SURAT PERJANJIANMENDUDUKI RUMAH KERAJAAN
Lampiran IV
SURAT PERJANJIANMENDUDUKI RUMAH KERAJAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Sila Lekatkan Setem Hasil
PERJANJIAN
PERJANJIAN INI dibuat pada...........haribulan...........20..... di antara KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh PEGAWAI PERUMAHAN iaitu suatu autoriti yang diwujudkan di bawah perbekalan Perintah-Perintah Am mengenai Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan (selepas daripada ini disebut sebagai “Bab E”) yang berpejabat di ALAMAT JABATAN (selepas daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) di satu pihak dan Sila isikan NAMA PENGHUNI di alamat Sila isikan ALAMAT KUARTERS (selepas daripada ini disebut sebagai “Penghuni”) di pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA PEGAWAI PERUMAHAN ialah pentadbir berautoriti menurut Perintah-Perintah Am Bab E ke atas bangunan kuarters di alamat Sila isikan ALAMAT KUARTERS (selepas daripada ini disebut sebagai “Kuarters Tersebut”).
DAN BAHAWASANYA KERAJAAN telah bersetuju bagi tujuan Perjanjian ini memperuntukkan Kuarters Tersebut yang dikategorikan dalam Kelas kepada
Penghuni dan Penghuni telah bersetuju menerima sewaan tersebut tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Perintah Am Bab E, Pekeliling-Pekeliling berkaitan dan syarat-syarat Perjanjian ini.
MAKA ADALAH SEKARANG INI DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK DI ATAS SEPERTI BERIKUT:
FASAL 1 – DEFINISI
1.1 Dalam perjanjian ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, istilah berikut akan membawa maksud seperti berikut : -
1.1.1 “Pegawai Perumahan” ertinya Jawatan Ketua Jabatan/Alamat Ketua Jabatan yang dipertanggungjawabkan menjalankan mana-mana tugas berhubung dengan kuarters menurut Perintah Am Bab E;
1.1.2 “Penghuni” ertinya penghuni berdaftar yang diperakui sah oleh Jawatan Ketua Jabatan/Alamat Ketua Jabatan yang ia telah diperuntukkan kuarters baginya mengikut kelas kelayakannya atau bukan kelas kelayakannya oleh Kerajaan:
1.1.3 “Keluarga Penghuni” ertinya bagi penghuni berdaftar lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi penghuni berdaftar perempuan, suami dan anak- anaknya;
1.1.4 “Kuarters” merupakan rumah kediaman Kerajaan yang diperuntukkan kepada Penghuni dengan dikenakan kadar sewa yang dijadualkan dalam Perintah Am Bab E dan/atau peraturan-peraturan lain berkaitan dengannya untuk tujuan kediaman semata-mata dan tiada lain daripada ini termasuklah segala kelengkapan-kelengkapan dan pepasangan-pepasangan yang telah sedia ada di dalam Kuarters Tersebut semasa penyerahan dibuat kepada Penghuni melalui Sijil Akuan Masuk Rumah; dan
1.1.5 “Kemudahan Bersama” ertinya kawasan, ruang atau/dan tempat yang tidak termasuk sebagai kuarters yang disediakan khusus dan dinikmati secara bersama antara penghuni-penghuni di bangunan Kuarters Tersebut didirikan seperti surau, dewan, taman permainan dan lain-lain.
FASAL 2 – TEMPOH PERJANJIAN
2.1 Perjanjian ini akan berkuatkuasa mulai sehingga
ditamatkan pada ............ atau menurut syarat-syarat Perjanjian ini dan/atau disebabkan oleh sebab-sebab hilang kelayakan Penghuni untuk menduduki Kuarters Tersebut; dan/atau arahan Kerajaan pada bila-bila masa.
2.2 Penghuni hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) bulan sebelum tarikh luput tempoh memaklumkan kepada Pegawai Perumahan secara bertulis sekiranya Penghuni bercadang untuk melanjutkan tempoh Perjanjian.
2.3 Pegawai Perumahan setelah menerima permohonan secara bertulis daripada Penghuni boleh melanjutkan tempoh Perjanjian sehingga ke satu tarikh yang dipersetujui.
FASAL 3 – DEPOSIT
3.1 Penghuni hendaklah pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani menyerahkan kepada Kerajaan deposit menduduki kuarters tersebut mengikut kadar sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual A kepada Perjanjian ini (selepas daripada ini disebut sebagai “Deposit Tersebut”).
3.2 Deposit Tersebut hendaklah dibayar kepada Jabatan/Bahagian dalam bentuk Wang Pos/Tunai atas nama Ketua Jabatan.
3.3 Deposit Tersebut akan dikembalikan kepada Penghuni selepas tamat tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh Perjanjian ini luput tanpa dibayar apa-apa faedah atau imbuhan.
3.4 Walau apapun, Penghuni berhak untuk menuntut Deposit Tersebut sekiranya Perjanjian ini ditamatkan lebih awal daripada tarikh Perjanjian luput oleh mana-mana pihak
FASAL 4 – POTONGAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP), BANTUAN SARA HIDUP (COLA) ATAU ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW)
4.1 Bagi sepanjang tempoh Penghuni menduduki kuarters, pemotongan ITP, COLA atau EPW (yang mana berkenaan) hendaklah dilaksanakan oleh Ketua Jabatan masing-masing bermula dari tarikh Sijil Akuan Masuk dan akan terhenti pada tarikh di Sijil Akuan Keluar.
4.2 Penghuni perlu memastikan jabatan masing-masing melaksanakan perkara di Fasal 4.1. Sekiranya didapati perkara di Fasal 4.1 tidak dilaksanakan, Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk mengutip semula amaun dengan kadar yang sama yang sepatutnya dipotong oleh jabatan masing-masing.
FASAL 5 – HAK MENDUDUKI
5.1 Bagi tujuan ini Penghuni hendaklah mematuhi segala peraturan berkaitan Kuarters Tersebut dengan tepat.
FASAL 6 – TANGGUNGJAWAB PENGHUNI
6.1 Adalah menjadi tanggungjawab Penghuni untuk mengurus dan melaksanakan obligasinya menurut Perjanjian ini sebagaimana yang dinyatakan di bawah :-
6.1.1 Kuarters Tersebut hendaklah digunakan sebagai tempat kediaman Penghuni termasuk Keluarga Penghuni sahaja dan tidak boleh membuat lain-lain perkhidmatan atau tujuan.
6.1.1 Penghuni hendaklah menguruskan sendiri untuk mendapatkan bekalan utiliti seperti air dan elektrik untuk Kuarters Tersebut atau lain-lain perkhidmatan bagi tujuan mendiami Kuarters Tersebut atas kos tanggungan Penghuni sendiri;
6.1.1 Sentiasa patuh kepada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan peraturan-peraturan menduduki kuarters yang berkuatkuasa;
6.1.2 Melaporkan dengan segera kepada Kerajaan jika terdapat kerosakan kepada bangunan Kuarters Tersebut atau mana-mana peralatan atau pepasangan tersekat, tersumbat, bocor ataupun rosak atau berlaku kacau ganggu terhadap Kemudahan Bersama;
6.1.5 Melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika berlaku sebarang penyakit merebak atau berjangkit di Kuarters Tersebut;
6.1.6 Sentiasa memastikan Kuarters Tersebut berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa sebagai satu tempat kediaman;
6.1.7 Membuang sampah-sarap dengan menggunakan beg plastik dan dimasukkan ke dalam bekas-bekas yang disediakan khas di Kuarters Tersebut atau pihak berkuasa yang berkenaan;
6.1.8 Menanggung segala perbelanjaan membaiki atau mengganti kerosakan atau kehilangan ke atas peralatan atau pepasangan pada bahagian-bahagian Kuarters Tersebut yang berlaku akibat perbuatan sengaja atau kecuaian Penghuni, Keluarga Penghuni atau tetamunya;
6.1.9 Memberi butir-butir mengenai Keluarga Penghuni yang tinggal bersama-sama Penghuni di Kuarters Tersebut pada waktu menandatangani Perjanjian ini dan melaporkan kepada Kerajaan dari semasa ke semasa sebarang perubahan dalam bilangan ahli Keluarga Penghuni;
6.1.10 Menjelaskan segala bayaran bersabit dengan Kuarters Tersebut mengikut mana yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan;
6.1.6 Mengembalikan Kuarters Tersebut kepada Kerajaan dalam keadaan baik dan teratur apabila Perjanjian ini ditamatkan;
6.1.7 Melindungi atau mengganti rugi Kerajaan terhadap sebarang tindakan undang-undang atau apa-apa tuntutan pihak ketiga yang dibuat di dalam dan di luar mahkamah;
6.1.6 Kematian Penghuni hendaklah dilaporkan oleh Keluarga Penghuni dalam tempoh 14 hari dari tarikh kematian itu kepada Pegawai Perumahan.
6.1.7 Penghuni tidak dibenarkan menyerah, menyewa atau melepaskan Kuarters Tersebut atau mana-mana bahagiannya kepada orang lain, syarikat atau sesiapa sahaja tanpa persetujuan bertulis daripada Kerajaan;
6.1.8 Penghuni tidak akan membuat sebarang pengubahsuaian atau perubahan tambahan atau pertukaran bentuk dengan apa cara sekalipun kepada Kuarters Tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan bertulis Kerajaan; dan
6.1.9 Melindungi atau menggantirugi Kerajaan terhadap sebarang tuntutan tindakan Mahkamah berhubung dengan sebarang kerosakan atau kecederaan yang ditanggung oleh Penghuni atau sesiapa juga jika kerosakan atau kecederaan itu berpunca dari pelanggaran syarat- syarat yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini.
6.2 Penghuni dengan ini mengikat janji dan bersetuju bahawa beliau tidak akan:
6.2.1 Menjalankan sebarang bentuk perniagaan atau menjaja di mana- mana juga tempat dalam kawasan Kuarters Tersebut;
6.2.2 Menggunakan Kuarters Tersebut sebagai tempat pejabat persatuan, pertubuhan atau amal ibadat;
6.2.2 Meletak apa-apa juga benda di kaki lima, tangga, atau mana-mana tempat yang dikhaskan untuk Kemudahan Bersama dengan penghuni-penghuni lain di kawasan Kuarters Tersebut;
6.2.3 Menjemur sebarang jenis jemuran atau pakaian selain dari tempat yang disediakan dan dibenarkan;
6.2.2 Mengambil, mengguna atau membazirkan air dari mana-mana paip air yang dipasang untuk Kemudahan Bersama di kawasan Kuarters Tersebut;
6.2.3 Memelihara sebarang binatang peliharaan seperti ayam, itik, kucing, anjing, burung atau binatang-binatang lain di dalam Kuarters Tersebut atau di mana-mana juga dalam kawasan Kuarters Tersebut;
6.2.4 Menampal sebarang poster, notis, pelekat, mengecat, memaku dinding atau bahagian perkayuan di dalam Kuarters Tersebut atau di mana-mana bahagian Kemudahan Bersama atau di mana-mana bahagian bangunan dalam kawasan Kuarters Tersebut;
6.2.5 Memasang atau merentang aerial radio atau antena televisyen, tali, dawai, wayar (termasuk wayar elektrik) atau mendirikan sebarang binaan atau mempamerkan sebarang iklan di mana-mana jua dalam kawasan Kuarters Tersebut dan Kemudahan Bersama tanpa kebenaran bertulis daripada Kerajaan;
6.2.6 Xxxxxxxx atau membuat sebarang ubahsuaian kepada bentuk binaan Kuarters Tersebut;
6.2.7 Menebang, mencacatkan atau mengalih sebarang pokok atau tumbuhan yang ditanam oleh Kerajaan dalam kawasan Kuarters Tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada Kerajaan;
6.2.8 Menyewakan atau melepaskan posesi Kuarters Tersebut atau sebahagiannya kepada orang lain atau membenarkan orang lain untuk menumpang tanpa kebenaran bertulis dari Kerajaan;
6.2.2 Memasak dengan menggunakan kayu api atau arang di dalam Kuarters Tersebut tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Kerajaan;
6.2.2 Membuat atau membenarkan dibuat sebarang perbuatan di dalam Kuarters Tersebut atau di mana-mana juga dalam kawasan Kemudahan Bersama atau kawasan Kuarters Tersebut yang menyebabkan bahaya, kacau-ganggu, skandal atau yang boleh menimbulkan kemarahan penghuni-penghuni lain dalam kawasan Kuarters Tersebut.
FASAL 7 – HAK KERAJAAN
7.1 Kerajaan sentiasa mempunyai hak kebebasan keluar masuk bagi tujuan pemeriksaan atau senggaraan di Kuarters Tersebut pada bila- bila masa yang difikirkannya sesuai.
7.2 Bagi tujuan ini, Kerajaan berhak pada setiap masa mengambil apa- apa tindakan berdasarkan Perjanjian ini, atau apa-apa tindakan lain yang tidak dinyatakan dalam Perjanjian ini setakat mana ia tidak bercanggah dengan Perintah Am Bab E.
FASAL 8 – “FORCE MAJEURE”
8.1 Kerajaan dan/atau Penghuni adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam memenuhi kehendak Penghuni ini jika tindakan, ketinggalan atau kegagalan ini timbul akibat rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan atau sebab-sebab dan bahaya-bahaya lain yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak.
8.2 Sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti yang dinyatakan di Fasal 8.1, Penghuni hendaklah dengan serta merta memaklumkan kepada Kerajaan akan kejadian itu dengan menyatakan secara terperinci akan butir-butir kejadian dan akibat daripadanya secara bertulis.
FASAL 9 – PENAMATAN PERJANJIAN
9.1 Dengan memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Penghuni, Kerajaan boleh terus menamatkan Perjanjian ini jika:-
9.1.1 Sekiranya Penghuni telah didapati melakukan pelanggaran terhadap mana- mana syarat Perjanjian ini ; dan
9.1.2 Sekiranya Kerajaan menghendaki Kuarters Tersebut bagi apa- apa maksud sekalipun.
9.2 Tiada apa-apa tindakan seperti Fasal 9.1.1 dan 9.1.2 di atas akan menyentuh mana-mana hak untuk mendapatkan balik ganti rosak Kuarters Tersebut, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Perintah Am Bab E atau Pekeliling-Pekeliling berkaitan.
9.3 Kedua-dua belah pihak, Kerajaan atau Penghuni berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi tiga puluh (30) hari notis.
FASA 10 – HILANG KELAYAKAN
10.1 Penghuni yang akan hilang kelayakan secara automatik untuk menduduki Kuarters tersebut hendaklah segera mengosongkannya dengan serta-merta apabila beliau didapati sah dan/atau sabit melakukan atau disebabkan keadaan-keadaan berikut ;-
10.1.1 Bersara atau berhenti dari perkhidmatan dengan Kerajaan atas apa-apa sebab jua pun;
10.1.2 Penghuni telah dikenakan hukuman tatatertib yang memudaratkan imej Jabatannya atau Ketua Jabatannya;
10.1.3 Penghuni telah dikenakan tindakan Mahkamah yang memudaratkan imej Jabatannya, atau Ketua Jabatannya;
10.1.1 Melakukan perbuatan yang menjejaskan atau mengakibatkan terjejasnya penikmatan atau kepentingan bersama penghuni yang lain ke atas Kemudahan Bersama atau kemudahan- kemudahan awam yang lain bagi kuarters yang didudukinya itu;
10.1.2 Melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang di bawah Perintah Am Bab E;
10.1.3 Melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, atau Akta Dadah Berbahaya (Perlucutanhakan Harta) 1988;
10.1.4 Melakukan perbuatan atau mengakibatkan perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan menduduki kuarters yang dinyatakan atau tidak dinyatakan dalam Perjanjian ini;
10.1.5 Melakukan urus niaga di Kuarters Tersebut atau menyewakan Kuarters Tersebut atau sebahagian Kuarters Tersebut kepada mana-mana orang tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan;
10.1.6 Tidak menduduki Kuarters tersebut secara tetap dan/atau sepenuh masa sehingga menyebabkan timbulnya keraguan yang munasabah terhadap maksud asal Kuarters Tersebut dibenarkan untuk diduduki oleh Penghuni;
10.1.7 Penghuni telah mempunyai rumah kediaman sendiri di sekitar 25 kilometer radius dari Alamat Jabatan yang dibeli melalui Kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan;
10.1.1 Tidak menjelaskan Bayaran Sewa Kuarters Tersebut selama tiga(3) bulan berturut-turut serta bayaran-bayaran lain yang
berkaitan dengan Kuarters Tersebut apabila diminta atau diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxxxxxx;
10.1.1 Menggunakan Kuarters Tersebut untuk maksud-maksud atau tujuan-tujuan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa atau syarat-syarat menduduki yang ditetapkan oleh Pegawai Perumahan.
10.1.2 Penghuni meninggal dunia dalam tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa;
10.1.3 Penghuni diberhentikan daripada perkhidmatan atau dipindah atau ditukarkan perkhidmatan ke mana-mana negeri selain daripada negeri di mana Kuarters Tersebut terletak; atau
10.1.4 Atas apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Pegawai Perumahan supaya Penghuni mengosongkan kuarters yang didudukinya itu dalam tempoh yang ditetapkan.
10.2 Sekiranya Penghuni yang hilang kelayakan untuk menduduki Kuarters Tersebut ingkar notis mengosongkan Kuarters Tersebut, Penghuni akan dikehendaki oleh Pegawai Perumahan untuk membayar sewa berdasarkan kadar sewa pasaran semasa Kuarters Tersebut yang dikira dari tarikh Penghuni Tersebut hilang kelayakan.
10.3 Pembayaran berdasarkan kadar sewa pasaran Kuarters Tersebut semasa ini tidak akan memberi kesan pengenepian hak Kerajaan untuk menjalankan penguatkuasaan mana-mana hak, remedi atau peruntukan Perjanjian ini pada bila-bila masa atau untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Penghuni yang ingkar mengosongkan Kuarters Tersebut.
10.4 Sekiranya Keluarga Penghuni ingkar notis untuk mengosongkan Kuarters Tersebut melebihi tempoh 3 bulan yang dibenarkan oleh
Pegawai Perumahan, Keluarga Penghuni tersebut akan dikenakan sewa berdasarkan kadar sewa pasaran semasa Kuarters Tersebut semasa sepanjang melebihi tempoh yang dibenarkan menduduki Kuarters Tersebut.
FASAL 11 – PENGOSONGAN KUARTERS
11.1 Penghuni yang gagal menyerahkan semua kunci Kuarters Tersebut dan mendapatkan Sijil Akuan Keluar Rumah daripada Pegawai Perumahan dianggap sebagai masih menduduki Kuarters Tersebut dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Kuarters Tersebut sepertimana dijelaskan dalam Fasal 6 Perjanjian ini.
11.2 Penghuni adalah bertanggungjawab untuk menyerah kembali dan mengosongkan Kuarters Tersebut dengan sempurna kepada Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pegawai Perumahan, berserta dengan kelengkapan-kelengkapan dan pepasangan-pepasangan padanya apabila Perjanjian ditamatkan mengikut Fasal 2.1 Perjanjian ini. Penghuni, walau bagaimanapun, boleh memindahkan mana-mana kelengkapan atau pepasangan yang dipasang olehnya selepas menandatangani Perjanjian ini dengan syarat dia menggantikan apa- apa kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan itu dan kos ditanggung oleh Penghuni.
11.3 Jika Penghuni gagal mematuhi Fasal 11.2 di atas atau mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan yang difikirkan berpatutan termasuk mengarahkan mana-mana pembekal utiliti pada bila-bila masa yang difikirkannya patut, selagi ia tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
FASAL 12 - PENGECUALIAN TANGGUNGAN
12.1 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kemalangan dan kecederaan ke atas Penghuni atau harta benda Penghuni sekiranya kerosakan, kemalangan atau kecederaan itu
L-17
berpunca daripada bencana alam atau kecuaian Penghuni, ahli keluarga Penghuni, tetamu-tetamu Penghuni atau agen-agen yang bertindak bagi pihak Penghuni.
FASAL 13 – TANGGUNG RUGI (INDEMNITY)
13.1 Penghuni hendaklah menanggung rugi sepenuhnya Kerajaan daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan, belanja, ganti rugi, tanggungan, kerugian dan prosiding (termasuk kos guaman) yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan terhadap Kerajaan sebagai akibat langsung atau tidak langsung dari pelanggaran Perjanjian ini oleh Penghuni.
Jika bilangan Penghuni itu dua (2) atau lebih daripada dua (2) orang, maka tanggungan bagi mereka itu di bawah ini hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan masing-masing.
13.2 Peruntukan 13.1 di atas akan tetap mengikat Penghuni walau dengan apa cara sekalipun walaupun setelah Perjanjian ini ditamatkan.
FASAL 14 – PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
14.1 Perjanjian ini hendaklah sentiasa tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia
FASAL 15 – DUTI SETEM
15.1 Duti setem dan apa-apa kos yang terlibat dalam penyediaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Penghuni.
FASAL 16 – ALAMAT SURAT MENYURAT
16.1 Semua surat menyurat mengenai Perjanjian ini hendaklah dialamatkan seperti di bawah :-
16.1.1 Kerajaan
ALAMAT JABATAN
NO TELEFON DAN NO FAX JABATAN
16.1.2 Penghuni
Sila isikan ALAMAT surat menyurat
........................................................
........................................................
........................................................
( alamat )
No. Telefon : .........................................
No. Telefon Bimbit : .........................................
No. Fax : .........................................
FASAL 17 – PENUKARAN ALAMAT
17.1 Penghuni hendaklah memberitahu Kerajaan secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum berlakunya sebarang pertukaran alamat.
FASAL 18 – HAK MEMBUAT PINDAAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN
18.1 Pegawai Perumahan adalah sentiasa mempunyai hak membuat pindaan syarat-syarat Perjanjian ini setiap masa di sepanjang tempoh penguatkuasaan Perjanjian ini, jika difikirkan perlu.
18.2 Pindaan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Pindaan Perjanjian ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian Perjanjian ini.
FASAL 19 – PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG
19.1 Pihak-pihak kepada Perjanjian ini hendaklah mematuhi segala peruntukan di dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa dan apa-apa arahan, perintah dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa sedemikian di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
FASAL 20 – MASA
20.1 Masa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian ini.
PADA MENYAKSIKAN PERSETUJUAN DI ATAS, pihak-pihak dalam Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang mula-mula bertulis di atas;
Ditandatangani oleh : ………………………………
Nama :
Jawatan :
untuk dan bagi pihak Kerajaan.
Disaksikan oleh : ………………………………
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
untuk dan bagi pihak Kerajaan.
Ditandatangani oleh :………………………………
Tandatangan PENGHUNI
Nama : ................................................
No. Xxx Xxxxxxxxxx : ................................................
untuk dan bagi pihak Penghuni.
Disaksikan oleh :………………………………
Tandatangan KETUA JABATAN PENGHUNI
COP JABATAN
Nama : ..............................................
No. Xxx Xxxxxxxxxx : ..............................................
untuk dan bagi pihak Penghuni.
JADUAL A
KADAR DEPOSIT SEWA KUARTERS
BIL. | GRED JAWATAN | KELAS KUARTERS | KADAR DEPOSIT |
1. | JUSA C DAN KE ATAS | KELAS ‘A’ | RM2,000.00 |
2. | Gred 53 - 54 | KELAS ‘B’ | RM1,500.00 |
3. | Gred 47 - 52 | KELAS ‘C’ | RM1,000.00 |
4. | Gred 41 - 46 | KELAS ‘D’ | RM600.00 |
5. | Gred 27 - 40 | KELAS ‘E’ | RM450.00 |
6. | Gred 21 – 26 | KELAS ‘F’ | RM300.00 |
7. | Gred 13 - 20 | KELAS ‘G’ | RM150.00 |
8. | Gred 5 - 12 | KELAS ‘H’ | RM100.00 |
9. | Gred 1 - 4 | KELAS ‘I’ | RM100.00 |