SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE (CFS)
Lampiran A
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE (CFS)
PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
1. | Perkhidmatan | : | Pegawai Contract For Service (CFS) |
2. | Tempoh Perkhidmatan | : | Seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran. |
3. | Waktu Bekerja | : | Waktu bekerja adalah selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat. Jadual Waktu Bekerja Fleksi (WBF) adalah seperti di JADUAL 1. |
4. | Bayaran Perkhidmatan | : | (a) Bayaran perkhidmatan adalah seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran; (b) Tuan/puan tidak layak dibayar bayaran perkhidmatan bagi hari yang tidak hadir bertugas tanpa cuti; (c) Tuan/puan tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa. |
5. | Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja | : | Pesuruhjaya dan Tuan/puan hendaklah mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO mengikut peraturan yang berkuat kuasa. |
6. | Kelayakan Tuntutan (“Kemudahan”) | : | (a) Sekiranya tuan/puan diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di dalam negeri, tuan/puan layak untuk membuat tuntutan bagi kemudahan seperti berikut: Bil. Kemudahan 1. Sewa Hotel 2. Lojing 3. Elaun Makan 4. Xxxxx Xxxxxx 5. Perjalanan Kenderaan 6. Pengangkutan Awam 7. Kapal Terbang Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri adalah seperti di Jadual 2 dan Jadual 3. |
7. | Kemudahan Perubatan | : | (a) Kemudahan perubatan diberikan sebanyak RM200 sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan. (b) Tuan/puan perlu mengemukakan resit semasa membuat tuntutan kemudahan perubatan ini. (c) Kemudahan Cuti Bersalin diberikan seperti berikut: i. Tempoh cuti bersalin dengan diberikan bayaran perkhidmatan adalah dibenarkan tertakluk kepada jumlah maksimum 60 hari; ii. Cuti bersalin bermula pada tarikh bersalin; iii. Tempoh cuti bersalin adalah termasuk semua hari rehat mingguan dan hari kelepasan am; iv. Kemudahan ini dihadkan kepada satu (1) kali sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan; v. Puan perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital / klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh bersalin. |
8. | Pelepasan daripada bertugas | : | (a) Pelepasan Daripada Bertugas Tuan/puan adalah layak mendapat pelepasan daripada bertugas yang bersamaan dengan cuti rehat bagi tempoh perkhidmatan contract for service [mengikut tempoh yang melayakkan secara berkadar (proportionate) ] sebanyak: 12 HARI SETAHUN Pelepasan daripada bertugas tambahan yang diambil melebihi kelayakan yang dinyatakan di atas boleh dipertimbangkan oleh Pesuruhjaya, tetapi bayaran perkhidmatan tidak akan dibayar untuk jumlah hari pelepasan tambahan tersebut. |
(b) Pelepasan Daripada Bertugas Xxxxxx Xxxxx Xxxxxxxxx daripada bertugas kerana sakit (dengan mengemukakan sijil cuti sakit) tertakluk kepada jumlah maksimum 10 hari setahun. |
9. | Pegawai Penyelia | : | (a) Pesuruhjaya boleh melantik seorang atau lebih Pegawai Penyelia bagi tujuan penyeliaan dan pengawasan serta membuat pengesahan bahawa pelaksanaan tugas telah dijalankan oleh tuan/puan. (b) Pegawai Penyelia mempunyai hak pada bila-bila masa untuk memeriksa, menyelia, meneliti dan memberi arahan yang perlu mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh tuan/puan. (c) Tuan/puan hendaklah mematuhi semua syarat dan peraturan yang diarah dan ditetapkan oleh Pegawai Penyelia mengenai pelaksanaan tugas tuan/puan kecuali dibenarkan oleh Pegawai Penyelia untuk melakukan tugas lain. |
10. | Tanggungjawab Pekerja | : | Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan/puan hendaklah: (a) mematuhi arahan penempatan yang ditentukan oleh Xxxxxxxxxxx; (b) melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepadanya oleh Xxxxxxxxxxx dan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Xxxxxxxxxxx; (c) menumpukan segala masa dan perhatian kepada tugas yang diberikan dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan dan nama baik Xxxxxxxxxxx; (d) menurut dan menjalankan perintah- perintah dan arahan-arahan yang diberikan; (e) mematuhi dan menjalankan tanggungjawab seperti mana yang ditetapkan oleh Xxxxxxxxxxx serta dalam surat perjanjian yang ditandatangani; (f) Skop tugas yang akan diberikan kepada tuan/puan akan diperincikan oleh Xxxxxxxxxxx atau tempat tuan/puan bertugas atau oleh Pegawai Penyelia. |
11. | Xxxxxx Xxxxx | : | Tuan/puan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972; |
12. | Penamatan Kontrak Dan Notis Penamatan | : | (a) Kontrak boleh ditamatkan oleh Pesuruhjaya sekiranya: |
i. tuan/puan didapati melibatkan diri dan mengakses kepada maklumat terperingkat atau disyaki membocorkan rahsia; | |||
ii. satu perintah kebangkrapan telah dibuat terhadap tuan/puan; | |||
iii. membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal Pesuruhjaya kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya; | |||
iv. tuan/puan didapati terlibat dengan apa-apa kes jenayah atau kesalahan dadah atau didapati mempunyai rekod jenayah atau kesalahan dadah atau mempunyai rekod dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja; | |||
v. kegagalan mematuhi apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran, syarat perkhidmatan atau peruntukan surat perjanjian; atau kepada apa-apa peraturan atau arahan lain yang dikeluarkan; | |||
vi. perkhidmatan yang diberikan gagal/tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya; | |||
vii. Tuan/puan didapati mengambil cuti rehat melebihi kelayakan (proportionate) 2 bulan berturut-turut; dan | |||
viii. Tuan/puan telah gagal hadir bertugas pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Xxxxx hadir bertugas tanpa sebab yang munasabah 3 hari berturut-turut tanpa kebenaran dari Pesuruhjaya. | |||
(b) Penamatan atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam perenggan (a)(i), (ii), (iii) dan (iv) di atas adalah dengan serta-merta dengan memberikan suatu notis bertulis kepada tuan/puan. Penamatan di bawah perenggan (a)(v), (vi), (vii) dan (viii) boleh dibuat dengan memberikan tujuh (7) hari notis bertulis kepada tuan/puan. |
(c) Walau apa pun perenggan (a) dan tanpa menjejaskan keluasan maksud perenggan (b) di atas, Pesuruhjaya boleh menamatkan perkhidmatan tuan/puan pada bila-bila masa atas apa-apa sebab yang difikirkan wajar oleh Pesuruhjaya tanpa memberi apa-apa alasan dengan memberikan tujuh (7) hari notis bertulis. (d) Tuan/puan juga boleh pada bila-bila masa berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan tidak kurang dari tujuh (7) hari notis bertulis kepada Pesuruhjaya atau bayaran perkhidmatan bulan semasa tidak akan dibayar oleh Xxxxxxxxxxx. | |||
13. | Status Perkhidmatan | : | (a) Pelantikan tuan/puan ini tidak menjadikan tuan/puan sebagai seorang pegawai awam. Pelantikan contract for service merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seseorang individu oleh Xxxxxxxxxxx. (b) Tuan tidak layak menggunakan perkhidmatan ini sebagai asas untuk menyokong permohonan supaya dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); (c) Pesuruhjaya juga tidak mempunyai kewajipan dan komitmen untuk melantik tuan/puan ke jawatan tetap sementara atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud itu perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kaedah serta peraturan yang berkuat kuasa sekiranya berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan Awam. |
14. | Latihan | : | Sekiranya perlu, tuan/puan boleh diberi latihan sebelum melaksanakan tugas yang diberikan. |
15. | Hal-hal lain | : | (a) Pesuruhjaya boleh mempertimbangkan kemudahan kepada tuan/puan seperti berikut (Rujuk JADUAL 4): (i) Cuti Isteri Bersalin; (ii) Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat; (b) Tuan/puan tidak layak kepada apa-apa elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan atau apa-apa kemudahan lain, selain apa yang dinyatakan dalam surat tawaran serta syarat-syarat perkhidmatan sahaja; |
(c) Tuan/puan tidak layak untuk memohon supaya diberi tugas baru selain apa yang ditetapkan oleh Xxxxxxxxxxx.;
(d) Tuan/puan tidak layak untuk cuti tanpa bayaran perkhidmatan tanpa mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak Pesuruhjaya. Sekiranya didapati tuan/puan mengambil cuti tanpa bayaran perkhidmatan, Pesuruhjaya boleh menamatkan perkhidmatan tuan/puan tanpa notis.
(e) Bagi tujuan perkhidmatan ini, satu perjanjian perlu ditandatangani di antara Pesuruhjaya dengan tuan/puan.
LAMPIRAN
JADUAL 1: WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF)
HARI | WAKTU BEKERJA | WAKTU REHAT | ||
Waktu Masuk (pagi) | Waktu Pulang (petang) | Tempoh Waktu Bekerja Sehari | ||
Isnin – Jumaat | 7.30 – 9.00 | 4.30 – 6.00 | 9 jam | Isnin – Khamis 1.00 tgh - 2.00 ptg Jumaat 12.15 tgh - 2.45 petang |
JADUAL 2: KADAR ELAUN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI
ELAUN | JAWATAN / GRED CFS | KADAR ELAUN | |||
SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH DAN SARAWAK | ||||
Elaun Perjalanan Kenderaan | |||||
Bayaran Sewa Hotel Atau Elaun Lojing | Hotel | Lojing | Hotel | Lojing | |
CFS 54 | Bilik Sebenar | RM 100 | Bilik Sebenar | ||
CFS 48 | RM 240 | RM 60 | RM 270 | RM 70 | |
CFS 41 | RM 220 | RM55 | RM 250 | RM 60 | |
CFS 29 | RM 200 | RM 45 | RM 230 | RM 50 | |
CFS 19 | RM 180 | RM 40 | RM 210 | RM 45 | |
CFS 11 | RM 160 | RM35 | RM 190 | RM 40 | |
Xxxxx Xxxxxx (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam) | CFS 54 | Separuh daripada kelayakan Elaun Makan | |||
CFS 48 | |||||
CFS 41 | |||||
CFS 29 | |||||
CFS 19 | |||||
CFS 11 | |||||
Xxxxx Xxxxx (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih). | CFS 54 | RM 85 | RM 115 | ||
CFS 48 | RM 60 | RM 80 | |||
CFS 41 | RM 45 | RM 65 | |||
CFS 29 | RM 40 | RM 55 | |||
CFS 19 | RM 40 | RM 55 | |||
CFS 11 | RM 35 | RM 50 |
JADUAL 3 : KADAR ELAUN PERJALANAN BAGI TUNTUTAN ELAUN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI
JADUAL 4 : KEMUDAHAN YANG DIPERTIMBANGKAN OLEH PESURUHJAYA
PERKARA | KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN |
1. Cuti Isteri Bersalin | Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut: i. Selama lima (5) hari Cuti Tanpa Rekod; ii. Bermula pada tarikh isteri bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat; iii. Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat mingguan dan hari kelepasan am; iv. Kemudahan ini dihadkan kepada satu (1) kali sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan; v. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. |
2. Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat | i. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat iaitu Xxxxx/ isteri, Ibu kandung atau ibu angkat, Bapa kandung atau bapa angkat, Ibu mentua, Bapa mentua, Anak kandung, Anak angkat yang sah di sisi undang-undang, Anak angkat de facto, Anak pelihara; ii. Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod; iii. Kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh kontrak; iv. Cuti Tanpa Rekod bermula ada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu |
PERKARA | KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN |
pejabat; dan v. Meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud Pekeliling ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. vi. Permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya dengan menggunakan Borang Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas. |