SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI NOVEMBER 2021 KOLEJ POLY-TECH MARA
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI NOVEMBER 2021 KOLEJ POLY-TECH MARA
ALOR SETAR
PENDAFTARAN
1) Saya telah memohon masuk ke Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menerima tawaran tersebut?
Terdapat empat (4) langkah mudah bagi bakal pelajar untuk melengkapkan proses pendaftaran:
a) Semakan permohonan kemasukan di laman web xxx.xxxx.xxx.xx => Pelawat => Semakan Permohonan.
b) Membuat bayaran yuran pengesahan penerimaan tawaran dan yuran pendaftaran melalui atas talian (online) FPX.
c) Membuat pengesahan penerimaan tawaran di laman web xxx.xxxx.xxx.xx => Pelawat
=> Semakan Permohonan => Pengesahan dan Bayaran Yuran Pendaftaran.
d) Mendaftar secara atas talian (online) pada tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak kolej.
2) Saya telah dimaklumkan oleh pihak kolej bahawa pendaftaran pelajar baharu dilaksanakan sepenuhnya secara online. Bagaimanakah proses pendaftaran tersebut?
(i) Mendaftar masuk / melapor diri di Sistem EREGISTER (24 – 26 November 2021)
Langkah-langkah untuk melapor diri :
a) Pelajar baharu yang telah membuat bayaran pengesahan perlu ke laman web
xxxxx://xxxxxxxxx.xxxx.xxx.xx/ => STUDENT LOGIN
b) Pelajar dikehendaki memasukkan NO IC dan NO RUJUKAN SURAT TAWARAN untuk login ke dalam sistem eregister.
d) Pelajar boleh memasukkan nick name serta boleh kemaskini nombor telefon dan emel. Seterusnya klik
AGREE.
e) Seterusnya, pelajar perlu memuatnaik (upload) salinan IC dan slip result SPM (wajib).
f) Selesai.
(ii) Mendaftar masuk ke Sistem SPMP (1 - 15 Disember 2021)
Semua pelajar baharu adalah DIWAJIBKAN Login ke Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) di pautan
xxxxx://xxxxxx.xxxx.xxx.xx/xxxxxx/xxxxx.xxx bermula 1 Dis 2021.
Login – Username : Xx.XX Pelajar (ASN21*******) , Password : No.Kad Pengenalan Pelajar.
*(Catatan : Xx.XX pelajar akan DITERIMA oleh pelajar bermula 24 Novemberi 2021 melalui emel)
Pelajar dikehendaki menukar password bagi membuktikan pelajar telah berjaya mendaftar sebagai pelajar KPTM untuk
Sesi Nov 2021. Pelajar akan memperolehi email rasmi KPTM (@xxxxxxx.xxxx.xxx.xx) melalui SPMP.
3) Dokumen apakah yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran?
Semua pelajar baharu perlu memuatnaik (upload) dokumen yang diperlukan (lengkap dan jelas) di SPMP kolej bermula 1
- 15 Disember 2021, Dokumen yang diperlukan adalah seperti senarai berikut:
1) IC / Kad Pengenalan (wajib)
2) Slip Keputusan SPM/ Sijil yang berkaitan (wajib)
3) Salinan slip bayaran yuran pengesahan (wajib)
4) *Polisi pematuhan yuran (wajib)
5) *Borang Perakuan Pembiayaan (wajib)
6) Muka depan akaun bank (Salinan yang memaparkan Nama, No.K/P dan nombor akaun simpanan)
(wajib)
*Bagi item 4-5, salinan borang boleh didapati di Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu (mukasurat 17-19)
4) Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran.
Pendaftaran tanpa pengesahan penerimaan tawaran tertakluk kepada kekosongan dan budi bicara pihak pengurusan kolej.
5) Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syaratkemasukan?
TIDAK BOLEH. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPTM.
6) Dokumen SET 1 dan dokumen kewangan saya masih ada yang tidak lengkap dan saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar sebagai pelajar?
Boleh. Tetapi anda perlu melengkapkan segala keperluan dokumen dan menyerahkan kepada pihak kolej melalui
serahan tangan (bagi yang tinggal berdekatan) atau melalui pos.
Alamat untuk pos:
PEJABAT AKADEMIK (SPRS)
KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR KOMPLEKS MARA MERGONG
SEBERANG XXXXX XXXXX 00000 XXXX XXXXX , XXXXX
Tarikh akhir penyerahan dokumen SET 1 ke kolej adalah selewat-lewatnya 11 Disember 2021.
Jika ada masalah dan kemusykilan untuk mengisi borang-borang dalam SET 1, boleh hubungi nombor telefon berikut:
• 000-0000000 (Pn Fazlina)
• 012-5504881 (Pn Azliana)
*DOKUMEN SET 2 (TAJAAN) – Pelajar tidak perlu menghantar (pos) dokumen SET 2. Jika ada pertanyaan berkenaan dokumen SET 2, boleh hubungi Pn Rosemi/En Hafizuddin Haq di talian 09-7309255.
KULIAH
1) Bilakah sesi kuliah akan bermula?
Sesi kuliah secara atas talian (online) akan bermula pada 1 Dis 2021 (Rabu).
2) Berapakah tempoh masa pengajian bagi mengikuti diploma di KPTM Xxxx Xxxxx?
Tempoh pengajian bagi mengikuti program diploma di KPTM Xxxx Xxxxx adalah selama 2 tahun 4 bulan.
3) Bagaimanakah proses pelaksananan kuliah secara online?
Pelaksanaan kuliah secara atas talian (online) termasuk medium pembelajaran akan dimaklumkan oleh pensyarah kursus masing-masing.
4) Bagaimanakah dengan pendaftaran kursus yang perlu saya ikuti sepanjang tempoh pengajian saya?
Bagi pelajar baharu, pendaftaran kursus akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak akademik kolej. Bagi pelajar kanan/lama, pelajar perlu membuat pra-pendaftaran kursus
5) Apakah keperluan lain untuk mengikuti kuliah seperti pembelian buku rujukan dan lain-lain?
Keperluan buku / modul bergantung sepenuhnya kepada pensyarah kursus. Pelajar boleh merujuk kepada pensyarah kursus masing-masing semasa sesi kuliah bermula.
6) Bagaimanakan penyaluran maklumat berkenaan jadual kuliah dan juga peraturan-peraturan akademik kolej?
Pelajarbolehmengaksesjadualkuliahdan Buku Peraturan Akademiktersebutbagitujuanrujukan dan panduan yang akan dimuatnaik di website KPTM Xxxx Xxxxx (xxxxx://xxxxx.xxxx.xxx.xx/).