DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Ministry of Finance, MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta masih sah tempohnya dalam kod bidang berkaitan untuk menyertai sebut harga berikut:
NO. SEBUT HARGA : DBPWS/5/2022
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA PENGUKURAN, PEMBERSIHAN TANAH DAN PEMAGARAN TANAH KURNIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DI JOHOR BAHRU
KOD BIDANG : CIDB G1, Kategori B04,B05, B11 atau B14 TARIKH PELAWAAN : 15 September 2022
TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada 29 September 2022 (Khamis) dan tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari. Sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
1. Penyebut Harga adalah diminta untuk menyemak dan meneliti spesifikasi serta syarat-syarat lain yang dinyatakan sebelum menawarkan harga. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi perolehan ini.
2. Semua kos yang berkaitan dengan sebut harga di atas adalah tanggungjawab pembekal.
3. Penyebut harga adalah diingatkan supaya mencatat dengan jelas harga yang ditawarkan di ruangan yang disediakan di dalam dokumen sebut harga.
4. Dokumen sebut harga hendaklah dihantar secara salinan keras (serahan tangan/pos laju/berdaftar) tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 29 September 2022 (Khamis).
5. Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan diterima.
6. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan penilaian akan dibuat mengikut item pembekalan.
8. Adalah diingatkan bahawa kegagalan pihak syarikat mematuhi arahan-arahan dinyatakan boleh menyebabkan pertimbangan terhadap sebut harga syarikat akan terjejas.
9. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut tentang sebut harga ini, sila hubungi Encik Xxxxxxxx Xxxxxxxxx xxx Xxxxxxx (tentang spesifikasi) di talian 03 - 2147 9156 atau Encik Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx (tentang sebut harga) di talian 00-0000 0000 atau Encik Xxxxxxxx Xxxxxx xxx Xxxxxxxx (tentang sebut harga) di talian 07-2358553.
S
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. Perihal Sebut harga
(i) Sebut harga ini adalah Kerja Pembaikan Kabinet Pantri dan Kerja Lain Yang Berkaitan Di Rumah Institusi Pengarah DBP Wilayah Selatan.
(ii) Sebut harga ini adalah tertakluk kepada arahan, syarat-syarat am dan syarat- syarat khas sebut harga.
2. Arahan Kepada Penyebut harga
(i) Kelayakan Menyertai Sebut harga
a. Pelawaan adalah terikat kepada arahan dan syarat-syarat am serta syarat- syarat yang lain yang disertakan bersama-sama dokumen sebut harga ini.
b. Semua penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebut harga. Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum membuat tawaran. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan menyebabkan tawaran sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Pematuhan Syarat dan Spesifikasi Sebut harga
a. Penyebut harga mesti mematuhi semua syarat dan spesifikasi sebut harga. Tawaran sebut harga yang gagal mematuhi mana-mana syarat dan spesifikasi sebut harga akan ditolak.
b. Penyebut harga perlu mengemukakan semua dokumen yang dikehendaki dan memastikan bahawa dokumen yang dihantar adalah lengkap dan diisi dengan betul. Susunan dan format dokumen / borang hendaklah mengikut ketetapan dalam dokumen sebut harga.
c. Penyebut harga perlu memotong dan menandatangani ringkas sebarang pembetulan atau pindaan yang dibuat. Penggunaan pemadam cecair dalam apa juga cara adalah tidak dibenarkan.
d. Semua dokumen yang diserahkan oleh penyebut harga, termasuk manual teknikal hendaklah dalam Bahasa Melayu dan / atau Bahasa Inggeris.
1
(iii) Kos Penyertaan dan Penyediaan Dokumen Sebut harga
a. Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga adalah ditanggung sendiri oleh pihak penyebut harga. DBP tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.
b. DBP tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga dalam sebut harga dan / atau perjanjian ini. Penyebut harga yang mempunyai sebarang permasalahan berkaitan sebut harga dan / atau perjanjian hendaklah merujuk terus kepada DBP.
c. DBP boleh membatalkan sebut harga ini tanpa memberikan sebarang alasan kepada semua penyebut harga dan kos-kos yang terlibat semasa penyediaan sebut harga ini tidak akan ditanggung oleh DBP.
3. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
(i) Peringatan mengenai kesalahan rasuah adalah dengan merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009 seperti berikut:
a. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009).
b. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
c. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan penyebut harga atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
d. Mana-mana penyebut harga atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan melakukan kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
2
4. Integrity Pact dalam Perolehan Kerajaan
(i) Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Xxx 00 XX. 2 (13) bertarikh 1 April 2010 seperti berikut:
a. Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa penyebut harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau merupakan individu yang diberi kuasa berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan / perjanjian ini.
b. Penyebut harga yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan sebagai juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa beliau tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa dan menandatangani bagi pihak syarikat.
5. Borang Sebut harga
(i) Penawaran sebut harga hendaklah dibuat melalui borang-borang yang telah disediakan dalam dokumen sebut harga seperti berikut:
a. Dokumen Kewangan
i. Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxx
ii. Surat Akuan Penyebut harga
iii. Surat Akuan Pembida (Penyebut harga)
(ii) Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen dengan teliti sebelum mengisi borang sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan mengakibatkan tawaran sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(iii) Semua lampiran dalam dokumen sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta mematuhi arahan yang ditetapkan.
3
SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
Tertakluk pada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. Kelayakan Untuk Memasuki Sebut Harga
Penyebut harga bertaraf Bumiputera serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Ministry of Finance Malaysia, MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
2. Tawaran Harga
(i) Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos berkaitan dengan perkhidmatan / bekalan / kerja seperti pengangkutan, peralatan, cukai dan termasuk semua kos luar jangka yang berkaitan dengan skop dan spesifikasi perkhidmatan (sekiranya berkaitan).
(ii) Harga yang ditawarkan dalam tawaran ini adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran sebut harga ini ditutup serta akan berkuat kuasa dalam tempoh sah laku sebut harga.
(iii) Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan kecuali atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak. Harga yang ditawarkan haruslah mengikut mekanisme penggenap harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan sahaja.
(iv) Harga yang ditawarkan juga mestilah mengambil kira segala kos yang terlibat semasa atau selepas tawaran, kos pentadbiran dan lain-lain kos yang berkaitan termasuk cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan.
(v) DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut harga bukanlah nilai muktamad yang akan ditetapkan oleh DBP sekiranya berjaya dalam penawaran sebut harga ini.
(vi) Penyebut harga hanya boleh mengemukakan satu tawaran harga sahaja Tawaran Pilihan (Alternative Offer) adalah tidak dibenarkan sama sekali dan tidak akan dipertimbangkan.
4
3. Spesifikasi dan Skop
(i) Spesifikasi dan skop perkhidmatan / bekalan / kerja adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Lampiran. Penyebut harga hendaklah meneliti perkhidmatan
/ bekalan / kerja yang diperlukan supaya tidak timbul masalah kesilapan meletak harga.
(ii) Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada perbezaan di antara tafsiran DBP dengan penyebut harga mengenai spesifikasi yang berkenaan tidak akan dilayan.
(iii) Semua perkhidmatan / bekalan / kerja yang diberikan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
(iv) Sebut harga ini boleh ditawarkan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang setara serta bersesuaian dengan syarat butiran penuh mengenai perkhidmatan
/ bekalan / kerja tersebut diberi.
(v) Penyebut harga adalah dikehendaki menaip atau menulis dengan jelas segala maklumat yang diberikan dalam tawaran sebut harga. Tawaran sebut harga dengan maklumat yang kabur, tidak jelas dan susah dibaca akan ditolak.
4. Tawaran Lengkap
Penyebut harga dimestikan mengemukakan tawaran yang lengkap bagi tawaran perkhidmatan / bekalan / kerja yang dinyatakan dalam Lampiran. Penyebut harga yang gagal mengemukakan tawaran yang lengkap seperti yang dinyatakan dalam lampiran- lampiran yang diperlukan boleh menyebabkan tawaran sebut harga tersebut ditolak.
5. Pelanggaran Syarat-Syarat Sebut harga
(i) Penyebut harga yang memasuki sebut harga tidak boleh melanggar perkara-perkara seperti berikut:
a) melakukan pakatan harga
b) memalsukan maklumat dengan tujuan menyertai sebut harga;
c) memalsukan tandatangan pada cap ‟Salinan Diakui Sah” dalam setiap dokumen yang dikemukakan; dan
d) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen dan borang sebut harga serta peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.
(ii) Penyebut harga yang berjaya memenangi sebut harga tidak boleh melanggar syarat iaitu antaranya:
a) perkhidmatan / bekalan / kerja tidak mengikut spesifikasi
b) tidak menyerahkan Bon Pelaksanaan (sekiranya berkaitan) dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 30 hari dari tarikh SST dikeluarkan
5
c) didapati memajakkan mana-mana bahagian daripada tawaran ini atau membuat apa-apa kontrak kecil (sub-contract); dan
d) lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga / dokumen tawaran serta peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.
(iii) Penyebut harga yang melanggar syarat sebut harga seperti di para 5(i) dan 5(ii) di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
a) Pembatalan SST
b) Amaran
c) Denda / Pemotongan
d) Rampasan Bon Pelaksanaan
e) Penamatan Kontrak
f) Senarai Hitam Syarikat
6. Tempoh Sah Laku Sebut harga
(i) Semua harga yang ditawarkan oleh penyebut harga hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari daripada tarikh tutup sebut harga.
(ii) Mana-mana penyebut harga yang mengemukakan tempoh sah laku harga kurang daripada masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama secara bertulis oleh kedua-dua belah pihak jika dan apabila perlu.
7. Surat Setuju Terima
(i) DBP berhak menyetuju terima sebut harga ini sama ada kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
(ii) Keputusan DBP adalah muktamad. DBP tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga mengenai sebab- sebab tawaran mereka tidak berjaya.
(iii) SST hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada DBP dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh SST dikeluarkan. Xxxxxxxxx menyerahkan kembali SST dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh DBP akan menyebabkan tawaran sebut harga tersebut terbatal dengan sendirinya.
6
8. Bon Pelaksanaan
(i) Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti berikut:
a) 2.5% daripada jumlah harga tawaran keseluruhan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
b) 5% daripada jumlah harga tawaran keseluruhan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang bernilai melebihi RM500,000.00.
(ii) Penyebut harga hendaklah menyerahkan kepada DBP suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk:-
a) Jaminan Bank atau Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank atau Syarikat Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang beroperasi di Malaysia;
b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) yang beroperasi di Malaysia;
c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 (Akta 553) yang beroperasi di Malaysia;
d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 (Akta 312); atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank) yang beroperasi di Malaysia
(iii) Bon Pelaksanaan yang yang diserahkan oleh penyebut harga tidak boleh batal dengan nilai dan peratusan dari nilai tawaran dalam 30 hari dari tarikh SST atau dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh DBP, sebagai jaminan bahawa penyebut harga tidak akan melanggar dan akan mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat sebut harga ini dan, selain remedi yang diberikan kepada DBP dalam sebut harga ini, DBP berhak mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat- syarat dalam sebut harga ini dan / atau jika tawaran sebut harga ini ditamatkan
/ dibatalkan sebelum perkhidmatan / bekalan / kerja diselesaikan tanpa menyentuh apa-apa hak lain DBP dalam perjanjian ini.
(iv) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah sentiasa tetap dan hendaklah berkuatkuasa selama 12 bulan selepas tarikh penamatan.
(v) Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan:
a) diambil atau dirampas secara keseluruhan darinya, penyebut harga hendaklah menggantikan Bon Pelaksanaan itu dengan Bon
7
Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas; atau
b) diambil atau dirampas sebahagian daripadanya, penyebut harga hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada bahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas.
(vi) Bon Pelaksanaan adalah menjadi sebahagian tawaran dan akan dikembalikan kepada penyebut harga selepas tempoh yang dinyatakan di para 8(iv) dan tertakluk kepada apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengurangan atau potongan yang boleh dibuat oleh DBP mengikut syarat-syarat dan terma-terma dalam tawaran sebut harga ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma- terma atau syarat-syarat yang dilakukan oleh penyebut harga.
9. Pembayaran
(i) Semua pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
(ii) Penyebut harga diberi peringatan untuk mengemukakan bil / tuntutan yang lengkap dalam tempoh 14 hari dari tarikh perkhidmatan / bekalan / kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera.
(iii) DBP tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan pembayaran kepada penyebut harga jika bil / tuntutan tidak dihantar ataupun tidak lengkap dengan segera dalam tempoh 14 hari.
(iv) Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh DBP yang disempurnakan pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar oleh pihak DBP.
10. Xxxxxxx Xxxxx Xxxxxxx / Xxxxxxx Xxxxxxx
(i) Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran yang telah dikemukakan.
(ii) Penyebut harga juga tidak boleh menolak tawaran DBP sekiranya penyebut harga berjaya mendapat tawaran tersebut. Jika penyebut harga berbuat demikian, nama penyebut harga akan dikemukakan kepada MOF untuk tindakan / disenarai hitamkan.
(iii) Perkara di para 10(i) dan 10(ii) hanya boleh dipertimbangkan sekiranya penyebut harga mempunyai alasan yang munasabah dan dipersetujui oleh pihak DBP.
11. Pemeriksaan
(i) DBP sentiasa berhak menghendaki perkhidmatan / bekalan / kerja diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
(ii) Penyebut harga hendaklah memberikan kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
8
12. Perakuan Penentuan Telah Dipatuhi
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan / bekalan / kerja yang mengikut skop, spesifikasi, syarat serta penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.
13. Penolakan
(i) Perkhidmatan / bekalan / kerja yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada perkhidmatan / bekalan / kerja yang telah dipersetujui dalam sebut harganya boleh ditolak.
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah meminda perkhidmatan / bekalan
/ kerja yang ditolak itu atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan hendaklah membayar balik kepada DBP segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai perkhidmatan / bekalan / kerja yang ditolak itu.
(iii) Syarat di 13(i) dan 13(ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak DBP untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran tawaran sebut harga.
14. Insurans
Tiada apa-apa insurans ke atas perkhidmatan / bekalan / kerja dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
15. Pembungkusan
(i) Harga yang ditawarkan diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
(iii) Bagi barangan yang diimport ke Malaysia, barangan hendaklah dibungkus dengan bahan yang sesuai, melainkan jika mengikut norma perdagangan barangan itu diimport dengan tidak dibungkus.
16. Pengenalan
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal perkhidmatan / bekalan / kerja itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
9
17. Iklan
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah dihantar dan diluluskan oleh DBP terlebih dahulu.
18. Kerahsiaan
Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain selain daripada tawaran ini sahaja.
19. Penamatan Tawaran
DBP berhak pada atau bila-bila masa menamatkan tawaran ini sekiranya didapati perkhidmatan / bekalan / kerja yang diberi oleh penyebut harga tidak memuaskan.
20. Perubahan Syarat-Syarat
(i) DBP sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang ditentukan untuk sebut harga ini dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh DBP.
(ii) Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja maka perubahan perbelanjaan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.
21. Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang terbit antara DBP dengan penyebut harga yang berjaya mengenai pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa tawaran, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah, kecuali selain yang dipersetujui dengan bertulis di antara DBP dengan penyebut harga yang berjaya, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh DBP dan seorang oleh penyebut harga.
22. Undang-Undang
Pelawaan dan tawaran sebut harga ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.
10
PELAWAAN SEBUT HARGA DBPWS/5/2022:
KERJA PENGUKURAN, PEMBERSIHAN TANAH DAN PEMAGARAN TANAH KURNIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DI JOHOR BAHRU
Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah, berkuat kuasa serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini dipelawa untuk menyertai Sebut Harga DBPWS/5/2022, seperti maklumat yang berikut:-
Butiran Sebut Harga | Tarikh Tutup : 29 September 2022 (Khamis) Tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari (Melalui serahan tangan dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga). |
Alamat : Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan Xx.0 & 0, Xxxxx Xxxxx Xxxx’ Xxxx Xxxx Xxxxxxxx 0, Xxxxxx Xxxxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxx, Xxxxx. | |
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spesifikasi pembekalan, sila hubungi Encik Xxxxxxxxx xxx Xxxxxxx di talian 00-0000 0000 atau melalui e-mel x_xxxx@xxx.xxx.xx. |
Maklumat lanjut (Dokumen Sebut Harga) : Encik Xxxx Xxxxxxxxx xxx Xxxxx Xxxxxxx – 00-0000 0000
: Encik Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx – 00-0000 0000
: Xxxxx Xxxxxxxx Xxxxxx xxx Xxxxxxxx – 07-2358533 Maklumat lanjut (Dokumen Spesifikasi) : Encik Xxxxxxxx Xxxxxxxxx xxx Xxxxxxx – 00-0000 0000
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Tuan,
SEBUT HARGA DBP : …………… PERKHIDMATAN KERJA : …………………………………………………………………………
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Sebut Harga (Lampiran Q), saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini adalah dengan ini mengambil bahagian dalam sebut harga seperti di atas mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Lampiran Q dan Dokumen Sebut Harga.
2. Saya bersetuju menerima, mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Spesifikasi Sebut Harga ini dan bersetuju di atas harga yang ditawarkan sebanyak RM (Ringgit Malaysia: ……………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………)
3. Saya juga bersetuju untuk menerima kesemua atau sebahagian daripada item yang ditawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan DBP. Saya juga bersetuju bahawa harga yang saya nyatakan dalam dokumen sebut harga ini akan sah laku dan tidak ditarik balik dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya sebut harga saya diterima, satu Surat Pesanan atau Surat Tawaran (mana yang berkenaan) akan dikeluarkan dan saya akan menyempurnakan perolehan bekalan atau perkhidmatan atau kerja tersebut dengan DBP.
5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri, semua dokumen yang dilampirkan adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebut Harga.
Bagi pihak penyebut harga:
Tandatangan Penyebut Harga : Nama Penuh : No Kad Pengenalan : Alamat/Cap Syarikat :
Tarikh :
Di hadapan:
Tandatangan Saksi : Nama Penuh Saksi : No Kad Pengenalan Saksi : Alamat/Cap Syarikat :
Tarikh :
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA DBP : ……………..SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN……………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
Saya, no. kad pengenalan yang mewakili no. pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 tindakan tatatertib lain-lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang benar,
.....................................................................
Nama :
No. Kad Pengenalan : Cap Syarikat :
PENGESAHAN KEHADIRAN: TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK
SEBUT HARGA DBPWS/5/2022: KERJA PENGUKURAN, PEMBERSIHAN TANAH DAN PEMAGARAN TANAH KURNIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH SELATAN
Tarikh : 22 September 2022 (Khamis) Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lot 123116, Taman Impian Emas, Mukim Tebrau, Johor Bahru, Johor
NAMA WAKIL SYARIKAT | PENGESAHAN KEHADIRAN TAKLIMAT SEBUT HARGA | PENGESAHAN KEHADIRAN LAWATAN TAPAK |
.......................................................... TANDA TANGAN & CAP SYARIKAT | .......................................................... TANDA TANGAN | .......................................................... TANDA TANGAN |
NAMA : NAMA SYARIKAT : NO. TELEFON : EMEL : | NAMA : JAWATAN : BAHAGIAN : | NAMA : JAWATAN : BAHAGIAN : |
• NOTA : Dokumen ini hendaklah dilampirkan dalam dokumen Sebut Harga
DOKUMEN SPESIFIKASI TEKNIKAL
KERJA PENGUKURAN, PEMBERSIHAN TANAH DAN PEMAGARAN TANAH KURNIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DI JOHOR BAHRU
DISEDIAKAN UNTUK URUS SETIA PEROLEHAN OLEH: BAHAGIAN PENTADBIRAN AM
TARIKH: 29 OGOS 2022
KETERANGAN UMUM | |
Alamat Tapak: | |
Lox 000000, | |
Xxxxx Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx, | |
Xxxxx Xxxxx | |
A | KETERANGAN UMUM |
1 | Tempoh penyiapan kerja jabatan ialah selama 6 minggu. |
2 | Tempoh jaminan kerja jabatan ialah selama 12 bulan. |
3 | Tempoh jaminan bahan/peralatan ialah selama 12 bulan. |
4 | Mengemukakan senarai lengkap nama berserta no. kad pengenalan pekerja dan permit kerja kepada |
Pengurus Projek. Pelantikan pekerja asing perlu mematuhi peraturan pengambilan pekerja asing yang | |
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Malaysia. | |
5 | Membuat pengukuran sendiri keluasan kawasan yang terlibat berdasarkan penerangan semasa |
taklimat tapak dan pelan yang dibekalkan sebelum memberikan tawaran harga. Sebarang pindaan | |
tawaran harga tidak dibenarkan dan tidak akan dipertimbangkan. | |
6 | Kerja mengalih dan memindahkan peralatan atau apa sahaja bentuk halangan kepada kerja ini dan |
meletakkan semula seperti lokasi asal serta sebarang kerosakan adalah di bawah tanggungan pihak | |
kontraktor. | |
7 | Menyediakan jadual kerja sebelum pelaksanaan kerja dan kemukakan kepada Pengurus Projek untuk |
kelulusan/pengesahan. | |
8 | Mengemukakan laporan kemajuan kerja setiap minggu. (Kekerapan penyediaan laporan akan |
ditentukan oleh Pengurus Projek. | |
9 | Memastikan kotak agihan kuasa (distribution box) dan komponen perkakasan DBP sedia ada dalam |
keadaan yang baik dan berfungsi sempurna. Jika sepanjang skop kerja didapati rosak pihak kontraktor | |
perlu membaiki dan selamat digunakan. | |
10 | Pekerja perlu mengutamakan aspek keselamatan dan memakai peralatan keselamatan yang sesuai |
terutama ketika mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan elektrik, mekanikal dan pembekalan | |
peralatan tersebut di bawah tanggungjawab kontraktor. Selain itu, bagi kerja-kerja elektrik hendaklah | |
mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang yang diluluskan oleh: | |
i. Suruhanjaya Tenaga | |
ii. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. | |
iii. Pemegang Lesan dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik. | |
iv. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. | |
v. Pihak Bekuasa Tempatan. |
11 | Formula kenaan denda: V(T + D) -------- X 5% T V: Nilai Kontrak T: Tempoh Penyiapan Kerja D: Bilangan Hari Lewat Jadual |
12 | Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengikat satu kontrak dengan DBP bagi perkhidmatan/kerja seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut harga dalam tempoh penyiapan kerja dan tempoh jaminan. Kos berkenaan mati setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri sebanyak empat (4) naskah adalah di bawah tanggungjawab dan tanggungan penyebut harga. |
KERJA PENGUKURAN, PEMBERSIHAN TANAH DAN PEMAGARAN TANAH KURNIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DI JOHOR BAHRU
BIL | SKOP KERJA/SPESIFIKASI | UNIT | KUANTITI | HARGA SEUNIT (RM) | JUMLAH HARGA (RM) |
B. | KERJA AWALAN | ||||
1 | Menyediakan perkhidmatan operator | Trip | 25 | ||
dan lori maksimum 10 tan. Sampah, | |||||
pokok atau bahan buangan mestilah | |||||
dibuang ke tempat yang diluluskan oleh | |||||
PBT. Segala kos berkaitan kelulusan PBT | |||||
dan jumlah trip adalah di bawah | |||||
tanggungan kontraktor. | |||||
C. | PENGUKURAN TANAH | ||||
1 | Melaksanakan kerja pengukuran tanah | Set. | 6 | ||
untuk penentuan dan penandaan | |||||
sempadan tapak berdasarkan pelan | |||||
tapak yang dibekalkan. Kuantiti batu | |||||
penandaan adalah sebanyak 6 unit. | |||||
Skop kerja mestilah mengikut tatacara | |||||
pengukuran yang bertauliah. Pelan | |||||
lokasi di Lampiran 1. | |||||
D. | KERJA PEMBERSIHAN TANAH | ||||
1 | Menyediakan tenaga kerja dan | M2 | 9006 | ||
peralatan kerja yang berkaitan dengan | |||||
kerja ini. Melaksanakan kerja | |||||
pemotongan, pembersihan dan | |||||
membawa keluar daripada kawasan | |||||
DBP keseluruhan pokok-pokok besar, | |||||
pokok renek, lalang dan rumput serta | |||||
seperti diarahkan oleh Pengurus Projek. | |||||
Kontraktor DILARANG MEMBAKAR sisa | |||||
buangan dan sampah sarap dalam | |||||
kawasan DBP. | |||||
E. | PEMASANGAN PAGAR |
4
1 | Membekal dan memasang tiang pagar jenis keluli lembut (angle bar) tebal 3mm dengan satu (1) lapisan cat anti karat dan dua (2) lapisan cat kemasan lengkap dengan aksesori lain yang berkaitan. Pemasangan tiang mestilah ditanam dengan kedalaman 450mm disaluti dengan lapisan simen mortar. Ketinggian tiang adalah 2300mm dan jarak antara tiang adalah 2300mm. Sila rujuk Lampiran 2. | Nos. | 178 | ||
Kontraktor perlu membuat pengukuran semula keadaan tapak untuk pengiraan kuantiti berdasarkan pelan yang dilampirkan. | |||||
2 | Membekal dan memasang pagar yang baharu jenis dawai berduri (barded wire) tebal 3mm bersalut PVC lengkap dengan aksesori lain yang berkaitan. Bilangan para yang terlibat adalah sebanyak 5 para. | M | 2,012.1 | ||
i. Sila rujuk Lampiran 2. Kontraktor perlu membuat pengukuran semula keadaan tapak untuk pengiraan kuantiti berdasarkan pelan yang dilampirkan. | |||||
3 | Membekal dan memasang pintu jenis mild steel lengkap dengan kerangka pintu satu (1) daun saiz 900mm (L) x 1850mm (T) dengan satu (1) lapisan cat anti karat dan dua (2) lapisan cat kemasan. Skop kerja termasuk membekal dan memasang set kunci dan aksesori pintu yang berkaitan. Kontraktor perlu membuat pengukuran semula keadaan tapak untuk pengiraan kuantiti berdasarkan pelan yang dilampirkan. | Set. | 1 |
5
4 | Membekal dan memasang papan tanda jenis alucobond dengan kemasan reflective sticker menggunakan font jenis Arial Bold. Skop termasuk membekal dan memasang tiang papan tanda jenis mild steel hollow saiz 2” ditanam dengan kedalaman 18” sebanyak dua (2) unit. Kontraktor perlu mengemukakan sampel/reka bentuk papan tanda kepada Pengurus Projek untuk kelulusan. Kenyataan papan tanda akan disediakan oleh Pengurus Projek. JUMLAH KESELURUHAN HARGA | Set. | 2 |
6
BORANG 1
JADUAL HARGA
Tertakluk kepada Keterangan Umum, Skop Kerja/Spesifikasi, Pelan dan semua dokumen yang terdapat dalam Dokumen Sebut harga, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah bersetuju dengan skop kerja/spesifikasi dan menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga keseluruhan sebanyak:
Ringgit Malaysia:
RM:
Tawaran-tawaran harga/kerja merangkumi perkara berikut:
Tempoh Penyiapan Kerja Tempoh Jaminan Kerja
Tempoh Jaminan Bahan/Peralatan
: minggu.
: minggu.
: minggu.
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh: Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan: Cap Syarikat:
BORANG 2
PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT
1 Sila nyatakan kerja dalam tangan atau projek yang masih dikendalikan yang melibatkan nama organisasi, butiran kerja, tempoh kontrak, tarikh mula kontrak, tarikh tamat kontrak dan nilai kontrak. Keutamaan adalah pada kerja yang berkaitan sebut harga ini.
2 Senarai pengalaman dalam perkhidmatan/kerja yang berkaitan dengan sebut harga ini atau yang berkaitan sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun yang lepas dan semasa (2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022). Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima dan dokumen sokongan sebagai pembuktian.
BIL | ORGANISASI | BUTIRAN KERJA | TEMPOH KONTRAK | TARIKH | NILAI KONTRAK (RM) | |
MULA | TAMAT | |||||
BIL | ORGANISASI | BUTIRAN KERJA | TEMPOH KONTRAK | TARIKH | NILAI KONTRAK (RM) | |
MULA | TAMAT | |||||
Nota: Penyebut harga boleh melampirkan jadual baharu jika ruangan tidak mencukupi menggunakan format sedia ada.
BORANG 3
MAKLUMAT KAKITANGAN SYARIKAT
1 Sila nyatakan dan sertakan kedudukan bilangan kakitangan, tahun pengalaman dan kelayakan.
2 Sekiranya syarikat mengambil pekerja warganegara asing, sila lampirkan salinan Sijil Kesihatan dan Permit Kerja yang sah.
BIL | NAMA | JAWATAN | MULA BERKHIDMAT DAN JUMLAH TAHUN PENGALAMAN |
BORANG 4
SENARAI PERALATAN SOKONGAN SYARIKAT
BIL | NAMA PERALATAN | JUMLAH |
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2