PEROLEHAN SECARA TENDER TERBUKA
PEROLEHAN SECARA TENDER TERBUKA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN TARIKH IKLAN : 04 Ogos 2023 (Jumaat)
Tawaran Tender adalah dipelawa daripada Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang 050101 DAN 050102 untuk mengambil bahagian di dalam tender seperti berikut:-
BUTIR-BUTIR TAWARAN | HARGA DOKUMEN (RM) | TARIKH/MASA/TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK (Kehadiran Taklimat/Lawatan Tapak DIWAJIBKAN) | TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL | SYARAT PENYERTAAN TENDER | TARIKH TENDER DITUTUP |
Tender Menaiktaraf Peralatan Perubatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) 1.5 Tesla Di Hospital Miri No. Jadual T/P&P : 37/2023 | 300.00 (Tidak akan dikembalikan) | Lawatan Tapak/Taklimat Tarikh : 10 Ogos 2023 Masa : 11.00 pagi Tempat : Hospital Miri, Sarawak | Dokumen Tender boleh diperolehi/dijual selepas taklimat/ lawatan tapak pada 14 Ogos 2023 (Isnin) di alamat :- Kaunter Tender Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan, 62590 PUTRAJAYA pada waktu-waktu pejabat seperti berikut:- Hari/masa: Isnin β Khamis 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 4.00 ptg Jumaat 8.00 pagi -12.00t/hari 2.45 ptg - 4.00 ptg | 1) Xxxxxxxx XXXXXXXXXX untuk menghadiri sesi taklimat; 2) Petender dikehendaki untuk mematuhi semua peraturan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan mengemukakan salinan dokumen seperti berikut: i) Lesen Establismen; dan ii) Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan (MDA) 3) Syarat menghadiri taklimat/lawatan tapak: Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK)/Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) SAHAJA yang boleh hadir ke sesi taklimat/lawatan tapak. Syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai lain. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender. 4) Petender hendaklah memiliki Lesen Atom Kelas C di bawah Akta 304 Tahun 1984 yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan | 4 September 2023, jam 12.00 tengah hari |
Tenaga Atom (sama ada dimiliki oleh prinsipal atau tendering agent). 5) Sebarang pertanyaan berkenaan taklimat sila hubungi : Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan Unit Sumber Perubatan Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. No. Telefon : 00-0000 0000 / 00-00000000 |
Tempat serahan Dokumen Tender hanya di:
KAUNTER TENDER
BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA
DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. KEMENTERIAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAAN DOKUMEN TENDER MELALUI POS LAJU / COURIER.
Pihak tuan adalah dimohon untuk mematuhi Pekeliling Perbendaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.2 perenggan 5.7(iii) dan perenggan 15.1(viii) dibaca bersama PP/PK5.1 Lampiran 4 perenggan 9.2 yang memberi maksud untuk TIDAK memaparkan nama syarikat pada dokumen teknikal.
Perolehan bagi tender ini tidak tertakluk dengan Comprehensive And Progressive Agreement For Trans-Pacific Partnership (CPTPP).
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Money Order sahaja atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
BAYARAN MELALUI WANG TUNAI/CEK/XXXX XXX TIDAK DITERIMA.
PEMBEKAL-PEMBEKAL YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA YANG ASAL BESERTA SALINAN (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia