Tawaran Pembekal. 8.1 Pembekal dibenarkan untuk menawarkan harga untuk semua zon/negeri, sebahagian zon/negeri atau satu zon/negeri sahaja jika pelawaan adalah mengikut zon/negeri. Setiap tawaran bagi setiap zon/negeri akan dianggap sebagai tawaran berasingan. 8.2 Pembekal dibenarkan untuk menawarkan harga untuk semua item, sebahagian item atau mana-mana item. Setiap tawaran bagi setiap item akan dianggap sebagai tawaran berasingan. 8.3 Tawaran harga hendaklah mengambilkira kenaan fi perkhidmatan bagi perolehan yang dilaksanakan melalui Sistem eP.
Appears in 4 contracts
Samples: Tender Agreement, Tender Agreement, Tender Agreement