PERADUAN GOLD FOR PROXPERITY TERMA & SYARAT
PERADUAN GOLD FOR PROXPERITY TERMA & SYARAT
Jadual Syarat Penyertaan
1. Penganjur: | Nestlé Products Sdn. Bhd. [197901000966]. |
2. Peraduan: | |
3. Tempoh Peraduan: | Peraduan ini bermula pada 00:00:00 01/01/2021 dan tamat pada 23:59:59 28/02/2021. (“Tempoh Peraduan”) |
4. Kelayakan: | Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang sah dengan dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun ke atas dari permulaaan Tempoh Peraduan. Penganjur berhak meminta bukti dokumen pengenalan diri. |
5. Penyertaan: | a. Untuk menyertai Peraduan ini, beli apa jua makanan & minuman NESTLÉ PROFESSIONAL [“Produk”] di bawah: • Dari Mamak/Kedai kopi – apa jua produk MILO ** / NESCAFE** /Mi MAGGI • Dari Restoran Perkhidmatan-Penuh (FSR) – apa jua makanan yang mengambil bahagian atau set makanan Tahun Baru Cina* atau sebarang minuman Nestlé. • Dari Restoran Perkhimatan Segera (QSR) – hidangan kombo* dengan minuman Nestlé atau apa jua minuman Nestlé * Set makanan yang telah ditetapkan seperti yang ditawarkan oleh gerai yang relevan bersempena dengan Peraduan. |
** Termasuk minuman Ready-ToDrink MILO/NESCAFE Original sepanjang tempoh Peraduan. Untuk senarai lengkap gerai yang mengambil bahagian sila layari:xxxxx://xxx.xxxxxxxxxx.xxx.xx/xxxx-xxxxxxxxxx Senarai gerai yang mengambil bahagian akan dikemaskini dari masa ke semasa. Peserta dinasihatkan untuk merujuk senarai sekerap mungkin untuk info terkini. b. Bukti Pembelian Resit [“BPR”] yang diperlukan ADALAH: • satu [1] resit pembelian bercetak yang dikeluarkan oleh gerai yang mengambil bahagian dengan nama gerai, tarikh pembelian, produk dan jumlah yang dibeli [“Kenyataan Resit”]; ATAU • satu [1] Kupon Peraduan dengan nombor siri unik yang dikeluarkan oleh gerai yang mengambil bahagian. Gerai yang mengambil bahagian boleh memilih untuk mengeluarkan satu [1] Kupon Peraduan untuk pembelian di tempat penerimaan atau atas permintaan peserta. c. Penyertaan dalam Peraduan ini hanya dibenarkan melalui laman mikro seperti yang diperincikan di bawah. Semua bentuk penyerahan lain akan dibatalkan. Setiap BPR HANYA layak untuk satu [1] penyertaan melalui laman mikro. Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang mempunyai duplikasi /atau mengandungi lebih dari satu [1] BPR. |
d. Langkah penyertaan melalui laman Mikro – Resit / Kupon: • Untuk mengakses laman Mikro Peraduan, Xxxxxxx diminta menggunakan telefon pintar untuk mengimbas Kod QR yang boleh didapat di bahan promosi Peraduan yang dipamerkan di gerai yang mengambil bahagian. Peserta boleh meminta bantuan dari pengendali gerai untuk mengakses Kod QR. • Lengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam laman Mikro (“Butiran yang diperlukan”) • Tangkap dan muatnaik satu [1] gambar yang jelas dan dapat dibacai dalam format gambar dari Resit atau Kupon asal seperti arahan dalam laman Mikro. • Setelah berjaya menghantar semua butiran yang diperlukan dan gambar yang jelas dari BPR, Peserta akan mengambil bahagian dalam permainan mudah alih di laman Mikro yang sama. • Mulakan permainan dengan cara satu [1] sentuhan pada skrin anda atau goncangkan telefon mudah alih anda. • Kotak tersebut kemudiannya akan mengeluarkan mesej samada Peserta berpeluang memenangi hadian atau tidak. • Peserta yang telah menerima mesej pengesahan peluang menangi hadiah diminta untuk menjawab satu (1)soalan kuiz yang tertera seterusnya. |
e. Penganjur TIDAK AKAN memberi mesej pengakuan penerimaan bagi penyertaan yang diterima. f. Penganjur akan membatalkan semua penyertaan yang tidak lengkap dan/atau gambar BPR yang tidak jelas, tidak dapat dibaca atau tidak lengkap. | |
6. Tempoh Kelayakan Peraduan: | Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur selewat- lewatnya jam 23:59:59 pada 28/02/2021. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. |
7. Hadiah: | Sebanyak 6,940 Hadiah akan ditawarkan oleh Penganjur untuk Peraduan ini. a. HADIAH UTAMA x 88 RM388.00 Tunai b. HADIAH KE-DUA x 188 RM88.00 Tunai c. HADIAH KE-TIGA x 288 RM68.00 Tunai d. HADIAH KE-EMPAT x 388 RM38.00 Tunai e. HADIAH KE-LIMA x 588 RM18.00 Tunai f. HADIAH KE-ENAM x 5400 RM8.00 Tunai |
8. Penentuan Pemenang: | Sama ada Peserta berjaya memenangi hadiah adalah SUBJEK KEPADA Peserta: i) Menerima mesej yang megesahkan peluang mereka untuk memenangi hadiah setelah bermain permainan mudah alih dalam laman Mikro ii) Menjawab soalan kuiz yang diberi dengan betul; iii) Memberikan semua butiran yang diperlukan berserta dengan gambar BPR yang jelas; dan iv) Mematuhi syarat kelayakan (rujuk Perenggan 4 mengenai “Kelayakan” di atas) yang ditetapkan oleh Penganjur |
9. Syarat Tambahan: | a) Penganjur akan menghubungi kesemua pemenang yang berjaya melalui nombor hubungan yang diberikan oleh Xxxxxxx sebagai sebahagian daripada Butiran yang Diperlukan. b) Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi dengan apa jua alasan. c) Pemenang harus memberikan BPR (Salinan asli) serta dokumen pengenalan diri bagi pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan mengemukakan salah satu dokumen di atas akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan kehilangan hadiah. d) Sepanjang Tempoh Peraduan setiap Peserta layak memenangi lebih dari satu hadiah. |
e) Kesemua hadiah wang tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke akaun Grab yang didaftarkan dengan nombor telefon yang diberikan oleh Peserta sebagai sebahagian daripada Butiran yang Diperlukan, dalam masa 14 hari bekerja setelah pengesahan kemenangan dijalankan. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan yang dinyatakan di bawah klausa ini atas alasan di luar kawalan serta jangkaan Penganjur. f) Kesemua hadiah yang tidak dituntut akan hilang selepas tarikh tamat tempoh yang ditetapkan oleh Penganjur. g) Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah yang lain yang sama nilainya sekiranya hadiah asal yang ditawarkan tidak ada. |
Jadual Syarat Penyertaan ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan yang boleh di dapati di xxxxx://xxx.xxxxxxxxxxxxxxxxxx.xxx.xx/xxxxxxxxxx-xxxxxx , secara kolektif dinamakan"Terma dan Syarat" yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Peraduan ini (selanjutnya dirujuk sebagai "Peserta-peserta", "Peserta", "Anda", "anda").
Dengan menyertai Peraduan ini, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan pemprosesan maklumat peribadi anda yang terdapat dalam Privasi Polisi.
Talian Perkhidmatan Pengguna : 1800 88 3433
Syarat-syarat Penyertaan
1. Pengenalan
1.1 Syarat-syarat Penyertaan ini hendaklah dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan. Jika terdapat ketidakselarasan antara Syarat Penyertaan ini dan Jadual Penyertaan, maka Jadual Penyertaan akan diguna pakai. Syarat Penyertaan dan Jadual Penyertaan secara kolektif dirujuk sebagai "Terma dan Syarat". Setiap istilah berhuruf besaf yang tidak dinyatakan di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Penyertaan. Istilah yang ditetapkan boleh digunakan secara tunggal atau jamak mengikut keaddaan.
1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liability terhdap sesiapa, pada bila-bila masa mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan dalam keseluruhannya atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Peraduan ini akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang diubah).
1.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk penghakiman dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tiada surat- menyurat atau rayuan akan dilayani.
2. Syarat-syarat Penyertaan
2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Peraduan ini, Peserta danggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat.
2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk tanpa batasan, telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain dan perbelanjaan sendiri yang mungkin ditanggung oleh Peserta semasa atau behubung dengan Peraduan akan ditanggung oleh Peserta sepenuhnya.
2.3 Bukti penyerahan bukanlah bukti penerimaan dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan, kehilangan, kerosakan dan/atau penyerahan yang tidak diterima. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.
3. Kelayakan
3.1 Jika umur kelayakan yang tertera dalam Jadual Penyertaan adalah golongan bawah umur 18 tahun , peserta mesti mendapat persetujuan bertulis daripada ibu bapa/penjaga sah sebelum menyertai peraduan ini dan memberikan maklumat peribadi.
3.2 Penganjur berhak meminta Xxxxxxx mengemukakan bukti kelayakan penyertaan untuk menyertai Peraduan termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah sekiranya terdapat Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
4. Tidak Layak
Kumpulan berikut tidak layak menyertai Peraduan:
(a) Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka); dan
(b) Kakitangan agensi Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).
5. Pembatalan kelayakan
5.1 Penyertaan berikut akan dibatalkan kelayakan:
(a) penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau
(b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan.
5.2 Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana- mana Peserta yang:
(a) menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Peraduan dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan/atau
(b) tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Peraduan sebagai pengesahan oleh Penganjur apabila diminta.
5.3 Sekiranya berlaku pembatalan kelayakan selepas Hadiah telah dianugerahkan, pihak Penganjur berhak menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilai yang sama daripada Peserta yang tidak telah dibatalkan kelayakannya.
6. Hadiah
6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab kepada mana- mana Xxxxxxx yang gagal menerima Hadiah mengikut Tarikh Tuntutan / Penyerahan Hadiah dalam apa jua keadaan. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.
6.2 Hadiah tidak boleh sama sekali dipindah milik, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk atau cara lain selain dari yang dinyatakan oleh Penganjur.
6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan dengan Hadiah adalah menjadi tanggungjawab Pemenang.
6.4 Semua Hadiah perlu diambil mengikut terma dan syarat Penganjur, ejen, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.
(a) Tiket ke Acara:
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau penjadualan semula yang mungkin menghalang penuaian Hadiah. Tiket hanya boleh digunakan pada tarikh yang dinyatakan dalam tiket
(b) Perjalanan / Hadiah Percutian:
Jika perjalanan ditawarkan sebagai Hadiah, penerbangan dan penginapan adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan. Hadiah mesti diambil mengikut tarikh dan destinasi yang ditentukan oleh Penganjur, ejen atau penaja. Wang perbelanjaan tambahan, makanan, cukai, paspot yang sah, visa, pengangkutan ke & dari tempat berlepas dan tambahan pemindahan, insurans & semua kos sampingan lain yang dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan adalah tanggungjawab Pemenang.
6.5 Hadiah diberikan berdasarkan "keadaan sedia ada". Hadiah itu akan digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak akan memberi jaminan danmahupun menanggung sebarang liabiliti dengan Hadiah sehingga setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang.
6.6 Hadiah hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk kutipan.
6.7 Jika Peserta di bawah umur 18 tahun diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah, Xxxxxxx mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga mereka yang sah sepanjang upacara penyampaian Hadiah.
7. Publisiti
Penganjur boleh menggunakan Penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Peraduan (secara kolektif dinamakan "Bahan"), dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi mana-mana barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur.
8. Hak Milik Intelektual
Peserta bersetuju bahawa semua hak milik intelektual dalam mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya secara kekal dan tanpa syarat akan menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau hasil kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua haknya ke atas bahan atau hasil kerja tersebut.
9. Indemniti
Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran Terma dan Syarat,
10. Had Liabiliti
10.1 Penyertaan Peserta dalam Peradauan adalah diatas risiko Peserta sendiri.
10.2 Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kehilangan atau kerosakan dan sebagainya yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri yang dialami atau ditanggung oleh Peserta yang timbul daripada atau berkaitan dengan Penyertaan Peserta dalam Peraduan, dan juga penebusan dan/atau penggunaan Hadiah yang dimenangi.
11. Umum
11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Peraduan dan Terma dan Syarat apabila mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian, mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun. tidak akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun.
11.2 Sebarang nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam mana-mana bahan (termasuk bahan pemasaran dan promosi) berkaitan dengan Peraduan ini, khususnya yang berkaitan dengan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Peraduan dan Penganjur tidak mempunyai pertalian, sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur.
11.3 Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhan atau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur.
11.4 Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan penguatkuasaan mana-mana terma tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.
11.5 Terma dan Syarat untuk Peraduan ini turut disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa lain. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara Bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasakan dalam semua hal.
11.6 Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia.
12. Notis Privasi
12.1 Dengan menyertai Promosi, anda anda telah bersetuju untuk Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal- pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami") memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan Promosi bagi tujuan Promosi. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
12.2 Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, sampel, apa-apa Promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.
12.3 Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
12.4 Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.
12.5 Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di xxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxx/xxxxxxx_xxxxxx.
12.6 Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di xxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxx/xxxxxxx_xxxxxx.
12.7 Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:
• Hubungi : Pegawai Perlindungan Data Peribadi.
• Alamat: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No. 0, Xxxxx XXX 0/0, Xxxxxxx Xxxxxxxxx 00000, Xxxxxxxx Xxxx, Xxxxxxxx.
Atau
• Borang Web: xxxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxxxxxxx
• Hubungi kami di talian: 1-800-88-3433.
12.8 Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Promosi dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.
12.9 Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di xxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxx/xxxxxxx_xxxxxx. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.
Privacy Notice
12.1 By participating in the Contest, the Participant agrees to the processing of the
Participant’s Personal Data by the Organizer in accordance with Privacy Notice
12.1 By participating in the Promotion, You consent for Nestlé Products Sdn. Bhd. and any of its holding, subsidiary or related companies as defined in the Companies Act 2016 (“Nestlé Malaysia Group”) and service providers, agents and contractors who provide administrative and business support to us and act on our behalf (“Authorised Third Parties”) (collectively “Organiser”, “us”, “we” or “our") to process your personal information provided in the Promotion Entry for purposes of the Promotion. This includes disclosing your name to the general public when you become a winner in a contest or participate in our events by publishing your name, photographs and other personal information without compensation for advertising and publicity purposes.
12.2 The Organiser may also use your personal information for purposes of contacting and sending to you marketing and promotional information or materials about our products, services, samples, any promotions, events or contests organised by the Organiser. Please indicate your option on the form if you agree to the use of your personal information for this purpose.
12.3 In the event that you agree to share and disclose personal information of a person whom you intend to refer to the Organiser, you acknowledge that you have obtained the consent of that person to share and disclose his/her personal information to us and to being contacted by us.
12.4 In respect of minors or individuals not legally competent to give consent, you confirm that they have appointed you to act for them and, to consent on their behalf to the processing of their personal information in accordance with this privacy notice.
12.5 At times the Organiser may retain Authorised Third Parties to process your personal information. All such Authorised Third Parties are contractually bound to take reasonable measures to keep information secure and not to use your personal information in any way other than that which is specified here and in our privacy policy at xxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxx/xxxxxxx_xxxxxx.
12.6 The Organiser is a global company and your personal information may be transferred across borders. The Organiser will ensure that the country your data is transferred to has a similar or equivalent personal information protection laws in place, as set out in our privacy policy at xxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxx/xxxxxxx_xxxxxx.
12.7 To the extent that the applicable law allows, you have the right to request for access to, request for a copy of, request to update or correct, your personal information held by us.
• All your written requests or queries should be addressed to:
• Contact: Personal Data Protection Officer
• Address: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No. 0, Xxxxx XXX 0/0, Xxxxxxx Xxxxxxxxx 00000, Xxxxxxxx Xxxx, Xxxxxxxx.
Or
• Webform: xxxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxxxxxxx
• Call us: 0-000-00-0000.
12.8 Please note the Organiser requires your personal information in order to process your participation in the Promotion, without which we will not be able to process your application.
12.9 For a more detailed description of our privacy practices, please refer to our Privacy Policy at xxxx://xxx.xxxxxx.xxx.xx/xxxx/xxxxxxx_xxxxxx. We reserve the right to update and amend this privacy notice or our privacy policy from time to time.