TERMA DAN SYARAT KEMPEN ‘LINK & USE TABUNG HAJI’
TERMA DAN SYARAT KEMPEN ‘LINK & USE TABUNG HAJI’
1. Kempen
1.1 Kempen ini dianjurkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) yang dirujuk sebagai “Penganjur”.
1.2 Kempen ini berlangsung mulai 1 Oktober hingga 31 Disember 2019 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
1.3 Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat Kempen atau menukar jangka masa Tempoh Kempen dan/atau tarikh bermulanya atau berakhirnya Kempen ini tanpa sebarang notis awal kepada para Peserta. Peserta adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan tersebut.
2. Kriteria Kelayakan
2.1 Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Bank Rakyat yang memiliki akaun Tabung Haji (selepas ini dikenali sebagai “Peserta”).
2.2 Hanya transaksi yang dilakukan melalui kaunter, ATM dan Perbankan internet Bank Rakyat (iRakyat) layak menyertai kempen ini.
2.3 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta: -
i. tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan sedia ada perbankan internet (iRakyat) dan ATM.
ii. bersetuju bahawa Xxxxxxx telah membaca, memahami dan dengan ini secara nyata bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini..
3. Hadiah Kempen
Hadiah Utama : Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah bernilai RM3,500. Tempat Pertama : Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah bernilai RM2,500. Tempat Kedua : Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah bernilai RM1,500.
Hadiah Bulanan : Akaun Simpanan-i Tabung Qurban bernilai RM250 x 10
pemenang setiap bulan.
4. Mekanisme Kempen
4.1 Peserta perlu menghubungkan (link) akaun Tabung Haji dengan Kad Debit-i Bank Rakyat milik mereka.
4.2 Peserta perlu melaksanakan sebarang transaksi kewangan berikut melalui kaunter, ATM atau Perbankan internet Bank Rakyat (iRakyat) bagi melayakkan diri untuk menyertai kempen:
a) Pengeluaran Tunai
b) Pindahan wang dari Akaun Simpanan-i Bank Rakyat ke akaun Tabung Haji milik sendiri.
c) Pindahan wang dari Akaun Simpanan-i Bank Rakyat ke akaun pihak ketiga Tabung Haji milik pihak ketiga.
d) Pindahan wang dari akaun Tabung Haji ke Akaun Simpanan-i sendiri di Bank Rakyat.
e) Pindahan wang dari akaun Tabung Haji ke Akaun Simpanan-i pihak ketiga di Bank Rakyat.
f) Pindahan wang dari akaun Tabung Haji milik sendiri ke akaun Tabung Haji milik pihak ketiga.
4.3 Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah transaksi terkumpul yang tertinggi sepanjang kempen berlangsung.
4.4 Pemenang akan dimaklumkan selepas tempoh kempen berakhir menerusi panggilan telefon atau kaedah lain yang dirasakan sesuai oleh Bank Rakyat.
4.5 Pemilihan pemenang adalah mengikut budi bicara Penganjur. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara berkaitan dengan Kempen adalah muktamad dan mengikat dan konklusif. Sebarang surat-menyurat, bantahan atau cubaan untuk mempertikaikan keputusan berkenaan tidak akan dilayan.
4.6 Setiap Pelanggan hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Kempen.
4.7 Tuntutan hadiah boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Rakyat pilihan pelanggan/pemenang.
4.8 Bank Rakyat berhak untuk menggantikan hadiah sedia ada dengan hadiah lain yang setimpal (sekiranya perlu).
5. LAIN-LAIN
5.1 Dengan menyertai kempen ini, peserta/pelanggan bersetuju dan membenarkan data peribadi mereka dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh Bank Rakyat mengikut Notis Privasi Bank Rakyat, yang boleh dilihat di xxx.xxxxxxxxxx.xxx.xx
5.2 Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh Bank Rakyat yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.
5.3 Bank Rakyat mempunyai hak eksklusif untuk mencetak dan menyiarkan nama dan gambar Pelanggan untuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, laman sesawang korporat Bank Rakyat, atau mana-mana saluran yang ditentukan sesuai oleh Bank Rakyat.
5.4 Bank Rakyat atau pekerja dan wakilnya (termasuk mana-mana pihak yang dilantik oleh Bank Rakyat untuk memberi perkhidmatan tertentu berkaitan kempen ini) tidak akan bertanggungjawab, secara langsung atau tidak terhadap sebarang
kehilangan, kerugian atau kemungkiran yang dialami oleh Pelanggan, disebabkan oleh penyertaan mereka dalam kempen ini atau daripada sebarang tindakan di pihak Bank Rakyat.
5.5 Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan bersetuju dan membenarkan Bank Rakyat untuk mendedahkan maklumat Pelanggan kepada mana-mana wakil yang dilantik oleh Bank Rakyat untuk tujuan Kempen ini.
5.6 Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan, kekurangan, makluman atau apa-apa koresponden sama ada melalui e-mel, surat atau mana-mana medium komunikasi.
5.7 Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan sistem atau apa-apa situasi di luar kemampuan Bank Rakyat.
5.8 PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG- UNDANG, BANK RAKYAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PELANGGAN UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM KEMPEN INI, SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APA-APA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PELANGGAN TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.
5.9 Melainkan diperuntukkan secara khusus atau sebaliknya, Bank Rakyat mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa. Pelanggan adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan, pemotongan atau penambahan tersebut.
5.10 Terma dan Syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.
5.11 Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.