SEBUTHARGA NO. JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022
DOKUMEN MEJA
SEBUTHARGA NO. JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SKIM BAN MERBOK, MUKIM MERBOK, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN. ( PUSINGAN 1 )
DOKUMEN MEJA
BIL. | BUTIRAN | MUKASURAT |
1. | Senarai Semak (wajib diisi) | i |
2. | Dokumen A | |
Lampiran 4 - Arahan Kepada Penyebut Harga | A1 - A4 | |
3. | Dokumen B | |
Lampiran 5 - Syarat-syarat Sebut Harga | B1 - B9 | |
4. | Dokumen C | |
Lampiran 6 - Borang Sebut Harga (wajib diisi) | C1 | |
5. | Dokumen D | |
Lampiran 7 - Grand Summary (wajib diisi) | D | |
Lampiran 7 - Ringkasan Sebut harga (wajib diisi) | D1 - D2 | |
6. | Dokumen E | |
Lampiran 8A - Senarai Pengalaman Kerja (wajib diisi) | E1 | |
Lampiran 8B - Senarai Kerja Dalam Tangan (wajib diisi) | E2 | |
7. | Dokumen F | |
Lampiran 9A - Surat Akuan Pembida (wajib diisi) | F1 | |
8. | Dokumen G | |
Spesifikasi Kerja | G1 - G6 | |
9. | Dokumen H | |
Lokasi Tapak | H1 | |
10. | Dokumen I | |
Laporan Bank (wajib diisi) | I1 |
BIL. | BUTIRAN | MUKASURAT |
11. | Dokumen J Format Borang Bon Pelaksanaan ( diisi oleh kontraktor berjaya yang memilih bon pelaksanaan) | J1 - J2 |
DOKUMEN MEJA
Sila lampirkan bersama:
1. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dari CIDB (PPK)
2. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Dari CIDB
3. Salinan Sijil Pendaftaran Dan Taraf Bumiputera Dari BPKU (STB)
4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan Dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5. Salinan Resit idaftar
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1
SENARAI SEMAK DOKUMEN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA) JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022
√
A) Sila Tanda Dokumen-Dokumen Yang Wajib Disertakan ( Jika Tidak Disertakan Sebutharga akan DI TOLAK )
Bil. | Dokumen / Perkara | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga | ||||
1 | Borang Sebutharga Harga Di Isi Dengan Lengkap ( termasuk nilai tawaran, tarikh dan tempoh siap) dan ditandatangani serta dimeterai. | ||||||
2 | Senarai Kuantiti Diisi Dengan Lengkap dan ditandatangani. | ||||||
3 | Senarai Pengalaman Kerja | ||||||
4 | Senarai Kerja Dalam Tangan | ||||||
5 | Surat Akuan Pembida Diisi Dengan Lengkap dan ditandatangani. | ||||||
6 | Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan Dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Yang Masih Sah Laku 3 Bulan Dari Tarikh Tutup Sebutharga. | ||||||
7 | Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dari CIDB ( PPK ) Yang Masih Sah Laku 3 Bulan Dari Tarikh Tutup Sebutharga. | ||||||
8 | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Dari CIDB ( SPKK ) Yang Masih Sah Laku 3 Bulan Dari Tarikh Tutup Sebutharga. | ||||||
9 | Salinan Sijil Pendaftaran Dan Taraf Bumiputera Dari BPKU (STB) Yang Masih Sah Laku 3 Bulan Dari Tarikh Tutup Sebutharga. | ||||||
*10 | Salinan Sijil/Resit Pendaftaran Kontraktor Dengan Seksyen Kewangan Negeri Kedah/Pejabat Daerah ( i-Bayaq) | ||||||
*11 | Salinan Penyata Akaun Bank Tiga ( 3 ) Bulan Terkini Bagi Kontraktor G2 Dan G3. |
√
DOKUMEN MEJA
B) Sila Tanda Dokumen-Dokumen Tambahan.
Bil. | Dokumen / Perkara | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga |
1 | Salinan Nombor Kod Pendaftaran Majikan ( PERKESO ) | ||
2 | Salinan/Surat Pengesahan No. Akaun Bank Bagi Kontraktor G1. | X | X |
3 | Salinan Pendaftaran E-Vendor @ E-Perolehan (IGFMAS) | X | X |
4 | Salinan Sijil/Surat Pendaftaran Dengan JKDM (Cukai Perkhidmatan) - Jika Berkaitan | X | X |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Meterai/Cop Syarikat: | UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ( Jika ada ) Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: |
1. Pihak Syarikat/Kontraktor Dikehendaki Menghantar Sesalinan Sijil-sijil, Penyata Bank / Mengembalikan Dokumen Seperti Yang Tersenarai Didalam Senarai Semak Bagi Mengelakkan DOKUMEN SEBUT HARGA DITOLAK
2. Pihak Syarikat/Kontraktor Dikehendaki Menghantar Salinan Sijil-Sijil Yang Masih Sah Laku 3 bulan Dari Tarikh Tutup Sebutharga/Bukti Pembaharuan Sijil.
3. Jika " X " , Dokumen Tidak Perlu Dilampirkan.
4. Dokumen Wajib Adalah Bahagian A.
i
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN A ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
Lampiran 4
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1.0 HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2.0 CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
DOKUMEN MEJA
(c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
(d) Senarai Pengalaman Kerja,
(e) Jadual Kadar Harga (jika ada),
(f) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).
(g) Surat Akuan Pemida,
(h) * Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk Penyata Akuan Bank yang disahkan oleh Pengurus Cawangan Bank berkenaan untuk 3 bulan yang terakhir, Deposit Tetap, baki nilai Kemudahan Kredit dan nilai Kemudahan Kredit yang layak/akan diperolehi oleh Penyebut Harga daripada Institut Kewangan.
(i) Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
(j) Kegagalan mengisi/menandatangani Borang Sebut Harga akan mengakibatkan Sebut Harga ditolak.
* Untuk kerja RM200,000.00 ke atas.
A/1
Lampiran 4
(k) Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan.
(l) Sekiranya Dokumen Sebut Harga disediakan dalam bentuk softcopy (berbentuk CD), Penyebut Harga hendaklah mengemukakan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat antara softcopy dan hardcopy, Dokumen dalam hardcopy hendaklah digunapakai.
(m) Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
2.2 'Integrity Pact'
DOKUMEN MEJA
(a) * Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pemida seperti di Lampiran 9A di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini, Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pemida ini hendaklah juga melapirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.
(b) Surat Akuan Pemida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian Sebut Harga.
(c) * Penyebut Harga yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pemida Berjaya seperti di Lampiran 9A beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pemida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Kontrak.
* Diisi oleh pihak yang menyediakan dokumen Sebut Harga
A/2
Lampiran 4
2.3 Penyerahan Dokumen Sebut harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022 serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Muda/ Sik/Baling, Aras 2, Bangunan Tunku Abdul Malik, 00000 Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxx Xxxxx Xxxx.
DOKUMEN MEJA
(c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
2.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3.0 TEMPOH SIAP KERJA *
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 12 minggu. Mana-mana penyebut harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
4.0 BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA**
Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM 10.00 (Ringgit Malaysia:
Sepuluh sahaja).
* Diisi oleh Xxxxxxx Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxx
** Pengiraan harga dokumen sebut harga hendaklah dibuat berdasarkan kadar yang ditetapkan
A/3
Lampiran 4
5.0 PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.
6. 0 TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
7.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Semua penyebut harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para penyebut harga diberi peringatan berikut:
DOKUMEN MEJA
7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.4 Mana-mana Kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
A/4
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN B SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
Lampiran 5
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1.0 PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2.0 BON PELAKSANAAN *, INSURANS DAN PERKESO
DOKUMEN MEJA
2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan** sebanyak 5% daripada nilai Sebut Harga *** dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya Kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atau Insurans, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.
2.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama kerajaan dan kontraktor mengambil insurans Liabiliti Awam dengan nilai minimum RM **** bagi setiap
kemalangan bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk tempoh kecacatan dan ditambah tiga (3) bulan dan empat belas (14) hari dan insurans kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran PERKESO.
2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya
* Potong jika tidak berkenaan.
** Keluarkan perenggan ini jika tidak berkenaan.
*** Nilai bon pelaksanaan adalah 5% daripada nilai Sebut Harga (termasuk GST sekiranya Kontraktor berdaftar GST).
**** Pengiraan kadar liputan adalah berasaskan nilai Sebut Harga (termasuk GST sekiranya Kontraktor berdaftar GST).
B/1
Lampiran 5
Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota- nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d)
3.0 PERATURAN PERLAKSANAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir- butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
3.2 * Kerja-kerja mekanikal dan elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
DOKUMEN MEJA
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (JKKP)
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan
(vi) Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN)
4.0 KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
5.0 SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
* Potong jika tidak diperlukan
B/2
Lampiran 5
6.0 BAYARAN PENDAHULUAN
6.1 Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000.00 yang mana rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:
a) Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000.00 sehingga RM500,000.00.
b) Tempoh siap kerja kurang dari 3 bulan.
c) Permohonan daripada Kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Inden Kerja dikeluarkan.
d) Polisi Insurans telah dikemukakan oleh Kontraktor.
DOKUMEN MEJA
e) Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh Kontraktor sama ada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dimohon.
f) Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan dan diselesaikan selewat-lewatnya semasa projek siap pada tahap 75%.
g) Liabiliti di bawah Jaminan Bayaran Pendahuluan akan tamat apabila Kerajaan mengutip semula jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, jika jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar tidak boleh dicapai sebelum tarikh siap kontrak atau apa-apa pelanjutan yang diberi atau sebelum tarikh penamatan dalam kes kontrak yang ditamatkan, maka baki pendahuluan yang perlu dibayar balik kepada Kerajaan hendaklah dituntut daripada Jaminan Bayaran Pendahuluan.
B/3
Lampiran 5
7.0 PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
7.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja- kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
7.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
DOKUMEN MEJA
7.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
8.0 RINGKASAN SEBUT HARGA
8.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
8.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
8.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
8.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada hargaharga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
B/4
Lampiran 5
8.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
8.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
9.0 PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
DOKUMEN MEJA
9.1 Borang Perjanjian Inden Kerja, Surat Akuan Pemida Berjaya yang ditandatangani oleh Kontraktor dan Dokumen Sebut Harga hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Kontrak ini.
9.2 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
9.3 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
10.0 KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
10.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
B/5
Lampiran 5
b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
d) Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10.2 Walau apa pun di atas, sekiranya Kontrak ini ditamatkan, Bon Pelaksanaan / WJP akan dirampas sepenuhnya.
11.0 BAYARAN KEMAJUAN
DOKUMEN MEJA
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
12.0. KERJA PERUBAHAN
12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahanarahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
12.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
B/6
Lampiran 5
13.0 TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
13.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurangkurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerjakerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
13.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan.
Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
DOKUMEN MEJA
13.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
14.0 PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA
Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.
15.0 PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya boleh dibuat setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walau bagaimanapun,
B/7
Lampiran 5
Pegawai Inden hendaklah membuat potongan atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos untuk membaiki apa-apa kecacatan yang tidak dapat dibaiki oleh Kontraktor di dalam tempoh tanggungan kecacatan.
16.0 PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
17.0 PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
DOKUMEN MEJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
18.0 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan
Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
19.0 PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU AKTIVITI HARAM
19.1 Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika kontraktor, personal, kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang atau aktiviti haram yang berkait dengan Perjanjian
/ Kontrak ini atau mana-mana perjanjian lain yang Kontraktor mungkin ada dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian / Kontrak ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan segera yang membawa maksud sedemikian kepada Kontraktor.
B/8
Lampiran 5
19.2 Setelah penamatan tersebut, Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.
DOKUMEN MEJA
19.3 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju bahawa Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan Kontrak ini.
B/9
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN C BORANG SEBUT HARGA
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN D
GRAND SUMMARY RINGKASAN SEBUT HARGA
JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SKIM BAN MERBOK, MUKIM MERBOK, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN. (PUSINGAN 1)
GRAND SUMMARY
DOKUMEN MEJA
( ALL QUANTITIES ARE PROVISIONAL )
BILL. NO. | DESCRIPTION | PAGE NO. | TOTAL ( RM ) |
1.0 2.0 | KEHENDAK PERMULAAN DAN SYARAT - SYARAT AM KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN | D1 D1 - D2 | |
TOTAL CARRIED TO FORM OF QUOTATION |
RINGGIT Malaysia :
Contract Period : 12 Minggu
Prepared by: Checked by:
D
Dokumen D
SENARAI KUANTITI
NO. SEBUTHARGA : JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022
TAJUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SKIM BAN MERBOK, MUKIM MERBOK, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN. (PUSINGAN 1)
NOTA : Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggapkan telah dimasukkan dalam harga butiran-butiran yang lain. Penyebutharga adalah dianggap telah melawat tapak bina dan membaca syarat-syarat sebutharga dan kontrak bersama-
sama pelan-pelan/lukisan-lukisan dan penentuan untuk memastikan sendiri liputan kerja yang terlibat sebelum menghargakan sebutharganya kerana sebarang tuntutan bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan.
DOKUMEN MEJA
Semua Kuantiti Adalah Kuantiti Sementara
Bil. | Butiran Kerja | Unit | Kuantiti | Kadar (RM) | Xxxxx (RM) |
1.0 | KEHENDAK PERMULAAN DAN SYARAT - SYARAT AM. | ||||
1.1 | Menyediakan insuran dan lain-lain kontigensi: | ||||
i) Polisi Insuran Tanggungan Awam- Nilai Premium RM100,000.00 | pukal | - | |||
ii) Polisi Insuran Kerja- Nilai Premium mengikut harga kontrak / Polisi | pukal | - | |||
Pampasan Pekerja/PERKESO | |||||
1.2 | Menyediakan laporan bergambar sebelum, semasa dan selepas kerja | set | 1 | ||
siap dilaksanakan bersaiz 3R (Glossy Photo Paper - 230gsm) beserta CD | |||||
(softcopy) - * 1 set / 105 keping * | |||||
2.0 | KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN . | ||||
2.1 | KERJA-KERJA MENGOREK DAN MENDALAMKAN BORROW PIT DAN MUARA. | ||||
2.1.1 | Menyediakan peralatan atau loji excavator long boom dan tenaga kerja untuk | M | 31287 | ||
kerja-kerja mengorek dan mendalamkan borrow pit dan muara kedalaman | |||||
diantara 1m hingga 2m disepanjang 31.287km, mengangkat dan meratakan | |||||
sisa-sisa tersebut di atas permukaan berm seperti arahan oleh Pegawai Penyelia | |||||
Tapak. Sekiranya terdapat sebarang halangan di tapak hendaklah mengangkat | |||||
dan membawa keluar ke tapak pelupusan yang ditentukan oleh pihak kontraktor | |||||
sendiri dengan persetujuan oleh Pegawai Penyelia Tapak. | |||||
2.2 | KERJA-KERJA MENEBAS, MENCAKAR DAN MENGANGKAT KELUAR SISA- | ||||
SISA DISEPANJANG BERM BORROW PIT. | |||||
2.2.1 | Menyediakan peralatan atau loji bersesuaian dan tenaga kerja untuk kerja-kerja | M² | 202,345 | ||
menebas kedua-dua belah berm borrow pit disepanjang 31.13km seperti arahan | |||||
oleh Pegawai Penyelia Tapak. Tumbuhan dan rumput hendaklah ditebas hingga | |||||
keparas tanah atau tidak melebihi 50mm. | |||||
( Anggaran keluasan 31130m x 6.5m = 202,345m²) | |||||
2.2.2 | Menyediakan peralatan atau loji yang sesuai dan tenaga kerja untuk kerja-kerja | M² | 202,345 | ||
mencakar dan memasukkan sisa-sisa tersebut ke dalam plastik hitam disepanjang | |||||
berm borrow pit seperti arahan oleh Pegawai Penyelia Tapak. | |||||
( Anggaran keluasan 31130m x 6.5m = 202,345m²). | |||||
Jumlah di bawa ke Muka Surat D2 |
D1
D/1
JPSKMSB(SH/KM)S/B/O& M/4 /2022 Semua Kuantiti Adalah Kuantiti Sementara
Bil. | Butiran Kerja | Unit | Kuantiti | Kadar (RM) | Harga (RM ) |
2.2.3 | Jumlah dibawa dari muka surat D1 Menyediakan peralatan atau loji yang sesuai dan tenaga kerja untuk kerja-kerja mengangkat keluar sisa-sisa tersebut disepanjang 31.13km ke tempat pembuangan yang ditentukan oleh pihak kontraktor sendiri dengan persetujuan oleh Pegawai Penyelia Tapak. | Pukal | - | ||
NOTA 1. Saya mengakui bahawa saya telah memeriksa, menyiasat dan berpuas hati dengan keadaan tapak serta jenis kerja yang dimaksudkan dalam sebutharga ini. Saya sendiri telah menawarkan kos untuk semua butiran dalam sebutharga ini dan saya berjanji akan melaksanakan kerja diatas mengikut semua syarat-syarat yang ditetapkan. 2. Pihak Kontraktor/Pemborong perlu mengemukakan salinan No. Kod Pendaftaran Majikan dengan PERKESO. | |||||
Jum lah di baw a ke B orang Sebutharga |
DOKUMEN MEJA
( Ringgit Malaysia: )
( Tandatangan Kontraktor Bertauliah & Cop Syarikat ) ( Tandatangan Saksi )
Nama : _ Nama : _
No. K/P : No. K/P :
Tarikh : Tarikh :
D6
D/3
D/2
DOKUMEN MEJA
SENARAI KERJA DALAM TANGAN SENARAI PENGALAMAN KERJA
LAMPIRAN 8A
DOKUMEN MEJA
SENARAI PENGALAMAN KERJA
E/1
LAMPIRAN 8B
DOKUMEN MEJA
SENARAI KERJA DALAM TANGAN
E/2
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN F SURAT AKUAN PEMBIDA
Lampiran C
AKUAN PEMBIDA
Bagi
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SKIM BAN MERBOK, MUKIM MERBOK, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN. (PUSINGAN 1)
NO. SEBUTHARGA : JPSKMSB(SH/KM)S/B/O&M/4/2022
Saya, nombor K. P. yang mewakili …………………………………………………………….. Nombor pendaftaran ………
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pengairan dan Saliran, Daerah Kuala Muda/Sik/Baling, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebutharga* seperti diatas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu dalam Jabatan Pengairan dan Saliran, Daerah Kuala Muda/Sik/Baling, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau mana-mana individu lain sebagai sokongan untuk dipilih dalam tender / sebutharga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil;
DOKUMEN MEJA
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender / sebutharga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender / sebutharga* di atas; dan
2.3 lain-lain tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) atau balai polis yang berhampiran
Xxxx Xxxxx,
………………………………………………. Tandatangan
Nama :
No. K/P. :
Tarikh :
Meterai/Cop Syarikat:
Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.
LC/1
F/1
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN G SPESIFIKASI KERJA
SPESIFIKASI KERJA UNTUK SEBUT HARGA
1. Spesifikasi Am Bahagian A
2. Kerja Pengorekan Bahagian B
3. Kerja Menebas Bahagian C
BAHAGIAN A - SPESIFIKASI AM
DOKUMEN MEJA
A-1 Kerja sebut harga yang ditawarkan adalah termasuk pembekalan pekerja, tenaga buruh, bahan-bahan, peralatan jentera, perkhidmatan (service), penyeliaan dan lain-lain yang seumpamanya yang diperlukan untuk menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut seperti di dalam Lampiran A dengan mengikut dan memenuhi spesifikasi, pelan berkenaan dan arahan-arahan Pegawai Penguasa.
A-2 Perkataan 'Pegawai Penguasa' adalah bermaksud sebagai Jurutera Daerah Kuala Muda/SIk/Baling termasuk wakil-wakil yang dilantik olehnya dari masa ke semasa.
A-3 Segala aras-aras yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan berkenaan merupakan aras-aras yang telah ditentukan oleh Pejabat ini. Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa sebelum apa-apa kerja dijalankan. Kerja-kerja pembinaan tanpa rujukkan kepada Pegawai Penguasa adalah tidak dibenarkan.
A-4 Kerja-kerja hendaklah dijalankan pada waktu dan hari-hari berkerja. Kerja-kerja yang hendak dijalankan diluar waktu tersebut hanya boleh dijalankan dengan kebenaran dari Pegawai Penguasa dengan terlebih dahulu. Kontraktor hendaklah mengemukakan surat permohonan serta menyatakan sebab-sebab kerja tersebut perlu dijalankan dalam waktu tersebut.
G/1
A-5 Di dalam kes kerja-kerja tidak dapat disiapkan dan Kontraktor Pertama gagal untuk menyiapkan selepas Peringatan bertulis yang akhir diberi, Pejabat ini berhak untuk melantik Kontraktor lain (Kontraktor Kedua) menyiapkan baki kerja-kerja yang tergendala itu. Segala pembayaran kepada Kontraktor Pertama akan dibayar selepas perkiraan pembayaran dibuat untuk Kontraktor Kedua.
A-6 Kontraktor adalah sama sekali dilarang menutup atau menimbus apa-apa binaan dari penglihatan Pegawai Penguasa sehingga Pegawai Penguasa berpeluang untuk memeriksa dan membuat pengukuran kerja tersebut. Kontraktor hendaklah memberi notis secukupnya apabila kerja-kerja berkenaan hampir siap dan sedia untuk pemeriksaan Pegawai Penguasa.
DOKUMEN MEJA
A-7 Apabila siap kerja Kontraktor hendaklah membersih tapak bina dan membuang keluar dari tapak bina apa-apa peralatan binaan, sampah-sampah dan binaan-binaan sementara atau yang seumpamanya. Tapak bina berkenaan hendaklah bersih dan memenuhi kehendak Pegawai Penguasa.
A-8 Setiap operasi kerja yang dijalankan bagi menyiapkan Sebut Harga ini hendaklah dilakukan tanpa menimbulkan atau mengujudkan gangguan atau apa-apa halangan kepada kesenangan awam.
A-9 Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan pembaikan semula apa-apa kerosakan ke atas kemudahan seperti jalan, laluan, parit, taliair, pembentung, pagar, titi dan seumpamanya yang digunakan bagi tujuan perlaksanaan sebut harga ini. Kebenaran untuk menggunakannya dari pihak-pihak tertentu sama ada persendirian atau bukan perlu diperolehi terlebih dahulu oleh Kontraktor sendiri.
G/2
A-10 Sebelum memulakan apa-apa kerja pengorekan bagi tujuan sebut harga ini, Kontraktor hendaklah memastikan dengan cara berhubung dengan pihak-pihak berkenaan bahawa tiada paip air, kabel atau sebagainya berada di tapak bina tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk membaiki apa-apa kerosakan yang telah dilakukan.
A-11 Kontraktor adalah dikehendaki untuk mengatur pengambilan gambar di tapak bina sebelum, semasa dan selepas kerja itu siap dan mengikut arahan Pegawai Penguasa. Gambar-gambar berkenaan hendaklah diserahkan kepada Pejabat setelah dipelekat dan dibuat album dan menjadi Hak Kerajaan.
DOKUMEN MEJA
A-12 Jika berlaku keadaan bencana alam seperti banjir besar atau seumpamanya yang mengakibatkan kerosakan terhadap sebahagian kerja-kerja sedangkan kerja-kerja tersebut belum diserahkan secara rasmi kepada Jabatan dan dalam masa yang sama Kontraktor telah menjalankan langkah-langkah bagi mengelakkan kerosakan tersebut, penyelesaian akan dibuat secara rundingan antara Kontraktor dan Kerajaan.
A-13 Dalam apa jua bentuk jumlah kuantiti yang disebutkan dalam lampiran berkenaan, Kontraktor hendaklah membuat anggaran sendiri dengan mengambilkira jumlah mampatan, kehilangan dan kesusutan semasa membuat tawaran kadar harga.
A-14 Insuran hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Pegawai Penguasa sebelum memulakan kerja.
G/3
A-15 Semua barang-barang, bahan-bahan dan alatan ketukangan hendaklah mengikut sepertimana yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa/Wakil atau spesifikasi yang telah ditetapkan didalam pelan/dokumen sebut harga.
BAHAGIAN B - KERJA PENGOREKAN
1.0 Kehendak Am
DOKUMEN MEJA
1.1 Kerja ini hendaklah meliputi semua kerja pengorekan yang dikehendaki didalam lingkungan had kerja yang telah ditetapkan. lanya hendaklah termasuk kerja pengorekan dan penggunaan yang bersesuaian dan pemunggahan atau pembuangan kesemua bahan yang telah dikorek dan membina, membentuk dan mengemaskan semua kerja pengorekan untuk keseluruhan kerja tersebut dengan mematuhi pelan-pelan dan spesifikasi ini.
1.2 Kerja pengorekan ini hendaklah diselenggarakan mengikut cara dan peraturan sepertimana yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab bagi mematuhi semua undang- undang kecil dan peraturan berhubung dengan kerja tanah.
2.0 Kerja Pengorekan
2.1 Menyediakan peralatan dan jentera yang bersesuaian dengan kontrak kerja.
2.2 Hendaklah menggangkat dan membawa keluar sekiranya terdapat sebarang halangan yang menghalang kerja di tapak.
G/4
2.3 Kerja-kerja pengorekan tumbuh-tumbuhan, tanah dan yang berkaitan di dalam borrow pit.
2.4 Sisa-sisa pengorekan (tanah) tersebut hendaklah diangkat dan diratakan dipermukaan berm borrow pit.
BAHAGIAN C - KERJA MENEBAS
1.0 Kehendak Am
DOKUMEN MEJA
1.1 Kerja ini hendaklah meliputi semua kerja menebas yang dikehendaki didalam lingkungan had kerja yang telah ditetapkan. lanya hendaklah termasuk kerja menebas, mencakar dan menggangkat keluar sisa-sisa tersebut. Kemasan keseluruhan kerja tersebut hendaklah mematuhi pelan-pelan dan spesifikasi ini.
1.2 Kerja menebas ini hendaklah diselenggarakan mengikut cara
dan peraturan sepertimana yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab bagi mematuhi semua undang- undang kecil dan peraturan berhubung dengan kerja tersebut.
2.0 Kerja Menebas
1.1 Kerja menebas didua belah berm borrow pit.
1.2 Kontraktor hendaklah menggangkat keluar sebarang halangan yang berada di tapak.
G/5
1.3 Kontraktor perlu membuang semua jenis tumbuhan (termasuk akar) yang tumbuh di atas permukaan berm borrow pit.
1.4 Rumput dan tumbuhan hendaklah ditebas hingga keparas tanah atau
tidak melebihi 50mm.
1.5 Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa-sisa rumput, tumbuh- tumbuhan, sampah, bahan-bahan buangan dan sebagainya yang berada di atas permukaan berm borrow pit dibersihkan dan dilupuskan selepas kerja-kerja menebas dilakukan.
DOKUMEN MEJA
1.6 Sebarang aktiviti pembakaran di kawasan kerja adalah tidak dibenarkan sama sekali.
G/6
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN H LOKASI TAPAK
SKIM BAN MERBOK
DOKUMEN MEJA
KOORDINAT CH 0.00 KM – (Lat.: 5.684568”N, Long.: 100.454798”E) KOORDINAT CH 31.13 KM – (Lat.: 5.708668”N, Long.: 100.357144”E)
H/1
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN I LAPORAN BANK
SULIT
LAPORAN BANK/SYARIKAT KEWANGAN KE ATAS KEDUDUKAN KEWANGAN KONTRAKTOR
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak Bank/Syarikat Kewangan dan diserahkan kepada Kontraktor dalam sampul surat berlakri untuk disertakan bersama-sama Sebut Harganya sekiranya Kontraktor Harga mempunyai kemudahan kredit dengan Bank/Syarikat Kewangan yang berkenaan)
Kepada:
(Pegawai Inden)
Nama Kontraktor
:
Tajuk Sebut Harga
:
A. Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan projek
DOKUMEN MEJA
Kemudahan kredit yang telah diluluskan dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak diperolehi oleh Kontraktor adalah seperti berikut:-
*(jika projek diawad kepada penyebut harga)
B. Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun Kontraktor Harga
………………………………………
Tandatangan Untuk dan bagi Pihak Bank/Syarikat Kewangan
Nama Bank:
Cop Bank/Syarikat Kewangan:
I/1
Nama Pegawai:
Jawatan: Tarikh:
DOKUMEN MEJA
DOKUMEN J FORMAT BORANG BON PELAKSANAAN
BORANG JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/ JAMINAN INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN (KONTRAK KERJA)
Sebagai balasan kepada Kontrak No. ............................. yang dibuat antara Kerajaan Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi (namakan projek), (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai ”Kontrak”) kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai ”Penjamin”) atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini.
MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:
1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak melebihi sebanyak Ringgit
…………………………………….. (nyatakan nilai jaminan dalam perkataan) (RM
DOKUMEN MEJA
………………) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.
2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit
………………………………. (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM )
dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.
3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji oleh Kontraktor atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau sebaliknya.
4. Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan hendaklah berkuat kuasa sehingga ……………….. (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Asal”) (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh kecacatan atau dalam keadaan dimana kontrak dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Xxxx Xxxx (Initial Expiry Date) Jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada Tarikh Mati asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Lanjutan” (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah
J/1
aggregat maksimum yang Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit (nyatakan
nilai Jaminan dalam perkataan) (RM )
5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah luput
apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Xxxx Xxxx (Initial Expired Date) atau Tarikh Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan kontrak.
6. SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH PIHAK BANK/SYARIKAT KEWANGAN/SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAH LAKU JAMINAN ATAUPUN DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN. PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan
tandatangan dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangani untuk ) ………………………………………….
Dan bagi pihak Penjamin ) Nama : …………………………….
DOKUMEN MEJA
Di hadapan ) Xxxxxxx : …………………………….
) Cop Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans:
………………………………………
(Saksi)
Nama : …………………………….
Jawatan : …………………………….
Cop Bank/Syarikat Kewangan/Syarikat Insurans:
J/2