BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
No. Rujukan Fail:
PERJANJIAN INI adalah dibuat pada .......................................................................................di ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA (selepas ini disebut “Kerajaan” dan sebutan itu hendaklah termasuk mana-mana wakil Kerajaan yang diberi kuasa bertindak bagi pihak Kerajaan) sebagai satu pihak dengan nama calon (selepas ini disebut “Pegawai”) sebagai pihak yang satu lagi.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
1. Kerajaan hendaklah mulai dari mengambil bekerja
Pegawai dan Xxxxxxx hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai jawatan calon di penempatan calon selama Tempoh Perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang tersebut di bawah ini.
2. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Perjanjian ini Tempoh Perkhidmatan Pegawai (selepas ini disebutkan “Tempoh Perkhidmatan”) hendaklah berjalan terus-menerus untuk tempoh tahun mulai
tarikh lapor diri bertugas
3. Enam bulan sebelum tamat Tempoh Perkhidmatan, Xxxxxxx hendaklah memberitahu Kerajaan dengan notis secara bertulis sama ada ingin dilantik semula berkhidmat dengan Kerajaan dan berasaskan notis itu Kerajaan hendaklah sebelum tamat Tempoh Perkhidmatan Pegawai itu, memberitahu Xxxxxxx dengan notis secara bertulis sama ada telah membuat keputusan hendak melantik semula Pegawai.
5. Pegawai hendaklah dalam Tempoh Perkhidmatan itu:
(i) mematuhi arahan penempatan dan pertukaran di mana-mana sahaja tempat di Malaysia;
(ii) menjalankan kewajipan jawatan yang dia diambil bekerja dan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Kerajaan;
(iii) bermastautin di sesuatu tempat seperti yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
(iv) tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak, mengambil bahagian atau bekerja dalam apa-apa jua perkhidmatan pun atau urusan yang lain, ataupun menerima apa-apa komisen atau bayaran tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis dari Kerajaan;
(v) menumpukan segala masa dan perhatiannya kepada perkhidmatan Kerajaan dan berusaha sedaya upayanya untuk memajukan kepentingan Kerajaan;
(vi) menurut dan menjalankan perintah dan arahan yang diberi kepadanya oleh Kerajaan;
(vii) menurut dan menjalankan, setakat mana ianya boleh dipakai dan tidak bertentangan dengan Perintah Am, Arahan Kewangan atau lain-lain Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
Pelantikan
Tempoh Perkhidmatan
Penyambungan Perkhidmatan
Tanggungan Pegawai
(viii) tidak boleh membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal Kerajaan kepada sesiapa atau tidak diubah oleh Perjanjian ini, segala jua yang tidak berhak kepadanya;
(ix) memberi, jika dikehendaki sedemikian oleh Kerajaan, sesuatu jaminan dan dalam sesuatu bentuk seperti yang ditentukan oleh Kerajaan, untuk penunaian kewajipannya yang tersebut itu secara taat setia dan jujur, dan premium yang kena dibayar berkenaan dengan jaminan itu bolehlah dipotong dari gajinya oleh Kerajaan; dan
(x) memperolehi kelulusan seperti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini dalam had-had masa yang dinyatakan di dalam Jadual itu; dan pada menurut fasal kecil ini Kerajaan berhak mengarahkan anggota menghadiri sesuatu kursus serta memasuki sesuatu peperiksaan yang dianggap berfaedah oleh Kerajaan.
6. Kerajaan hendaklah:
(i) dalam Tempoh Perkhidmatan itu membayar kepada Pegawai gaji mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini dengan syarat jika ada peruntukan dibuat dalam Jadual untuk memberi pergerakan gaji tahunan, tiada pergerakan gaji tahunan boleh diberi kepada pegawai sehingga dia diperakukan layak menerima pergerakan gaji tahunan pada tarikh pergerakan gaji itu berasaskan prestasi kerja pegawai;
(ii) dalam Tempoh Perkhidmatan itu memberi semua cuti dan membayar elaun serta kemudahan kepada Pegawai seperti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini;
(iii) membayar kepada Pegawai apabila tamat Tempoh Perkhidmatan itu atau apabila Perjanjian ini ditamatkan di bawah mana-mana fasal Perjanjian ini kecuali Fasal 8 atau 10, melainkan jika Jadual kepada Perjanjian ini ada memperuntukkan secara lain, suatu ganjaran yang jumlahnya hendaklah dikira mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini bagi tiap-tiap bulan genap pegawai telah berkhidmat (termasuklah tempoh cuti bergaji yang diluluskan) di bawah Perjanjian ini.
7. Jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk memeriksa Pegawai memperakukan dengan cara bertulis bahawa pada pendapatnya Pegawai tidak berupaya memberi perkhidmatan yang cekap selanjutnya kepada Kerajaan oleh sebab apa-apa kerosakan akal fikiran atau tubuh badan dan bahawa ketidakupayaannya itu disebabkan oleh kesalahan, kelalaian atau kurang pertimbangan (indiscretion) Pegawai itu sendiri, maka perkhidmatan Pegawai di bawah Perjanjian ini hendaklah oleh sebab itu ditamatkan oleh Kerajaan dan tertakluk kepada hak-hak yang diperuntukkan baginya di bawah fasal kecil
(iii) Fasal 6 dalam Perjanjian ini, Pegawai tidaklah selepas itu berhak mendapat apa-apa gaji melainkan gaji yang dia sebenarnya berhak mendapat kerana perkhidmatannya sebelum Perjanjian ini ditamatkan di bawah Fasal ini.
8. Jika Pegawai pada bila-bila masa cuai atau enggan atau kerana apa-apa jua sebab selain dari sebab yang disebutkan dalam Fasal 7 tidak mematuhi apa-apa perintah yang diberi oleh seseorang pegawai Kerajaan yang berkuasa ke atasnya atau membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal Kerajaan kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya atau dengan apa-apa jua cara berkelakuan salah atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatannya dan apabila dia ditamatkan perkhidmatan mengikut peruntukan ini, segala hak dan faedah Pegawai di bawah Perjanjian ini hendaklah luput dan tamat dengan serta-merta.
9. Kerajaan boleh pada bila-bila masa memberhentikan perkhidmatan Pegawai dengan memberi notis secara bertulis seperti yang diperuntukkan dalam Jadual kepada Perjanjian ini atau dengan membayar kepada Pegawai satu bulan gaji sebagai ganti notis itu tanpa memberi apa-apa alasan.
Tanggungan Kerajaan
Ketidakupayaan Pegawai
Pemberhentian Oleh Kerajaan
10. Pegawai boleh pada bila-bila masa berhenti dari perkhidmatan dengan memberi kepada Kerajaan notis secara bertulis seperti yang diperuntukkan dalam Jadual kepada Perjanjian ini atau dengan membayar kepada Kerajaan satu bulan gaji sebagai ganti notis itu.
11. Sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang tersebut di atas, maka syarat yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.
12. Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
13. Segala kos dan perbelanjaan bagi penyempurnaan serta duti setem yang berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Pegawai.
14. Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.
15. Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini diputuskan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan sebarang undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan, maka kesahan peruntukan lain di dalam Perjanjian ini tidak akan terjejas dan akan di kuatkuasa dan dilaksanakan seterusnya.
16. Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik Pegawai ke jawatan tetap dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud pelantikan tetap perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau pihak berkuasa melantik berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuat kuasa sekiranya Pegawai berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka masing-masing pada hari, bulan dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangani oleh:
Pemberhentian Xxxx Xxxxxxx
Jadual
Pemakaian Undang- Undang
Kos dan Perbelanjaan
Pindaan
Ketaksahan
Pelantikan ke jawatan tetap
KETUA SETIAUSAHA/KETUA JABATAN
Kementerian/ Jabatan
bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA
) ..................................................
(tandatangan)
pada ............................................................... )
dan disaksikan oleh:
Nama saksi : ) ..................................................
No. Kad Pengenalan: ) (tandatangan) (Pegawai Sumber Manusia Kementerian/Jabatan)
Ditandatangani oleh Xxxxxxx
NAMA CALON: ) ..................................................
pada ................................................................. ) (tandatangan)
dan disaksikan oleh:
Nama saksi : ) ..................................................
No. Kad Pengenalan: ) (tandatangan)
JADUAL
1. Fasal 5 (x) – Kelulusan
2. Fasal 6 (i) – Gaji
(a) Xxxx Xxxxxxx
Dalam tempoh kontrak ini pegawai akan dibayar sebanyak RM sebulan di atas
Jadual Gaji Minimum-Maksimum Gred....... (RM..........-RM...........) selaras dengan surat tawaran pelantikan pegawai. Pegawai adalah layak dipertimbangkan untuk pergerakan gaji tahunan secara biasa berdasarkan kepada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan penentuan gaji permulaan yang lebih tinggi tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya.
3. Fasal 6(ii) - Elaun dan Kemudahan:
Pegawai akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak mengikut gred jawatan yang ditawarkan tertakluk kepada Bahagian VI, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Dasar dan Prosedur Pelantikan secara Kontrak Ceraian UP.1.1.1 dan Ceraian UP.1.1.8. atau pekeliling / peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
4. Fasal 6 (iii) - Ganjaran:
Ganjaran hanya akan dibayar dengan syarat pegawai menyempurnakan perkhidmatan dengan memuaskan. Pengiraan ganjaran berdasarkan formula berikut:
(a) Mencarum Kepada KWSP
(17.5% - peratus kadar caruman majikan dalam KWSP berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa) x (gaji akhir x jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) - (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP)
(b) Tidak mencarum kepada KWSP
17.5% x gaji akhir x jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira
(c) Ketua Perwakilan di Seberang Laut
(18.5% - peratus kadar caruman majikan dalam KWSP berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa) x (gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) - (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya negatif (-), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut.
5. Fasal 9 dan 10 - Notis Berhenti Kerja: 30 hari