JABATAN KERJA RAYA CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, JKR NEGERI MELAKA
JABATAN KERJA RAYA CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, JKR NEGERI MELAKA
BORANG SEBUTHARGA
NO SEBUTHARGA : KJMN(M)/Q/37/2024
KERJA-KERJA PENGGANTIAN SATU (1) UNIT SISTEM LIF DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN
DI PERPUSTAKAAN NEGERI, BUKIT BARU, MELAKA
JABATAN KERJA RAYA,
CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, JKR NEGERI MELAKA
.
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Sebutharga No : KJMN(M)/Q/37/2024
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Melaka Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka
Xxxxx Xxxxxx Xxxx 00000, Xxxxxx Xxxx,
KERJA-KERJA PENGGANTIAN SATU (1) UNIT SISTEM LIF DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI PERPUSTAKAAN NEGERI, BUKIT BARU, MELAKA
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, Syarat-syarat Am Sebutharga, Spesifikasi Kerja, Spesifikasi Addenda dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia:
...........................................................................…………………………………………………………………………..........
.........................................……………………………..................................................................................
(RM )
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa tempoh mula kerja seperti yang diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxx.
(Tempoh penyiapan inginan: minggu 40 ). Bertarikh pada ………………………..
minggu dari tarikh akhir
.......................................................... ….......................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh: ......................................... Nama Penuh:...................................
No. K/P: ............................................. No.K/P:.............................................
Alamat: ............................................... Alamat:.............................................
........................................................... ..........................................................
........................................................... .......................................................... Atas sifat: ...........................................
..........................................................
Meteri atau Cop Kontraktor
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA
2.1 Penyediaan Sebutharga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:
(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
(c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
(d) Jadual Kadar Harga (jika ada),
(e) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) | Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebutharga KJMN(M)/Q/37/2024 serta tajuk sebutharga. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga. |
(b) | Jika dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan seperti berikut: |
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Melaka Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka Xxxxx Xxxxxx Xxxx 00000, Xxxxxx | |
(c) | Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, atas sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. |
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 40 minggu
4. HARGA INDIKATIF JABATAN
a. Harga Indikatif Jabatan bagi sebutharga ini adalah RM 405,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Lima Ribu Sahaja)
b. Harga Indikatif Jabatan ini merupakan satu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.
c. Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipillih atau boleh menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.
5. BAYARAN DOKUMEN SEBUTHARGA
Dokumen sebutharga ini dijual dengan harga RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja)
6. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUTHARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
7. TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah laku sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir- butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota- nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir- butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
*3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan
3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang- undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan
* Potong jika tidak diperlukan
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
6.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja- kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Dokumen Xxxxxxxxxx adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud itu sebenar. Dokumen sebutharga pada keseluruhannya samada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebutharga itu.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUTHARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
9.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
d) Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
11. KERJA PERUBAHAN
11.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
11.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
12. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
12.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
12.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
13. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Xxxxx Xxxx iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.
14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
15. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
16. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
SURAT AKUAN PEMBIDA
KERJA-KERJA PENGGANTIAN SATU (1) UNIT SISTEM LIF DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI PERPUSTAKAAN NEGERI, BUKIT BARU, MELAKA
Saya, ................................................................................... nombor K.P....................................
xxxx xxxxxxxx .................................................................. nombor pendaftaran (*MOF/CIDB/SSM) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Melaka atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Melaka atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang- undang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:
3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah undang-undang masingmasing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili sarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau
3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.
4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Yang benar,
Tandatangan | : |
Nama | : |
Xx.XX | : |
Tarikh | : |
Cop Syarikat | : |
Catatan:
(i) **termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
(ii) ***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv) Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan Kerajaan.
LAMPIRAN H
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or illegal Activities | |
(a) | Without prejudice to any other rights of the Goverment, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of low for corrupation or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this (Agreement/Contract) at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm]. |
(b) | Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses [including any incidental costs and expenses] incurred by the Government arising from such termination. |
(c) | For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].’’ |
LAMPIRAN A
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
Semua butir-butir di dalam lampiran ini hendaklah diisi oleh penyebutharga dengan betul dan lengkap dan dilampirkan dalam dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tawaran ditolak.
1. Nama Syarikat: ……………………............………………………………………………….
2. Alamat Syarikat: .................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
Telefon: ………......................... Faks ….….……….…….....
Emel: ………................................................................
3. Butiran Perniagaan:
3.1. Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat: .................................
3.2. Tarikh Perniagaan/Syarikat ditubuhkan : .................................
4. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan: (Sila sertakan salinan Sijil Pendaftaran)
4.1. No. Pendaftaran : ..............................................................................
4.2. Tarikh Daftar : Mulai ....................... sah hingga ................................
4.3. Kod Bidang / Tajuk Kecil : ..............................................................................
4.4. Taraf Syarikat : *Bumiputera/Bukan Bumiputera
(Sila sertakan salinan Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia)
4.5. Jika Bumiputera tempoh sah taraf dari ............................... hingga ..............................
LAMPIRAN A
5. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. atau perseorangan (Nyatakan)
5.1. Modal Dibenarkan : RM............................................
5.2. Modal Dibayar : RM............................................
6. Perniagaan utama lain, jika ada:
6.1. ............................................ sejak ............................................
6.2. ............................................ sejak ............................................
7. Bilangan Pekerja berkaitan sebutharga ini: .............................................
7.1. Pengurusan : .......................................................................
7.2. Profesional : .......................................................................
7.3. Sokongan : .......................................................................
8. Ahli-ahli Syarikat:
8.1. Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Nama | Jawatan | Peratus Pegangan Saham (%) |
(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)
LAMPIRAN A
8.2. Ahli-ahli Pengurusan dan Profesional
Kategori Jawatan | Bilangan Pekerja |
Pengurusan | |
Pemasaran | |
Teknikal | |
Sokongan | |
Lain-lain (Nyatakan) i. ...................................................... ii. ...................................................... iii. ...................................................... |
(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)
9. Data-Data Kewangan
9.1. Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet)* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.
Asset* (A) | Liabiliti* (B) | Nilai Kewangan (Worth) (A - B) | |||
Semasa | : RM | Semasa | : RM | Semasa | : RM |
Tetap | : RM | Tetap | : RM | Tetap | : RM |
Jumlah | : RM | Jumlah | : RM | Jumlah | : RM |
9.2. Xxxxx Xxxx Xx Xxxxxx (Xxxx in hand) – RM.........................................
* Sila sertakan salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terkini yang telah disahkan oleh bank. Sebutharga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.
LAMPIRAN A
i. Nama dan alamat bank dimana akaun dibuka:
........................................................................................................................... ii. No. akaun bank : ............................................
9.3. Kemudahan kredit bagi sebutharga ini. (Sila sertakan salinan surat daripada bank/institusi kewangan terlibat dan diakui sah)
i. Nama dan alamat bank/institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit:
............................................................................................................................
ii. Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan dalam sebutharga ini:
Overdraf atau Talian Kredit | RM |
Overdraf Bercagar | RM |
Pinjaman Tetap Yang Akan/ Layak Diperolehi Untuk Projek Ini | RM |
JUMLAH KESELURUHAN | RM |
iii. No. Cukai Pendapatan: .....................................
10. Perakuan:
(Hendaklah ditandatangani oleh orang yang bertanggungjawab dalam urusan penyediaan dokumen dan diberi kuasa mendatangani kontrak jika berjaya)
Dengan ini saya mengaku dan mengesahkan bahawa segala butir-butir di atas adalah benar. Tandatangan : …………………………………………………….
Nama : …………………………………………………….
Jawatan : …………………………………………………….
Xxxxxx : …………………………………………………….
Cop syarikat
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
LAMPIRAN B
/
Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga |
1. | Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari | ||
CIDB | |||
2. | Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari BPKU | ||
(Kerja)(jika berkaitan) | |||
3. | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari | ||
CIDB / Sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) / Sijil | |||
Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) | |||
Sarawak / Kementerian Kewangan | |||
4. | Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap | ||
(termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan | |||
Ditandatangani | |||
5. | Borang Maklumat Penyebut Harga | ||
6. | Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (jika | ||
berkaitan) | |||
7. | Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan | ||
(jika perlu) | |||
8. | Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan) | ||
9. | Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga | ||
(3) Bulan Terakhir* | |||
10. | Lain-lain Xxxxxxxxx Xxx |
NOTA;
*Bagi Sebut Harga yang bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000 sahaja (Diwajibkan)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT | UNTUK KEGUNAAN JABATAN |
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut Harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. | Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada). |
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Cop Kontraktor : | Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: |