TENDER NO. T180327 - CONTRACT FOR SUPPLY OF MOORING BOATS TO PENANG PORT SDN. BHD.
NOTIS TENDER
TENDER NO. T180327 - CONTRACT FOR SUPPLY OF MOORING BOATS TO PENANG PORT SDN. BHD.
Saya telah diarah untuk memaklumkan kepada tuan bahawa Penang Xxxx sedang mengeluarkan tawaran untuk kontrak di atas. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor/syarikat yang:
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Mempunyai Pengalaman dalam bidang berkaitan
Sekiranya tuan berminat, Borang Tender yang berharga RM53.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Tiga Sahaja) termasuk 6% GST boleh dibeli melalui wang tunai/bank deraf sahaja (wang tidak akan dikembalikan) di Unit Perolehan, Tingkat 1 Bangunan Ibu Pejabat Pentadbiran Penang Port Sdn. Bhd., Pulau Pinang pada waktu-waktu pejabat, sebelum jam 4.30 petang. Lawatan ke tapak kerja akan di adakan pada :
Tarikh : 18hb May 2018 (Jumaat) Waktu : 11.00 pagi.
Tempat : Bilik Mesyuarat Pentadbiran Wisma Pelabuhan, Dermaga Air Dalam Butterworth, Penang Port Sdn. Bhd.
Lawatan tapak adalah penting bagi tujuan memahami skop kerja. Kehadiran penender akan diambilkira semasa proses penilaian tender.
Sehubungan itu, pihak Tuan dikehendaki memenuhi keperluan keselamatan dengan pemakaian lengkap jaket dan topi keselamatan semasa menghadiri lawatan tapak ini. Pihak tuan adalah tidak dibenarkan memasuki kawasan atau premis Penang Port tanpa memenuhi syarat keselamatan ini. Tawaran sebutharga yang telah lengkap hendaklah dimeterai dan bertanda:
“TENDER NO. T180327 - CONTRACT FOR SUPPLY OF MOORING BOATS TO PENANG PORT SDN. BHD“
**Company Name & Com.Registration No. : ** wajib untuk dilengkapkan
dan dimasukkan ke dalam Peti Tender “B” di Unit Kasir, Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Bangunan Ibu Pejabat Pentadbiran, Penang Port Sdn. Bhd., No. 0, Xxxxxx Xxxx Xxxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx.
Waktu-waktu penyerahan Tawaran Sebutharga
Xxxxx - Xxxxxx : 8.15 pagi - 4.30 petang.
Jumaat : 8.15 pagi - 12.45 tengahari/2.45 petang – 4.30 petang.
Tarikh tutup tawaran ialah pada 4hb Jun 2018 tidak lewat dari jam 12.00 tengahari. Tawaran tender yang lewat tidak akan dilayan.
Penang Port tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran atau sebahagian daripada tawaran atau yang terendah sekali.