Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
PENDAFTARAN | |||
SEBUT HARGA BIL. 1/2021 PEMBEKALAN TONER & CARTRIDGE | 210101 | 6 Januari 2021 / Laman Web SPPP | 13 Januari 2021 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 0X Xxxxxx Xxxx Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (u.p. Urusetia Sebut Harga) 2. Sila rujuk kepada Senarai Semak (Borang C) sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 3. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SEBUT HARGA BIL.1/2021: PEMBEKALAN TONER & CARTRIDGE. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 13 Januari 2021, jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak. 5. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. 6. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. |
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 6 Januari 2021
Borang A
Bil. | Spesifikasi Bekalan | Kadar Harga Seunit (RM) | Kuantiti | Jumlah (RM) |
SILA LIHAT DI LAMPIRAN A |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Jumlah Ringgit Malaysia (tidak termasuk SST):-
.............................................................................................................................................
Jumlah Ringgit Malaysia (termasuk SST, sekiranya ada):-
.............................................................................................................................................
i. *No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Membekalkan barang dalam tempoh 3 bulan Boleh/ Tidak Boleh
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan : Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Am
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulin, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.
4. BARANG-BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
5. PENYETUJUAN
(i) SPPP tidak terikat untuk menyetujuterima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga.
(ii) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
(i) SPPP adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa
Barang-barang Perkhidmatan
yang dibekalkan
oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
(i) Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.
(ii) Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.
(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak SPPP untuk mendapatkan gantirugi kerana kemungkiran kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang terlebih dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURAN
Tiada apa-apa insuran atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
15. PENALTI LEWAT PENGHANTARAN
Penalti akan dikenakan terhadap pembekal sekiranya tidak dapat membuat penghantaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kadar penalti adalah seperti berikut:
18% X jumlah nilai kontrak x bilangan hari yang lewat bekal 365
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
16. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
17. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
18. PEMBUNGKUSAN
(i) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
PNMB., K.L.
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL.1/2021 PEMBEKALAN TONER & CARTRIDGE
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkenaan.
Borang C
SENARAI SEMAK (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Urusetia Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tempoh bekal) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat ) | ||
5. | *Senarai Pengalaman Pembekalan Toner & Cartridge yang lepas beserta amaun | ||
6. | Penyerahan Katalog (Sekiranya ada) | ||
7. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (September 2020, Oktober 2020 dan November 2020) | ||
8. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan: Nama : Jawatan: Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Urusetia Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil….(jika ada) Tanda tangan: …………………………………… Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
LAMPIRAN A
SPESIFIKASI UMUM
1. TUJUAN
Tujuan spesifikasi ini adalah untuk memberi penerangan kepada Penyebutharga mengenai Sebutharga bagi Pembekalan Toner & Cartridge.
2. SKOP PEMBEKALAN
Membekal dan menghantar toner & cartridge bagi kegunaan mesin pencetak dan mesin faks pejabat.
3. DEFINASI PEMBEKALAN
3.1 Membekal
Membekal toner & cartridge bagi kegunaan mesin pencetak dan mesin faks.
3.2 Menghantar
Menghantar toner & cartridge ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 0X, Xxxxxx Xxxx Xxxxxx, 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx.
4. Penyebutharga hendaklah memastikan bekalan toner & cartridge adalah asli, baru dan bebas daripada kecacatan perkilangan. Bekalan penyebutharga akan ditolak sekiranya aras pembekalan yang ditetapkan tidak dicapai.
ITEM | SPESIFIKASI BEKALAN | KADAR HARGA SEUNIT (RM) | KUANTITI | JUMLAH (RM) |
1 | HP 126A LaserJet Imaging Drum (CE314A) | 3 | ||
2 | HP 126A Black Original LaserJet Toner Cartridge (CE310A (Bk)) | 18 | ||
3 | HP 126A Cyan Original LaserJet Toner Cartridge (CE311A(Cyan)) | 8 | ||
4 | HP 126A Yellow Original LaserJet Toner Cartridge (CE312A (Yellow)) | 8 | ||
5 | HP 126A Magenta Original LaserJet Toner Cartridge (CE313A (Magenta)) | 8 | ||
6 | HP Color LaserJet Enterprise M533dn Black Cartridge - CF360A (BK) | 2 | ||
7 | HP Color LaserJet Enterprise M533dn Cyan Cartridge - CF361A (C ) | 2 | ||
8 | HP Color LaserJet Enterprise M533dn Yellow Cartridge - CF362A (Y) | 3 | ||
9 | HP Color LaserJet Enterprise M533dn Magenta Cartridge - CF363A (M) | 2 | ||
10 | Original CANON PIXMA MP 150 (PG- 40 (BK)) | 1 | ||
11 | Original CANON PIXMA MP 150 (CL- 41 (C )) | 1 | ||
12 | HP Laser Jet Black Toner Cartridge 416A - W2040A (BLACK) | 3 | ||
13 | HP Laser Jet Cyan Toner Cartridge 416A - W2041 (CYAN) | 3 | ||
14 | HP Laser Jet Yellow Toner Cartridge 416A - W2042A (YELLOW) | 3 | ||
15 | HP Laser Jet Magenta Toner Cartridge 416A - W2043A (MAGENTA) | 3 |
ITEM | SPESIFIKASI BEKALAN | KADAR HARGA SEUNIT (RM) | KUANTITI | JUMLAH (RM) |
16 | HP Color LaserJet M154A Printer (CF510A (Bk)) | 8 | ||
17 | HP Color LaserJet M154A Printer (CF511A (Cyan)) | 4 | ||
18 | HP Color LaserJet M154A Printer (CF512A (Yellow)) | 4 | ||
19 | HP Color LaserJet M154A Printer (CF513A (Magenta)) | 4 | ||
20 | HP Color LaserJet MFP M477fdw Printer - CF410A (Bk) | 2 | ||
21 | HP Color LaserJet MFP M477fdw Printer - CF411A (Cyan) | 2 | ||
22 | HP Color LaserJet MFP M477fdw Printer - CF412A (Yellow) | 2 | ||
23 | HP Color LaserJet MFP M477fdw Printer - CF413A (Magenta) | 2 | ||
24 | HP 955 Black Original Ink Cartridge | 1 | ||
25 | HP 955 Cyan Original Ink Cartridge | 1 | ||
26 | HP 955 Yellow Original Ink Cartridge | 1 | ||
27 | HP 955 Magenta Original Ink Cartridge | 1 | ||
28 | Canon Cartridge 325 | 2 | ||
29 | HP LaserJet Pro 400 Printer M401dn Black Cartridge (CF 280A) | 1 | ||
30 | HP61 Black Ink Cartridge | 2 | ||
JUMLAH KESELURUHAN (RM) |
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”