APPENDIX 1
APPENDIX 1
APPENDIX 1: TERMS OF REFERENCE
1.0 | TUJUAN TERMA RUJUKAN | |
Terma Rujukan (TOR) ini adalah garis panduan yang disediakan untuk menjelaskan keperluan dalam penyediaan Kajian Cadangan dan Penggubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf (Waqf Land Development Act, “WLDA”) sebagai panduan kepada perunding yang dilantik. | ||
2.0 | LATAR BELAKANG | |
2.1 | Semasa Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bil.1/2019 pada 8 Januari 2019 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju agar satu kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memperhalusi kaedah pembangunan projek perumahan di atas tanah wakaf. | |
2.2 | Satu kaedah pemajuanyang spesifik kepada tanah wakaf perlu | |
dibangunkan kerana pembangunan tanah wakaf memerlukan | ||
satu kaedah dan garis panduan yang patuh syariah. Bagi | ||
menyediakan panduan yang mematuhi syariah dan | ||
menangani masalah dalam membangunkan tanah wakaf di | ||
Malaysia, kajian dan pengubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf | ||
perlu dilaksanakan bagi menggariskan tatacara pemajuan | ||
hartanah di atas tanah tersebut. | ||
2.3 | Pentadbiran tanah Wakaf di Malaysia jelas memberi bidang | |
kuasa yang mutlak kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). | ||
Walau bagaimanapun, MAIN mempunyai kuasa untuk melantik | ||
perbadanan bagi membantu menguruskan pembangunan dan | ||
pengurusan tanah Wakaf di setiap negeri bagi memastikan | ||
pengurusan dan pembangunan rumah mampu milik dan | ||
hartanah di atas tanah Wakaf teratur, berkesan dan berjalan | ||
lancar. | ||
2.4 | Terdapat juga cadangan supaya satu Syarikat Bertujuan Khas | |
(Special Purpose Vehicle, SPV) di bawah Kementerian | ||
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diwujudkan dan | ||
diberi peranan sebagai institusi pengurusan tanah wakaf untuk | ||
perancangan, pengurusan dan pembangunan sama ada | ||
komersial, perumahan/ residensi atau pembangunan |
2.5 2.6 | bercampur (mix development) di atas tanah wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan dengan kebenaran dan kerjasama daripada MAIN. Akta pemajuan ini juga adalah selari dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan di kalangan Bumiputera, menggalakkan dan memudahkan proses pembinaan rumah sama ada kategori mampu milik atau lain-lain kategori di atas tanah wakaf yang menyasarkan masyarakat Muslim. Penggubalan Akta Pemajuan Tanah wakaf dan juga peranan SPV di bawah KPKT perlu dilaksanakan kajian kesesuaian terlebih dahulu, sebelum dibentangkan semula di mesyuarat MPMMN dan seterusnya dipersembahkan untuk kelulusan Majlis Raja-Raja. Akta Pemajuan Tanah wakaf akan digubal antara lainnya bertujuan untuk mendukung pelaksanaan Dasar Perumahan Negara (DRN) dan juga Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) bagi memastikan perancangan, pelaksanaan dan pembangunan tanah wakaf dapat dilaksanakan dengan terancang dan memenuhi keperluan perundangan. |
Di Malaysia, walaupun undang-undang pengurusan tanah Islam terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, namun peruntukan ini tidak bersifat menyeluruh dan seragam bagi setiap negeri. | |
2.7 | Sehubungan itu, satu kaedah dan undang-undang penyeragaman berkaitan dengan pemajuan tanah wakaf bagi pembangunan komersial, perumahan dan juga pembangunan bercampur perlu diwujudkan untuk melindungi kepentingan Majlis Agama Negeri, pemaju, pewakaf, pembeli, pemajak serta penerima pajakan secara adil dan saksama. |
3.0 | DEFINISI DAN TAFSIRAN Terdapat beberapa terma yang akan digunapakai di keseluruhan dokumen ini dan definisi serta tafsiran adalah seperti berikut: 3.1 Tanah Wakaf Tanah wakaf bermaksud tanah yang diwakafkan oleh pewakaf bagi tujuan tertentu dan ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri yang telah diamanahkan oleh pewakaf. Tanah wakaf terdiri daripada wakaf khas dan wakaf am yang perlu diuruskan secara hukum syariah Islam. Wakaf khas merujuk kepada Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya manakala wakaf am merujuk kepada Pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus. Antara syarat tanah atau harta yang diwakafkan adalah: i. Harta yang berbentuk kekal yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah atau bangunan, ii. Harta milik sempurna pewakaf serta iii. Harta yang dapat diserahkan dan bukan hartanya ditahan seperti harta orang muflis dan harta anak yatim 3.2 Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal) Seseorang berdasarkan kelayakan pendidikan tertinggi atau pengalaman yang luas atau pakar rujuk dalam badan profesional yang diiktiraf atau mana-mana kombinasi dalam bidang pengurusan hartanah Islam. 3.3 Pakar Undang-Undang Seseorang berdasarkan kelayakan pendidikan tertinggi atau pengalaman yang luas atau pakar rujuk dalam badan profesional yang diiktiraf atau mana-mana kombinasi dalam bidang perundangan dan kewangan Islam. 3.4 Pakar Hartanah dan Perumahan Seseorang berdasarkan kelayakan pendidikan tertinggi atau pengalaman yang luas atau pakar rujuk dalam badan profesional yang diiktiraf atau mana-mana kombinasi dalam bidang hartanah dan perumahan. |
4.0 | 3.5 Pakar Perancang Bandar / Alam Bina Seseorang berdasarkan kelayakan pendidikan tertinggi atau pengalaman yang luas atau pakar rujuk dalam badan profesional yang diiktiraf atau mana-mana kombinasi dalam bidang perancangan perbandaran 3.6 Pakar Dasar dan Polisi Seseorang berdasarkan kelayakan pendidikan tertinggi atau pengalaman yang luas atau pakar rujuk dalam badan profesional yang diiktiraf atau mana-mana kombinasi dalam bidang dasar dan polisi perumahan 3.7 Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam Seseorang berdasarkan kelayakan pendidikan tertinggi atau pengalaman yang luas atau pakar rujuk dalam badan profesional yang diiktiraf atau mana-mana kombinasi dalam bidang ekonomi dan kewangan. MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN | ||
Kajian ini disediakan untuk mengkaji cadangan dan menggubal Akta Pemajuan Tanah Wakaf yang lebih menyeluruh dan komprehensif dalam menangani isu-isu pengurusan dan pemajuan tanah wakaf pada masa akan datang. Matlamat dan objektif bagi kajian ini adalah seperti di bawah: | |||
4.1 | Matlamat | ||
Kajian ini disediakan untuk mengkaji cadangan dan menggubal Akta Pemajuan Tanah Wakaf yang mengandungi undang-undang yang lengkap dan mampu melindungi kepentingan Majlis Agama Negeri, pemaju, penyewa, pembeli, pewakaf, pemajak, penerima pajakan dan stakeholder lainnya. | |||
4.2 | Objektif | ||
i. | Mengenalpasti dan membuat analisis isu-isu utama berkaitan pemajuan tanah wakaf di Malaysia; |
ii. | Mengenalpasti dan membuat analisis undang- undang/polisi/pelan/strategi/enakmen setiap negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) yang terpakai yang mungkin memberi implikasi kepada Akta Pemajuan Tanah Wakaf; |
iii. | Menjalankan analisis perbandingan undang-undang dan model pemajuan tanah Wakaf dari luar negara; |
iv. | Menjalankan pengumpulan data dan sesi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan termasuk di peringkat Persekutuan, Negeri dan swasta serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan kajian ke atas isu-isu pemajuan tanah wakaf; Mengkaji daripada perspektif end-to-end yang meliputi proses permohonan pemajuan daripada pemaju sehingga kepada pembiayaan kepada pemajak tanah wakaf. Mengenalpasti isu pemilikan harta atas tanah wakaf yang dipajak oleh MAIN dan juga isu-isu lain yang berkaitan. |
v. | Menyediakan pembentangan di peringkat pengurusan tertinggi Kerajaan termasuk Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) dan Majlis Raja-Raja; |
vi. | Menyediakan Draf Akta Pemajuan Tanah wakaf dan Peraturan- peraturan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan |
vii. viii. | Membantu JPN dalam menyediakan proses kerja dalam membuat pelaksanaan terhadap Akta/ Peraturan tersebut. Membantu JPN dalam mengkaji isu berkaitan pemilikan tanah wakaf serta cadangan kesesuaian skop akta termasuk nama akta yang jelas. |
5.0 KEPERLUAN KEPAKARAN
5.1 Semasa mempertimbangkan tawaran perunding, Kerajaan akan mengambil kira cadangan teknikal dan kewangan dengan kadar kos yang berpatutan. Setelah semua syarat yang dinyatakan diikuti dan diluluskan oleh pihak Kerajaan, perunding akan dilantik secara rasmi untuk meneruskan khidmat perundingan mengikut prosedur pelantikan yang telah ditetapkan.
5.2 Bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, perunding hendaklah memastikan kakitangan pasukannya terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan, pengetahuan, berpengalaman dan pakar dalam undang-undang, dasar dan polisi, hartanah, dan perancangan perumahan.
6.0 JUSTIFIKASI KEPERLUAN PERKHIDMATAN PERUNDING
6.1 JPN tiada kepakaran dalam bidang yang berkaitan dan mempunyai kekangan kepakaran perundangan termasuk undang-undang syariah dan tenaga kerja;
6.2 Memastikan Kajian dan Akta yang dihasilkan dibuat secara komprehensif bagi memastikan tiada percanggahan atau pertindihan serta kelompongan wujud di mana-mana klausa/peruntukan; dan
6.3 Pelantikan ini diharap dapat memberi perspektif yang seimbang terhadap sebarang penggubalan peruntukan memandangkan konsultan perundangan ini adalah pihak yang berkecuali dan tidak berkepentingan.
7.0 SKOP PERKHIDMATAN PERUNDING
Skop perkhidmatan perunding kajian cadangan dan penggubalan Akta Pemajuan Tanah wakaf dan Peraturan-peraturan dalam kajian ini adalah meliputi:
(i) Pengumpulan Data dan Kajian Analisis
(a) Mengumpul data dan menjalankan soal selidik;
(b) Menyediakan analisis bagi isu, masalah, keperluan, tren, halangan, tekanan dan jangkaan masa berkaitan pemajuan Tanah wakaf di Malaysia;
(c) Menyediakan analisis perbandingan bagi undang-undang/ polisi/ pelan/ strategi dan sebagainya yang diguna pakai dalam pemajuan tanah wakaf yang mungkin memberi implikasi kepada cadangan Akta Pemajuan Tanah wakaf;
(d) Menyediakan analisis perbandingan undang-undang dan model pemajuan tanah wakaf dari luar negara;
(e) Mengkoordinasi sesi pengumpulan maklumat, data dan konsultasi dengan semua pihak berkepentingan termasuk Universiti berstatus “Research University”, Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan-badan Professional, pihak swasta, pemaju dan mereka yang berkepentingan bagi tujuan kajian ke atas isu-isu pemajuan tanah wakaf; dan
• Pakar Hartanah dan Perumahan
• Pakar Perancang Bandar / Alam Bina
• Pakar Undang-undang
• Pakar Dasar dan Polisi
• Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal)
• Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam
(ii) Penyediaan Laporan Interim
(a) Menyediakan Laporan interim yang merangkumi cadangan perunding berkaitan proses kajian, kajian lapangan dan literatur dan cadangan awal kajian serta justifikasi terhadap gubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan peraturan-peraturan;
(b) Mengkaji daripada perspektif end-to-end yang meliputi proses permohonan pemajuan daripada pemaju sehingga kepada pembiayaan kepada pemajak tanah wakaf. Mengenalpasti isu pemilikan harta atas tanah wakaf yang dipajak oleh MAIN dan juga isu-isu lain yang berkaitan
(c) Menyediakan Draf Perjanjian bagi pembangunan komersial / perumahan / pembangunan bercampur di atas tanah wakaf yang patuh Syariah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
(d) Draf perjanjian pemilikan komersial / perumahan / pembangunan bercampur secara pajakan yang patuh syariah.
(e) Menentukan hala tuju dan keputusan dasar/polisi setelah mengambil kira pandangan stakeholders terlibat; dan
• Pakar Undang-undang
• Pakar Dasar dan Polisi
• Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal)
• Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam
(iii) Penyediaan Laporan Akhir
(a) Menyediakan Laporan Akhir yang mengandungi semua hasil penemuan kajian, objektif dan matlamat Akta Pemajuan Tanah wakaf serta cadangan hala tuju perunding berkaitan kandungan akta, isu, masalah dan justifikasi terhadap pelaksanaan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-Peraturan mengikut dasar dan polisi Kementerian/Jabatan.
• Pakar Undang-undang
• Pakar Dasar dan Polisi
• Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal)
• Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam
(iv) Penggubalan dan Pengesahan Rang Undang-undang Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan
(a) Menyediakan Draf Gubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan yang lengkap berserta matriks justifikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
(b) Membantu JPN menyediakan Kertas Pembentangan/Konsep/Nota Percakapan berkaitan Akta Pemajuan Tanah Wakaf bagi:
• Mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian/Jabatan;
• Mesyuarat Jemaah Menteri;
• Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri;
• Mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan;
• Majlis Perumahan Mampu Milik Negara
• Majlis Raja-Raja
• Persidangan Dewan Rakyat;
• Persidangan Dewan Negara;
• dan lain-lain platform atas keperluan Jabatan Perumahan Negara.
(c) Membuat pindaan terhadap draf (sekiranya perlu) Draf Gubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-Peraturan sehingga mendapat persetujuan:
• Mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian/Jabatan
• Jabatan Peguam Negara;
• Mesyuarat Jemaah Menteri
• Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri
• Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan
• Majlis Perumahan Mampu Milik Negara
• Majlis Raja-Raja
• Persidangan Dewan Rakyat
• Persidangan Dewan Negara
• dan lain-lain platform atas keperluan Jabatan Perumahan Negara
• Pakar Undang-undang
• Pakar Dasar dan Polisi
• Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal)
• Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam
(v) Pelaksanaan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-Peraturan
(a) Menyediakan proses kerja (step-by-step) yang relevan berkaitan Akta / Peraturan-peraturan tersebut;
(b) Membantu JPN dalam memantau (sekiranya perlu) perlaksanaan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan dalam tempoh setahun bermula dengan tarikh penguatkuasaan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan. Ini termasuk menyediakan data hasil serta analisis pemantauan dan kertas pembentangan/nota percakapan/taklimat kepada:
• Mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian/Jabatan ;
• Mesyuarat Jemaah Menteri;
• Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri;
• Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan;
• dan lain-lain platform atas keperluan Jabatan Perumahan Negara.
• Pakar Hartanah dan Perumahan
• Pakar Undang-undang
• Pakar Dasar dan Polisi
• Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal)
• Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam
(vi) Hal-hal lain berkaitan penggubalan Rang Undang-undang Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan.
(a) Memantau dan memaklumkan kepada pihak JPN dari semasa ke semasa perkembangan serta perubahan di dalam sektor hartanah bagi penggubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf.
(b) Menyediakan input-input berkaitan Akta Pemajuan Tanah Wakaf bagi tujuan pembentangan dalam seminar-seminar peringkat negeri/ nasional/ antarabangsa berkaitan penggubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf.
(c) Menguruskan semua hal-hal pengurusan kajian termasuk perancangan, logistik dan pelaksanaan bengkel, seminar atau kolokium.
(d) Menguruskan hal-hal berkaitan hebahan Akta Pemajuan Tanah Wakaf selepas penggubalan Akta.
(e) Melaksanakan Regulatory Impact Assesment (RIA) (proses konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders). Input yang diterima akan diambilkira dalam proses penggubalan
akta yang dilaksanakan sepertimana garis panduan yang ditetapkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
(f) Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan Regulatory Impact Assesment (RIA).
(g) Mengkaji kes-kes luar jangka seperti kes tanah Islam yang mempunyai had masa atau kes dimana Majlis Agama Negeri mengalami kekalahan di peringkat mahkamah.
• Pakar Hartanah dan Perumahan
• Pakar Undang-undang
• Pakar Dasar dan Polisi
• Pakar Agama Islam (Fiqh, Wakaf dan Baitulmal)
• Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam
8.0 DELIVERABLES (OUTPUT YANG DIHASILKAN)
Deliverables yang perlu disediakan oleh perunding adalah seperti berikut :
8.1 Laporan Interim 1
Pelaporan perlu mengandungi:
(i) Metodologi kajian;
(ii) Literature Review / Benchmarking trip berdasarkan sekurang- kurangnya 2 buah negara luar;
(iii) Justifikasi terperinci keperluan gubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf;
(iv) Analisis keadaan kaedah pemajuan Tanah Wakaf di setiap negeri serta tahap efisiensi serta produktivitinya;
(v) Analisis maklumat berkaitan:
(a) Dasar, perundangan dan garis panduan yang tidak lagi aktif berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Akta Pemajuan Tanah Wakaf sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (sekiranya ada) dan justifikasi kenapa tidak lagi aktif;
(b) Dasar, perundangan dan garis panduan sedia ada yang masih aktif berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Akta Pemajuan Tanah Wakaf sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
8.2 Laporan Interim 2
Pelaporan perlu mengandungi:
(vi) Pelaporan Focus Group Discussion (FGD);
(vii) Pelaporan RIA;
(viii) Isu, Cabaran dan keperluan berkaitan pemajuan Tanah Wakaf;
a. MAIN
b. Perbadanan wakaf Negeri
c. Pemaju
d. Pembiayaan (pemaju dan penerima pajakan)
e. Penerima pajakan
f. Dan lain-lain yang berkaitan
(ix) Syor Penguatkuasaan dan kandungan Akta;
(x) Lain-lain perkara berdasarkan keperluan Jabatan Perumahan Negara.
(xi) Keperluan pewujudan akta memandangkan terdapat Enakmen/RUU bagi setiap negeri
(xii) Kaedah pemajuan tanah wakaf yang sedia ada di setiap negeri
(xiii) Kajian samada pemajuan yang sesuai- perumahan atau pemajuan lain
(xiv) Insentif dan pengecualian daripada caj (case by case)
8.3 Laporan Akhir
Pelaporan perlu mengandungi:
(i) Xxxxx Xxxxxxxx Xxxxxx:
(a) Pelaporan keseluruhan FGD;
(b) Pelaporan keseluruhan XXX;
(c) Isu dan cabaran pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia;
(d) Isu dan cabaran penguatkuasan Akta Pemajuan Tanah Wakaf di peringkat, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan;
(e) Cadangan perlaksanaan serta penguatkuasaan yang efektif bagi Akta Pemajuan Tanah Wakaf di peringkat yang merangkumi aspek dasar, kewangan, logistik dan sumber manusia serta selaras dengan dasar sedia ada KPKT.
(ii) Justifikasi terperinci keperluan gubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf (atau tiada keperluan penggubalan akta);
(iii) Analisis keadaan semasa pemajuan Tanah Wakaf;
(iv) Analisis maklumat berkaitan:
(a) Dasar, perundangan dan garis panduan yang tidak lagi aktif berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Akta Pemajuan Tanah Wakaf sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (sekiranya ada) dan justifikasi kenapa tidak lagi aktif;
(b) Dasar, perundangan dan garis panduan sedia ada yang masih aktif berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Akta Pemajuan Tanah Wakaf sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
(v) Syor kandungan Akta Pemajuan Tanah Wakaf yang efektif dalam tempoh jangka masa panjang (sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun). Kandungan Akta Pemajuan Tanah Wakaf perlu merangkumi sekurang-kurangnya perkara berikut:
(a) Penerangan berkaitan objektif dan skop undang-undang;
(b) Takrifan dan definisi terma-terma yang digunapakai dalam Akta;
(c) Institusi Pentadbiran yang akan melaksanakan Akta serta fungsi, termasuk kuasa dan tanggungjawab;
(d) Kaedah pemajuan komersial, perumahan dan pembangunan bercampur;
(e) Urusniaga hartanah;
(f) Mekanisme menyelesaikan pertikaian;
(g) Kesalahan dan penguatkuasaan;
(h) Kuasa Menteri;
(i) Peruntukan Pelbagai.
(j) Jadual-jadual (kepada perjanjian yang berkenaan)
(k) Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu
(vi) Cadangan beserta justifikasi peraturan-peraturan yang akan menyokong serta memastikan penguatkuasaan Akta berjalan dengan lancar;
(vii) Penyelarasan pangkalan data (database) berkaitan maklumat berkaitan tanah wakaf bersama dengan Pasukan Pelaksanaan Maklumat Dataraya Perumahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan
(viii) Lain-lain perkara berdasarkan keperluan Jabatan Perumahan Negara.
8.4 Kertas Konsep Rang Undang-undang Akta Pemajuan Tanah Wakaf
(i) Kertas Konsep ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dasar daripada Jemaah Menteri dan dalam versi Bahasa Malaysia. Sehubungan itu, kertas konsep ini perlu merangkumi:
(a) Tujuan penggubalan akta
(b) Latar belakang penggubalan akta
(c) Asas-asas Pertimbangan penggubalan akta
(d) Implikasi Kewangan, Perjawatan dan Perundangan bagi penggubalan akta
(e) Perlaksanaan elemen RIA
(f) Ulasan Kementerian/Agensi Pusat yang berkaitan (g)
(ii) Slides pembentangan bagi kertas konsep ini juga perlu disediakan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8.5 Rang Undang-undang Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan- peraturan
Mengandungi gubalan Rang Undang-undang Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan (dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) yang telah dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara, diluluskan di Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibentangkan di Parlimen, seterusnya diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
8.6 Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan
Mengandungi gubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan (dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
8.7 Proses Kerja (Standard of Procedure) berkaitan Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan
Laporan ini perlu merangkumi Proses Kerja (Standard of Procedures) untuk pelaksanaan dan pemakaian Akta Pemajuan Tanah Wakaf dan Peraturan-peraturan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
9.0 TEMPOH PERKHIDMATAN PERUNDING
Tempoh perkhidmatan perunding selama 30 bulan daripada tarikh terima surat pelantikan (Letter of Acceptance).
Bil | Peringkat | Tempoh |
1. | Laporan Interim 1 | 4 bulan |
2. | Laporan Interim 2 | 4 bulan |
3. | Laporan Akhir | 8 bulan |
4. | Penggubalan dan Pengesahan Akta | 8 bulan |
5. | Proses Kerja (Standard of Procedures) | 6 bulan |
Jumlah | 30 bulan |
10.0 KAEDAH PENETAPAN KOS PERKHIDMATAN PERUNDING
Kos perkhidmatan perunding yang dilantik disyorkan menggunakan kaedah Input Masa (Man-Month).
10.1 Yuran Input Masa
Yuran penyeliaan hendaklah meliputi kerja-kerja konsultasi dan analisis, penggubalan dan pengesahan akta di Jabatan Peguam Negara dan pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri.
10.2 Kos Imbuhan Balik
Item-item yang dibenarkan terhad seperti berikut:
i. Tuntutan perjalanan;
ii. Kos penyediaan laporan;
iii. Kos alat tulis dan bahan penyelidikan; dan
iv. Kos retreat dan mesyuarat.
10.3 Yuran perkhidmatan perunding ini akan dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan kajian seperti berikut:
Bil | Peringkat Kemajuan Kajian | % Pembayaran |
1. | Laporan Interim I | 15 |
2. | Laporan Interim II | 15 |
3. | Laporan Akhir | 20 |
4. | Penggubalan dan Pengesahan Akta - Kelulusan kertas konsep di Mesyuarat Jemaah Menteri - Kelulusan Memorandum Jemaah Menteri RUU - Kelulusan RUU oleh Dewan Rakyat dan dewan Negara | 40 (10) (20) (10) |
5. | Proses Kerja (Standard of Procedures) | 10 |
Jumlah | 100 |
11.0 PEMBENTANGAN KAJIAN
Setiap peringkat laporan (interim dan akhir) hendaklah dibentangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pemandu Penggubalan Akta Pemajuan Tanah Wakaf seperti berikut:
11.1 Jawatankuasa Kerja
i. Ketua Pengarah JPN (Pengerusi);
ii. Wakil Bahagian-Bahagian di bawah JPN;
iii. Wakil Penasihat Undang-Undang KPKT;
iv. Wakil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; dan
v. Wakil lain-lain Persekutuan/Agensi yang difikirkan perlu untuk menghadiri mesyuarat dari semasa ke semasa.
11.2 Jawatankuasa Pemandu
i. Ketua Setiausaha KPKT;
ii. Ketua Pengarah JPN dan Jabatan/ Bahagian lain yang difikirkan sesuai di bawah KPKT;
iii. Semua Pengarah Bahagian JPN;
iv. Wakil Jabatan Peguam Negara; dan
v. Wakil-wakil Kementerian atau Jabatan berkaitan yang dirasakan bersesuaian
12.0 PEMILIKAN DAN HAK CIPTA
Kandungan kajian adalah menjadi hak milik Kerajaan Malaysia dan sebarang penerbitan semula dalam bentuk apa bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain adalah dilarang kecuali dengan izin Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
13.0 PERJANJIAN
Pihak Kerajaan akan mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) kepada perunding berdasarkan cadangan teknikal serta cadangan kos yang dipersetujui. SST adalah dianggap sebagai dokumen perundangan yang sah dan merupakan sebahagian daripada dokumen perjanjian antara Kerajaan dan syarikat sehingga Dokumen Perjanjian rasmi (kontrak) dimeterai oleh kedua- dua pihak.
14.0 BAHASA YANG DIGUNAPAKAI
Semua dokumen dan surat menyurat yang perlu disediakan oleh perunding adalah dalam Bahasa Malaysia kecuali dibenarkan oleh Jabatan secara bertulis. Walau bagaimanapun, perunding perlu menyediakan satu set hasil kajian yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.
15.0 PERLANJUTAN TEMPOH MASA PERKHIDMATAN (EXTENSION OF TIME)
Perlanjutan tempoh masa perkhidmatan (EOT) hanya boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus (PBM) bagi perkara-perkara berikut:
15.1 Sekiranya pihak perunding telah menghadapi kelewatan yang disebabkan oleh Agensi Kerajaan antaranya di dalam mendapatkan maklumat atau pengesahan/persetujuan ke atas maklumat yang dikemukakan oleh perunding kepada individu/jawatankuasa di Agensi Kerajaan berdasarkan tarikh serahan deliverables yang telah dipersetujui dalam perjanjian; dan
15.2 Sekiranya terdapat arahan rasmi daripada pihak Kerajaan untuk menangguhkan kesemua/sebahagian daripada perkhidmatan yang ditetapkan di dalam perjanjian yang telah menyebabkan kelewatan di pihak perunding.
16.0 PENGENAAN LIQUIDATED AND ASCERTAINED (LAD) KEPADA PERUNDING
16.1 LAD ke atas perunding akan dilaksanakan sekiranya berlaku perkara- perkara berikut:
i. Perunding gagal menepati tarikh penyerahan akhir setiap deliverables yang telah dipersetujui di dalam perjanjian perunding; dan
ii. Kelewatan/kegagalan perunding menepati tarikh serahan akhir yang ditetapkan terbukti adalah disebabkan oleh pihak perunding sahaja dan tidak turut melibatkan kelewatan di pihak Agensi Kerajaan.
16.2 Berdasarkan deliverables yang ditetapkan dalam perjanjian, JPN hendaklah mengeluarkan arahan rasmi kepada perunding sekurang- kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh serahan akhir setiap deliverables untuk mendapatkan maklumat terkini kemajuan kerja perunding. Ini adalah bertujuan bagi membolehkan JPN membuat pertimbangan sekiranya LAD perlu dikenakan atau Lanjutan Masa (EOT) wajar diberikan berdasarkan maklumbalas yang dikemukakan oleh perunding.
16.3 Pengenaan LAD kepada perunding adalah dibuat melalui pemotongan bayaran kemajuan perkhidmatan perunding berdasarkan formula yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti berikut:-
LAD = Base Lending Rate x Consulting Fees
100 365
(bergantung kepada minimum RM100 sehari)
17.0 PENAMATAN PERJANJIAN PERUNDING
17.1 JPN berhak mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan perunding pada bila-bila masa sekiranya perunding melakukan perkara-perkara berikut tanpa justifikasi yang munasabah :
i. Menangguhkan pelaksanaan perkhidmatan dan gagal meneruskan kerja dengan tekun sebagaimana obligasi perunding di dalam perjanjian;
ii. Gagal melaksanakan semua/sebahagian perkhidmatan atau secara berterusan mengabaikan obligasi perunding di bawah perjanjian;
iii. Kemungkiran melaksanakan tanggungjawab perunding iaitu tidak memberikan perkhidmatan secara profesional, kompeten, berhati-hati dan tekun sepanjang masa; dan
iv. Obligasi yang dilaksanakan oleh perunding tidak menepati kehendak JPN atau gagal menepati terma/syarat yang lain di dalam perjanjian.
18.0 PERKARA-PERKARA LAIN
Hasil kajian dan cadangan konsep Akta Pemajuan Tanah Wakaf akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas persetujuan Jawatankuasa Kerja sebelum dilancarkan untuk pelaksanaan.
19.0 PENUTUP
Laporan Kajian yang disediakan oleh Perunding ini akan menggubal satu Akta Pemajuan Tanah Wakaf yang mengandungi undang-undang pemajuan tanah wakaf yang lengkap dan mampu melindungi kepentingan pemilik, pembeli, pemaju, pemajak, penerima pajakan dan lainnya, serta menepati kehendak Kerajaan dan semua stakeholders dalam sektor komersial / perumahan / pembangunan bercampur berkaitan pemajuan tanah wakaf yang patuh syariah.
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perumahan Negara
Form CSA2014-Research (Amendment 2018)
APPENDIX 8
APPENDIX 8: CONSULTANT’S PERSONNEL
No | Name of Personnel (inclusive of owner & principal) | Role in Team | Number of Years of Working Experience | Age | Employment Status with the firm (Permanent/ Temporary) | Full Name of Highest Academic Qualification (specify name of university) | Professional Certificates (list name of certificate and membership no. (if any) |
1. | Prof TPr. Dr. Xxxxxxx Xxxxxxx Xxxxx | Lead Consultant | 22 | 47 | Permanent | PhD (Ecologi Manusia – Universiti Putra Malaysia) | Registered Town Planner (TPr.) |
2. | Assoc. Prof. Dr. Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx | Consultant | 23 | 47 | Permanent | PhD (Planning and Environmental Law – University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom) | |
3. | Prof. Dr. Xxxxx Xxxxx Xxxxxx | Consultant | 31 | 56 | Permanent | PhD Undang-undang – University of Wales, Aberystwyth, Wales, UK) | |
4. | Assoc. Prof. Dr. Xxxxxxxx Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx Xxxxx | Consultant | 27 | 52 | Permanent | PhD (Undang-undang – Universiti Kebangsaan Malaysia) | |
5. | Ar. Xxxxxx Xxxxx Xxxx | Consultant | 24 | 47 | Temporary | PG Dip (Architecture – University of Central England, Birmingham UK) | Registered Architect (Ar.) |
6. | Dr. Xxxxxxx Xxx Xxxxx | Consultant | 25 | 48 | Permanent | PhD (City and Regional Planning – Cardiff University, United Kingdom) | |
7. | Dr. Xxx Xxxxxx Xxx Embi | Consultant | 23 | 47 | Permanent | Ph.D (Business Administration - Universiti Kebangsaan Malaysia) | |
8. | Assoc. Prof. Dr. Xxxxxx Xxxxxx | Consultant | 24 | 47 | Permanent | Ph.D (Ekonomi - University of Nottingham, United Kingdom) | Consultant |
133