PERJANJIAN
PERJANJIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 2.0 (SULUNG 2.0)
NO. SURAT TAWARAN :
TEMPOH :
ANTARA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
DENGAN
( )
( )
ISI KANDUNGAN
KLAUSA | PERKARA | MUKA SURAT |
KLAUSA 1 | TAKRIFAN DAN TAFSIRAN | 5-6 |
KLAUSA 2 | KESELURUHAN PERJANJIAN | 6-7 |
KLAUSA 3 | TEMPOH DAN PELANJUTAN PERJANJIAN | 7 |
KLAUSA 4 | NILAI PENGECUALIAN YURAN UNIVERSITI | 7 |
KLAUSA 5 | PEMBERIAN PENGECUALIAN YURAN UNIVERSITI | 8 |
KLAUSA 6 | OBLIGASI UNIVERSITI | 8 |
KLAUSA 7 | OBLIGASI PENERIMA MANFAAT | 8 |
KLAUSA 8 | PENAMATAN | 8-9 |
KLAUSA 9 | PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NEGARA, KESELAMATAN NEGARA, DASAR KERAJAAN ATAU DASAR AWAM | 9-10 |
KLAUSA 10 | PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI- AKTIVITI YANG TIDAK SAH ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG | 10 |
XXXXXX 11 | SERAH HAK | 10 |
XXXXXX 12 | “FORCE MAJEURE” | 11-12 |
XXXXXX 13 | JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN | 12-13 |
XXXXXX 14 | NOTIS | 13-14 |
KLAUSA 15 | PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG- UNDANG | 14 |
KLAUSA 16 | PINDAAN PERJANJIAN | 14 |
KLAUSA 17 | KETIDAKSELARASAN PERUNTUKAN PERJANJIAN | 15 |
KLAUSA 18 | KERAHSIAAN | 15-16 |
XXXXXX 19 | PENEPIAN HAK | 16-17 |
KLAUSA 20 | MASA | 17 |
XXXXXX 21 | DUTI SETEM | 17 |
SENARAI LAMPIRAN DAN JADUAL
LAMPIRAN | PERKARA |
LAMPIRAN A | SURAT TAWARAN |
LAMPIRAN B | SENARAI SEMAK DOKUMEN |
LAMPIRAN C | SYARAT-SYARAT TAWARAN |
LAMPIRAN D | AKUAN PENERIMAAN |
LAMPIRAN | PERKARA |
JADUAL | BUTIRAN PROGRAM |
PERJANJIAN INI dibuat pada ................. xxxx xxxxx .................. tahun 2023
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian ini“).
ANTARA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) yang beralamat di Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "UNIVERSITI") bagi suatu pihak;
DENGAN
( ) ( ) yang mempunyai alamat di
........................................................................................... (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “PENERIMA MANFAAT”) di pihak yang satu lagi.
(Nota: sila masukkan nama PENERIMA MANFAAT berdasarkan kad pengenalan dan pastikan alamat adalah menggunakan alamat terkini PENERIMA MANFAAT)
(Kedua-dua pihak UNIVERSITI dan PENERIMA MANFAAT boleh dirujuk secara berasingan sebagai "Pihak" atau secara bersesama sebagai "Pihak-Pihak").
BAHAWASANYA—
A. Melalui Surat Tawaran (Rujukan: ) bertarikh / / 2023 seperti dalam LAMPIRAN A Perjanjian ini, UNIVERSITI bersetuju untuk menawarkan penyertaan dalam PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 2.0 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “SULUNG 2.0“) kepada PENERIMA MANFAAT selaras dengan hasrat KERAJAAN untuk memberi pembiayaan kepada PENERIMA MANFAAT daripada keluarga berpendapatan B40 yang merupakan anak pertama dalam keluarga yang dapat melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
B. PENERIMA MANFAAT telah bersetuju untuk menerima tawaran SULUNG 2.0 seperti dalam LAMPIRAN D tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK SEPERTI YANG BERIKUT:
KLAUSA 1 TAKRIFAN DAN TAFSIRAN
1.1 Takrifan
Bagi maksud dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki sebaliknya dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian ini, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai maksud yang berikut:
“Lebihan Bayaran” | - | ertinya bayaran pengecualian yuran universiti yang melebihi jumlah yang sepatutnya diterima oleh PENERIMA MANFAAT apabila PENERIMA MANFAAT hilang kelayakan sebagai penerima manfaat SULUNG 2.0; |
"Nilai pengecualian yuran universiti" | - | ertinya nilai pengecualian yuran universiti yang merangkumi kos sebenar yuran universiti tetapi tidak termasuk yuran penginapan/ asrama/ kolej kediaman seperti yang dinyatakan dalam LAMPIRAN C; |
"Pengajian" | - | ertinya program pengajian yang akan diikuti oleh PENERIMA MANFAAT seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran; dan |
"Surat Tawaran" | - | ertinya surat tawaran SULUNG 2.0 kepada PENERIMA MANFAAT seperti dalam LAMPIRAN A. |
1.2 Tafsiran
Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Perjanjian ini adalah seperti yang berikut:
(a) resital-resital, mukadimah, klausa-klausa dan lampiran-lampiran dan apa-apa dokumen yang dirujuk di dalam Perjanjian ini harus diambil kira, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian yang penting di dalam Perjanjian ini;
(b) rujukan kepada resital-resital, mukadimah, klausa-klausa dan lampiran- lampiran di dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada resital-resital, mukadimah, klausa-klausa dan lampiran-lampiran di dalam Perjanjian ini melainkan jika dinyatakan sebaliknya;
(c) perkataan-perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya;
(d) rujukan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang adalah termasuk peruntukan-peruntukan undang-undang yang dipinda, diubah suai atau digubal semula;
(e) perkataan-perkataan yang merujuk kepada seseorang orang perseorangan adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
(f) rujukan terhadap hari, bulan, atau tahun hendaklah termasuk hari dan waktu bekerja biasa UNIVERSITI, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan yang dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh UNIVERSITI;
(g) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada klausa-klausa di dalam Perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat di dalam Perjanjian ini;
(h) sekiranya rujukan berkaitan dengan tempoh masa bagi sesuatu perbuatan yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang dipersetujui secara bertulis antara pihak-pihak di dalam Perjanjian ini dari semasa ke semasa;
(i) apa-apa terma teknikal yang tidak ditakrifkan secara khusus di dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau definisi yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat di dalam profesion ini di Malaysia; dan
(j) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah bermaksud kelulusan atau kebenaran secara bertulis.
KLAUSA 2 KESELURUHAN PERJANJIAN
2.1 Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman antara Pihak-Pihak berkenaan dengan SULUNG 2.0 dan mengatasi serta membatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi, persetujuan, surat rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-terma terdahulu sebelum Perjanjian ini berkuat kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau sama ada secara lisan atau bertulis, antara Pihak-
Pihak terhadap atau berkaitan dengan SULUNG 2.0 atau perkara-perkara yang melibatkan SULUNG 2.0 dalam Perjanjian ini.
2.2 Jika terdapat apa-apa percanggahan antara terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dengan terma-terma dan syarat-syarat dalam Surat Tawaran dalam LAMPIRAN A sehingga LAMPIRAN D, maka terma dan syarat dalam Perjanjian ini hendaklah mengatasi setakat mana percanggahan itu.
KLAUSA 3
TEMPOH DAN PELANJUTAN PERJANJIAN
3.1 Tanpa mengambil kira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini adalah bagi tempoh seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dalam LAMPIRAN A.
3.2 PENERIMA MANFAAT hendaklah mematuhi apa-apa arahan UNIVERSITI berkaitan dengan Perjanjian ini dari semasa ke semasa secara bertulis sepanjang tempoh Perjanjian.
3.3 PENERIMA MANFAAT tidak boleh menangguhkan Pengajian tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada UNIVERSITI. Permohonan penangguhan Pengajian hendaklah dibuat secara bertulis selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh mula penangguhan Pengajian.
3.4 Pelanjutan Pengajian boleh dibuat atas pembiayaan PENERIMA MANFAAT sendiri. UNIVERSITI tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos tambahan yang ditanggung akibat pelanjutan Pengajian tersebut.
KLAUSA 4
NILAI PENGECUALIAN YURAN UNIVERSITI
4.1 Nilai pengecualian yuran universiti yang diberikan di bawah SULUNG 2.0
adalah seperti di LAMPIRAN C.
4.2 UNIVERSITI tidak berobligasi untuk memberi pengecualian yuran universiti kepada PENERIMA MANFAAT melainkan PENERIMA MANFAAT telah mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.
4.2 Tiada sebarang perubahan kepada nilai pengecualian yuran universiti yang dinyatakan di Klausa 4.1 boleh dibuat melainkan sekiranya dipersetujui oleh UNIVERSITI.
KLAUSA 5
PEMBERIAN PENGECUALIAN YURAN UNIVERSITI
5.1 Pengecualian yuran universiti akan diberikan oleh pihak UNIVERSITI kepada
PENERIMA MANFAAT mengikuti Pengajian pada setiap semester/tahun.
5.2 Sekiranya PENERIMA MANFAAT “Gagal dan Diberhentikan daripada Pengajian”, penyertaan PENERIMA MANFAAT dalam SULUNG 2.0 akan ditamatkan secara serta-merta.
KLAUSA 6 OBLIGASI UNIVERSITI
UNIVERSITI akan memberi pengecualian yuran universiti kepada PENERIMA
DERMASISWA semasa tempoh Perjanjian mengikut terma-terma dan syarat dalam Perjanjian ini.
KLAUSA 7
OBLIGASI PENERIMA MANFAAT
PENERIMA MANFAAT bersetuju untuk mematuhi obligasinya seperti yang dinyatakan dalam LAMPIRAN C.
KLAUSA 8 PENAMATAN
8.1 Penamatan oleh UNIVERSITI
8.1.1 Sekiranya PENERIMA MANFAAT tanpa apa-apa sebab yang munasabah gagal mematuhi obligasi yang ditetapkan dalam LAMPIRAN C, UNIVERSITI berhak menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini;
8.1.2 UNIVERSITI akan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada PENERIMA MANFAAT bagi menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan selepas tamat tempoh satu (1) bulan tersebut, Perjanjian ini adalah terbatal, dan tanpa menyentuh hak-hak UNIVERSITI di bawah Perjanjian ini, segala faedah bagi dan tanggungan PENERIMA MANFAAT di bawah Perjanjian ini adalah terhenti.
8.1.3 Sekiranya pada bila-bila masa dalam tempoh Perjanjian–
(a) PENERIMA MANFAAT sebagai orang perseorangan pada bila-bila masa menjadi bankrap; dan
(b) berlaku atau berterusan berlaku apa-apa perkara atau keadaan lain berdasarkan pandangan munasabah oleh UNIVERSITI akan menjejaskan keupayaan PENERIMA MANFAAT atau menjadikan PENERIMA MANFAAT tidak berupaya untuk mematuhi obligasinya di bawah Perjanjian ini, UNIVERSITI berhak dengan serta-merta menamatkan Perjanjian ni dengan memberi Notis Penamatan kepada PENERIMA MANFAAT.
8.2 Kesan Penamatan oleh UNIVERSITI
Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 8.1—
(a) semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada PENERIMA MANFAAT dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta merta; dan
(b) UNIVERSITI berhak—
(i) menuntut Lebihan Bayaran yang sepatutnya diterima oleh PENERIMA MANFAAT sepertimana yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. PENERIMA MANFAAT hendaklah membayar balik kepada UNIVERSITI apa-apa Lebihan Bayaran tersebut apabila dituntut oleh UNIVERSITI dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tuntutan; dan
(ii) menuntut semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik Lebihan Bayaran pengecualian yuran universiti yang telah dibayar kepada PENERIMA MANFAAT atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini.
KLAUSA 9
PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NEGARA, KESELAMATAN NEGARA, DASAR KERAJAAN ATAU DASAR AWAM
9.1 Walau apa pun dalam Perjanjian ini, UNIVERSITI boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan, tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari, suatu notis bertulis kepada PENERIMA MANFAAT, tanpa apa-apa tanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab, jika UNIVERSITI berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah perlu untuk Kepentingan Negara, Kepentingan Keselamatan Negara atau bagi maksud Dasar Kerajaan atau Dasar Awam.
9.2 Bagi maksud Klausa ini, apa yang merupakan "Kepentingan Negara", "Kepentingan Keselamatan Negara", "Dasar Kerajaan" dan "Dasar Awam" hendaklah dibuat dan ditentukan oleh KERAJAAN dan penentuan tersebut bagi semua maksud adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
9.3 Jika Perjanjian ditamatkan mengikut Klausa 9.1, kesan-kesan penamatan mengikut Klausa 8.2(a) adalah terpakai.
KLAUSA 10
PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG
10.1 Tanpa prejudis kepada apa-apa hak UNIVERSITI yang lain, jika PENERIMA MANFAAT disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti- aktiviti yang tidak sah atau menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau perjanjian-perjanjian lain yang dimeterai oleh PENERIMA MANFAAT tersebut dengan UNIVERSITI, maka UNIVERSITI berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis dengan serta-merta kepada PENERIMA MANFAAT bagi tujuan penamatan Perjanjian ini.
10.2 Dengan penamatan di bawah Klausa 10.1 tersebut, UNIVERSITI berhak menuntut kepada PENERIMA MANFAAT atas segala kerugian, kos-kos, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan yang ditanggung oleh UNIVERSITI berikutan daripada penamatan Perjanjian ini.
10.3 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak dengan ini bersetuju bahawa PENERIMA MANFAAT tidak berhak ke atas apa-apa bentuk kerugian termasuklah kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa-apa pun berikutan daripada penamatan Perjanjian ini.
10.4 Jika Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 10.1, kesan-kesan penamatan mengikut Klausa 8.2 adalah terpakai.
KLAUSA 11 SERAH HAK
PENERIMA MANFAAT tidak boleh menyerah hak Perjanjian ini atau mana-mana bahagian Perjanjian ini atau menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dengan atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini.
KLAUSA 12
“FORCE MAJEURE”
12.1 UNIVERSITI atau PENERIMA MANFAAT hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) akibat daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian “Force Majeure” hendaklah bermaksud suatu peristiwa bukan di bawah kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak itu tidak dapat mencegah, mengelak atau menghindari, dan hendaklah bermaksud—
(a) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan, serangan, tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kuasa tentera atau rampasan kuasa, perang saudara, atau tindakan keganasan;
(b) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear, bahan letupan toksik radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang lain daripada mana-mana bahan letupan, pemasangan nuklear atau komponen nuklear daripadanya;
(c) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau alat peranti aerial lain yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
(d) bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah atau mana- mana operasi kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca yang sangat buruk;
(e) rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj, mogok, sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri lain (yang menjejaskan pelaksanaan Perjanjian ini) yang bukan merupakan kesalahan PENERIMA MANFAAT atau UNIVERSITI, yang menyebabkan, atau boleh dengan munasabahnya dijangka menyebabkan, mana-mana Pihak gagal untuk mematuhi obligasinya;
(f) pandemik atau epidemik; atau
(g) apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi kriteria sebagaimana yang dinyatakan di bawah:
(i) di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa itu, keadaan atau gabungan peristiwa atau keadaan;
(ii) yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak boleh dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang terjejas yang telah mengambil segala usaha yang wajar dan cermat;
(iii) yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas tidak berupaya untuk mematuhi semua atau suatu bahagian material obligasinya di bawah Perjanjian ini; dan
(iv) yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang terjejas obligasinya di bawah Perjanjian ini.
12.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Xxxxx tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force Majeure tersebut, Pihak itu hendaklah serta-merta memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan mengemukakan laporan terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.
12.3 Pihak-Pihak tidak berhak untuk bersandarkan kepada peruntukan-peruntukan Klausa ini melainkan sekiranya Xxxxx-Xxxxx telah berpuas hati bahawa kejadian Force Majeure benar-benar berlaku.
12.4 Jika Xxxxx-Xxxxx merasakan bahawa kejadian Force Majeure yang berlaku itu berada di tahap yang sebegitu teruk atau telah berterusan untuk suatu tempoh yang sebenarnya menggagalkan niat asal Perjanjian ini, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini bolehlah bersetuju bahawa Perjanjian ini boleh ditamatkan atas persetujuan bersama.
12.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan akibat daripada kejadian Force Majeure di bawah Klausa 12.4, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti, dan mana-mana Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi, dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
12.6 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan obligasi-obligasi berkenaan hendaklah, sementara menunggu pelaksanaan peruntukan Klausa ini, terus berkuat kuasa.
XXXXXX 13 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
13.1 Sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan antara Pihak-Pihak berkaitan mana-mana bahagian dalam Perjanjian ini, (melainkan sekiranya UNIVERSITI hendak melaksanakan hak UNIVERSITI sepenuhnya di bawah peruntukan Perjanjian ini) boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada–
(a) Xxxx Xxxxxxxx atau mana-mana Xxxxxxx yang dilantik olehnya sebagai Pengerusi;
(b) satu (1) orang wakil yang dilantik oleh UNIVERSITI; dan
(c) PENERIMA MANFAAT.
13.2 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh melantik seorang pakar bebas bagi memberikan nasihat mengenai sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepadanya dan segala kos, yuran dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pakar bebas yang dilantik tersebut hendaklah dikongsi sama rata oleh Xxxxx-Xxxxx.
13.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan prosedur- prosedurnya yang tersendiri bagi mencapai jalan penyelesaian. Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah berjumpa dan berusaha untuk mencapai jalan penyelesaian secara baik antara Pihak-Pihak tentang perkara, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepadanya.
13.4 Apa-apa keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah mengikat Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini.
KLAUSA 14 NOTIS
14.1 (a) Apa-apa notis, kelulusan, persetujuan, permintaan, keperluan, kebenaran atau komunikasi lain yang diperlukan, diluluskan, dibenarkan atau dijangka untuk diberikan atau dibuat menurut Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan disampaikan melalui pos berdaftar atau penyampaian kediri ke alamat, dihantar ke nombor faksimile atau ke alamat e-mel Pihak- Pihak, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan di bawah atau ke mana-mana alamat, nombor faksimile atau alamat e- mel yang lain sebagaimana salah satu Pihak telah memaklumkan pengirim. Bukti penyampaian notis tersebut hendaklah disifatkan telah disampaikan atau dibuat–
(i) dalam hal penyampaian melalui pos berdaftar, pada hari ketiga ia di pos ke alamat tersebut;
(ii) dalam hal penyampaian secara kediri, apabila disampaikan kepada penerima di alamat tersebut dan suatu pengakuan terima diperoleh;
(iii) dalam hal dihantar melalui faksimile, apabila nombor faksimile penerima dipamerkan pada cetakan pengirim bagi pengesahan penghantaran mengenai dengan tarikh, masa dan penghantaran kesemua muka surat; atau
(iv) dalam hal e-mel, apabila dihantar tanpa apa-apa mesej kesilapan (error message),
Kepada UNIVERSITI:
Seperti BAHAGIAN 2 JADUAL Perjanjian. Kepada PENERIMA MANFAAT:
Seperti BAHAGIAN 3 JADUAL Perjanjian.
(b) Menjadi kewajipan Pihak-Pihak untuk memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi jika berlaku pertukaran alamat, nombor faksimile atau alamat e- mel dengan memberikan notis bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran alamat, nombor faksimile atau alamat e-mel tersebut.
(c) Bagi mengelakkan keraguan, kaedah penyampaian notis yang ditetapkan menurut Xxxxxx ini tidaklah terpakai kepada notis yang dikehendaki untuk diberikan menurut mana-mana undang-undang yang terpakai yang berhubungan dengan Perjanjian ini.
KLAUSA 15
PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
15.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia.
15.2 PENERIMA MANFAAT hendaklah mematuhi segala peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana- mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
KLAUSA 16 PINDAAN PERJANJIAN
UNIVERSITI berhak meminda atau mengubah apa-apa terma dan syarat dalam Perjanjian ini pada bila-bila masa sahaja secara bertulis kepada PENERIMA MANFAAT melalui notis seperti yang dinyatakan pada Klausa 14. Pindaan tersebut hendaklah dibaca bersekali dan dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.
KLAUSA 17 KETIDAKSELARASAN PERUNTUKAN PERJANJIAN
17.1 Jika mana-mana Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan di bawah undang-undang masa kini atau undang-undang masa depan, Klausa atau peruntukan atau bahagian tersebut akan dibolehasingkan sepenuhnya (“fully severable”).
17.2 Sekiranya perkara yang dinyatakan di Klausa 17.1 berlaku, Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dilaksanakan seolah-olah Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut tidak pernah membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini dan Klausa atau peruntukan atau bahagian yang lain akan kekal dengan sepenuh kesan dan peranannya dan tidak akan terjejas oleh Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut atau oleh pengasingannya daripada Perjanjian ini.
17.3 Sebagai ganti kepada Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut, akan ditambah kepada Perjanjian ini secara automatik Klausa atau peruntukan atau bahagian (yang seberapa hampir yang boleh maksudnya dengan Klausa atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut) yang sah, tidak batal dan boleh dilaksanakan bagi merealisasikan niat Pihak-Pihak.
17.4 Jika mana-mana Klausa daripada Perjanjian ini didapati menyalahi undang- undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang sekarang atau undang-undang masa hadapan, Klausa tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah terkandung sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan Klausa-Klausa lain hendaklah kekal berkuatkuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah Perjanjian ini telah diikat tanpa klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut.
KLAUSA 18 KERAHSIAAN
18.1 Bagi tujuan Perjanjian ini, maklumat rahsia di bawah Perjanjian ini bermaksud, semua maklumat yang berkaitan dengan mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini atau sebagainya yang didapati atau diberikan oleh Pihak yang satu lagi.
18.2 Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini mengaku janji–
(a) untuk menganggap maklumat rahsia tersebut sebagai rahsia; dan
(b) untuk tidak menggunakan atau menyebarkan maklumat rahsia dalam organisasi mana-mana Pihak kecuali jika ia diperuntukkan dalam Perjanjian ini.
18.3 Kewajipan yang dinyatakan dalam Klausa 18.2 tidak akan terpakai kepada maklumat rahsia yang–
(a) maklumat itu telah pun diketahui oleh mana-mana Pihak itu (dengan mempunyai hak untuk mendedahkannya) sebelum menerima maklumat rahsia tersebut;
(b) maklumat itu menjadi pengetahuan umum yang bukan disebabkan oleh pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini;
(c) maklumat itu perlu didedahkan disebabkan oleh keperluan undang- undang;
(d) maklumat itu adalah berasingan atau diketahui oleh pihak-pihak tertentu hasil daripada penyelidikan sendiri tanpa menggunakan mana-mana maklumat rahsia di bawah Perjanjian ini; dan
(e) maklumat itu diterima secara sah oleh pihak ketiga (dengan mempunyai hak untuk mendedahkannya).
18.4 Klausa 18 hendaklah berkuat kuasa dan terus wujud selepas peluputan atau penamatan Perjanjian ini atas apa-apa sebab pun.
18.5 Sekiranya PENERIMA MANFAAT gagal mematuhi peruntukan di bawah Klausa 18, PENERIMA MANFAAT boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] atau undang-undang lain yang berkaitan atau ditamatkan Perjanjian ini atau kedua-duanya sekali.
Penggunaan maklumat dan salinan dokumen peribadi
18.6 PENERIMA MANFAAT dengan ini memberi persetujuan kepada UNIVERSITI dan/atau ejen-ejennya untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, berkongsi dan menzahirkan hal data peribadi PENERIMA MANFAAT yang berada di dalam kawalan dan/atau simpanan UNIVERSITI bagi tujuan melaksanakan Perjanjian ini atau mana-mana hal yang sah di sisi undang- undang seperti di LAMPIRAN D.
KLAUSA 19 PENEPIAN HAK
Kegagalan UNIVERSITI untuk melaksanakan atau menguatkuasakan apa-apa hak atau remedinya tidak boleh dianggap sebagai suatu penepian terhadap hak atau remedi tersebut melainkan jika penepian tersebut dibuat secara bertulis dan
ditandatangani oleh UNIVERSITI atau seseorang yang diberi kuasa secara nyata oleh
UNIVERSITI untuk tujuan tersebut.
KLAUSA 20 MASA
Masa hendaklah menjadi inti pati kepada Perjanjian ini.
XXXXXX 21 DUTI SETEM
Apa-apa duti setem dan kos penyediaan Perjanjian ini yang harus dibayar hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh PENERIMA MANFAAT mengikut Akta Setem 1949 [Akta 378].
PADA MENYAKSIKAN, perkara-perkara yang tersebut di atas Pihak-Pihak sebagai wakil-wakil yang sah dan diberi kuasa kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meterai masing-masing pada tarikh mula-mula yang tertulis di atas:
UNTUK DAN BAGI PIHAK UNIVERSITI:
Nama :
Jawatan :
No. Xxx Xxxxxxxxxx : .................................
( TANDATANGAN )
DI HADAPAN:
Nama :
Jawatan : .................................
( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :
UNTUK DAN BAGI PIHAK PENERIMA MANFAAT:
Nama :
Jawatan : ................................
( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :
DI HADAPAN:
Nama :
Jawatan : .................................
(TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :
JADUAL
(Dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini)
BAHAGIAN | PERKARA | BUTIR-BUTIR |
1 | TARIKH PERJANJIAN | hari bulan tahun 2023 |
2 | KERAJAAN | KERAJAAN MALAYSIA |
3 | UNIVERSITI | UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) |
4 | PENERIMA MANFAAT | Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir : Alamat Surat Menyurat : No. Telefon : E-mel : |
4 | SURAT TAWARAN SULUNG 2.0 | Rujukan : Tarikh : |