KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TENDER
TARIKH IKLAN : 20 NOVEMBER 2023 (ISNIN)
Tawaran tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) Atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Negeri Sarawak (UPKJ) dalam kelas yang berkaitan bagi kerja berikut :-
BUTIR- BUTIR TAWARAN | HARGA DOKUMEN (RM) | TARIKH/ TEMPAT/ MASA TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK | TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL | SYARAT PENDAFTARAN TENDER | TARIKH TENDER DITUTUP |
Projek Penggantian 17 Unit Lif Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Hospital Selayang, Selangor No. Jadual T/P&P: 105/2023 Nota: Tender kerja ini tidak tertakluk kepada obligasi perjanjian antarabangsa Free Trade Agreement/ Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (FTA/CPTPP). | RM 500.00 (Tidak akan dikembalikan) | Tarikh : 27 November 2023 (Isnin) Masa : 10.30 Pagi Tempat: Bilik Seminar 3 & 4, Lobi CME, Aras 3, Hospital Selayang | Dokumen Tender boleh diperolehi / dijual selepas taklimat tender pada: Tarikh Jual: 28 November 2023 (Selasa) Tarikh Tutup Jual: 21 Disember 2023 (Khamis) Tempat: Kaunter Tender, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya pada waktu-waktu pejabat seperti berikut :- Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg 2.00 ptg – 4.00 ptg Jumaat : 8.00 pg – 12.00 t/hari 2.45 ptg – 4.00 ptg | 1. Xxxxxxxx DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat tender dan lawatan tapak. 2. Petender hendaklah memiliki sijil pendaftaran seperti berikut :- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G7 SAHAJA Kategori: ME dan B Pengkhususan: M03 dan B14 Atau PUKONSA Kelas A SAHAJA Kepala III Sub-Kepala 2 dan Kepala II Sub-Kepala 8 Atau UPKJ Kelas A SAHAJA Kepala V Sub-Kepala 4 dan Kepala II Sub-Kepala 3a Dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 3. Taraf /Jenis Syarikat TERBUKA 4. Syarat menghadiri taklimat/ lawatan tapak : Hanya PENAMA di dalam Perakuan | 28 Disember 2023 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. |
Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) / PUKONSA / UPKJ SAHAJA yang boleh hadir ke sesi taklimat tender. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender dan lawatan tapak. PENAMA dibenarkan hadir bersama SEORANG (1) WAKIL SYARIKAT SAHAJA. 5. Petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/ PUKONSA/ UPKJ/ Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang asal semasa pembelian dokumen tender. 6. Xxxxxxxx boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan untuk taklimat tender dan lawatan tapak seperti berikut: Sektor Implementasi Projek No. Telefon : 00-00000000 |
Tempat serahan Dokumen Tender hanya di :
KAUNTER TENDER,
BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA
DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. KEMENTERIAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER MELALUI POS LAJU / COURIER.
Pihak tuan adalah dimohon untuk mematuhi Pekeliling Perbedaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.2, perenggan 5.7(iii) dan perenggan 5.1(viii) serta Garis Panduan Penilaian Tender – Lampiran 9 dan PP/PK5.1 perenggan 5.1.3(b) dibaca bersama PP/PK5.1 Lampiran 4 dan perenggan 9.2 yang memberi maksud untuk TIDAK memaparkan nama syarikat pada dokumen teknikal.
Hak Kerajaan untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat Kerajaan menyetujui terima keputusan rundingan selaras dengan PP/PK 2.2 perenggan 26.
Pelawaan tender ini boleh dipertimbangkan perubahan dan pelanjutan tempoh kontrak tidak melebihi 50% daripada nilai kontrak asal dan/atau maksimum dua (2) tahun tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Money Order
sahaja atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. BAYARAN MELALUI WANG TUNAI/CEK/XXXX XXX TIDAK DITERIMA
KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), ATAU PUKONSA ATAU UPKJ BESERTA SALINAN FOTOSTAT (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN.
Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) / PUKONSA / UPKJ sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. Agensi hendaklah mensyaratkan bahawa kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam PKK, SPKK, PUKONSA, UPKJ.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.