Contract
1. | JAWATAN | : | JURUTERA KERJA |
KEMENTERIAN/JABATAN | : | JABATANARAH PEMBANGUNAN DAN PERKHIDMATAN KERJA KEMENTERIAN PERTAHANAN | |
BAHAGIAN | : | II | |
TANGGAGAJI | : | B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) | |
KEKOSONGAN | : | SATU (1) |
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Struktur Bangunan / Mekanikal / Elektrikal atau bidang bersesuaian.
b) i) Sedang berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Jurutera / Jurutera Awam atau jawatan bersesuaian dalam kerja pengawasan dan pengendalian projek-projek kejuruteraan awam, bangunan dan yang berkaitan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
ii) Sedang Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurutera / Jurutera Awam atau jawatan bersesuaian dalam kerja pengawasan dan pengendalian projek-projek kejuruteraan awam, bangunan dan yang berkaitan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun.
c) Menjadi Ahli Professional yang diiktiraf adalah kelebihan.
d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya
SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA KERJA:
1. Mengetuai Bahagian Pemeliharaan Estet (Operation).
2. Memberi khidmat nasihat terhadap perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pengawasan dan pemeliharaan pembangunan.
3. Menyediakan peruntukan tahunan bagi projek Jabatan dan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
4. Xxxxxxxxxxx / mengeluarkan dokumen tawaran projek-projek dan seterusnya membuat penilaian tawaran.
5. Mengawasi perjalanan serta mengawal peruntukan projek jabatan dan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara bagi Kementerian Pertahanan.
6. Memberikan arahan-arahan bersangkutan dengan Xxxxxxxx Xxxxxxxxxxxx Xxxxx.
7. Pengawasan dan pemantauan unit-unit cawangan EMS Perkhemahan, MEE dan EQS.
Di Bahagian Pemeliharaan Estet (Operation)
1. Pemeliharaan kemudahan di Padang Tembak, menentukan stor-stor peluru dan senjata api supaya dalam keadaan selamat, sempurna dan teratur.
2. Menentukan kemudahan bagi membuat persediaan seperti yang diperlukan oleh penggunaan operasi (tentera) Kementerian Pertahanan berjalan dengan lancar, sempurna dan teratur.
3. Menyediakan keperluan / kemudahan seperti perumahan kakitangan ABDB tentera-tentera darat, udara dan laut termasuklah penyediaan perumahan dan lain-lain lagi.
4. Memastikan landasan helikopter (landing) selamat untuk digunakan.
5. Memberikan perkhidmatan kemudahan seperti ‘power supply’ minyak
/ air, bateri Generator kepada kapal-kapal peronda milik tentera laut yang berlabuh berpengkalan di jeti.
6. Xxxxxxxxxxx kerja-kerja kepakaran daripada syarikat dari luar negeri mengenai ‘Maintenance Term Contract’ dan ‘Specialist Team Contract’ termasuklah polisi-polisi dan peraturan-peraturan Kementerian Pertahanan yang dipraktikan pada masa ini.