Tempoh Kempen
Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i: Kempen Tawaran Harian (Atas Xxxxxx Xxxxxxxx)
Tempoh Kempen
Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxxx (Atas Xxxxxx Xxxxxxxx) Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) (secara kolektifnya akan dirujuk sebagai “Bank”) bermula pada 8 Oktober 2018 dan tamat pada 31 January 2019, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”), kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Xxxxx & Xxxxxx (“T & S”)
Berikut adalah terma dan syarat yang dikuatkuasakan di atas Kempen:-
Kelayakan
1. Kempen ini terbuka kepada pelanggan Bank yang merupakan individu Malaysia (“Pelanggan”) yang telah memenuhi kriteria berikut:-
(a) Berumur di kalangan umur 21 sehingga 60 tahun;
(b) Bekerja bergaji atau bekerja sendiri dengan pendapatan tahunan minima sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Ribu (RM24,000.00);
(c) tidak mempunyai sebarang baki tunggakan sedia ada atas mana-mana Pinjaman Peribadi dan/atau Pembiayaan Peribadi-i HLISB (“Produk Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i”)
(d) memohon melalui Laman Sesawang Kempen atau Connect (seperti yang tertakluk di bawah) untuk Pinjaman Peribadi HLB dengan amaun minima Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) sehingga Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu (RM250,000) atau Pembiayaan Peribadi- i HLISB dengan amun minima Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) sehingga Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Ribu (RM150,000) (kedua-dua Pinjaman Peribadi HLB dan Pembiayaan Peribadi-i HLISB dirujuk sebagai “Kemudahan”) melalui saluran permohonan seperti yang tertakluk di klausa seterusnya semasa Tempoh Kempen untuk tempoh pinjaman/pembiayaan- i iaitu dua hingga lima (2-5) tahun (“Tempoh Kemudahan”)
(e) permohonon untuk Kemudahan dibuat dan dihantar melalui mana-mana saluran permohonan: permohonan atas talian di Laman Sesawang Kempen di xxx.xxx.xxx.xx/xxxxxxxxxxxxxx or xxx.xxxxx.xxx.xx/xxxxxxxxxxxxxx (“Laman Sesawang Kempen”) atau saluran Hong Leong Connect Atas Talian/Aplikasi Connect (“Connect”);
(f) penyaluran Kemudahan yang diluluskan dibuat oleh Bank pada/sebelum 28 Februari 2019.
Untuk tujuan kejelasan, Pelanggan yang memilih untuk membuat permohonon melalui Connect tidak harus memegang sebarang Kemudahan sedia ada dengan pihak Bank.
2. Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang memenuhi semua kriteria di Klausa 1 di atas akan ditakrifkan sebagai “Pelanggan Layak”.
3. Pelanggan yang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:
(a) Pelanggan yang telah disyaki melakukan sebarang penipuan, perbuatan atau kesalahan di sisi undang-undang yang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberikan
oleh Bank atau Pelanggan yang telah diisytiharkan muflis atau tertakluk kepada sebarang prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Kempen.
(b) Pelanggan yang dikenalpasti Bank sebagai mempunyai potensi untuk melakukan sebarang kesalahan yang termaktub di dalam Terma dan Syarat.
(c) Kakitangan tetap dan mempunyai kontrak dengan Bank.
(d) Pelanggan yang memegang lebih daripada satu Kemudahan sedia ada dengan Bank.
Mekanik Kempen
4. Pelanggan Layak yang telah membuat permohonan untuk Kemudahan semasa Tempoh Kempen, dimana permohonan tersebut diluluskan dan penyaluran dibuat selewatnya pada 28 Februari 2019 akan dikenakan kadar faedah/keuntungan tetap tanpa mengira Tempoh Kemudahan dan Amaun Kemudahan Diluluskan seperti yang diilustrasikan jadual di bawah:
Jadual 1: Kadar Rata Faedah/Keuntungan Dikenakan
Jenis Kemudahan | Amaun Kemudahan Diluluskan | Kadar Rata Keuntungan/Faedah yang Dikenakan | Tempoh Kemudahan |
Pinjaman Peribadi | RM5,000 – RM250,000 | 6.00% setahun | 2 tahun – 5 tahun |
Pembiayaan Peribadi-i | RM5,000 – RM150,000 |
Jadual 2: Ilustrasi pembayaran bulanan untuk Kemudahan Diluluskan sebanyak RM5,000 sepanjang tempoh 5 tahun.
Amaun Kemudahan Diluluskan (RM)* | Tempoh Kemudahan (tahun) | Kadar Rata Faedah/Keuntungan (setahun) untuk Amaun Kemudahan Diluluskan (RM) | Jumlah Faedah/Keuntungan yang Perlu Dibayar sepanjang Tempoh Kemudahan (RM) | Ansuran Bulanan (RM)** |
(a) | (b) | (c) | (d)= a x b x c | (e)=(a+d)/(b x 12) |
5,000 | 5 | 6.00% | 1,500 | 110 |
*0.50% dari Amaun Kemudahan akan ditolak dari Kemudahan semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar di atas Kemudahan.
Kadar faedah/keuntungan efektif (EIR) berbeza-beza dari 10.85% setahun sehingga 11.13% setahun untuk pinjaman/pembiayaan-i untuk tempoh 2-5 tahun.
**Ansuran akan dibundarkan atas ke RM5 terdekat.
Umum
5. Dengan menyertai kempen in, Pelanggan dengan ini:
i. bersetuju bahawa telah membaca, memahami dan bersetuju untuk diikat oleh T&S yang tertakluk dan Terma dan Syarat Pinjaman Perbadi Hong Leong dan Terma dan Syarat Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong;
ii. bersetuju untuk melawat Laman Sesawang Kempen dan/atau Laman Sesawang Bank di xxx.xxx.xxx.xx atau xxx.xxxxx.xxx.xx (“Laman Sesawang Bank”) pada selang masa yang kerap untuk membaca T&S dan untuk mengikut sebarang perubahan atau perbezaan kepada T&S;
iii. bersetuju membekalkan semua dokumen berkaitan yang mungkin diminta oleh Bank tepat pada masanya supaya Kemudahan dapat diluluskan dan disalurkan sebelum/pada 28 Februari 2019 dan Bank tidak akan bertanggungjawab jika Kemudahan tidak dapat disalurkan sebelum/pada 28 Februari 2019 untuk sebarang sebab sekalipun;
iv. bersetuju bahawa keputusan Bank dalam semua perkara berkaitan Kempen (termasuk tetapi tidak terhad kepada kelulusan Kemudahan dan/atau amaun Kemudahan yang diluluskan oleh Bank) adalah muktamad, akhir dan mengikat dan sebarang surat-menyurat selanjutnya dan/atau rayuan untuk mempertikai keputusan tersebut tidak akan dilayan
v. bersetuju akan memikul tanggungjawab dan secara peribadi akan menanggung semua cukai yang dikenakan, caj kerajaan atau sebarang caj lain yang boleh dikenakan berdasarkan undang- undang yang berkenaan, jika ada, berkait dengan penyertaan mereka dalam Kempen;
6. Bank berhak untuk:
i. menolak mana-mana permohonan Kemudahan yang diserahkan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang sebab;
ii. membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan daripada menyertai Kempen ini mengikut budi-bicara mutlaknya;
iii. menambah, memadam, menggantung atau meminda T&S yang terdapat di sini, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, atau untuk menamatkan Kempen ini atas budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis awal kepada Pelanggan menggunakan cara memaparkannya di Laman Sesawang Kempen, atau menggunakan sebarang kaedah lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
7. T&S yang terkandung di sini dan Terma dan Syarat Pinjaman/Pembiayaan Peribadi-i Bank hendaklah dibaca sebagai perjanjian menyeluruh. Sekiranya terdapat percanggahan di antara T&S Kempen ini dengan Terma dan Syarat Pinjaman/Pembiayaan Peribadi-i Bank, T&S spesifik di sini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
8. Sekiranya terdapat percanggahan di antara T&S di sini berbanding sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan sebarang bahan lain yang berkaitan dengan atau mengenai Kempen ini, T&S muktamad di Laman Sesawang Kempen akan diguna pakai.
9. T&S yang terkandung di sini dikawalselia oleh dan ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
10. Perkataan yang menggambarkan satu jantina termasuklah semua jantina dan kata-kata lain yang menandakan singular termasuk jamak dan sebaliknya.