah untuk perintah pendedahan kod sumber dalam pertikaian paten selagi
pelindung yang mencukupi diberikan untuk mengelakkan pendedahan yang tidak dibenarkan daripada kod sumber tersebut.
BAB 15 PEROLEHAN KERAJAAN
PENGENALAN
Perolehan kerajaan didefinisikan sebagai proses di mana Kerajaan memperoleh bekalan atau perkhidmatan untuk kegunaan Kerajaan dan bukan bagi tujuan berkaitan komersial. Perkhidmatan merangkumi perkhidmatan perunding dan kerja.
Bab Perolehan Kerajaan terdiri daripada 2 komponen utama iaitu teks dan tawaran akses pasaran. Kandungan bagi 2 komponen ini adalah seperti Ilustrasi 1 di bawah.
Secara umumnya obligasi di bawah Bab Perolehan Kerajaan menetapkan peraturan dan tatacara untuk agensi kerajaan melaksanakan perolehan kerajaan yang tertakluk di bawah skop Bab ini, yang berasaskan standard antarabangsa serta amalan dan tadbir urus baik.
Peraturan dan tatacara perolehan kerajaan tidak terpakai secara automatik kepada semua aktiviti perolehan setiap negara TPP. Hanya komitmen yang dinyatakan dalam tawaran akses pasaran negara masing-masing yang perlu dilaksanakan mengikut peraturan dan tatacara dalam Bab Perolehan Kerajaan. Sehubungan itu, setiap negara TPP dikehendaki untuk menawarkan akses pasaran perolehan kerajaan yang komprehensif meliputi agensi, barangan, perkhidmatan dan kerja serta had nilai perolehan untuk penyertaan syarikat dari negara-negara TPP.
Ilustrasi 1: Komponen Utama Bab Perolehan Kerajaan
TEKS PEROLEHAN KERAJAAN
Teks Perolehan Kerajaan menggariskan prinsip umum dan peraturan terperinci yang perlu dipatuhi oleh negara-negara TPP termasuk proses bagi penyelesaian pertikaian oleh syarikat. Peraturan yang telus dan jelas akan memudahkan syarikat untuk mengetahui peluang perolehan dan seterusnya meningkatkan keyakinan syarikat ke atas pelaksanaan perolehan di agensi. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh agensi, syarikat boleh membawa pertikaian terhadap agensi melalui mekanisme pertikaian.
Teks Perolehan Kerajaan mengandungi 24 artikel yang menggariskan peraturan dan tatacara perolehan yang dirumuskan seperti berikut:
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Artikel 1: Definisi | Terdapat 15 terma perolehan kerajaan yang diberikan definisi. Antaranya adalah offsets, tender terhad dan rundingan terus. |
Artikel 2: Skop | Obligasi di bawah Bab Perolehan Kerajaan terpakai ke atas perolehan: i) Agensi iaitu Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri (termasuk pihak berkuasa tempatan) serta agensi-agensi lain (badan berkanun dan syarikat kerajaan). ii) Bekalan, perkhidmatan dan kerja termasuk kontrak Kerjasama Awam Swasta (PPP). iii) Melebihi had nilai perolehan yang ditetapkan. Perolehan di atas disebut sebagai perolehan yang tertakluk di bawah Bab ini (covered procurement). Untuk tujuan tersebut, negara TPP dikehendaki menyediakan senarai akses pasaran negara masing- masing yang meliputi senarai agensi, bekalan, perkhidmatan, kerja dan had nilai perolehan masing- masing untuk penyertaan syarikat dari negara TPP. Maklumat tersebut dinyatakan di dalam Jadual kepada Lampiran 15-A (Schedule to Annex 15-A) di bawah Bab Perolehan Kerajaan yang diperincikan melalui 10 Seksyen seperti berikut: i) Seksyen A - agensi Kerajaan Persekutuan serta had nilai perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja; ii) Seksyen B - agensi kerajaan negeri (termasuk pihak berkuasa tempatan) serta had nilai |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja; iii) Seksyen C - agensi-agensi lain (badan berkanun dan syarikat kerajaan) serta had nilai perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja; iv) Seksyen D - bekalan; v) Seksyen E - perkhidmatan; vi) Seksyen F - kerja; vii) Seksyen G - pengecualian tetap; viii) Seksyen H - formula pelarasan had nilai perolehan; ix) Seksyen I - siaran maklumat perolehan; dan x) Seksyen J - langkah-langkah peralihan. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti yang tidak tertakluk di bawah Bab Perolehan Kerajaan, seperti berikut: i) pengambilan/sewaan tanah, bangunan atau aset tak alih yang lain; ii) perjanjian tanpa kontrak atau bantuan dalam bentuk perjanjian kerjasama, geran, pinjaman, cagaran, subsidi dan tajaan; iii) perolehan agensi fiskal atau perkhidmatan depositori; perkhidmatan pembubaran dan pengurusan untuk institusi kewangan yang dikawal selia; atau perkhidmatan yang berkaitan dengan penjualan, penebusan dan pengagihan hutang awam, termasuk pinjaman dan bon kerajaan, nota dan lain-lain sekuriti; iv) kontrak pengambilan pekerjaan bagi penjawat awam; |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
v) perolehan dilaksanakan dalam menyediakan bantuan di peringkat antarabangsa termasuk bantuan pembangunan; vi) perolehan dibiayai oleh organisasi antarabangsa atau geran, pinjaman atau bantuan daripada pihak antarabangsa/asing, hanya sekiranya organisasi atau penderma mengehadkan penyertaan syarikat daripada negara TPP; vii) perolehan dilaksanakan di bawah perjanjian antarabangsa berkaitan penempatan pasukan pengaman atau tentera atau pelaksanaan projek secara bersama oleh negara terlibat; dan viii) perolehan dilaksanakan di luar negara untuk pejabat perwakilan Malaysia. Semasa agensi membuat anggaran nilai perolehan untuk menentukan sama ada sesuatu perolehan itu adalah tertakluk di bawah Bab ini atau tidak, agensi hendaklah memasukkan anggaran maksimum jumlah keseluruhan nilai perolehan bagi seluruh tempoh pelaksanaan, dengan mengambil kira perkara berikut: i) semua jenis ganjaran, termasuk premium, yuran, komisyen, faedah atau lain-lain pendapatan yang diperuntukkan di bawah kontrak; ii) nilai opsyen, sekiranya ada; dan iii) kontrak diberi kepada satu atau beberapa syarikat di bawah perolehan yang sama, tanpa mengira tempoh kontrak diberi. Sekiranya agensi tidak mengetahui jumlah nilai |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
anggaran keseluruhan perolehan bagi seluruh tempoh pelaksanaan, perolehan tersebut dianggap perolehan yang tertakluk di bawah Bab ini. | |
Artikel 3: Pengecualian | Bab ini tidak tertakluk ke atas langkah-langkah kerajaan bagi tujuan berikut: i) untuk melindungi moral, ketenteraman dan keselamatan awam; ii) keperluan melindungi kehidupan manusia, haiwan atau tumbuhan, atau kesihatan, termasuk langkah- langkah berkaitan alam sekitar; iii) keperluan melindungi harta intelek; atau iv) berkaitan bekalan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh individu kelainan upaya atau banduan, atau sumbangan oleh dermawan atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. |
Artikel 4: Prinsip Umum | Layanan sama rata dan tanpa diskriminasi Setiap negara TPP perlu memberi layanan sama rata ke atas bekalan, perkhidmatan dan syarikat dari negara TPP yang lain setara dengan layanan yang diberikan ke atas bekalan, perkhidmatan dan syarikat tempatan. Setiap negara TPP juga perlu memastikan tiada diskriminasi ke atas bekalan, perkhidmatan dan syarikat dari negara TPP yang lain. Setiap negara TPP perlu memastikan agar agensi tidak mendiskriminasi syarikat tempatan atas sebab |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
ekuiti pemilikan asing dan sumber produk yang dikeluarkan oleh negara TPP yang lain. Kaedah perolehan Agensi hendaklah melaksanakan perolehan secara tender terbuka. Namun, agensi dibenarkan melaksana perolehan secara tender terhad (selective tendering), multi-use list atau rundingan terus (limited tendering), tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan. Peraturan tempasal (rules of origin) Bagi perolehan bekalan, peraturan tempasal bagi barangan yang kebiasaannya digunakan dalam urusan dagangan, adalah terpakai. Offsets Negara TPP dilarang mengenakan syarat offsets kepada syarikat. Offsets bermaksud penetapan syarat yang melibatkan penggunaan kandungan tempatan, syarikat tempatan, perlesenan teknologi, pemindahan teknologi, pelaburan, timbal balas atau tindakan yang serupa untuk menggalakkan pembangunan tempatan atau meningkatkan akaun imbangan pembayaran negara. Peraturan dan tatacara bukan khusus kepada perolehan Layanan sama rata dan tanpa diskriminasi tidak terpakai kepada peraturan dan tatacara berkaitan perkastaman dan pengimportan seperti duti kastam, |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
caj berkaitan import serta peraturan melibatkan perdagangan dalam perkhidmatan selain berkaitan perolehan kerajaan. Penggunaan kaedah elektronik Negara TPP hendaklah seboleh-bolehnya menggunakan kaedah elektronik bagi perolehan yang dilaksanakan termasuk bagi tujuan penyiaran maklumat perolehan, iklan tender dan dokumen tender serta penerimaan tender. Agensi hendaklah memastikan perolehan dilaksanakan menggunakan sistem dan perisian teknologi maklumat yang saling boleh operasi dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Di samping itu, agensi hendaklah memastikan integriti maklumat adalah terjamin melalui mekanisme yang bersesuaian. | |
Artikel 5: Langkah-Langkah Peralihan | Negara TPP berstatus negara sedang membangun dibenarkan melaksana langkah-langkah peralihan bagi tempoh tertentu. Langkah-langkah ini memberi ruang kepada negara sedang membangun untuk melewatkan pelaksanaan obligasi dengan serta merta iaitu apabila perjanjian berkuat kuasa. Antara langkah-langkah peralihan yang boleh dilaksanakan adalah: i) Program keutamaan harga; ii) Offsets; iii) Tambahan agensi atau sektor yang akan tertakluk |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
di bawah Bab ini; dan iv) Had nilai perolehan yang lebih tinggi pada awal pelaksanaan perjanjian ini dan diturunkan secara berperingkat kepada had nilai tetap. Negara yang dibenarkan mempunyai langkah-langkah peralihan perlu memperincikannya di bawah Seksyen J negara masing-masing. | |
Artikel 6: Penyiaran Maklumat Perolehan | Setiap negara TPP hendaklah dengan kadar segera menyiarkan peraturan dan tatacara berkaitan perolehan yang tertakluk di bawah Bab ini, termasuk perubahan atau tambahan kepada maklumat tersebut, melalui akhbar atau secara elektronik. Maklumat tambahan yang perlu disiarkan adalah iklan bagi tender terbuka, tender terhad dan multi-use list serta keputusan tender/perolehan. Akhbar atau medium elektronik yang digunakan hendaklah disenaraikan di bawah Seksyen I negara masing-masing. |
Artikel 7: Iklan Tender | Agensi hendaklah mengiklankan pelawaan tender (notice of intended procurement) yang mengandungi maklumat penting berkaitan perolehan tersebut melalui akhbar atau secara elektronik. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam iklan tender adalah nama dan alamat agensi, harga dokumen tender, perihal perolehan, tarikh tutup tender, alamat untuk mengemukakan tawaran tender dan bahasa yang digunakan. Bagi iklan tender, penggunaan Bahasa Inggeris adalah digalakkan. Perancangan Perolehan Agensi digalakkan pada awal tahun untuk menyiarkan perancangan perolehan yang mengandungi perihal perolehan dan jangkaan tarikh iklan tender. | |
Artikel 8: Syarat-Syarat Penyertaan | Setiap negara TPP boleh menghadkan syarat penyertaan di dalam perolehan yang tertakluk di bawah Bab ini bagi memastikan syarikat mempunyai keupayaan dari segi undang-undang, kewangan, komersial dan teknikal supaya membolehkan syarikat memenuhi syarat perolehan. Agensi tidak dibenarkan menetapkan syarat bahawa syarikat pernah mempunyai pengalaman melaksanakan kontrak di agensi berkenaan atau di dalam negara tersebut. Namun, Agensi boleh menetapkan syarat bahawa syarikat mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk melaksanakan perolehan tersebut. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Syarikat boleh disingkirkan sekiranya terdapat dokumen sokongan atas alasan muflis, pemalsuan akuan, prestasi lemah secara berterusan berdasarkan kontrak lepas dan kegagalan membayar cukai. | |
Artikel 9: Kelayakan Pembekal | Sistem Pendaftaran dan Tatacara Kelayakan Negara TPP boleh mengekalkan sistem pendaftaran syarikat yang mana syarikat yang berminat untuk menyertai perolehan dikehendaki berdaftar. Negara TPP hendaklah memastikan sistem pendaftaran atau tatacara kelayakan yang digunakan tidak bertujuan untuk menghalang atau melambatkan penyertaan syarikat dari negara TPP yang lain di dalam perolehan. Tender Terhad (selective tendering) Tender terhad merupakan kaedah perolehan yang mana agensi mempelawa hanya syarikat yang berkelayakan untuk mengemukakan tender. Tender terhad hendaklah dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu: i) Peringkat pertama - Agensi hendaklah mengiklankan pelawaan untuk syarikat menyertai tender terhad. - Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam iklan pelawaan tersebut adalah nama dan |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
alamat agensi, perihal perolehan, tarikh tutup pelawaan tender terhad, alamat untuk mengemukakan tawaran, syarat penyertaan dan bilangan syarikat yang mungkin dihadkan untuk peringkat kedua. - Syarikat akan dinilai dari segi kelayakan asas berdasarkan syarat penyertaan. Seterusnya, syarikat yang layak akan dipelawa untuk mengemukakan tawaran tender pada peringkat kedua. ii) Peringkat kedua - Dokumen tender akan diberikan kepada syarikat yang layak pada peringkat ini. - Syarikat akan mengemukakan tawaran tender dan akan melalui proses perolehan yang sama seperti tender terbuka. Multi-Use List Multi-use list merupakan senarai syarikat yang telah memenuhi syarat penyertaan yang ditetapkan oleh agensi untuk membekalkan barangan/perkhidmatan. Agensi akan menggunakan senarai tersebut lebih daripada sekali untuk melaksanakan perolehan dengan syarikat yang disenaraikan. Negara TPP boleh menggunakan multi-use list dengan syarat iklan hendaklah dibuat secara tahunan atau berterusan secara elektronik, bagi mempelawa syarikat yang berminat untuk dimasukkan ke dalam senarai. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam iklan tersebut adalah perihal perolehan, syarat penyertaan, nama dan alamat agensi, tempoh sah senarai dan kaedah untuk pembaharuan atau penamatannya, dan tarikh akhir permohonan perlu dikemukakan oleh syarikat. Agensi hendaklah dengan segera memaklumkan keputusan kepada semua syarikat yang telah memohon untuk dimasukkan ke dalam senarai, sama ada syarikat tersebut berjaya atau tidak. Selain itu, agensi juga perlu memaklumkan kepada syarikat dan sekiranya diminta, hendaklah memberi justifikasi secara bertulis ke atas keputusan berikut: i) Syarikat ditolak permohonannya untuk disenaraikan dalam multi-use list; ii) Syarikat tidak lagi diiktiraf sebagai syarikat yang layak untuk kekal dalam multi-use list; dan iii) Syarikat dikeluarkan daripada multi-use list. | |
Artikel 10: Rundingan Terus | Rundingan terus (limited tendering) merupakan kaedah perolehan yang membenarkan agensi melantik terus syarikat tertentu untuk melaksanakan perolehan, tertakluk kepada keadaan berikut: i) tiada tender dikemukakan oleh mana-mana syarikat selepas tamat tempoh pelawaan tender; ii) tiada tender yang memenuhi syarat penting/wajib yang dinyatakan di dalam dokumen tender; iii) tiada syarikat yang memenuhi syarat penyertaan tender; |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
iv) didapati berlaku pakatan harga dalam tender yang dikemukakan; v) hanya satu syarikat yang dapat melaksanakan perolehan yang melibatkan karya seni, perlindungan paten, hak cipta terpelihara atau hak eksklusif yang lain, atau ketiadaan persaingan disebabkan aspek teknikal; vi) bekalan tambahan yang tidak terdapat dalam kontrak asal tetapi masih perlu dibekalkan oleh syarikat yang telah diikat kontrak tersebut, memandangkan tempoh jaminan masih berjalan, atau syarikat lain tidak dapat menepati kriteria perolehan disebabkan aspek teknikal, atau akan menyebabkan kesukaran yang ketara atau pertindihan kos yang tinggi kepada agensi; vii) bekalan yang diperolehi daripada pasaran atau bursa komoditi; viii) prototaip yang dibuat terhad untuk satu tempoh percubaan atau berdasarkan permintaan oleh agensi khususnya untuk kontrak berkaitan penyelidikan, uji kaji, kajian atau pembangunan barangan tersebut. Namun, perolehan bekalan atau perkhidmatan yang seterusnya tidak lagi boleh dilaksanakan secara rundingan terus; ix) arahan perubahan kerja atau tambahan skop kerja bagi kontrak yang sedang berjalan dihadkan tidak melebihi 50% daripada nilai kontrak asal; x) perolehan dalam keadaan yang sangat menguntungkan Kerajaan dan wujud hanya bagi satu tempoh yang singkat contohnya daripada |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
pelupusan luar biasa, likuidasi, bankrap atau penerimaan; xi) pemenang pertandingan reka bentuk; atau xii) darurat. Agensi hendaklah menyediakan laporan atau menyelenggara rekod bagi perolehan yang dilaksanakan secara rundingan terus termasuk justifikasi penggunaan kaedah perolehan ini. | |
Artikel 11: Rundingan | Negara TPP boleh melaksanakan rundingan dengan petender, sekiranya: i) agensi telah menyatakan hasrat tersebut di dalam iklan tender; atau ii) hasil penilaian tender mendapati tiada tawaran tender yang paling menguntungkan dari segi kriteria penilaian seperti mana yang dinyatakan dalam iklan tender atau dokumen tender. Apabila agensi telah selesai melaksanakan rundingan dengan syarikat, tarikh tutup yang sama hendaklah terpakai untuk semua syarikat yang terlibat dalam rundingan untuk mengemukakan semula tawaran tender. |
Artikel 12: Spesifikasi Teknikal | Spesifikasi teknikal hendaklah dibuat, jika bersesuaian, berasaskan keperluan prestasi dan fungsi, berbanding reka bentuk atau ciri-ciri barang/perkhidmatan. Selain itu, spesifikasi teknikal |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
hendaklah berasaskan standard antarabangsa. Sekiranya tiada standard antarabangsa, peraturan teknikal tempatan, standard tempatan yang diiktiraf atau kod bangunan boleh digunakan. Spesifikasi teknikal yang disediakan hendaklah tidak menjurus kepada sesuatu jenama, paten, hak cipta, reka bentuk, jenis, buatan, pengeluar atau pembekal. Sekiranya tidak dapat dielakkan, ungkapan „atau persamaan‟ hendaklah digunakan. Agensi dilarang untuk memohon atau menerima khidmat nasihat daripada individu yang mungkin mempunyai minat komersial ke atas tender yang akan dipelawa sekiranya ia boleh menghalang persaingan. Agensi dibolehkan menyediakan spesifikasi untuk menggalakkan pemuliharan sumber asli atau perlindungan alam sekitar. Negara TPP dibenarkan untuk menyedia spesifikasi bagi melindungi maklumat Kerajaan yang sensitif termasuk spesifikasi yang boleh menjejaskan atau menghadkan penyimpanan, pengehosan dan pemprosesan maklumat daripada dilaksanakan di luar negara TPP tersebut. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Article 13: Dokumen Tender | Dokumen tender hendaklah disediakan dengan mengandungi semua maklumat penting bagi memudahkan syarikat untuk mengemukakan tender yang lengkap. Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam dokumen tender adalah perihal perolehan, syarat penyertaan, kriteria penilaian tender dan tarikh untuk penghantaran bekalan atau perkhidmatan. Agensi hendaklah mengemukakan maklum balas ke atas permohonan maklumat tambahan oleh syarikat, selagi syarikat tersebut tidak mendapat kelebihan berbanding syarikat lain. Sekiranya terdapat keperluan untuk agensi meminda maklumat di dalam iklan tender atau dokumen tender, agensi hendaklah memaklumkan pindaan tersebut kepada semua syarikat yang menyertai tender berkenaan dan seterusnya memberikan tempoh masa yang mencukupi kepada syarikat untuk meminda dan mengemukakan semula tawaran tender masing- masing. |
Artikel 14: Tempoh Masa | Agensi hendaklah memberi tempoh yang mencukupi bagi syarikat mendapatkan dokumen tender dan menyediakan tawaran tender. Tempoh tersebut hendaklah mengambil kira jenis dan tahap kerumitan perolehan tersebut. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Tempoh masa pelawaan adalah seperti berikut: i) bagi tender terbuka, tempoh pelawaan tender hendaklah sekurang-kurangnya 40 hari. ii) bagi tender terhad, tempoh pelawaan peringkat pertama adalah sekurang-kurangnya 25 hari manakala peringkat kedua adalah sekurang- kurangnya 40 hari. Tempoh masa pelawaan boleh dikurangkan sebanyak 5 hari bagi setiap satu keadaan berikut: i) iklan tender disiarkan secara elektronik; ii) dokumen tender boleh diakses secara elektronik dari tarikh iklan tender; dan iii) tawaran tender dikemukakan secara elektronik. Agensi juga dibolehkan untuk mengurangkan tempoh pelawaan daripada 40 hari kepada sekurang- kurangnya 10 hari sekiranya: i) perancangan perolehan disiarkan sekurang- kurangnya 40 hari dan tidak awal daripada 12 bulan dari tarikh iklan tender. Perancangan perolehan tersebut hendaklah mengandungi perihal perolehan, jangkaan tarikh iklan tender, alamat untuk mendapatkan dokumen tender dan maklumat yang terkandung dalam iklan tender; ii) keadaan mendesak sekiranya agensi mendapati tempoh pelawaan 40 hari adalah tidak praktikal; atau iii) agensi memperoleh bekalan atau perkhidmatan |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi | ||||
yang kebiasaannya komersial. | boleh | didapati | di | pasaran | |
Artikel 15: Layanan Ke Atas Tender Dan Pemberian Kontrak | Agensi hendaklah menguruskan semua tawaran tender mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan bagi menjamin kerahsiaan tender dan pelaksanaan perolehan secara adil dan saksama. | ||||
Agensi boleh membenarkan syarikat untuk meminda kesilapan yang tidak disengajakan di dalam borang tender iaitu antara tarikh pembukaan tender dan tarikh pemberian kontrak, dengan syarat peluang yang sama diberikan kepada semua syarikat yang menyertai tender tersebut. | |||||
Agensi hendaklah memastikan keputusan tender dibuat hanya berdasarkan kriteria penilaian yang dinyatakan dalam iklan tender dan dokumen tender, iaitu tawaran tender yang paling menguntungkan atau tawaran tender yang paling murah sekiranya harga adalah satu-satunya kriteria penilaian. | |||||
Agensi tidak dibenarkan untuk menggunakan opsyen, membatalkan perolehan atau mengubah/menamatkan kontrak dengan tujuan untuk mengelak daripada obligasi Bab ini. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Artikel 16: Maklumat Selepas Pemberian Kontrak | Agensi hendaklah dengan segera memaklumkan keputusan tender kepada semua syarikat yang telah mengemukakan tender, sama ada secara bertulis atau notis makluman. Agensi juga hendaklah, apabila diminta, mengemukakan penjelasan mengenai kegagalan syarikat dalam tawaran tendernya. Keputusan tender hendaklah disiarkan dengan kadar segera berdasarkan maklumat berikut: i) perihal perolehan; ii) nama dan alamat agensi; iii) nama dan alamat syarikat yang berjaya; iv) nilai tawaran tender; v) tarikh keputusan tender; dan vi) kaedah perolehan dan justifikasi bagi perolehan yang dilaksanakan secara rundingan terus. Dokumen, rekod dan laporan berkaitan kaedah perolehan yang dilaksanakan dan pemberian kontrak hendaklah disimpan sekurang-kurangnya 3 tahun daripada tarikh pemberian kontrak atau Surat Setuju Terima. |
Artikel 17: Penyataan Maklumat | Negara TPP hendaklah menyediakan maklumat apabila diminta oleh negara TPP yang lain. Maklumat yang diterima tidak boleh dikongsi dengan syarikat tanpa persetujuan negara pemberi terlebih dahulu. |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
Setiap negara TPP berhak untuk tidak berkongsi maklumat sekiranya penyataan maklumat tersebut: i) menghalang penguatkuasaan undang-undang; ii) menjejaskan persaingan yang adil antara syarikat; iii) menjejaskan kepentingan komersial yang sah bagi individu/syarikat tertentu termasuk perlindungan harta intelek; dan iv) bertentangan dengan kepentingan awam. | |
Artikel 18: Integriti Dalam Pelaksanaan Perolehan | Negara TPP hendaklah memastikan bahawa terdapat langkah-langkah pentadbiran atau pencegahan jenayah untuk menangani rasuah dalam perolehan kerajaan. Negara TPP juga hendaklah mewujudkan dasar dan tatacara untuk sebaik mungkin menghapuskan atau menguruskan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan dalam kalangan pihak yang terlibat dalam urusan perolehan atau mempunyai kuasa/pengaruh ke atas sesuatu perolehan. |
Artikel 19: Semakan Domestik | Syarikat boleh membawa aduan/pertikaian yang berkaitan dengan ketidakpatuhan agensi ke atas obligasi Bab Perolehan Kerajaan melalui mekanisme semakan domestik (domestic review). Bagi tujuan ini, negara TPP perlu menubuhkan sekurang-kurangnya satu pihak berkuasa semakan (review authority) yang berkecuali, sama ada secara pentadbiran atau kehakiman, untuk mempertimbangkan |
Artikel | Penerangan mengenai obligasi |
aduan/pertikaian tersebut. Sekiranya pihak berkuasa semakan adalah bukan pihak mahkamah, syarikat dibenarkan untuk mengemukakan aduan/pertikaian dalam tempoh sekurangnya-kurangnya 10 hari dari tarikh yang mana asas aduan/pertikaian diketahui oleh syarikat. Dalam proses aduan/pertikaian ini, agensi akan memberi maklum balas kepada aduan syarikat dan mengemukakan semua dokumen berkaitan kepada pihak berkuasa semakan. Syarikat kemudiannya akan turut diberi peluang untuk menjawab maklum balas daripada agensi, sebelum pihak berkuasa semakan membuat keputusan. Negara TPP hendaklah menyediakan tatacara berikut: i) mewujudkan langkah-langkah interim dengan kadar segera sementara menunggu penyelesaian aduan/ pertikaian. Ini bertujuan untuk memelihara peluang syarikat menyertai perolehan berkenaan dan memastikan agensi mematuhi segala komitmen di bawah Bab ini; dan ii) mengambil tindakan pembetulan yang boleh melibatkan bayaran pampasan. Tindakan sama ada untuk melaksanakan tatacara bagi langkah-langkah interim atau tindakan pembetulan boleh mengambil kira kesan negatif ke atas kepentingan tertentu termasuk kepentingan awam. Sekiranya tatacara tersebut tidak dilaksanakan atas |