PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
No. Siri: …………………
PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
JABATAN PERDANA MENTERI
DOKUMEN SEBUT HARGA
NAMA PROJEK
KERJA–KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK
KERJA-KERJA BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI,
JALAN CAHAYA LOPENG KOD PROJEK KTRS/24/MIRI/01
ISI KANDUNGAN
Bil. | Xxxxxxx | Xxxx Xxxxx |
0. | Senarai Semak | 1 – 2 |
2. | Borang Sebut Harga Kerja | 3 – 4 |
3. | Arahan Kepada Penyebut Harga | 5 – 9 |
4. | Lampiran F- Surat Akuan Pembida | 10 – 12 |
5. | Syarat-Syarat Sebut Harga Untuk Kerja | 13 – 17 |
6. | Spesifikasi | 18 – 21 |
7. | Ringkasan Sebut Harga | 22 – 26 |
8. | Profil Syarikat | 27 – 33 |
9. | Pelan-Pelan Yang Berkaitan | 34 – 40 |
SENARAI SEMAK
Sila tandakan (√ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga |
1. | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Construction Industry Development Board (CIDB) ATAU Salinan Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||
2. | Salinan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ATAU Salinan Surat Pengiktirafan Status Bumiputera Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||
3. | Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dari Construction Industry Development Board (CIDB). (Dokumen Wajib) | ||
4. | Borang Sebut Harga Kerja Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
5. | Arahan Kepada Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
6. | Lampiran F – Surat Akuan Pembida. | ||
7. | Pematuhan Kepada Spesifikasi. | ||
8. | Ringkasan Sebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
9. | Profil Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur. | ||
10. | Borang Maklumat Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap. | ||
11. | Carta Organisasi Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur | ||
12. | Senarai Ahli-Ahli Syarikat Diisi dengan Lengkap. | ||
13. | Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor. | ||
14. | Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor. | ||
15. | Pelan-Pelan Berkaitan Lengkap Disertakan. | ||
16. | Sesalinan penyata bank bagi bulan November 2023, Disember 2023, dan Januari 2024 (Dokumen Wajib) transaksi beserta baki. Penyata bank asal bagi setiap bulan MESTI disahkan oleh pegawai bank (Nama dan Nombor ID beserta Cop Jawatan Pegawai/ Bank) yang mengeluarkan penyata tersebut. Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA. Adalah dimaklumkan bahawa dokumen penyata bank amat penting untuk mengukur keupayaan kewangan/modal Penyebut Harga. |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat serta terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Syarikat : | UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada) Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : |
BORANG SEBUT HARGA KERJA
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Kod Projek | : | KTRS/24/MIRI/01 |
Xxxxxx Xxxxx | : | 29 FEBRUARI 2024 (KHAMIS) |
Setiausaha Persekutuan Sarawak
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 3 & 17, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching Sarawak.
Tuan,
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA- KERJA BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN CAHAYA LOPENG
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Penyebut Harga, Syarat–Syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi Kerja dan Ringkasan Sebut Harga serta Pelan–Pelan, saya yang menandatangani di ruangan bawah adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja–kerja tersebut bagi JUMLAH HARGA SEBANYAK :
Ringgit Malaysia : ......................................................................................................................................................
............................................................................................................... ( RM )
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja–kerja ini dalam tempoh masa MINGGU dari tempoh mula kerja
seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran kerja.
…………………………………… …………………………………….
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh : ………………………............… Nama Penuh : ……………………….........
No. K.P : ............................................... No. K.P : ..........................................
Nama Syarikat : ............................................... Alamat :........................................................
Alamat Syarikat : …………………………………. ………………………….............……
………………………………………….............….. …………………....................………
………………………………………….............….. ……………………….............………
No. Telefon Pejabat : …………………................. No. Telefon Bimbit : .....................................
No. Telefon Bimbit : …………………................. Tarikh : ........................................................
Nama Bank : ...........................................
No.Akaun bank : ……………………….……… ………………....……...........
COP SYARIKAT
Tarikh : ...........................................
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor WAJIB mengisi (menggunakan dakwat) dengan lengkap dan menghantar ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak maklumat-maklumat seperti berikut:
(a) Borang Sebut Harga Kerja.
(b) Arahan Kepada Penyebut Harga.
(c) Lampiran F – Surat Akuan Pembida.
(d) Ringkasan Sebut Harga.
(e) Profil Syarikat.
(f) Borang Maklumat Penyebut Harga.
(g) Carta Organisasi Syarikat.
(h) Senarai Ahli-Ahli Syarikat.
(i) Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor.
(j) Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor.
(k) Pelan-pelan Berkaitan.
(l) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank tiga bulan terakhir (November 2023, Disember 2023 dan Januari 2024).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor hendaklah menandatangani ringkas di atas semua pembetulan.
Setiap Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat di atas apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat-syarat di bawah ini membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan pada bahagian atas sebelah kiri sampul itu dengan butiran berikut:
KOD PROJEK : KTRS/24/MIRI/01
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN CAHAYA LOPENG
(b) Dokumen hendaklah dihantar terus ke Peti Sebut Harga yang telah disediakan atau diposkan ke alamat seperti dibawah;
Setiausaha Persekutuan Sarawak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching Sarawak
Sebut Harga yang dihantar dengan tangan oleh pihak tuan/puan hendaklah dimasukkan ke dalam peti-peti sebut harga yang disediakan seperti alamat di atas sebelum atau pada 29 Februari 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari.
(c) Sebut harga yang diserahkan atau dihantar selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan.
(d) Satu Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan Satu Tawaran Sebut Harga sahaja. Tawaran alternatif tidak dibenarkan.
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 16 MINGGU.
4. PINDAAN ATAU PENGURANGAN DOKUMEN
Borang Sebut Harga dan dokumen berkaitan tidak boleh ditanggalkan di antara satu dengan yang lain. Tiada pindaan (melainkan mengisi di tempat yang kosong ) akan dibuat kepada lampiran yang ada.
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Penyebut Harga sendiri.
6. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut Harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebut Harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
8. PENJELASAN
Jika ada keraguan pada mana-mana bahagian oleh Penyebut Harga, ia perlu dilaporkan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak serta-merta bagi mendapatkan penjelasan sebelum menghantar dokumen sebut harga. Tafsiran sebenar dokumen sebut harga hanya sah apabila Addenda secara rasmi oleh Jawatankuasa Sebut Harga seperti Para 9.
9. ADDENDA
Addenda boleh diedarkan sebelum tarikh tutup sebut harga bagi menjelaskan Dokumen Sebut Harga atau pembetulan kepada mana-mana pindaan yang perlu dan ia adalah merupakan sebahagian daripada Dokumen Sebut harga tersebut. Bukti penerimaan adalah melalui pengisian borang yang dikepilkan bersama Addenda. Kegagalan untuk mengakui sebarang Addenda boleh menyebabkan sebut harga ditolak.
10. KAWALAN KEBERSIHAN
Kontraktor diingatkan supaya memberi perhatian yang berat mengenai kebersihan tapak kerja. Kontraktor hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
11. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(d) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
12. HARGA INDIKATIF JABATAN
Harga Indikatif Jabatan bagi sebut harga ini adalah RM 325,000.00 Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Dua Puluh Lima Ribu Sahaja
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan adalah tidak bertanggungjawab terhadap ketidaktepatan harga ini dan Penyebut Harga bebas dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengemukakan harga sebut harga masing-masing.
Saya mengaku, telah membaca dan memahami keseluruhan perkara di dalam “Arahan Kepada Penyebut Harga” yang dinyatakan.
...................................................... ............................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh :............................................. Nama Penuh : .....................................
No. K/P :..................................................... No. K/P : .............................................
Jawatan :................................................... Alamat : ..............................................
..............................................
..............................................
Tarikh : ................................................
Alamat Syarikat : .......................................................
........................................................
.......................................................
Tarikh : ......................................................................
.................................................................................
Cop Syarikat
LAMPIRAN F SURAT AKUAN PEMBIDA
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN CAHAYA LOPENG
NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA: KTRS/24/MIRI/01
Saya, …………………………………………… nombor Kad Pengenalan yang
(Nama Wakil Syarikat)
mewakili ………………………………………………………………........……….. nombor Pendaftaran
(Nama Syarikat)
………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam mana-mana Kementerian/Agensi atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh diambil:
2.1. Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2. Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-undang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:
3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah undang- undang masing- masing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau
3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.
4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Xxxx Xxxxx,
Tandatangan : ..........................................................
Nama : ..........................................................
No. KP : ..........................................................
Tarikh : ..........................................................
Cop Syarikat : ..........................................................
Catatan:
(i) **termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
(ii) ***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv) Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan Kerajaan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebut Harganya.Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. BON PELAKSANAAN / INSURANS (JIKA BERKAITAN)
2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan 5% Bon Pelaksanaan daripada jumlah harga tawaran dalam bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP). Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) tamat.
2.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butirRingkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP). Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak semua polisi insuransdan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelummemulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. SekiranyaKontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 8(d).
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-Syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pejabat atau wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling serta undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(a) Suruhanjaya Tenaga/Sarawak Energy Berhad.
(b) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.
(c) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik.
(d) Jabatan Bomba dan Penyelamat.
(e) Pihak Berkuasa Tempatan.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh hari dari tarikh tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Sebut Harga tanpa sebab munasabah, tawaran itu akan dibatalkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
5. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEJABAT SUPS
5.1 Pejabat atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi spesifikasi sekiranya diminta oleh pihak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan didalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak secara bertulis.
6. RINGKASAN SEBUT HARGA
6.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
6.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
6.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum kerja dikeluarkan.
6.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 6.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
6.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
7. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu samalain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerjadengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksuditu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
7.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga diahendaklah merujuk kepada Pejabat untuk mendapatkan keputusan.
8. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
8.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak membatalkan kerja sekiranya Kontraktor berada dalamkeadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak;-
(a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
9. PERUBAHAN KERJA
9.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.
9.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan kontraktor hendaklah digunakan.
10. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
10.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga adalah 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah 12 bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada 12 bulan boleh dikenakan.
10.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas koskontraktor sendiri.
10.3 Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berhak surat pengesyoran kepada Construction Industry Development Board (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/KetuaJabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-Borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.
12. PERAKUAN SIAP KERJA
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
13. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
14. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
SPESIFIKASI
SPESIFIKASI
1. Kerja-kerja awalan (general and premininaries)
a. PIHAK KONTRAKTOR WAJIB menyediakan perlindungan insuran Premium seperti di bawah dan perlu dinyatakan di dalam invoice.
i. Insuran Kerja
ii. Insuran Tanggungan Awam
b. Menyediakan tiga set Laporan Bergambar bagi kerja sebelum, semasa dan
selepas siap kerja.
i. Jadual gerak kerja sepanjang tempoh kerja dijalankan.
ii. Gambar sebelum, semasa dan selepas kerja siap hendaklah menunjukkan keadaan di tempat yang sama.
iii. Lain-lain (resit, surat aduan dan sebagainya yang diterima semasa kerja dilakukan).
iv. Laporan hendaklah dikepil atau disediakan dalam bentuk folio gambar bersaiz 4R.
c. Persediaan Di Tapak
i. Kontraktor hendaklah melakukan kerja-kerja pengukuran di tapak seperti yang telah dicadangkan.
ii. Penyediaan tapak bina hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor supaya tidak mengganggu kawalan trafik di tapak bina.
iii. Segala pergerakan jentera dan xxxx hendaklah dalam keadaan terkawal dan teratur.
iv. Pihak kontraktor hendaklah menanggung segala kerosakan yang mana tidak termasuk di dalam sebut harga sama ada disengajakan atau tidak.
v. Kerja-kerja pembersihan setelah kerja disiapkan hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor.
2. Kerangka dan Tingkap Aluminium (Casement and Sliding Windows) Dengan Cermin Hitam
i. Pastikan kerangka tingkap kayu yang rosak dan reput digantikan dengan kerangka kayu baharu sebelum memasang kerangka serta tingkap aluminium.
ii. Pastikan permukaan aluminium gelongsor tidak bengkok.
iii. Pastikan selepas pemasangan bahagian sisi bingkai yang mempunyai lubang antara dinding bata dengan bingkai aluminium gelongsor akan ditutupi dengan menggunakan simen putih serta dicat jika perlu.
iv. Ketebalan aluminium yang digunakan adalah 1.2mm;
v. Bingkai aluminium hendaklah dilengkapkan ke dinding bata dengan menggunakan skru jenis anti karat;
vi. Ketebalan bagi cermin hitam yang digunakan adalah berukuran 6mm dan berbingkai aluminium jenis berengsel bukaan keluar “casement window” termasuk pemasangan alat kekunci tingkap mengikut jumlah tingkap yang berasingan;
vii. Pastikan cermin yang dibekalkan tidak mengalami keretakan;
viii. Pastikan sekeliling antara cermin dan bingkai aluminium diletakkan ‘Rubber Gaskets’ di bahagian luar dan dalam; dan
ix. ‘Weatherstrips’ hendaklah dipasangkan dibahagian sisi kedua-dua tingkap boleh buka.
3. Kehendak Am (Kerja Mengecat)
i. Cat-cat hendaklah dihantar ke tapak bina dalam bekas asal yang berlakri dari pembuat yang belum dibuka dan hendaklah mengikut peraturan pembuat.
ii. Cat-cat tidak boleh dicampuri dengan bahan-bahan lain dan mana-mana cat yang telah rosak mutunya tidak boleh digunakan dan hendaklah dibawa keluar dari tapak bina.
iii. Kerja mengecat hendaklah dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir dan perkakas atau alat-alat yang bersesuaian sahaja digunakan.
iv. Kerja mengecat hendaklah tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang boleh menjejaskan mutu kerja mengecat.
v. Semasa mengecat, langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk mengelak pengotoran atau kerosakan kepada kerja lain.
vi. Permukaan yang siap hendaklah seragam dari kemasan dan warna dan bebas daripada tanda-tanda berus atau lain-lain kecacatan.
3.1. Mengecat Permukaan Berlepa/ Batu
a. Mengecat Permukaan Baru
i. Permukaan berlepa/batu yang baru hendaklah dibiarkan kering dengan sepenuhnya dan dibersihkan dan bebas dari habuk, kotoran, percikan lepa dan sebagainya. Bagi dinding lama yang belum bercat sebarang cendawan lumut dan tumbuhan-tumbuhan hendaklah juga ditanggalkan. Permukaan yang sudah bersih itu hendaklah juga ditanggalkan. Permukaan yang sudah bersih itu hendaklah disapu dengan satu lapis cat asas kali serap perintang alkali yang diluluskan dan diikuti dengan dua lapis cat emulsi. Bagi permukaan luar bangunan cat emulsi yang digunakan hendaklah mengandungi ”binder” dari jenis ”accrylic”.
b. Mengecat Semula Permukaan Lama
i. Di mana mengecat semula permukaan lama ditentukan, cara-cara berikut hendaklah dipatuhi. Jika permukaan lama masih dalam keadaan baik, permukaan tersebut hendaklah dibasuh dan disapu dengan dua lapis cat emulsi. Jika permukaan cat lama telah rosak atau berkapur, cat tersebut hendaklah ditanggalkan dengan mengikis dan kemudiannya permukaan tersebut dibasuh. Semua keretakan dan lain-lain kecacatan hendaklah diperbaiki dan permukaannya dibiarkan kering sepenuhnya. Kemudian permukaan tersebut hendaklah disapu dengan satu lapis cat asas kalis serap perintang alkali yang diluluskan dan diikuti dengan dua lapis cat emulsi. Bagi permukaan luar bangunan, cat emulsi yang digunakan hendaklah mengandungi ”binder” dari jenis ”acrylic”.
3.2 Mengecat Kepingan Gipsum, Kepingan Uac, Kepingan Asbestos Dan Sebagainya
i. Sebelum mengecat, permukaan yang hendak dicat itu hendaklah bersih dan bebas dari debu. Permukaan itu kemudiannya hendaklah disapu dengan dua
lapisan cat emulsi. Cara yang sama hendaklah diikuti bila mengecat semula permukaan cat lama.
3.3 Penyelesaian Kerja Mengecat
i. Setelah selesai kerja mengecat, semua tanda cat yang tertinggal dan terkena kepada kaca, lantai, jubin dan lain-lain permukaan hendaklah ditanggalkan. Apa-apa kotoran dan tanda ke atas kerja mengecat yang telah siap hendaklah ditanggalkan dan dicat semula mengikut sepertimana yang diluluskan oleh Pihak Pejabat.
PERHATIAN :
a. Jangan tuangkan cat yang tidak digunakan lagi ke saliran air atau parit.
b. Biarkan cat kering seluruhnya dalam sebelum ia dibuang ke dalam tong sampah.
4. Kerja-Kerja Memasang Baru Roller Shutter
i. Pastikan penutup gulung (roller shutter) yang lama hendaklah dibuka terlebih dahulu;
ii. Pastikan permukaan keluli lembut tidak bengkok;
iii. Ketebalan keluli lembut tergalvani yang digunakan adalah 0.5mm; dan
iv. Pastikan selepas pemasangan bahagian sisi penutup gulung yang mempunyai lubang antara dinding bata akan ditutupi dengan menggunakan simen putih.
RINGKASAN SEBUT HARGA
RINGKASAN SEBUT HARGA
NAMA PROJEK : KERJA–KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN CAHAYA LOPENG
Bil. | Butir Kerja | Unit | Kuantiti | Harga Satu ( RM ) | Jumlah ( RM ) |
UKURAN SEBENAR BERGANTUNG KEPADA UKURAN DI TAPAK. SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG KERJA-KERJA TAMBAHAN (VARIATION ORDER) TIDAK DIBENARKAN. | bil. bil. bil. bil. bil. bil. | 36 64 108 4 32 36 | H.Pukal | ||
A | KERJA-KERJA PENDAHULUAN (GENERAL DAN PRELIMINARIES WORK). | ||||
Kerja-kerja pendahuluan yang terkandung di dalam Syarat-Syarat Kontrak dan Spesifikasi Kerja. | |||||
B 1 2 a b c 3 a C 1 | KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH KESELURUHAN TINGKAP SERTA KERANGKA DI BLOK D DAN E KELAS G (36 UNIT) Kerja-kerja membuka keseluruhan kerangka tingkap yang sedia ada termasuk kerja-kerja melepa semula permukaan sisi tingkap dengan menggunakan simen mortar bernisbah 1:3. Supply and fix 1.0mm thick natural anodised aluminium side hung casement window complete with all necessary framing and accessories and fixing. Tingkap cermin aluminium berengsel bukaan keluar bersaiz 600mm x 450mm di bilik mandi dan tandas. Tingkap 3 daun bersaiz 1800mm x 1200mm termasuk tingkap cermin panel bersaiz 450mm x 1800mm. Tingkap 3 daun bersaiz 1800mm x 1200mm di ruang komersial. Supply and fix 1.0mm thick natural anodised aluminium two panel sliding window complete with all necessary framing and accessories, beading on top and bottom of frame and fixing. Tingkap 2 daun bersaiz 1200mm x 1180mm termasuk tingkap cermin panel bersaiz 490mm x 1200mm di dapur. KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH PINTU STOR Membuka dan memasang baru kerangka aluminium beserta pintu aluminium louvers mengikut ukuran sedia ada untuk bahagian stor aras bawah. | ||||
Jumlah Di bawa ke BQ 2/3 |
BQ 1/3
Bil. | Butir Kerja | Unit | Kuantiti | Harga Satu ( RM ) | Jumlah ( RM ) |
D 1 E 1 2 3 4 5 F 1 2 | Jumlah daripada muka surat BQ 1/3 | bil. bil. | 4 1 | H.Pukal H.Pukal H.Pukal H.Pukal H.Pukal H.Pukal | |
KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH KERANGKA BESERTA TINGKAP LOUVERS DI ARAS BAWAH BLOK D DAN E Membuka dan memasang baru kerangka aluminium beserta dan aluminium louvers termasuk sambungan berkaitan untuk ruang pengudaraan berukuran 450mm x 2400mm. KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH SILING LUAR BLOK D DAN E Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru siling pada bahagian belakang taska menggunakan (3mm thick "UAC" cement sheeting fixed) termasuk pemasangan kayu penahan siling beserta kerja mengecat permukaan. Kerja-kerja membaik pulih saluran sisa mengikut kesesuaian di tapak. Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru siling pada bahagian sisi taska menggunakan (3mm thick "UAC" cement sheeting fixed) termasuk pemasangan kayu penahan siling beserta kerja mengecat permukaan. Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru siling pada bahagian awning atas taska menggunakan (3mm thick "UAC" cement sheeting fixed) termasuk pemasangan kayu penahan siling beserta kerja mengecat permukaan. Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru siling di aras bawah Blok E menggunakan (3mm thick "UAC" cement sheeting fixed) termasuk pemasangan kayu penahan siling beserta kerja mengecat permukaan. KERJA-KERJA MEMBINA BARU TANDA NAMA KUARTERS Kerja-kerja membuka dan memasang baru dinding bata beserta melepa dan termasuk kerja mengecat keseluruhan permukaan berukuran 5.90m x 1.10m termasuk sambungan berkaitan. Kerja-kerja menyedia dan memasang baru tanda nama berukuran ketinggian 200mm dan tebal 20mm 'Hollow Arial Shape' (KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN CAHAYA LOPENG) beserta logo Persekutuan berukuran ketinggian 400mm dan tebal 20mm dengan menggunakan jenis besi anti karat 'stainless steel' pada dinding pintu pagar utama. (Seperti dilampiran) | |||||
Jumlah Dibawa ke BQ 3/3 |
BQ 2/3
Bil. | Butir Kerja | Unit | Kuantiti | Harga Satu ( RM ) | Jumlah ( RM ) |
G 1 | Jumlah daripada muka surat BQ 2/3 | bil. | 1 | ||
KERJA-KERJA MEMASANG BARU ROLLER SHUTTER DI BLOK E Kerja-kerja membuka, menyedia dan memasang baru penutup gulung (roller shutter) keluli lembut tergalvani lengkap dengan semua alat tambah yang perlu mengikuat penentuan pembuat berukuran 2.40m x 2.60m termasuk sambungan berkaitan. | |||||
Jumlah Di bawa ke Lampiran Harga Keseluruhan |
BQ 3/3
LAMPIRAN HARGA KESELURUHAN
BIL | BUTIRAN KERJA | HARGA (RM) |
A | NAMA PROJEK : KERJA – KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP SERTA KERANGKA TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN MIRI, JALAN CAHAYA LOPENG | |
JUMLAH KESELURUHAN DIBAWA KE BORANG SEBUT HARGA |
Ringgit Malaysia : ………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
TEMPOH SIAP KERJA (MINGGU)
........................................................
(Tandatangan Kontraktor)
Nama :.............................................................................
Cop Kontraktor :................................................................
Tarikh :.............................................................................
.........................................................
(Tandatangan Saksi)
Nama :............................................................................
Tarikh :.....................................................
PROFIL SYARIKAT
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA
A. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
Semua butiran di lampiran ini hendaklah diisi oleh Penyebut Harga dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan Sebut Harga ini ditolak atau/dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas Penyebut Harga berkenaan.
B. LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA
1. Nama Syarikat : ..........................................................................................................
2. Nama Pemilik Syarikat : ..............................................................................................
3. Alamat Berdaftar Syarikat: ..........................................................................................
..........................................................................................
..........................................................................................
4. No. Telefon Pejabat : ..................................................................................................
5. No. Telefon Bimbit : ....................................................................................................
6. No. Faks Pejabat : ......................................................................................................
C. MAKLUMAT SYARIKAT
1. SIJIL PENDAFTARAN (ORDINAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN, BAB 64)
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Jenis Perniagaan : ...................................................................................
: ...................................................................................
: ...................................................................................
2. ORDINAN PERNIAGAAN, PROFESSION DAN PERLESENAN PERDAGANGAN (BORANG I)
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
3. SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(a) Gred : ........................... Kategori : Pengkhususan Berdaftar:
......................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga ................................
4. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING(UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) Kelas : ........................... Kepala : .................... Sub-Kepala : ...........................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga ................................
D. STATUS BUMIPUTERA
1. PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
2. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING(UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
E. MAKLUMAT KEWANGAN
Modal Disimpan : ..............................................................................................
Modal Pusingan Terkumpul : ..............................................................................................
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
Catatan : Lakaran dan tulisan menggunakan pen hitam. Nama dan jawatan hendaklah ditulis dengan jelas.
SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT
Bil. | Nama | Jawatan | Saham Modal Dipegang |
PENGALAMAN KERJA KONTRAKTOR
Nama Projek | Jabatan/Agensi/Perunding Xxxx Xxxxxxxx Projek | Harga | Tempoh | Tarikh Siap Sebenar |
KERJA KERJA DALAM PELAKSANAAN KONTRAKTOR
Projek | Jabatan/Agensi/ Perunding Yang Mengawal Projek | Harga Kontrak | Tempoh Kontrak | Peratusan Kemajuan Semasa (Nyatakan tarikh) |