Peralatan Rangkaian Klausul Contoh

Peralatan Rangkaian. 1 Network Cabling (UTP Cabling & Fiber Optic) i. Memastikan setiap data cabling (UTP Cat5e/UTP Cat6) berfungsi dan dilabel dengan baik. ii. Memastikan setiap data cabling (fibre optic) berfungsi dan dilabel dengan baik. iii. Memastikan susun atur kabel data dalam keadaan kemas dan bertanda dan dilabelkan. iv. Memastikan setiap fibre connection dan GBIC/ SFP module berfungsi dengan baik. v. Skop kerja di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) 2 Core switch, Access switch i. Memastikan peralatan sistem rangkaian berfungsi dan beroperasi dengan baik pada setiap masa. ii. Memastikan keputusan diagnosis atau pembaikan mudah dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat untuk peralatan (Core switch, Access switch). iii. Membuat kerja-kerja konfigurasi seperti mengemaskini konfigurasi sedia ada dan membuat konfigurasi bagi VLAN baru sekiranya diminta, konfigurasi rangkaian dan pepasangan peralatan baru yang dibeli oleh SPPP untuk diintegrasi dengan peralatan sedia ada jika diminta. Sekiranya ada, penyebutharga perlu mengemaskini Dokumentasi Konfigurasi sedia ada. iv. Melakukan dust cleaning serta penglabelan pada struktur rangkaian yang diubah atau yang baru bagi setiap lokasi peralatan rangkaian. v. Menyediakan dokumentasi lengkap dan terkini rangkaian SPPP. vi. Mengemaskini firmware dan perisian terkini untuk setiap peralatan sistem rangkaian. vii. Menyediakan laporan secara terperinci setiap kali penyelenggaraan rangkaian dilakukan (2 minggu selepas sistem rangkaian diselenggara). viii. Skop kerja di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam senarai semakan kerja. (Sila lampirkan senarai semakan kerja) 3 Router, Firewall, Internet Gateway & Load Balancer i. Memastikan keputusan diagnosis atau pembaikan mudah dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat untuk peralatan (Router, Firewall, Internet Gateway & Load Balancer). ii. Memastikan peralatan berada dalam keadaan sempurna dan tidak terganggu dan sentiasa kemaskini dari segi patches dan updates sekiranya perlu. iii. Memastikan lesen untuk semua perisian sentiasa aktif dan memaklumkan kepada pihak SPPP untuk diperbaharui sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh tamat. iv. Membuat kerja–kerja konfigurasi router dan firewall seperti web proxy, content filtering, VPN, antispam, DNS services, webmail, webserver dan kerja-kerja pemasangan peralatan baru yang dibeli oleh SPPP untuk diintegrasi dengan peralatan sedia ada jika diminta. v. Skop kerj...