KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TENDER
TARIKH IKLAN : 29 NOVEMBER 2023 (RABU)
Tawaran tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Unit Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Negeri Sarawak (UPKJ) dalam kelas yang berkaitan untuk mengambil bahagian di dalam tender seperti berikut :-
BUTIR- BUTIR TAWARAN | HARGA DOKUMEN (RM) | TARIKH/ TEMPAT/ MASA TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK | TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL | SYARAT PENDAFTARAN TENDER | TARIKH TENDER DITUTUP |
Kerja-Kerja Penggantian Sistem Gas Perubatan Dan Sistem Penyaman Udara Berpusat (Dewan Bedah) Termasuk Kerja-Kerja Lain Berkaitan Di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan. No. Jadual T/P&P: 110/2023 Nota: Tender kerja ini tidak tertakluk kepada obligasi perjanjian antarabangsa Free Trade Agreement/ Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (FTA/CPTPP). | RM 300.00 (Tidak akan dikembalikan) Rujuk PK2.2 (Lampiran 1) | Tarikh : 07 Disember 2023 (Khamis) Masa : 10.30 pagi Tempat: Dewan Rufaida, Hospital Tengku Anis, Kelantan | Dokumen Tender boleh diperolehi / dijual selepas taklimat tender pada: Tarikh Jual: 11 Disember 2023 (Isnin) Tarikh Tutup Jual: 05 Januari 2024 (Jumaat) Tempat: Kaunter Tender, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya pada waktu-waktu pejabat seperti berikut :- Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg 2.00 ptg – 4.00 ptg Jumaat : 8.00 pg – 12.00 t/hari 2.45 ptg – 4.00 ptg | 1. Xxxxxxxx DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat tender dan lawatan tapak. 2. Petender hendaklah memiliki sijil pendaftaran seperti berikut:- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G6 DAN KEATAS Kategori: B & ME Pengkhususan: B04, M01 & M06 Atau PUKONSA Kelas A SAHAJA Tajuk II Tajuk Kecil 1 Tajuk III Tajuk Kecil 1(a) & 17(e) Atau UPKJ Kelas B DAN KEATAS Kepala II Sub-Kepala 2(a) Kepala V Sub-Kepala 3 Dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 3. Taraf /Jenis Syarikat BUMIPUTERA 4. Syarat menghadiri taklimat/ lawatan tapak : Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/PUKONSA/UPKJ SAHAJA yang boleh hadir | 05 Januari 2024 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari. |
ke sesi taklimat tender dan lawatan tapak. PENAMA dibenarkan hadir bersama SEORANG (1) WAKIL SYARIKAT SAHAJA. PENAMA wajib membawa DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender. 4. Petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/ PUKONSA/ UPKJ/ Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang asal semasa pembelian dokumen tender. 5. Xxxxxxxx boleh menghubungi Sektor Implementasi Projek, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan berkenaan taklimat tender dan lawatan tapak seperti berikut: No. Telefon : 00-00000000 Email: xxxxxxxxxxxxx@xxx.xxx. my |
Tempat serahan Dokumen Tender hanya di :
KAUNTER TENDER,
BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA
DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. KEMENTERIAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER MELALUI POS LAJU / COURIER.
Pihak tuan adalah dimohon untuk mematuhi Pekeliling Perbendaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.2 perenggan 5.7(iii) dan perenggan 15.1(viii) dibaca bersama PP/PK5.1 Lampiran 4 perenggan 9.2 yang memberi maksud untuk TIDAK memaparkan nama syarikat pada dokumen teknikal.
Hak Kerajaan untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat Kerajaan menyetujui terima keputusan rundingan selaras dengan PP/PK 2.2 perenggan 26.
Pelawaan tender ini boleh dipertimbangkan perubahan dan pelanjutan tempoh kontrak tidak melebihi 50% daripada nilai kontrak asal dan/atau maksimum dua (2) tahun tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Money Order
sahaja atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
BAYARAN MELALUI WANG TUNAI/CEK/XXXX XXX TIDAK DITERIMA
KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), ATAU PUKONSA ATAU UPKJ BESERTA SALINAN FOTOSTAT (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Ketua Setiausaha