INSURANS Klausul Contoh

INSURANS. Penyebutharga hendaklah mengambil insurans sepertimana berikut :- a) Insurans Tanggungan Awam (Public Liability Policy) b) ▇▇▇▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇ (Insurance Policy of Works) c) Insurans Pampasan Pekerja (Workmen‟s Compensation Policy) dan/atau d) Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO). Sila kemukakan nombor pendaftaran majikan di bawah skim PERKESO yang khusus untuk kerja di atas. Penyebutharga hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan nombor kod pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Penyebutharga gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota- nota perlindungan tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah Fasal 12 (d).
INSURANS. Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
INSURANS. 2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama SPPP dan Kontraktor perlu mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insuran Kerja bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO. 2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak mengambil tindakan yang bersesuaian.
INSURANS. 1.2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja * (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh perlaksanaan Kerja). 1.2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi Insurans yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
INSURANS. (a) Jika Barangan itu adalah sebuah kenderaan bermotor, Penyewa selanjutnya bersetuju dengan perbelanjaan ditanggung Penyewa, untuk mengambil perlindungan insurans Barangan daripada syarikat insurans bereputasi baik di bawah perlindungan komprehensif atas nama Penyewa, dengan pengendorsan yang mencatatkan kepentingan Pemunya terhadap Barangan itu sebagai Pemunya dan menyebut bahawa apa-apa bayaran yang Penyewa perlu dibayar hendaklah dibayar terus kepada Pemunya, bagi nilai penggantian penuh untuk tahun kedua dan tahun-tahun berikutnya Perjanjian ini dan seterusnya selepas itu selagi apa-apa jumlah kena bayar di bawah Perjanjian ini masih belum dijelaskan. Jika Penyewa gagal atau cuai untuk mengambil insurans yang diperlukan, maka Pemunya adalah bebas tetapi tidak wajib untuk berbuat demikian dan untuk itu Penyewa perlu membayar balik Pemunya apabila diminta, apa-apa jumlah wang yang dibayar Pemunya untuk urusan tersebut; (b) Penyewa tidak boleh menukar syarikat insurans tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan Pemunya dan hendaklah membayar tepat pada waktunya segala premium insurans kena bayar dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan perlindungan insurans Barangan itu; (c) Penyewa dengan ini melantik, tanpa boleh dibatalkan, Pemunya sebagai ejen Penyewa untuk mendapat kembali dan/atau berkompromi atas nama Penyewa atau Pemunya sebarang tuntutan kerugian (termasuk kerugian penuh) atau kerosakan di bawah segala polisi insurans berkenaan Barangan dan untuk menerima segala wang kena bayar di bawahnya dan untuk memberi syarikat insurans penerimaan dan pelepasan yang baik bagi hal yang sama. ▇▇▇▇ insurans tersebut hendaklah dikreditkan kepada akaun Penyewa dengan Pemunya dalam atau bagi menyelesaikan jumlah kena bayar kepada Pemunya di bawah Perjanjian ini dan Penyewa dikenakan membayar apa-apa jumlah yang masih tidak berbayar di bawah Perjanjian ini.
INSURANS. 2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO. 2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insuransdan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).
INSURANS. Semua barang-barang yang disenaraikan dalam perkhidmatan penghantaran ini perlu diinsurankan.
INSURANS. 2.2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
INSURANS. 2.1 Kontraktor hendaklah atas nama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insuran Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-Butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO. 2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Indent semua polisi ▇▇▇▇▇▇▇ dan Nombor Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja, Nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premuim adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi Insurans selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9 (d) syarat-syarat ini.
INSURANS. Sebelum memulakan perkhidmatan yang dipersetujui, Kontraktor hendaklah di atas kos dan perbelanjaannya sendiri, telah mengambil insurans, dipihaknya perlu mengambil demi menjaga kepentingannya sendiri, pekerja-pekerja dan/atau perkhidmatan yang akan dikendalikan, di bawah kontrak ini dengan nilai yang mencukupi dan munasabah dan seperti berikut:- i) Insurans Pampasan Pekerja dan/atau berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). ii) Insurans Liabiliti awam dan harta benda, dan/atau memastikan Kontraktor telah menepati syarat yang ditetapkan di sini, dan UPM adalah berhak dan boleh menganggap Kontraktor telahpun mematuhi kehendak fasal ini sebaik sahaja Kontrak ini ditandatangani. DENGAN SYARAT LAGI Kontraktor hendaklah dan memberi akujanji dan jaminannya di sini untuk membuat pampasan, mengganti rugi UPM, dan/atau mengecualikan UPM dari sebarang tuntutan, perbelanjaan dan pembayaran yang mungkin dituntut oleh pihak ketiga dan/atau mana-mana pihak sekalipun dan yang berpunca daripada kemungkinan Kontraktor berkaitan fasal di sini.